31.1.10

Bertaqlid Menilai Kesahihan Hadith

BERTAQLID DALAM MENILAI KESAHIHAN HADITH –NASIHAT UNTUK PENDOKONG SUNNAH

sumber : Adlan Abd Aziz

Ini sekadar nasihat, terpulang kepada anda untuk menerima atau menolaknya. Ia ditujukan kepada pendokong sunnah yang masih belum menghayati perbezaan ilmu antara muhaddith salaf dan muhaddith selepas mereka. Mungkin ia terlihat tidak tersusun kerana dikarang secara spontan. Namun ia masih berada di bawah tajuk manhaj ahli hadith salaf lebih hebat dan lebih tepat. Selamat membaca.


Sedar atau tidak, kita hanya bertaqlid dalam menilai kesahihan atau kedhaifan sesuatu hadith. Apabila kita menyebut ’hadith riwayat al-Bukhari’ atau ’hadith ini dinilai sahih oleh Muslim’ atau ’hadith ini dinilai dhaif oleh al-Tirmidzi’, sebenarnya kita telah bergantung penuh kepada apa yang telah dikaji dan ini menandakan kita taqlid kepada mereka.

Begitu juga apabila ada dalam kalangan pendokong al-Sunnah masa kini yang asyik mengulangi perkataan ’dinilai sahih oleh al-Albani’, ’didhaifkan oleh al-Albani’ atau menggunakan nama ulama lain seperti Ahmad Syakir, Ahmad al-Ghumari, Syu’aib al-Arnaout, Abd. Aziz al-Torifi, Abdullah al-Sa’d dan lain-lain lagi – ini menandakan kita mengambil bulat-bulat kajian mereka. Ini juga salah satu bentuk taqlid.

Tanpa mahu menegaskan apakah jenis-jenis taqlid dan yang manakah taqlid yang dibenarkan dan ditegah, apa yang paling penting ialah – kita telah lama bertaqlid dalam menilai kesahihan hadith. Kalau tak nak taqlid al-Bukhari, kenapa anda taqlid al-Albani?

Kenapa kita bertaqlid? Dalam masa yang sama kita (atau sebahagian kita) amat tegas dalam melarang orang bertaqlid. Saya tidak mahu mengulas panjang tentang persoalan taqlid, ittiba’ dan ijtihad. Itu bukan topik artikel ini.
Jika ada dalam kalangan anda yang menjawab : saya tidak taqlid! Saya mengambil pendapat mereka dalam keadaan mengetahui apa hujah mereka! Jika ini jawapan anda, ia amat melucukan sebenarnya. Adakah anda telah mengkaji SEPENUHNYA hujah al-Bukhari (sebagai contoh) ketika beliau menilai sesuatu hadith? Adakah anda telah membuat perbandingan dengan ulama hadith lain sebelum al-Bukhari dan juga selepasnya untuk menilai hujah yang mana lebih kuat dan lebih rajih? Pelbagai soalan boleh dikemukakan untuk meragui dakwaan bahawa anda telah mengetahui hujah al-Bukhari. Soalan yang paling tepat untuk ditanya sebelum semua soalan tadi ialah – adakah anda layak untuk memahami bagaimana al-Bukhari menilai hadith?

Sepatutnya anda menjawab: Ya! Saya bertaqlid kepada al-Bukhari atau saya mengikut pendapat al-Bukhari kerana beliau adalah mujtahid mutlaq (dengan disaksikan oleh guru dan muridnya di zaman beliau) yang layak mengeluarkan pendapat. Beliau layak dan saya tidak layak. Malah beliau amat berkelayakan dalam memberikan pandangan terhadap kesahihan sesuatu hadith tanpa ragu lagi. Itu yang sepatutnya anda jawab. Itu tanda anda mengiktiraf kehebatan ahli hadith dan juga bukti bahawa anda tidak layak untuk diletakkan sebaris dengan ahli hadith salaf terutamanya. Tetapi...

Mungkin anda setuju dan mungkin tidak terhadap apa yang telah saya coretkan di atas tadi.

Adakah anda tidak setuju kita bertaqlid kepada imam-imam hadith terkemuka seperti al-Bukhari, Ahmad Ibn Hanbal dan sebagainya? Kenapa? Kerana anda merasakan ada orang yang lebih tahu daripada mereka?

Atau anda sendiri tidak mahu betaqlid kepada sesiapa lantas dengan sendirinya anda mengkaji sanad dengan semua periwayatnya dan juga mengkaji matan untuk memastikan tiada ’illah dan tidak syadz? Adakah semua hadith anda lakukan seperti itu? Semua hadith? Adakah itu yang dilakukan oleh ulama selepas al-Bukhari? Adakah itu yang dilakukan oleh ulama hadith sepanjang zaman? Adakah dengan cara itu anda dapat keluar daripada unsur TAQLID? Mustahil sama sekali!

Kerana apa saya katakan mustahil? Kerana untuk mengkaji sanad untuk SATU hadith sahaja anda perlukan buku-buku yang telah dikarang oleh ulama salaf juga! Antara mereka yang memberikan pendapat tentang periwayat (dipercayai atau dhaif) adalah imam-imam salaf juga. Siapa lagi orang yang anda akan gunakan pendapat mereka dalam menilai periwayat?

Ada yang menyatakan bahawa dia akan menggunakan buku Taqrib al-Tahdzib karya Ibnu Hajar al-’Asqlani (852H). Mungkin anda lupa bahawa semua maklumat dalam buku Taqrib itu diringkaskan daripada bukunya sebelum itu iaitu Tahdzib al-Tahdzib. Tahdzib al-Tahdzib pula meringkaskan atau menyusun buku Tahdzib al-Kamal karya al-Mizzi. Dari mana maklumat itu disusun oleh al-Mizzi (742H)? Daripada buku al-Kamal Fi Asma’ al-Rijal karya Abd. Ghani al-Maqdisi (600H). Dari mana pula al-Maqdisi mendapat maklumat? Daripada buku-buku ahli hadith sebelumnya dan akhirnya...akhirnya kita akan dapati ia akan terhenti pada nama-nama besar dalam kalangan ahli hadith salaf. Nah! Bagaimana anda ingin keluar daripada taqlid para imam salaf?

Satu persoalan lagi yang ingin diajukan di sini...kenapa anda menerima pendapat imam salaf tentang periwayat..orang ini thiqah, orang ini dhaif, orang ini mudallis dan sebagainya. Kenapa diterima begitu sahaja? Jawapannya ialah kerana mereka lebih tahu, lebih awal dan lebih mampu. Tapi kita? Kita hanya mampu menyusun, menghuraikan dan membandingkan maklumat yang telah sedia ada. Alangkah lemahnya ilmu kita. Alangkah lemahnya ilmu ulama terkemudian dibandingkan dengan ahli hadith salaf!

Ada satu lagi keadaaan yang berlaku dalam kalangan pendokong sunnah – bertaqlid kepada ulama hadith moden. Bertaqlid kepada al-Albani, ulama-ulama Arab Saudi, Syu’aib al-Arnaout dan ulama-ulama negara arab lain seperti Jordan, Maghribi, Syria dan sebagainya. Kenapa anda asyik bertaqlid kepada mereka? Jawapan anda ialah mereka ahli hadith terkemuka dan tokoh yang hebat. Mereka mampu mengeluarkan pendapat tentang sesuatu hadith dengan tepat. Itu kata anda. Saya tidak menyalahkan anda kerana bertaqlid kepada mereka kerana ulama-ulama pernah menyatakan bahawa taqlid dibenarkan ketika kita tidak mampu mengkaji atau tidak sempat mengkaji seperti kata Ibnu Taimiyyah.

Tapi apa yang menyedihkan ialah anda bertaqlid kepada muhaddith moden seolah-olah mereka itu sebaris, setaraf, sehebat, semampu para imam salaf yang kita kenali sepanjang zaman! Siapa anda untuk mendakwa mereka sedemikian rupa? Mereka sendiri tidak mendakwa perkara tersebut! Kalau anda masih lagi menganggap sedemikian, (malah ada yang menganggap bahawa muhaddith akhir zaman lebih hebat daripada muhadddith salaf disebabkan faktor teknologi dan perkembangan zaman, Subhanallah! ) jelas sekali anda belum mengenali siapakah tokoh-tokoh hadith salaf. Jelas sekali anda belum lagi faham bagaimana mereka menghasilkan kajian masing-masing. Jelas sekali anda tidak mendapat gambaran tentang kemampuan mereka dalam mengkaji hadith. Amat jelas dan tidak syak lagi anda belum mengenali mereka!

Juga terang dan nyata anda tidak mengambil kira kemampuan mereka berbanding ulama selepas mereka. Anda mungkin berada dalam kalangan orang yang bermimpi bahawa Ibnu Sirin (110H) sama sahaja seperti muridnya Ayyub al-Sakhtiyani dan sama sahaja dengan murid Ayyub (131H) , Syu’bah Ibn al-Hajjaj (160H), sama sahaja dengan murid-murid Syu’bah - Abd. Rahman Ibn Mahdi (198H) dan Yahya Ibn Sa’id al-Qattan (198H). Mereka pula sama sahaja dengan Ahmad Ibn Hanbal (241H), al-Bukhari (256H), Muslim (261H) dan sebagainya. Mereka sama sahaja dengan al-Khatib al-Bahgdadi (463H), al-Baihaqi (458H), al-Nawawi (676H), al-Iraqi (806H), Ibnu Hajar al-Asqalani (852H), al-Suyuthi (911H), al-Syaukani (1255H), al-Albani (1421H), Syu’aib al-Arnaout dan lain-lain lagi. Ini adalah mimpi di siang hari! Tidak mungkin mereka sama! Bahkan imam-imam hadith yang terkemudian sentiasa memandang tinggi kepada ulama hadith salaf dan juga ulama sebelumnya. Terlalu banyak faktor yang membezakan ilmu ahli hadith salaf dan ilmu ahli hadith ulama-ulama selepas mereka. Apatah lagi ulama hadith masa kini, apatah lagi SAYA dan ANDA yang hanya tahu itu dan ini sahaja!

Ini adalah sekadar luahan hati saya apabila mendengar kata-kata atau membaca tulisan-tulisan yang saya dapati cenderung ke arah dua kesilapan besar:

1- Pertama, Menyamakan sahaja taraf muhaddith salaf dengan muhaddith selepas mereka seterusnya muhaddith moden.

2- Kedua, Tidak memperdulikan apa kata muhaddith terdahulu. Apa yang penting ialah kata-kata muhaddith zaman sekarang. Kalau dikatakan kepada orang ini ’al-Bukhari kata dhaif’, dia akan jawab ’tak apa, al-Albani kata sahih’.

Apa sebabnya? Sebabnya saya ringkaskan kepada dua perkara juga iaitu:

1- Pertama, Kurang kesungguhan untuk mencari apa kata muhaddith salaf tentang sesuatu hadith. Dengan mudahnya kita membuka buku moden atau menekan butang pada komputer untuk mencari apa kata ulama hadith moden. Ia menjimatkan masa dan memudahkan urusan. Sedangkan apa yang berlaku ialah kita telah mengabaikan pendapat-pendapat awal tentang hadith tersebut yang lebih hebat dan tepat.

2- Kedua, Tidak memberikan perhatian kepada sejarah perkembangan hadith. Lalu tidak mengenali siapa muhaddith salaf. Ditambah pula dengan tidak mengenali metodologi penulisan ulama-ulama salaf. Ini akan menjadikan kita tidak pandai menggunakan buku rujukan yang awal lalu kita ’skip’ dan terus menuju kepada kajian moden.

Apa akibatnya? Juga dua perkara:

1- Pertama, Berlaku kesilapan dalam menilai hadith. Yang telah didhaifkan oleh ulama-ulama salaf telah dinilai sahih. Begitu juga sebaliknya, ada hadith yang telah disahihkan oleh ulama salaf tetapi didhaifkan oleh ulama moden. Adakah mereka layak untuk melakukan perkara tersebut?

2- Kedua, Secara tidak sedar, kita telah memandang remeh dan memperlekehkan imam-imam salaf lalu kita hanya mengambil pendapat mereka dalam aqidah, akhlak, fiqh dan lain-lain tetapi kita tinggalkan fatwa mereka tentang hadith dan penilaian hadith.



Masalah khilafiyah : Menyebut sayyidina dalam selawat ( solat )




Kata-kata “sayyidina” atau ”tuan” atau “yang mulia” seringkali digunakan oleh kaum muslimin, baik ketika solat maupun di luar solat. Hal itu termasuk amalan yang utama, kerana merupakan salah satu bentuk penghormatan kepada Nabi Muhammad SAW.

Syeikh Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri menyatakan:

الأوْلَى ذِكْرُالسَّيِّادَةِ لِأنَّ اْلأَفْضَلَ سُلُوْكُ اْلأَدَ بِ

“Yang lebih utama adalah mengucapkan sayyidina (sebelum nama Nabi SAW), karena hal yang lebih utama bersopan santun (kepada Beliau).” (Hasyisyah al-Bajuri, juz I, hal 156).


Pendapat ini didasarkan pada hadits Nabi SAW:

عن أبي هريرةقا ل , قا ل ر سو ل الله صلي الله عليه وسلم أنَا سَيِّدُ وَلَدِ آدَمَ يَوْمَ القِيَامَةِ وَأوَّلُ مَنْ يُنْسَقُّ عَنْهُ الْقَبْرُ
وَأوَّلُ شَافعٍ وأول مُشَافِعٍ


“Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Saya adalah sayyid (penghulu) anak adam pada hari kiamat. Orang pertama yang bangkit dari kubur, orang yang pertama memberikan syafaa’at dan orang yang pertama kali diberi hak untuk membrikan syafa’at.” (Shahih Muslim, 4223).


Hadits ini menyatakan bahwa nabi SAW menjadi sayyid di akhirat. Namun bukan berarti Nabi Muhammad SAW menjadi sayyid hanya pada hari kiamat saja. Bahkan beliau SAW menjadi sayyid manusia didunia dan akhirat.


Sebagaimana yang dikemukakan oleh sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki al-Hasani:

“Kata sayyidina ini tidak hanya tertentu untuk Nabi Muhammad SAW di hari kiamat saja, sebagaimana yang difahami oleh sebahagian orang dari beberapa riwayat hadits ’saya adalah sayyidnya anak cucu adam di hari kiamat.’ Tapi Nabi SAW menjadi sayyid keturunan ‘Adam di dunia dan akhirat”. (dalam kitabnya Manhaj as-Salafi fi Fahmin Nushush bainan Nazhariyyah wat Tathbiq, 169)


Ini sebagai indikasi bahwa Nabi SAW membolehkan memanggil beliau dengan sayyidina. Kerana memang kenyataannya begitu. Nabi Muhammad SAW sebagai junjungan kita umat manusia yang harus kita hormati sepanjang masa.


Lalu bagaimana dengan “hadits” yang menjelaskan larangan mengucapkan sayyidina di dalam solat?


لَا تُسَيِّدُونِي فِي الصَّلَاةِ

“Janganlah kalian mengucapakan sayyidina kepadaku di dalam shalat”

Ungkapan ini memang diklaim oleh sebahagian golongan sebagai hadits Nabi SAW. Sehingga mereka mengatakan bahwa menambah kata sayyidina di depan nama Nabi Muhammad SAW adalah bid’ah dhalalah, bid’ah yang tidak baik.


Akan tetapi mengikut pandangan sebahagian ulamak yang lain pula, ungkapan ini masih diragukan kebenarannya. Sebab secara gramatika bahasa Arab, susunan kata-katanya ada yang tidak singkron. Dalam bahasa Arab tidak dikatakan سَادَ- يَسِيْدُ , akan tetapi سَادَ -يَسُوْدُ , Sehingga tidak boleh dikatakan لَاتُسَيِّدُوْنِي


Oleh itu, jika ungkapan itu disebut hadits, maka tergolong hadits maudhu’. Yakni hadits palsu, bukan sabda Nabi, karena tidak mungkin Nabi SAW keliru dalam menyusun kata-kata Arab. Konsekuensinya, hadits itu tidak boleh dijadikan dalil untuk melarang mengucapkan sayyidina dalam solat?

Dengan demikian dapat disimpulkan bahwa membaca sayyidina ketika membaca shalawat kepada Nabi Muhammad boleh saja.

Dalam solat,
menyebut " sayyidina " tidak ada dalam peraturan solat yang disebutkan dalam sifat solat nabi . Oleh kerana tiada dalil mengatakan dilakukan oleh baginda Rasulullah sebaiknya ditinggalkan.

Wallahu alam bishowab.




Masalah khilafiyah - Persoalan basmalah


Ulama sepakat mengatakan bahawa ‘basmalah’ adalah merupakan sebahagian daripada surah An-Naml , tetapi berselisih pendapat mengenai adakah diwajibkan membacanya dalam solat.


Abu Hanifah dan Ahmad
mengatakan ianya adalah sunat sahaja kerana mereka beranggappan bahawa basmalah bukanlah satu ayat dari surah Al-Fatihah.


Imam Syafie
mewajibkan membacanya

Para Qurra Makkah dan Kufah
basmallah adalah merupakan sebahagian dari surah Al-Fatihah

para Qurra Madinah , Basrah dan Syam
tidak menganggap basmalah adalah ayat daripada surah al-Fatihah.Mereka mengatakan bahawa basmalah hanya merupakan pemutus antara setiap surah-surah yang terdapat dalam al-Quran.


Pendapat para Qurra Madinah , Basrah dan Syam ini dikuatkan dengan dalil daripada hadis Nabi saw sebagaimana berikut :

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم كان لا يعــرف فصــل السور حتى ينــزل عليه
( بسم الله الرحمن الرحيم)

“Sesungguhnya Rasulullah saw tidak mengetahui akan pemutus antara surah-surah sehinggalah diturunkan Bismillahir Rahmanir Rahim.

[HR Abu Daud : 788 , Al-Hakim : 1/231. Disahkan dan dipersetujui oleh Az-Zahabi]




Walaubagaimana pun terdapat juga dalil yang mengatakan bahawa Basmalah bukanlah sebahagian daripada al-fatihah sebagaimana hadis daripada Anas bin Malik ra :

أن النبي صلى الله عليه وسلم وأبا بكر وعمر كانوا يفتتحون الصلاة ب
(الحمد لله رب العالمين)

“Adalah Rasulullah saw dan Abu Bakar serta Umar memulai solat dengan (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin) [H.Muttafaqun ‘Alaih , Bukhari :743 dan Muslim : 399]



Dalam Riwayat Imam Muslim terdapat tambahan yang menyebutkan bahawa mereka iaitu Rasulullah saw , Abu Bakar dan Umar tidak menyebut Basmalah samada diawal bacaan ataupun diakhir bacaan al-Fatihah sebagaimana berikut :

لا يــذكرون ( بسم الله الرحمن الرحيم) في أول قراءة ولا في آخرها



Malah menurut Asy-Syaikh Abdullah bin Abd Rahman Al-Bassam , terdapat hadis sahih yang jelas menunjukkan bahawa Basmalah bukanlah merupakan ayat daripada surah Al-Fatihah sebagaimana berikut :

أن الله قال: قسمت الصلاة بيني وبين عبدي نصفين ، فإذا قالالحمد لله رب العالمين ، قال : حمدني عبدي …. إلخ

“Nabi saw bersabda : Sesungguhnya Allah swt telah berfirman : Aku membahagi dua solat hambaku , separuh untuk untuk-Ku dan separuh untuk hamba-Ku.(Untuk hamba , apa yang ia minta)…..Ketika hambu-Ku membaca (Alhamdulillahi rabbil ‘Alamin) , Aku berfirman : Hamba-Ku memuji-Ku………hingga akhir.

[HR Imam Muslim : 395]


Hadis di atas jelas menunjukkan bahawa permulaan al-Fatihah adalah (Alhamdulillah….) bukannya basmalah ….Allahu A’alam…



Rujukan :

- Taudhih Ahkam min Bulughil Maram , Asy-Syaikh Abdullah Abd Rahman Al-Bassam. Fathul Qadir
- Al-Ahkam Asy-Syar’iyyah li qurra al-Quran al-Karim , Asy-Syaikh Dr. Mahmud Ahmad Sa’id al-Atrash.


30.1.10

RUKUN SOLAT : SALAM


Mengucap salam yang pertama adalah rukun solat yang menandakan berakhirnya solat yang dilakukan.



Membaca Salam


Nabi SAW mengucapkan salam dengan menoleh ke kanan seraya mengucapkan “Assalaamu ‘alaikum warahmatullah”, sehingga terlihat pipi kanannya yang putih. Juga menoleh ke kiri seraya mengucapakan “Assalaamu ‘alaikum warahmatullah”, sehingga terlihat pipi kirinya yang putih.
( diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Nasa’i dan Tirmidzi )


Menurut riwayat Abu Daud terkadang Nabi SAW menambahkan dengan
“Wabarokaatuh” pada salam pertamanya.


Dalam hadits riwayat Nasa’I disebutkan bahwa ketika menoleh ke kanan, terkadang Beliau SAW
mengucapakan “Assalaamu ‘alaikum warahmatullah”, dan ketika menoleh ke kiri hanya
mengucapakan “Assalaamu ‘alaikum”.

Terkadang Beliau SAW mengucapkan salam sekali saja dengan ucapan “Assalaamu ‘alaikum” dengan sedikit memalingkan wajahnya ke kanan.
( diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan Baihaqi)


Semasa mengucap salam dilarang menggerakkan tangan

Ketika mengucapkan salam para sahabat ada yang mengisyaratkan (menggerakkan) dengan tangan mereka waktu menoleh ke kanan dan ke kiri. Hal ini dilihat oleh Rasulullah SAW, lalu Beliau SAW bersabda, ”Mengapa kamu menggerakkan tanganmu seperti ekor kuda yang gelisah? Bila seseorang diantara kamu mengucapkan salam, hendaknya ia berpaling kepada temannya dan tidak perlu menggerakkan tangannya”. (Ketika mereka melakukan shalat berikutnya bersama Rasulullah SAW, mereka tidak melakukannya lagi.


Dalam riwayat lain dikatakan ”Seseorang diantara kamu cukup meletakkan tangannya diatas
pahanya, kemudian mengucapkan salam dengan menoleh ke saudaranya yang ada disebelah
kanannya dan saudaranya disebelah kirinya”. (HR. Abu Uwanah dan Thabrani).



RUKUN SOLAT : DUDUK DAN MEMBACA TASYAHHUD AKHIR

Apa yang dimaksudkan duduk Tahiyyat/Tasyahhud akhir ?

Duduk Tahiyyat/Tasyahhud akhir bermakna duduk di hujung rakaat akhir solat.


Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Akhir?

Hukum duduk tahiyyat akhir adalah wajib dan merupakan rukun solat. Jika ditinggalkan batallah solat. Cara duduk ini dinamakan duduk tawaruk. Manakala duduk semasa membaca tahiyyah awal dan duduk antara dua sujud dinamakan duduk iftirasy.



Perbezaan duduk iftirasy dengan duduk tawaruk


Perbezaan antara dua jenis duduk tersebut berdalilkan hadis dari Abu Humaid r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w.;

“Apabila baginda duduk sesudah dua rakaat, baginda duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir, baginda mengulurkan tapak kakinya yang kiri (ke bawah betis kanan) dan menegakkan tapak kakinya yang kanan dan baginda duduk di atas punggungnya” (Riwayat Imam Bukhari).


Duduk semasa membaca tasyahhud akhir ialah dengan meletakkan punggung di lantai. telapak kaki kiri menempel ke lantai, hujung kaki kiri dan kaki kanan berada pada satu sisi. Sehingga menjadikan kaki kiri berada di bawah paha dan punggung betis kaki kanan.

Juga dengan menegakkan telapak kaki kanannya tetapi kadang mendatarkannya.

Beliau SAW menahan tubuhnya pada lutut kirinya dengan telapak tangan kirinya.


Pandangan lain berkaitan cara duduk ini


Sebahagian ulamak yang lain (antaranya Imam Abu Hanifah) berpandangan;
cara duduk semasa Tahiyyat Akhir adalah sama seperti cara duduk semasa Tahiyyat Awal iaitu Iftiraysh.
Mereka berdalilkan hadis dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w.; “…Nabi membaca tahiyyat setiap selesai dua rakaat. Baginda (duduk tahiyyat dengan) menghampar kakinya yang kiri dan menegakkan kakinya yang kanan…”
(Riwayat Imam Muslim).

Dalam hadis ini ‘Aisyah r.a. hanya menyebutkan satu jenis duduk sahaja bagi Tahiyyat/Tasyahhud iaitu duduk Itiraysh.


Ikut fatwa dari Imam Syafie
yang paling menepati sunnah iaitu duduk 'tawaruk'
(duduk tahyat akhir yang banyak orang kita buat di Malaysia ni).




Apakah yang dibaca semasa duduk Tahiyyat akhir ?

1. Bacaan Tahiyyat
2. Bacaan Selawat

Bacaan tahiyyat ialah;


التَّحِيَّاتُ المُبارَكاتُ الصَّلَواتُ الطَّيِّباتُ لِلَّهِ،
السَّلامُ عَلَيْكَ أيُّهَا النَّبيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ،

السَّلامُ عَلَيْنا وعلى عِبادِ اللّه الصَّالِحينَ،
أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ


Maksudnya : “Segala kerajaan/kekuasaan, limpahan barakah, selawat dan kalimah-kalimah yang baik adalah milik Allah. Selamat sejahtera ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan juga keberkatan-keberkatanNya. Selamat sejahtera juga ke atas kami serta ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah”.

(Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)


Bacaan Selawat pula ialah;

اللَّهم صلِّ عَلَى مُحمَّدٍ وعَلَى آلِ مُحمَّدٍ كما صلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وعَلَى آل إِبْرَاهِيْمَ
وباركْ عَلَى مُحمَّد وعَلَى آلِ مُحمَّدٍ كما باركتَ عَلَى إِبْرَاهِيْم وعَلَى آل إِبْرَاهِيْم في العالمينَ إنَّكَ حميدٌ مجيدٌ


Maksudnya : “Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana kamu mengurniakan selawat ke atas Ibrahim dan ke atas ahli Ibrahim. Serta kurniakanlah barakah ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad sebagaimana engkau kurniakan barakah ke atas Ibrahim dan ahli Ibrahim dalam seluruh alam. Sesungguhnya Engkau maha terpuji lagi maha mulia”.
(Riwayat Imam Muslim dari Ibnu Mas’ud)


Bagaimana kedudukan jari-jari tangan kita semasa Tahiyyat/Tasyahhud itu?

Ketika duduk tahiyyat, kita meletakkan tangan kanan di atas paha kanan
dalam keadaan jari hujung (yakni kelingking), jari manis dan jari tengah digenggam, sementara jari telunjuk dilepaskan dan diangkat serta diisyaratkan (menghala ke arah kiblat)
ketika menyebutkan (إلا الله) sambil meniatkan di dalam hati tauhid dan ikhlas di mana ia terus diluruskan tanpa meletak atau menjatuhkannya sehingga salam. Ibu jari diletakkan pada jari tengah. Adapun tangan kiri, hendaklah diletakkan di atas paha kiri.



Cara kedudukan tangan di atas adalah berdalilkan hadis-hadis berikut;

Hadis Ibnu ‘Umar r.a. yang menceritakan;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk di dalam solat, baginda meletakkan tapak tangannya yang kanan di atas paha kanannya dan baginda menggenggam semua jarinya dan memberi isyarat dengan jarinya bersebelahan ibu jari (yakni jari telunjuk). Adapun tapak tangan kirinya, baginda letakkan di atas paha kirinya”
. (Riwayat Imam Muslim)


Diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan;
“Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk berdoa (semasa tasyahhud) baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas pahanya yang kanan dan tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri. Baginda melakukan isyarat dengan jari telunjuknya, sementara ibu jari baginda letakkan pada jari tengahnya. Adapun tangan kiri, maka baginda meratakannya di atas lutut kirinya”.
(Riwayat Imam Muslim)



Kewajiban Membaca Shalawat Nabi pada Tasyahhud Akhir

Nabi SAW pernah mendengar seseorang mengucapkan do’a dalam solatnya tetapi tanpa
mengucapkan pujian kepada Allah dan shalawat kepada Nabi SAW,
lalu Beliau SAW bersabda kepadanya, : “Orang ini tergesa-gesa”.
Kemudian Beliau SAW memanggil orang itu lalu bersabda
: kepadanya dan orang yang lainnya, “Bila seseorang solat, hendaklah ia memulainya dengan bacaan tahmid dan pujian kepada Allah ‘azza wa jalla. Kemudian mengucapkan shalawat Nabi lalu memanjatkan do’a yang diinginkannya.” (HR. Ahmad, Abu Daud dan Hakim).

Rasulullah SAW melihat seseorang sedang solat. Kemudian ia membaca hamdalah dan memuji
Allah lalu mengucapkan shalawat Nabi. Beliau SAW bersabda kepadanya ”Memohonlah niscaya
akan dikabulkan dan mintalah niscara akan diberi.” (HR. Nasa’i).


Bacaan doa selepas selesai membaca tahyiyyat/ tasyahhud akhir

Kewajiban Memohon Perlindungan dari 4 Macam Hal

Nabi SAW bersabda, ”Bila seseorang selesai membaca tasyahhud (akhir), hendaklah ia memohon perlindungan kepada Allah dari 4 perkaraiaitu :
" Allahumma innii a’uudzubika min ’adzaabi jahannam wamin ’adzaabil qobri,
wamin fitnatil mahyaa wal mamaat, wamin syarri fitnatil masiihid dajjaal "

Maksudnya : (Ya Allah aku berlindung kepadaMu dari siksa neraka Jahannam, dari siksa kubur, dari fitnah hidup dan mati, dari fitnah Dajjal’. Selanjutnya hendaklah ia berdo’a memohon kebaikan untuk dirinya sesuai kepentingannya”.
(HR. Muslim, Abu Uwanah, dan Nasa’i).

Menurut Abu Daud dan Ahmad, Nabi SAW biasa membaca do’a tersebut dalam tasyahhudnya.
Nabi SAW mengajarkan do’a tersebut kepada para sahabatnya seperti Beliau SAW mengajarkan
surah Al-Qur’an kepada mereka.

CARA DUDUK & BACAAN TASYAHHUD AWAL



CARA DUDUK TASYAHHUD AWAL



Apa yang dimaksudkan duduk Tahiyyat/Tasyahhud awal ?

Duduk Tahiyyat/Tasyahhud awal bermakna duduk di hujung rakaat kedua .

Tujuan duduk ialah untuk membaca tasyahhud atau tahiyyat awal dan juga selawat. Duduk tahiyyat awal; iaitu duduk di hujung rakaat kedua solat.



Apa hukum duduk Tahiyyat/Tasyahhud Awal?


Para ulamak berbeza pandangan;

Pandangan yang mengatakan duduk tahiyyat awal adalah sunat

Pandangan Imam Abu Hanifah, Malik dan Syafi’ie; duduk Tahiyyat/Tasyahhud dan juga membaca Tahiyyat/Tasyahhud semasa duduk itu hukumnya sunat sahaja (tidak wajib).

Jika ditinggalkan tidak membatalkan solat, namun hukumnya makruh dan disunatkan sujud sahwi.

Dalil mereka ialah dalam hadis Musi’ as-Solah yakni hadis berkenaan seorang lelaki yang salah dalam menunaikan solat, lalu diajar oleh Nabi, Nabi s.a.w. tidak menyebutkan tentang tahiyyat/tasyahhud awal tatkala menerangkan kaifiyat solat.

Selian itu, ada hadis menceritakan bahawa Nabi pernah tertinggal tasyahhud awal, namun baginda tidak mengulanginya, akan tetapi menggantinya dengan sujud sahwi sahaja.



Pandangan yang mengatakan duduk tahiyyat awal adalah wajib

Pandangan Imam Ahmad; ia adalah wajib.

Dalil mereka arahan Nabi s.a.w.; “Apabila kamu duduk pada setiap dua rakaat, bacalah; “at-Tahiyyatul lillahi was-Solawati wat-Thaiyyibati…” (Riwayat Imam Ahmad, an-Nasai dan at-Thabrani dengan sanad yang soheh).

Selain itu, ia tidak pernah ditinggalkan oleh Nabi s.a.w.. (al-Mughni, 1/373)



Apakah cara duduk yang disunatkan ketika duduk Tahiyyat/Tasyahhud?

Ketika tahiyyat awal duduk secara iftriraysh . Berikut ialah cara duduk tahiyyat awal mengikut pandangan sebahagian ulamak termasuk mazhab Syafi’ie.

Duduk iftiraysh ialah dengan menghamparkan kaki kiri sebagai hamparan bagi punggung dan memacakkan kaki kanan. Adapun duduk tawarruk pula ialah dengan mengeluar/menghulurkan kaki kiri ke bawah kaki kanan dan pangkal paha (yakni punggung) diletakkan di atas lantai, adapun kaki kanan dipacakkan/ ditegakkan, jari kaki dilenturkan mengadap kiblat.


hadis dari Abu Humaid r.a. yang menceritakan sifat solat Nabi s.a.w.;
“Apabila baginda duduk sesudah dua rakaat, baginda duduk di atas kakinya yang kiri dan menegakkan tapak kakinya yang kanan. Apabila baginda duduk pada rakaat yang akhir, baginda mengulurkan tapak kakinya yang kiri (ke bawah betis kanan) dan menegakkan tapak kakinya yang kanan dan baginda duduk di atas punggungnya” (Riwayat Imam Bukhari).


Muslim dan Abu Uwanah meriwayatkan bahwa apabila duduk tasyahhud, Nabi SAW meletakkan tangan kanan diatas paha kanannya dan meletakkan telapak tangan kirinya pada paha kiri ( dalam riwayat lain disebutkan meletakkan tangan kanan pada pada lutut kanannya dan meletakkan tangan kiri pada lutut kirinya )


Merenggangkan telapak tangannya diatas lutut.


Menurut Nasa’i, Nabi SAW meletakkan siku kanan diatas paha kanannya. Nabi SAW melarang
bertumpu pada tangan kirinya pada waktu duduk tasyahud dalam sholat sebagaimana sabdanya
”Cara semacam itu adalah cara sholat orang Yahudi.” (HR Baihaqi dan Hakim).

Dalam hadits lain disebutkan ”Janganlah engkau duduk seperti itu karena duduk seperti tiu adalah duduknya orang yang sedang diazab.” (HR Ahmad dan Abu Daud).

Dalam hadits lain disebutkan ”Duduk seperti itu adalah cara duduk orang-orang yang dimurkai Allah.” (HR Abdur Razzaq).



Apakah yang dibaca semasa duduk Tahiyyat awal ?

Rasulullah SAW mengajarkan kepada para sahabatnya berbagai macam bacaan tasyahhud.
ada yang dikenali sebagai Tasyahhud Ibnu Mas’ud, Tasyahhud Ibnu Abbas, Tasyahhud Ibnu Umar dan lain lain.

Cara bacaan tahiyyat awal yang diamalkan oleh masyarakat kita :


التَّحِيَّاتُ المُبارَكاتُ الصَّلَواتُ الطَّيِّباتُ لِلَّهِ، السَّلامُ عَلَيْكَ أيُّهَا النَّبيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ، السَّلامُ عَلَيْنا وعلى عِبادِ اللّه الصَّالِحينَ،
أشْهَدُ أنْ لا إلهَ إِلاَّ اللَّهُ، وَأشْهَدُ أنَّ مُحَمَّداً رَسُولُ اللَّهِ

“Segala kerajaan/kekuasaan, limpahan barakah, selawat dan kalimah-kalimah yang baik adalah milik Allah. Selamat sejahtera ke atas engkau wahai Nabi serta rahmat Allah dan juga keberkatan-keberkatanNya. Selamat sejahtera juga ke atas kami serta ke atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku bersaksi bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Muhammad itu adalah Rasul Allah”. (Riwayat Imam Muslim dari Ibnu ‘Abbas r.a.)

di sambung dengan bacaan Selawat pula ialah;

اللَّهم صلِّ عَلَى مُحمَّدٍ وعَلَى آلِ مُحمَّدٍ
“Ya Allah, kurniakanlah selawat ke atas Muhammad dan ke atas ahli Muhammad
(Riwayat Imam Muslim dari Ibnu Mas’ud)


Bagaimana kedudukan jari-jari tangan kita semasa Tahiyyat/Tasyahhud itu?

Ketika duduk tahiyyat, sunat kita meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dalam keadaan jari hujung (yakni kelingking), jari manis dan jari tengah digenggam, sementara jari telunjuk dilepaskan dan diangkat serta diisyaratkan (menghala ke arah kiblat) ketika menyebutkan (إلا الله) sambil meniatkan di dalam hati tauhid dan ikhlas di mana ia terus diluruskan tanpa meletak atau menjatuhkannya. Ibu jari diletakkan pada jari tengah. Adapun tangan kiri, hendaklah diletakkan di atas paha kiri.


Cara kedudukan tangan di atas adalah berdalilkan hadis-hadis berikut;


1. Hadis Ibnu ‘Umar r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk di dalam solat, baginda meletakkan tapak tangannya yang kanan di atas paha kanannya dan baginda menggenggam semua jarinya dan memberi isyarat dengan jarinya bersebelahan ibu jari (yakni jari telunjuk). Adapun tapak tangan kirinya, baginda letakkan di atas paha kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)


2. Dari Ali bin Abdirrahman al-Maghafiri yang menceritakan dari Abdullah bin ‘Umar r.a. yang melihat seorang lelaki mengerak-gerakkan batu dengan tangannya ketika ia sedang solat. Apabila lelaki selesai solat, Abdullah berkata kepadanya; “Jangan mengerak-gerakkan batu semasa kamu berada dalam solat kerana itu adalah dari Syaitan. Akan tetapi lakukanlah sebagaimana yang dilakukan Rasulullah s.a.w.. Lelaki itu bertanya; “Bagaimana yang dilakukan baginda?”. Abdullah menjelaskan kepadanya; “Baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas paha kanannya, mengisyaratkan jarinya yang bersebelahan ibu jari ke arah kiblat dan melontarkan pandangan matanya ke arah jari tersebut. Begitulah yang aku lihat dilakukan Rasulullah s.a.w.”. (HR Imam an-Nasai).

3. Diriwayatkan dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Adalah Rasulullah s.a.w. apabila duduk berdoa (semasa tasyahhud) baginda meletakkan tangannya yang kanan di atas pahanya yang kanan dan tangannya yang kiri di atas pahanya yang kiri. Baginda melakukan isyarat dengan jari telunjuknya, sementara ibu jari baginda letakkan pada jari tengahnya. Adapun tangan kiri, maka baginda meratakannya di atas lutut kirinya”. (Riwayat Imam Muslim)

4. Dalam hadis riwayat Abu Daud dan an-Nasai, seorang sahabat bernama Wail bin Hujrin r.a. tatkala menceritakan sifat solat Nabi s.a.w., beliau memberitahu; “…Semasa Tahiyyat, Rasulullah s.a.w. meletakkan tangan kanannya (bermula dari siku) di atas paha kanannya, kemudian baginda menggenggam dua jari dari jari-jari tangannya (iaitu jari kelingking dan jari hantu) dan membentuk gelungan (dengan jari tengah/telunjuk dan ibu jarinya), kemudian mengangkat jari (telunjuk)nya. Aku melihat beliau menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu sambil berdoa dengannya” (HR Imam an-Nasai dan Abu Daud).

Di dalam hadis Abdullah bin az-Zubair tadi, diceritakan bahawa Nabi s.a.w. hanya meletakkan sahaja ibu jarinya pada jari tengahnya. Sedang di dalam hadis ini, baginda membentuk gelungan dengan dua jari tersebut.


Perlukah jari telunjuk kanan tadi digerak-gerakkan ketika mengangkat dan mengisyaratkannya tadi?

Hal ini terdapat khilaf di kalangan ulamak;

a) Pandangan pertama;
tidak perlu digerak-gerakkan kerana Nabi s.a.w. tidak melakukannya sebagaimana hadis riwayat Abu Daud dari Abdullah bin az-Zubair r.a. yang menceritakan; “Nabi s.a.w. memberi isyarat dengan jarinya (yakni jari telunjukkan) tatkala berdoa (semasa tasyahhud) dan baginda tidak menggerak-gerakkannya”.

b) Pandangan kedua;
perlu menggerak-gerakkannya berdalilkan hadis dari Wail bin Hujrin r.a. yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan an-Nasai tadi yang menceritakan; “…Aku melihat beliau (yakni Nabi s.a.w.) menggerak-gerakkan jari telunjuknya itu (semasa Tasyahhud) sambil berdoa dengannya”.

Menurut Imam al-Baihaqi; kedua-dua hadis tersebut adalah soheh. (Lihat; Mughni al-Muhtaj, jil. 1, hlm. 240).


Dalil perlunya menggerakkan Jari Telunjuk Ketika Duduk Tasyahhud.

Dalam hadits riwayat Muslim dan Abu Uwanah disebutkan bahwa Nabi SAW merenggangkan
telapak tangan kiri diatas lutut kirinya. Tetapi Beliau SAW menggenggam semua jari tangan
kanannya dan mengacungkan telunjuknya ke kiblat. Lalu mengarahkan pandangan mata ke
telunjuknya.

Pada riwayat yang sama disebutkan bahwa ketika Beliau SAW mengacungkan telunjuknya ibu
jarinya memegang jari tengah.

Terkadang ibu jari dan jari tengahnya membentuk lingkaran.

Abu Daud dan Nasa’i meriwayatkan bahwa Nabi SAW menggerak-gerakkan jari telunjuknya
sembil berdoa.

Beliau bersabda : ”(Gerakan jari telunjuk) lebih ditakuti syaitan daripada pukulan
besi.” (HR Ahmad dan Bukhari).

Sebahagian sahabat Nabi SAW telah mengambil suatu perbuatan atau meniru perbuatan sahabat yang lain iaitu menggerakkan telunjuknya sambil berdoa. Beliau SAW melakukan ini dalam dua tasyahhudnya (tasyahhud awal dan akhir).

Dalam hadits riwayat Ibnu Abi Syaibah dan Nasa’i disebutkan bahwa Nabi SAW pernah melihat
seorang sahabat berdoa sambil mengacungkan dua jarinya. Lalu Beliau SAW bersabda sambil
mengacungkan telunjuknya kepada orang itu ”Satu saja! Satu saja!.”


PANDANGAN JUMHUR ULAMAK :
memberi isyarat jari tanpa digerak2kannya lebih kuat dan lebih ramai yang meriwayatkan


Kedua dua cara pergerakan jari telunjuk semasa membaca tasyahud akhir adalah sunat dan bukan bidaah. Cuma perselisihan dikalangan ulamak hanyalah perihal yang mana lebih afdal sahaja.

Pandangan jumhur ulamak ialah sunat memberi isyarat dengan jari telunjuk ketika mengucap kalimah syahadah dan tidak menggerak-kannya kerana hadith yang menyatakan Nabi saw memberi isyarat jari saja tanpa digerak2kannya lebih kuat dan lebih ramai yang meriwayatkan


Bangkit Ke Rakaat Ketiga Dan Keempat

Dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa Nabi SAW bangkit ke rakaat ketiga
seraya mengucapkan takbir. Beliau SAW bersabda:, ”Kemudian lakukanlah seperti itu pada setiap rakaat dan sujud”.

Nabi SAW mengucapkan takbir ketika bangkit dari duduk, kemudian Beliau SAW berdiri. Beliau
SAW kadang mengangkat kedua tangannya bersamaan dengan mengucapkan takbir.
( di riwayatkan oleh Bukhari dan Abu Daud )


Apabila Beliau SAW hendak bangkit ke rakaat keempat, Beliau SAW mengucapkan ”Allahu
akbar”. Beliau SAW mengangkat kedua tangnnya bersamaan saat takbir. Kemudian Beliau SAW duduk tegak diatas kaki kirinya sampai ruas tulang punggungnya mapan (lurus). Lalu, Beliau SAW bangkit seraya bertumpu dengan tangannya ke tanah. ( diriwayatkan Bukhari dan Abu Daud)

kAEDAH TURUN SUJUD dalam solat , TANGAN ATAU LUTUT DAHULU?

Persoalan yang merujuk kepada hadith dan cara 'duduk' unta semasa melakukan perbuatan ketika hendak sujud merupakan satu perkara di diperselisihkan oleh ulama'-ulama'. Hadith yang rujuk tadi tarafnya sahih dikalangan beberapa ulama' hadith dan ia juga digunakan oleh beberapa ulama bagi menjustifikasikan kaedah bagaimana hendak turun melakukan sujud. Sebelum kita melihat penerangan mereka yang berpegang kepada hadith, rasanya eloklah kita lihat hadith dan perbuatan sujud yang dipegang oleh kebanyakkan ulama.


Menurut mazhab Hanafi, Syafie dan satu pandangan yang diriwayatkan dari Ahmad, seseorang yang ingin sujud hendaklah menurunkan lututnya dahulu, kemudian barulah tangannya.

Al-Tirmudzi menganggap walaupun ini adalah amalan kebanyakkan ulama, sebagaimana yang beliau ucapkan didalam Sunannya (2/57) "[Ini adalah] amalan kebanyakkan ulama' " mereka merasakan bahawa seseorang itu harus turun dengan lututnya sebelum meletakkan tangannya dibahawa, dan bila ia bangun ia harus mengangkat tangannya dahulu sebelum lututnya.

Mereka menggunakana hadith Waa'il ibn Hajar yang berkata :
"Aku melihat Nabi saw apabila beliau sujud, dia meletakkan lututnya sebelum tangan, dan bila beliau naik, beliau akan mengangkat tangannya sebelum lutut" (Riwayat Abu Daud, Al-Tirmudzi, Al-Nasaai', Ibn Majah (1/345). Tirmudzi berkata bahawa hanya seorang yang meriwayatkannya ialah Yazid ibnm Harun dari Shurayk. Tiada siapa yang meriwayatkan dari 'Aasim ib Kulab melainkan Shurayk, dan Shurayk bukanlah kuat. Dan berkata Al-Baihaqi didalam Al-Sunan (2/10): Isnad ini dhai'f (lemah). Albani mengkelaskan hadith ini sebagai dhai'f didalam al-Mishkaat (898), al-Irwa' (2/75).

Lain-lain ulama mengkelaskan hadith ini sebagai Sahih, seperti Ibn al-Qayyim (Zaad al-Ma'aad). Mereka yang mendokong bahawa harus turun sujud menggunakan lutut dahulu ialah Sheikh Al-Islam Ibn Taimiyah, Ibn Al-Qayyim, dan juga beberapa ulama zaman ini seperti Sheikh Abdul Aziz bin Baaz, Sheikh Muhammad ibnu Saalih Al-Uthsaimin dan Al-Jibrin.


Kata bin Baaz didalam Majmu' fatwa:

"Yang terbaik : Dua lutut dahulu, kemudian kedua-dua tangan dan kemudiannya muka, dari hadith Waa'il dan apa yang datang dengan maknanya"[4/234][1].

Malik, al-Awzaai dan ulama' hadith yang lain yang berpandangan sujud harus dahulukan tangan berdasarkan oleh hadith Abu Hurairah yang berkata:

"Rasulullah :saw bersabda : 'Apabila seseorang itu sujud, janganlah turun kamu seperti unta, dan letakkanlah tangan sebelum lutut' (Riwayat Ahmad (2/381), Abu Daud, Al-Tirmudzi dan Al-Nasaai'. Al-Nawawi didalam Kitab Al-Maj'mu' (3/241) berkata bahawa Isnaadnya Sahih dan Al-Nassai mengatakan Jayyid Isnaad (Isnad yang baik). Al-Albani didalam al-Irwa' (2/78) telah mengkelaskan hadith ini sebagai Sahih.

Jelas Al-Albani didalam nota kaki didalam buku Sifat Solaat Nabi (ms 141) bahawa :

"Ketahuilah bahawa unta berbeza [dari perbuatan turun seorang yg bersolat] dari meletakkan kedua tangan sebelum lutut! Unta meletakkan lututnya [dahulu], dan kedua-dua tangannya. Sebagaimana didalam buku "Lisanu Al-Arab" dan kitab-kitab bahasa yang lain."[2]

Maka cara turun untuk sujud menurut Al-Albani [Sifat Solat Nabi, 140] dan didalam Talkhis Sifat Solat Nabi ialah :

" kemudian ia harus turun bawah sujud dengan tangannya, meletakkan ia kebawah sebelum lutut. Ini adalah sebagaimana perintah Rasulullah saw dan thabit baginda melakukannya, dan dilarang meniru cara unta duduk, cara duduk dengan lutut dahulu."[3]


KESIMPULAN iBNU tAIMIYAH

Didalam penyelesaian hal ini, Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyah telah mengatakan didalam buku Al-fatawa (22/449) bahawa :

"Jika melakukan Solat meletakkan lutut sebelum tangan, dan jika melakukan Solat meletakkan tangan, kemudiannya lutut, solatnya SAH menurut persetujuan ulama', cuma mereka beselisih antara mana yang afdal"[4]

Rujukan :

1. Sheikh Ahmad bin Abdul Aziz bin Bazz. Majmu' Fatawa Samaahah Abdul Aziz Bin Baaz - 4 Riyad : Dr Al-Watan, 2000.
2. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Sifat Solaat al-Nabi (saw) Cetakan ke 2. Riyad : Maktab Al-Ma'arif, 1996.
3. Sheikh Nasyiruddin Al-Albani. Talkhees Sifat Solaat al-Nabi (saw) min al-Takbeer ila al-Tasleem ka annaka turaahaa url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=pelbagai&Number=10647&page=0&view=collapsed&sb=5&o=&fpart=1
4. Abdul Rahman Muhammad bin Qaasim. Majmu' Fatawa Sheikh Ibnu Taimiyyah. Beirut : Resalah.



TAMBAHAN SEBAGAI KESIMPULAN


Secara ringkasnya ada 2 kelompok ulama’ di dalam masalah ini :

KELOMPOK PERTAMA :

Mereka mengatakan bahawa apabila hendak turun sujud , maka hendaklah dengan meletakkan lutut terlebih dahulu kemudian barulah tangan .

Kata mereka lagi , kalau dibuat sebaliknya , maka jadilah turun itu seperti unta dan inilah cara yang dilarang oleh Baginda Rasulullah s.a.w .

Golongan ini juga menggunakan hadis yang diriwayatkan ataupun dipergunakan oleh al-Imam Abu Hanifah rh , al-Imam Muhammad Idris asy-Syafi’e rh , al-Imam Ahmad Bin Hanbal rh ( menurut salah-satu pandangannya ) , al-Imam at-Tirmidzie ( dengan mengatakan cara ini adalah cara yang dipraktikkan oleh majoriti ulama’ ) , al-Imam Abu Daud rh , al-Imam an-Nasaie rh , al-Imam Ibnu Taimiah rh , al-Imam Ibnul Qaiyim rh dan beberapa ulama’ terkini seperti Syeikh ‘Abdul Aziz Bin Baz rh ( bekas Mufti Arab Saudi ) , Syeikh Muhammad Bin Soleh al-‘Utsaimin rh dan Syeikh Ibnu Jibrin rh .

KELOMPOK KEDUA :

Kelompok ini pula mengatakan bahawa apabila hendak turun sujud , maka hendaklah diletakkan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu , kemudian kedua-dua lutut dan diakhiri dengan muka .

Menurut mereka pula , jika dibuat sebaliknya maka itulah dia cara unta turun sujud dan itulah cara yang dilarang .

Golongan ini diwakili oleh al-Imam Malik Bin Anas rh , al-Imam al-Auza’ie rh dan muhaddis di zaman moden , Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh serta beberapa orang ulama’ .

Kelompok ini adalah kelompok minoriti .


PANDANGAN : KAEDAH TURUN SUJUD :

( pandangan penulis blog dari soalsolatumum )



Setelah diperhatikan hujah kedua-dua pihak maka yang nyata di sini ialah LARANGAN MENIRU CARA UNTA TURUN merupakan topik yang disepakati bersama di kalangan mereka . Cuma , yang menjadi pertikaiannya sekarang ialah bagaimanakah cara unta turun ( menderum ) ke bumi ? .


Namun setelah saya bertemu semula dengan beberapa rakan saya yang belajar di Pakistan , mereka mengatakan bahawa amalan saya itu tidak betul , yang betul ialah sebagai mana hadis yang dijadikan alasan oleh golongan ulamak kedua itu .

Setelah saya meneliti perbahasan tersebut ( sekitartahun 1990 ) di dalam kitab “ SILSILAH al-AHADITS ad-DHO’IEFAH “ oleh Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani rh ( Jilid kedua ) nyatalah bahawa beliau rh telah mentadh’iefkan ( melemahkan ) hadist yang dipegang oleh kelompok ulama’ pertama . Ertinya di sini , cara yang paling tepat dengan cara yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah dengan turun sujud dengan kedua-dua tapak tangan terlebih dahulu , kemudian barulah lututnya . Dan semenjak hari itu , saya telah menukar cara turun sujud saya dengan cara yang dipegang oleh para ulama’ kelompok kedua itu . :smirk:

Kemudian , pada pertengahan tahun 90’an , saya telah ditaqdirkan Allah Ta’ala untuk melanjutkan pengajian di Mesir ini ( alhamdulillah ) dan setelah beberapa sampai saya sendiri telah berkesempatan ke Piramid di Giza dengan beberapa orang teman-teman sepengajian .

Di situ terdapat beberapa ekor unta yang memang dijadikan tunggangan dan disewa untuk tujuan itu oleh para pengunjung Piramid di Giza . Kebetulan di situlah saya telah berkesempatan melihat unta turun dan daripada situlah saya teringat kembali perbahasan ulama’ sekitar masalah itu .

Unta merupakan binatang berkaki empat . Kita anggap sahajalah kedua-dua kaki depannya seperti kedua-dua tangan kita ( sbg manusia ) dan kedua-dua kaki unta pula seperti kedua-dua kaki ini . Ini demi memudahkan kita memahami permasalahan ini .

Apakah yang saya lihat ? . Saya melihat unta tersebut turun ke bumi dengan cara melatakkan kedua-dua kaki hadapannya terlebih dahulu , Maknanya cara sujud yang dilarang kerana menyerupai unta ialah meletakkan kedua-dua tangan terlebih dahulu .

Memang saya terkejut kerana selama ini saya menyangka ( kerana tidak pernah berpeluang memerhatikan cara unta turun ke bumi bagaimana ) unta turun dengan kedua-dua kaki belakangnya terlebih dahulu . Rupa-rupanya yang sebenarnya ialah cara yang berlawanan pula.

Bukan sekali saya perhatikan cara unta turun , kali kedua saya berkesempatan melihat unta turun ke bumi ketika ke Semenanjung Sinai ( sempadan Palestin ) pada tahun 1997 . Sah dan confirm ….memang unta turun dengan cara meletakkan kaki hadapannya terlebih dahulu . Bukan setakat cara unta turun , saya sendiri berpeluang juga melihat bagaimanakah unta bangun pula ( iaitu dengan cara mengangkat kaki belakang ) terlebih dahulu .

Semenjak itu ( semenjak peristiwa di Piramid lagi ) , saya rujuk semula kepada amalan lama saya iaitu meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu , kemudian tangan apabila hendak turun sujud .

Menurut pandangan saya ( berdasarkan ilmu yang sedikit ini dan pengalaman tersebut ) cara yang paling sesuai dan paling tepat dengan sunnah yang ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah s.a.w sendiri ialah cara yang dipegang oleh majoriti ulama’ rh ( kelompok pertama ) dan itulah sebenarnya kaedah yang dituntut iaitu “ tidak boleh menyerupai cara unta turun dan bangun “ .

Bukan itu sahaja , malahan akal yang waras juga akan mengatakan bahawa cara yang cantik dilihat dan indah dipandang ialah meletakkan kedua-dua lutut terlebih dahulu , kemudian barulah kedua-dua tangan ke bumi apabila hendak sujud . Dan apabila hendak bangun ke rakaat berikutnya ialah dengan mengangkat kedua-dua lutut terlebih dahulu , bukannya sebaliknya.



Ustazah : Kalau dalam kamus dewan, unta disebutkan ada 4 kaki, tidak pula disebutkan ada dua tangan dan dua kaki.


SOLAT : Menggerakkan jari telunjuk ketika tasyahud


Menggerak-gerakkan jari telunjuk



Menggerak-gerakkan jari telunjuk ketika tasyahhud sudah menjadi sunnah matrukah (sunnah
yang ditinggalkan). Sedangkan Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam mengamalkannya:


“Nabi menggerak-gerakkan jari telunjuknya sambil membaca doa”. (Hadith Abu Daud, Nasaii, Ibnu Jarud dalam Al-Muntaqa (208), Ibnu Khuzaimah (1/86/1-2), Ibnu Hibban dalam Sahihnya (485)

Hadis menggerak-gerakkan telunjuk ini mempunyai syahid pada rawi Ibnu Adi (287/1).
(Rujuk: Sifat Solat Nabi. Hlm. 196. al-Albani)


Menurut Nasruddin al-Albani: “Mengikut sunnah telah menunjukkan bahawa menggerak-gerakkan jari telunjuk berlangsung sampai dengan salam. Inilah pendapat Imam Malik dan lain-lain”.


Beliau menjelaskan lagi: “Menggerak-gerakkan jari telunjuk dalam tasyahhud merupakan perbuatan yang sah dari Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam”.


Dilakukan oleh Imam Ahmad dan Imam-imam ahli hadis lainnya. Oleh kerana itu, hendaklah
takut kepada Allah orang yang beranggapan bahawa perbuatan ini sia-sia, tidak patut
dilakukan dalam solat. Kerana anggapan itu mereka tidak mahu menggerakkan telunjuknya
dalam solat, padahal mereka tahu riwayatnya sah. Mereka mencari-cari alasan untuk
mentakwilnya dengan menyalahi ketentuan bahasa Arab dan pengertian yang difahami oleh
para imam.


Hal yang aneh sebahagian dari mereka biasanya membela pendirian imamnya dalam masalah
yang lain sekalipun pendapat imam tersebut bertentangan dengan sunah Nabi. Alasannya
ialah menyalahkan imam sama ertinya dengan mencela dan tidak menghormatinya.


Akan tetapi, mereka kemudian melupakan masalah ini dan mereka menolak hadis yang sudah sahih serta mencela orang-orang yang melaksanakan perbuatan ini. Padahal dia tahu bahawa
mencela perbuatan tersebut bererti pula mencela para imam mereka yang biasanya mereka
bela mati-matian walaupun membelanya batil. Padahal para imam tersebut perbuatannya
sejalan dengan sunnah, bahkan celaan yang mereka lakukan itu mengenai Nabi sallallahu
‘alaihi wa-sallam. Kerana Nabilah yang mengajarkan hal itu kepada kita.


Oleh kerana itu, mencela perbuatan menggerak-gerakkan jari telunjuk sama halnya dengan
mencela Nabi sallallahu ‘alaihui wa-sallam.


Adapun mengacukan telunjuk sebentar, lalu berhenti atau mengacukannya pada waktu
tertentu sahaja, semuanya itu tidak mempunyai dasar dari hadis, bahkan menyalahi hadis
sahih.


Beliau menjelaskan bahawa hadis yang menyatakan: “Nabi tidak menggerakkan jari telunjuknya”. Sanad hadis tidak sah. Jika hadis ini sah, isinya menyangkal (membatalkan) adanya mengacukan telunjuk. Dalam kaedah “Ditetapkan” maka menetapkan didahulukan dari
menyangkal, seperti yang dikenal oleh para ahli fikh, maka hujjah untuk menyangkal
menggerak-gerakkan jari telunjuk tidak dapat dijadikan hujjah”. (Rujuk: Sifat Solat Nabi. Hlm.
197. Nota kaki. Sheikh Muhammad Nashiruddin al-Albani)


PANDANGAN JUMHUR ULAMAK :
memberi isyarat jari tanpa digerak2kannya lebih kuat dan lebih ramai yang meriwayatkan


Kedua dua cara pergerakan jari telunjuk semasa membaca tasyahud akhir adalah sunat dan bukan bidaah. Cuma perselisihan dikalangan ulamak hanyalah perihal yang mana lebih afdal sahaja.

Pandangan jumhur ulamak ialah sunat memberi isyarat dengan jari telunjuk ketika mengucap kalimah syahadah dan tidak menggerak-kannya kerana hadith yang menyatakan Nabi saw memberi isyarat jari saja tanpa digerak2kannya lebih kuat dan lebih ramai yang meriwayatkan



Adakah Sujud Wanita TIDAK SAMA Dengan Sujud Lelaki




Kita mungkin diajarkan demikian oleh guru-guru kita pada waktu masih kecil. Namun, setelah mempelajari bagaimana sebenarnya Sifat Sholat Nabi yang benar, maka tahulah kita, bahwa sujud wanita itu SAMA dengan sujud kaum Adam. Tidak ada bedanya!

Lantas darimana asalnya pengajaran sujud wanita itu harus dirapatkan ke badan, yang menyelisihi perintah Nabi bahwa ketika sujud itu harus dilebarkan?

ternyata asalnya dari hadits dibawah ini;

Dari Zaid bin Abi Habib, bahwa Nabi Shallallahu alaihi wasallam pernah melewati dua orang wanita yang sedang melaksanakan sholat. Maka beliau bersabda,"Bila kalian berdua sujud, hendaknya sebagian tubuh dirapatkan ke bumi, karena dalam hal ini wanita tidak seperti laki-laki." (Subulussalam 1:351)


Dari Zaid ibn Abi Habieb : Bahwa An-Nabiy shallallahu 'alaihi wa sallam melewati dua orang wanita yang sedang shalat, lantas beliau bersabda : "Apabila kalian berdua sujud, maka rapatlah sebagian tubuh ke tanah, karena sesungguhnya (shalat) seorang wanita pada keadaan itu tidak seperti (shalat) seorang lelaki."

Berkata Al-Baihaqiy : Riwayat ini Mursal lebih baik daripada dua riwayat maushuul tentangnya. (Ash-Shan'aniy berkata) yaitu dari dua hadiets maushuul yang disebutkan oleh Al-Baihaqiy dalam sunannya, dan kedua riwayat itu dha'ief.

[Kami katakan] Belakangan kami menemukan pernyataan Ibn Hajar Al-'Aqalaaniy rahimahullah dalam Talkhiesul-Habier setelah menukil hadiets di atas, beliau berkata : Diriwayatkan oleh Al-Baihaqiy dari dua jalan secara maushuul akan tetapi semua jalan dari keduanya MATRUUK (terdapat perawi Matruuk).

Lihat : Talkhiesul-Habier no.363 (1/242) cet.Madienah th.1384, tahqieq : As-Sayyid 'Abdullah Haasyim Al-Yamaaniy Al-Madaniy. Atau terbitan lain no.364 (1/436) cet.1/1416H/1995M, Daarul Misykaah dan Muasasah Al-Qurthubah, tahqieq atau pemberi catatan kaki : Abu 'Aashim Hasan ibn 'Abbaas ibn Quthb.


Telah menceritakan kepada kami Sulaimaan ibn Daawud, telah menceritakan kepada kami Ibn Wahb, telah mengabarkan kepada kami Haiwah ibn Syuraih, dari Saalim ibn Ghailaan, dari YAZIED ibn Abi Habieb, Bahwa Rasuulullah shallallahu 'alaihi wa sallam pernah melewati dua orang wanita yang sedang shalat, lantas beliau bersabda :

"Apabila kalian berdua sujud maka rapatkanlah sebagian daging tubuh kalian ke arah tanah, karena sesungguhnya (shalat) seorang wanita itu dalam keadaan ini tidaklah sama dengan (shalat) seorang lelaki!"


Derajat Hadiets : DHA'IEF dinyatakan oleh Asy-Syaikh Al-Albaaniy dalam :
1. Dha'ief Al-Jaami' Ash-Shaghier no.544 (hal.7-78)
2. Silsilah Al-Ahaadiets Adh-Dha'iefah no.2652 (6/163)

Kritik Perawi :
[Kami katakan] Riwayat ini MURSAL atau munqathi', karena Yazied ibn Abi Habieb Suwaid Al-Qurasyiy (kunyahnya Abu Rajaa') adalah seorang generasi Ash-Shughraa Minat-Taabi'ien (W128H). Walaupun dia seorang perawi Asy-Syaikhaan (Al-Bukhaariy dan Muslim), namun dia tidak pernah berjumpa dengan Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam. Dia kebanyakan meriwayatkan dari para Taabi'en senior.

Lihat : Rijaal Shahieh Al-Bukhaariy, oleh Al-Kalaabaadziy (323-398H) no. 1356 (2/807-808); Rijaal Shahieh Muslim, oleh Ibn Manjuwaih (347-428H) no.1866 (2/355-356).


PENDAPAT ADA BEZA SUJUD ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Mengenai permasalahan ini, ada dikalangan sarjana berpendapat bahawa terdapat beberapa perbezaan diantara solat lelaki dan wanita, akan tetapi ulama' hadith mengatakan pandangan tersebut berdasarkan kepada beberapa riwayat yang dha'if. Ulama' hadith mengatakan bahawa bahawa hadith dha'if ini tidak boleh dijadikan sebagai dalil untuk menentukan perbezaan solat wanita. Berikut adalah beberapa contoh hadith-hadith yang digunakan :-

i. Riwayat dari 'Ata' ibn al-'Ajlaan, dari Abu Nadrah al-'Abdi, dari Abu Sa'ed al-Khudri sahabat Rasulullah saw, bahawa Nabi saw :

أنه كان يأمر الرجال أن يتجافوا في سجودهم ، ويأمر النساء ينخفضن في سجودهن ، وكان يأمر الرجال أن يفرشوا اليسرى وينصبوا اليمني في التشهد ، ويأمر النساء أن يتربعن

"memerintahkan kaum lelaki meluaskan lengan tangan mereka ketika sujud, dan memerintahkan kaum wanita supaya menjaga (merapatkan) lengan mereka ketika mereka sujud, baginda memerintahkan kaum lelaki meluaskan kaki kiri dan meletakkan kaki kanan lurus semasa tashahud, dan memerintahkan kaum wanita duduk diatas kaki mereka" - [al-Baihaqi mengatakan hadith ini mungkar].

ii. Riwayat dari Abu Mutee' al-Hakam ibn Abdullah al-Balkhi, dari Umar ibn Dharr, dari Mujahid, dari Abdullah ibn Umar berkata : Rasulullah saw bersabda :

إذا جلست المرأة في الصلاة وضعت فخذها على فخذها الأخرى وإذا سجدت ألصقت بطنها في فخذيها كأستر ما يكون لها وإن الله تعالى ينظر إليها ويقول يا ملائكتي أشهدكم أني قد غفرت لها

'"Apabila seorang wanita duduk, maka dia hendaklah meletakkan pehanya diantara kedua2nya, dan apabila sujud dia menekan perutnya terhadap pehanya, merapatkan dirinya didalam keadaan tertutup, kerana Allah swt melihatnya dan berkata :'Ya Malaikatku, Aku memanggil kamu agar kamu menyaksikan sesungguh aku telah mengampunkan dosanya'". - [Sunan al-Baihaqi al-Kubra, 2/222]. Hadith ini dikatakan dha'if kerana diriwayatkan oleh Abu Mutee' al-Balki. al-Bukhari nberkata bahawa beliau adalah dha'if dan al-Nasaa'i juga mengatakan dia adalah dha'if [Lisaan al-Mizaan, 2/334].

iii. Riwayat dari Yazid ibn Abi Habib, berkata bahawa Rasulullah melalui 2 orang wanita yang sedang bersolat, baginda bersabda :

إذا سجدتما فضمَّا بعض اللحم إلى الأرض ؛ فإن المرأة ليست في ذلك كالرجل

"Apabila kamu sujud, tekankan daging (badan) kamu kebumi, kerana sesungguhnya wanita tidak sama seperti lelaki didalam itu" -[di riwayatkan oleh Abu Daud (al-Maraasiil, ms 118) dan al-Baihaqi, 2/223]. Hadith ini tarafnya mursal yang dikelaskan sebagai dha'if.


TIADA BEZA SUJUD ANTARA LELAKI DAN PEREMPUAN

Komentar Ibn Utsaimin mengenai kenyataan bahawa wanita tidak harus meluaskan lengannya, itu merapatkan ketika sujud dan ketika sujud menakankan perut ke peha, beliau menjawab :-

1. Alasan ini tidak boleh ditegakkan lebih-lebih lagi Nabi saw bersabda dengan maksud umum kepada lelaki dan wanita dengan sabdanya : صلوا كما رأيتموني أصلي "Solatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat".

2. Alasan ini juga tidak diperlukan kerana biasanya wanita bersolat dirumah, dan didalam keadaan ini tidak perlu mereka merapatkan anggota badan selagi mana tiada lelaki yang melihat mereka.

3. Dimasa takbir, wanita dibenarkan mengangkat tangan, mengangkat tangan kemungkinan besar akan membukanya lebih dari meluaskan lengan semasa sujud. Disamping itu juga mereka berkata mengangkat tangan itu sunnah, kerana prinsip asasnya merujuk kepada lelaki dan wanita sama didalam amalan perbuatan solat.


Pandangan yang rajih menurut al-Utsaimin ialah :-

أن المرأة تصنع كما يصنع الرجال في كل شيء فترفع وتجافي ، وتمد الظهر في حال الركوع ، وترفع بطنها عن الفخذين ، والفخذين عن الساقين في حال السجود ... وتفترش في الجلوس بين السجدتين ، وفي التشهد الأول ، وفي التشهد الأخير في صلاة ليس فيها إلا تشهد واحد ، وتتورك في التشهد الأخير في الثلاثية والرباعية ..
إذاً لا يُستثنى من هذا شيء بالنسبة للمرأة .

"Wanita hendak melakukan perkara yang sama dengan lelaki didalam solat, maka mereka hendaklah mengangkat tangan dan meluaskan tangan semasa sujud, menjadi belakang mereka selari semasa ruku', mengangkat perut mereka dari peha, dan peha mereka diangkat semasa sujud...mereka hendaklah duduk diatas kaki kiri, dan menjadikan kaki kanan menegak apabila duduk antara dua sujud, dan didalam tashahhud awal. Juga didalam tashahhud akhir, jika cuma terdapat satu tashahhud. Mereka hendaklah duduk mutawarrikan (kaki kiri dibumi, dan kaki kanan menegak) semasa Tashahhud akhir bagi solat yang mempunyai 3 atau 4 rakaat. Tidak ada pengecualian untuk wanita didalam perkara-perkara ini" - [Al-Sharh al-Mumti’, 3/304, 303]

Syeikh Nasyiruddin al-Albani didalam penutup kitab Sifat Solaat al-Nabi saw, menyatakan :

كل ما تقدم من صفة صلاته صلى الله عليه وسلم يستوي فيه الرجال والنساء ، ولم يرد في السنة ما يقتضي استثناء النساء من بعض ذلك ، بل إن عموم قوله صلى الله عليه وسلم " صلوا كما رأيتموني أصلي " يشملهن، وهو قول إبراهيم النخعي قال : تفعل المرأة في الصلاة كما يفعل الرجل.

"Semua yang telah dinyatakan didalam sifat solatnya Nabi saw menunjukkan sama diantara lelaki dan wanita, tidak ada apa-apa didalam sunnah yang memberi pengecualian bagi wanita dari mana-mana bahagian tersebut, bahkan sesungguhnya makna umum sabda Nabi saw :'Solatlah sebagaimana kamu melihat aku bersolat' temasuklah kaum wanita. Pendapat Ibrahim al-Nakhai berkata : Perbuatan wanita didalam solat adalah sebagaimana perbuatan lelaki." -[Sifat Solaat al-Nabi saw, ms 189].


Namum demikian, ulama'-ulama' Mazhab mengatakan secara keseluruhan kaifiat solat memang tidak terdapat perbezaan, cuma Al-Hafiz Imam Al-Nawawi rh. menyebut bahawa Imam al-Syafie rh. ada mengatakan didalam al-Mukhtasar :

ولا فرق بين الرجال و النساء في عمل الصلاة إلا أن المرأة يستحب لها أن تضم بعضها إلى بعض وأن تلصق بطنها بفخذيها في السجود كأستر ما تكون وأحب ذلك لها في الركوع وفي جميع الصلاة .

"Tidak ada perbezaan diantara amalan solat lelaki dan wanita melainkan wanita mustahab baginya menjaga bahagian badannya berdekatan diantara sama yang lain, dan hendaklah menjadikan perut mereka menyentuhi pehanya semasa sujud. Ini lebih tertutup dan disukai, didalam ruku' dan juga keseluruhan solat"-[al-Majmu' 3/429].

Ibn Qudamah rh. juga menyebut :

أنَّ المرأة تجمع نفسها في الركوع والسجود بدلاً من التجافي … لأنه أستر لها
"Sesungguhnya wanita hendaklah mendekatkan (anggota2nya) pada dirinya didalam ruku' dan sujud dan tidak meluaskan/melebarkannya...sesungguhnya ia lebi tertutup" [al-Mughni 2/258].

Bagi menutup perbincangan bab kaifiat solat ini, mari kita lihat komentar Syeikh Saleh al-Munajjid, seorang penceramah dan ulama' Saudi yang mengatakan bahawa :

وعلى فرض أن المرأة صلت في مكان عام قد يشاهدها فيه الرجال كالحرم المكي ، أو حديقة عامة – إذا احتاجت – فإنها تحذر من كل فعل يؤدي إلى الانكشاف ، وتحتاط في هذه الحال بما لا تفعله عادة .

"jika kita andaikan kaum wanita bersolat di tempat awam dimana lelaki mungkin melihatnya, sepertimana Masjid al-Haram, atau di Taman - Jika dia bersoalt disana, maka hendaklah mereka menjaga diri pada setiap perbuatan mereka yang boleh membawa kepada terbukanya sebahagian dari bahagian mereka, dan perlu mengambil perhatian yang lebih didalam kes ini"


PENJELASAN DAN KESIMPULAN

Jelas bahwa dalil yang digunakan sebagai dasar sujud wanita harus merapatkan ke tubuh derajatnya adalah LEMAH.

Apabila dasarnya LEMAH, maka ini tidak boleh dipakai sebagai dasar/dalil. Maka kemudian harus dikembalikan lagi kepada asal perintah dari Nabi Shallallahu alaihi wasallam ketika sujud;

Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam tidak membentangkan kedua lengannya (HR Bukhari & Abu Daud), akan tetapi Beliau Shallallahu Alaihi wa Sallam MENGANGKAT KEDUA LENGANNYA, menjauhkan dari sisinya sehingga tampak bulu ketiak putihnya dari belakang (HR Bukhari & Muslim. Desebutkan dalam Irwa'u al-Ghalil (354)).

dan juga pada hadits ini;

"Janganlah kamu membentangkan kedua lenganmu (seperti binatang). Tetapi tegakkanlah lenganmu dan jauhkanlah dari lambungmu. Karena bila engkau melakukan seperti itu maka setiap anggota badan ikut bersujud denganmu." (HR Ibnu Khuzaimah dan Hakim).

wallahualam.. Moga Allah memberi petunjuk dan hidayahnya.

RUKUN SOLAT : DUDUK ANTARA DUA SUJUD

Bangkit Dari Sujud

Rasulullah SAW mengangkat kepalanya dari sujud seraya mengucapkan takbir.

Sabda Rasulullah saw :
”Tidak sempurna solat seseorang hinga sujud sampai tulang punggungnya tenang, kemudian mengucapkan Allhu Akbar. Lalu bangkit dari sujud sehingga duduk dengan tegak.”
(HR Ahmad dan Abu Daud).

Terkadang Beliau SAW mengangkat kedua tangannya seraya mengucapkan takbir. Kemudian
membentangkan kaki kiri dan duduk diatas telapaknya dengan tenang.


Keadaan kaki semasa duduk antara dua sujud


Sabda Rasulullah saw : ”Jika kamu bersujud maka hendaknya kamu menekan. Apabila bangkit dari sujud maka duduklah diatas betis kirimu.” (HR Bukhari dan Baihaqi).

Keadaan duduk antara dua sujud Rasulullah saw dengan menegakkan kaki kanannya dan menghadapkan jari-jari kanannya ke arah kiblat.

Terkadang Rasulullah SAW duduk dengan menegakkan telapak kaki dan tumit kedua kakinya.


Thumuninah Ketika Duduk Diantara Dua Sujud

Rasulullah SAW melakukan duduk diantara dua sujud dengan thumuninah sehingga tulang
belakangnya rata dan mapan.

Sabda Rasulullah SAW : ”Tidak sempurna sholat seseorang diantara kamu sehingga dia melakukan yang demikian.” (HR Abu Daud dan Hakim).

Beliau SAW melamakan duduknya sehingga hampir sama dengan sujudnya. Demikian yang
diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Terkadang Beliau SAW diam lama sampai ada yang
mengatakan ”Beliau telah lupa.”

Doa Ketika Duduk Diantara Dua Sujud

Ketika duduk diantara dua sujud Rasulullah SAW membaca doa sebagai berikut :

1. ”Rabbighfirlii warhamnii wajburnii warfa’nii, wahdinii, wa’aanifinii, warzuqnii.” (”Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah derajatku, berilah aku petunjuk, jadikanlah aku sehat dan berilah rizki.” (HR Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

2. ”Rabbighfirlii rabbighfirlii.” (Wahai Tuhan, ampunilah aku, ampunilah aku”)

Beliau kadang membaca kedua doa tersebut ketika sholat malam. Kemudian Beliau bertakbir dan sujud yang kedua kalinya.


Sujud selepas duduk antara dua sujud

Setelah duduk antara dua sujud dan thumakninah, Selanjutnya Beliau SAW bersabda :

”Kemudian hendaknya kamu mengucapkan Allahu Akbar. Lalu sujud sehingga ruas-ruas tulang punggungmu rata atau mapan. Kemudian melakukan hal itu dalam semua sholat kamu.” (HR Abu Daud dan Hakim).

Beliau mengangkat kepalanya dan bertakbir. Beliau mengatakan kepadanya ”Kemudian
lakukanlah hal itu dalam setiap ruku dan sujud. Jika kamu melakukannya maka sempurnalah
sholatmu. Tapi jika kamu menguranginya sedikit saja dari hal itu maka kamu telah mengurangi
sholatmu.” (HR Ahmad dan Tirmidzi).

Duduk isterahah dan bangun ke rakaat berikutnya

Setelah sujud Beliau SAW bangun dan duduk tegak. Cara duduk ialah dengan duduk diatas telapak kaki kirinya dengan tegaksampai setiap ruas tulang punggungnya mapan. ( seperti duduk antara dua sujud juga ) , Kemudian Nabi SAW bangkit ke rakaat kedua dengan tangan bertumpu ke tanah. Demikian diriwayatkan Bukhari dan Syafi’i.

29.1.10

kita serupa tapi tak sama


dongaklah ke atas kepalamu


kita berkongsi mentari yang sama
tapi kenapa panasmu
berbeza dengan panasku?


kita berkongsi bulan yang sama
tapi kenapa malammu
berbeza dengan malamku?


kita berkongsi bintang yang sama
tapi kenapa sinar untukmu
berbeza dengan sinar untukku?


kita berkongsi bumi yang sama
tapi kenapa musim untukmu
berbeza dengan musim untukku?


kita berkongsi Tuhan yang sama
tapi kenapa cara imanmu
berbeza dengan cara imanku?


me: moga kelak kita berada di tempat yang sama


28.1.10

satu hari di tanah perkuburan


Bagaimanakah
Ingin dikembalikan sesuatu
Yang telah hilang?

Bagaimanakah
Ingin ditatapi sesuatu
Yang telah pergi?

Bagaimanakah
Ingin dihayati sesuatu
Yang tidak ada di sisi?

Bagaimanakah?
Bagaimanakah kita ingin mengulangi
Sesuatu yang telah hilang dan
tidak akan kembali?

Bagai arus air yang mengalir
Tidak akan berpatah ia
Sebagaimana dunia yang berlalu bersama masa
Tidak akan berbalik kepada waktu asalnya.

Demikianlah dunia
Apabila kita merasa kehilangan!


Demikianlah dunia
Sifatnya yang sementara

Adakala akan datang mendera!

Demikianlah kita
Semuanya tidak kekal lama
Tidak mampu menahan masa!

27.1.10

RUKUN SOLAT : SUJUD

TATA CARA TURUN BERSUJUD

Setelah i’tidal Rasulullah SAW bertakbir dan turun bersujud. Sabda Rasulullah SAW : Tidaklah sempurna solat seseorang sampai ia mengucapkan ’Sami’ Allahu liman hamidah’ sampai tegak berdiri. Kemudian mengucapkan takbir, lalu bersujud sampai ruas tulang belakangnya kembali sempuran.” (HR Abu Daud & Hakim)

Dalam hadits riwayat Abu Ya’la dan Ibnu Khuzaimah disebutkan bahwa jika hendak sujud, Nabi SAW mengucapkan takbir (dan Beliau SAW merenggangkan tangannya dari lambungnya), lalu bersujud.

Dalam riwayat Nasa’i dan Daruquthni disebutkan bahwa kadang Beliau SAW mengangkat
kedua tanganya bila hendak bersujud.


SUJUD

Turun Bersujud Dengan Mendahulukan Lutut atau Kedua Tangan


Hadith mendahulukan lutut:
"Aku melihat Rasulullah saw ketika hendak sujud meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya dan apabila bangkit mengangkat dua tangan sebelum kedua lututnya." - Hadits dikeluarkan oleh Al Imam Abu Dawud, Tirmidzi An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ad-Daarimy)"


hadith mendahulukan tangan :
Rasulullah SAW meletakkan kedua tangannya di atas tanah sebelum kedua lututnya. Beliaupun
memerintahkan sahabatnya melakukan hal demikian "Apabila seseorang dari kalian hendak bersujud, hendaknya tidak melakukannya seperti duduknya unta. Tetapi hendaknya meletakkan tangannya sebelum meletakkan kedua lututnya.” (HR Abu Daud dan Nasa’i).

Boleh dilakukan antara keduanya
Untuk makluman tambahan, tidak ada hadith yang sahih tentang turun sujud sama ada turun dengan mendahulukan tangan atau mendahulukan lutut. Oleh itu didapati para sahabat Nabi SAW ada yang mendahulukan lutut dan ada yang mendahulukan tangan.
Sumber : viewtopic.php?f=165&t=36409

Syeikh Torifi menyatakan bahawa ulama’ telah berbincang panjang mengenai masalah ini. Perkara ini mudah. Orang yang berat badannya kemungkinan akan memilih tangan dulu baru lutut, dan begitulah sebaliknya orang yang kurus akan menurunkan lututnya dahulu baru tangan. Tidak perlu pertikaikan oleh kerana hadith-hadith mengenai permasalahan tidak sampai kepada status sahih.


Kedudukan badan ketika sujud

Telah diriwayatkan bahawa semasa bersujud Rasulullah saw meletakkan telapak tangannya, mengembangkannya ( 1), serta mengarahkannya ke arah kiblat (2). Beliau meletakkan kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya ( 3), dan terkadang sejajar dengan kedua telinganya (4).

(1) HR Abu Daud dan Hakim serta dibenarkan olehnya serta disetujui oleh Zahabi. (2) HR Ibnu Khuzaimah, Baihaqi dan Hakim serta dibenarkan olehnya dan setujui oleh Zahabi. (3) HR Baihaqi dengan sanad yang sahih, Ibnu Abi Syaibah (1/82/2) dan Siraj dari jalur lain. (4) HR Abu Daud dan Tirmidzi serta dibenarkan olehnya dan Ibnu Mulqin (27/2). Disebutkan dalam kitab Irwa’u al-Ghalil


sujud dengan 7 anggota sujud


Semasa bersujud Rasulullah saw menekan kedua lututnya dan ujung kedua telapak kakinya. Menghadapkan ujung jarinya ke arah kiblat, merapatkan tumitnya dan menegakkan telapak kakinya. Inilah tujuh anggota yang dipergunakan Nabi SAW untuk bersujud, iaitu dua telapak tangan, dua lutut, dua kaki, dahi dan hidung. Rasulullah SAW menjadikan dua anggota terakhir (dahi dan hidung) menjadi satu dalam sujud.

Sabda Rasulullah saw : "Kami diperintahkan untuk bersujud dengan menggunakan 7 anggota badan : Dua telapak tangan, dua lutut, ujung kedua telapak kaki, dan kami tidak boleh menyelak baju dan rambut).” (HR Bukhari, Muslim, Abu Uwanah dan Ibnu Hibban).

Rasulullah saw bersabda : ”Tidak sah solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh tanah sebagai mana halnya dahinya.” (HR Daruquthni, Thabrani dan Abu Na’im).


Kedudukan tangan ketika sujud

Beliau SAW memerintahkan melakukan hal itu dalam sabdanya ”Apabila engkau bersujud, letakkanlah tanganmu dan angkatlah kedua sikumu.” (HR Muslim dan Abu Uwanah).


”Janganlah kamu membentangkan kedua lenganmu (seperti binatang). Tetapi tegakkanlah
lengamu dan jauhkanlah dari lambungmu. Karena bila engkau melakukan seperti itu maka setiap anggota badan ikut bersujud denganmu.” (HR Ibnu Khuzaimah dan Hakim)


Larangan menyelak rambut dan baju apabila bersujud

Menyelak lengan baju dan rambut agar tidak terurai ke bawah pada waktu ruku dan sujud telah disebutkan dalam kitab an-Nihayah. Larangan inii tidak hanya pada waktu sholat. Bahkan apabila sebelum masuk sholat dia melakukannya, maka menurut jumhur ulama tidak dibolehkan.

Hal ini diperkuat oleh larangan Nabi SAW pada seorang laki-laki yang menyibak rambutnya saat sujud.

Kewajiban Thumuninah Dalam Sujud

Rasulullah SAW selalu memerintahkan agar menyempurnakan ruku dan sujud. Orang yang tidak melakukannya diperumpamakan seperti orang yang lapar. Ia memakan satu atau dua butir kurma yang tidak mengenyangkan sama sekali. Beliau SAW bersabda ”Orang yang demikian itu adalah pencuri yang paling buruk.”

Bacaan semasa Sujud

Dalam sujudnya Rasulullah SAW membaca beberapa zikir dan doa yang berbeda-beda,
diantaranya sebagai berikut :

1. ”Subhana rabbiyal a’la” (”Mahasuci Tuhanku Yang Mahatinggi”), tiga kali atau lebih.

2. ”Subhaana rabbiyal a’la wabihamdih.” (”Mahasuci Tuhanku Yang Mahatinggi dan segala
puji bagiNya”).

3. ”Subbuuhun qudduusun rabbul malaaikati warruuhu.” (”Mahasuci dan Mahakudus, Tuhan
malaikat dan ruh).

4. ”Subhaanaka allahumma rabbanaa wabihamdika allahummaghfirlii.” (”Mahasuci Engkau,
wahai Tuhan, Tuhan kami dan dengan memujiMu wahai Tuhan, ampunilah aku”). (HR
Bukhari dan Muslim). Bacaan ini banyak Beliau SAW baca pada saat ruku dan sujudnya
sebagaimana yang diperintahkan al-Qur’an.

Rasulullah SAW bersabda ”Seorang hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia sedang sujud maka perbanyaklah doa (dalam sujud).” (HR Muslim, Abu Uwanah dan Baihaqi).


Keutamaan Sujud

Rasulullah SAW bersabda ”Tidak ada seorang pun dari umatku kecuali aku mengenalnya pada
hari kiamat kelak.” Para sahabat bertanya ”Wahai Rasulullah bagaimana Anda mengenal mereka padahal mereka berada diantara banyak makhluk?”

Beliau bersabda ”Bagaimana pendapatmu jika diantara kumpulan kuda yang berwarna hitam terdapat seekor kuda yang berwarna putih di dahinya dan pada kaki-kakinya” Bukankah engkau dapat mengenalinya?” Jawab mereka ”Ya.”

Beliau bersabda ”Sesungguhnya pada hari itu umatku memancarkan cahaya putih dari wajahnya
yang bekas sujud dan cahaya putih diwajar, tangan dan kaki yang bekas wudhu.” (HR Ahmad dan Tirmidzi).

Beliau SAW juga bersabda ”Jika Allah ingin memberikan rahmat kepada ahli neraka maka Allah
memerintahkan malaikat untuk mengeluarkan mereka yang menyembah Allah lalu malaikat
mengeluarkan mereka. Mereka dikenal karena ada bekas sujud pada wajahnya dan Allah
mengharamkan neraka untuk memakan tanda bekas sujud sehingga mereka dikeluarkan dari
neraka. Semua anggota anak Adam akan dimakan oleh api neraka kecuali tanda bekas sujud.”
(HR Bukhari & Muslim).


Sujud Diatas Tanah Dan Tikar

Rasulullah SAW biasa sujud diatas tanah karena masjid Beliau tidak beralaskan tikar atau lainnya. Banyak hadits yang menerangkan hal ini diantaranya hadist Abu Said al-Khudri.
Dalam hadits riwayat Muslim dan Abu Uwanah disebutkan bahwa para sahabat melakukan sholat berjamaah bersama Beliau ketika cuaca sangat panas. Jika diantara mereka ada yang tidak sanggup menempelkan dahinya ke tanah, maka dia membentangkan kainnya dan sujud diatas kain tersebut.

Rasulullah SAW bersabda ”Bumi seluruhnya telah dijadikan sebagai masjid dan alat untuk
bersuci (tayamum) bagiku dan seluruh umatku. Untuk itu dimana saja seseorang dari umatku
menemui waktu sholat maka disitulah masjidnya dan alat bersucinya. Sebelumku mereka tidak
dapat melakukan demikain kerana meraka solat di gereja-gereja dan kuil-kuil.” (HR Ahmad dan Baihaqi).

Beliau SAW pernah melaksanakan solat diatas tanah yang becek. Hal ini pernah terjadi pada pagi hari tanggal 12 Ramadhan ketika turun hujan dan halaman masjid tergenang air sedangkan atapnya terbuat dari pelepah kurma. Sehingga Rasulullah SAW terpaksa sujud diatas tanah yang becek.

Abu Sa’id al-Khudri dalam riwayat Bukhari dan Muslim berkata ”Saya melihat Rasulullah dan dikening serta hidung Beliau terlihat bekas lumpur.”

Sementara itu dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa kekadang Rasulullah
SAW solat diatas khumrah (tikar atau anyaman selebar sapu tangan) atau diatas tikar kecil. Nabi SAW pernah sujud diatas tikar yang sudah hitam karena sudah lama dipakai.

RUKUN SOLAT : I 'TIDAL


Bangun dari Ruku lakukan I'tidal

Kemudian Rasulullah SAW bangkit dari ruku sambil mengucapkan ”Sami allahu liman hamidah”
(Allah mendengar orang yang memujiNya”) (HR Bukhari & Muslim)


Sabda Rasulullah SAW : "Tidak sempurna sholat seseorang sehingga bertakbir. Kemudian ruku lalu mengucapkan Sami’a Allahu liman hamidah (Allah mendengar orang yang memujiNya) sampai berdiri dengan tegak” (HR Abu Daud dan Hakim)


Rasulullah SAW juga bersabda ”Sesungguhnya imam dijadikan tiada lain untuk diikuti. Jika imam mengucapkan ’Sami’a Allhu liman Hamidah’, maka ucapkanlah Allahumma walakal hamdu.’ Pasti Allah mendengar ucapan kalian. Sesungguhnya Allah berfirman melalui ucapan RasulNya, ’Sami’a Allahu liman Hamidah’.” (HR Muslim, Abu Uwanah, Ahmad & Abu Daud)


Sabda Rasulullah saw lagi : ”Sesungguhnya barangsiapa yang ucapannya itu beriringan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosa-dosa yang telah dilakukannya sebelumnya.” (HR Bukhari & Muslim)


Rasulullah SAW mengangkat tangan saat berdiri i’tidal ddengan mengucapkan bacaan berikut :

1. "Rabbanaa walakal hamdu” (HR Bukhari & Muslim). Masalah mengangkat tangan ini
sanadnya benar dari Rasulullah SAW. Pendapat ini juga diperkuat oleh jumhur ulama
dan sebagian penganut mazhab Hanafi.

2. "Rabbana lakal hamdu” (HR. Bukhari & Muslim).

3. ”Allahumma rabbana walakal hamdu” (HR Bukhari & Muslim)


Rasulullah SAW bersabda : "Apabila imam mengucapkan ’Sami’a Allahu liman hamidah’ maka ucapkanlah ’Allahumma Rabbana lakal hamdu’. Barangsiapa yang ucapannya bersamaan dengan ucapan malaikat niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


Berdiri maksudnya berdiri betul luruskan tulang belakang. Lama berdiri i’tidal Rasulullah SAW sama seperti rukunya, sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Bahkan kekadang Rasulullah SAW berdiri lama sampai dianggap lupa oleh sahabatnya karena lamanya Beliau berdiri. Demikian yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Ahmad.


Rasulullah SAW bersabda ”Kemudian tegakkanlah kepalamu sampai engkau berdiri tegak
(sampai semua tulang kembali menempati tempatnya masing-masing). (Dalam sebuah riwayat
dikatakan : Apabila kamu berdiri i’tidal, maka tegakkanlah kepalamu sampai tulang-tulang
kembali kepada posisinya semula).” (HR Bukhari, Muslim, Hakim & Ahmad)


Sabda Rasulullah saw lagi : ”Allah tidak akan melihat sholat seorang hamba yang tidak meluruskan tulang punggungnya antara ruku dan sujudnya.” (HR Ahmad & Thabrani)