Ya Allah... dalam perjalanan ini bukakan lah ke atas kami hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu...
21.2.10
Yakjuj Makjuj dan Dajjal
Yakjuj Makjuj = Surah Al-Kahfi
"Mereka akan bertanya kepadamu (Muhammad) mengenai Zulkarnain. Katakanlah: ‘Aku akan bacakan kepadamu cerita mengenainya’. Sesungguhnya Kami memberi kekuasaan kepadanya di (muka) bumi, dan Kami memberikan kepadanya jalan (untuk mencapai) segala sesuatu, maka dia pun menempuh suatu jalan.
“Hingga apabila dia sampai ke tempat terbenam matahari, dia melihat matahari terbenam di dalam laut berlumpur hitam dan dia mendapati di situ segolongan umat. Kami berkata: ‘Hai Zulkarnain, kamu boleh menyeksa atau boleh berbuat kebaikan terhadap mereka’. Berkata Zulkarnain: ‘Adapun orang yang aniaya maka kami kelak akan mengazabnya dengan azab yang tidak ada taranya’.” (ayat 83 hingga 87)
“Kemudian dia menempuh jalan (yang lain). Hingga apabila sampai ke tempat terbit matahari (Timur) dia mendapati matahari itu menyinari segolongan umat yang Kami tidak menjadikan bagi mereka sesuatu yang melindunginya dari (cahaya) matahari itu,” (ayat 89 dan 90).
“Kemudian dia menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan. Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.
Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan alat-alat), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka, berilah aku potongan-potongan besi’.
“Hingga apabila besi itu sama rata dengan kedua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar ku tuangkan ke atas besi panas itu’.
“Maka mereka tidak bisa mendakinya dan mereka tidak bisa (pula) melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku, Dia akan menjadikannya hancur luluh; dan janji Tuhanku itu adalah benar’,” (ayat 92 hingga 98).
Mengenai Dajjal - Antara Hadis-Hadis :
Dajjal berketurunan Yahudi. Bukan dari keturunan jin tetapi daripada manusia yang Minal Munzharin - ditangguhkan kematiannya. Bapa dajjal berketurunan syaqq (dukun yahudi) rupanya tinggi dan gemuk dan berhidung seperti paruh burung dan ibunya juga seorang yang gemuk dan dari bangsa Jin yang pernah ditangkap oleh Nabi Allah Sulaiman a.s. dan dimasukkan ke dalam penjara.
Hadis Huzaifah r.a katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda: Dajjal ialah orang yang buta sebelah matanya iaitu sebelah kiri, lebat (panjang) rambutnya serta dia mempunyai Syurga dan Neraka. Nerakanya itu merupakan Syurga dan Syurganya pula ialah Neraka (Hadis Sahih Muslim)
Ada beberapa ciri perawakan Dajjal yg disebutkan dalam Hadis Rasulullah S.a.w, diantaranya: Seorang yg kelihatannya masih muda, berbadan besar dan agak kemerah-merahan, rambutnya kerinting dan tebal. Kelihatan dari belakang seolah-olah dahan kayu yg rimbun.
Pertama: Buta mata kirinya dan kelihatan seperti buah kismis yg kecut, manakala mata kanannya tertonjol keluar kehijau-hijauan berkelip-kelip laksana bintang. Jadi kedua-dua matanya adalah cacat.
Kedua: Tertulis di dahinya tulisan “Kaf-Fa-Ra”.
Kedua-dua tanda ini muncul dalam diri Dajjal setelah ia mengaku sebagai Tuhan.
Menurut riwayat yg sahih yg disebutkan dalam kitab “Shahih Muslim”, bahawa Dajjal itu sudah wujud sejak beberapa lama. Ia dirantai di sebuah pulau dan ditunggu oleh seekor binatang yg bernama “Al-Jassasah”. Terdapat hadis panjang mengenainya. Daripada Hadis ini jelaslah bagi kita bahawa Dajjal itu telah ada dan ia menunggu masa yg diizinkan oleh Allah swt utk keluar menjelajah permukaan bumi ini.
Dajjal akan hidup setelah ia memulakan cabarannya kepada umat ini, selama empat puluh hari sahaja. Namun begitu, hari pertamanya adalah sama dgn setahun dan hari kedua sama dengan sebulan dan ketiga sama dengan satu minggu dan hari-hari baki lagi sama seperti hari-hari biasa. Jadi keseluruhan masa Dajjal membuat fitnah dan kerosakan itu ialah 14 bulan dan 14 hari. Dalam Hadis riwayat Muslim ada disebutkan:
Kami bertanya: “Wahai Rasulullah! Berapa lamakah ia akan tinggal di muka bumi ini? Nabi saw, menjawab: Ia akan tinggal selama empat puluh hari. Hari yg pertama seperti setahun dan hari berikutnya seperti sebulan dan hari ketiga seperti seminggu. Kemudian hari yg masih tinggal lagi (iaitu 37 hari) adalah sama seperti hari kamu yg biasa.
Lalu kami bertanya lagi: Wahai Rasulullah saw! Di hari yg panjang seperti setahun itu, apakah cukup bagi kami hanya sembahyang sehari sahaja (iaitu 5 waktu sahaja). Nabi saw menjawab: Tidak cukup. Kamu mesti mengira hari itu dgn menentukan kadar yg bersesuaian bagi setiap sembahyang..”
"Ia (Dajjal) akan datang dengan membawa umpama syurga dan neraka; dan apa yang ia katakan syurga itu sebenarnya (adalah) neraka"
dan seumpamanya menyatakan : "Dan ia akan membawa air dan api. Dan apa yang orang-orang melihat air itu sebenarnya api yang menghanguskan; dan apa yang orang-orang melihatnya api itu sebenarnya air tawar yang sejuk"
"la akan membawa gunung roti dan sungai penuh air "
"Ia membawa dua sungai, yang satu penuh air, dan satu lagi penuh api"
"Dajjal akan muncul dengan membawa sungai dan api; barang siapa masuk dalam sungainya; ia akan memikul beban dan dilenyapkan ganjarannya; dan barangsiapa masuk dalam apinya, akan memperoleh ganjaran dan dihilangkan bebannya"
"Sungguh ia akan membawa syurga dan neraka. Adapun neraka Dajjal ialah syurga, dan syurga Dajjal ialah Neraka. Maka barangsiapa diuji dengan neraka Dajjal, hendaklah ia menutup matanya dan mohon pertolongan Allah*, dan neraka itu akan dingin dan damai"
* Mengikut kefahaman saya, ada satu lagi menyebut memohon Pertolongan Allah SWT menerusi Amalan pembacaan Surah Al-Kahfi. Wallahualam.
"Ia akan menjelajah dengan membawa dua gunung. Yang satu, penuh dengan pohon, buah-buahan dan air, dan yang lain, penuh dengan api dan asap. Ia berkata: Ini adalah syurga, dan ini adalah neraka"
"Kami bertanya: Wahai Rasulullah, bagaimanakah cepatnya perjalanan Dajjal di muka bumi? Beliau menjawab: seperti cepatnya awan ditiup angin"
"Bumi akan digulung untuknya; ia menggenggam awan di tangan kanannya, dan mendahului matahari di tempat terbenamnya; lautan hanya sedalam mata-kakinya; di depannya adalah gunung yang penuh asap"
"Ia akan melompat-lompat antara langit dan bumi" (Abu Dawud).
.
"Dajjal akan muncul dengan menaiki keledai putih; yang jarak antara dua telinganya adalah tujuh puluh ela"
(ada satu lagi menyatakan 40 ela dan 30 ela di mana jarak antara kaki-kakinya adalah perjalanan sehari semalam)
"Dan ia melalui hutan rimba, dan ia berkata kepadanya: Keluarkanlah kekayaanmu, maka kekayaaan rimba itu mengikuti dia, bagaikan lebah mengikuti ratunya"
"Ia datang pada suatu kaum dan mengajak mereka (supaya mengikutinya), dan kaum itu beriman kepadanya, ia memerintahkan langit, maka turunlah hujan, lalu ia memerintahkan bumi, maka keluarlah tumbuh-tumbuhan. Lalu ia datang kepada kaum yang lain, dan mengajak mereka (supaya mengikutinya), dan kaum itu menolak ajakannya, maka berpalinglah ia dari mereka, lalu kaum itu tertimpa kelaparan, dan tak ada sedikit kekayaan pun yang mereka kuasai"
"Dan di antara fitnah Dajjal ialah, apabila ia datang pada suatu kaum yang tidak mau beriman kepadanya, maka tiada lagi ternak mereka yang tertinggal, melainkan binasalah semuanya; dan apabila ia datang pada kaum lain yang beriman kepadanya, maka ia memberi perintah kepada langit, lalu turunlah hujan, dan ia memberi perintah kepada bumi, lalu keluarlah tumbuh-tumbuhan"
"Sungai-sungai dunia dan buah-buahan akan tunduk kepada Dajjal; maka barangsiapa mahu mengikutinya, ia akan memberi makan kepadanya dan menjadikan (pengikutnya) seorang kafir dan barangsiapa menentang dia, maka persediaan makanan (penentang Dajjal) akan dirampas dan dihentikan mata pencariannya"
"Ada beberapa kaum yang bersahabat dengan Dajjal akan berkata: "Sesungguhnya kami tahu bahwa Dajjal adalah kafir, tetapi kami bersahabat dengan Dajjal, agar kami dapat makan dari makanannya, dan agar kami dapat memberi makan ternak kami dari pohon-pohonnya"
"Dan ia (Dajjal) akan membawa gunung roti, dan sekelian manusia akan mengalami kesukaran, kecuali orang yang mengikutinya"
"bersama-sama Dajjal akan dibangkitkan syaitan-syaitan yang rupanya mirip dengan orang-orang yang telah meninggal, apakah itu ayah ataukah saudara"
"Syaitan-syaitan yang rupanya mirip dengan orang yarg telah meninggal akan menyertai Dajjal, dan mereka akan berkata kepada orang yang masih hidup: Kenalkah engkau padaku? Aku adalah saudaramu; aku adalah ayahmu; atau aku adalah salah seorang kerabatmu"
"Dan Dajjal akan menyembuhkan orang buta, orang sakit lepra, dan akan menghidupkan orang mati"
"Bersama-sama Dajjal akan dibangkitkan syaitan-syaitan yang akan bercakap-cakap dengan manusia"
(dan ditafsir bahawa orang yang terpedaya akan mengikuti Dajjal berkenaan kerana menyangkakan Dajjal mempunyai mukjizat Nabi Isa a.s. (yang telah dijanjikan Allah SWT untuk menjadi penyelamat selepas Imam Mahdi) kerana dapat menghidupkan orang yang mati, sembuhkan kusta, mencelikkan mata yang buta)
"Dan di belakangnya ialah Dajjal yang bersama-sama dia adalah tujuh puluh ribu orang Yahudi" (dalam yang lain disebutkan 70,000 Yahudi Isfahan yang memakai toga)
"Kebanyakan orang yang mengikuti Dajjal ialah kaum Yahudi, para wanita, dan rakyat jelata"
"Dajjal musuh Allah, akan muncul dan dia akan disertai oleh bala tentara yang terdiri dari kaum Yahudi dan segala macam bangsa"
"Dan orang yang paling akhir yang mendatangi Dajjal ialah kaum wanita"
"Awas! Kebanyakan kawan dan pengikut Dajjal ialah kaum Yahudi dan anak-anak yang tidak sah" (anak luar nikah)
"Dan para wanita akan nampak seperti laki-laki dan laki-laki akan nampak seperti wanita"
"Barangsiapa mendengar perihal Dajjal, hendaklah menjauhkan (diri) daripadanya. Demi Allah! Orang akan mendatangi Dajjal, dan ia menyangka bahwa dia adalah orang mukmin, dan ia akan mengikuti dia (Dajjal) kerana syak wasangka (tipu helah/muslihat) yang ditimbulkan dalam hatinya"
"Ia (Dajjal) akan berkata: Apabila rantai yang mengikat aku ini terlepas, aku tak akan membiarkan sejengkal tanah pun yang tak dipijak oleh kakiku, kecuali kota suci Madinah" (dalam lain disebut Kota Suci Madinah dan Makkatul Mukarramah)
"Dan tidak lama lagi, aku (Dajjal) akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar dan mengadakan perjalanan di muka bumi, dan tidak satu tempat tinggal pun yang tidak aku singgahi selama empat puluh malam, terkecuali Makkah dan Madinah"
12.2.10
ALAM MAHSYAR
Fathani.
1. Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yg lain.. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yg tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak
mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-
bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( ??? ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air
kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan
berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang
ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air
matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi
Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun
perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba
dibumi.
15. ‘Arasy ( ??? ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya
yang sangat kuat.
16. Kursi ( ???? ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab.
Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a..w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan
mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh
ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
24.11.09
Pencarian kiamat - dari kacamata kita
(HR. Abu Dawud)
Belum terjadi kiamat sebelum seorang yang melewati kuburan berkata, "Alangkah baiknya sekiranya aku di tempat orang ini." (Maksudnya, dia ingin mati dan tidak ingin hidup karena beban berat yang selalu dihadapinya).
(HR Bukhari)
Belum akan kiamat sehingga tidak ada lagi di muka bumi orang yang menyebut : "Allah, Allah." (HR. Muslim)
Di antara tanda-tanda kiamat ialah ilmu terangkat, kebodohan menjadi dominan, arak menjadi minuman biasa, zina dilakukan terang-terangan, wanita berlipat banyak, dan laki-laki berkurang sehingga lima puluh orang wanita berbanding seorang pria.
(HR. Bukhari)
Pencarian kiamat - dari kacamata kita
IMAM MAHDI…. DIALAH MUHAMMAD BIN ABDULLAH
Oleh : Othman Omar Shihab, Lc
Sumber : Azzikra No.36/Tahun 3/7 November - 7 Desember 2007 ~ICJJakarta~
Inilah babak kehidupan yang sangat dinantikan umat Islam, iaitu Imam Mahdi. Di saat itulah, umat manusia merindukan tegaknya keadilan dan kedamaian. Lahirnya seorang penyelamat umat manausia, menandakan berakhirnya babak mulkan jabariyyan, pemerintahan dan kekuasaan diktator.
Siapakah sebenarnya Imam Mahdi itu?
Imam mahdi bermakna “Pemimpin yang telah diberi petunjuk” Dalam bahasa Arab Imam bererti pemimpin dan mahdi pula bermaksud orang yang mendapat petunjuk. Imam mahdi bermaksud Pemimpin yang mendapat petunjuk.
Imam Mahdi sebenarnya adalah sebuah “ nama gelar ” sebagaimana dengan gelar khalifah, amirul mukminin dan sebagainya. Nama asalnya adalah Muhammad sama seperti nama Nabi Muhammad sedangkan nama ayahnya pun sama seperti nama ayah Nabi Muhammad iaitu Abdullah.
Imam Mahdi adalah seorang muslim keturunan nabi yang akan dipilih oleh Allah SWT untuk menghancurkan semua bentuk kezaliman dan menegakkan keadilan di muka bumi sebelum datangnya hari kiamat. Jadi ia adalah salah satu tanda di antara tanda-tanda berakhirnya kehidupan.
Dia adalah Muhammad bin Abdullah. Seperti dijelaskan dalam sebuah hadis Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Thabrani “ Sungguh, bumi ini akan dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Dan apabila kezaliman serta kesemena-menaan itu telah penuh, maka Allah SWT akan mengutus seorang laki-laki yang berasal dari umatku, namanya seperti namaku, dan nama bapaknya seperti nama bapakku (Muhammad bin Abdullah). Maka ia akanmemenuhi bumi dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi) telah dipenuhi sebelum itu oleh kezaliman dan kesemena-menaan. Di waktu itu langit tidak akan menahan setetes pun dari tetesan airnya, dan bumi pun tidak akan menahan sedikitpun dari tanaman-tanamannya. Maka ia akan hidup bersama kamu selama 7 tahun, atau 8 tahu, atau 9 tahun.” (HR. Thabrani)
bila dan bagaimana proses kemunculannya?
Tidak ada seorangpun di muka bumi ini yang mengetahui pasti bila Imam Mahdi itu turun, kecuali Rasulullah. Karena beliau dibimbing wahyu. Lebih baik kita merujuk pada hadis nabi “Aku kabarkan berita gembira mengenai Al Mahdi yang diutus Allah di tengah-tengah umatku ketika banyak terjadi perselisihan antara manusia dan gempa-gempa. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kejujuran, sebagaimana (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesewenang-wenangan”
Berdasar rujukan hadis, apa prakondisi sebelum kemunculan Imam Mahdi?
Pra kondisi menjelang datangnya imam Mahdi iaitu sering terjadi pertikaian dan perselisihan antara manusia dan tidak henti-hentinya gejala alam mendatangi manusia berupa gempa demi gempa.
Apakah saat ini sudah menunjukkan itu? Wallahualam. Mungkin kita boleh menyimpulkan sendiri. Bahkan ada sebuah hadis yang menyebutkan tentang di scenario kita saat ini.
Kata Nabi SAW, “Masa kenabian (an nubuwaah) akan berlangsung pada kalian dalam beberapa tahun kemudian Allah mengangkatnya. Setelah itu datang masa kekhalifahan mengikuti pola (manhaj) kenabian (khalifah ‘ala manhaajin nubuwwah) selama beberapa masa hingga Allah mengangktanya. Kemudian datang masa raja-raja yang memaksakan kehendak atau diktator (mulkan jabariyyan) dalam beberapa masa hingga waktu yang ditentukan Allah. Setelah itu akan terulang kembali kekhalifahan mengikuti pola kenabian…...” Kemudian Rasulullah SAW terdiam” (Hadis Marfu’ riwayat Imam Ahmad dari An Nu’man bin Basyir)
Dari hadis ini bererti tiga babak kehidupan sudah berlalu. Saat ini kita sedang masuk dalam babak keempat. Babak pertama iaitu pada masa Nabi. Babak kedua adalah periode al Khulafaur Rasyidun iaitu masa Abu Bakar, Umar bin Khattab, Usman bin Afan dan Ali bin Abi Thalib, radhiya Allahu ‘anhum ajma’in . Babak ketiganya adalah masa pemerintahan para khalifah hingga berakhirnya kekhalifahan Usmaniyah di Turki.
Kenapa disebut dengan mulkan ‘aadhan atau raja-raja yang menggigit? Karena raja-raja saat itu memang mereka memegang al Quran tetapi tidak dijadikan amal. Dan semua sudah berakhir setelah kekhalifahan Usmaniyah.
Sementara babak keempat adalah babak kita saat ini, mulkan jabariyyan, pemerintahan yang dictator atau kekuasaan yang memaksa. Berbagai firnah dan bentuk kezaliman mencuat demikian hebat. Sampai fitnah besar pada akhirnya terjadi yaitu keluarnya Dajjal la’natullah. Rasulullah SAW bersabda “Sungguh fitnah yang terjadi di antara kalian lebih aku takuti dari fitnah Dajjal dan tiada seorang yang dapat selamat dari fitnah sebelum fitnah Dajjal melainkan akan selamat pula darinya (Dajjal) dan tiada fitnah yang dibuat sejak adanya dunia ini, baik kecil ataupun besar, kecuali untuk fitnah Dajjal” (HR Ahmad, 5/389)
Bagaimana situasi di babak empat ini?
Babak keempat ini merupakan fasa perantara dari tanda-tanda besar di mana kiamat akan terjadi. Akan terjadi nanti peperangan menjelang datangnya Imam Mahdi. “ Kalian akan menjalin perdamaian dengan Rum (Eropa) dalam perdamaian yang aman. Lalu kalian akan bersama mereka memerangi musuh yang ada di belakang mereka (HR Ahmad) Bahkan nanti ada tiga peristiwa yang mengindikasikan Imam Mahdi benar-benar telah datang. Pertama, sebuah perselisihan hebat paska wafatnya seorang pemimpin. Kedua, pembaitan paksa di depan Ka’bah oleh sekelompok muslim kepada seorang yang telah diangkat menjadi Imam Mahdi. Ketiga, terbenamnya pasukan pemburu Al Mahdi di al baida, sebuah padang pasir dari arah Syam.
“ Pada suatu hari tubuh Rasulullah SAW bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?” Rasulullah SAW menjawab “Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahawa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju Baitullah (Ka’bah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Ka’bah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, dan mereka ditelan bumi.” Kemudian kami bertanya “Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?” Beliau menjawab “Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing” (HR Bukhari Muslim)
Tapi perlu anda ketahui, kemunculan Imam Mahdi bukan karena kemahuan Imam Mahdi sendiri melainkan karena takdir Allah yang pasti berlaku. Bahkan manusia yang ditunggu-tunggu ini sendiri tidak menyedari bahawa dirinya adalah Imam Mahdi melainkan setelah Allah WT mengislahkannya dalam suatu malam, seperti yang dikatakan dalam sebuah hadis berikut, “Al Mahdi berasal dari umatku, yang akan diislahkan oleh Allah dalam satu malam.” (HR Ahmad dan Ibnu Majah)
Lalu apakah yang harus kita lakukan kalau semua indikasi-indikasi itu benar-benar terjadi?
Rasulullah bersabda: Ketika kalian melihatnya, maka berbaitlah dengannya, walaupun harus merangkak di atas salju karena sesungguhnya dia adalah Khalifatullah al Mahdi (HR Ibn Majah). Sesulit apa pun kondisi kita, jika kita sudah mendengar bahawa Imam Mahdi itu benar-benar telah datang kita harus segera berbaiat kepadanya, Satu hal yang perlu dicatat, Imam Mahdi tidak membawa ajaran baru. Ajaran beliau adalah Al Quran dan sunnah Nabi SAW.
Bagaimana kelanjutan episode kehidupan manusia saat itu?
Hura-hura akhir zaman benar-benar terjadi. Peperangan demi peperangan (ghazawaat) akan terus berlangsung. Saat itu kekacauan, kesewenang-wenangan dan kezaliman semakin menjadi. Sebagai pemimpin beliau akan memimpin langsung setiap peperangan melawan kekufuran. Dan saat itu Allah begitu mudah menurunkan kekuatan dan kemenangan bagi umat Islam. Sampai-sampai batu dan tumbuh-tumbuhan turut membantu memberikan informasi tentang keberadaan orang-orang Yahudi dan kaum kafir lainnya.
Beberapa peperangan yang akan diikuti Imam mahdi adalah seperti diceritakan dalam sebuah hadis. Imam Mahdi akan memerangi dan mebersihkan kaum kuffar di semenanjung Arab (taghzuuna jaziiratal ‘arabi fayaftahuha Allah). Lalu pasukan bergerak menuju Persia (Iran). Dan kemenanganpun diraihnya (tsuma taghzuunar ruum fayaftahuhaa). Peperangan kembali berkobar, bahkan bertabah sengit. Kali ini merupakan puncaknya peperangan yaitu perang melawan Dajjal dan pasukannya. Kembali pasukan Imam Mahdi yang kali ini mendapat support dari nabi Isa keluar sebagai pemenangnya.
Apa saja keberhasilan Imam mahdi, termasuk dalam menumpas Dajjal.
Berdasar hadis, memberi kemenangan saat melawan Persia atau Iran, tidak disebutkan dalam hadis itu, kegiatan peperangan. Mungkin saja memang tidak ada peperangan di sana. Tetapi kenapa ke Iran? Wallahualam. Mungkin kerana memang fiihim al musykilaat. Di Iran memang ada masalah. Semasa kepemimpinannya sekitar 7 tahun atau 9 tahun, Imam mahdi mampu membawa kehidupan yang lebih adil, jujur dan makmur. Kemenangan demi kemenangan yang diraih Imam Mahdi dan pasukannya membuat murka raja kezaliman (Dajjal) sehingga membuatnya keluar dari persembunyiannya dan berusaha membunuh Imam Mahdi serta para pengikutnya.
Kekuasaan dan kehebatan Dajjal sebenarnya bukanlah lawan tanding Imam Mahdi. Maka, Allah menurunkan Nabi Isa dari langit yang bertugas membunuh Dajjal. Imam mahdi dan nabi Isa akan bersama-sama memerangi Dajjal dan pengikutnya, hingga Dajjal mati ditombak Nabi Isa di pintu Lod dalam kompleks al Aqsa. Seperti disebutkan dalam sebuah riwayat, Imam Mahdi dan pasukannya hendak solat Subuh di sebuah masjid di daerah timur Damaskus. Dari sebuah menara putih di masjid tersebut turunlah Nabi Isa as. Imam Mahdi yang mengetahui Nabi Isa turun kemudian mempersilakan untuk menjadi imam sholat. “Tidak. Sesungguhnya sebagian dari mereka adalah pemimpin bagi yang lain sebagai penghormatan Allah bagi umat ini.” Jawab nabi Isa sambil menepuk pundak Imam Mahdi agar segera menjadi imam.
KetikaDajjal mengetahui bahwa di antara pasukan Imam Mahdi terdapat Nabi Isa membuat nya takut. “Maka ketika Nabi Isa as dilihat oleh musuh Allah, maka ia (Dajjal) meleleh laksana garam yang mencair dalam air. Dan jika hal itu dibiarkan maka sungguh ia akan hancur hingga binasa. Akan tetapi Allah berkehendak membunuhnya di tangan Isa as. Maka, Nabi Isa pun memperlihatkan darah Dajjal di tombaknya.”
Salah satu tugas Nabi Isa selain membantu pasukan Imam Mahdi adalah meluruskan pemahaman Nasrani dan Yahudi dan mengajaknya masuk Islam. Kehadiran Nabi Isa merupakan tanda besar kedua menjelang berakhirnya kehidupan di dunia.
Siapakah Dajjal menurut hadis?
Nabi SAW bersabda “Tidak seorang Nabi pun melainkan telah memperingatkan kaumnya akan makhluk yang bermata buta sebelah lagi pendusta (Dajjal). Ketahuilah, sesungguhnya ia buta sebelah matanya, sedangkan Rabb kalian tidak buta. Di antara kedua matanya tertulis huruf ka, fa, ra (HR Muslim). Ia tidak akan muncul sehingga manusia melupakannya dan para imam meninggalkan untuk mengingatnya di mimbar-mimbar (HR Ahmad)
Menurut Ahmad Thomson, seorang muslim berasal dari London, ada tiga kemungkinan siapa Dajjal;
1. sebagai seorang manusia - oknum (the individual),
2. sebagai satu system - gejala social budaya global (Worldwide social and cultural phenomenon)
3. sebagai kekuatan ghaib. Dajjal sebagai unseen force atau kekuatan ghaib difahami bahwa dengan mengamati bagaimana perubahan-perubahan yang terjadi pada kondisi sosial budaya dunia, terutama abad ini.
Dajjal sebagai gejala sosial budaya global, kita akan saksikan bahwa pengambilalihan sedang berjalan lancar. Sistem kehidupan kini mengarah pada sistem kafir atau sistem Dajjal. Sangat sistematik sekali. Misalnya mata wang satu dolar. Tergambar sangat jelas sistem Dajjal. Ada gambar piramida yang menggambarkan sistem kehidupan manusia. Lalu terpotong. Dan kemudian menyisakan sedikit potongan piramida di atasnya berupa gambar mata satu. Ada tulisan latin yang melingkar annuity coeptis atau may he be pleased with this project, semoga dia merestui proyek ini. Begitu juga dengan tulisan latin lainnya, NOS (Novus; new, ordo; order dan Seclorum: ages, time atau world). Bahasa bebasnya new world order, era dunia baru. Istilah ini dilambangkan dengan mata satu, dan itu artinya? Kenyataan yang terang benderang sebenarnya.
Di antara ciri-ciri Dajjal seperti dikutip Ahmad Thomson, Dajjal bermata satu, mirip anggur mengambang. Dajjal didengar sepenjuru dunia pada satu saat yang sama. Dajjal boleh menampilkan air, tapi Anda tidak boleh meminumnya. Dajjal bicara tentang surga, tetapi menggambarkannya seperti api. Semua perincian di atas sesuai dengan ciri-ciri system media massa dan teknik komunikasi masa kini. Khususnya dalam hal bagaimana sistem dan teknik itu boleh digunakan.
Dari hadis juga menyebutkan bahwa Dajjal bermata banyak di kedua sisinya dan berkeliling dunia dengan lompatan-lompatan raksasa. Gambaran ini sesuai dengan ciri-ciri alat transportasi masa kini. Ada juga keterangan bahawa di dahi Dajjal tertera huruf KFR. Sebagian pesawat jet tempur Israel bertuliskan huruf-huruf KR di moncongnya. Jadi jelaslah bahwa system kafir dan kaafirun yang menguasai dan meyakini system itu tidak lain adalah perwujudan Dajjal sebagai kekuatan ghaib. Sedangkan si Dajjal sendiri akan menjadi puncak penjelmaan dari sistem kafir oleh para kafirun yang menjalankannya. Nabi SAW bersabda bahwa kufr adalah sebuah sistem. Sistem kafir adalah Dajjal. Maka nyatalah bahawa ketiga sisi Dajjal itu berkaitan dan bersenyawa.
Wallahualam…
23.11.09
Pencarian kiamat - dari kacamata kita
KEMUNCULAN IMAM MAHDI
Oleh : DR. Muslih Abdul Karim, MA
( Dr Muslih Abdul Karim ialah pakar tafsir lulusan Al-Imam University Riyard Saudi Arabia, kini menjadi dosen di Lembaga Ilmu Pengetahuan Islam dan Arab (LIPIA) dan Pasca sarjana Perguruan Tinggi Ilmu Al-Quran (PTIQ) )
Kemunculan Imam Mahdi, seperti disebutkan dalam banyak hadis, akan terjadi menjelang hari kiamat. Dia muncul debelum kedatangan nabi Isa dan Dajjal. Kemunculan Imam Mahdi memang tidak boleh dinafikan seperti juga kemunculan nabi Isa as dan Dajjal. Mengenai Dajjal, ada yang mengatakan dia adalah system, tapi berbagai hadis mengatakan ia adalah manusia, keturunan Yahudi dan dia di dunia ini hanya 40 hari. Saat Dajjal ini hadir, Imam Mahdi sudah muncul, yang kemudian Nabi Isa, yang akan membunuh Dajjal dengan senjata sejenis rencong.
Nabi Isa nanti akan turun dari sebuah masjid bermenara putih Damaskus Timur. Masjid itu sendiri kini sudah ada sejak zaman Ibnu Katsir sekitar 700 tahun lalu. Nabi Isa turun ketika solat Subuh hendak dilaksanakan dengan imam solat, Imam Mahdi. Lalu ia mempersilakan nabi Isa as untuk menjadi imam solat, namun ia Nabi Isa memilih menjadi makmum.
Di sini Nabi Isa mengisyaratkan bahwa dia datang bukan membawa injil, tapi beliau datang ingin menerapkan syariat Al Quran. Nabi Isa ingin melanjutkan perjuangan Nabi Muhammad SAW. Antara Imam Mahdi, Nabi Isa dan Dajjal adalah satu rangkaian tanda-tanda akan terjadinya kiamat. Namun, tidak ada yang tahu bila peristiwa itu akan terjadi, termasuk Nabi Muhammad SAW maupun Jibril sekalipun.
Jadi sangat tidak mungkin dikatakan bahwa Imam Mahdi akan muncul tahun 2015, ( lihat rencana sebelum ini ) karena tidak ada dalil atau hadis yang mengatakan bila dia akan muncul. Tanda-tanda akan terjadinya kiamat sebenarnya sudah boleh kita rasakan sekarang, dengan bermaharajalelanya kedhaliman. Orang-orang yang baik dikatakan teroris, sementara teroris justru diangap pahlawan.
Memang tidak semua orang mempercayai munculnya Imam Mahdi. Ada sekelompok kecil ahli sunnah wal jamaah yang juga tidak mempercayai kedatangan Imam Mahdi. Salah satunya adalah Kyai Nabhan Husein yang menulis buku “Kontroversi Imam Mahdi”. Saya pernah berdiskusi dengan beliau, sementara beliau justru mengemukakan sebuah hadis yang kategorinya hasan, yang mengatakan bahwa Imam Mahdi adalah Nabi Isa, bahkan tidak menutup kemungkinan bahwa Imam Mahdi adalah Nabi Muhammad itu sendiri.
Imam Mahdi akan menegakkan keadilan melalui sebuah proses perang fisik yang luar biasa. Akan terjadi peperangan antara orang kult kuning, orang sipit, orang Arab dan sebagainya. Yang terakhir adalah peperangan yang dipimpin Nabi Isa as untuk melawan Dajjal. Kematian Dajjal akan membuat Yahudi lari menyembunyikan diri, namun semua benda di muka bumi ini akan memberitahukan persembunyian Yahudi.
Orang yahudi sendiri saat ini sudah meyakini tentang hadis itu. Seorang jendral Israel mengirim surat kepada Syekh Akhmad Yasin, pendiri Hammas yang ditahan di penjara Israel. Dalam suratnya jendral tersebut meminta agar anak-anak muda Palestina jangan menyerang Israel, tunggulah waktunya hingga orang-orang Islam membunuh Yahudi. Berdasarkan kejadian ini, saya yakin bahwa ternyata orang-orang Yahudi sudah mendengar tentang hadis ini dan mempercayainya.
Ada 70 ribu Yahudi bersenjata lengkap yang dipimpin oleh Dajjal akan menyerang masjid di mana Imam Mahdi akan solat bersama Nabi Isa as. Setelah solat Nabi Isa terus keluar dan melihat Dajjal. Dajjal pun lantas lari dan sembunyi di tengah barisan. Isa kemudian mengatakan bahwa lari kemanapun Dajjal akan tetap dikejar, sehingga akhirnya ia tertangkap di Yordania. Di situlah Dajjal menemui ajalnya.
Setelah peperangan itu, Nabi Isa kemudian menghancurkan salib dan membunuh semua babi, yang sebenarnya diharamkan dalam agama Nasrani. Nabi Isa menghancurkan salib karena beliau tidak setuju pada penyembahan salib. Kemunculan Imam Mahdi dan Dajjal banyak sekali disebutkan dalam hadis yang sahih, sementara turunnya Nabi Isa as selain disebutkan di hadis juga ditulis dalam Al Quran.