30.4.09

Teka teki

Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M opp!!! salah EPL laaa

Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Kuih salah bikin.

Binatang ape yang power dlm bab berKarate?
Kuda belang….cube kira brape black belt dia ade

Siape yang menemukan dompet kulit?
Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.


Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Pintu yang ade tulis ‘TARIK’


Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki…siapakah saya?
Pembohong…


Apa dia ‘Jauh di mata, dekat di hati’?
Usus


Binatang ape yang seluruh anggota tubuhnya kat kepala?
Kutu rambut


Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Neneknye si katak


Kenape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Sbb lelaki ni kan ‘buaya’


Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Sekretari baik………………’Selamat pagi Boss’
Sekretari kurang baik………..’Dah pagi ni Boss’

Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Dua-dua tak kenal korang…heheheh

Tukang ape yang kalau dipanggil, die menjenguk ke atas?
Tukang gali kubur

Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Dua-dua kalau dah ‘kringgg’ bole diangkat…

Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Mestilah kene tebang, sape nak cabut pokok kelapa …gile ape…

Gajah terbang dengan ape?
Dengan susah payah……

tahukah anda

FAKTA BENAR

Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

CUTI



sEMpENA cUTI HARI PEkERjA jUMAAt nI, UStAZAh pUN NAK bALIK KAMPUNG gak... nak jumpa mak ustazah....

STUDENtS SEmUA, SELAMAt BERCUtI.... gUNAKAN MASA tERluANg DENgAN AKtIVItI YANg mEmBERI mANAFAAt... jangan lupa solat, masa subuh tu bangun sendiri jangan tunggu mak kejutkan baru bangun..

k, kirim salam parents you all...


29.4.09

tudung baru atpn

Hari ni bergegar atpn bila ustazah announcement semua pelajar wajib pakai tudung bila bergerak dari dorm ke bilik air, maklum sebelum ni mereka pakai towel kecik je.. tudung dah pun Puan Siti belikan kat tg karang.

Puan Siti pula tambah kena pakai tudung ni samada ke surau atau pun ke kelas prep.






Ada pelajar yang macam kena histeria, tak suka la tu... tapi tak semua, hanya segelintir saja... yang lain ok pun.
lagipun untuk tujuan kebaikankan...

anak anak sume... janganlah banyak merungut, ingat, semua tu banyak hikmah disebaliknya, yang nyata ini adalah salah satu cara penambahbaikan menutup aurat.

Ibarat makanan tu yang bertudung rapat tentu tak sama dengan makanan yang tidak ditutup rapat. Kalau tutup makanan yang tak rapat, adakalanya lalat boleh masuk dan tinggalkan najisnya kat makanan kita.

Begitu juga tudung yang dipakai ala ala je selama ni....











apa yang pihak asrama lakukan bukan untuk menyusahkan anak anak semua.

Bahkan untuk penambahbaikan. Hanya ini saja yang mampu ustazah dan ibu lakukan, lepas ni penguatkuasaan dan selebihnya .... fikirlah sendiri.

ni kan... cantik cantik tu... kiut miut semuanya




28.4.09

pelajar atpn jangan baca benda benda macam ni

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.. seperti dibawah

Rahsia Mengenali Lelaki Melalui Zodiak

Adakalanya sebagai seorang lelaki anda masih tidak mengenali diri atau peribadi sendiri. Hanya rakan-rakan di sekeliling yang ikhlas untuk memberitahu anda akan menyatakan setiap kelebihan mahupun kelebihan diri anda. Namun, apakah anda mempunyai rakan yang sanggup berterus-terang? Minggu ini disiarkan beberapa perkara berkaitan dengan keperibadian seorang lelaki berdasarkan bulan kelahirannya. Walaupun tidak kesemuanya benar, namun ia boleh dijadikan panduan. Jika anda memang mempunyai sikap buruk atau kelemahan, anda boleh memperbaiki diri anda.


Leo (24 Julai - 23 Ogos)

Dia seorang yang agak tinggi, kurus, gerakannya pantas tetapi lembut. Bentuk matanya besar dan menarik dan kemungkinan mempunyai rambut yang ikal. Bibirnya mungkin nipis. Mempunyai sikap suka menolong orang lain. Dia berkeyakinan pada diri sendiri dan ini membolehkannya menjadi pemimpin. Dia juga suka menjadi popular dan dipuji. Cinta merupakan sesuatu yang penting di dalam hidupnya. Rupanya yang tampan dan yakin menyebabkan pasangannya merasa bertuah. Namun sikap yang paling tidak digemari oleh isteri atau kekasihnya, ialah sikap cemburunya. Lelaki ini juga apabila berkahwin sering menganggap rumahnya sebagai tempat berehat dan sering menganggap isterinya memberikan keselesaan padanya setelah penat bekerja.


Virgo (24 Ogos - 23 September)

Dia adalah lelaki yang agak kurus, tingginya serderhana, bahunya agak lebar, bulu keningnya panjang dan cantik, dan dahinya luas, matanya nampak sedih tetapi lembut, dan ini menarik perhatian wanita. Dia adalah lelaki yang mementingkan kebijaksanaan. Dia mahukan kesempurnaan, sentiasa mahu mengawal, dan jarang sekali terbawa oleh cinta. Dia mengkritik dan mengadu. Dia juga agak mementingkan hal-hal yang halus terperinci. Di dalam soal kahwin, dia akan mengahwini wanita yang ada wang dan yang boleh membantunya. Dia seorang yang mengambil berat mengenai kesihatan dan kecergasan. Namun seringkali dia menyalahkan orang lain, sukar untuk mengakui kesilapan diri sendiri.


Libra (24 September - 23 Oktober)

Dia seorang yang seksi, tubuhnya agak menarik, pakaiannya agak kemas dan sukakan kebersihan. Mungkin mempunyai bentuk badan sedikit kewanitaan seperti bulu roma yang sedikit, atau bahu yang kecil. Dia tidak gemar tangannya kotor, dia suka pekerjaan yang mempertingkatkan paras rupa orang lain seperti mendandan rambut, pereka fesyen atau menjual barangan kecantikan. Sikapnya terbuka, menyenangkan, suka bergaul dan ramai kawan. Sopan dan simpati. Antara kelemahannya ialah dia sukar memutuskan sesuatu yang tidak disukainya, ini mungkin mengakibatkan dia berkahwin dengan pasangan yang tidak sesuai.

Walaupun dia lelaki popular di kalangan wanita, emosinya terkawal dan dia kelihatan seperti pasangan yang kurang mengasihi. Pada mulanya wanita tertarik padanya kerana dia bertimbang rasa dan berhati-hati, kemudian setelah beberapa lama, sikap itu tenggelam. Dia biasanya adalah orang yang cermat dalam berbelanja tetapi agak boros pula dari segi membeli baju, wangian, atau perabot. Dia membelanjakan banyak wang untuk menarik perhatian orang yang dicintainya atau sesiapa yang dianggap penting.


Scorpio (24 Oktober - 22 November)

Tubuh biasanya kecil, tingginya jarang melebihi ketinggian sederhana. Renungannya yang tajam seolah-olah dapat membaca isi hati orang lain. Sama ada hatinya gembira atau sebaliknya dapat dilihat dari cara dia jalan. Dia akan berjalan dengan tenang bila hatinya suka dan tidak menentu bila dia kegelisahan. Dia seorang yang mudah tersinggung perasaannya, tetapi dapat menyembunyikan keadaan itu dengan rupa zahiriah yang agak cekal. Dia akan berusaha bertahun-tahun untuk mencapai cita-citanya atau untuk membalas dendam. Suka jika dapat menunjukkan kuasa, dan nampak lebih dominan dalam perhubungan.


Sagitarius (23 November - 22 Disember)

Dia seorang yang suka bergaul, suka kehidupan yang baik tetapi gemar berfoya-foya. Dia adalah insan yang paling romantik. Dia menarik, mudah bergaul dengan seorang yang suka kepada hiburan dan berjalan ke tempat-tempat yang menawan. Dari segi berpakaian, dia suka memakai pakaian yang kasual dan longgar. Dia lelaki yang agak boros, dan jika tidak berhati-hati, mungkin terlibat dalam perjudian. Lelaki ini suka jika dapat berteman dengan wanita dan mudah pula jatuh hati. Tapi dia tidak suka terikat dalam masa yang panjang.


Capricorn (23 Disember -20 Januari)

Lelaki ini lebih berhati hati dalam hidup, dan selalu melakukan sesuatu berdasarkan keadaan. Dia tidak suka menukar rancangan yang telah dibuatnya. Dia agak pendiam dan suka bekerja sendiri. Dia adalah jenis pendendam dan akan ingat pada kejahatan yang dilakukan terhadap dirinya hingga bertahun-tahun. Mungkin dialah paling tidak menarik kerana dia mendekati wanita menggunakan cara intelek. Dia mungkin kurang selesa dengan wanita yang beremosi tinggi tetapi sanggup berkahwin dengannya jika dia boleh membantu mencapai kejayaan dalam kerjaya. Lelaki ini sukar jatuh cinta, tetapi jika sudah jatuh cinta, dia akan amat mencintai wanita itu. Apabila berkahwin ia agak lokek dari segi kewangan. Dalam pergaulan, dia lebih suka kepada yang lebih tua dan konservetif.


Aquarius (21 Januari - 19 Februari)

Dia adalah lelaki yang pandai bercakap dan suka kepada cakap-cakap intelek. Dia agak kurang romantik. Dia sukar jatuh cinta kerana dia tidak mahu kecewa. Dia suka persahabatan yang sekejap berbanding hubungan yang panjang. Lelaki ini suka ketawa dan mempunyai perkara- perkara yang menarik untuk dilakukan, tetapi dia boleh jadi pendiam pada suatu masa dan agak mengecewakan kekasihnya. Dia mungkin lambat berkahwin kerana tidak suka terikat. Sebagai lelaki, dia disukai oleh teman wanitanya kerana dia agak berbeza dan menarik, tetapi mengecewakan dari segi membuat komitmen.


Pisces (20 Februari - 20 Mac)

Dari segi berpakaian, mungkin dia kelihatan kurang kemas. Walaupun dari segi zahiriah dia agak kurang menarik, dia mempunyai personaliti yang bagus boleh berjenaka dan baik hati. Dia adalah lelaki yang pandai mengagak dan bersimpati tinggi, tetapi, hatinya selalu bimbang. Dia tidak suka berkelahi dan sedaya-upaya mengelakkannya. Hidupnya suka menggembirakan hati orang lain, dia agak romantik dan mementingkan perasaan pasangan. Tetapi dia agak pemalu dan kurang keyakinan, menyebabkan dia lambat dalam hal menambat wanita. Dia agak sukar dari segi membuat keputusan, dan agak bertangguh untuk kahwin. Oleh kerana kelemahan ini, dia mudah dipengaruhi atau ditinggalkan. Dari segi bercinta, dia adalah seorang yang hangat, mengambil berat dan mengasihi, serta menghiburkan.


Aries (21 Mac - 20 April)

Dia kuat bekerja, suka bergaul, bersemangat dan bercita-cita, menjadikan dia seorang pemimpin. Dia lebih suka mengarah, berani dan suka menjelajah .Dia lebih suka memulakan sesuatu tetapi kemudian menyuruh orang lain menyelesaikan kerja itu. Dia mementingkan lahiriah dan mudah bergaul tetapi agak kurang keyakinan. Dia mudah cemburu dan kurang yakin dalam hubungan dengan wanita, tambah lagi dia merupakan seorang yang panas baran. Padanya cinta adalah amat penting, kerana dia benci hidup keseorangan, dan kerana dia merasa bangga ada orang yang sanggup menyerahkan jiwa raganya kepadanya. Ketika mula bercinta dia baik hati, mudah jenaka dan bersukaria tetapi apabila telah lama berkenalan, dia selalu menyakitkan hati, curiga dan marah-marah.


Taurus (21 April - 20 Mei)

Dia seorang yang praktikal serta berseni, mungkin boleh mengukir atau melukis. Suaranya merdu bila menyanyi dan sukakan muzik, malah mungkin seorang ahli muzik. Lelaki ini mudah bergaul, suka berjenaka dan ketawa. Bagaimanapun dia kurang yakin pada diri sendiri dan menyebabkan dia menggunakan bakat seninya untuk menarik hati wanita. Dia juga adalah lelaki stabil, konservatif dan agak keras hati, yang mahu tahu ke manakah arah tujuan dirinya. Lelaki ini pentingkan sekuriti dari segi kewangan, begitu juga dari segi rumahtangganya dan dengan sebab ini dia jarang ambil risiko atau memperjudikan hidupnya. Lelaki ini menanti-nantikan perkahwinannya. Pada masa inilah dia akan berasa selamat. Perasaan itulah yang tidak ada pada dirinya sebelum itu, disebabkan itu dia akan memilih pasangan hidupnya dengan agak teliti agar rumahtangganya berpanjangan. Kebolehannya menghias rumah dan kesungguhannya menjadikan dia pasangan yang baik. Dia tidak begitu minat dengan idea orang lain.

Gemini (21 Mei - 21 Jun)

Senyumannya menarik menyebabkan orang ramai tertarik kepadanya. Dia seorang yang bijak berfikir, ingatannya bijak dan teratur menjadikan ia pasangan yang menarik. Dia mungkin bekerja sebagai jurujual di mana dia berpeluang memujuk dan mempengaruh orang lain. Dalam menjadi pasangan hidup dia suka wanita yang boleh berfikiran sendiri, yang tidak pendiam dan yang cerdik bukan cantik menjadi keutamaanya.

Dia suka kepada luahan emosi kerana itu dianggap kebudak-budakan dan remeh kerana itu dia bermasalah untuk jatuh cinta kerana menganggap bahawa bila jatuh cinta, dia akan memberi banyak kuasa kepada kekasihnya. Pasangannya yang ideal adalah yang sanggup berkongsi akal, bukan hati.

Diambil dari: http://dukeamienerev.blogspot.com/search/label/Personaliti

PESAN USTAZAH- JANGAN PERCAYA BENDA BENDA MACAM NI...


hIROSKOP ATAU Bintang 12 INI ADALAH kepercayaan yang berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq. Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir berpandukan bintang.

SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Walaupun seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad. Bagaimanapun jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain.


Pada masa sekarang ni tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.

Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini.


Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit. Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Justeru itu ustazah harap anak anak semua supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan. ..

Mohammad's heart flowed with affection and he declared, "This day, there is no REPROOF against you and you are all free."

"This day" he proclaimed, "I trample under my feet all distinctions between man and man, all hatred between man and man."
Receive praise with reticence... .That's humility!

Sabda Rasulullah SAW:-
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"


lelaki dan Perempuan berbeza

LELAKI

Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.


Anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.

Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin


WANITA


Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.


Wanita wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.

Wanita kekurangan masa dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya .


Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil dan dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).


Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :
1. ibunya
,
2. isterinya
,
3.anak perempuannya
, dan
4. saudara perempuannya.


Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya
.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja
:
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya
.


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki

Lelaki sangat istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin.....maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita
sebaik-baiknya... supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


' Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya. ' ( Surah Ali-Imran:103)



Teka-Teki Imam Ghazali

Suatu hari, Imam Al-Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau berteka teki

" Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini ?

yang paling dekat dengan kita ialah MATI . Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati ( Surah Ali-Imran :185).


" Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?"

" yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama".


" Apa yang paling besar didunia ini ?"

yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A'raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka."


" Apa yang paling berat didunia? "

" yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Azab : 72 ). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT meminta mereka menjadi khalifah pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah."


" Apa yang paling ringan di dunia ini ?"

" yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT . Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "


" Apa yang paling tajam sekali di dunia ini? "

" yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri "



"sampaikanlah walau satu ayat".


Pintu ke neraka?

Secenery ni wujud di negara Asia Tengah, Uzbekistan… Menakutkan tapi kemungkinan ianya adalah dari lahar gunung berapi atau ianya adalah mulut gunung berapi tersebut… hanya sebagai tatapan… cemanalah kalau kita termasuk dalam tu yer… hanguslah… abis rentung… tapi penjelasan sebenar begini…

Tempat ini adalah di Uzbekistan yg digelar oleh penduduk tempatan sebagai Pintu ke Neraka. Ianya terletak berhampiran sebuah bandar kecil bernama Darvaz. Kisah ini bermula kira-kira 35 tahun yg lampau apabila ahli geologis telah menggali tempat ini untuk mencari gas asliSecara tiba-tiba semasa penggalian tersebut, mereka telah terjumpa satu jurang besar di bawah tanah. Ianya terlalu besar sehinggkan kesemua peralatan penggalian tersebut telah masuk ke dalam jurang tersebut. Tiada sesiapa yg berani turun ke dalam jurang tersebut disebabkan jurang tersebut dipenuhi gas asli bumi. Untuk mengelakkan sebarang gas beracun dari keluar dan mencemarkan bumi, mereka telah menyalakan api di dalam jurang tersebut dan semenjak dari itu sehingga kini, telah 35 tahun lubang ini terbakar tanpa henti walau sesaat.

27.4.09

Asal usul jin

Asal kejadian manusia adalah campuran daripada jisim kathif ia itu tanah dan air, Jisim Shafaf ia itu campuran daripada api dan angin ia itu roh akal dan nafsu dan hati yang di namakan "Latifatur_rabbaniah" sesuai dengan manusia sebaik baik kejadian yang di ciptakan Allah dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Manakala kejadian jin pula ialah campuran jisim Shafaf ia itu campuran api dan angin dan nurani roh akal dan nafsu dan hati yang sesuai sepadan dengan jin. Al-Maarij atau Nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al Maarij itu Allah jadikan Jaan.

Menurut satu hadis yang di riwayat kan oleh Ibnu Mas'ud pula mengatakan bahawa angin Samuun yang di jadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas.

Dari api yang sangat panas inilah Allah telah menciptakan jin, ia itu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang di kehendakki Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah untuk menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang di sukai dan kehendakkinya kecuali rupa Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga di perintahkan Allah menerima syariat Islam seperti mana yang di perintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk dan jin yang asal dan selepas di tiupkan roh itu, hanyalah Allah dan Rasulnya yang mengetahui. menurut sesetengah ulama rupa perangai dan tabiat adalah 90% mirip kepada manusia.


Manakala makhluk-makhluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya binatang yang di jadikan daripada jisim Kasyif dan Jisim shafaf saja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula di jadikan daripada Jisim Kasyif semata mata. Manakala Malaikat pula di jadikan dari Nurani semata.

CARA PEMBIAKKAN JIN

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama dan matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya se hingga hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan telor 33 biji telor. Dalam setiap 33 biji ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kana dengan paha kiri akan keluar se perti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakkan jin dan iblis sehingga hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan jin adalah dari kalangan manusia. Anak yang terhasil dari percampuran itu di panggil Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian dalam beberapa mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut jin.

Jika asal usul manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul jin pula namanya "Jaan" yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan beriman. selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman ada yang kufur. Dan ada pula kembali beriman kepada Allah.

AGAMA PUAK PUAK JIN

Jin juga seperti manusia ada yang baik ada yang jahat, ada yang soleh ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmin, ada yang kufur ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga ada yang di humban kan oleh Allah ke dalam neraka di akherat nanti.

Majoriti puak puak jin terdiri dari golongan jin kafir, golongan jin kafir ini kebanyakkan beragama kristian, yahudi, komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama budha dan majusi. Terdapat juga golongan jin yang tidak beragama. Golongan jin yang beragama Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan jin.

seperti juga manusia biasa jin juga berada dalam tingkat tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada jin Islam yang bertaraf awam sahaja. Jin Islam yang tingkat iman dan jin Islam yang tingkat khawasil khawas.

Walaupun jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi maseh ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering di perkatakan bahawa "sebaik-baik jin itu se jahat-jahat manusia yang fasik" tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan jin Islam yang awam dan jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang khawas dan khawasil khawas tidak dapat di rasuk oleh jin, bahkan jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk jin tidaklah banyak berbeza dengan bentuk manusia, ia itu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung, mata, tangan dan kaki, telinga dan sebagainya, seperti mana yang di miliki oleh manusia, pada dasarnya 80% dan 90% jin menyerupai manusia.

Cuma yang bezanya fizikal jin adalah lebih licin dan halus daripada manusia, bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, ia itu puteh, merah biru, hitam dan sebagainya. jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang hodoh dan menakutkan. Manakala jin Islam yang soleh pula menyerupai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi jin yang sebenarnya adalah tiga hasta saja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. memandangkan jin adalah terdiri daripada makhluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Manakala jumlah keseluruhan jin ialah 1/10 daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahuinya.

Alam kejadian jin adalah di lautan, daratan, udara dan di alam mithal ia itu satu alam di antara alam manusia dan alam Malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang di jatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi, tetapi hanya jatuh di atas belakang jin, di sebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itu orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap mesti di tutup supaya tidak di masuki oleh syaitan dan iblis.

Sebagaimana sebuah hadis yang telah di riwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah Salawatu Alai Wasalam yang bermaksud:

"Apabila kamu menghadapi malam atau kamu berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumah mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ketika menutupnya."Hadis di atas bermaksud bahwa syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki mau pun perempuan, sama ada dewasa atau kanak kanak.

Wallahua'lam.

Penghuni neraka



RASULULLAH SAW terlalu sayangkan umatnya. Hal ini ternyata apabila Baginda diberitahu oleh Jibrail bahawa ada umat Baginda risau dan sedih serta pengsan apabila diberitahu Jibrail bahawa ada umatnya yang berdosa dan tidak sempat bertaubat atas perbuatannya bakal menjadi penghuni neraka.

Begitu cintanya Rasulullah kepada umatnya. Diriwayatkan melalui Anas bin Malik berkata, Pada suatu hari malaikat Jibril datang menemui Rasulullah dengan air muka yang berbeza dari kebiasaanya.

Kemudian Rasulullah bertanya: "Ya Jibrail, Mengapa aku melihat kau berubah muka?"

Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu kerana Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka. Maka, tidak layak bagi orang yang mengetahui neraka jahanam, seksa kubur dan seksa Allah itu benar untuk bersuka-suka sebelum dia berasa aman daripadanya."

Rasulullah kemudian bersabda: "Ya Jibril, jelaskan kepada aku bagaimana sifat neraka jahanam?"

Jawabnya: " Ketika Allah menjadikan Jahanam, ia dinyalakan selama 1,000 tahun sehingga warnanya bertukar putih. Kemudian dinyalakan lagi sehingga 1,000 tahun sehingga warnanya hitam dan ia tidak pernah padam.

“Demi Allah yang mengutus engkau dengan hak, jika ia terbuka walaupun hanya sebesar lubang jarum, seluruh penduduk dunia akan terbakar kerana kepanasannya!

"Jika baju ahli neraka di gantung antara langit dengan bumi, manusia di dunia akan mati kerana panasnya

" Jika satu pergelangan daripada rantai yang disebut dalam al-Quran itu diletakkan di atas bukit, ia akan cair sehingga ke bawah bumi yang ketujuh.

"Neraka jahanam sangat dalam dan perhiasannya daripada besi. Minuman untuk penghuninya campuran air panas dan nanah manakala pakaian mereka diperbuat daripada potongan api.

"Api neraka mempunyai tujuh pintu. Setiap pintu itu pula mempunyai bahagian tertentu daripada lelaki dan perempuan."

Rasulullah bertanya: "Apakah pintu itu seperti pintu rumah kami?"

Jawab Jibril: "Tidak, tetapi ia selalu terbuka. Jarak setiap pintu bersamaan dengan tempoh selama 70,000 tahun dan setiap pintu itu panasnya lebih 70 kali ganda."

Rasulullah bertanya: "Siapakah yang duduk di setiap pintu itu?"

Jawab Jibril: "Pintu yang paling bawah untuk orang munafik, orang kafir selepas turunnya mukjizat Nabi Isa serta keluarga Firaun bernama Al-Hawiyah.

"Pintu kedua untuk orang orang musyrikin bernama Jahim.

"Pintu ketiga untuk orang Shobi'in bernama Saqar.

"Pintu keempat untuk iblis dan pengikutnya daripada kaum Majusi bernama Ladha.

"Pintu kelima untuk orang Yahudi bernama Huthomah

"Pintu keenam untuk orang Nasara bernama Sa'eir."

Jibril kemudian terdiam hingga Rasulullah bertanya: "Mengapa kau tidak beritahu siapa yang akan menduduki pintu ketujuh?"

Jawabnya: "Dalamnya adalah umatmu yang berdosa besar dan mati sebelum sempat bertaubat".

Rasulullah pengsan apabila mendengar jawapan Jibril itu. Jibril kemudian meletakkan kepala Rasulullah pada pangkuannya hingga Baginda sedar dan bersabda:

"Ya Jibril, aku begitu risau dan sedih. Adakah akan ada seorang daripada umatku yang akan masuk neraka?"

Jawabnya: "Ya, iaitu orang yang berdosa besar daripada kalangan umatmu."

Rasulullah kemudian menangis, begitu juga dengan Jibril. Baginda kemudian masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk pergi bersembahyang.


26.4.09

Bermulanya saya di sini... Sekolah Agama Kafa Integrasi Nurul Huda Parit Mahang








Sekolah Agama Kafa Integrasi Nurul Huda Kg Parit Mahang, 45800 Jeram
Selangor Darul Ehsan
1994 - 2005

Di sinilah saya asalnya. Sekolah ini satu satunya sekolah agama yang ada di kampung ini. Menjanjikan pengajaran agama yang berterusan kepada lebih 300 orang pelajar sekolah rendah yang berumur antara 7 hingga 12 tahun.

Awal penubuhannya hanyalah sebuah kelas Al-Quran dan fardhu ain yang diwujudkan di masjid Nurul Huda Parit Mahang.

Selepas tu sekolah agama ini menumpang di SK Parit Mahang dengan dua orang guru, Ustaz Hassan Yahya dan Ustaz Muhammad

Pada tahun 1994 sekolah agama ditempatkan di bangunan Pusat Desa Parit Mahang. Saya ditawarkan untuk menjadi guru agama masa ni.

Selepas itu, kami dapat tapak yang dkhaskan untuk sekolah agama di Jalan Sepakat Kg Parit Mahang bersebelahan dengan SK Parit Mahang. Guru Besar yang pertama ialah ustaz Saifullah. Bila Ustaz Saifullah berpindah ke SAM Hishamuddin Klang, saya mengambil alih untuk mengepalai sekolah ini pada September, 2001 dan disahkan lantikan pada 1 Januari, 2002.

Dalam masa yang sama saya dilantik menjadi setiausaha Badan kebajikan guru kafa negeri Selangor . Sebagai setiausaha Badan Kebajikan Kafa Negeri Selangor saya cuba mendaftarkan Badan kebajikan ini, biasalah tujuan utama untuk menuntut kenaikan gaji guru guru kafa seluruh negeri Selangor, tapi bukan sebagai kumpulan pendesak.

Di Majlis Sambutan hari Guru JAIS tahun 2003, saya dapat anugerah Guru Besar Cemerlang sekolah sekolah SAR Kafa Negeri Selangor yang pertama.

Memohon peruntukan untuk membina bangunan tidak banyak masalah bagi saya ketika itu. Buat kertas kerja cantik cantik dan hantar, tapi nak kena pandai follow up lah. Masa menjadi Ketua Sekolah ini, saya buat kertas kerja memohon dibina bangunan surau, kantin dan bangunan tambahan yang bakal menempatkan enam kelas lagi bagi menampung bilangan pelajar yang semakin bertambah.

Saat saat terakhir saya disini, pada tahun 2004 saya berjaya mendapatkan bantuan modal bagi membina bangunan tambahan sekolah untuk pejabat dan enam kelas lagi. Bilangan pelajar masa ni melebihi 400 orang, mempunyai 12 kelas dan ada 13 orang guru.

Sayang saya tak dapat merasakan pejabat baru ni... Kenapa ya... sampai sekarang saya tak tau kenapa saya meninggalkan sekolah ini dalam masa saya berada diatas. Bila suami saya meninggal dunia secara mengejut pada december 2004, kehidupan saya gelap gelita, saya hilang hala tuju, hanya tuhan yang tahu perasaan saya ketika itu.

Bila saya ditawarkan bekerja di Yayasan Selangor, saya menyuarakan hasrat untuk berhijrah, saya mendapat nasihat banyak pihak agar saya tidak meninggalkan sekolah ini. Tapi semua orang tahu, siapa pun boleh beri pandangan dan nasihat tapi keputusan mutlak tetap ditangan saya. sory.. .. for mereka yang kecewa dengan keputusan saya. sebenarnya itulah kelemahan saya... keputusan mutlak ditangan saya, bila saya kata hitam, hitamlah ia, bila saya kata putih putihlah ia..

Memang kehidupan saya sekarang jauh berubah , saya rasa semakin mengecil ... terasa seolah saya di freezekan... Sakitnya bekerja dibawah, terpaksa menurut perintah, terpaksa sentiasa yes yes... sedangkan itu bukan cara saja dahulu. Tahun pertama di yayasan selangor, saya hampir berpatah balik... mujurlah sifat ego saya terlalu tinggi... tidak mahu mengaku kalah... dan bila disahkan dalam jawatan....... saya terus bergerak kehadapan... takdir telah menentukan hidup ini.

( he he ) Menyesal... barangkali tidak.... kerana Allah itu maha mengetahui dan dia tahu dimana dia hendak letakkan hambanya itu... moga ada hikmah disebalik penghijrahan saya ini. Dan ini semua mengajar saya untuk muhasabah diri... mengakui kelemahan diri.

Jauh di sudut hati saya, saya sangat sayang sekolah ini. Jika saya dipanjangkan umur, selepas pencen nanti, saya ingin kembali ke sini..

Sukan Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur 2009

Sukan Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ( ATDI & ATPN ) tahun 2009

Sukan ini telah diadakan pada Ahad 26 April, 2009 dari jam 8.00 pagi - 4.30 ptg.

Perasmian penutup oleh Datin Sabariah bt Ahmad

Program yang melibatkan seluruh warga AYSKL ( pelajar ATDI & ATPN ) dan beberapa orang kakitangan asrama.

Pelbagai acara dijalankan melibatkan semua pelajar.

Selain dapat menghilangkan perasaan tertekan dengan bebanan tugas sebagai pelajar, program ini dapat membina persefahaman, keteguhan perpaduan dan perasaan kasih sayang dalam kalangan seluruh warga AYSKL.

Program ini diuruskan oleh urusetia program yang terdiri dari kalagan pelajar form4 dengan dipantau oleh kakitangan asrama.

Tahniah F4. You all memang berbakat jadi pemimpin.

Cuasa baik walaupun agak panas bila matahari sudah semakin meninggi.

Tapi pelajar tak rasa panas pun kerana bersungguh sungguh untuk menjadikan rumah masing masing juara.

Walau apapun tahniah bagi yang menang dan yang kalah tu sabo jela... next year cuba lagi...

ustazah rumah purple.. nak tegur sikit rumah purple, bole tak.. maskot tu ustazah xbape suka la... next year hati hati dan minta pandangan mereka yang pakar dulu tentang tema maskot ni, tema buah buahan ke sayur sayuran ke... what ever la asal jangan yang mengarut ngarut.
bila dah bebas ginilah jadinya...


Program ini diserikan lagi dengan kehadiran ex-students AYSKL. Tq masih ingat lagi kami.


Tips elak Histeria - untuk pelajar atpn

Tips elak Histeria: Dato' Haron Din saran amal Muawizat

Kejadian histeria adalah fenomena yang sering berlaku di sekolah-sekolah berasrama yang perlu diambil perhatian oleh pelbagai pihak di samping mengamalkan beberapa kaedah, amalan dan doa tertentu bagi mengatasi gejala terbabit.

Bagi menghindari kejadian histeria atau rasuk akibat gangguan makhluk halus berulang di kalangan para pelajar sekolah asrama mahupun orang awam, salah satu amalan dan petua yang sebaiknya diamalkan ialah Muawizat.

Muawizat adalah surah-surah yang terdiri daripada surah al-Ikhlas,al-Falaq dan an-Nas yang dibaca setiap hari baik sebelah pagi atau pada sebelah malam, selain hadis sahih Rasulullah s.a.w menyebut ayatul Qursi juga turut dibaca bagi menghindari kejahatan dan gangguan makhluk halus.Demikian saranan Dato' Dr Haron Din ketika diminta mengulas berhubung kejadian histeria di sekolah-sekolah yang terpaksa ditutup akibat kejadian Histeria.

Beliau turut menjelaskan beberapa punca yang menyebabkan terjadinya kerasukan di kalangan para pelajar antaranya ialah berlaku 'breakdown' pada perasaan atau jiwa seseorang disebabkan tekanan (tension) belajar yang terlalu tinggi di samping kelemahan seseorang mengalami emosi ketakutan yang bersangatan sehingga memudahkan gejala makhluk halus mengganggu hingga terjadinya histeria.

"Ketakburan juga boleh menyebabkan histeria iaitu berani yang terlampau sehingga mengganggu atau mencabar tempat-tempat yang dipercayai ada makhluk halus," "Selain itu, akibat manusia yang menceroboh kawasan 'mereka' hingga mereka datang 'membalas' pula.
Dan fenomena ini tidak hanya berlaku di sekolah-sekolah agama, sekolah biasa atau berasrama penuh sahaja tetapi juga banyak terjadi di kilang-kilang serta tempat orang berkenduri kendara," kata pengamal perubatan Islam itu.

'Pindahkan' makhluk halus ke kawasan lain

Ini menjelaskan lagi katanya bahawa dunia ini tidak didiami oleh manusia sahaja malah turut dihuni oleh makhluk-mahkluk lain juga yang dikenali dengan pelbagai nama dan oleh yang demikian manusia sewajarnya tidak sewenang-wenangnya menceroboh kawasan 'mereka' atau lebih baik lagi berdoa kepada Allah SWT supaya dihindari dari gangguan jin syaitan mahupun makhluk halus.

"Sebaik-baiknya sebelum buat bangunan atau sekolah di satu-satu kawasan, perlu berdoa terlebih dahulu supaya dilindungi ataupun 'memindahkan' makhluk tersebut ke kawasan yang lain," katanya.

Beliau turut menjelaskan bahawa Rasullulah juga turut berdoa kepada Allah agar dilindungi daripada diganggu oleh makhluk yang mendiami alam ghaib ini.
Doa tersebut katanya berbunyi begini:

"Wahai bumi, tuhanku dan tuhanmu sama iaitu Allah, aku mohon perlindungan Allah daripada kejahatanmu dan kejahatan yang keluar darimu, dan kejahatan yang turun atasmu, kejahatan yang melata atasmu seperti binatang berbisa dan mahkluk halus yang mendiami tempat ini serta keturunan-keturunan mereka."

Sebelum itu, Mufti Selangor, Dato' Mohd Tamyes Abd Wahid, yang turut berkata bahawa apabila seseorang takut kepada syaitan dan makhluk halus seperti jin, ia hanya akan menyebabkan makhluk itu semakin bongkak.

Jangan tinggal solat

"Kita ambil contoh, kadang-kadang pelajar yang tinggal di asrama, khususnya pelajar perempuan, sering ditakut-takutkan dengan kewujudan 'penunggu' di bilik air dan disuruh berhati-hati sehingga akhirnya mereka percaya," katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pelajar terutamanya pelajar yang tinggal di asrama tidak meninggalkan solat dan menjaga disiplin dan apabila seseorang meninggalkan solat, amat mudah syaitan mengganggu menyebabkan kejadian seperti histeria.

Mohd Tamyes yang mempunyai pandangan yang sama dengan Haron Din berkata, mahkluk halus seperti jin berada di sekeliling manusia, cuma ia tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Seperti manusia, katanya, ia memiliki tempat tinggal dan selalunya menghuni rumah yang ditinggalkan kosong.

"Semua pelajar perlu berhati-hati dan mempunyai kekuatan diri supaya tidak mudah dirasuk serta tidak mudah takut dengan gangguan syaitan dan iblis" katanya

ustazah : ingat anak anakku atpn, jangan tinggal solat dan disiplinkan diri anda, bersihkan dorm budayakan hidup berperaturan


25.4.09

anak anak...






Anak anak bukannya ramai 4 org jer... Saya gi PWTC dengan my baby, muizz. Janji dgn anak anak nak bawa mereka makan besar ari ni....
Balik rumah semua anak anak saya tak ada kat rumah. Dua buah kete saya pun tak ade. 121 my daugther bawa. 677 my eldest yang bawa. daniel tentu lah dengan motonya.

wah panjang langkah jugak anak bujang dan anak dara aku ni bila hujung minggu.

anak anak.. pandai pandai lah bawa diri ye.. kemudahan yang umi bagi tu jangan disalahgunakan ye.. walau dimanapun kita berada, jangan lupa bumi yang dipijak. .... jadilah anak anak yg soleh n solehah....

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009

Sabtu 25 April, 2009

Pelajar Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ( ATPN ) dibawa melawat dan borong buku habis habisan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC.

Welcome to KLIBF 2009

Organized by the Ministry of Education, Malaysia, KLIBF 2009 is a major event in the global publishing calendar. Now in its 28th year, KLIBF provides the only opportunity in to network and meet with the local and international publishing community.

Opening Hours

Date: 17th - 26th April 2009
Mon - Thurs: 10.00AM to 8.00PM
Fri - Sun & Public holidays: 10.00AM to 9.00PM

Venue: Putra World Trade Centre (PWTC) Kuala Lumpur

About KLIBF 2009

The Kuala Lumpur International Book Fair (KLIBF) made its debut 28 years ago and is now the premier event for the Malaysian book industry. Since then, it has been an annual affair, looked forward to by the public and those involved in the local and international book industry year after year.

The KLIBF 2008 will be held from 17 to 26 April 2008 at Putra World Trade Centre (PWTC), Kuala Lumpur, Malaysia. Its aim is to exhibit the latest publications, including educational materials, published and produced locally and abroad. Besides that it will also be a meeting point for publishers, book traders and readers from around the globe.


Kami bertolak jam 9.30 pagi Sebenarnya tak le jauh dari Asrama kami ni, kalau tak jem sebenarnya 10 minit boleh sampai.











Pelajar F1 dan F2 yang ramai pegi, pelajar yang senior dah gi last week. Kami gi 2 bas, 85 orang.





Sampai kat PWTC, wahh ramainya orang, lautan manusia. tak larat nak jalan, bila dah terlalu ramai sangat orang, jadi tak selesa nak beli buku, jurujualnya pun tak terlayan .

Setakat diskaun 10 - 20% sebenarnya boleh didapati di kedai kedai buku biasa di hari hari biasa. Saya ada la beli buku rujukan untuk anak saya, jangan tidak je.

Malas nak berebut rebut, saya dan my baby sun pun pegi the mall, window shoping sambil tu kami bersarapan kat pizza hut.. sebenarnya dari pagi tadi kami belum bersarapan lagi. perut pun lapar ni...


Kami balik sampai kat asrama jam 2.30 petang. Alhamdulillah sempat solat zohor...

23.4.09

Tahukah anda erti tangisan

Air mata adakalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor diperlimpahan.

Namun setitis air mata kerana takutkan ALLAH persis permata indahnya gemerlapan. Penghuni Syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia. Tidak berkumpul dua perkara dalam satu masa.

Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di akhirat.
Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di akhirat.
Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang.
Perindu akhirat menangis kerana dunia yang datang.


Tangis adalah basahan hidup, justeru: Hidup dimulakan dengan tangis, dicelahi oleh tangis dan diakhiri dengan tangis. Manusia sentiasa dalam dua tangisan. Sama ada yang membawa untung atau merugikan.

Sabda Rasulullah s.a.w.
"Ada dua titisan yang ALLAH cintai, pertama titisan darah para Syuhada dan titisan air mata yang jatuh kerana takutkan ALLAH."

Rasulullah saw bersabda lagi
"Tangisan seorang pendosa lebih ALLAH cintai daripada tasbih para wali."

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama dan ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya.


Rasulullah saw bersabda
"Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih ALLAH sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takbur."

Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya.

Rasulullah saw bersabda
"Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa."

Seorang Hukama pernah bersyair
"Aku hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan, lebih banyak daripada perkara yang menyenangkan."

Rasulullah saw bersabda
"Siapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis."

Menangislah wahai diri, agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu, nasibmu dipuak kanan atau dipuak kiri. Di sana, lembaran sejarahmu dibuka satu persatu, menyemarakkan rasa malu berabad-abad lamanya bergantung kepada syafaat Rasulullah yang dikasihi Tuhan. Kenangilah, sungai-sungai yang mengalir itu banjiran air mata Nabi Adam yang menangis bertaubat, maka suburlah dan sejahteralah bumi kerana terangkatnya taubat.

Ibnu Masud r.a. berkata
"Seorang yang mengerti al Quran dikenali waktu malam ketika orang lain tidur, dan waktu siangnya ketika orang lain tidak berpuasa, sedihnya ketika orang lain sedang gembira dan tangisnya di waktu orang lain tertawa. Diamnya di waktu orang lain berbicara, khusuknya di waktu orang lain berbangga, seharusnya orang yang mengerti al Quran itu tenang, lunak dan
tidak boleh menjadi seorang yang keras, kejam, lalai, bersuara keras dan marah"

Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur
"Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah ALLAH."

Menangislah di sini, sebelum menangis di sana!!!.............

Syaitan mudah kuasai orang banyak ketawa



SABDA Rasulullah yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu banyak ketawa kerana banyak ketawa itu mematikan hati.”
(Riwayat Ahmad dan at-Tirmizi).

Allah berfirman yang bermaksud:
“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis dengan banyak.”
(Surah at-Taubah, ayat 82).

Umar al-Khattab pernah berkata:
“Seseorang yang banyak ketawa nescaya akan kurang rasa takutnya kepada Allah. Apabila rasa takutnya berkurangan, akan kuranglah taatnya kepada Allah.”

Suatu ketika, Rasulullah berjalan di hadapan sekumpulan orang yang sedang ketawa, lalu Baginda bersabda yang bermaksud:
“Demi Tuhan yang jiwaku ini berada dalam genggaman-Nya. Jika kamu tahu apa yang aku tahu, nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”
(Riwayat Bukhori dan Abu Hurairah).

Detik Kewafatan Rasulullah s.a.w

Sentiasalah kita bersalawat keatas RASULULLAH SAW…Kita selalu menyambut tarikh kelahiran Rasulullah tapi kita tidak tahu tarikh kewafatan

Utk Renungan Bersama.

Mungkin kita terlupa dgn artikel ini. Detik-detik Rasulullah SAW Menghadapi Sakaratul Maut. Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan Rasul-Nya.

Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Pagi itu, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah,

“Wahai umatku, kita semua ada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasih-Nya. Maka taat dan bertakwalah kepada-Nya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, Al-Qur’an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-sama aku.”

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah yang tenang dan penuh minat menatap sahabatnya satu persatu.

Abu Bakar menatap mata itu dengan berkaca-kaca
Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya
Usman menghela nafas panjang
Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam

Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba. “Rasulullah akan meninggalkan kita semua,” keluh hati semua sahabat kala itu. Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia.

Tanda-tanda itu semakin kuat, bilamana baginda setelah mengakhiri khutbahnya, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar.

Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. “Bolehkah saya masuk?” tanyanya.
Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, “Maafkanlah, ayahku sedang demam,” kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, “Siapakah itu wahai anakku?” “Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,” tutur Fatimah lembut.
Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. “Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malakul maut,” kata Rasulullah, Fatimah pun menahan ledakkan tangisnya.

Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini. “Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?” Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah. “Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu,” kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan. “Engkau tidak senang mendengar khabar ini?” Tanya Jibril lagi. “Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?” “Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: ‘Ku haramkan syurga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya,” kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.
“Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini.” Perlahan Rasulullah mengaduh.
Fatimah terpejam, Ali yang disampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.
“Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?” Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.
“ Ya Rasulullah, Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajalnya,” kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahankan lagi.
“Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku..."

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi.

Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya
" ... peliharalah solatt dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu.”

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.”Ummatii, ummatii, ummatiii?” - “Umatku, umatku, umatku” Dan berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu.

Allahumma sholli ‘ala Muhammad wa baarik wa salim ‘alaihi.
Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Kini, mampukah kita mencintai sepertinya?