15.8.09

Anak anak baru ustazah..

PERJUMPAAN MENTOR MENTEE USTAZAH
dan sesi bergambar

tarikh : 15 hb Ogos 2009
masa : 9.00pm - 10.00 pm
tempat : dewan serbaguna ayskl ( atpn )
pengisian : bincang kite- kite je...
*
MENTEE USTAZAH COMEL COMEL BELAKA...
*
Ketua Kumpulan : Amirah bt Asri.. form 5 SMK Assunta
Pen. Ketua Kumpulan : Zul Izzati bt Zulkifli form 3 SAB
*
Nur Athirah bt Idris .... f5 SMK Assunta
Nur Ain bt Rahmat ..... f5 SMK Aminuddin Baki
Nur Amira bt Amron Hakim ..... f5 SMK Cochrane
Nurfatin Khairiah bt Zulkifli ..... f3 SMK Sri Aman
Nurfarah Khalidah bt Zulkifli .... f3 SMK Sri Aman
Nurul Yasarah bt Mohd Yunus .... f3 SMK Cochrane
Mur Afiqah Amani bt Musri .... f3 SMK Cochrane
Nur Afiqah Nadhirah bt Khair Siddik ..... f3 SMK Aminuddin Baki
Nor Hazwani bt Abd Ghafar ...... f3 SMK Cochrane
Nur Sabrina bt Ahmad Juraimi ...... f3 SMK Convent Bukit Nanas
Afiqah Aqilah bt Adzhar ..... f3 SMK Convent Bukit Nanas
*









































WABAK & PENYAKIT BERJANGKIT MENURUT PANDANGAN ISLAM


Wabak: Hikmah Dan Bagaimana Menghadapinya?

Kini dunia dikejutkan oleh satu lagi wabak penyakit yang sangat dikhuatiri iaitu wabak selesema babi atau wabak influenza A (H1N1). Penyakit selesema babi adalah sejenis penyakit yang menjejaskan sistem pernafasan yang lazimnya menjangkiti haiwan khususnya
babi disebabkan oleh virus Influenza jenis A.
Pada kebiasaannya wabak haiwan ini tidak menjangkiti manusia, tetapi satu jangkitan
luar biasa melibatkan penyebaran penyakit ini daripada manusia kepada manusia

Hikmah Ditimpakan Wabak

Wabak yang ditimpakan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hamabaNya di muka bumi ini mempunyai hikmah dan tujuan di sebaliknya. Hikmah wabak taun yang melanda manusia
adalah berupa azab dan hukuman dan pada saat yang sama ia juga merupakan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala ke atas mereka, tergantung ke atas siapa wabak itu diturunkan.

1. Wabak Sebagai Azab Dan Hukuman

Disebutkan di dalam beberapa hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa wabak taun yang telah diturunkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala adalah merupakan azab atau hukuman ke atas orang-orang kafir dan orang-orang Islam yang melakukan maksiat sebagaimana yang berlaku kepada umatumat terdahulu.

2. Wabak Sebagai Rahmat Dan Syahadah

Manakala bagi orang-orang yang beriman, wabak adalah merupakan rahmat dan shahadah (ganjaran mati syahid) daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada mereka.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Baginda ditanya oleh Sayyidatuna ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha mengenai penyakit taun yang bermaksudnya:
“Ia (penyakit taun) adalah azab yang diturunkan Allah ke atas sesiapa yang dikehendakiNya. Allah menjadikannya (penyakit taun) rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidak seorang pun daripada hamba yang berada di negeri sedang ada di dalamnya (penyakit taun) - dan dia tetap tinggal di negeri itu tanpa keluar daripadanya dalam keadaan sabar dan mengharap pahala daripada Allah dan dia tahu bahawa dia tidak akan menghidapinya (penyakit taun) kecuali apa yang Allah telah tulis baginya - melainkan baginya pahala seperti orang syahid.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)


CARA MENGHADAPI WABAK PENYAKIT BERJANGKIT MENGIKUT ISLAM
Pesan Nabi SAW kepada umatnya agar berhati-hati ketika berurusan dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)


tetapi jika satu keperluan, sesiapa yang bertanggung jawab untuk bersama pesakit yang berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dengan Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.
Jabir bin Abdullah RA telah meriwayatkan :

” Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi SAW bersabda : “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (HR Tirmizi)

asingkan pesakit berjangkit dari orang-orang yang sihat

Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (HR Bukhari)

Kuarantin (quarantine) dalam Islam

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit.
Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yang sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masih lagi diperingkat permulaan.

Nabi saw bersabda yang bermaksud :

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambaNya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (HR Muslim)


Berdosa jika sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang.
Nabi saw bersabda yang bermaksud:

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)
Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan sengaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.

Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.

14.8.09

Doa: Mencegah Dari Ancaman Bahaya



Ada satu Hadith yang bermaksud: dari Utsman B. ‘Affan radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata: Telah berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam: Sesiapa dari hamba Allah yang membaca Doa/Zikir yang berbunyi :



بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ
شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ
*
ertinya :

“Dengan menyebut nama Allah, yang dengan nama-Nya tidak ada sesuatu pun yang membahayakan, sama ada di bumi mahu pun di langit. Dia-lah Yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui."
***
- Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 11/248, (كِتَاب الدَّعَوَاتِ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ), no. 3310. Beliau menyatakan sebagai Hasan Sahih Gharib. Ibnu Majah, 11/333, (كِتَاب الدُّعَاءِ), no. 3859. Sahih menurut penilaian al-Albani, di dalam Shahih wa Dhoif Sunan Ibnu Majah, no. 5088 dan Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, (كتاب النوافل), no. 655. Dan menurut Ibnu Hibban Isnadnya Sahih, sebagaimana yang dikatakan oleh al-Albani di dalam Shahih at-Targhib wa at-Tarhib, no. 655. Ahmad, Musnad Ahmad, 1/423, no. 418. Abu Daud, 13/282, (كِتَاب الْأَدَبِ), no. 4425.

Ustazah : Amalkan, baca Sebanyak tiga kali, di waktu pagi dan petang hari, Insyaallah tidak ada sesuatu pun yang akan membahayakan dirimu

Program Mentor mentee

Program mentor mentee PMR dan SPM
Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (ATPN )

tarikh : 14 Ogos 2009
Masa : 3.30 ptg
tempat : Dewan ATPN





















Program Bicara Akademik

Program Bicara Akademik PMR dan SPM
Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ( ATPN )
tarikh : 8 Ogos 2009
masa : 9.00 pg - 1.00 th
tempat : dewan ATPN










11.8.09

jangan percaya.... maupun lelaki atau wanita


Jangan pernah percaya pada ucapan manis wanita, kerana wanita mempunyai dua mulut yang dapat membuatmu terpikat dan tersepit dalam dusta. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan pujuk rayu lelaki, kerana lelaki mempunyai dua kepala yang selalu mencari alasan
untuk berdusta.


Jangan pernah percaya dengan akal dan fikiran wanita tentang dirimu, kerana wanita selalu merasa sebelum berfikir tentangmu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan perasaan lelaki tentang dirimu, kerana lelaki selalu berfikir bagaimana untuk merasakan indah
tubuhmu.


Jangan pernah percaya dengan tangisan wanita di saat meminta maaf, kerana air mata wanita lebih sakti dan ampuh dari air mata buaya. Tapi jangan sekali-kali percaya akan tangisan lelaki, kerana tangisan lelaki akan menambahkan lagi tangisan wanita.


Jangan pernah percaya dengan gaya wanita yang sedang bergaya di depanmu, kerana gaya wanita membuatmu hilang akal dan mampu mengempiskan dompetmu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan gaya lelaki yang mencari muka di depanmu, kerana gaya lelaki mencari muka dengan maksud mencari kesempatan di belakang untuk
mencuri hatimu.


Jangan sekali-kali percaya dengan kecantikan wanita, kerana kecantikan wanita adalah kejelekannya yang terbesar yang terpalit oleh gincu. Tapi jangan sekali-kali percaya dengan kegagahan lelaki, kerana kegagahan akan lebih besar peluangnya untuk mencuit segala keburukkan dalam
memperoleh kecantikan.


Panduan Imam Al Ghazali

Panduan Imam Al Ghazali
supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh

Jika berjumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

Apabila bertemu dengan orang tua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.

Apabila melihat orang jahil, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan didalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti mereka akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosa mereka akan diampuni oleh Allah.Cermin diri membentuk keperibadian mulia
......


CERmiN lAh DiRi

Senyum itu tanda kemesraan, diberi kepada manusia dianggap sedekah.
Ketawa itu lambang kelalaian. jIKA
Selalu dilakukan hati akan mati. Dibuat dp hadapan ORANG LAIN AKAN menghilangkan maruah diri.

Setiap kesalahan yang dilakukan jadikanlah pengajaran, insaflah ini tanda kelemahan diri, kesalilah keterlanjuran itu dan berazamlah tidak mengulanginya lagi.

Syukur nikmat dan sabar di dalam ujian amat mudah diucapkan tetapi amat sulit dilaksanakan.

Kesenangan dan kemewahan selalunya membawa kepada kesombongan dan kelalaian. Kesusahan dan penderitaan itu, selalunya membawa kekecewaan dan putus asa, kecuali orang yang mukmin.

.....
TANDA TANDA ORANG YANG SOMBONG

Di antara tanda-tanda orang-orang yang sombong itu
cepat melahirkan sifat marah,
suka memotong percakapan orang,
suka bermujadalah yakni bertegang leher,
nampak di mukanya rasa tidak senang
jika ada orang yang lebih darinya di satu majlis,
bercakap meninggikan suara,
pantang ditegur,
tidak ada tanda-tanda kesal di atas kesalahan.


Ahlan wa sahlan ya Ramadan


Mari Ulangkaji Tentang Ramadan
.fullpost{display:inline;}

Oleh : Mohd Yaakub

Assalaamu'alaikumKehadiran bulan Ramadhan merupakan satu rahmat daripada ALLAH. Ia merupakan bulan di mana ALLAH melimpahkan pelbagai ganjaran pahala kepada hamba-hamba- NYA.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya golongan yang benar-benar beriman dan bertakwa sentiasa menantikan kehadiran bulan Ramadan ini seraya menyambut kedatangannya dengan penuh kegembiraan dan menanggung perasaan yang amat sedih apabila berakhirnya bulan yang penuh berkat ini.

Memandangkan Ramadhan semakin hampir dengan kita, ada baiknya juga kita bersama-sama mengulangkaji perkara-perkara yang disunnahkan sempena bulan Ramadhan ini.Berikut beberapa artikel untuk dikongsikan bersama dengan para pengunjung semua.

1) Keistimewaan Bulan Ramadhan
http://akob73.blogspot.com/2008/08/keistimewaan-bulan-ramadahan.html

2) Amalan-Amalan Sunnah Pada Bulan Ramadhan
http://akob73.%20blogspot.%20com/2008/%2008/amalan-%20amalan-sunnah-%20pada-bulan-%20ramadan.html

3) Bersahur Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/08/bersahur-cara-rasulullah.html

4) Berbuka Puasa Cara Rasulullah
http://akob73.blogspot.com/2008/08/berbuka-puasa-mengikut-sunnah.html

5) Keutamaan Ibadah Puasa
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/keutamaan-ibadah-puasa.html

6) Solat Tarawih Menurut
Cara Rasulullah
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/mengerjakan-solat-tarawih-menurut.html

7) Kemuliaan Malam Lailatul Qadar
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/kemuliaan-malam-lailatulqadar.html

8) Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/tanda-tanda-lailatulqadar.html

9) Lailatul Qadar
http://http//akob73.blogspot.com/2008/09/lailatulqadar.html

Semoga ada manfaatnya dan sila sebarkan.

Sekian Wassalaam

7.8.09

07 Ogos 2009

MOHON SEBARKAN KEPADA SAUDARA-SAUDARA ISLAM KITA

.fullpost{display:inline;}

PENTING !

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!
Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia akan mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.

Waspadalah terhadap website di bawah ini:




Situs-situs tersebut telah sengaja dibuat oleh kaum Yahudi yang senantiasa aktif menyebarkan pemahaman yang salah tentang Al-Qur'an, Hadits dan Islam

Sekali lagi, mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh saudara Muslim di dunia. Selalu waspada terhadap semua sumber informasi tentang Islam yang ada di beberapa Islamic Website, meskipun kelihatannya sungguh meyakinkan.

Mohon agar pesan ini dapat disebarkan kepada seluruh Saudaramu se-iman !!!
Jika tidak...maka seluruh Muslim di dunia akan mendapatkan informasi yang salah dan keliru tentang Islam, untuk itu dimohon agar dapat menyebarkan pesan ini segera setelah membacanya.





6.8.09

## RaGaM ##SmS## RamAdHaN ##




::RaGam SMS RamAdHan::

banyak cara MENGERATKAN silaturahim, antara lain dengan SMS Ramadhan.
dibawah ini CONTOH beberapa SMS


1. Marhaban ya sayyidu suhur, khairum min al fisahrin. Sahru barakah, magfirah dn itkum minannar. selamat menunai kan ibadah puasa smg kt mjd yuladhu Alal'fitrah. Dgn Tulus kami memohon utk di maafkan,.

2. Hati tidak sebening XL & secerah MENTARI. Banyak khilaf yg buat FREN kecewa, kuminta SIMPATImu utk BEBASkan diri dari ROAMING dosa selama hidup. Karena kita harus FLEXIbel utk menerima pemberianNYA. IZinkan aku untuk MENGISI ULANG Maaf dariku ini. MARHABAN YAA RAMADHAN.

3. Marhaban yaa syahrul mubaarok Wal Maqhfiroh . . . Tiada untaian kata indah Menyambut Ramadan selain kata Maaf jazakumullah Khairon . . .


4. MARHABAN YA RAMADHAN, diharibaan bulan penuh AMPUNAN, Kami Sekeluarga Mohon MAAF, semoga PUASA Kita diterima ALLAH, Amin,

5. Marhaban ya Ramadhan, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa,Mohon Maaf Lahir Batin (Nandar)Marhaban yaa ramadhan... Selamat menunaikan ibadah puasa dibUlAn pEnOh rahmat semoga mendpt imbln pahala dr Allah swt. Amin...

6. "Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan ia keruh. Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan ia mendung. Jika HATI seindah BULAN, hiasi ia dengan IMAN...."diBulan yg suci ini iZinkan kami sekeleluarga MOHAN MAAF LAHIR N BATHIN.

7. Masuki ramadhan dgn hati & jiwa yg bersih penuh keikhlasan, mhn maaf lahir bathin;


8. Tiada kata seindah ZIKIR, tiada bulan seindah bulan RAMADHAN, izinkan kedua tangan bersimpuh, maaf untuk lisan yg tak terjaga, janji yg terabaikan, hati yg berprasangka & sikap yg pernah menyakitkan. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

9. Marhaban ya ramadhan sebelumnya aku ucapKAN selamat menunaikan ibadah puasa smg dlm menjalankannya kt tetap tawadlu dan khusyu,amin..


10. Ramadhan Tinggal hitungan jam, bln yg penuh suci & keagungan, dgn segala kerendahan hati kami sekeluarga memohon maaf apabila ada kesalahan semoga puasa kami semua membawa rakmat & berkat dunia & akhirat selamat memasuki bulan puasa.

11. Ass..Wr.Wb marhaban ya ramadhan, sucikan ht, d bln yg pnuh rahmat ini slamt menunaikan ibadah puasa, smg amal ibdh kt d trm d sisi-NYA, mhon maaf lahir batin,

12. Assalamu . . . . , marhaban ya ramadhan, Ya Allah - Berkahilah Sdrku ini dgn rahmat-MU, iringi langkahnya dgn rEdha-MU, sayangilah ia dgn cinta-MU, lindungi dan kuatkan ia beserta keluarganya dari ujian-MU, muliakan ia dgn syafaat Rasul-MU dan terimalah puasa, shalat, zikir, tilawah, i'tikaf dan sedeqahnya. MOHON MAAF LAHIR BATHIN,


13. Allahuma Baarik Lahaa Fii Syaban Wa Ballegnaa Ramadhan. Mohon maaf Lahir & Bathin, Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan


14. Ya ALLAH,muliakan & sayangi saudaraku ini, bahagiakan keluarganya, berkahi rizkinya,kuatkan imannya,beri kenikmatan ibadahnya,berilah ilmu yg manfaat, jauhkan dari fitnah,mudahkan segala urusannya, Amien.Selamat menunaikan ibadah Puasa Ramadhan mohon maaf lahir batin
15. Selamat memasuki BBM (Bulan penuh berkah & maghfiroh) Tingkatkan kualitas PREMIUM (Prei makan & minum), jangan lupa isi SOLAR (sholat dengan rajin) dan MINYAK TANAH (memperbanyak abis isya' taraweh, tadarus dan amaliah) dan PERTAMAX (perangi tabiat maksiat) soo.. jangan lupa juga isi PULSA (puasa lebih sabar)...biar aman.

16. Sejernih embun yang selalu menyapa dikala pagi hari, sesuci jiwa yang selalu mengagungkan Asma Illahi menyambut datangnya bulan suci tuk maafkan segala kekhilafan, kealpaan, memperbaiki diri lebih berarti.. marhaban ya ramadhan... maaf lahir batin
17. Sekapur sirih berulam pinang, siap saji sebagai hidangan. Bulan suci ramadhan telah datang, semoga segala kekhilafan dan kealpaan segera dimaafkan... Selamat menunaikan ibadah puasa ramadhan, semoga amal ibadah kita dapat mengembalikan jiwa raga kepada Fitrah-Nya kembali
18. Bila ada Langkah menaruh lara, ada kata merangkai dusta, ada tingkah membuat luka.. mohon dibukakan pintu maaf untuk ku masuki agar hati ini menjadi tentram, walau hanya lewat sebuah SMS tanpa tangan berjabat, mata tak memandang hanya hati suci yang meminta.

19. Jika Usia adalah dosa, maka amal & ibadah adalah penebusnya. jika harta adalah racun, maka zakatlah penawarnya. jika kita saling punya salah dan khilaf, maka kata maaf lah sebagai penebusnya... marhaban ya ramadhan, maaf lahir batin..

20. Please for Y2K community : Urgent !! Delete Error files ku dimemori hati masing2, Defrag semua Prilaku baik & buruk agar mampu kita timbang ulang kembali, Shutdown semua prasangka & Khilaf, Restart langkah kita dengan lebih baik dan bijak... Selamat menjalankan ibadah puasa ramadhan.. semoga jiwa raga kita murni kembali ke fitrahNya.. amieen

21. Perkataan yang indah adalah Allah, lagu yang merdu adalah ADZAN, Media yang baik adalah AL-QUR'AN, senam yang paling sehat adalah SHOLAT, kebersihan yang menyegarkan dan mensucikan adalah WUDLU, perjalanan yang indah adalah BERHAJI dan diet yang sempurna adalah PUASA RAMADHAN... Marhaban ya Ramadhan..

22. Bola basket masuk keranjang, jangan kaget SMS ku dateng. Rumah paris berjendela kaca, salam manis buat yang baca, ada kerang diatas kelapa eh berhubung bulan puasa tlah tiba semoga amal ibadah kita diterima oleh-Nya...
23. Gema takbir mengiringi azam untuk meleburkan dosa,keikhlasan menjadi harapan untuk sebuah kata maaf.taqobballahuminna wa minkum
24. Mengucapkan Taqobballahu minna wa minkum. Semoga amal ibadah kita di bulan ramadhan diterima dan dipertemukan lagi dengan ramadhan tahun depan.Mohon maaf lahir dan bathin


25. If ther’s a day, there must be a night, if there is a black, there must be a white, if a white, if there a mistakes, there must be forgiveness.
26. Menyambung kasih, merajut cinta, beralas ikhlas, beratap doa, semasa hidup bersimbah khilaf, menghirup diri dibasuh maaf MINALAIDZIN WAL FAIDZIN Mohon maaf lahir dan bathin
27. If wrong couldn’t be right, might be forgiveness could make it healed.Taqabballahu minna wa minkum, Dengan kerendahan hati…terangkum 10 jari… Taqabbballahu minna wa minkum.. semoga bekal ramadhan ini mampu sinari hari esok
28. Dan jika hati seputih mutiara jangan biarkan ia ternoda. jika hati seindah bulan hiasi ia dengan iman..sucikan hati bukakan pintu maaf “met idul fitri”


29. Bila lisan salah berkata.... bila hati salah menyangka..... tiada lagi yg ingin dipinta selain kata maaf karena khilaf yg diperbuat. Taqabbbalhu minna wa minkum.Tiada pemberian terindah & perbuatan termulia selain maaf dan saling memaafkan

30. Bila ada janji tak setepat waktu sholat tiba..... Bila ada serangkai kata dusta....Bila ada prasangka tak seindah serangkaian do’a......Bila ada kata lara yang masih membekas dihati......Bila hati tak sebening emun pagi.....Bila wajah tak secerah mentari.......Bersikan jiwa danSucikan hatiDi hari yang fitri ini......Tak ada kata yang baik dan bijaksana selain “TAKOBALLAHU-MINA-WAMINKUM”*MINAL AIDIN WAL-FA IZIN*~WANDA SEKELUARGA~#MOHON MAAF LAHIR DAN BATIN#

KELEBIHAN RAMADHAN

INDAHNYA RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan berkat, bulan rahmat, bulan keampunan serta mempunyai banyak kelebihan.

Sabda Rasulullah SAW yang maksudnya :


Apabila telah tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat semua syaitan.
(HR Imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi )


Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.
( HR Imam Nasai'e, Ibn Majah, Ibn Hibban dan Baihaqi)


Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berbuka puasa maka dia memperoleh pahalanya, dan pahala bagi yang (menerima makanan) berpuasa tidak dikurangi sedikitpun
(HR Tirmidzi)


'Sesungguhnya di dalam syurga terdapat satu pintu yang disebut Ar-Rayyan yang mana pada hari Kiamat orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya (dan) tidak seorangpun selain mereka memasukinya. Dikatakan: 'Dimanakah orang-orang yang berpuasa?'

Maka mereka pun berdiri (untuk memasukinya), tidak ada seorang pun selain mereka yang memasukinya. Apabila mereka telah masuk maka pintu itu ditutup sehingga tidak ada seorang pun yang masuk dari padanya.'
(HR Bukhari)


'Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)70 tahun.'
(HR Bukhari)


'Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.'
(HR Muslim)


Sahur itu seluruhnya berkat, karena itu janganlah kamu meninggalkannya walaupun hanya dengan seteguk air, karena Allah dan malaikat-Nya memberi salawat kepada orang-orang yang makan pada waktu sahur.
(H.R Ahmad)


'Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang puasa, doa orang yang di zalimi dan orang yang musafir.'
(H.R Ahmad, Bukhari, Abu Dawud & Tirmidzi)


'Tidurnya orang yang puasa tetap dalam ibadat dan diamnya dianggap tasbih dan amalnya dilipat gandakan dan doanya mustajab dan dosanya diampunkan.'
( Riwayat Al Baihaqi)

Ahlan wa sahlan ya Ramadhan....



Puasa Wajib

1. Puasa pada bulan Ramadhan
2. Puasa Qada ( puasa ganti )
3. Puasa Nazar
4. Puasa Kifarat (suami yang melakukan persetubuhan dengan isterinya pada siang Ramadhan).


Puasa Sunat

1. Hari Arafah, iaitu (9 Zulhijah).
2. 9 dan 10 Muharam
3. Hari isnin dan khamis
4. Puasa enam hari dalam bulan syawal
5. Puasa pada tiga hari pertengahan bulan iaitu 13,14 dan 15 haribulan pada setiap bulan Hijrah.


Puasa Haram

1. Puasa pada hari raya Aidilfitri ( I Syawal)
2. Hari Raya Aidiladha ( 10 Zulhijah).
3. Puasapada hari Tasyrik iaitu 11, 12, dan 13 Zulhijah.
4. Puasa pada hari Syak iaitu pada 30 Syaban .


Puasa Makruh

1. Puasa sunat pada hari Jumaat atau hari sabtu sahaja.
2. Puasa yang dilakukan sepajang tahun.

H1N1 Satu Peringatan!!

H1N1 Satu Peringatan!!
.fullpost{display:inline;}

Oleh : Ahmad Tarmizi Mohd Arifin


Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan suatu virus yang digeruni oleh semua masyrakat dunia. Belum pun hilang penyakit selsema burung kini tiba wabak yang amat menggerunkan dunia. Wabak yang yang diberi nama Influenza A (H1N1) atau nama kormeselnya Selsema Babi itu mula dikesan di Mexico sejak Mac lalu.

Wabak ini dilihat sebagai suatu pembunuh yang amat digeruni dan ditakuti oleh semua masyarakat dunia kerana hampir 100 nyawa telah melayang dan kira-kira 10,000 orang di seluruh dunia telah dijangkiti.


Melihat kepada penularan wabak tersebut,semua pihak telah tampil bagi sama-sama mencari jalan penyelesaian menghapuskan wabak yang digeruni ramai itu.walau bagaimanapun, usaha yang telah dilakukan setakat ini belum mencapai kejayaan berikutan meningkatnya kes sehari demi sehari.Dimana kehebatan Negara Amerika Syarikat yang dulu tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya?

Dimana pula senjata-senjata yang canggih yang dapat mengesan pengganas sedangkan Negara mereka turut menjadi mangsa. Tidakkah kamu sedari bahawa itu merupakan tentera Allah yang diutuskan tanpa mengunakan senjata? Tidakkah kalian mengetahui bahawa virus yang cukup kecil dan tidak dapat dikesan oleh pancaindera itu lebih canggih jika dibandingkan dengan senjata Amerika dan sekutunya? Buktinya, sehingga kehari ini mereka masih lagi mencari vaksin pencegahan penyakit tersebut.Sedarlah wahai ummat manusia bahawa segala penyakit itu adalah teguran dari pada Allah agar manusia sedar akan kesilapan yang mereka lakukan.

Justeru,apakah kesilapan yang dapat kita lihat ekoran dari penyakit tersebut? Disebabkan penularan wabak tersebut berjuta-juta babi telah dibunuh dan ekoran daripada itu juga orang yang gemar memakan daging babi turut tersentak dan yang peliknya tiba-tiba mengharamkan seketika untuk diri mereka. Bilakah daging babi ini diharamkan?adakah disebabkan penularan wabak tersebut sahaja baru ia diharamkan dan apabila hilang segala penyakit tersebut ianya menjadi halal semula?Adakah mereka masih tidak mahu menggunakan akal atau sememangnya mereka tidak berakal!!

Sedarilah wahai ummat manusia sekalian bahawa Allah s.w.t sendiri telah mengharamkan binatang tersebut melalui beberapa ayat yang terdapat di dalam al-Quran yang antara lainnya mengharamkan manusia memakan bangkai, darah, dan daging babi.

Fakta ini telah dirakamkan dalam ayat-ayat berikut :

a. Surah Al Baqarah (2) : 173

Maksudnya : Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi,dan daging hiawan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…..

b. Surah An Nahl (16) : 115

Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…

Masihkah kalian mengigati penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang melanda masyrakat Malaysia? pada ketika itu semua mata telah terbuka dan babi telah diharamkan sementara. Ekoran dari kejadian tersebut permintaan pasaran babi hampir pupus dan banyak ladang-ladang babi yang telah ditutup.


Tidakkah ini suatu bencana yang mengancam manusia hasil dari babi? Namun, kejadian ini hanya memberi sedikit pengajaran kepada manusia dan setelah wabak tersebut pulih,manusia kembali memakannya. Inilah hakikat seorang manusia,hanya insaf bila dikenakan dan ditunjukkan sesuatu bencana.


Apabila jauh dari bencana mereka akan kembali melupakan teguran Allah s.w.t. Tidakkah mereka ini sama dengan orang-orang kafir pada zaman jahiliah dahulu? Mereka (orang-orang munafik dan golongan kafir) sentiasa meminta bukti berkaitan keesaan Allah s.w.t dan apabila diberikan bukti mereka beriman hanya seketika bahkan ada yang langsung tidak beriman. mereka juga dikenakan bala dan apabila dihilangkan bala tersebut mereka kembali kufur.

Sedarlah wahai saudaraku sekalian,kejadian yang menimpa kita pada hri ini adalah suatu teguran dari Allah s.w.t yang mana bukan ditujukan hanya kepada orang kafir sahaja bahkan kepada kita yang mengaku beriman kepadaNya.

Dengan berlakunya kejadian tersebut maka, dapatlah kita ketahui rupanya Allah s.w.t masih sayang pada kita semua dan mahukan kita kembali ke jalanNya, dan bagi golngan kafir itulah teguran Allah untuk menjauhi haiwan haram tersebut.


Perlu diingatkan sekali lagi…Seandainya wabak @ virus ini dihilangkah oleh Allah s.w.t dan kita aman dari segala penyakit yang berbahaya ini, maka bersyukurlah dan jangan sekali-kali kita mengundang semula kemarahan Allah terhadap kita. Ingat!!apabila kita mencabar Allah maka Allah tidak segan silu untuk menurunkan bala bencana dan apa yang dibimbangi ianya mengenai semua ummat tanpa dipilih kasih.



Apa salahnya wahabi ?

Sebelum ni saya menulis tentang apa , kenapa dan sejarah fahaman wahabbi... Saya tak kata pun saya setuju dengan fahaman ini...

dah ada yang marah marah bila saya menulis " perkara solat pun masih belum sempurna, inikan pula hendak mempersoalkan aqidah orang lain..."

saya tak bermaksud menyindir sesiapa. maksud saya, bab aqidah bagi pelajar umur seawal 13 tahun cukuplah dulu menghayati silibus aqidah dari Kementerian Pelajaran tuuu.... kata saya cukup lah dulu menghayati dan memantapkan perkara yang berkaitan fardhu ain dulu...

Bagi pelajar yang baru berjinak jinak untuk mendekati kehebatan agama islam ini, barangkali jawapan haruslah secara dasar sahaja. Tak perlulah berhujah sehingga memeningkan dan menakutkan mereka.

tetapi pelajar ni cerdik. Dia tanya lagi apa salahnya fahaman wahabi ni ? Pelajar yayasan Selangor ni memang cerdik..

Bila mereka tanya kena cari fakta berkaitan. saya buat sedikit sebanyak kajian berkaitan fahaman ini , tambahan pula ada sedikit ilmu saya semasa saya belajar ilmu usuluddin di UM dulu.. dan saya masih dalam proses belajar memperbaiki diri.


Perbincangan mengenai wahabi ini mendatangkan banyak mudarat dari faedah. Perbincangan ini dah berlarutan sejak zaman ke zaman sehingga sekarang. Perbincangan yang akhirnya hanya mendatangkan keji mengeji, cemuh mencemuh, fitnah menfitnah kerana hendak menegakkan kebenaran masing masing. macam macam hujah di keluarkan, tetapi hanya mendatangkan kerugian sesama Islam.
dahlah ahli politik yang seagama saling bercakaran. Di tambah pula yang pandai agama pun saling berselisih faham. .


Terdapat 3 golongan yang mempunyai pandangan terhadap fahaman wahabi

1. Golongan yang mengaggap mereka yang berpegang kepada golongan ini adalah terselamat dari api neraka dan selainnya adalah sesat berdasarkan hadis 73 golongan.

2. Golongan yang menganggap golongan wahabi ini telah terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah dan telah tersesat jauh dalam mentafsirkan sesuatu permaslahan.


3. Golongan yang sederhana. Fahaman Wahabi ini benar dalam beberapa perkara yang diijtihadkan tetapi tidak menjadikan mereka tidak boleh dikritik. Salah dalam beberapa ijtihad/fiqh tetapi tidak bermakna mereka ini sesat dan dihukum kafir.

Buat masa ini golongan ketiga adalah pegangan saya.....
Allah s.w.t. berfirman,
maksudnya:

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu kumpulan (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula sesuatu kumpulan dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan perempuan yang lain, (kerana) boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka;

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain; dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman. Dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11]
buat pelajar pelajar saya..... bukan semua fakta dari internet ni betul.. harus berhati hati..

mungkin ada sesiapa yang boleh bantu saya?

5.8.09

Apa Dan Kenapa Wahabi?



Apa Dan Kenapa Wahabi?


Saya biasa ditanya, apakah fahaman Wahabi?

Student seawal usia 13 tahun pun terfikir untuk bertanya soalan ini. Bagi pelajar yang baru berjinak jinak untuk mendekati kehebatan agama islam ini, barangkali jawapan haruslah secara dasar sahaja. Tak perlulah berhujah sehingga memeningkan dan menakutkan mereka. Apa tah lagi.. saya pun masih tak banyak ilmu untuk merungkai persoalan ini.
Saya cuba mengelak soalan ini, kata saya cukup lah dulu menghayati dan memantapkan perkara yang berkaitan fardhu ain dulu... perkara solat pun masih belum sempurna, inikan pula hendak mempersoalkan aqidah orang lain...

Bila mereka tanya juga saya pun cari fakta berkaitan. Bila saya buat sedikit sebanyak kajian berkaitan fahaman ini , tambahan pula ada sedikit ilmu saya semasa saya belajar ilmu usuluddin di UM dulu, inilah jawapan saya buat masa ini.... ( buat masa ini ) sebab saya masih dalam proses belajar memperbaiki diri



Jawapan saya mudah sahaja

“Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat . Tapi memahaminya perlu ilmu. "


Soalan seterusnya,

kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam?



Jawapan nya banyak... macam macam huraiannya, tapi untuk students saya simpulkan 3 sahaja iaitu :


Pertama:

Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.


Kedua:

Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.



Ketiga:

Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.


Sejarah wujudnya fahaman wahabbi


Gerakan Wahabi diasaskan oleh Imam Muhammad bin Abdul Wahhab At-Tamimi (1703 – 1791 M) lahir di Uyaynah utara Riyadh di daerah Nejad Arab Saudi.

Bapanya adalah seorang qadhi di Nejad yang berpegang kepada akidah Ahli Sunnah wal-Jamaah. Selain berguru dengan bapanya beliau juga berguru dengan ulama-ulama Ahlu Sunnah Wal-Jamaah di Mekah dan Madinah.


Gurunya yang terkenal di Madinah ialah Syeikh Muhammad Hayat yang menulis kitab Al-Hashiyah ‘Ala Sahih al-Bukhari.


Imam Muhammad bin Abdul Wahhab merupakan seorang ulama’ yang banyak dipengaruhi Mazhab Hanbali tetapi pegangan tauhidnya berasaskan fikrah Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim yang juga bermazhab Hanbali. Beliau tertarik dengan pemikiran dua pemikir dan cuba menghidupkan kemabli konsep pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim.


Ibnu Taimiyyah ( 1263 – 1328 M) adalah seorang pemikir besar umat Islam. Pemikiran Ibnu Taimiyyah menimbulkan bantahan beberapa ulama berfahaman akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah yang sedang menguasai pemikiran akidah pada masa itu sehingga ia di penjara, dilarang menulis dalam penjara dan akhirnya meninggal dunia dalam penjara di Damshik Syiria. Ibnu Qayyim (1292 – 1350 M) adalah juga murid kepada Ibnmu Taimiyyah.

Secara umumnya Syeikh Mohammad bin Abdul Wahab muncul ketika pengaruh Mazhab Hanbali sedang merosot dan umat Islam pada masa itu banyak melakukan pencemaran akidah seperti khurafat, bid’ah dan wakil gabenor Turki pula terlibat dengan rasuah. Beliau telah melancarkan reformasi dan pembaharuan di semenanjung Arab dalam usaha membersihkan mengembalikan umat Islam kepada ajaran sebenar al-Quran dan Hadis Sahih Rasulullah s.a.w. Usahanya mendapat sokongan beberapa pemimpin kabilah Arab di Nejad.


Berasaskan gerakan reformasi inilah maka ia beruasaha menghapuskan rasuah, segala macam bid’ah, khurafat dan pelbagai perbuatan yang membawa kepada syirik. Penegak-penegak fahaman Wahabi ini juga menamakan fahaman mereka sebagai kumpulan Salafi iaitu kumpulan yang tidak terikat dengan mana-mana mazhab seperti mana yang berlaku di zaman Rasulullah dan kepimpinan sahabat-sahabat selepasnya.


Bagaimana pun terdapat juga penganalisis politik Arab bahawa gerakan Wahabi ini lahir sebagai usaha untuk membebaskan bangsa Arab dari pemerintahan Kerajaan Uthmaniah Turki yang menguasai negara Arab pada masa itu. Muhammad bin Saud (pengasas pemerintah Kerajaan Arab Saudi sekarang) telah memimpin kabilah Arab dan mendapat sokongan British berjaya memerintah Arab Saudi. Muhammad bin Saud dan pengasas fahaman Wahabi itu telah bersatu dalam usaha mengukuhkan kepentingan masing-masing dan usaha mereka berjaya. Kerajaan Uthmaniah Turki gagal mengawal kebangkitan Muhammad bin Saud dan perkembangan gerakan Wahabi kerana sibuk memnperkukuhkan penyebaran Islam di Eropah.



Wahabi di negara kita ?

Di negara kita Kerajaan Perlis Indera Kayangan satu-satunya negeri yang tidak berpegang kepada mana-mana mazhab. Mereka mendakwa berpegang kepada al-Quran dan hadis sahih sepenuhnya seperti mana yang diamalkan di Arab Saudi. Terdapat kalangan pelajar Malaysia yang belajar di Arab Saudi dan mahir dalam selok belok hukum tertarik dengan fahaman Wahabi dan mengembangkannya di Malaysia.

Hakikatnya fahaman Wahabi tidak membawa pemikiran baru tentang islam. Mereka hanya mengamalkan apa yang telah dikemukakan oleh Ibnu Taimiyyah dalam bentuk yang lebih keras berbanding apa yang diamalkan oleh Ibnu Taimiyyah sendiri. Perkembangan fahaman Wahabi dan penerapan mazhab lain dalam masyarakat Islam di negara ini tidak dapat dielakan kerana kesan pengglobalan ilmu di dunia hari ini.

boringnya blog ustazah....



... itulah kata salah seorang my student,

ok la tu... tak sume orang suka baca citer agama ni... tapi tak pe... mungkin ada yang suke dan boleh memberi manafaat...
me too : i'm bored ... i cant even think.. i'm tired of sleeping

3.8.09

Indahnya Syaaban...





Syaaban membawa maksud berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraisy terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir. Apabila Rasulullah s.a.w diangkat sebagai pesuruh-Nya, baginda mengekalkan nama itu kekal sehinggalah sekarang. Rasulullah s.a.w telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadis baginda.


Di antara hadis yang paling masyhur ialah Rasulullah s.a.w bertanya kepada sahabat-sahabat baginda. “Tahukah kamu sekalian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?”

Para sahabat menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”
Sabda Rasulullah s.a.w, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang amat banyak.”

Bulan Syaaban adalah bulan mulia, iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab dan bulan Ramadhan.

Ketiga-tiga bulan tersebut saling dihubungkait secara rapat – orang yang menyucikan badannya pada bulan Rejab, maka ia akan menyucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang menyucikan hatinya pada bulan Syaaban akan menyucikan rohnya pada bulan Ramadan.

Sesungguhnya bulan Rejab untuk memohon keampunan daripada segala dosa, dan bulan Syaaban pula untuk memperbaiki hati daripada segala cacat cela, manakala bulan Ramadan untuk memberi cahaya penerangan kepada hati, sedang malam Lailatul Qadar adalah mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Nisfu Syaaban dan persoalannya



Nisfu Syaaban dan persoalannya

Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima-belas Syaaban iaitu siangnya empat-belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Imam Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dan sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a.
“Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesungguhnya Allah Azzawajjala telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap orang2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)
Amalan sepanjang bulan Syakban

Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan


Perbahasan berkaitan amalan nisfu syakban yang kebanyakan masyarakat kita lakukan

Soalan:
Apakah hukum atau dari manakah asalnya amalan membaca yaasin 3 kali pada malam nisfu Syaaban. Adakah ada dalil yang jelas mengenai perkara ini.

Jawapan:
Amalan nisfu Sya'aban adalah suatu perayaan yang direka berdasarkan nas-nas yang lemah dan mardud (tertolak). Inilah pendapat majoriti mujtahid hari ini antaranya Prof Qardhawi (Fatawa Mu'asirat), Syekh Sayyid Sabiq (Fiqh Sunnah), Prof Mutawalli Sya'rawi (anta Tasal), Dr Abdul Karim Zaidan (alMufassal) dan Prof TM Hasbi asSiddiqui (Sunnah dan Bid'ah). Amalan
membaca Yaasin 3X pada malam nisyfu Sya'aban adalah bid'ah dan tidak ada nas yang menyokongnya. Amalan nisfu Sya'aban ini adalah adat Melayu dan
ia bukan peristiwa yang disyari'atkan.

Soalan :
Adakah keistimewaan atau kelebihan hari atau malam nisfu syaban ?

Jawapan:
Para pengkaji Sunnah mengesahkan fadhilat malam nisfu sya'ban ini tiada dasar dalam Islam. Malam yg diagung2kan itu sebenarnya malam lailatul Qadr sahaja. (lihat Dr Qardhawi, Fatawa Mu'asirat)

Soalan :
Tak kan lah dengan membaca yasin boleh mendatangkan bidaah, kan kita digalakkan untuk banyak membaca alquran, saya menjadi confuse dengan apa yg diceritakan

Jawapan:
Membaca yaasin tidak bid'ah. Cuma ia menjadi bid'ah bila dikaitkan dengan peristiwa dan malam2 tertentu sedangkan amalan itu tidak diambil dari nabi saw. Inilah yang diperjelaskan dalam semua kitab2 fatwa dan laman web antaranya: islam Online, kitab Qardhawi: Fatawa Mu'asirat, Lujnah Daimah Arab saudi, Lujnah fatwa alAzhar, Sayyid Sabiq, Fiqh Sunnah, Ustaz Basri Ibrahim, Kusza dan banyak lagi

Soalan :
Adakah terdapat nas sahih yang mengatakan pada malam nisfu syaban, catitan amalan untuk tahun lalu akan di bawa ke langit dan buku yang baru akan dibuka untuk amalan yang datang ?

Jawapan:
Pendapat tersebut adalah Dha'if. Perkara di atas terdapat di dalam beberapa kitab tetapi nas atau sumbernya tiada yang sahih. Tiada ditemui sumber/nas sahih berkaitan perkara di atas setelah dilakukan kajian mendalam oleh berbagai pihak.

Soalan :
Apakah hukum berpuasa sunat selepas 15 Syaaban ?

Jawapan:
Berkata Imam as Syawkani (Nailool Awthor, Jld 3/243),"jumhur ulama' mengharuskan puasa sunat selepas 15 Sya'ban kerana larangannya datang dari hadis dha'if.( hadis lemah )


PUASA DI BULAN SYAABAN

Adalah disunatkan berpuasa di bulan Sya`ban sebagaimana yang diriwayatkan daripada Aisyah Radhiallahu `anha berkata:

Maksudnya: "Adalah Rasulullah Shallallahu `alaihi wasallam berpuasa sehingga kami mengatakan baginda tidak berbuka, dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan baginda tidak berpuasa. Saya tidak pernah
melihat Rasulullah menyempurnakan puasa satu bulan kecuali pada bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda berpuasa lebih banyak daripadanya pada bulan Sya`ban."
(Hadith riwayat Bukhari)

Rasulullah memperbanyakkan berpuasa pada bulan ini adalah disebabkan oleh
beberapa perkara sebagaimana yang diriwayatkan daripada Usamah bin Zaid berkata:

Maksudnya: "Wahai Rasulullah! Aku belum pernah melihat engkau berpuasa satu bulan daripada bulan-bulan sebagaimana (banyaknya) engkau berpuasa di bulan
Sya`ban" Baginda bersabda: "Sedemikian itu kerana bulan Sya`ban, bulan yang manusia lalai (kerana terletak) di antara bulan Rajab dan bulan Ramadan, dan Ia adalah bulan di mana diangkat padanya amalan-amalan manusia kepada Allah Rabbul `Alamin, maka aku suka supaya diangkat amalanku sedang aku di dalam keadaan berpuasa." Hadith riwayat An-Nasa'i


Bulan Syaaban adalah bulan mulia iaitu bulan yang terletak di antara bulan Rejab padanya Nabi Muhammad s.a.w. melakukan Isra' dan Mikraj dan bulan Ramadhan dimana padanya seluruh umat Islam diwajibkan mengerjakan puasa Ramadhan salah satu dari rukun Islam yang mulia. Ketika bulan tersebut di hubungkait yang rapat kerana sesungguhnya orang yang mensucikan badannya pada bulan Rejab maka ia akan mensucikan hatinya pada bulan Syaaban dan orang yang mensucikan hatinya pada bulan Syaaban akan mensucikan rohnya pada bulan Ramadhan


Peristiwa yang paling bersejarah yang berlaku pada bulan Syaaban

Peristiwa pertukaran kiblat. Allah swt telah mengarahkan Rasul-Nya memindahkan kiblat sembahyang daripada masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis ke Kaabah di Mekah. Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim daripada seorang sahabat al-Bara' bin Azib maksudnya:

“Selepas Rasulullah sampai ke Madinah al-Munawarah, baginda dan para sahabat bersembahyang berkiblatkan Baitulmakdis selama lebih kurang enam belas atau tujuh belas bulan. Selepas tempoh tersebut barulah diturunkan wahyu menyuruh baginda berpaling ke Mekah. Peristiwa pertukaran kiblat berlaku di dalam masjid Qiblatain. Suruhan pertukaran kiblat berlaku ketika Rasulullah sedang bersembahyang Asar “