Memaparkan catatan dengan label Himpunan solat sunat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Himpunan solat sunat. Papar semua catatan

26.8.10

KAEDAH PELAKSANAAN SOLAT SUNAT HAJAT

kaedah pelaksanaan solat sunat hajat
seperti yang tertulis di dalam kitab Al-Qirthaas, Syarah Raatib Qutub Al Anfaas Alhabib Umar Bin Abdurrahman Al-Attas yang ditulis oleh Al'Allaamah Alhabib Ali Bin Hasan Abdullah Bin Husen Bin Umar Al-Attas Baa'alawi Alhadhrami.

Menurut Asy Syaikh Abul Khair Alyamaani Asy Syarji yang telah mengutip dari Muhammad bin Darsituwiyyah,
ia telah berkata:

" Aku telah melihat pada Kitab Al Imam Asy Syafi'i (rahimahullah) yang ditulisnya sendiri tentang 'Solat Hajat' untuk 1000 (seribu) hajat atau keperluan, yang diajarkan oleh Nabi AlKhidhir kepada sebahagian hamba-hamba Allah iaitu melakukan solat 2 (dua) raka'at sebagai berikut:

Pada raka'at pertama: Membaca Al-Fatihah dan surah Al-Kafirun (10 kali)

Pada raka'at kedua: Membaca Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas (11 kali)

Kemudian sesudah salam,

ia sujud kembali sambil membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW 10 kali.
disusuli dengan mengucapkan

Subhaanallah Walhamdulillah Walaa Ilaha Illallah Wallahu Akbar Walaa Haula Wala Quwata Illa Billahil A'liyyil A'zim"
sebanyak 10 kali.

Kemudian disusuli dengan
" Rabbana Aatina Fiddunya Hasanah Wafil Aakhirati Hasanah Waqina A'zabannar" sebanyak 10 kali juga.

Kemudian mintalah hajat kepada Allah, Insya-Allah akan terkabul.


Alhakim pernah berkata
Barang siapa yang melaksanakan solat sunat hajat, hendaklah ia mandi pada malam Jumaat dan memakai pakaian yang bersih dan solatlah di waktu sahur dengan niat mohon dipenuhi hajatnya".




SOLAT SUNAT HAJAT

Sembahyang Hajat

Dari ‘Abdillah ibn Abi Aufa meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, Barangsiapa yang mempunyai hajat kepada Allah atau kepada seseorang makhluqNya, maka hendaklah dia berwudhu’ dengan mengelokkan-wudhu’nya dan bersolat dua raka’at, dan kemudiannya memuji Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW lalu hendaklah dia membaca do’a ini. La Ilaha Illallah al-Halim al-Karim, SubhanAllah rabb al-’Arsh al-’Adzim (du’a ini tidak disalin semua) – Hadith 148 Mastika Hadis Jilid 2

Sungguhpun hadis ini hadis daif, tetapi ia disokong oleh hadis sahih yang berikut

Hadis 149 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Abi Ad-Darda’ RA bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesiapa yang berwudhu’ lalu diperelokkan wudhu’nya, kemudian dia menunaikan solat 2 raka’at dengan sempurna, nescaya Allah memberikan apa yang dimintanya, sama ada cepat atau lambat (Hadis Sahih Riwayat Imam Ahmad)

Disokong juga oleh hadis sahih yang berikut:-

Hadis 150 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari ‘Uthman bin Hunaif RA, bahawa telah datang kepada Rasulullah SAW seorang yang buta matanya seraya berkata, “Ya Rasulallah! Doakan kepada Allah untuk saya supaya Dia menyembuhkan saya” Rasulullah SAW bersabda, “jika engkau mahu, (doakan segera) maka akan aku doakan untukmu dan jika kamu mahu kamu boleh bersabar dan ianya (bersabar) lebih baik bagi kamu.” Lelaki itu menjawab, “Doakanlah” Maka Rasulullah SAW menyuruhnya supaya berwudhu’ dengan elok lalu bersolat dua raka’at dan berdoa dengan doa ini, “Allahumma Inni asaluKa wa atawajjahu ilaika binabiyyika Muhammad Nabiy ar-rahmah. Inni tawajjahtu bika ila rabbi fi hajati hazihi lituqdha liyy. Allahumma fashaffi’hu fiya

Hadis ini juga menjadi dalil harus bertawassul. Minta dengan Allah, bukan dengan wali, cuma wasilah melalui doa orang yang soleh. Amalan yang baik juga menjadi wasilah.

Kaedah Doa Nabi Yunus

Dalam hadis yang lain Nabi bersabda, siapa yang ada hajat, solatlah dan baca doa Nabi Yunus (selama 40 hari):

لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنتَ ، سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِينَ
“Tiada Tuhan melainkan Engkau, Maha suci Engkau, Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menganiaya diri sendiri.” (Surah Anbiya ayat 87)

Dalam hadis yang lain, bila ada hajat, solatlah 2 rakaat dan sujud (luar solat) serta bacalah doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali. Doa Nabi Yunus ini adalah ayat quran, maka hendaklah sujud diluar solat kerana ada larangan membaca ayat quran di dalam sujud semasa dalam sembahyang.

Dari Ali bin Abi Thalib katanya “Aku dilarang Rasulullah s.a.w. membaca Quran dalam rukuk dan sujud (Riwayat Muslim)

Galakkan sembahyang sunat di rumah:-

Hadis 151 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Umar Bin Al-Khattab r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda Sembahyang sunat yang dikerjakan oleh seseorang dirumahnya; menjadi Nur (cahaya) yang meneranginya; oleh itu, sesiapa yang suka (mendapat kelebihan itu), hendaklah ia menerangi rumahnya (dengan sembahyang sunat)

Dalam hadis lain menjelaskan: Solatlah kamu dirumah-rumah kamu dan jangan jadikan ia sebagai kubur-kubur.“(Riwayat Ahmad) Ia bermaksud rumah-rumah yang tidak didirikan lansung solat di dalamnya menjadi sepi seumpama kubur.

Hadis 152 Mastika Hadis Jilid 2:

Dari Jabir r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda:”Apabila kamu telah menunaikan solat (wajib) di masjid, maka kerjakanlah pula solat (sunat) di rumah kerana dengan itu Allah akan menjadikan rumah itu bahagia.”

18.1.10

SOLAT SUNAT DHUHA

SOLAT SUNAT DHUHA

Menurut Imam Syafie dan Imam ahmad hukum solat sunat dhuha adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang dituntut. 3 solat yang Rasulullah tak pernah tinggal daripada melakukannya ialah solat dhuha, solat tahajjud dan solat sunat sebelum subuh

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.


Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebutdiniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

FADILAT DHUHA


Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:


1. Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah.

2. Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

3 “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


4. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


5. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).


6. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Bilangan rakaat :


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.

Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu


Bacaan dan surah :


Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu :-


Rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha .


Atau pun boleh di baca seperti berikut :-.`


Pada rakaat pertama bacalah ayat kursi kerana ayat kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa surah itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi.


Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.



Di dalam sujud akhir rakaat kedua, bacalah

" WAHABLI YA WAHAB ILMAW WAHIKMAH WARZUKNI YA RAZZAK KUNLI MUSAHHALAN"

MAKSUDNYA: Kurniakanlah aku ilmu dan hikmah Wahai Maha Pemberian Kurnia.Kurniakanlah aku rezeki Wahai Maha Pemberi Rezeki dan permudahkanlah yang demikian itu untukku.

Ada juga para ulama yang berpendapat semasa sujud terakhir eloklah dibaca zikir 'YA WAHHAB (Allah Maha Pemberi) sebanyak 41 kali.

Selepas salam seeloknya bacalah doa :


Doa selepas solat sunat dhuha





“ Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”

14.1.09

himpunan solat sunat

SOLAT TAHAJJUD

Solat Tahajjud ialah solat apabila terjaga daripada tidur malam. Sebaik-baiknya 1/3 malam yang terakhir iaitu dalam lingkungan jam 3 - 4 pagi.

Di antara fadhilatnya :

1. Mendapat pengawasan Allah dan menampakkan kesan ketaatan di wajahnya.
2. Dikasihi oleh para ahli ibadah dan org mukmin.
3. Percakapannya menjadi hikmah dan bijaksana.
4. Dimudahkan hisab ke atasnya.
5. Mendapat catatan amal dari tangan kanan.

Bilangan rakaat

tidak terhad
umlah rakaat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

Masa melakukannya

Waktu malam - selepas tidur sebelum subuh.


Niatnya

Sahaja aku sembahyang sunat tahajjud 2 rakaat kerana Allah Taala.

Bacaan surah

- Rakaat pertama selepas Al-Fatihah bacalah surah Al-Kafirun,
- Rakaat kedua selepas Al-Fatihah baca surah Al-Ikhlas.

Doa selepas solat tahajjud

Selepas sembahyang, angkatlah tangan berdoa kepada Allah.


" Ya Allah, bagiMu segala puji,

Engkau penegak langit dan bumi dan alam semesta dengan segala isinya.

BagiMulah segala puji, Engkau raja penguasa langit dan bumi. BagiMu lah segala puji, pemancar cahaya langit dan bumi.

BagiMu lah segala puji. Engkau yang hak dan janjiMu adalah benar, dan perjumpaanMu itu adalah benar, firmanMu adalah benar, syurgaMu adalah benar, nerakaMu adalah benar dan nabi-nabi adalah benar, dan Nabi Mohd saw adalah benar, dan hari Kiamat adalah benar.

Ya Allah kepadaMu lah kami berserah diri dan denganMu aku beriman,

kepada Engkaulah aku bertawakkal. Kepada Mu tempat kembali dan kepadaMu jua kami rindu dan kepadaMu jualah kami berhukum.

Ampunilah kami di atas segala kesalahan yang kami lakukan, baik yang kami sembunyikan maupun yang kami nyatakan.

Engkaulah Tuhan yang terdahulu dan Yang terakhir, tiada Tuhan melainkan Engkau. "



IPB Image

SOLAT SUNAT TASBIH

SEMBAHYANG SUNAT TASBIH

KERJAKANLAH ! WALAUPUN SEKALI SEUMUR HIDUP


Fadhilat Sembahyang Sunat Tasbih

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ada mengajarkan kepada bapa saudaranya bahawa kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu sangatlah besar sebagaimana hadis Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma yang bermaksud :

“Jika engkau membuat yang sedemikian itu, Allah menghapuskan dosamu, baik yang terdahulu, yang sekarang, yang sudah lama, yang baru, yang tidak disengaja, yang sengaja, yang kecil, yang besar, yang tersembunyi mahupun yang terang-terangan.”
(Hadits riwayat Abu Daud)


Menurut Imam Taj as-Subki dan ulama-ulama yang lain, apabila orang telah mendengar kelebihan sembahyang sunat Tasbih itu, dan ia tinggalkan yakni tidak membuatnya maka ia tergolong daripada orang yang mencuaikan agama.


Bolehkah Sembahyang Sunat Tasbih Diqadha?


Sebagaimana yang dijelaskan terdahulu bahawa sembahyang sunat Tasbih adalah sembahyang sunat mutlak yang tidak berkaitan dengan waktu dan sebab dan sunat melakukan di waktu malam dan siang selain waktu yang diharamkan bersembahyang, ia juga boleh dilakukan pada setiap masa dan dianjurkan supaya selalu mengerjakannya walaupun dalam masa yang berdekatan kerana ia mempunyai fadhilat yang sangat besar.
Dari itu, sembahyang sunat Tasbih tidaklah dapat diqadha disebabkan ianya adalah sembahyang sunat mutlak yang tidak ada waktu tertentu.


Hukum Bacaan Tasbih Dalam Sembahyang Sunat Tasbih Dan Dalam Sembahyang-Sembahyang Sunat Selainnya Bacaan tasbih dalam sembahyang sunat Tasbih itu adalah dikategorikan sebagai sunat hai’ah seperti bacaan takbir dalam sembahyang dua Hari Raya. Jika tertinggal bacaan tasbih tersebut itu dalam sembahyang, tidaklah disunatkan menggantikannya dengan sujud sahwi.


Begitu juga jika seseorang berniat untuk mengerjakan sembahyang sunat Tasbih, akan tetapi dia tidak membaca tasbih tersebut semasa sembahyang, sembahyangnya adalah dikira sah dengan syarat tempoh masa i‘tidal, dan duduk di antara dua sujud dan duduk istirahah tidak dipanjangkan, kerana perkara sedemikian boleh membatalkan sembahyang. Dengan demikian menjadilah ia sembahyang sunat mutlak sahaja bukanlah sembahyang sunat Tasbih.

Jika sekiranya seseorang berniat untuk sembahyang sunat biasa sahaja, kemudian mendatangkan bacaan tasbih-tasbih tersebut dalam sembahyangnya itu, maka dalam perkara ini diharuskan baginya membaca tasbih berkenaan selagi dia tidak memanjangkan rukun yang pendek seperti i’tidal kerana niatnya itu niat sembahyang sunat biasa sahaja bukan sembahyang sunat Tasbih. Dengan demikian ianya tetap dianggap sebagai sembahyang sunat mutlak biasa bukannya sembahyang sunat Tasbih.

Selain itu, disunatkan mengisrarkan (tidak menyaringkan) bacaan tasbih itu, sama ada ianya dilakukan di waktu malam ataupun di waktu siang. Adapun bacaan-bacaan lain dalam sembahyang sunat Tasbih itu disunatkan juga membaca dengan israr jika dilakukan di waktu siang akan tetapi disunatkan membaca dengan bacaan pertengahan antara jahr (dinyaringkan) dan israr jika dikerjakan di waktu malam sepertimana sembahyang sunat-sunat yang lain.

Akan tetapi jika bernazar untuk menyaringkan bacaan tasbih itu dalam sembahyang sunat Tasbih tersebut, maka menjadilah bacaan jahr itu wajib disebabkan nazar itu, sepertimana yang disebutkan dalam bab nazar.

Jika sekiranya terlupa membaca tasbih dalam rukun tertentu sehingga berpindah pada rukun selepasnya, tidak harus kembali kepada rukun tersebut untuk membacanya. Sekiranya dia tahu akan perkara itu dan dengan sengaja mengulang rukun itu, maka batallah sembahyangnya.

Oleh kerana tidak dapat mengulang rukun tasbih tersebut untuk membaca tasbih, maka gantilah bacaan tasbih itu pada rukun seterusnya selain semasa i‘tidal, duduk antara dua sujud dan duduk istirahah. Ini kerana memanjangkan tiga rukun ini boleh membatalkan sembahyang walaupun dalam sembahyang sunat Tasbih, sebab bacaan tasbih dalam tiga rukun tersebut di dalam sembahyang sunat Tasbih hanyalah dikhususkan untuk bacaan yang asal sahaja.

Oleh itu, jika sekiranya terlupa membaca tasbih ketika rukuk, maka janganlah diganti bacaan tasbih yang tertinggal itu semasa i‘tidal, kerana tidak boleh memanjangkan bacaan padanya akan tetapi gantilah bacaan itu semasa sujud, kerana sujud adalah dikategorikan sebagai rukun yang panjang sebagaimana yang dikatakan oleh al-Baghawi.

Manakah Yang Lebih Afdhal, Washl Atau Fashl?
Washl ialah sembahyang sunat Tasbih dikerjakan empat rakaat dengan satu salam. Sementara fashl ialah sembahyang sunat Tasbih dikerjakan 4 rakaat 2 salam.

Ibnu Hajar mengatakan dalam kitabnya Fatawa Kubra al-Fiqhiyah, kedua cara tersebut ada diterangkan di dalam hadis. Oleh yang demikian, harus melakukan kedua cara tersebut, akan tetapi Imam Ghazali mengatakan dalam kitabnya Ihya ‘Ulumiddin, jika dikerjakan di waktu siang sambungkanlah empat rakaat dengan satu salam, dan jika dikerjakan di waktu malam ceraikanlah empat rakaat dengan dua salam, sepertimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila Baginda ditanya oleh seorang lelaki tentang bagaimana sembahyang malam itu, Baginda pun menjawab:
Maksudnya:
“Sembahyang malam itu dua rakaat dua rakaat.”
(Hadis Imam Ahmad)
Haruskah Sembahyang Sunat Tasbih Dilakukan Secara Berjemaah?
Selain daripada sembahyang fardhu, ada juga sembahyang sunat yang disebut dalam kitab fiqh sebagai sembahyang at-tathawwu‘ dan an-nawafil.

Sembahyang-sembahyang an-nawafil itu menurut pengertiannya dari segi bahasa ialah tambahan, kerana ia merupakan tambahan ke atas sembahyang-sembahyang yang telah difardhukan oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala.

Ia terbahagi kepada dua bahagian:
1. Yang sunat dilakukan secara berjemaah, seperti sembahyang Hari Raya, sembahyang Gerhana Bulan dan Matahari, sembahyang Witir pada bulan Ramadhan.
2. Yang tidak sunat dilakukan secara berjemaah, seperti sembahyang ar-rawatib yang mengiringi sembahyang-sembahyang fardhu, sembahyang Witir bukan di bulan Ramadan dan sembahyang Dhuha, sembahyang Tahajjud, sembahyang Tasbih.


Ketika mengulas tentang sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah, asy-Syeikh Muhammad al-Khathib asy-Syarbini dalam kitab beliau Mughni al-Muhtaj menjelaskan, adapun sebab ianya tidak disunatkan berjemaah kerana muwazhabah (kebiasaan) Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya secara bersendirian. Adapun sunatnya itu hendaklah tidak dilakukan secara berjemaah, tetapi tidak dihukumkan makruh, kerana Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhuma pernah mengikut Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersembahyang sunat Tahajjud di rumah emak saudaranya, Maimunah.


Imam Jalaluddin al-Mahalli dalam Syarh al-Minhaj berkata ketika menjelaskan bahagian sembahyang sunat yang tidak disunatkan berjemaah yang bermaksud :

“Bahagian yang tidak disunatkan berjemaah itu, jika dilaksanakan secara berjemaah tidaklah makruh. Demikian menurut Imam an-Nawawi di dalam kitab ar-Raudhah.”

Dengan penjelasan di atas, maka dapatlah dirumuskan bahawa sembahyang sunat Tasbih walaupun tidak disunatkan berjemaah, namun apabila ia dilakukan secara berjemaah tidaklah ia makruh, dan jauh sekali dianggap sebagai bid‘ah, hanyalah ia khilaf al-awla yakni menyalahi yang utama sahaja.


Orang ramai boleh memilih melakukannya secara berjemaah ataupun bersendirian. Melakukannya secara berjemaah itu tetaplah mendapat pahala kerana berjemaah.

Sebagaimana telah dinaqal oleh asy-Syeikh Abdul Hamid asy-Syarwani daripada Ali asy-Syabramallisi katanya yang bermaksud :

“Dan diberi ganjaran pahala berjemaah secara mutlak, akan tetapi adalah awla (lebih utama) meninggalkannya yakni berjemaah itu.”


Cara melakukan solat sunat tasbih

Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan, sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.

Solat Sunat Tasbih dilakukan empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih


Bacaan tasbih itu ialah :


"Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada Tuhan yang hak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Agong dan tiada daya dan tiada kekuatan (bagi kita)
melainkan dengan (bantuan) Allah yang maha tinggi dan Maha Agong."


Solat ini dilakukan 4 rakaat, setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih


Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah:


1. selepas baca doa Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri semula/selepas tahiyat awal @ akhir 10 kali tasbih


Jadi jumpah tasbih dalam satu rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah semuanya 300 tasbih


Niat Solat Tasbih


Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala

Surah-surah yang sunat dibaca selepas al-Fatihah

1. Rakaat pertama : Surah at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah al-Ikhlas


Doa Sunat Sembahyang Tasbih





"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk,
dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat,
orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut.
Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah
seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu
sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau
. Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat
sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan
yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas
dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka
terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami.
Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."

IPB Image


SOLAT SUNAT WITIR

Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Rasulullah saw, bersabda yang bermaksud:

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam), sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.

Di antara fadhilat solat witir ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain
3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.


Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat


"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Niat Solat Sunat Witir Satu Rakaat


Aku solat sunnat witir satu rakaat kerana Allah Taala"

Doa Solat Witir


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."


SOLAT SUNAT TAUBAT

Solat ini dilakukan sebagai tanda kita bertaubat kepada Allah. Tiada waktu yang tertentu ditetapkan, boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja apabila seseoarng itu rasa menyesal dan ingin bertaubat kepada Allah.

Seelok-eloknya setelah kita melakukan istighfar, munajat, muhasabah diri, dan bertaubat kepada Allah di tengah malam yang sunyi, kemudian disusuli dgn solat tahajjud dsb

Digalakkan utk dilakukan dalam bulan-bulan haram iaitu Muharram, Rejab, Syaaban dan Ramadhan. Boleh dilakukan sebanyak 2 rakaat @ lebih.

Setelah membaca surah al-Fatihah, bacalah surah al-Kafirun di rakaat pertama dan di rakaat kedua pula Surah al-Ikhlas sebanyak 3 kali.

Lafaz niat solat taubat

Sahaja Aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah SWT

Selepas melakukan solat sunat taubat, bacalah istigfar sekurangkurangnya 33 kali. Dan bacalah doa memohon keampunan.

Berikut beberapa doa mohon ampunan kepada Allah Ta’ala yang dapat dibaca setelah shalat :

1. “ Rabbanaa dzalamnaa anfusanaa wa illam taghfirlanaa war hamnaa lakuunanna minal khaasiriin”

Ertinya : “ Ya Rabb kami, kami telah menganiaya diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, niscaya pastilah kami termasuk orang – orang yang merugi” (QS Al A’raaf : 23)

2. “AllaHumma innii zhalamtu nafsii zhulman katsiiran wa laa yaghfirudz dzunuuba illa anta, faghfirlii maghfiratan min ‘indika warhamnii innaka antal ghafuurur rahiim”

Ertinya : “ Ya Allah, sesungguhnya aku banyak menganiaya diriku dan tidak ada yang mengampuni dosa kecuali Engkau. Oleh karena itu ampunilah dosa – dosaku dengan ampunan dari sisi-Mu dan berikan rahmat kepadaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Maha Penyayang” (HR. Al Bukhari no. 834 dan Muslim no. 2705)


SOLAT SUNAT RAWATIB

Solat sunat Rawatib itu terbahagi kepada dua, iaitu sunnah mu’akkadah dan sunnah ghairi mu’akkadah.

Rawatib sunnah mu’akkadah

1) Dua rakaat sembahyang sunat Subuh (sembahyang sunat Fajar)

2) Dua rakaat sembahyang sunat Qabliyyah Zuhur ataupun Jumaat.

3) Dua rakaat sembahyang sunat Ba‘diyyah Zuhur ataupun Jumaat.

4) Dua rakaat sembahyang sunat Ba‘diyyah Maghrib.

5) Dua rakaat sembahyang sunat Ba‘diyyah ‘Isya’.


Rawatib sunnah ghairi mu’akkadah

1) Dua rakaat (tambahan) sembahyang sunat Qabliyyah Zuhur ataupun Jumaat.

2) Dua rakaat (tambahan) sembahyang sunat Ba‘diyyah Zuhur ataupun Jumaat.

3) Empat rakaat sembahyang sunat Asar.

4) Dua rakaat sembahyang sunat Qabliyyah Maghrib.

5) Dua rakaat sembahyang sunat Qabliyyah ‘Isya’.

Sungguhpun ada sebilangan sembahyang sunat Rawatib ini tidak disebutkan fadhilat amalannya secara khusus misalnya sembahyang sunat Rawatib Maghrib dan Isya’, akan tetapi kelebihannya tidak dapat dipertikaikan lagi dengan merenung hadits-hadits yang menyebutkan tentang kelebihan sembahyang sunat secara umum, di samping muadzabhah (amalan secara berterusan) Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam serta para sahabatnya Radhiallahu ‘anhum terhadap sembahyang sunat Rawatib ini khasnya dan sembahyang-sembahyang sunat yang lain amnya.

Imam Muslim meriwayatkan daripada An-Nu‘man bin Salim Radhiallahu 'anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa yang bersembahyang dua belas rakaat dalam sehari secara tathawwu‘ (sembahyang sunat Rawatib), dibuatkan untuknya sebuah rumah dalam syurga.

(Hadits riwayat Imam Muslim)

Rabi‘ah bin Ka‘ab al-Aslami Radhiallahu ‘anhu meriwayatkan dalam Shahih Muslim bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda kepadanya:

Maksudnya: “Pohonlah sesuatu (kepadaku). Lalu aku (Rabi‘ah) berkata: Aku memohon kepada Tuan untuk menemani Tuan di syurga. Lalu Baginda bersabda: Ada lagi? Lalu aku (Rabi‘ah) menjawab: Itu sahaja. Baginda bersabda: Bantulah aku (untuk memperbaiki) dirimu dengan memperbanyakkan sujud (sembahyang sunat).”

(Hadits riwayat Imam Muslim)

Pandangan Para Ulama Terhadap Orang Yang Biasa Meninggalkan Sembahyang Sunat Rawatib

Orang yang biasa meninggalkan sembahyang sunat Rawatib tidak diterima syahadahnya (tidak diterima sebagai saksi) menurut ulama-ulama besar seperti Imam Ibnu Hajar al-Haitami, Imam asy-Syarwani, Imam an-Nawawi dan ramai lagi. Sikap sebegini menurut mereka, menunjukkan seseorang itu mengambil mudah serta tidak mengambil peduli terhadap suruhan-suruhan ugama, bahkan Imam asy-Syarwani mengkategorikannya sebagai suatu perbuatan yang boleh menjejaskan maruah sungguhpun perbuatan membiasakan untuk meninggalkan sembahyang Rawatib itu tidak haram.

Imam Ibnu Hajar al-‘Asqalani berkata dalam kitab Fath al-Bari: Barangsiapa yang membiasakan dirinya untuk meninggalkan perkara-perkara sunat adalah merupakan satu kekurangan dalam ugamanya. Jika dia melakukannya kerana mengambil mudah terhadapnya ataupun kerana tidak menyukainya maka jadilah ia orang fasiq.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya: “Maka barangsiapa yang tidak suka akan sunnahku, maka dia bukanlah daripada golonganku.

(Hadits riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)

Hukum Menqadha Sembahyang Sunat Rawatib

Sembahyang sunat Rawatib ialah sejenis sembahyang sunat yang ada ditentukan masa untuk mengerjakannya oleh syara’ (An-Naflu al-Mu’aqqat). Imam Al-Khatib As-Syarbini, seorang ulama mazhab Syafi‘e berpendapat, bahawa adalah sunat hukumnya menqadha sembahyang sunat yang ada ditentukan masa untuk mengerjakannya oleh syara’, sama ada sembahyang sunat tersebut diharuskan untuk berjemaah seperti sembahyang sunat Hari Raya ataupun tidak, seperti sembahyang sunat Rawatib dan Dhuha. Sembahyang-sembahyang sunat ini sunat untuk diqadha meskipun ketika sedang bermusafir.

Dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari Kuraib Radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya oleh seorang perempuan yang diutus kepada Baginda oleh Kuraib Radhiallahu ‘anhu mengenai sembahyang yang dikerjakan oleh Baginda selepas fardhu Asar, lalu Baginda pun bersabda:

Maksudnya: “Wahai puteri Abu Umayyah, kamu menanyakan tentang dua rakaat (yang aku kerjakan) sesudah fardhu Asar. Sesungguhnya orang-orang dari Abdul Qais datang kepadaku, lalu mereka menyibukkan aku (sehingga aku tertinggal) dari mengerjakan dua rakaat Ba‘diyyah Zuhur. Itulah dua rakaat yang telah aku kerjakan (selepas Asar itu).”

(Hadits riwayat Imam al-Bukhari)

Hadits di atas ini juga menjadi dalil bagi ulama-ulama mazhab Syafi‘e, bahawa adalah sunat hukumnya menqadha sembahyang-sembahyang sunat sekalipun pada waktu-waktu yang ditegah untuk bersembahyang seperti selepas sembahyang fardhu Asar dan Subuh. Ini kerana dalam hadits tersebut dinyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam telah menqadha sembahyang sunat Ba‘diyyah Zuhur di waktu yang ditegah untuk menunaikan sembahyang sunat iaitu selepas sembahyang fardhu Asar.

Maka manfaatkanlah peluang ini kerana sembahyang sunat Rawatib mahupun sembahyang-sembahyang sunat yang lainnya amat besar fadhilatnya di mana selain dari mengharapkan rahmat serta maghfirah (keampunan Allah), ia juga sebagai cara terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Mudawamah (amalan secara berterusan) terhadap sembahyang sunat ini juga menunjukkan sifat ketaatan serta ‘ubudiyyah (kehambaan) seorang insan itu terhadap Tuhannya. Selain itu ianya juga dapat menambal mana-mana kekurangan yang mungkin tidak disedari terdapat dalam sembahyang-sembahyang fardhu, sebagaimana riwayat Imam Ahmad dari Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu, bahwasanya Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam telah bersabda:

Maksudnya : “Sesungguhnya yang pertama sekali akan dihisab segala amal perbuatan manusia pada hari qiamat ialah tentang sembahyangnya. Allah berfirman kepada Malaikat-Nya, sedang Dia Lebih Mengetahui: Periksalah sembahyang hamba-Ku, apakah cukup ataupun kurang? Kalau cukup catatlah cukup, dan kalau kurang (sembahyang fardhu mereka), maka Allah berfirman lagi: Periksalah adakah hamba-Ku ini mempunyai amalan (sembahyang) sunat? Jika ternyata terdapat amalan sembahyang sunatnya, lalu Allah berfirman lagi: Cukupkanlah kekurangan sembahyang fardhu hamba-Ku itu dengan amalan sembahyang sunatnya. Kemudian diperhitungankanlah amal perbuatannya itu menurut cara sedemikian.”

(Hadits riwayat Imam Ahmad)

IPB Image


Himpunan solat sunat

solat sunat istiharah


Bila di sebut sahaja Solat Istiharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan.

Sebenarnya amalan Solat Sunat Istiharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang
diriwayatkan oleh Imam Bukhari;

Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoalah ...
( doa seperti diakhir catatan ini )


Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang
contohnya selepas maghrib.


Niatnya


Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala

Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja

surah lain yang terbaik kita boleh baca.

Selepas memberi salam baca doa berikut ( mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu ).


Terjemahan Doa’ :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar.
Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib.
Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya.
Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.
(Dari hadis riwayat Imam Bukhari)

IPB Image
Baiturrahman Grand Mosque in Banda Aceh - Nanggroe


Solat Sunat Dhuha

SOLAT SUNAT DHUHA

Menurut Imam Syafie dan Imam ahmad hukum solat sunat dhuha adalah sunat muakkad iaitu solat sunat yang dituntut. 3 solat yang Rasulullah tak pernah tinggal daripada melakukannya ialah solat dhuha, solat tahajjud dan solat sunat sebelum subuh

Ruang waktu dan waktu afdal

Sesuailah dengan namanya dhuha yang bermaksud pagi. Jadi ruang waktunya bermula kira-kira 20 minit selepas terbit matahari atau tinggi matahari daripada pandangan jauh sekadar satu batang lembing yakni kira-kira dua meter. Waktu solat ini pula berakhir sebelum menjelang waktu Zuhur. Jadi, secara mudahnya dapat difahami bahawa batas waktu solat sunat Dhuha ini antara pukul 7 pagi hingga 1 petang.


Berkenaan waktu afdalnya pula iaitu ketika sinar matahari kian panas berdasarkan sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “Solat Dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (Kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi).

Justeru, waktu sedemikian eloklah dilaksanakan solat tersebut, apatah lagi pada saat itu badan memerlukan ‘rehat sebentar’ setelah penat bekerja. Maka disarankan juga sekiranya masa tersebut diisi sekadar empat hingga lima minit dengan sujud menyembah Ilahi sama ada di rumah atau di tempat kerja dengan syarat tidak mengetepikan perkara-perkara atau urusan yang wajib dan utama daripada yang sunat.

Cara melaksanakannya

Banyak bahan media cetak yang boleh dirujuk bagi mengetahui cara melakukan solat sunat Dhuha ini merangkumi bacaan-bacaan dalam solat hinggalah dalam sujud dan doa setelah selesai ibadat tersebut.

Cuma secara asas dan mudahnya berdasarkan hadis-hadis Nabi, solat sunat Dhuha ini dilakukan seperti solat-solat lain, cuma bacaan yang dianjurkan Baginda s.a.w. selepas al-Fatihah, menurut hadis yang disampaikan oleh Uqbah bin Amir, ialah surah al-Syams pada rakaat pertama dan al-Dhuha pada rakaat kedua. (Riwayat al-Hakim)

Namun begitu, perkara (bacaan dalam solat) ini adalah sesuatu yang subjektif dan tidak statik. Maka tidak perlulah hanya terikat dengan kaifiat tertentu dan bacaan tertentu. Apa yang penting, solat tersebutdiniatkan dengan betul, syarat-syaratnya dipenuhi dan rukun-rukunnya disempurnakan sebaik-baiknya. Begitu jugalah dengan doa selepas solat tersebut.

FADILAT DHUHA


Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:


1. Di antaranya hadis riwayat Abu Dzar bahawa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya: “Setiap orang menjelang pagi, berdasarkan tulang temulang sendi memerlukan sedekah. Tiap-tiap tasbih itu sedekah, tiap-tiap tahmid sedekah, tiap-tiap tahlil adalah sedekah dan tiap-tiap takbir adalah sedekah. Menyeru makruf adalah sedekah, mencegah mungkar adalah sedekah.

2. Selain itu, solat ini juga adalah tanda kesyukuran seorang hamba yang dikurniakan lengkap sendi tulangnya sebanyak 360 batang pada setiap pagi yang dilaluinya. Justeru, dhuha atau pagi yang penuh nikmat Ilahi itu disyukuri dengan menyembah Allah, simbolik kepada terima kasih seorang hamba kepada Penciptanya.

3 “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)


4. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”


5. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).


6. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)



Bilangan rakaat :


Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat.

Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu


Bacaan dan surah :


Dari segi pembacaan di dalam solat sunat dhuha tiada wajib membaca surah-surah tertentu di dalam rakaat tersebut. Cuma kebiasaan yang dilakukan oleh para ulama iaitu :-

Rakaat pertama dibaca surah Fatihah dan surah Wasy-Syamsi Manakala rakaat kedua dibaca Al-Fatihah dan surah Ad-Dhuha . Atau pun boleh di baca seperti berikut :-.

Pada rakaat pertama bacalah ayat kursi kerana ayat kursi terlalu banyak keistimewaannya, semasa surah itu diturunkan beribu-ribu malaikat sebagai perantaranya. Didalamnya juga terkandung KURSI (kerajaan) ALLAH yang sangat besar meliputi 7 lapisan langit dan bumi. Ada 95 buah hadish yang menerangkan akan fadhilat ayat kursi.

Rakaat kedua bacalah surah Al-Ikhlas sebab surah Al-Ikhlas merupakan 1/3 dari Al-Quran. Surah yang cukup besar maknanya sebab mengandungi sifat-sifat Allah yang Esa dan siapa Allah yang sebenar iaitu yang tidak beranak juga tidak diperanakkan dan tidak ada yang serupa denganNYA. Dua surah ini sudah cukup bagi yang tidak menghafal surah yang disarankan.



Di dalam sujud akhir rakaat kedua, bacalah

" WAHABLI YA WAHAB ILMAW WAHIKMAH WARZUKNI YA RAZZAK KUNLI MUSAHHALAN"

MAKSUDNYA: Kurniakanlah aku ilmu dan hikmah Wahai Maha Pemberian Kurnia.Kurniakanlah aku rezeki Wahai Maha Pemberi Rezeki dan permudahkanlah yang demikian itu untukku.

Ada juga para ulama yang berpendapat semasa sujud terakhir eloklah dibaca zikir 'YA WAHHAB (Allah Maha Pemberi) sebanyak 41 kali.

Selepas salam seeloknya bacalah doa :


Doa selepas solat sunat dhuha





“ Ya Allah bahawasanya waktu duha itu waktu duhamu, kecantikan itu ialah kecantikanmu, keindahan itu keindahanmu, kekuatan itu kekuatanmu, kekuasaan itu kekuasaanmu dan perlindungan itu perlindunganmu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit , turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu duha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaanmu, limpahkanlah kepada kami segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hambamu yang soleh”