31.3.09

Menjaga Kesihatan Seperti Rasulullah

Menjaga Kesihatan Seperti Rasulullah

Rasulullah saw bersabda : "Mu'min yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai Allah daripada mu'min yang lemah ....."(HR Muslim)

Bagaimana agar sentiasa sehat seperti Rasulullah?


SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasullullah saw selalu mengajak umatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan solat sunat dan sholat subuh berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat fikiran dan menyehatkan perasaan

AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah saw sentiasa rapi & bersih, setiap hari Khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut2 halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi.

"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang2 dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN.
Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda :
Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.


GEMAR BERJALAN KAKI.
Rasulullah saw selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung.

TIDAK PEMARAH.
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah" diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu
dilandasi oleh kebersihan dan kesihatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :

- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring.
- Membaca Ta'awwuz, karena marah itu dari Syaitan
- Segeralah berwudhu'.
- Solat 2 Rakaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan
kegundahan hati.

OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA.
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT.

TAK PERNAH IRI HATI.
Untuk menjaga kestabilan hati & kesehatan jiwa serta menjaga mentaliti, maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.


Dan lagi, bangun dari tidur sebelum gosok gigi, minum air kosong 1/2 liter. Sebelum minum baca doa awet muda dulu.


29.3.09

Majlis Mini Ihtifal ATPN 2009


Sekitar majlis Mini Ihtifal peringkat ATPN yang diadakan pada 14 hb Mac 2009.

Buat semua anak didik utzh kat ATPN, sorilah ustzh tak dapat cetak gambar gambar ni semua untuk you all, hanya ini je yang dapat utzh paparkan, itu pun gambar yang control sopan je...

Rasanya takpayahlah beri keterangan berkenaan gambar gambar ni ye... hanya kite kite je yang tau...


Tahniah bagi mereka yang menang, yang tak bape nak menang tu cuba lagi tahun depan..

Johan peringkat ATPN mewakili Asrama ini ke Majlis Ihtifal peringkat Asrama Yayasan Selangor pada 28 Mac 2009.

Keputusannya... tahniah dan terimakasih kerana menjadikan ATPN juara pada 3 acara daripada 5 acara yang dipertandingkan pada peringkat Yayasan Selangor. Kumpulan Balqis An-Nur, Kumpulan Kuiz Agama dan Nur Hazirah, thank you... I love you all so much..















































































For you all anak anak ATPN ustzh bangga dengan kamu semua. Tahniah dan thanks kerana menjadikan ATPN juara pada 3 acara daripada 5 acara yang dipertandingkan. AYSKL dapat membolot 4 Juara dari 5 acara yang dipertandingkan pada majlis Ihtifal peringkat asrama Yayasan Selangor

For Kumpulan Balqis An-Nur, Kumpulan Kuiz Agama, Nur Hazirah, Fatin Syafiqah walaupun last last minit dah tak leh pulak, tapi Aida Aqilah not bad. Hawa Nurhidayah pun uszth bangga dengan awak, tapi betulkan tajwid dalam membaca Al-Quran, thank you... I love you all so much.. muaah..

Cuma ustzh bimbang sikit...

13.3.09

rENUNGaN BUaT ANAK aNaK


Thank you!


Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika hati tidak setabah SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W,

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT,
Tak guna
Ada HATI kalau tak tahu MENILAI….


anak anakku

muhasabah diri selalu