15.8.11

JANGAN BANYAK KETAWA


Abu Laits berkata : " Awaslah kamu dari ketawa berlebih lebihan kerana ketawa mengandung 8 bahaya "


1 · Tercela oleh ulama dan orang yang sopan sempurna akal.

2· Memberanikan orang bodoh kepadamu

3· Jika engkau bodoh nescaya betambah kebodohanmu dan bila engkau alim berkurang ilmumu sebab ada riwayat: Seorang alim jika ketawa beerti telah memuntahkan ilmunya.

4· Melupakan dosa-dosa yang lampau

5· Memberanikan membuat dosa di masa depan, sebab bila ketawa terbahak membekukan hatimu.

6· Melupakan mati dan akhirat

7· Engkau menanggung dosa orang yang ketawa kerana ketawamu

8· Ketawa terbahak-bahak itu menyebabkan banyak menangis di akhirat.

Tiada ulasan: