Ya Allah... dalam perjalanan ini bukakan lah ke atas kami hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu...
8.9.10
bermakna kah eidul fitri ku ini
Allah memfardukan amal-amal ibadah secara khsusus kepada kita sebagai syiar untuk kita membuktikan keimanan dan ketaatan kita kepada Allah dan juga bertujuan supaya umat Islam dapat membersihkan jiwa mereka daripada dosa-dosa dan mengangkat mereka ke darjat seorang yang bertakwa.
Namun kejayaan kita mendapat Syurga Allah di hari akhirat dan terlepas daripada azab neraka hanyalah kurnian Allah dan RahamtNya juga . Walau banyak mana sekalipun amal ibadah kita; kita tidak akan mampu terlepas daripada azab Allah dan mendapat kurnia syurganya pada hari akhirat tanpa kurnian Rahmat dan keampunanNya .
Sebab itulah Allah memerintahkan kita supaya mengabdikan diri kepadaNya dengan penuh keikhlasan dan sebagai tanda kesyukuran kita kepada nikmat-nikmat kurniaan Allah kepada kita yang tidak mampu dihitung.
Tugas dan tanggungjawab kita sebagai umat Islam ialah memahami amanah Allah yang telah kita terima dan melaksanakan segala amanah tersebut dengan penuh perihatin dan mengikut petunjuk rasulullah s.aw. Inilah intipati kepada sifat seorang yang takutkan Azab Allah atau sifat orang-orang yang bertaqwa yang akan mendapat Rahmat dan keampunan Allah pada hari akhirat.
Ada dua Amanah Allah kepada kita:
1. Mengabdikan diri kepadaNya dengan penuh keikhlasan atau Hablul minallah
2. Menjadi Pengganti Allah mengurus kepimpinan dan pentadbiran dunia ini kepada matlamat yang telah ditentukan Allah atau Hablul minannas atau melaksanakan amanah sebagai khalifah Allah.
Ada amanah Allah kepada kita berkaitan hubungan kita dengan Allah. Kita wajib mengenal Allah dengan mengenal nama-namaNya dan sifat-sifatNya. Kita wajib mengetahui hak-hak Allah ke atas kita. Kita wajib beriman kepada Allah dan segala perkhabaran yang disampaikan kepada kita melalui Rasulnya nabi s.a.w. di dalam al-Quran dan hadis-hadisnya.
Antara amanah Allah kepada kita ialah kita bertanggungjawab berusaha membersihkan diri dan jiwa kita daripada saki baki jahiliyyah dalam akidah dan akhlak-akhlak kita. Sehingga kita memiliki jiwa mutmainnah dan menjadi hamba Allah yang diredai dan di kasihi oleh Allah azza wajalla. Tanggungjawab ini juga diistilahkan oleh para ulama sebagai tuntutan fardu Ain.
Menyempurnakan keperibadian Islam dengan memiliki kefahaman Islam yang Syumul sebagaimana terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah, memiliki akhlak dan perilaku yang mantap dalam hubungan dengan Allah dan sesama manusia menjadi asas kepada kesempurnaan melaksanakan tugas sebagai khalifah Allah di dunia ini.
Khalifah adalah peganti. Allah telah melantik manusia untuk menggantiNya memakmurkan dunia ini dan memerintahnya mengikut acuan dan sistem yang ditentukan Allah dalam al-Quran. Oleh itu manusia perlu memiliki ciri-ciri seorang muslim yang Rabbani sebelum mereka mampu melaksanakan amanah Allah yang amat berat ini.
Tugas khalifah adalah tugas melaksanakan sistem politik atau pemerintahan berteraskan kehendak-kehendak Allah. Kita tidak akan mampu melaksanakan kehendak Allah untuk memberi manfaat kepada ummah sebelum kita sendiri melaksakan kehendak Allah ke atas diri kita sendiri. Bagaimana kita hendak membawa manusia kembali kepada Allah jika kita sendiri jauh daripada Allah dan sentiasa mengabaikan segala suruhanNya.
Allah yang mengetahui misiNya telah mendidik rasulullah s.a.w. dan membimbing gerakan dakwahnya bagi mengubah manusia sehingga generasi sahabat bersama-sama baginda menjadi generasi al-Quran yang unggul bukan sahaja berjaya mengislamkan seluruh Jazirah Arab malah Islam berkembang sehingga hidayahnya memayungi 2/3 dunia.
Realiti kita.
Kini Jahiliyyah kembali menguasai dunia; menguasai sistem pemerintahan dan jentera penggerak yang menggerakkan pemerintahan dunia. Jahiliyyah menguasai sistem perundangan, sistem kehakiman, sistem pendidikan yang menjadikan dunia dan kebendaan sebagai asas pendidikan dan mengetepikan menjadikan generasi Rabbani sebagai matlamatnya, sistem kebudayaan dan kesenian yang menjadikan nafsu dan keseronokan sebagai tujuan dan sistem pentadbiran urusan agama yang menyempitkan amalan agama kepada rutin-rutin ibadah yang memisahkan identiti muslim daripada individu soleh yang bermanfaat kepada muslim yang lain menjadikan muslim yang hidup hanya mementingkan diri sendiri dan meletakkan keutamaan kepada diri sendiri dan keluarganya sebelum kepada saudaranya yang lain.
Kita lihat ramai umat Islam dibandar dan taman-taman perumahan. berduyun-duyun menunaikan solat sunat tarawikh tetapi mereka tidak mengenali siapakah Imam yang mengimamkan solat mereka, tidak mengenali siapakah saudara muslim yang berada di kiri dan kanan mereka.
Bertaaruf, bersilaturrahim, bertolong-menolong dan amar makruf nahi munkar bukan lagi budaya masyarakat hari ini melainkan mereka yang menyertai gerakan Islam. Semua keadaan ini adalah hasil sistem hidup yang kita warisi daripada zaman penjajah yang bukan budaya Islam yang diwarisi sejak zaman nabi s.a.w.
Selagi umat Islam masih tebal dengan budaya materialistik dan mengutamakan diri sendiri sistem jahiliyyah akan mudah menghasut dan menguasai mereka dan memecahkan kesatuan persaudaraan sesama umat Islam. Tanpa kekuatan ukhuwwah dan kasih sayang sesama umat Islam umat Islam hilang kekuatan mereka yang digeruni oleh musuh-musuh mereka.
Islam bukan sekadar bergembira menyambut hari raya aidil fitri dengan beranika warna baju raya, kuih-muih, berhibur didepan kaca television.
Erti `Aidil Fitri.
`Aidil Fitri amat beerti kepada mereka yang terlibat dalam perjuangan untuk mengembalikan kedudukan Islam ditempatnya yang sebenar. Ketakwaan yang diraih hasil menikmati hidangan al-Rahman di musim Ramadan akan menambahkan tajarrud mereka untuk agama Allah.
Mereka lebih mampu mengasingkan tuntutan emosi, sentimen dan naluri manusiawi jika bertembung dengan tuntutan Rabbani. Tuntutan Rabbani menjadi asas neraca keutamaannya daripada kepentingan pendapat sendiri, puak dan taksub membabi-buta. Sebaliknya sikap ehsan, izzah dengan Islam, memaafkan sesama muslimin dan meletakkan kemaslahatan ummah mendahului segala kepentingan lain.
Bagi seorang pejuang, solat, zakat, puasa, tilawah al-Quran, sedeqah, qiamullail, istighfar dan i’tikaf di bulan Ramdan hanyalah penyempurnaan kepada amal ibadah mereka di hari-hari lain. Ia hanyalah sebagai pencerna dan pembentukan keperibadian mereka bukan matlamat hidup mereka terakhir.
Menjadi syuhada’ dijalan Allah dan pengiktirafan Allah terhadap pengakuan tauhid mereka itulah setinggi-tinggi cita-cita mereka di dunia ini. Itulah kesempurnaan ikhlas, tajarrud dan amal soleh mereka untuk Allah azza wajalla.
Kalau tidak mereka hanya mendapat lapar dan dahaga berpuasa di zaman Islam menuntut pengorbanan mereka ini.
Menjadi pejuang untuk meletakkan Islam di atas mengatasi ism-ism lain adalah tuntutan ketakwaan masa kini, tanpanya kita belum memiliki sifat orang yang bertakwa. Salam `aidil fitri dan semoga Allah menerima amalan jihad kita.
7.9.10
SEBAGAI PERINGATAN UTK KITA BERSAMA!!!
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat. Apabila
masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat. Apabila negara
menjadi kuat, negara luar jadi hormat. Apabila negara luar jadi
hormat, permusuhan pun tersekat. Apabila permusuhan tersekat,
pembangunan pun meningkat. Apabila pembangunan pun meningkat,
kemajuan menjadi pesat.
TETAPI AWAS, apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat. Apabila
tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula
mengubah tabiat. Apabila manusia telah mengubah tabiat,
ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi
jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati
lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla
minyak gamat.
Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.
Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.
Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat .
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah
pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di
merata tempat.
MAKNANYA KETIKA ITU, IBLIS MULA MELOMPAT.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.
amalan sebelum tidur
Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : Ya Aisyah jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu :
1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah....
"Bertanya Aisyah : "Ya Rasulullah.... Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?
"Rasul tersenyum dan bersabda : "Jika engkau tidur bacalah :
- Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
- Membaca selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua akan memberi syafaat di hari kiamat.
- Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredoi kamu.
- Dan,perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah"
Keluasan Neraka
Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s. a. w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman daripadanya."
Lalu nabi s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Qur'an itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi, dan minumannya air panas campur nanah, dan pakaiannya potongan-potongan api. Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s. a. w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu
rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s. a. w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail: "Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a. s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir." Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s. a. w. sehingga ditanya Rasulullah s. a. w. : "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."Maka nabi s. a. w. jatuh pengsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s. a. w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sedar
Rasulullah s. a. w. bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu." Kemudian nabi s. a. w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s. a. w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat
sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku. Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta mengandungi
lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
6.9.10
Hukum Mendoakan Bukan Islam Dalam KHUTBAH JUMAAT
Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Soal Jawab Ibadah
Oleh: Dr. Asmadi Mohamed Naim
Pada mulanya saya tidak berminat mengulas isu ini. Saya hanya teringat, ketika pengajian saya di Jordan dulu, ada perdebatan mengenai keharusan mendoakan pemimpin Islam (Sultan, Presiden dan sebagainya yang beragama Islam). Tentunya perdebatan mengenai adakah ianya bid'ah atau tidak di antara aliran umum Ahlussunnah dan aliran Salafi tetapi bukan Wahhabi dalam ertikata mereka lebih mengikut pandangan Shaykh Ibn Taymiyyah Rahimahullah dan tidak merujuk kepada Shaykh Abdul al-Wahhab al-Najdi.
Saya juga menyedari bahawa isu ini telah dipolitikkan cukup hangat antara parti-parti politik samada UMNO mahupun PAS. Bila kita membelek surat khabar harian yang dilabelkan sebagai suratkhabar kerajaan seperti Utusan Malaysia dan sebagainya, ataupun portal berita PAS seperti Harakahdaily.net, pertentangan pendapat ini dengan mudah kita lalui.
Pertentangan ini juga berlaku di kalangan orang-orang agama seperti Sahibussamahah Dato' Harussani dan bekas Mufti Perlis Dr. Asri Zainal Abidin Saya tidak meneliti secara jelas apa yang diperkatakan oleh Mufti Perak apabila mengharamkan 'doa YAB Guan Eng masuk Islam atau doa kesejahteraan kepada bukan Islam' di dalam khutbah. Dalam masa yang sama saya membaca ulasan Dr Asri melalui postingnya di dalam lamannya yang dinukilkan oleh sahabat saya Ustaz Khairul Anwar al-Muqry dalam blognya.
Pada saya, dalam berdepan isu ini, kita sepatutnya memahami bahawa kita berdepan dua isu utama iaitu:
1. Mendoakan kesejahteraan bukan Islam secara umum iaitu di luar khutbah.
2. Mendoakan kesejahteraan bukan Islam di dalam khutbah.
Isu Pertama: Mendoakan kesejahteraan bukan Islam di luar khutbah.
Pada saya, tidak ada isu atau tidak ada khilaf (setakat yang saya ketahui) mengenai keharusan mendoakan kesejahteraan bukan Islam di luar khutbah. Ini dijelaskan oleh peristiwa-peristiwa yang berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri apabila mendoakan supaya Islam dikuatkan dengan masuknya antara Abu Jahal ataupun Umar al-Khattab. Bahkan apabila Nabi SAW diusir dan dan dipukul dalam dakwahnya sehingga berdarah, Nabi berdoa: Ya Allah, berilah hidayah kepada kaumku, sesungguhnya mereka tidak mengetahui.
Isu Kedua: Mendoakan kesejahteraan bukan Islam di dalam khutbah.
Manakala mendoakan kesejahteraan bukan Islam di dalam khutbah, perdebatan ulama dari dahulu hingga sekarang khususnya isu mendoakan Sultan yang muslim dan larangan 'mujazafah' iaitu memuji keadilan sultan atau pemimpin yang zalim dan sebagainya. Adakah amalan itu termasuk dalam sunnah cara berkhutbah iaitu mendoakan kesejahteraan Muslim? Tidak ada isu langsung mengenai doa kepada bukan Islam oleh ulama-ulma Islam sebab doa untuk khutbah dikhususkan kepada kesejahteraan Umat islam.
Kalau kita mengikut analisis aliran Salafi, banyak larangan ketika berkhutbah, antaranya makmum tidak boleh mengangkat tangan ketika berdoa kerana ianya bid'ah dan semua yang bid'ah adalah sesat. Larangan bid'ah ini adalah kerana tidak ada nas jelas makmum mengangkat tangan mengaminkan doa imam. Manakala sekiranya Imam mengangkat tangan berdoa, adalah tidak langsung dibenarkan bahkan haram dan bid'ah mengikut aliran Salafi. Ungkapan 'Sayyidina' pada Nabi Muhammad SAW ketika berkhutbah mungkin juga akan ditentang habis-habisan sebab tidak boleh membuat penambahan dalam ibadah.
Shaykh Al-Buti Hafizahullah dan Shaykh Mustafa al-Zarqa Rahimahullah apabila ditanya mengenai perbuatan mengangkat tangan oleh makmum ketika imam berdoa, mereka lebih suka 'membiarkan tanpa jawapan dengan berkata 'tidak sunnah Imam (bukan makmum) mengangkat tangan ketika berdoa'. Dalam ertikata, makmum mengangkat tangan ketika berdoa kembali kepada dalil umum yang lain mengenai mengangkat tangan meng'amin'kan imam berdoa. Tambahan lagi, tidak ada nas yang menunjukkan sahabat atau ulama melarang mengamimkan doa Imam ketika berkhutbah dengan mengangkat tangan. Dan amalan inilah yang diikuti oleh masyarakat Islam di Malaysia dan di seluruh dunia.
Berbalik kepada isu mendoakan pemimpin Islam dalam khutbah, saya suka menukilkan penjelasan Imam al-Nawawi Rahimahullah (al-Majmuk, j4,h.521):
قال إمام الحرمين: أرى أنه يجب أن يكون الدعاء متعلقا بأمور الآخرة، وإنه لا بأس به بتخصيصه بالسامعين بأن يقول: رحمكم الله، وأما الدعاء للسلطان فاتفق أصحابنا على أنه لا يجب ولا يستحب، وظاهر كلام المصنف وغيره أنه بدعة، إما مكروه وإما خلاف الأولى، هذا إذا دعا له بعينه، فأما الدعاء لأئمة المسلمين وولاة أمورهم بالصلاح والإعانة على الحق والقيام بالعدل ونحو ذلك ولجيوش الإسلام، فمستحب بالاتفاق، والمختار أنه لا بأس بالدعاء للسلطان بعينه إذا لم يكن مجازفة في وصفه ونحوها والله أعلم. (المجموع للنووي، ج4، ص521)
Berkata Imam al-Haramain: Aku melihat bahawasanya wajib doa (ketika berkhutbah) itu berkait dengan perkara-perkara keakhiratan, dan tidak ada kesalahan menkhususkan kepada orang-orang yang mendengar dengan berkata: "Allah merahmati kamu". Manakala doa untuk Sultan, sepakat Sahabat-Sahabat kami bahawa tidak wajib dan tidak mustahab (tidak sunat). Zahir kata-kata pengarang dan ulama lain bahawasanya ia adalah 'bid'ah', samada makruh atau 'khilaf aula' iaitu sekiranya mengkhususkan sultan tertentu dalam doanya. Manakala doa untuk imam-imam Muslimim dan pemimpin-pemimpin Islam dengan kebaikan dan dibantu menegakkan haq dan mendirikan keadilan dan selainnya, dan untuk tentera-tentera Islam, maka ia adalah mustahab (sunat) secara ittifaq (persetujuan ulama). Pandangan yang terpilih )menurut Imam Nawawi): bahawasanya tidak apa mendoakan Sultan tertentu sekiranya bukan 'mengatakan sesuatu yang bukan sifatnya dan selainnya, Wallahu a'lam.
Dari penjelasan Imam Nawawi Rahimahullah di atas ada beberapa perkara iaitu:
1. Kewajipan doa itu berkait dengan perkara-perkara keakhiratan, dan pandangan ini tidak menafikan keharusan bahkan mustahab iaitu juga membenarkan doa yang memasukkan kesejahteraan muslimin di dunia ini beserta dengan doa ke arah perkara keakhiratan.
2. tidak ada kesalahan mengkhususkan kepada orang-orang yang mendengar dengan berkata: "Allah merahmati kamu". Justeru, Khatib boleh mendoakan kesejateraan masyarakat setempat.
3. Manakala doa untuk Sultan, sepakat Sahabat-Sahabat kami bahawa tidak wajib dan tidak mustahab (tidak sunat). Zahir kata-kata pengarang dan ulama lain bahawasanya ia adalah 'bid'ah', samada makruh atau 'khilaf aula' iaitu sekiranya mengkhususkan sultan tertentu dalam doanya.
Zahir ulama mengatakan bid'ah. Kalau mengikut aliran Salafi, semua bid'ah adalah sesat dan masuk ke neraka, wal'iyazubillah. Sebab itu perkara ini menjadi pertikaian di Timur Tengah dan saya lebih mudah memahami 'manhaj sahabat-sahabat Salafi saya di Timur Tengah, kerana mereka agak konsisten dengan manhaj ini. Namun, hujah-hujah Dr Asri dalam komen di blognya menjadikan saya melihat 'manhaj'nya agak 'berselerak'. Pertama, ulama sepakat mengatakan ia bid'ah dan bid'ah pada pandangan buku Dr Asri sendiri semuanya sesat. Lebih tidak konsisten, beliau menggunakan hujah-hujah umum keharusan berdoa kepada bukan Islam dan dalil syaz boleh bagi salam kepada bukan Islam, untuk mengharuskan berdoa kepada bukan Islam dalam khutbah.
4. Manakala doa untuk imam-imam Muslimim dan pemimpin-pemimpin Islam dengan kebaikan dan dibantu menegakkan haq dan mendirikan keadilan dan selainnya, dan untuk tentera-tentera Islam, maka ia adalah mustahab (sunat) secara ittifaq (persetujuan ulama). Saya kira, Khatib sepatutnya mengkhususkan doa ini di dalam khutbah kerana inilah sunnahnya dan amalan imam-imam ummah.
5. Pandangan yang terpilih (menurut Imam Nawawi): bahawasanya tidak apa mendoakan Sultan tertentu sekiranya bukan 'mengatakan sesuatu yang bukan sifatnya dan selainnya.
Sultan dalam sejarah Islam ialah Sultan yang muslim. Tidak ada riwayat setahu saya yang mengatakan berubahnya doa kepada doa kepada bukan Islam ketika pemerintahan Tartar atau ketika pemerintahan bukan Islam di India dan Sepanyol. Saya kira, kita tidak perlu mengubah doa khutbah tersebut kepada kesejahteraan bukan Islam di dalam khutbah sebagai satu lagi 'bid'ah' baru di dalam khutbah. Doakanlah mereka mereka mendapat hidayah di waktu-waktu lain. Kekalkanlah sunnah mendoakan ummah di dalam khutbah-khutbah Jumaat dan mendoakan pemimpin-pemimpin Islam dengan kebaikan mengikut pandangan kebanyakan ulama.
Saya tidak berhasrat untuk menyebelahi Dato' Harussani mahupun Dr Asri. Namun masyarakat perlu diperjelaskan dengan kefahaman yang tepat mengenai perkara ini. Secara peribadi. saya akan terus menentang sebarang usaha menjadikan teks wajib mendoakan bukan Islam dalam teks-teks khutbah yang disebut oleh ulama sebagai satu 'bid'ah'. Pada saya, persoalan ini merentasi pegangan parti politik dan mimbar masjid sepatutnya tidak menjadi mangsa kepada perbezaan pandangan politik. Sekiranya khatib tersilap dalam praktiknya, tegurlah khatib tersebut dan jangan dipolitikkan isu ini.
Wallahu Ta'ala A'lam.
Sumber : Http://DrAsmadinet.Blogspot.Com
nUZUL aL-qURAN
Pendapat pertama menyatakan bahawa Al-Quran diturunkan p......ada malam Isnin tanggal 17 Ramadhan, 13 tahun sebelum hijrah (6 Ogos 610 M). Pendapat kedua pula menyatakan bahawa Al-Quran telah diturunkan pada malam Isnin, tanggal 24 Ramadhan (13 Ogos 610 M). Pendapat yang pertama adalah berdasarkan ayat 41 dari Surah Al-Anfaal, manakala pendapat kedua dasarnya adalah ayat 1 Surah Al-Qadr dan ayat 1-4 Surah Ad-Dukhan.
Walaupun tradisi Nuzul Al-Quran telah lazim diperingati pada tanggal 17 Ramadhan, namun sesungguhnya pendapat kedua adalah lebih kuat dan lebih mungkin benarnya. Ini adalah kerana malam Lailatul Qadar yang dipercayai sebagai malam turunnya Al-Quran bukanlah terjadi pada tanggal 17 Ramadhan.
Adapun dalam firman Allah SWT pada ayat 41 surah Al-Anfaal, yaitu: “…jika kamu beriman kepada Allah dan apa-apa yang Kami turunkan kepada hamba Kami (Nabi Muhammad S.A.W) pada hari Furqan, iaitu di hari bertemunya dua pasukan (diperang Badar, antara muslimin dan kafirin)…” (Al-Anfaal 8 : 41) Ayat tersebut tidak ada sangkut-pautnya dengan Nuzul Al-Quran.
Tetapi sebenarnya ayat tersebut merupakan penjelasan tentang hukum pembahagian harta rampasan perang (seperti yang terdapat pada awal ayat tersebut). ” Ketahuilah sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, RasulNya, kerabat-kerabat (Rasul), anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnussabil (orang yang sedang dalam perjalanan)…” (Al-Anfaal 8 : 41).
Dan apabila diteliti dengan lebih lanjut, yakni dengan menghubungkan hadis-hadis tentang turunnya Al-Quran, iaitu pada Lailatul-Qadar dan kelahiran Rasullullah pada hari Isnin serta pada catatan-catatan waktu di dalam takwim, maka akan diperolehi kesimpulan yang lebih tepat, iaitu Al-Quran diturunkan pada hari Isnin, malam 21 bulan Ramadhan, 13 tahun sebelum Rasullulah S.A.W berhijrah ke Madinah.
Menurut para mufassirin, Al-Quran yang diturunkan pada malam “Lailatul Qadar” sebagaimana disebut di atas adalah Al-Quran yang turun sekaligus di “Baitul Izzah” di langit dunia. Sedangkan Al-Quran yang diturunkan ke bumi dan diterima Rasullullah sebagai wahyu terjadi secara beransur-ansur selama sekitar 23 tahun.
wallahualam...
2.9.10
TANDA GAGALNYA RAMADHAN
1. Kurang melakukan persiapan di bulan Sya’ban. Misalnya, tidak berkeinginan melatih bangun malam dengan shalat tahajjud. Begitupun tidak melakukan puasa sunnah Sya’ban, sebagaimana telah disunnahkan Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa sallam.
Dalam hadits Bukhari dan Muslim, dari Aisyah Radhiallaahu ‘anha berkata, ”Saya tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh selain di bulan Ramadhan, dan saya tidak pernah melihat beliau banyak berpuasa selain di bulan Sya’ban.”
2.Meringankan shalat fardhu. “Maka datanglah sesudah mereka, pengganti (yang jelek) yang menyia-nyiakan shalat dan memperturutkan hawa nafsunya, maka kelak mereka akan menemui kesesatan kecuali orang-orang yang bertaubat dan beramal shalih.” (Maryam: 59) Menurut Sa’id bin Musayyab, yang dimaksud dengan tarkush-shalat (meninggalkan shalat) ialah tidak segera mendirikan shalat tepat pada waktunya. Misalnya menjalankan shalat zhuhur menjelang waktu ashar, ashar menjelang maghrib, shalat maghrib menjelang isya, shalat isya menjelang waktu subuh serta tidak segera shalat subuh hingga terbit matahari.
Orang yang berpuasa Ramadhan sangat disiplin menjaga waktu shalat, karena nilainya setara dengan 70 kali shalat fardhu di bulan lain.
3. Malas menjalankan ibadah-ibadah sunnah. Termasuk di dalamnya menjalankan ibadah shalatul-lail. Mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan ibadah-ibadah sunnah merupakan ciri orang yang shalih. “Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang bersegera dalam mengerjakan perbuatan-perbuatan baik dan mereka berdoa kepada Kami dengan harap dan cemas. Dan mereka adalah orang-orang yang khusyu’ kepada Kami.” (Al-Anbiya:90)
“Dan hamba-Ku masih mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah-ibadah sunnah, sampai Aku mencintainya.” (Hadits Qudsi)
4. Kikir dan rakus pada harta benda. Takut rugi jika mengeluarkan banyak infaq dan shadaqah adalah tandanya. Salah satu sasaran utama puasa agar manusia mampu mengendalikan sifat rakus pada makan minum maupun pada harta benda, karena ia termasuk sifat kehewanan (Bahimiyah). Cinta dunia serta gelimang kemewahan hidup sering membuat manusia lupa akan tujuan hidup sesungguhnya. Mendekat kepada Allah Subhaanahu wa ta’ala, akan menguatkan sifat utama kemanusiaan (Insaniyah).
5. Malas membaca Al-Qur’an. Ramadhan juga disebut Syahrul Qur’an, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur’an. Orang-orang shalih di masa lalu menghabiskan waktunya baik siang maupun malam Ramadhan untuk membaca Al-Qur’an.
“Ibadah ummatku yang paling utama adalah pembacaan Al-Qur’an.” (HR Baihaqi) Ramadhan adalah saat yang tepat untuk menimba dan menggali sebanyak mungkin kemuliaan Al-Qur’an sebagai petunjuk hidup. Kebiasaan baik ini harus nampak berlanjut setelah Ramadhan pergi, sebagai tanda keberhasilan latihan di bulan suci.
6. Mudah marah. Ramadhan adalah bulan kekuatan. Nabi Saw bersabda: “Orang kuat bukanlah orang yang selalu menang ketika berkelahi. Tapi orang yang kuat adalah orang yang bisa menguasai diri ketika marah.”
Dalam hadits lain beliau bersabda: “Puasa itu perisai diri, apabila salah seorang dari kamu berpuasa maka janganlah ia berkata keji dan jangan membodohkan diri. Jika ada seseorang memerangimu atau mengumpatmu, maka katakanlah sesesungguhnya saya sedang berpuasa.” (HR. Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah)
7. Gemar bercakap yang sia-sia dan dusta. “Barangsiapa tidak meninggalkan perkataan yang sia sia dan suka berdusta, maka Allah tidak memerlukan perbuatan orang yang tidak bersopan santun, maka tiada hajat bagi Allah padahal dia meninggalkan makan dan minumnya.” (HR Bukhari dari Abu Hurairah) Kesempatan Ramadhan adalah peluang bagi kita untuk mengatur dan melatih lidah supaya senantiasa berkata yang baik-baik. Umar ibn Khattab Ra berkata: “Puasa ini bukanlah hanya menahan diri dari makan dan minum saja, akan tetapi juga dari dusta, dari perbuatan yang salah dan tutur kata yang sia-sia.” (Al Muhalla VI: 178)
Ciri orang gagal memetik buah Ramadhan kerap berkata di belakang hatinya. Kalimat-kalimatnya tidak ditimbang secara masak: “Bercakapdahulu baru berpikir, bukan sebaliknya, berpikir dulu, disaring, baru diucapkan.”
8. Memutuskan tali silaturrahim. Ketika menyambut datangnya Ramadhan Rasulullah Saw bersabda: “…Barangsiapa menyambung tali persaudaraan (silaturrahim) di bulan ini, Allah akan menghubungkan dia dengan rahmat-Nya. Barang siapa memutuskan kekeluargaan di bulan ini, Allah akan memutuskan rahmat-Nya pada hari ia berjumpa dengan-Nya…” Puasa mendidik pribadi-pribadi untuk menumbuhkan jiwa kasih sayang dan tali cinta. Pelaku shiyam jiwanya dibersihkan dari kekerasan hati dan kesombongan, diganti dengan perangai yang lembut, halus dan tawadhu. Apabila ada atau tidak adanya Ramadhan tidak memperkuat hubungan kekeluargaan dan persaudaraan, itu tanda kegagalan.
9. Mensia-siakan waktu. Al-Qur’an mendokumentasikan dialog Allah Swt dengan orang-orang yang menghabiskan waktu mereka untuk bermain-main. “Allah bertanya: ‘ Berapa tahunkan lamanya kamu tinggal di bumi?’ Mereka menjawab: ‘Kami tinggal di bumi sehari atau setengah hari. maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.’ Allah berfirman: ‘Kamu tidak tingal di bumi melainkan sebentar saja, kalau kamu sesungguhnya mengetahui.’ Maka apakah kamu mengira sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja), dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang sebenarnya; tidak Tuhan yang berhak disembah selain Dia, Tuhan yang mempunyai ‘Arsy yang mulia.” (Al-Mu’minun: 112-116)
Termasuk gagal dalam ber-Ramadhan orang yang lalai atas karunia waktu dengan melakukan perbuatan sia-sia, kemaksiatan, dan hura-hura. Disiplin waktu selama Ramadhan semestinya membekas kuat dalam bentuk cinta ketertiban dan keteraturan.
10. Resah gelisah dalam menjalani hidup. Resah, khawatir, risau, serta gelisah dalam menjalani hidup juga tanda gagal Ramadhan. Pesan Rasulullah Saw: “Sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan yang penuh berkah. Allah telah memfardhukan atas kamu berpuasa di dalamnya. Dibuka semua pintu surga, dikunci semua pintu neraka dan dibelenggu segala syetan. Di dalamnya ada suatu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Barangsiapa tiada diberikan kebajikan malam itu, maka sungguh tidak diberikan kebajikan atasnya.” (HR Ahmad, Nasa’i, Baihaqi dari Abu Hurairah) Bila seseorang meraih berkah bulan suci ini, jiwanya mantap, hatinya tenteram, perasaannya tenang dalam menghadapi keadaan apapun.
11. Tidak bersemangat mensyiarkan Islam. Salah satu ciri utama Ramadhan yang berhasil ialah tingkat taqwa yang tinggi. Dan setiap orang yang ketaqwaannya semakin kuat ialah semangat mensyiarkan Islam. Berbagai kegiatan ‘amar ma’ruf nahiy munkar dilakukannya, karena ia ingin sebanyak mungkin orang merasakan kelezatan iman sebagaimana dirinya. Jika semangat ini tak ada, gagal lah Ramadhan seseorang.
12. Khianat terhadap amanah. Puasa adalah amanah Allah yang harus dipelihara (dikerjakan) dan selanjutnya dipertanggungjawabkan di hadapan-Nya kelak. Puasa itu ibarat hutang yang harus ditunaikan secara rahasia kepada Allah. Orang yang terbiasa memenuhi amanah dalam ibadah sir (rahasia) tentu akan lebih menepati amanahnya terhadap orang lain, baik yang bersifat rahasia maupun yang nyata. Sebaliknya orang yang gagal Ramadhan mudah mengkhianati amanah, baik dari Allah maupun dari manusia.
13. Rendah motivasi hidup berjama’ah. Frekuensi shalat berjama’ah di masjid meningkat tajam selama Ramadhan. Selain itu, lapar dan haus menajamkan jiwa sosial dan empati terhadap kesusahan sesama manusia, khususnya sesama Muslim. Allah mencintai hamba-hamba-Nya yang berjuang secara berjama’ah, yang saling menguatkan. “Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang berperang di jalan-Nya dalam saatu barisan yang teratur, seakan-akan mereka seperti bangunan yang tersusun kokoh.” (Ash-Shaf: 4)
Ramadhan seharusnya menguatkan motivasi untuk hidup berjama’ah.
14. Tinggi ketergantungannya pada makhluk. Hawa nafsu dan syahwat yang dikekang selama bulan Ramadhan merupakan pintu utama ketergantungan manusia pada sesama makhluk. Hawa nafsu kepada kebendaan . Jika jiwa seseorang bebas dari kerakusan hawa nafsu dan syahwat setelah Ramadhan, maka yang mengendalikan dirinya adalah fikrah dan akhlaq. Orang yang tunduk dan taat kepada Allah lebih mulia dari mereka yang tunduk kepada makhluk.
15. Malas membela dan menegakkan kebenaran. Sejumlah peperangan dilakukan kaum Muslimin melawan tentara-tentara kafir berlangsung di bulan Ramadhan. Kemenangan Badar yang spektakuler itu dan penaklukan Makkah (Futuh Makkah) terjadi di bulan Ramadhan. Di tengah gelombang kebathilan dan kemungkaran yang semakin berani unjuk gigi, para alumni akademi Ramadhan seharusnya semakin gigih dan strategis dalam membela dan menegakkan kebenaran. Jika bulan suci ini tidak memberi bekal perjuangan baru yang bernilai spektakuler, maka kemungkinan besar ia telah meninggalkan kita sebagai pecundang.
16. Tidak mencintai kaum miskin, anak yatim. Syahru Rahmah, Bulan Kasih Sayang adalah nama lain Ramadhan, karena di bulan ini Allah melimpahi hamba-hamba-Nya dengan kasih sayang ekstra. Puasa Ramadhan menanam benih kasih sayang terhadap orang-orang yang paling lemah di kalangan masyarakat. Faqir miskin, anak-anak yatim dan mereka yang hidup dalam kemelaratan. Rasa cinta kita terhadap mereka seharusnya bertambah. Jika cinta jenis ini tidak bertambah sesudah bulan suci ini, berarti Anda perlu segera instrospeksi.
17. Salah dalam memaknai akhir Ramadhan. Khalifah Umar ibn Abdul Aziz memerintahkan seluruh rakyatnya supaya mengakhiri puasa dengan memperbanyak istighfar dan memberikan sadaqah, karena istighfar dan sadaqah dapat menambal yang robek-robek atau yang pecah-pecah dari puasa. Menginjak hari-hari berlalunya Ramadhan, mestinya kita semakin sering melakukan muhasabah (introspeksi) diri.
“Wahai orang-orang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al-Hasyr: 18)
18. Sibuk mempersiapkan Lebaran. Kebanyakan orang semakin disibukkan oleh urusan lahir dan logistik menjelang Iedul Fitri. Banyak yang lupa bahwa 10 malam terakhir merupakan saat-saat genting yang menentukan nilai akhir kita di mata Allah dalam bulan mulia ini. Menjadi pemenang sejati atau pecundang sejati. Konsentrasi pikiran telah bergeser dari semangat beribadah, kepada luapan kesenangan merayakan Idul Fitri dengan berbagai kegiatan, akibatnya lupa seharusnya sedih akan berpisah dengan bulan mulia ini.
19. Idul Fitri dianggap hari kebebasan. Makna Idul Fitri berarti “hari kembali ke fitrah”. Namun kebanyakan orang memandang Iedul Fitri laksana hari dibebaskannya mereka dari “penjara” Ramadhan. Akibatnya, hanya beberapa saat setelah Ramadhan meninggalkannya, ucapan dan tindakannya kembali cenderung tak terkendali, Mereka lupa bahwa Iedul Fitri seharusnya menjadi hari di mana tekad baru dipancangkan untuk menjalankan peranan khalifah dan abdi Allah secara lebih profesional. Kesadaran penuh akan kehidupan dunia yang berdimensi akhirat harus berada pada puncaknya saat Iedul Fitri, dan bukan sebaliknya.