15.11.10

POLIGAMI: Giliran wajib adil, tidak pada hubungan seks


AHMAD BAEI JAAFAR

Setelah dua rencana mengenai poligami muncul dalam blog saya, tiada lelaki yang memberi respons. Adakah kerana mereka bersetuju dengan tulisan itu atau mereka tidak mahu baca kerana tidak berminat dengan poligami?
Mungkinkah ada lelaki yang membaca rencana itu langsung terbantut niat hendak berpoligami? Mungkin rencana itu membuatkan lelaki yang hendak berkahwin lebih daripada seorang berfikir dua kali. Mereka sudah rasa perlu tepuk dada tanya imannya, mampukah dia berlaku adil dalam aspek-aspek yang tertentu. Kalau dirasakan tidak mampu cukuplah seorang dulu.
Tetapi syabas golongan wanita, mereka nampaknya seperti lebih berminat untuk membacanya, malah menemui sesuatu yang dikatakan boleh mengelirukan malah tidak wajar. Keprihatinan mereka saya hargai. Mereka bukan mempertikaikan hukum Allah dan Rasul tetapi mereka meragui apa yang saya tulis. Semoga Allah berikan kepada mereka ilmu yang lebih luas untuk memahami ajaran Islam sebenar.
Sebenarnya pada rencana pertama, tidak ada isu yang ditimbulkan kecuali seorang lelaki yang menyatakan kurang bersetuju dengan tajuk, poligami mengundang ke neraka, alasannya poligami sepatutnya mendorong ke syurga. Tetapi pada kali ini seorang pembaca lelaki dan beberapa orang wanita mempertikaikan kewajaran dihukumkan haram kepada suami yang melakukan persetubuhan dengan isterinya yang bukan pada gilirannya.
Sebenarnya persoalan poligami jarang dibincangkan oleh ulama secara serius, dan kalau bincang pun tidak begitu mendalam. Mungkin kerana tidak ramai yang terlibat dengan poligami kecuali para ulama. Oleh sebab mereka tahu hukumnya dan tidak pernah berlaku perkara yang berbangkit maka tidak perlu dipanjangkan huraiannya.
Bagaimanapun kalau ada orang awam yang hendak poligami, mereka akan terus rujuk secara empat mata dengan ulama. Jadi, masalah mereka dapat selesai di situ secara empat mata. Tetapi pada hari ini, ramai orang awam yang berpoligami tidak mengikut peraturan, ikut nafsu dan kemahuan. Lalu mereka sudah berani pergi ke Thailand untuk menyegerakan poligami. Padahal mereka tidak belajar hukum dan pantang larang dalam poligami itu.
Menyedari kesilapan dan pelanggaran hukum syariat mereka yang berpoligami itu, maka saya memberanikan diri untuk menulis mengenainya. Ini dirasakan sebagai tanggungjawab saya kerana kebetulan saya adalah Penolong Pendaftar Nikah di Selangor.
Beruntunglah mereka yang hendak berpoligami dilakukan melalui tangan saya. Berpeluanglah saya mengajar sedikit sebanyak pantang larang mengenainya. Untuk pengetahuan semua setakat ini saya baharu menikahkan seorang untuk kes poligami dan telah cuma menasihatkan beberapa orang yang hendak berpoligami dalam kawasan saya sama ada lelaki atau perempuan.
Jadi, bagi menjawab persoalan pembaca rencana, suka saya mengajak anda semua merujuk kitab fiqah sama ada kitab kuning atau moden atau lebih baik lagi dalam bahasa asal iaitu Arab. Tapi untuk mudah baca dan mudah faham bolehlah rujuk kitab jawi yang bernama “Idaman Penuntut, penggal kedua” buku ini terbitan dan cetakan Johor, penulisnya telah memudahkan bahasa yang sebahagian besarnya diambil dari kitab kuning, “Matlaal Badrain” tulisan Syeikh Daud Fatani.
Jika anda ada kitab itu sila buka bab “berbilang isteri (poligami)” dan cari ceraian tajuk “giliran dan nusyuz”. Tetapi dalam ruang yang terbatas ini saya ingin memetik beberapa para penting iaitu.
“Jika sudah bermalam dengan seorang isteri wajib bermalam pada isteri-isteri lain sama macam itu sekalipun mereka itu ada uzur seperti sakit, haid, kemaluan tersumbat atau dalam ihram. Kerana tujuannya supaya berjinak-jinak bukan kerana hendak bersetubuh sahaja. Wajib menyamakan giliran itu ialah tentang bermalam jua bukan tentang bersetubuh atau sebagainya iaitu sunat sahaja.” (halaman 114 : Idaman Penuntut- penggal kedua).
Penting difahami di sini, wajib bermalam pada isteri-isteri lain sama seperti yang dilakukan pada seorang isteri yang pertama. Maknanya kalau ada empat isteri, kalau yang pertama satu malam, maka isteri yang kedua juga satu malam dan begitulah seterusnya. Tapi kalau pilih dua malam, sama jugalah seterusnya walaupun isteri kedua dan ketika dalam haid. Setiap kali berlaku giliran tidak semestinya berlaku perhubungan seks. Perkara itu tidak wajib tetapi sunat sahaja kalau mereka berhajatkannya.
“Adalah hukum wajib menyamakan giliran itu dikira dari segi tempat kediaman dan dari segi masa. Dari itu wajib disediakan tempat kediaman berasing-asing. Maka haram dikumpulkan dua isteri atau berapa isteri di satu tempat kecuali mereka bersetuju dan izin.” (halaman 115 : Idaman Penuntut – penggal kedua).
Dalam bab tempat tidak perlu ulasan lanjut kerana tulisannya jelas. Memang Islam tidak galakkan menghimpunkan isteri dalam satu rumah, walau sebaik mana pun isteri-isteri itu mereka mesti diasingkan. Tentu ada hikmahnya, hanya yang sudah alami tahu hikmah yang sebenarnya.
“Dan di segi masa maka orang yang bekerja siang hari hak gilirannya ialah malam dan siang ikut sahaja. Kecuali ada hajat seperti menjengah kesakitan atau menghantar barang, atau menyampaikan duit belanja ataupun tak boleh lama, jika lama kena ganti pada tuan punya giliran, bila sudah masuk diluluskan berseronok yang lain daripada bersetubuh." (halaman 115 : Idaman Penuntut – penggal kedua).
Tetapi di segi masa perlu dijelaskan dengan agak terperinci. Orang yang bekerja pada siang hari maka gilirannya ialah malam dan siangnya. Inilah yang saya maksudkan 24jam. Dalam ayat itu diikuti dengan "kecuali" iaitu memberi maksud bahawa di sebelah siang yang menjadi sambungan bagi giliran malam tadi, walaupun masih milik gilirannya, terdapat sedikit pengecualian. Maksudnya, atas sebab-sebab tertentu pada siang hari itu bolehlah dia pergi ke rumah isteri yang lain. Antara sebab yang dicontohkan dalam ayat di atas ialah untuk melihat isteri keduanya itu dalam keadaan sakit, hantar barang, hantar belanja dapur atau sekadar singgah sebentar hendak bertanya khabar.
Walau bagaimanapun kalau dia dalam keadaan itu singgah terlalu lama, maka itu wajib diganti pada gilirannya nanti, iaitu dikurangkan masanya. Satu lagi fakta yang penting di sini ialah, apa seseorang suami itu singgah di rumah isterinya yang bukan giliran itu, dia boleh bergurau senda, boleh berseronok dan boleh bersembang seperti biasa. Namun begitu dia tetap dilarang bersetubuh. Itulah yang dimaksudkan dengan “bila sudah masuk diluluskan berseronok yang lain daripada bersetubuh,” dalam teks itu.
Apakah yang anda boleh faham dengan maksud kata-kata, kamu boleh buat itu dan ini kecuali yang ini? Kamu boleh lakukan semua yang ada di sini selain daripada yang ada di atas meja saya. Tidakkah kata-kata ini satu larangan. Dan larangan itu sudah tentulah haram, bukan makruh kerana lazimnya kalau maksud disebut oleh ulama secara jelas, makruh.
"Sekurang-kurang giliran dan yang afdal ialah satu malam pada seorang isteri dan haram lebih daripada tiga malam dengan tidak persetujuan isteri-isterinya itu.” (halaman 115 : Idaman Penuntut – penggal kedua).
Seterusnya pada perenggan ini menyebut cara giliran yang boleh dipilih. Sekurang-kurang gilirannya ialah semalam dan siangnya. Tidak boleh kurang daripada itu. Tetapi seseorang suami tidak boleh mengambil lebih daripada tiga malam dan siangnya. Berdasarkan itu adalah haram suami tinggal di rumah isterinya lebih dari tiga hari kecuali jika suami sakit.
Berdasarkan itu kalau ada orang dakwa ada hadis yang menyebut bahawa nabi ada menggilirkan semua isterinya dalam satu malam, saya beranggap suatu yang istimewa buat nabi. Bagaimanapun pada saya kalau betul berlaku begitu mungkin telah mendapat keizinan semua isterinya. Kalau ada izin tidak timbul isu dan masalah.
Sungguhpun begitu saya meragui dakwaan itu kerana kemungkinan orientalis sengaja mahu memutar belitkan sunnah, seolah-olahnya Rasul kuat seks. Jadi, umat Islam perlu berhati-hati.
Ya, kalau hendak dilogikkan dengan akal, adakah kita nak kata Rusul itu kuat sangat seksnya, bayangkan Sembilan isteri hendak digilirkan semuanya dalam satu malam. Saya nak bayangkan diri saya sewaktu baru berumur 45 tahun, selepas bersama isteri, terus tidur, tidak mampu untuk ulang lagi dua atau tiga kali. Janganlah kita gambarkan rasulullah sebegitu kerana baginda ketika itu pun sudah tua dan isterinya juga sudah tua.
Kalau benarlah ada hadis itu saya lebih percaya dia hanya membuat lawatan ke semua isterinya sebelum tidur dengan isteri yang dalam gilirannya. Inilah yang lebih tepat dan sesuai dengan yang terkandung dalam kitab di atas.
Tetapi ada juga tersebut dalam sebuah hadis Qudsi, yang Allah menegur Nabi Sulaiman yang berkata, aku telah menggauli semua isteriku pada malam ini supaya nanti semuanya mengandung dan melahirkan anak serentak. Allah menjawab, sepatutnya kamu berkata insya-Allah baru akan aku kabulkan. Oleh sebab dia tidak menyebut insya-Allah, hanya seorang isterinya sahaja yang mengandung dan beranak.
Hadis ini popular dalam bab jimak untuk menunjukkan sunat berdoa ketika berjimak. Sungguhpun begitu perbuatan yang dilakukan oleh Nabi Sulaiman tidak menggambarkan bahawa kita boleh menggilirkan isteri-isteri dalam satu malam. Ketahuilah syariat Nabi Sulaiman dengan Syariat Nabi Muhammad tidak sama.
Mengenai Rasulullah bersama Mariah Qitbiyah di rumah Habsah, ia tidak termasuk dalam giliran isteri kerana dia bukan isteri, tetapi hamba yang bebas dari semua hukum di atas. Wallahu a'lam.

pOLIGAMI ... MUDAH KE SYURGA.. senang ke neraka

Pasti ramai yang akan tertanya-tanya mengapa pula poligami boleh mengundang kepada neraka Bukankah poligami itu sunnah Rasulullah . Benar, sesiapa yang mengamalkan sunnah Rasulullah akan beroleh pahala, syurga. Akan tetapi, siapa yang boleh memberi jaminan bahawa mereka yang mengamalkan poligami pada hari ini benar-benar mengikut sunnah

Sebenarnya sama ada kahwin poligami atau tidak, hukumnya adalah harus. Dan setiap yang harus kadang-kadang boleh menjadi wajib, boleh jadi sunat, boleh jadi makruh dan boleh jadi juga haram.

Bagaimanapun apabila seseorang itu telah secara rasmi berkahwin secara poligami, suami dan isteri-isteri terdedah kepada dosa yang boleh menghampirkan mereka kepada neraka. Semua ini adalah berpunca daripada kurang pengetahuan agama khususnya dalam soal hukum poligami sama ada suami atau isteri.

Di sini disenaraikan kesalahan yang sering terjadi kepada pengamal poligami:

1. Berbohong

Ada orang kata, bohong dalam poligami tidak sampai masuk neraka kerana bohong diharuskanuntuk menyelamatkan keadaan yang gawat. Dalam kes ini siapa yang gawat? Siapa yang hendak diselamatkan hingga terpaksa menggunakan senjata berbohong?

Jelas dalam kes ini suami berbohong untuk melepaskan dirinya sendiri. Maka dalam keadaan ini tidak ada keharusan dalam berbohong. Apatah lagi kalau pembohongan itu dilakukan berpanjangan tanpa henti, tentu berdosalah si suami itu .
Apabila seluruh hidupnya penuh dengan pembohongan, bahagiakah kehidupannya? Setiap detik gerak-gerinya dirasakan sedang diintai oleh isterinya. Maka sebelum dia dimasukkan ke dalam neraka di akhirat, hakikatnya dia telah memasukkan dirinya dalam neraka dunia.

2. Tidak Adil

Dalam keadaan di atas, suami tersebut tidak mungkin akan berlaku adil terhadap isterinya. Ada isteri yang teraniaya di sudut nafkahnya, ada juga isteri yang dicuaikan gilirannya dan ada isteri yang dibiarkan langsung atas alasan nusyuz dan sebagainya.

Bayangkan apa akan jadi kepada suami yang tidak adil kepada isteri-isterinya. Dia bukan sahaja berdosa dengan isterinya kerana tidak berlak u adil, dia juga berdosa terhadap Allah kerana melanggar perintah- Nya supaya berlaku adil. Sekali lagi suami dalam keadaan semakin hampir ke neraka.

Dalam sebuah hadis Rasulullah ada bersabda yang maksudnya, mana-mana suami yang tidak adil terhadap isteri-isterinya, di akhirat nanti dia akan berdiri dalam keadaan senget sebelah.

Berhubung dengan adil, yang paling penting ialah giliran malamnya. Dalam bab itu ramai suami atau isteri yang tidak tahu , lalu mereka terus melakukan dosa.

3. Salah Giliran

Sebenarnya giliran seseorang yang berpoligami adalah berdasarkan 24jam sehari. Maknanya kalau dia menentukan gilirannya bermula pada waktu asar, maka berakhir tempohnya pada waktu asar esoknya. Berdasarkan itu jika dia bermalam dengan isterinya pada malam itu , maka esok siangnya adalah termasuk gilirannya juga. Begitu juga sebaliknya kalau suami bekerja malam, maka siangnya adalah mula gilirannya.

Dalam hal ini kalau suaminya keluar kerja sama ada siang atau malam, maka waktu keluar itu juga dikira masih giliran isterinya itu . Jadi, selagi dalam tempoh giliran isteri itu, suami tidak boleh mengambil kesempatan untuk tidur dengan isteri yang lain.

Dia boleh pergi zirah isteri itu tetapi dia tidak boleh tidur bersama isteri itu . Dia boleh menghantar barang atau melihat anak dan isteri tetapi tidak boleh tidur dengannya. Jika berlaku persetubuhan sedangkan bukan gilirannya, maka perhubungan itu adalah haram. Jika lahir anak hasil persetubuhan itu adalah dikira haram, walaupun tidak sampai kepada hukum berzina. Suka disebut di sini, perbuatan haram itu jika dilakukan maka berdosa. Perbuatan dosa itu bukan zina. Haramnya sama macam haram bersetubuh waktu isteri haid, sama seperti liwat isteri. Manakala anak yang lahir bukan anak haram, tetap anak yang sah, tetapi perbuatan bapanya yang salah kerana melakukan perkara haram. Rujuk entry Giliran wajib adil, tidak pada hubungan seks

Perkara inilah yang sering terjadi kepada pasangan poligami yang bermasalah semuanya hendak dirahsiakan. Boleh jadi pada malam Jumaat dia bersama isteri pertama, tetapi pada pagi Jumaat keesokannya dia singgah di rumah isteri keduanya dan pada kesempatan it u juga dia sempat bersama isteri tersebut. Sedangkan siang hari Jumaat itu adalah masih giliran isteri pertamanya.

Dalam kes ini, isteri pertama tahu suaminya ke tempat kerja, tetapi sebaliknya dia melencong ke rumah madunya. Jadi, selain dia menipu isterinya dia telah mencuri giliran isteri pertama untuk bersama isteri yang bu kan gilirannya. Bayang berapa banyak dosa yang dilakukan oleh suami ketika itu . Semua ini kalau dia tidak bertaubat, sebaliknya mengekalkan amalan itu, pasti tempatnya adalah neraka.

Selain suami, isteri juga boleh terlibat dengan dosa dalam beberapa kes. Antara dosa isteri ialah:

1. Isteri menghalang suaminya bagi memenuhi giliran pada isteri yang lain.
2. Isteri menggauli suaminya padahal dia tahu hari tersebut bukan gilirannya.
3. Isteri menyekat madunya daripada mendapat manfaat, nafkah dan sebagainya.
4. Isteri bersangka buruk terhadap suaminya lalu mengintip gerak-gerinya.
5. Isteri bersangka buruk terhadap madunya lalu mengintip gerak-gerinya.Tindakan isteri itu menyebabkan madunya hilang hak kenikmatan hidup berkeluarga.

Jika isteri tersebut tidak bertaubat malah meneruskan kesalahan di atas, mereka memang dijamin neraka. Namun oleh sebab para isteri tidak tahu kedudukan hukum ini maka mereka terus mengekalkan dosa-dosa itu .

10.11.10

SOLAT NAFILAH

  • Nafilah bermaksud tambahan dan dalam konteks sembahyang ialah sembahyang tambahan daripada apa yang difardhukan oleh Allah subhanahu wata‘ala.
  • Sembahyang sunat terbahagi kepada dua bentuk iaitu:

    1. Sembahyang yang tidak sunat dilakukan secara berjama‘ah.

    2. Sembahyang yang sunat dilakukan secara berjama‘ah.


Sembahyang Yang Tidak Disunatkan Berjama‘ah

  • Sembahyang yang tidak disunatkan secara berjama‘ah juga terbahagi kepada dua bahagian iaitu sembahyang sunat yang mengiringi fardhu dan yang tidak mengiringi fardhu.

1. Sembahyang sunat yang mengiringi sembahyang fardhu. Ia terbahagi dua:

a) Sembahyang yang merupakan sunnah mu’akkadah, yang terdiri daripada:

i. Dua raka‘at sebelum sembahyang Subuh.

ii. Dua raka‘at sebelum dan selepas sembahyang Zuhur.

iii. Dua raka‘at selepas sembahyang Maghrib.

iv. Dua raka‘at selepas sembahyang ‘Isya’.

b) Sembahyang yang bukan sunnah mu’akkadah pula terdiri daripada:

i. Dua raka‘at sebelum sembahyang Zuhur, tambahan kepada dua raka‘at yang mu’akkadah.

ii. Dua raka‘at selepas sembahyang Zuhur, tambahan kepada dua raka‘at yang mu’akkadah.

iii. Empat raka‘at sebelum sembahyang ‘Asar.

iv. Dua raka‘at yang ringan sebelum sembahyang Maghrib. Maksud “ringan” ialah melakukan rukun-rukun sembahyang, sunat-sunat dan adab-adabnya seminimum yang mungkin.

v. Dua raka‘at yang ringan sebelum sembahyang ‘Isya’.

2. Sembahyang sunat yang tidak mengiringi sembahyang fardhu. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu:

a) Sembahyang sunat yang tiada nama dan waktu tertentu yang lebih dikenali sebagai sembahyang sunat mutlaq, dilakukan pada mana-mana waktu kecuali pada waktu tertentu yang dilarang melakukannya. Ia dilakukan dengan diberi salam pada setiap dua raka‘at.

b) Sembahyang sunat yang ada nama dan waktu tertentu, antaranya:

i. Sembahyang sunat tahiyyatul masjid, iaitu sembahyang dua raka‘at sebelum duduk setiap kali masuk masjid. Tahiyyatul masjid terhasil dengan sembahyang fardhu atau dengan mana-mana sembahyang sunat yang lain kerana maksud daripadanya ialah seseorang itu tidak segera duduk dalam masjid tanpa menunaikan sembahyang.

ii. Sembahyang sunat witir. Ia merupakan sunnah mu’akkadah. Dinamakan witir atau ganjil kerana ia disudahi dengan satu raka‘at berlainan dengan sembahyang yang lain. Waktu sembahyang witir ialah di antara sembahyang ‘Isya’ dan terbit fajar. Yang paling afdhal ialah dilewatkan sehingga ke akhir sembahyang malam. Sekurang-kurang witir ialah satu raka‘at, tetapi makruh jika hanya melakukan dengan bilangan tersebut dan sekurang-kurang bilangan raka‘at yang sempurna ialah tiga raka‘at. Didirikan dua raka‘at kemudian satu raka‘at. Jumlah yang paling sempurna ialah sebelas raka‘at.

iii. Qiyamullail. Ia dinamakan juga dengan tahajjud jika dilakukan selepas tidur. Qiyamullail merupakan sunat yang tidak mempunyai bilangan raka‘at yang tertentu. Ia ditunaikan selepas bangun tidur dan sebelum azan Subuh.

iv. Sembahyang sunat dhuha. Sekurang-kurang sembahyang sunat dhuha ialah dua raka‘at dan yang paling banyak dan sempurna ialah lapan raka‘at. Ia lebih afdhal jika dipisahkan pada setiap dua raka‘at dengan salam. Waktunya bermula dari naik matahari sehingga gelincir dan yang afdhalnya ialah setelah berlalu satu perempat siang hari.

v. Sembahyang sunat istikharah, iaitu sembahyang dua raka‘at yang didirikan bukan pada waktu yang dimakruhkan. Ia disunatkan kepada sesiapa yang ingin kepada sesuatu atau ingin melakukan sesuatu perkara yang diharuskan tetapi dia tidak mengetahui kebaikan yang ada padanya. Disunatkan membaca doa ma’thur yang datang daripada Rasulullah selepas selesai sembahyang. Jika selepas itu Allah membuka hatinya untuk melakukan perkara tersebut, maka dia boleh melakukannya.

SEMBAHYANG YANG DISUNATKAN SECARA BERJEMAAH

Sembahyang Dua Hari Raya

  • Sembahyang hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya korban merupakan sunnah mu’akkadah. Ia dituntut supaya dilakukan secara berjama‘ah tetapi tetap sah jika dilakukan secara bersendirian. Waktunya bermula dari terbit matahari hingga gelincir matahari. Waktu yang lebih afdhal ialah ketika matahari naik sekadar panjang lembing (tinggi segalah).
  • Sembahyang hari raya mempunyai dua raka`at. Ia dimulakan dengan takbiratul ihram kemudian membaca doa iftitah, kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali seperti mana takbiratul ihram. Ketujuh-tujuh takbir tadi dipisahkan antara satu sama lain sekadar satu ayat yang sederhana dan disunatkan membaca tasbih. Kemudian membaca al-isti`azah dan membaca al-fatihah serta dibaca bersamanya satu surah atau beberapa ayat. Takbir untuk raka‘at yang kedua hanyalah sebanyak lima kali. Selain daripada itu disunatkan berkhutbah dengan dua khutbah setelah selesai sembahyang sama seperti khutbah jumaat, cuma ia dilakukan selepas sembahyang.

Sembahyang Tarawih

  • Sembahyang tarawih disyari‘atkan khusus pada bulan Ramadhan dan sunat didirikan secara berjama‘ah serta sah jika didirikan secara individu. Waktunya di antara sembahyang ‘Isya’ dan sembahyang Subuh dan sebelum sembahyang witir. Ia boleh didirikan sebanyak lapan raka‘at dan boleh sebanyak dua puluh raka‘at dengan dilakukan setiap dua raka‘at satu salam.

Sembahyang Gerhana Matahari dan Bulan

  • Al-Kusuf (gerhana matahari) pada bahasa digunakan ketika cahaya matahari atau bulan terlindung sama ada sebahagiannya atau kesemuanya. Kebiasaannya, al-kusuf digunakan bagi gerhana bulan. Hukumnya pula ialah sunnah mu’akkadah. Jika sembahyang gerhana itu adalah untuk matahari, maka bacaan hendaklah diperlahankan, manakala jika gerhana bulan, bacaan hendaklah dinyaring dan dikuatkan.
  • Sembahyang gerhana mempunyai dua cara:

1. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri, dua kali membaca (Al-Fatihah dan ayat) serta dua kali ruku‘ tanpa memanjangkannya (berdiri, membaca dan ruku‘, kemudian berdiri membaca dan ruku‘). Dan sah sembahyang gerhana jika didirikan dua raka‘at dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku‘ seperti sembahyang Juma‘at.

2. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri. Pada setiap kali berdiri dibaca bacaan yang panjang. Dibaca selepas Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah atau surah-surah lain yang sama panjangnya pada berdiri kali pertama di raka‘at pertama. Untuk berdiri kali kedua pada raka‘at pertama, dibaca ayat yang menyamai 200 ayat. Manakala bacaan ketika berdiri kali pertama pada raka‘at kedua ialah sekadar 150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri kali kedua pada raka‘at kedua ialah bacaan yang menyamai 100 ayat Surah Al-Baqarah.

Kemudian apabila ruku‘, maka dipanjangkannya sehingga menyamai lebih kurang dengan 100 ayat, ruku‘ kedua dipanjangkan sekadar 80 ayat, ruku‘ ketiga sekadar 70 ayat dan ruku‘ keempat sekadar 50 ayat. Cara yang kedua ini adalah yang lebih sempurna. Apabila sembahyang telah selesai, imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah, sama seperti khutbah Juma‘at, cuma imam hendaklah mendorong orang ramai supaya bertaubat, melakukan kebaikan serta memberi ingatan agar tidak lalai.

Sembahyang Istisqa’ (Minta hujan)

  • Makna sembahyang istisqa’ ialah sembahyang yang disyari‘atkan ketika hujan tidak turun dan mata air kekeringan. Ia disunatkan ketika berlaku sebabnya. Tuntutan melakukannya akan luput apabila sebab tersebut hilang seperti turunnya hujan atau mata air mula mengalir.
  • Terdapat tiga cara untuk meminta hujan :

    1. Cara paling minima, iaitu berdoa kepada Allah pada bila-bila waktu yang disukai.

    2. Cara pertengahannya ialah dengan berdoa selepas bangun daripada ruku‘ pada raka‘at terakhir sembahyang yang diwajibkan, atau selepas selesai sembahyang.

    3. Cara yang paling sempurna ialah dengan melakukan perkara-perkara berikut:

    a) Pada peringkat permulaan, imam (ketua pemerintah) atau timbalannya hendaklah menyuruh orang ramai supaya bertaubat, bersedekah kepada fakir, meninggalkan segala bentuk kezaliman, dan berpuasa selama empat hari berturut-turut.

    b) Imam yang sebaik-baiknya ketua pemerintah keluar bersama-sama orang ramai pada hari ke empat dalam keadaan berpuasa, memakai pakaian yang lama (lusuh), dalam keadaan khusyu‘ dan hina menuju ke padang yang luas melalui satu jalan tertentu dan pulangnya melalui jalan yang lain pula. Kemudian ketua atau timbalannya melakukan sembahyang bersama-sama orang ramai sebanyak dua raka‘at seperti sembahyang hari raya.


    c) Apabila selesai sembahyang, imam (ketua pemerintah) hendaklah berkhutbah dengan dua khutbah seperti khutbah hari raya, kecuali kedua-duanya hendaklah dimulai dengan istighfar sembilan kali pada khutbah pertama dan tujuh kali pada khutbah kedua sebagai ganti kepada takbir. Apabila khutbah kedua bermula dan berlalu satu pertiga daripadanya, khatib hendaklah berpaling ke arah qiblat dengan membelakangkan orang ramai dengan mengubah kedudukan kain jubah atau selendang dengan dijadikan bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas, bahagian kanan ke kiri dan bahagian kiri ke kanan bagi menzahirkan perasaan kehinaan ke hadapan Allah subhanahu wata‘ala. Orang ramai juga disunatkan melakukan apa yang dilakukan oleh khatib.


Sembahyang Jenazah

  • Syarat-syarat sah sembahyang jenazah ialah seperti berikut:

    1. Sembahyang jenazah sama halnya dengan sembahyang yang lain, iaitu harus menutup ‘aurat, suci dari hadath besar dan kecil, suci badan, pakaian dan tempat serta menghadap ke arah qiblat.

    2. Mayat sudah dimandikan dan dikafankan.

    3. Mayat diletak sebelah qiblat mereka yang menyembahyangkannya kecuali jika sembahyang dilakukan di atas kubur (sembahyang ghaib).

  • Cara melakukan sembahyang jenazah ialah dengan keadaan berdiri sahaja dengan tidak ruku‘, sujud, tasyahhud dan duduk. Sebelum dilakukannya juga tidak disertai dengan azan dan iqamah.
  • Rukun-rukun dan cara menunaikannya adalah seperti berikut:

    1. Bertakbir dengan takbiratul ihram dalam keadaan berniat sembahyang ke atas mayat.

    2. Selepas bertakbir, dibaca Surah Al-Fatihah.

    3. Bertakbir untuk kali kedua. Seterusnya membaca salawat dengan mana-mana lafaz salawat dan yang paling afdhal ialah salawat Ibrahimiyyah.

    4. Kemudian bertakbir untuk kali ketiga dan berdoa untuk si mati selepas takbir tersebut.

    5. Kemudian bertakbir untuk kali keempat dan berdoa selepasnya.

    6. Kemudian memberi salam ke sebelah kanan dan kiri.

PERKARA MAKRUH DALAM SEMBAHYANG

  • Makruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, iaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sembahyang secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.
  • Antara perkara-perkara makruh dalam sembahyang ialah seperti berikut:

1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sembahyang dengan sengaja.

2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.

3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.

4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.

5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.

6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sembahyang tanpa keperluan.

7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sembahyang tanpa sebarang sebab.

8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.

9. Bersembahyang dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.

10. Mengerjakan sembahyang dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.

11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sembahyang fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.

12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.

13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.

14. Mengerjakan sembahyang dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.

15. Sembahyang tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.

16. Bersembahyang dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.

17. Mengerjakan sembahyang di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.

9.11.10

Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Dzulhijah




Keutamaan Sepuluh Hari Pertama Dzulhijah

Adapun keutamaan beramal di sepuluh hari pertama Dzulhijah diterangkan dalam hadits Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma berikut,

« مَا مِنْ أَيَّامٍ الْعَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أَحَبُّ إِلَى اللَّهِ مِنْ هَذِهِ الأَيَّامِ ». يَعْنِى أَيَّامَ الْعَشْرِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ قَالَ « وَلاَ الْجِهَادُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَىْءٍ ».

"Tidak ada satu amal sholeh yang lebih dicintai oleh Allah melebihi amal sholeh yang dilakukan pada hari-hari ini (yaitu 10 hari pertama bulan Dzul Hijjah)." Para sahabat bertanya: "Tidak pula jihad di jalan Allah?" Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, "Tidak pula jihad di jalan Allah, kecuali orang yang berangkat jihad dengan jiwa dan hartanya namun tidak ada yang kembali satupun."[1]

Dalil lain yang menunjukkan keutamaan 10 hari pertama Dzulhijah adalah firman Allah Ta’ala,

وَلَيَالٍ عَشْرٍ

“Dan demi malam yang sepuluh.” (QS. Al Fajr: 2). Di sini Allah menggunakan kalimat sumpah. Ini menunjukkan keutamaan sesuatu yang disebutkan dalam sumpah.[2] Makna ayat ini, ada empat tafsiran dari para ulama yaitu: sepuluh hari pertama bulan Dzulhijah, sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan, sepuluh hari pertama bulan Ramadhan dan sepuluh hari pertama bulan Muharram.[3] Malam (lail) kadang juga digunakan untuk menyebut hari (yaum), sehingga ayat tersebut bisa dimaknakan sepuluh hari Dzulhijah.[4] Ibnu Rajab Al Hambali mengatakan bahwa tafsiran yang menyebut sepuluh hari Dzulhijah, itulah yang lebih tepat. Pendapat ini dipilih oleh mayoritas pakar tafsir dari para salaf dan selain mereka, juga menjadi pendapat Ibnu ‘Abbas.[5]

Lantas manakah yang lebih utama, apakah 10 hari pertama Dzulhijah ataukah 10 malam terakhir bulan Ramadhan?

Ibnul Qayyim rahimahullah dalam Zaadul Ma’ad memberikan penjelasan yang bagus tentang masalah ini. Beliau rahimahullah berkata, “Sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan lebih utama dari sepuluh malam pertama dari bulan Dzulhijjah. Dan sepuluh hari pertama Dzulhijah lebih utama dari sepuluh hari terakhir Ramadhan. Dari penjelasan keutamaan seperti ini, hilanglah kerancuan yang ada. Jelaslah bahwa sepuluh hari terakhir Ramadhan lebih utama ditinjau dari malamnya. Sedangkan sepuluh hari pertama Dzulhijah lebih utama ditinjau dari hari (siangnya) karena di dalamnya terdapat hari nahr (qurban), hari ‘Arofah dan terdapat hari tarwiyah (8 Dzulhijjah).”[6]

Sebagian ulama mengatakan bahwa amalan pada setiap hari di awal Dzulhijah sama dengan amalan satu tahun. Bahkan ada yang mengatakan sama dengan 1000 hari, sedangkan hari Arofah sama dengan 10.000 hari. Keutamaan ini semua berlandaskan pada riwayat fadho’il yang lemah (dho’if). Namun hal ini tetap menunjukkan keutamaan beramal pada awal Dzulhijah berdasarkan hadits shohih seperti hadits Ibnu ‘Abbas yang disebutkan di atas.[7] Mujahid mengatakan, “Amalan di sepuluh hari pada awal bulan Dzulhijah akan dilipatgandakan.”[8]

6 Amalan Utama di Awal Dzulhijah

Ada 6 amalan yang kami akan jelaskan dengan singkat berikut ini.

Pertama: Puasa

Disunnahkan untuk memperbanyak puasa dari tanggal 1 hingga 9 Dzulhijah karena Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mendorong kita untuk beramal sholeh ketika itu dan puasa adalah sebaik-baiknya amalan sholeh.

Dari Hunaidah bin Kholid, dari istrinya, beberapa istri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakan,

عَنْ بَعْضِ أَزْوَاجِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- يَصُومُ تِسْعَ ذِى الْحِجَّةِ وَيَوْمَ عَاشُورَاءَ وَثَلاَثَةَ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ أَوَّلَ اثْنَيْنِ مِنَ الشَّهْرِ وَالْخَمِيسَ.

“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa berpuasa pada sembilan hari awal Dzulhijah, pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram), berpuasa tiga hari setiap bulannya[9], ...”[10]

Di antara sahabat yang mempraktekkan puasa selama sembilan hari awal Dzulhijah adalah Ibnu ‘Umar. Ulama lain seperti Al Hasan Al Bashri, Ibnu Sirin dan Qotadah juga menyebutkan keutamaan berpuasa pada hari-hari tersebut. Inilah yang menjadi pendapat mayoritas ulama. [11]

Kedua: Takbir dan Dzikir

Yang termasuk amalan sholeh juga adalah bertakbir, bertahlil, bertasbih, bertahmid, beristighfar, dan memperbanyak do’a. Disunnahkan untuk mengangkat (mengeraskan) suara ketika bertakbir di pasar, jalan-jalan, masjid dan tempat-tempat lainnya.

Imam Bukhari rahimahullah menyebutkan,

وَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ وَاذْكُرُوا اللَّهَ فِى أَيَّامٍ مَعْلُومَاتٍ أَيَّامُ الْعَشْرِ ، وَالأَيَّامُ الْمَعْدُودَاتُ أَيَّامُ التَّشْرِيقِ . وَكَانَ ابْنُ عُمَرَ وَأَبُو هُرَيْرَةَ يَخْرُجَانِ إِلَى السُّوقِ فِى أَيَّامِ الْعَشْرِ يُكَبِّرَانِ ، وَيُكَبِّرُ النَّاسُ بِتَكْبِيرِهِمَا . وَكَبَّرَ مُحَمَّدُ بْنُ عَلِىٍّ خَلْفَ النَّافِلَةِ .

Ibnu ‘Abbas berkata, “Berdzikirlah kalian pada Allah di hari-hari yang ditentukan yaitu 10 hari pertama Dzulhijah dan juga pada hari-hari tasyriq.” Ibnu ‘Umar dan Abu Hurairah pernah keluar ke pasar pada sepuluh hari pertama Dzulhijah, lalu mereka bertakbir, lantas manusia pun ikut bertakbir. Muhammad bin ‘Ali pun bertakbir setelah shalat sunnah.[12]

Catatan:

Perlu diketahui bahwa takbir itu ada dua macam, yaitu takbir muthlaq (tanpa dikaitkan dengan waktu tertentu) dan takbir muqoyyad (dikaitkan dengan waktu tertentu).

Takbir yang dimaksudkan dalam penjelasan di atas adalah sifatnya muthlaq, artinya tidak dikaitkan pada waktu dan tempat tertentu. Jadi boleh dilakukan di pasar, masjid, dan saat berjalan. Takbir tersebut dilakukan dengan mengeraskan suara khusus bagi laki-laki.

Sedangkan ada juga takbir yang sifatnya muqoyyad, artinya dikaitkan dengan waktu tertentu yaitu dilakukan setelah shalat wajib berjama’ah[13].

Takbir muqoyyad bagi orang yang tidak berhaji dilakukan mulai dari shalat Shubuh pada hari ‘Arofah (9 Dzulhijah) hingga waktu ‘Ashar pada hari tasyriq yang terakhir. Adapun bagi orang yang berhaji dimulai dari shalat Zhuhur hari Nahr (10 Dzulhijah) hingga hari tasyriq yang terakhir.

Cara bertakbir adalah dengan ucapan: Allahu Akbar, Allahu Akbar, Laa ilaha illallah, Wallahu Akbar, Allahu Akbar, Walillahil Hamd.

Ketiga: Menunaikan Haji dan Umroh

Yang paling afdhol ditunaikan di sepuluh hari pertama Dzulhijah adalah menunaikan haji ke Baitullah. Silakan baca tentang keutamaan amalan ini di sini.

Keempat: Memperbanyak Amalan Sholeh

Sebagaimana keutamaan hadits Ibnu ‘Abbas yang kami sebutkan di awal tulisan, dari situ menunjukkan dianjurkannya memperbanyak amalan sunnah seperti shalat, sedekah, membaca Al Qur’an, dan beramar ma’ruf nahi mungkar.

Kelima: Berqurban

Di hari Nahr (10 Dzulhijah) dan hari tasyriq disunnahkan untuk berqurban sebagaimana ini adalah ajaran Nabi Ibrahim ‘alaihis salam. Silakan baca tentang keutamaan qurban di sini.

Keenam: Bertaubat

Termasuk yang ditekankan pula di awal Dzulhijah adalah bertaubat dari berbagai dosa dan maksiat serta meninggalkan tindak zholim terhadap sesama. Silakan baca tentang taubat di sini.

Intinya, keutamaan sepuluh hari awal Dzulhijah berlaku untuk amalan apa saja, tidak terbatas pada amalan tertentu, sehingga amalan tersebut bisa shalat, sedekah, membaca Al Qur’an, dan amalan sholih lainnya.[14]

Sudah seharusnya setiap muslim menyibukkan diri di hari tersebut (sepuluh hari pertama Dzulhijah) dengan melakukan ketaatan pada Allah, dengan melakukan amalan wajib, dan menjauhi larangan Allah.[15]

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Segala puji bagi Allah yang dengan nikmat-Nya segala kebaikan menjadi sempurna.



Finished with aid of Allah, on 1st Dzulhijah 1431 H (07/11/2010), in KSU, Riyadh, KSA

Written by: Muhammad Abduh Tuasikal