9.12.09

RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT



PERNAHKAH kita terfikir setelah begitu lama kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda.


*
*

Firman Allah SWT yang bermaksud, ” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat: 45). Segala rukun dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud.

*

*

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa “Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.


Siapa Luqman al Hakim

LUQMAN al-Hakim adalah seorang tokoh yang menjadi sebutan masyarakat Islam hingga kini, lebih-lebih lagi apabila menyentuh mengenai mutiara kata dan ungkapan yang baik lagi terpuji.


Kebenaran mengenai kewujudannya suatu masa dulu di perakui al-Quran apabila kitab suci itu sendiri merakamkan nama beliau dan nasihat bermanfaat daripadanya seperti yang dapat diperhatikan melalui surah Luqman.


“Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmah kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu terpulanglah kepada dirinya dan sesiapa yang ingkar dan tidak bersyukur maka sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji.” (Luqman: 12)


Al-Quran menceritakan secara umum personaliti Luqman seperti juga tokoh lain daripada kalangan nabi dan orang beriman.


Justeru, timbul sedikit perselisihan di kalangan ulama dan pengkaji mengenai latar belakang, kehidupan dan keturunannya.


Malah, nama Luqman itu sendiri dikatakan adalah nama orang Ajam (orang asing), bukannya nama orang Arab.


Ibnu Kathir ada menyatakan dalam kitab sejarahnya: ‘Beliau ialah Luqman bin Unqaa’ bin Sadam.’


Tetapi, ada cerita dari as-Suhaili, dari Ibnu Jarir dan al-Qutaibi: ‘Beliau ialah Luqman bin Tharan.’ Gelarannya Abu An’am.


Al-Allamah al-Alusy berkata: “Kebanyakan pendapat me ngatakan beliau hidup di zaman Nabi Daud a.s.”


Katanya lagi: “Orang juga berselisih pendapat apakah beliau seorang yang merdeka atau hamba? Kebanyakan pihak mengatakan beliau adalah seorang hamba Habsyi.”


Ibnu Qutaibah berkata: “Luqman adalah seorang hamba Habsyi kepada seorang lelaki daripada kalangan Bani Israil. Kemudian beliau dibebaskan dan diberikan harta.”


Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata: “Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Adakah engkau semua tahu siapakah dia Luqman? Mereka pun menjawab: Allah dan Rasul-Nya saja yang lebih tahu. Baginda bersabda: Dia adalah seorang Habsyi.”


Pendapat yang mengatakan dia adalah seorang Habsyi adalah dari Ibnu Abbas dan Mujahid.

Al-Hassan al-Basri berkata: “Luqman membina sebuah singgahsana di Ramlah, Syam. Pada masa itu tempat terbabit masih lagi belum dibangunkan. Beliau berada di sana se hinggalah lanjut usianya dan meninggal dunia.”

Ibrahim bin Adham berkata: “Aku telah diberitahu bahawa kubur Luqman adalah di antara Masjid Ar-Ramlah dan tempat didirikan pasar pada hari ini. Di tempat terbabit terdapat 70 kubur nabi .”

Diriwayatkan oleh Ibnu Abu Hatim, dari Abdullah bin Az-Zubair katanya: “Aku telah bertanya kepada Jabir bin Abdullah: Apakah cerita terakhir yang sampai kepadamu semua mengenai keadaan diri Luqman? Jabir menjawab: Dia adalah seorang yang pendek, pesek hidungnya dari keturunan Naubah.”

Menurut Ibnu Kathir, Luqman adalah seorang lelaki yang soleh, kuat beribadat dan suka memberikan nasihat serta mempunyai kebijaksanaan yang amat tinggi.

Katanya lagi, Luqman adalah seorang hamba yang banyak berfikir dan mempunyai imaginasi yang baik, malah me ngasihi Allah sehingga Allah mengasihinya.

“Beliau juga dianugerahkan dengan kebijaksanaan iaitu lidahnya menuturkan kata-kata yang hak, hatinya berfikir perkara baik sementara badannya bergerak dengan baik.

“Sekiranya beliau berbicara, bicaranya penuh bijaksana dan sekiranya beliau berfikir, pemikirannya penuh bijaksana dan sekiranya beliau bergerak, pergerakannya penuh bijaksana,” katanya.

Luqman adalah orang pertama yang dipengaruhi dengan hikmah serta beramal dengannya. Oleh kerana itu beliau sentiasa berfikir.

Beliau adalah seorang yang bijaksana, bersifat zuhud di dunia, tidak mengendahkannya dan tidak memandang ke padanya.

Dikatakan, sesungguhnya rumah Luqman adalah seburuk-buruk rumah dan lebih daif dari sarang labah-labah. Suatu ketika beliau pernah ditanyakan mengenai keadaan terbabit lalu katanya: “Ini sudah cukup banyak bagi orang yang akan mati.”

7.12.09

Nasihat Luqman Hakim,

Wahai anakku!

Apabila perutmu penuh dengan makanan (kenyang) maka akan matilah fikiran dan hikmah kebijaksanaanmu. Semua anggota badanmu akan menjadi malas untuk melakukan ibadah dan akan hilanglah kebersihan hati dan kehalusannya, di mana hati yang bersih itu hanya akan tercapai dengan kelazatan bermunajat (mngadap Allah) dan manfaat berzikir (ingat kepada Allah)"

Wahai anakku!

Kalau sewaktu kecil engkau rajin belajar dengan tekun menuntut ilmu sebanyak-banyaknya, maka apabila kamu dewasa kelak kamu akan memetik buahnya dan kamu akan menikmatinya."

Wahai anakku!

Kamu ikutlah ketika orang membawa jenazah, dan janganlah kamu mengikuti jamuan perkahwinan. Kerana jenazah itu dapat mengingatkan engkau akan kesudahan dari hidupmu di dunia yang fana ini. Sementara majlis perkahwinan akan membangkitkan nafsu berahimu dan ini akan membuat kamu merasa bahawa senang dengan kehidupan dunia."

"Wahai anakku!

aku sudah memikul batu-batu yang besar, aku juga sudah mengangkat besi-besi berat. Tetapi aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih berat daripada tangan yang buruk perangainya."

Nasihat Luqman Al Hakim

Wahai anakku
Dunia ini ibarat lautan dalam.
Oleh itu, kita hendaklah bijak untuk melayari atau melalui
perjalanannya supaya tidak tenggelam.


Wahai anakku!
Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang dalam.
Ramai manusia yang telah tenggelam dalamnya.
Oleh itu, jadikanlah ketakwaan kepada Allah itu sebagai kapalmu,
keimanan itu sebagai muatannya dan tawakal itu pula sebagai layarnya.
Mudah-mudahan, engkau akan terselamat.
Aku tidak sanggup melihatmu melainkan dalam keadaan yang selamat


Wahai anakku!
Sesungguhnya dunia ini umpama lautan yang terbentang luas.
Ramai manusia yang karam dalamnya.
Oleh itu, sekiranya engkau mampu menjadikan kapalmu itu daripada keimanan terhadap Allah, persediaanmu itu melalui tawakal dan muatanmu itu pula adalah daripada ketakwaan.


Wahai anakku
Dan sekiranya engkau terselamat, maka ia kerana rahmat Allah dan sekiranya engkau karam,
maka ia adalah kerana dosa-dosamu


Wahai anakku.
Aku pernah memikul batu-bata, besi dan setiap benda yang berat,
sedangkan aku tidak pernah memikul suatu pun yang lebih berat daripada jiran tetangga yang jahat. "Aku telah merasakan pelbagai kepahitan, sedangkan aku tidak pernah merasakan sesuatu yang lebih pahit daripada kefakiran.


Wahai anakku!
Janganlah engkau menghantar seorang yang bodoh sebagai utusanmu.
Sekiranya engkau tidak memperoleh orang bijaksana, maka engkau sendirilah yang menjadi utusan itu. Apakah perbezaan antara majlis pengembumian jenazah dan perkahwinan?


Wahai anakku!
Hadirilah majlis pengebumian jenazah, tetapi janganlah engkau menghadiri majlis
perkahwinan. "Hal itu kerana pengebumian jenazah itu, akan mengingatkanmu terhadap hari
akhirat, manakala majlis perkahwinan itu pula, akan menjadikanmu sukakan dunia."


Wahai anakku!
Janganlah engkau bersikap terlalu manis, nescaya engkau akan ditelan dan janganlah pula engkau bersikap terlalu pahit, nescaya engkau akan diluahkan keluar."


Wahai anakku!
Apabila engkau ingin mempersaudarakan seseorang, maka buatlah dia marah terlebih dulu. Sekiranya dia memaafkanmu sewaktu marahnya, maka ambillah dia sebagai saudaramu. Jika tidak, maka berhati-hatilah terhadapnya."


Wahai anakku!
Bagaimanakah engkau boleh melambat-lambatkan manusia dengan apa yang mereka janjikan, sedangkan mereka bersegera pergi kepada apa yang tidak mereka janjikan?"


Wahai anakku!
Turunkanlah dirimu pada tingkatan yang sesiapa saja tidak berhajatkan pertolongan daripadamu, sedangkan engkau amat memerlukan daripadanya.


Wahai anakku!
Jadilah engkau seorang yang tidak berhajatkan pujian manusia dan tidak juga celaan
daripada mereka. "Nescaya, tenanglah diri daripada kejahatan manusia dan manusia pula akan
tenang dari kejahatannya (pujian)."


Wahai anakku!
Halanglah sesuatu yang keluar dari mulutmu. Kerana sesungguhnya engkau tidak dapat mendiamkan orang yang selamat. Engkau hanya mesti mengatakan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepadamu.


Wahai anakku!
Janganlah engkau melewat-lewatkan taubat. Kerana sesungguhnya, kematian itu datang dengan sekelip mata.


Wahai anakku!
Berduyun-duyun datang kepada ulama dengan kedua-dua belah lututmu (berjalan
kaki) dan janganlah engkau bertengkar dengan mereka (ulama), nescaya mereka akan
membencimu.


Wahai anakku
"Ambillah daripada dunia untuk keperluanmu dan berbelanjalah dengan pencarianmu yang terbaik untuk akhiratmu.


Wahai anakku
"Janganlah engkau berbelanja sekali gus kerana engkau mempunyai tanggungan.
Sebenarnya, di atas leher lelaki itu terletaknya segala bebanan."

Nasihat Luqman Hakim


Nasihat Luqman Hakim sebelum meninggal dunia Luqman al-Hakim r.a mengingatkan anaknya ketika beliau berada di ambang kewafatan:

"Wahai anakku!
Sehingga setakat ini banyak yang sudah aku wasiatkan untukmu dan aku ingin mewasiatkan dirimu sekarang dengan enam perkara lagi,
terdapat padanya segala ilmu orang yang terdahulu dan terkemudian:

Janganlah engkau sibukkan dirimu dengan urusan dunia kecuali dengan sekadar usia yang engkau miliki.
Sembahlah Tuhanmu, sekadar keperluanmu kepada-Nya.

. Beramallah untuk hari akhirat, sekadar engkau ingin tinggal di sana.
Hendaklah engkau menyibukkan dirimu untuk melepaskan lututmu (dirimu) dari api neraka, selagi mana engkau masih belum mampu berjaya melepaskannya.

Beranilah engkau melakukan maksiat (kepada Allah), setakat mana engkau dapat bersabar dengan azab Allah.

Sekiranya engkau ingin melakukan maksiat kepada Allah, carilah tempat yang lain di mana Allah dan malaikat-Nya tidak dapat melihat dirimu

.

Nasihat Lukman Al-Hakim


"Wahai anakku,

barangsiapa mengatakan bahwa kejahatan bisa memadamkan kejahatan,
suruhlah ia menyalakan dua api,
kemudian suruhlah ia melih
at apakah api yang satu bisa memadamkan api yang lain. Sesungguhnya, kebaikan itu akan memadamkan kejahatan seperti halnya air memadamkan api."


"Wahai anakku,

berbuat baiklah kepada siapa yang berbuat buruk kepadamu.
Tanamlah perbuatan yang baik, niscaya engkau menikmati hasilnya.
Ingatlah, barangsiapa menghunus pedang kezaliman, ia sendiri yang akan terbunuh dengannya. Dan barangsiapa menggali lubang kejahatan untuk menjerumuskan saudaranya, ia sendiri yang akan terjerumus ke dalamnya.

BIDAAH DALAM MASYARAKAT KITA



Bidaah ialah perkara yang baru yang tiada dalam syariat .
Jika ia berkaitan dengan akidah , amal ibadat dan kepercayaan ,
ia akan menjadikan pengamalnya kufur .
Jika ia berkaitan dengan al-marsalih al-mursalah , ia tidak dinamakan bidaah .
Urusan-urusan adat yang tiada ketentuannya dari syarak adalah satu kebebasan kepada manusia untuk mengurus mengikut kebijaksanaan mereka .Bidang-bidang ini termasuklah pertanian , perladangan , perburuan penternakan, perlombongan dan sebagainya .

Mewujudkan jentera , kilang mesin dan sebagainya adalah tidak dinamakan bidaah walaupun menurut bahasa ia dinamakan bidaah .

Bidaah adalah satu perbuatan yang tercela dan dosa serta melibatkan penolakan amalan oleh Allah . Besar atau kecilnya dosa bidaah yang dilakukan dan berdasarkan motif apa bidaah itu dilakukan .

Allah telah berfirman :

ام لهم شركؤا شرعوا لهم من الدين مالم يادن به الله
Ertinya :
" Adakah mereka mempunyai sembahan-sembahan selain Allah yang mensyariatkan untuk mereka dari urusan agama yang tidak diizinkan Allah ?"

Masyarakat Melayu perlulah lebih berfikiran terbuka dan lebih banyak membaca serta berguru . Mereka tidak boleh hanya mengharapkan satu sumber pengetahuan sahaja . Lebih-lebih lagi pada zaman moden yang memasuki era globlisasi ini . Mereka perlu melihat dunia dengan mata burung dan bukan dengan mata tempurung .

Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa kita telah mengamalkan bidaah yang tercela dan boleh membawa kepada kekufuran . Sesungguhnya batu sempadan kekufuran itu tidak kelihatan . Jika kita tersilap langkah , kita akan berada di sebelah kiri batu sempadan keimanan dan menjerumuskan diri ke dalam neraka Allah .

Dengan mendalami Tauhid Uluhiyah ,
Tauhid Rububiyah dan Tauhid Asma' dan Tauhid al-Sifat ,
kita akan lebih tenteram kerana kita berada dalam lingkungan kefahaman yang boleh menyelamatkan diri kita
daripada perkara-perjara syirik , khurafat dan bidaah dan Insya Allah kita tergolong dalam golongan yang dinamakan golongan Al-sabiqun dan golongan ashabul Yamin .
Semoga amalan kita semua diterima oleh Allah dan kita terhindar daripada sebarang anasir bidaah , syirik dan khurafat .

Cara-cara Mencegah Dan Membasmi Bidaah

Cara-cara Mencegah Dan Membasmi Bidaah

1. Mengharamkan buku-buku yang mengandungi perkara-perkara bidaah daripada disebarkan kepada masyarakat

2. Pihak berkuasa tentang agama negeri ini hendaklah menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk memeriksa dan meneliti buku-buku agama .

3. Memberi penerangan kepada masyarakat supaya menghindari bidaah melalui khutbah jumaat , risalah , ceramah dan pengajian di surau-surau .

4. Menyebarkan kepada masyarakat sunnah-sunnah yang shahih .

5. Memastikan perlantikan jawatan-jawatan seperti pegawai-pegawai agama , bilal-bilal , mubaligh-mubaligh , guru agama hendaklah diberikan kepada yang benar-benar layak .

6. Semua tenaga agama hendaklah diberi kursus tentang perkara bidaah dan cara mengatasinya

7. Kerajaan , alim ulama dan guru-guru hendaklah terlebih dahulu meninggalkan perkara bidaah


mari merendah :-)

mari merendah :-)

Misbah Ibnu pada 07hb Disember pukul 4.40 ptg


Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar
kalian merendahkan diri, sehingga tidak ada seorang pun
menganiaya orang lain dan tidak ada yang bersikap
sombong terhadap orang lain."

- Riwayat Muslim.

6.12.09

Bidaah yang berlaku dalam Masyarakat Melayu

Bidaah Dalam Bulan Rabiul Awal

Masyarakat Melayu di Malaysia amat bersungguh-sungguh mengadakan majlis Maulid al-Rasul . Perbuatan ini adalah tidak boleh kerana hal itu adalah bidaah dalam agama . Selain itu , Rasullullah tidak pernah mengerjakannya , begitu pula Khulafa al-Rashidin , para sahabat lain dan para Tabiin yang hidup pada kurun paling baik . Mereka juga tidak menganjurkan mengadakan majlis seperti ini walaupun mereka adalah dari kalangan orang-orang yang lebih memahami terhadap sunnah , lebih banyak menyintai rasul daripada generasi selepasnya dan benar-benar menjalankan syariatnya .



Bidaah Dalam Bulan Safar

Masyarakat Melayu juga percaya bahawa bulan Safar mendatangkan kecelakaan terutamanya pada hari Rabu akhir bulan . Dipercayai bahawa diturunkan bala pada tiap-tiap tahun sebanyak 12 000 bala dan sekaliannya itu pada hari Rabu akhir bulan Safar. Untuk menolak bala ini , disunatkan banyak bersedekah dan membaca doa tolak bala dengan kaifiat-kaifiat tertentu .

Perkara ini adalah bidaah kerana ia bertentangan dengan hadis nabi S.A.W , yang bermaksud :
" Tiada kejangkitan , tiada kesialan kerana burung hantu dan tiada kesialan kerana bulan Safar . Allah menjadikan tiap-tiap jiwa dan ia telah menentukan hidupnya , musibat-musibatnya dan rezekinya ."



Bidaah Dalam Bulan Rajab

Lazimnya masyarakat Melayu menyambut Bulan Rajab dengan mengadakan perayaan Israk dan Mikraj , mengadakan solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab yang dinamakan solat al-Raghaib , puasa khas pada hari Khamis minggu pertama bulan Rajab , solat khas pada malam 27 Rajab dan puasa khas pada siang hari 27 Rajab .
Amalan-amalan itu tidak ada dasarnya dalam agama sama ada dari al-Quran atau hadis yang sabit dari Rasulullah dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat dan ulama salaf , maka oleh kerana itu ia termasuk dalam perbuatan bidaah .
Hadis tentang solat khas pada malam Jumaat minggu pertama bulan Rajab dan puasa khas pada hari Khamis adalah hadis maudhu' ciptaan tukang-tukang bidaah atau orang-orang kafir zindiq .

Hadis tentang solat khas dan puasa khas ada 27 Rejab juga adalah mungkar yang tidak boleh dijadikan sebagai targhib dan tarhib ataupun menyatakan fadhilat amal .




Bidaah dalam Bulan Ramadhan

Dalam bulan Ramadhan pula , masyarakat Melayu gemar mempercepatkan solat tarawih . Mereka mengerjakan solat tarawih hanya mengambil masa setengah jam dari solat Isyak sehingga witir . Oleh kerana terlalu laju , banyaklah kecacatan yang berlaku . Ini termasuklah surah al-Fatihah yang dibaca senafas , tidak menjaga tuma'ninah dalam rukuk , sujud , duduk antara dua sujud dan iktidal .

Dalam hal ini imam al-Ghazali berkata : " Kamu manghadiahkan solat kamu kepada Allah , maka janganlah kamu menghadiahkan solat kamu dengan sifat-sifat yang tersebut ( buruk ) , pasti anda akan menerima siksaannya ."




Bidaah Azan Dan Iqamat Untuk Jenazah

Masyarakat Melayu juga mengamalkan banyak perkara bidaah dalam hal pengurusan jenazah . Mereka gemar membaca azan dan qamat sewaktu mayat diturunkan dari rumah atau ke dalam kubur . Sebenarnya tidak ada hadis yang mensyariatkan azan dan qamat untuk jenazah .

Amalan ini adalah semata-mata bidaah kerana ia tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah , sahabat-sahabat dan al-salaf al-shalih . Apa yang nabi ajar ialah azan pada solat fardhu dan sewaktu menyambut kelahiran bayi .




Bidaah Solat Teman

Selain itu , mereka juga percaya bahawa mayat perlukan bantuan untuk menghadapi alam baru . Untuk tujuan itu , mereka juga melakukan sejenis solat yang dinamakan Solat Teman . Solat ini bertujuan untuk membantu mayat menghadapi soalan Mungkar dan Nakir . Solat ini adalah mungkar dan bidaah . Ini adalah kerana Rasulullah hanya melakukan solat jenazah dan solat ghaib . Rasululullah juga hanya mensyariatkan supaya berdoa dan meminta ampun untuk si mati .

Ini adalah bersesuaian dengan sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud , al-Hakim dan al-Bazzar , yang bermaksud :
Uthman bin 'Affan r.a meriwayatkan : " Adalah nabi SAW apabila selesai mengkebumikan jenazah , baginda berdiri di sisi perkuburan dan bersabda : Mohonkanlah keampunan untuk saudara kamu dan mintalah ketetapan untuknya kerana dia sekarang akan disoal ."




Bidaah Tunggu Kubur

Ada juga sebahagian masyarakat Melayu yang mengamalkan 'Tunggu kubur' . Mereka mengupah beberapa orang untuk menunggu kubur si mati untuk beberapa malam . Panjang masa menunggu adalah bergantung kepada kemampuan keluarga si mati . Lazimnya adalah dalam bilangan ganjil iaitu semalam , tiga malam , lima malam , tujuh malam dan seterusnya . Sebuah rumah kecil dibina berhampiran kubur si mati untuk tujuan membaca al-quran , berzikir dan sebagainya untuk
simati . Penunggu-penunggu mendapat upah yang agak lumayan .

Hukum mengupah dan mengambil upah membaca al-Quran kepada simati , jumhur ulama menyatakan haram . Ini kerana , tiada pahala bagi orang yang membaca al-Quran kerana upah . Pada tahun 1917 , Syeikh Muhammad Bakhit telah mengeluarkan fatwa berhubung permasalahan kadar upah yang terjadi di antara pemberi dan penerima upah , beliau memfatwakan hukum mengambil upah membaca al-Quran untuk si mati adalah haram . Fatwa yang sama juga dikeluarkan oleh Mufti Mesir Abdul Majid Sulaim pada tahun 1942 dan Badan Kajian Dakwah dan Fatwa Kerajaan Arab Saudi , ( Fattawa Islamiyah , halaman 23 ) .

Amalan ini adalah bidaah dan perbuatan mungkar yang wajib dicegah kerana ia jelas tidak dianjurkan oleh Rasullullah S.A.W dan tidak pula diamalkan oleh para sahabat dan ulama Salafus - Shalihin .




Bidaah Membina Bangunan Di atas Kubur

Di antara bidaah lain ialah ada juga di antara orang Melayu yang membina binaan di atas kubur . Ada kubur yang dibina dengan konkrit , marmar dan lain-lain yang mahal harganya . Kadang kala dibina kubah , menara , memasang lampu-lampu dan hiasan yang indah khususnya dari kalangan orang berada dan kubur-kubur keramat atau
wali .

Ini adalah perbuatan yang membazir , riak dan takabbur . Di situ juga tersirat konsep pemujaan kepada ahli-ahli kubur . Perbuatan ini menyerupai amalan agama-agama lain.

Jabir ra. meriwayatkan katanya : " Rasullullah SAW melarang mengecat kubur dengan kapur , duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya ."
Hadis riwayat Muslim .




Selain itu , ada juga amalan yang menjadikan kubur sebagai tempat :-

• Meminta sesuatu hajat
• Meminta sesuatu melalui perantaraan kubur .
• Berdoa di kubur kerana percaya bahawa berdoa dimakbulkan lebih mustajab dari di masjid .
• Bernazar kepada kubur .
• Membayar nazar kepada kubur .
• Menyembelih binatang nazar di kubur .

Amalan-amalan di atas adalah bidaah dan tidak ada bezanya dengan kelakuan penyembahan berhala . Menurut Muhammad bin Abdul Wahab ( pengasas mazhab Wahabi ) , perbuatan ini adalah maksiat dan boleh membawa syirik . Perbuatan memuliakan kubur adalah terkeluar daripada batas-batas agama dan harta benda yang dibelanjakan untuk tujuan tersebut itu adalah sia-sia sahaja .




Bidaah Fidyah Solat Dan Kenduri Arwah

Dalam hal berkaitan kematian juga , kebanyakan masyarakat Melayu ada mengamalkan membayar fidyah untuk orang yang telah meninggal dunia yang semasa hidupnya ada meninggalkan solat . Perbuatan ini juga adalah bidaah kerana perbuatan ini tidak pernah dilakukan oleh nabi , para sahabat , al-salaf al-shalih dan tidak ada ulama yang membolehkannya .

Kenduri arwah atau kenduri kematian yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu juga adalah bidaah . Amalan ini akan membebankan waris dengan menyediakan makanan dan banyak berbelanja untuk malam-malam tiga , malam tujuh , malam empat puluh hari dan seterusnya. Ini adalah juga bidaah yang bertentangan dengan sunnah Rasulullah dan golongan al-Salafu al-Salih r.a. dan kemudiannya .

Ulama memutuskan amalan ini berasal daripada budaya Firaun . Justeru itu , amalan ini adalah bidaah dan kadang-kadang berlaku salah guna pada harta peninggalan si mati seperti hutang yang sepatutnya dibayar , tidak diutamakan . Oleh itu , maka Majlis Fatwa Mesir tahun 1947 memutuskan haram dan hendaklah dihentikan amalannya .

Dalam satu peristiwa , apabila berlaku kematian anak bekas Mufti Mesir , Syeikh Hasanain Makhluf , setelah hampir empat puluh hari , beliau ditanya tentang tarikh memperingati hari kematian yang ke - 40 . Beliau menjawab " Menghayati malam 40 dengan cara seperti yang biasa dilakukan itu suatu bidaah yang tidak bersumberkan Islam , buat anakku , cukuplah dengan amalan yang dilakukan olehnya sendiri ."
Jawapan tentang permasalahan ini telah disiarkan oleh akhbar al-Ahram bertarikh 27 Julai 1947 dan disahkan oleh Majlis Fatwa Mesir dan dikeluarkan dengan rasminya pada 14 Ogos 1947 .




Bidaah Dalam Berwirid Dan Berdoa

Selain daripada itu , masyarakat Melayu juga gemar berdoa dengan suara keras dengan menggunakan pembesar-pembesar suara sehingga kedengaran jauh kerana sudah menjadi kebiasaan .

Sebenarnya , untuk berdoa , kita perlulah memenuhi tentang pantang larangnya , tidak boleh melalui perantaraan , dengan ikhlas , khusyuk dan tawadhuk , tidak riak , tidak takabbur dan tidak boleh dengan suara keras menengking .

Dalam hal ini Abu Musa al-Asf'ari meriwayatkan :
"Orang-orang yang mengangkat suara mereka dengan berdoa dalam sebahagian perjalanan , maka Rasulullah SAW bersabda kepada mereka : Batasilah diri kamu
( jangan bersuara keras ) , kerana bahawasanya kamu tidak memohon kepada orang pekak dan bukan pula kepada orang yang tiada , sesungguhnya yang kamu meminta kepadanya itu adalah Maha mendengar dan dekat , lebih dekat kepada seseorang kamu dari tengkuk kenderaannya ."




Bidaah Membaca Al-Quran Atau Tarhim Di Menara Masjid

Membaca Al-Quran atau tarhim di menara masjid adalah juga bidaah . Lazimnya ia dilakukan dengan dibaca atau melalui pita rakaman lebih-lebih lagi dilakukan di waktu dinihari sebelum subuh . Bacaan-bacaan ini boleh mengganggu orang-orang sakit , orang-orang tidur ataupun orang-orang yang ingin beribadat .
Menurut al-Imam Ibnu al-Jauzi , di antara pekerjaan-pekerjaan mungkar ialah seseorang bangun di malam hari di menara-menara masjid lalu membaca zikir atau sesuatu surah al-Quran dengan suara yang lantang lalu mengganggu manusia yang sedang tidur dan mengganggu bacaan orang-orang yang sedang bersolat tahajjud .

bidaah kenapa ia berlaku

bidaah kenapa ia berlaku

Puncanya ialah , orang Melayu merestui dan mengikuti amalan-amalan bidaah setengah-setengah orang alim kerana berkeyakinan bahawa apa yang diamalkan orang alim itu adalah benar .

Selain itu , adat tradisi orang-orang Melayu sebelum kedatangan Islam masih dilakukan sebagai satu amalan agama seperti berkaitan dengan wanita mengandung , urusan kematian , perkahwinan dan perkara ini direstui oleh sesetengah guru dan mendiamkannya . Perbuatan ini ( mendiamkan diri ) dianggap membenarkan perbuatan bidaah .

Ada juga orang yang cuba menegakkan sunnah dan menafikan bidaah tetapi dianggap mengajar ilmu sesat yang kononnya bertentangan dengan ajaran mazhab Syafi'i . Tidak kurang juga yang menganggap bidaah adalah masalah remeh-temeh dan tidak perlu diberi perhatian .

Selain itu apabila perasaan cintakan kedudukan dan ingin mempertahankannya berkumpul di dalam jiwa mula bermaharajalela , ada juga pemimpin tarikat atau pemimpin jamaah yang buta agama , untuk menjaga kedudukannya , sedangkan mereka bukan ahlinya , telah mencipta wirid , amalan zikir doa dan sebagainya untuk diberikan kepada murid-muridnya . Inilah sebabnya mengapa bidaah bertambah banyak sehingga tidak terhitung .

Bidaah Yang Menjadikan Pengamalnya kufur

Ada beberapa kepercayaan di kalangan masyarakat Melayu yang jika diamalkan boleh membawa kepada kufur . Bidaah ini ialah yang berkaitan dengan prinsip-prinsip agama seperti dalam masalah aqidah .

Contohnya ialah seperti berikut :

1. Berfikiran dan berkeyakinan bahawa para wali di dalam kubur boleh melakukan perkara-perkara seperti di dalam dunia , boleh mengarahkan manusia yang hidup serta menjadi penyebab dalam mendapatkan sesutau ataupun tidak .
2. Berkeyakinan bahawa para wali lebih mulia daripada nabi SAW .
Berkeyakinan bahawa ada di antara para wali yang dipanggil untuk mendengar dan mengabulkan permohonan peminta seperti diselamatkan dari kesusahan atau kecelakaan .
3. Berkeyakinan bahawa ada ayat-ayat yang bertentangan di dalam al-quran .
4. Berfikiran bahawa siksa dan nikmat kubur itu tidak ada kerana bertentangan dengan akal .


Al-Masalihul Mursalah bukan bidaah

Al-Masalihul Mursalah adalah bukan bidaah . Ia adalah tindakan lanjut dari kaedah prinsip "Suatu kewajipan yang tidak boleh sempurna kecuali dengan sesuatu maka sesuatu tersebut menjadi wajib. "

Perkara-perkara tersebut termasuklah :-

1. Mengumpulkan catatan-catatan Al-Quran sehiggga menjadi sebuah kitab.
2. Mengenakan denda dengan harta yang telah ditetapkan .
3. Memanfaatkan harta haram sementara tidak ditemukan harta halal .
4. Membuat mihrab di dalam masjid .
5. Membuat menara-menara dan tempat azan yang tinggi di masjid.
6. Meninggikan mimbar dengan bertingkat-tingkat agar jemaah yang besar dapat mendengar khutbah dengan lebih jelas.
7. Membuat pembesar suara agar dapat didengar oleh orang ramai .
8. Membukukan penemuan-penemuan baru seperti ilmu hadis , ilmu fiqh , nahu saraf dan lain-lain .
9. Membuat mesin-mesin berteknologi tinggi untuk menumbuk bji-bijian .
10. Menaiki kederaan seperti kapal terbang dan helikopter .
11. Membuat alat percetakan moden untuk mencetak buku .

Kesemua ini tidak ada dalam al-quran dan hadis , mahupun ijma' . Kesemuanya termasuk dalam al-marsalihulmursalah . Ia adalah bukan bidaah .


Sebab-sebab Timbulnya Bidaah

Sebab-sebab Timbulnya Bidaah

Jahil
Bidaah amat mudah membiak dalam satu masyarakat yang jahil , pemimpin yang jahil dan ulama yang beku dan kaku . Masyarakat ada sebahagiannya yang gemar membicarakan masalah agama yang tidak difahaminya . Tindakan memperkatakan urusan-urusan agama tanpa ilmu adalah satu kesesatan dan menyesatkan orang .

Jahil dalam Bahasa Arab
Al-Quran , al-Hadis dan kitab-kitab yang muktabar adalah dalam bahasa Arab . Kejahilan dalam bahasa ini akan menyebabkan salah faham dan kesesatan .
Sebagai contohnya :
Allah berfirman :
و اعبد ربك حتى يأ تيك اليقين
Ertinya :
" Dan hendaklah kamu menyembah Tuhanmu sehingga datanglah keyakinan kepadamu ,"

Yang dimaksudkan dengan perkataan yakin di situ ialah mati , tetapi kerana kejahilan bahasa Arab , yakin disini dimaksudkan dengan keyakinan . Ayat itu diertikan sebagai : "Hendaklah kamu berabdi kepada Allah sehinggalah datang kepadamu keyakinan " , maka apabila sudah ada keyakinan tidaklah lagi wajib berabdi kepada Allah . Akhirnya tidak berzakat, tidak bersolat dan tidak menunaikan fardhu haji kerana mereka beralasan telah sampai ke martabat yakin .
Jahil Sunnah
Maksudnya ialah kejahilan tentang martabat hadis sama ada shahih , hassan, dhaif dan maudhu'. Hadis-hadis yang terlalu dhaif seperti hadis mungkar , matruk , batil dan maudhu'sama sekali tidak boleh digunakan . Sebagai contoh , bagi menggalakkan umat supaya mengadakan perayaan maulid Nabi SAW maka hadis ini digunakan :
من عظم مو لدى كنت شفيعا له يوم القيا مه
Ertinya :
"Barangsiapa yang membesarkan hari kelahirannku , maka akulah pemberi syafaat kepadanya pada hari qiamat ."
Jahil Konsep Ibadat
Sebahagian masyarakat Melayu hanya memahami bahawa ibadat itu hanyalah terbatas kepada ibadat-ibadat yang khusus sahaja seperti solat wajib atau sunat , puasa wajb atau sunat , zakat , haji , umrah , sedekah , wakaf , zikir , tahlil , takbir , tasbih , tahmid , istighfar , membaca al-Quran dan sebagainya . Apa yang mereka faham ialah perkara yang selain daripada itu , tidak termasuk ibadat . Akhirnya mereka merasakan bahawa ruang lingkup ibadat menjadi sempit walaupun mereka telah melakukan semua ibadat khusus tersebut . Justeru itu , mereka mencari amalan-amalan lain dengan membaca sesetengah kitab yang diajar oleh sesetengah guru seperti solat khas pada malam-malam tertentu dan puasa khas pada hari-hari tertentu .
Mengikut Hawa Nafsu
Oleh kerana mengikut hawa nafsu , masyarakat Melayu sanggup melakukan penyelewengan . Nafsulah yang mengajak orang ingin menjaga kemasyhuran , menjaga kepentingan diri , keluarga , suku dan ingin dipuji . Nafsu jugalah yang menyebabkan timbulnya puak-puak sesat . Mereka sanggup mengada-ada , membuat alasan dan dolak dalik yang keluar dari dasar dan roh Islam yang sebenarnya .
Allah berfirman di dalam al-Quran :
ان النفس لا مارة بالسوء الامارحم ربى

Ertinya :
" Sesungguhnya nafsu itu menyuruh berbuat jahat kecuali nafsu yang dirahmati oleh Tuhanku ."

Taqlid Buta Kepada Guru
Manusia selain Rasul , walaupun betapa tinggi martabat keilmuannya dan kesolehannya tidak terlepas daripada kesilapan dan kesalahan . Sikap bertaqlid buta akan menyebabkan matinya roh ijtihad . Apabila berlakunya pertembungan antara fatwa guru dengan al-Quran dan al-Sunnah , fatwa gurulah yang diutamakan kerana guru dianggap serba tahu , keramat dan maksum . Jika dikaji , tidak ada imam-imam mujtahidin yang mewajibkan orang bermazhab kepada mereka . Sikap bertaqlid buta kepada guru-guru dan kitab-kitab tertentu adalah menjadi penyakit kepada umat dan menjadi punca lahirnya bidaah .

Memperdaya Umat Islam
Sebahagian kaum Syiah dan sebahagian kaum Sufi mencipta bidaah dengan tujuan menghancurkan Islam dan menyesatkan kaum muslimin . Di dalam ilmu Tasauf , ada satu ajaran mengenai kasyaf . Kasyaf ialah sumber pengetahuan dalam ilmu tasawuf yang sama kedudukannya seperti akal dalam Ilmu Tauhid . Dengan kasyaf , orang boleh merombak sesuatu hukum yang telah ada atau mengadakan sesuatu cara ibadat yang belum atau tidak disyariatkan melalui lidah para rasul . Tidak hairanlah jika Agama Kristian di dunia sekarang ini ialah dari ajaran Paulus . Pengikutnya yakin bahawa beliau mendapat kasyaf berjumpa dengan Nabi Isa a.s sedangkan Nabi Isa sudah diangkat .

Menurut tafsiran kitab Tafsir al-Azhar , juzu' II , halaman 287 – 288 :
"Yang sangat merosak agama pula ialah yang ditimbulkan oleh golongan tasawwuf yang semacam itu ialah tentang adanya kasyaf . Kasyaf ertinya pembukaan rahsia yang tersembunyi . Menurut mereka , seseorang yang telah mencapai martabat wali itu boleh diberi Allah kelebihan dengan dikasyafkan kepadanya oleh Allah rahsia-rahsia yang tersembunyi , yang ghaib . Kadang-kadang mereka mengubah hukum agama yang tertulis di dalam al-Quran dan Hadis sebab tuan Syaikh telah mendapat kasyaf dari Allah baik di dalam suatu mimpi atau suatu ilham supaya dikerjakan begini atau begitu , yang tidak ada dari pokok syariat dari al-Quran dan Hadis itu ."

wallaualam..........

Pembahagian Bidaah


ADA DUA PENDAPAT BERKAITAN PEMBAHAGIAN BID AH INI, ADA PARA ULAMA YG BERPENDAPAT BID AH INI TERBAHAGI KEPADA BID AH HASANAH DAN BID AH DHALALAH DAN ADA YANG BERPENDAPAT SEMUA BID AH

berikut adalah hujah hujah berkaitan


PENDAPAT PERTAMA ;
BID AH TERBAHAGI KEPADA DUA, BID AH HASANAH DAN BID AH DHALALAH



Mengikut pendapat para ulama’. Alim Quraisy, Al-Imam al-Jahil, Imam Syafi’e mengatakan :

Bid’ah itu dua jenis : Bid’ah yang dipuji dan bid’ah yang dikeji. Apa yang selari dengan Sunnah itu, maka ia dipuji dan apa yang bertentangan dengannya, maka ia dikeji.”
[1]

Dalam riwayat lain Imam Syafi’e mengatakan :
“Perkara-perkara baharu yang diada-adakan itu dua jenis : (Pertama), perkara baharu yang bercanggah dengan Al-Qur’an atau Sunnah atau athar Sahabat atau ijma’, maka itulah Bid’ah Dhalalah (sesat). Dan (kedua), perkara baharu yang diadakan dari segala kebaikan yang tidak bertentangan dengan mana-mana daripada empat perkara itu, maka ia adalah bid’ah yang bukan keji.”[2]

[Apakah hujah Imam Syafi’e dalam pembahagian bid’ah tersebut?]

Ia adalah berdasarkan pengamatan beliau terhadap banyak hadith yang berkaitan, antaranya :

1) “Sesiapa yang mengadakan sesuatu yang baru dalam urusan (agama) kami ini, sesuatu yang bukan daripadanya, maka ia tertolak.”[3]
2) “Sesiapa yang mengadakan di dalam islam sunnah yang baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu, diberikan kepadanya pahala sebagaimana pahala orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari pahala orang yang mengerjakan itu, dan sesiapa yang mengadakan di dalam Uslam sunnah yang tidak baik lalu diamalkan orang kemudian sunnahnya itu,diberikan kepadanya dosa sebagaimana dosa orang yang mengerjakannya dengan tidak dikurangkan sedikitpun dari dosa orang yang mengerjakannya itu.”[4]
3) Hadith dari Abd ar-Rahman bin Abd al-Qari tentang solat Tarawih dimana beliau (Abd ar-Rahman) keluar bersama Umar Al-Khattab pada suatu malam di bulan Ramadhan ke masjid. Mereka berdua mendapati sekumpulan sahabat solat bersendirian dan yang lain berjemaah. Umar mengatakan jika dia mengumpul mereka mengikut seorang qari(imam), maka ia lebih baik. Dia kemudiannya menyuruh mereka mengikut Ubai bin Ka’ab. Pada malam lain yang ketika ramai yang solat di belakang seorang imam. Umar berkata :
“Ini adalah bid’ah yang baik.”[5]

[Siapakah ulama’ lain yang membahagikan bid’ah kepada bid’ah dhalalah dan bid’ah hasanah selain Imam Syafi’e?]

Ramai, antaranya
1) Imam Ibn Hajar al-Haitami
2) Qadhi Abu Bakar Ibn al-‘Arabi
3) Imam al-Baihaqi
4) Imam al-Ghazzali
5) Ibn Hazm azh-Zhahiri (456H)
6) Ibn al-Athir al-Jazari
7) Imam Abu Nu’aim
8) Imam al-Izz Ibn Abd as-Salam
9) Imam Nawawi
10) Ibn al-Amir ash-Shan’ani
11) Ibn Hajar al-Asqalani
12) Al-Ubbi (pensyarah kitab shahih muslim)
13) Imam Sayuthi
14) Ibn Rajab al-Hanbali
15) Ibn Taimiyyah
16) Ibn al-Jauzi
17) Asy-Syaukani
18) Dan ulama’ lain

Para ulama’ telah bersepakat tentang pembahagiaan bid’ah kepada yang terpuji dan tercela. Sayyidina Umar adalah orang pertama yang mengatakan demikian.
Para ulama’ juga telah bersepakat mengatakan hadith : “Setiap bid’ah itu sesat,...” perlu dikhususkan.

[Golongan yang mengatakan bahawa tidak ada istilah bid’ah hasanah, yang ada Cuma bid’ah dhalalah kerana berdalilkan hadith : “Setiap bid’ah itu sesat (dhalalah)”. Bagaimanakah pendapat ulama’ tentang hadith ini?]

“Setiap yang baharu adalah bid’ah, dan setiap bid’ah itu sesat (dhalalah), dan setiap yang sesat itu ke neraka.”[6]

Hadith ini haruslah difahami sedalam-dalamnya agar tidak membawa kepada kesilapan dari segi pemahamannya. Ia haruslah difahami melalui beberapa kaedah antaranya kaedah Ushul Fiqh, Ilmu Mantiq, dan Ilmu Balaghah.

A – Ilmu Ushul

Para ulama’ Ushul memahami pengertian teks hadith ini melalui kaedah :
“ ‘Am makhshush ” (Umum yang dikhususkan) atau
“Al-‘Umum bi Ma’na al-Khushush” (Umum dengan (membawa) makna yang khusus)

2 perkara yang dibahaskan oleh ulama’ :

(1) Apakah makna ‘muhdathah’ (perkara baru) dalam hadith ini mutlak (tanpa ada pengecualian)?

Jawapan : Ia bukanlah bersifat mutlak. Ia adalah hanya perkara baharu dalam masalah agama yang sesat (mazmumah), yang tidak ada dasarnya dalam syara’. Itulah yang dilarang. Adapun perkara baru yang ada dasar dari segi syara’, maka ia dianggap suatu perkara yang terpuji dan baik (hasanah), bahkan ia dianggap sebagai suatu sunnah (ajaran) Khulafa’ ar-Rasyidin dan para imam yang selalu mendapat petunjuk.

(2) Apakah pengertian ‘kullu’ (semua) juga bersifat mutlak (tanpa ada pengecualian)?

Jawapan : Tidak. Perkataan ‘kullu’, tidak semestinya hanya bermaksud ‘meliputi semua sekali, tanpa pengecualian’. Ia juga boleh bermaksud ‘hampir keseluruhan’ atau ‘kebanyakan’ atau ‘sebahagiannya’.
Banyak contoh dalam al-Quran dan hadith yang menunjukkan perkara ini, antaranya :
-Surah Al-An’am : 44
-Surah Al-Ahqaf : 25
-Surah An-Naml : 23
-Surah Taha : 15
-Surah Al-Anbiya’ : 30
-Surah Al-Kahfi : 79
-dan beberapa ayat dan hadith lain

B – Ilmu Manthiq[7]

Dalam perbahasan ilmu manthiq, ada yang disebut sebagai :

“Shaklun awwalun dharbun thalithun”

Oleh kerana keadaan ‘kullu’ (semua) tadi, boleh menjadi makna ‘ba’dhu’ (sebahagian), maka dalam ilmu Manthiq dikatakan :
“Semua (maknanya sebahagian) bid’ah adalah sesat”
“Semua yang sesat ke neraka”

Maka ia menjadi :
“Sebahagian bid’ah ke neraka”

C – Ilmu Balaghah[8]

Menurut ilmu balaghah, ‘setiap benda mesti mempunyai sifat’. Sifat itu mungkin jadi dua sifat bertentangan seperti baik dan buruk, panjang dan pendek, gemuk dan kurus.

Adalah mustahil jika ada benda yang dalam satu masa dan satu tempat mempunyai dua sifat yang bertentangan, contohnya : Jika dikatakan benda itu baik, mustahil pada waktu dan tempat yang sama dikatakan buruk. Begitu juga jika dikatakan Si Fulan berdiri, mustahil pada waktu dan tempat yang sama dikatakan Si Fulan duduk.

Berkenaan hadith yang dibicarakan tadi, mengikut ilmu balaghah, dalam hadith ini, bid’ah adalah benda. Setiap benda mesti mempunyai sifat, sama ada sifatnya baik atau sebaliknya (keji). Sifat bid’ah tidak disebutkan. Ia disebut sebagai ‘membuang sifat dari benda yang bersifat’.

Jika ingin ditulis sifat bid’ah, ia membawa kepada dua kemungkinan, “Setiap bid’ah yang baik itu sesat,…” atau “Setiap bid’ah yang keji itu sesat,…”.
Adalah mustahil bagi sifat baik dan sesat berkumpul dalam satu benda dan pada waktu dan tempat yang sama. Jadi kenyataan “Setiap bid’ah yang baik itu sesat,…” adalah tidak diterima.
Adapun “Setiap bid’ah yang keji itu sesat,…” adalah boleh diterima. Maka inilah makna sebenar hadith di atas.




PENDAPAT KEDUA.
TIADA PEMBAHAGIAN BID AH, TIADA BID AH HASANAH



Banyak sekali hadits-hadits nabawi yang mengisyaratkan makna syar'i dari kata bid'ah, di antaranya:


[1] Hadits Al Irbadh Ibnu Sariyah, di dalam hadits ini ada perkataan Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam:

"Jauhilah hal-hal yang baru (muhdatsat), karena setiap yang baru itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat." [Dikeluarkan oleh Abu Dawud dalam Sunannya dan teksnya milik Abu Dawud 4/201 no. 4608, Rmu Majah 1/15 No. 42, At-Tirmidzi 5/44 no. 2676 dan beliau berkata bahwa ini hadits hasan shahih dan hadits ini dishahihkan oleh Al Albaniy dalam Dhilaalul Jannah fii Takhriijissunnah karya lbnu Abi Ashim: no. 27]


[2] Hadits Jabir bin Abdullah, bahwa Nabi Shalallahu 'Alaihi Wasallam pernah berkata dalam khuthbahnya:

"Sesungguhnya sebaik-baik perkataan adalah kitab Allah dan sebagus-bagusnya tuntunan adalah tuntunan Mnbammad dan urusan yang paling jelek adalah sesuatu yang diada-adakan (dalam agama) dan setiap yang diada-adakan (dalam agama) itu adalah bid'ah dan setiap bid'ah itu sesat dan setap kesesatan itu (tempatnya) di neraka." [Dikeluarkan dengan lafadz ini oleh An- Nasa'i dalam As-Sunan 3/188 dan asal hadits dalam Shahih Muslim 3/153. Untuk menambah wawasan coba lihat kitab Khutbat Al-Haajah, karya Al-Albany]

Dan jika telah jelas dengan kedua hadits ini, bahwa bid'ah itu adalah al-mubdatsah (sesuatu yang diada-adakan dalam agama), maka hal ini menuntut (kita) untuk meneliti makna ibda' (mengada-adakan dalam agama) di dalam sunnah, dan ini akan dijelaskan dalam hadits-badits berikut:


[3] Hadits Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Rasulullah Shalallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:

"Barangsiapa mengada-ada (sesuatu) dalam urusan (agama) kami ini, padahal bukan termasuk bagian di dalamnya, maka dia itu tertolak." [Hadits Riwayat Al-Bukhari 5/301 no. 2697, Muslim 12/61 dan lafadz ini milik Muslim]


[4] Dalam Riwayat Lain:

"Barangsiapa mengamalkan amalan yang tidak ada dasarnya dalam urusan(agama) kami, maka dia akan tertolak." [Hadits Riwayat. Muslim 12/16]



Makna Bidaah

Makna Bidaah

Bidaah adalah daripada perkataan Arab dari perkataan dasar yang bererti mencipta sesuatu tanpa contoh sebelumnya .

Ini adalah berdasarkan firman Allah :
بديع السموات والارض
Ertinya :
" Yang menjadikan langit dan bumi tanpa ada contoh sebelumya ."

Dan firman Allah :
قل ماكنت بدعا من الرسل
Ertinya :
"Katakanlah aku bukanlah orang yang pertama membawa risalah daripada Allah , bahkan banyak rasul-rasul sebelumku ."


Bidaah menurut istilah ialah :

الحدث في الدين بعد الاكمال
Ertinya :
"Perkara-perkara baru dalam agama sesudah ianya disempurnakan."

Menurut Al-Syatibi pula , pengertian Bidah adalah :

" Dan Bidaah itu ialah satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syariat yang dimaksudkan dengan mengerjakannya ialah seperti apa yang dimaksudkan dengan jalan ( cara ) mengerjakan hukum syariat ."

Beliau menambah lagi dengan katanya :

" Maka jika demikian , maka bidaah itu ialah ibarat satu jalan ( cara ) dalam agama yang diada-adakan yang menyerupai hukum syarak yang dimaksudkan dengan mengerjakan ialah mengabdikan diri ( kepada Allah ) secara berlebih-lebihan ."

Sebahagian ulama hadis pula mendefinisikan bidaah seperti berikut :

" Ialah urusan yang baharu diada-adakan dalam agama baik berupa akidah , ibadat atau sifat bagi ibadat yang belum pernah terjadi pada zaman Rasulullah SAW ."

Sebagai kesimpulan

Bidaah didefinisikan sebagai perkara-perkara baru dalam agama yang diada-adakan berlawanan dengan dalil-dalil atau kaedah-kaedaah yang telah ditetapkan oleh syarak .

Amalan Bidaah Dalam Masyarakat Melayu

Amalan Bidaah Dalam Masyarakat Melayu

Asal-usul orang-orang Melayu amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam .
Beberapa teori telah mengatakan bahawa orang Melayu adalah daripada golongan manusia yang diberi nama Austronesia .
Ia datang dari daerah Yunan dan telah turun menduduki wilayah Asia Tenggara .
Ini berlaku sejak tahun 2 500 sebelum Masehi dengan golongan pertama dikenali sebagai Melayu Proto dan kemudian diikuti oleh Melayu Deutro .

Masyarakat Melayu Nusantara mula menerima Islam pada abad ke-13 masehi dengan dimulai oleh Pasai .
Para pedagang Arab atau India telah membawa Islam kepada mereka .
Ini berikutan kepada catatan pelayaran Marco Polo ,
yang menulis bahawa ketika beliau singgah di Pasai pada tahun 1292 ,
penduduk Pasai telah memeluk Islam.

Proses Islamisasi mulai pesat pada abad ke -15 kerana Melaka telah memainkan peranan penting dalam penyebaran Islam di Nusantara .
Puncak kepesatan penyebaran Islam ialah pada abad ke - 16 dan 17.
Walaupun Melaka jatuh ke tangan Portugis pada waktu itu tetapi Aceh dapat mengambil alih peranan Melaka dengan keadaan lebih gigih lagi .

Oleh kerana Islam berkembang dengan pesat di nusantara dan ramai pula yang ingin mendalami agama tanpa mengenali dengan lebih dekat siapakah guru mereka ,
ditambah pula mereka terlalu ghairah untuk mengejar pahala dan mengejar banyak fadhilat , maka masyarakat Melayu terjebak ke kancah bidaah .
Ini jelas dapat dilihat daripada beberapa amalan yang diamalkan oleh Masyarakat Melayu yang kononnya ajaran Islam tetapi setelah diselidiki , ia adalah satu bidaah .

Perjalanan dialam kubur 1


- Ibnu Mu'min Al-Branntiy pada 05hb Disember pukul 5.56 ptg


Khalifah kaum muslimin yang keempat Utsman bin Affan jika melihat perkuburan beliau menangis mengucurkan air mata hingga membasahi janggutnya

Suatu hari ada seorang yang bertanya:

“ Tatkala mengingat surga dan neraka engkau tidak menangis, mengapa engkau menangis ketika melihat perkuburan?”

Utsman pun menjawab, “Sesungguhnya aku pernah mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya liang kubur adalah awal perjalanan akhirat. Jika seseorang selamat dari (siksaan)nya maka perjalanan selanjutnya akan lebih mudah. Namun jika ia tidak selamat dari (siksaan)nya maka (siksaan) selanjutnya akan lebih kejam.”
(HR. Tirmidzi)


Bagaimanakah perjalanan seseorang jika ia telah masuk di alam kubur?

Hadits panjang al-Bara’ bin ‘Azib yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dishahihkan oleh Imam al-Hakim dan Syaikh al-Albani menceritakan perjalanan para manusia di alam kuburnya:

Suatu hari kami mengantarkan jenazah salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari golongan Anshar.

Sesampainya di perkuburan, liang lahad masih digali.
Lalu Rasulullah pun duduk (menanti) dan kami juga duduk terdiam di sekitarnya seakan-akan di atas kepala kami ada burung gagak yang hinggap.

Rasulullah memainkan sepotong dahan di tangannya ke tanah, lalu beliau mengangkat kepalanya
seraya bersabda,
“Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur!”
Beliau ulangi perintah ini dua atau tiga kali.


Adapun orang kafir,

di saat dia dalam keadaan tidak mengharapkan akhirat dan masih menginginkan (keindahan) duniawi,
turunlah dari langit malaikat yang bermuka hitam sambil membawa kain mori kasar.
Lalu mereka duduk di sekelilingnya.

Saat itu turunlah malaikat pencabut nyawa dan duduk di arah kepalanya seraya berkata, `Wahai nyawa yang hina keluarlah dan jemputlah kemurkaan dan kemarahan Allah!`.

Maka nyawa orang kafir tadi ‘berlarian’ di sekujur tubuhnya.
Maka malaikat pencabut nyawa tadi mencabut nyawa tersebut (dengan paksa),
sebagaimana seseorang yang menarik besi beruji yang menempel di kapas basah.
Begitu nyawa tersebut sudah berada di tangan malaikat pencabut nyawa,
sekejap mata diambil oleh para malaikat bermuka hitam yang ada di sekelilingnya,
lalu nyawa tadi segera dibungkus dengan kain mori kasar.

Tiba-tiba terciumlah bau busuk sebusuk bangkai yang paling busuk di muka bumi.
Lalu nyawa tadi dibawa ke langit.

Setiap mereka melewati segerombolan malaikat mereka selalu ditanya,
`Nyawa siapakah yang amat hina ini?`,
`Ini adalah nyawa fulan bin fulan` jawab mereka dengan namanya yang terburuk ketika di dunia.

Sesampainya di langit dunia, mereka minta izin untuk memasukinya,
namun tidak diizinkan.

Saat itu Allah berfirman,
`Tulislah namanya di dalam Sijjin di bawah bumi`,

Kemudian nyawa itu dicampakkan (dengan hina dina).

Kemudian nyawa tadi dikembalikan ke jasadnya,
hingga datanglah dua orang malaikat yang mendudukannya

seraya bertanya,
`Siapakah rabbmu?`, `Hah hah… aku tidak tahu` jawabnya.

Mereka berdua kembali bertanya,
`Apakah agamamu?` “Hah hah… aku tidak tahu` sahutnya.

Mereka berdua bertanya lagi,
`Siapakah orang yang telah diutus untuk kalian?` “Hah hah… aku tidak tahu` jawabnya.

Saat itu terdengar seruan dari langit,
`Hamba-Ku telah berdusta! Hamparkan neraka baginya dan bukakan pintu ke arahnya`.

Maka hawa panas dan bau busuk neraka pun bertiup ke dalam kuburannya.
Lalu kuburannya di himpit hingga tulang belulangnya (pecah dan) menancap satu sama lainnya.

Tiba-tiba datanglah seorang yang bermuka amat buruk memakai pakaian kotor dan berbau sangat busuk,

seraya berkata,
`Aku datang membawa kabar buruk untukmu, hari ini adalah hari yang telah dijanjikan bagimu`.

Orang kafir itu seraya bertanya,
`Siapakah engkau? Wajahmu menandakan kesialan!`,
`Aku adalah dosa-dosamu` jawabnya.

`Wahai Rabbku, janganlah engkau datangkan hari kiamat`



Marilah manfaatkan kehidupan dunia yang hanya sementara ini untuk benar-benar beramal saleh. Semoga kelak kita mendapatkan kenikmatan di alam kubur serta dihindarkan dari siksaan di dalamnya, amin.

Wallahu ta’ala a’lam, wa shallallahu ‘ala nabiyyyina muhammadin wa ‘ala alihi wa shahbihi ajma’in.





5.12.09

Perjalanan di alam kubur II

-Ibnu Mu'min Al-Branntiy pada 05hb Disember pukul 5.53 ptg



Bagaimanakah perjalanan seseorang jika ia telah masuk di alam kubur?

Hadits panjang al-Bara’ bin ‘Azib yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan dishahihkan oleh Imam al-Hakim dan Syaikh al-Albani menceritakan perjalanan para manusia di alam kuburnya:

Suatu hari kami mengantarkan jenazah salah seorang sahabat Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam dari golongan Anshar.
Sesampainya di perkuburan, liang lahad masih digali.
Lalu Rasulullah pun duduk (menanti) dan kami juga duduk terdiam di sekitarnya seakan-akan di atas kepala kami ada burung gagak yang hinggap.
Rasulullah memainkan sepotong dahan di tangannya ke tanah, lalu beliau mengangkat kepalanya seraya bersabda, “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari adzab kubur!” Beliau ulangi perintah ini dua atau tiga kali.

Kemudian baginda bersabda:

“Seandainya seorang yang beriman sudah tidak lagi menginginkan dunia dan telah mengharapkan akhirat (sakaratul maut), turunlah dari langit para malaikat yang bermuka cerah secerah sinar matahari.
Mereka membawa kain kafan dan wewangian dari surga lalu duduk di sekeliling mukmin tersebut sejauh mata memandang.
Setelah itu turunlah malaikat pencabut nyawa dan mengambil posisi di arah kepala mukmin tersebut.
Malaikat pencabut nyawa itu berkata,
`Wahai nyawa yang mulia keluarlah engkau untuk menjemput ampunan Allah dan keridhaan-Nya`.

Maka nyawa itu (dengan mudahnya) keluar dari tubuh mukmin tersebut seperti lancarnya air yang mengalir dari mulut sebuah kendil.
Lalu nyawa tersebut diambil oleh malaikat pencabut nyawa dan dalam sekejap mata diserahkan kepada para malaikat yang berwajah cerah tadi lalu dibungkus dengan kafan surga dan diberi wewangian darinya pula.
Hingga terciumlah bau harum seharum wewangian yang paling harum di muka bumi.

Kemudian nyawa yang telah dikafani itu diangkat ke langit.
Setiap melewati sekelompok malaikat di langit mereka bertanya,
`Nyawa siapakah yang amat mulia itu?`
`Ini adalah nyawa fulan bin fulan`, jawab para malaikat yang mengawalnya dengan menyebutkan namanya yang terbaik ketika di dunia.

Sesampainya di langit dunia mereka meminta izin untuk memasukinya, lalu diizinkan.
Maka seluruh malaikat yang ada di langit itu ikut mengantarkannya menuju langit berikutnya. Hingga mereka sampai di langit ketujuh.

Di sanalah Allah berfirman, `
Tulislah nama hambaku ini di dalam kitab ‘Iliyyin. Lalu kembalikanlah ia ke (jasadnya di) bumi, karena darinyalah Aku ciptakan mereka (para manusia), dan kepadanyalah Aku akan kembalikan, serta darinyalah mereka akan Ku bangkitkan.`


Lalu nyawa tersebut dikembalikan ke jasadnya di dunia.
Lantas datanglah dua orang malaikat yang memerintahkannya untuk duduk.

Mereka berdua bertanya,
`Siapakah rabbmu?`, `Rabbku adalah Allah` jawabnya.

Mereka berdua kembali bertanya, `Apakah agamamu?`, `Agamaku Islam` sahutnya.

Mereka berdua bertanya lagi, `Siapakah orang yang telah diutus untuk kalian?`
“Beliau adalah Rasulullah ” jawabnya.

`Dari mana engkau tahu?` tanya mereka berdua.
`Aku membaca Al-Qur’an lalu aku mengimaninya dan mempercayainya`.

Tiba-tiba terdengarlah suara dari langit yang menyeru, `(Jawaban) hamba-Ku benar! Maka hamparkanlah surga baginya, berilah dia pakaian darinya lalu bukakanlah pintu ke arahnya`.

Maka menghembuslah angin segar dan harumnya surga (memasuki kuburannya) lalu kuburannya diluaskan sepanjang mata memandang.

Saat itu datanglah seorang (pemuda asing) yang amat tampan memakai pakaian yang sangat indah dan berbau harum sekali, seraya berkata,
`Bergembiralah, inilah hari yang telah dijanjikan dulu bagimu`.

Mukmin tadi bertanya, `Siapakah engkau?

Wajahmu menandakan kebaikan`. `Aku adalah amal salehmu` jawabnya.
Si mukmin tadi pun berkata, `Wahai Rabbku (segerakanlah datangnya) hari kiamat, karena aku ingin bertemu dengan keluarga dan hartaku.

hidayah anugerah Allah

'Aisyah Ummu Khumairoh

kita berada dalam anugerah yang tiada ternilai dari Dzat yang memiliki kerajaan langit dan bumi, sementara begitu banyak orang yang terhalang untuk memperolehnya?

Kita mungkin tahu ajaran yang benar dari agama Islam ini. Tahu ini haq, itu batil… Ini tauhid, itu syirik…. Ini sunnah, itu bid’ah… Lalu kita dimudahkan untuk mengikuti yang haq dan meninggalkan yang batil.

Sementara, banyak lagi orang lain yang tidak mengerti mana yang benar dan mana yang sesat, atau ada yang tahu tapi tidak dimudahkan baginya untuk mengamalkan al-haq, malah ia senang berbuat kebatilan.

Kita dapat berjalan mantap di bawah cahaya yang terang benderang, sementara banyak orang yang tertatih meraba dalam kegelapan.

Kita tahu apa tujuan hidup kita dan kemana kita kan menuju. Sementara, ada orang-orang yang tidak tahu untuk apa sebenarnya mereka hidup. Bahkan kebanyakan mereka menganggap mereka hidup hanya untuk dunia, sekedar makan, minum, dan bersenang-senang di dalamnya.

Apa namanya semua yang kita miliki ini, wahai saudaraku, kalau bukan anugerah terbesar, nikmat yang tiada ternilai? Inilah hidayah dan taufik dari Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada jalan-Nya yang lurus.

Dalam Tanzil-Nya, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

“Allah memberikan hidayah kepada siapa yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus.”
(Al-Baqarah: 213)

hidayah di sini maknanya adalah petunjuk dan taufik. Allah Subhanahu wa Ta’ala berikan hidayah ini kepada orang yang pantas mendapatkannya, karena segala sesuatu yang dikaitkan dengan kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala maka mesti mengikuti hikmah-Nya. Siapa yang beroleh hidayah maka memang ia pantas mendapatkannya. (Tafsir Al-Qur’anil Karim, 3/31)

“Allah tidak meletakkan hidayah di dalam hati kecuali kepada orang yang pantas mendapatkannya. Adapun orang yang tidak pantas memperolehnya, maka Allah mengharamkannya beroleh hidayah tersebut.

Allah Yang Maha Mengetahui, Maha Memiliki hikmah, Maha Mulia lagi Maha Tinggi, tidak memberikan hidayah hati kepada setiap orang, namun hanya diberikannya kepada orang yang diketahui-Nya berhak mendapatkannya dan dia memang pantas. Sementara orang yang Dia ketahui tidak pantas beroleh hidayah dan tidak cocok, maka diharamkan dari hidayah tersebut.”

“ Di antara sebab terhalangnya seseorang dari beroleh hidayah adalah fanatik terhadap kebatilan dan semangat kesukuan, parti, golongan, dan lain nya. Semua ini menjadi sebab seseorang tidak mendapatkan taufik dari Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Siapa yang kebenaran telah jelas baginya namun tidak menerimanya, ia akan dihukum dengan terhalang dari hidayah. Ia dihukum dengan penyimpangan dan kesesatan, dan setelah itu ia tidak dapat menerima al-haq lagi. Maka di sini ada hasungan kepada orang yang telah sampai al-haq kepadanya untuk bersegera menerimanya. Jangan sampai ia menundanya atau mau pikir-pikir dahulu, karena kalau ia menundanya maka ia memang pantas diharamkan/dihalangi dari hidayah tersebut.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

- “Maka tatkala mereka berpaling dari kebenaran, Allah memalingkan hati-hati mereka.” (Ash-Shaf:5)

- “Dan begitu pula Kami memalingkan hati dan penglihatan mereka seperti mereka belum pernah beriman kepadanya (Al-Qur’an) pada awal kalinya dan Kami biarkan mereka bergelimang dalam kesesatannya yang sangat.” (Al-An’am:110)


Penulis: Al-Ustadzah Ummu Ishaq Al-Atsariyyah