8.11.09

Penjelasan tahlil - pahala bacaan disedekahkan kepada si mati

Membaca tahlil, surah yasin, serta mengadakan jamuan makan (kenduri), sedeqah dan sebagainya oleh si anak dengan tujuan berbuat amalan baik dan mengajak orang lain beramal perkara baik adalah sebagai salah satu cara sianak untuk mendoakan dan mengingati kaum keluarganya yang sudah meninggal dunia.

Tujuan dia melakukan semuanya itu bagi mendapatkan keampunan dan rahmat untuk si mati. Dengan membuat jamuan makan bagi orang ramai, mengajak orang ramai solat berjemaah, membaca al-Quran dan sebagainya, ini dilihat perkara baik yang dilakukan oleh individu dan masyarakat hari ini

Biarpun apa yang kita kirimkan kepada mereka tidak dapat membebaskan mereka dari kemurkaan Allah, namun harapan dapat diringankan dengan belas ihsan serta rahmatnya yang luas. Sekurang-kurangnya ada usaha dari insan-insan yang masih hidup. Ingatlah, Allah itu sangat luas rahmatnya, di terima atau tidak... itu urusan Allah swt.

Sebenarnya dalam persoalan ini ada dua pandangan. Pandangan yang menolak dan pandangan yang mengharuskan.


Ulama yang mengharuskan berpendapat bahawa amalan membaca al-Quran dengan niat menyedekahkanya kepada si mati diharap amalan ini akan mendapat manfaat kepada si mati, bukan mempercayai amalan itu pasti sampai pada simati.

Ulama yang menganggap pahala daripada bacaan al-Quran tidak akan sampai kepada si mati kerana membaca al-Quran adalah amalan badaniah tidak boleh dilakukan oleh orang lain untuknya. Dalam erti kata yang lain amalan badan ketika masih hidup, apabila mati terputuslah amalannya dan tiada siapapun yang boleh memberi manfaat kepada si mati. Amalannyalah yang akan menjadi penyelamat baginya dalam kubur.


Wallahualam...

Tiada ulasan: