Ya Allah... dalam perjalanan ini bukakan lah ke atas kami hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu...
22.12.09
tanduk iblis
Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud : " siapa yang bersolat ketika matahari hendak terbenam maka sebenarnya dia sedang bersolat di antara 2 tanduk iblis "
Penerangan : Melengah-lengahkan Solat Asar sehingga hampir masuk waktu Solat Maghrib
Kewajiban Menjaga Waktu Solat
Solat fardhu lima waktu merupakan rukun Islam yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam Kewajipan tersebut tidak boleh diabaikan. Kita hendaklah melaksanakan ibadah solat dengan sempurna, termasuklah dalam menjaga waktu solat. Menunaikan solat fardhu itu lebih afdhal dilakukan pada awal waktu walaupun solat Isya’, menurut pendapat yang muktamad.
Diriwayatkan oleh Ummu Farwah, katanya :
Maksudnya : “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam pernah ditanya, apakah amalan-amalan yang paling afdhal ? Baginda menjawab : “Solat pada awal waktunya”
(Hadits riwayat Abu Daud)
Hadits-hadits lain yang menerangkan kelebihan awal waktu itu, sebagaimana hadits yang diriwayatkan oleh ‘Abdullah bin Mas‘ud Radhiallahu ‘anhu katanya :
Maksudnya: “Saya telah bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam tentang amalan-amalan yang lebih disukai oleh Allah Ta‘ala ? Sabda Baginda : Solat pada waktunya. Aku (‘Abdullah) bertanya : “Kemudian apa ? Sabda Baginda : “Kemudian berbuat baik kepada ibu bapa. Aku bertanya: “Kemudian apa ? Baginda bersabda : “Kemudian jihad pada jalan Allah”
(Hadits riwayat Muslim)
Keburukan Melengah-lengahkan Solat
Bagaimana pula bagi orang yang melambat-lambatkan atau melengah lengahkan solat ?
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud :
“ Orang-orang yang bersolat pada waktunya dan menyempurnakan wudhunya, menyempurnakan (tegak) berdirinya, menyempurnakan khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka solat itupun naik ke langit dalam keadaan putih dan cemerlang.
Solat itupun berkata : “Semoga Allah menjaga dirimu sebagaimana engkau menjaga aku dengan memperelokkan kelakuan solat itu ”
Tetapi sesiapa yang bersolat tidak dalam waktunya yang ditentukan dan tidak pula memperelokkan wudhunya, khusyu‘nya, ruku‘nya dan sujudnya, maka solat itupun naik ke langit dalam keadaan hitam legam sambil berkata : “Semoga Allah mensia-siakan dirimu sebagaimana engkau mensia-siakan aku”. Sehinggakan setelah solat itu berada di suatu tempat sebagaimana yang dikehendaki oleh Allah, lalu iapun dilipatkan sebagaimana dilipatnya baju yang koyak-koyak kemudian dipukulkanlah ke mukanya”.
(Hadis riwayat Al-Thabarani)
21.12.09
Kenapa Yahudi Inginkan Baitulmaqdis
Pada masa Nabi Daud dan Sulaiman, para Yahudi semuanyaa taat kepada Allah. Nabi Sulaiman mempunyai satu mukjizat iaitu sangat kaya, menguasai angin, jin, mesgastua. Pada zaman tersebut jin tunduk kepada Nabi Sulaiman dan mereka banyak membawakan emas kepada Nabi Sulaiman sehinggakan di bawah laut pun Ifrit tolong ambilkan.
Masa Nabi Sulaiman mengarahkan pembinaan Masjid Al-Aqsa, semua jin patuh dengan perintah tersebut dan mereka membuat dengan bersungguh-sungguh bersama dengan para Yahudi dan manusia lain sampaikan mereka tidak sedar kewafatan Nabi Sulaiman.
Nabi Sulaiman wafat ketika berdiri atau duduk atas kerusi semasa memerhatikan jin dan manusia membina Masjid Aqsa. Sampai masa siap sepenuhnya, barulah kewafatan baginda dipertunjukkan dengan anai-anai makan tongkat baginda dan jasad baginda terjatuh. Ini nak menunjukkan bahawa jin juga tidak mengetahui perkara ghaib.
Selepas kewafatan baginda, Yahudi telah berpecah belah dan kembali ke tabiat lama mereka, menyembah berhala dan melakukan penindasan. Ada juga yang masih taat menyembah Allah, namun banyak dari mereka kembali menyembah berhala Baal, berhala Dagon (seperti lambang Starbuck), berhala Jehovah, berhala Osiris dan ada juga yang menyembah syaitan (Baphomet dan Lucifer)
Para penyembah syaitan ini telah membina satu lagi bangunan berdekatan Kompleks Masjidil Aqsa yang mana mereka namakan Solomon Temple untuk melakukan ritual penyembahan syaitan dan akan menjadi istana kepada al-Masih Dajjal. Ini diketuai oleh King Hiram the Thyre. Mereka mengangkut kebanyakan emas yang dipercayai banyak di Masjid Aqsa ke Solomon Temple tersebut.
Selepas banyak melakukan penindasan, mereka diserang oleh kaum Assyria yang memusnahkan kota mereka dan mereka bangun semula. Selepas itu pula diserang habis-habisan oleh kerajaan Rom yang memusnahkan kota Yahudi sehingga menjadi padang jarak padang terkukur, tinggal satu dinding sahaja yang sekarang menjadi Tembok Ratapan (Wailling Wall) yang mana Barrack Obama dan George W. Bush serta bekas Presiden Amerika yang lain melakukan ritual menangisi di tembok tersebut.
Selepas itu mereka berasimilasi dengan kerajaan Rom dan menjadi pembodek tegar kerajaan Rom. Selepas itu Nabi Isa diutuskan kepada mereka dan mereka rasakan Nabi Isa adalah ancaman terhadap kekuasaan mereka. Lalu mereka menghasut pemerintah Rom supaya membunuh Nabi Isa. Tetapi Nabi Isa diangkat ke sisi Allah secara hidup-hidup dan dengan jasad dan orang lain ditukarkan ke rupa Nabi Isa. nabi Isa akan turun semula menjelang kiamat.
Yahudi sekarang terlalu inginkan Baitulmuqaddis disebabkan mereka percaya masih banyak lagi emas yang belum sempat diangkut oleh mereka sejak dulu. Mereka percaya bahawa dengan emas dan makanan mereka dapat menguasai dunia. Sila baca Protokol of Zion (dari buku The International Jews, Henry Ford)
Protocol No. 22: The Power of Gold
In our hand is the greatest power of our day-Gold: In two days we can procure from our storehouses any quantity we may please.
Dan lagi satu misi yang lebih penting kenapa mereka mahukan sangat Baitulmaqdis adalah untuk membina semula Solomon Temple yang runtuh semasa serangan oleh Rom dahulu agar dapat menjadi Kiblat penyembah syaitan dan juga sebagai istana kepada Raja yang akan ditabalkan oleh mereka menjelang tahun 2020.
Protocol No. 24: King of the Jews
The king of the Jews must not be at the mercy of his passions, and especially of sensuality: on no side of his character must he give brute instincts power over his mind. Sensuality worse than all else disorganizes the capacities of the mind and clearness of views, distracting the thoughts to the worst and most brutal side of human activity.
Kesimpulannya, Yahudi terlalu hendakkan baitulmuqaddis disebabkan EMAS, membina semula Solomon Temple dan menunggu penabalan Raja Yahudi iaitu al-Masih Dajjal yang akan bersemanyam di Solomon Temple tersebut.
Dajjal dan Teknologi Pencarian Imam Mahdi
Rancangan Rahsia Dajjal
oleh Ibnuyaacob
Bagaimanakah Dajjal boleh memaksa manusia menyembahnya? Apakah cara paling berkesan untuk ia menjejaki Imam Mahdi? Bagaimana ia boleh merealisasikan matlamatnya itu?
Persoalan-persoalan sedemikian sentiasa bermain di benak fikiran kita tentang gerak kerja Dajjal pada akhir zaman. Dalam memikirkan hal-hal sedemikian, kebanyakan umat Islam mungkin merasa selesa untuk menghadapi Dajjal kerana dibekalkan hadith-hadith yang membongkarkan tingkahlaku-tingkahlakunya kelak.
Tetapi hakikatnya yang berlaku pada masa sekarang kelihatan Allah mula membongkarkan sedikit demi sedikit cara Dajjal menguasai pemikiran manusia sama ada orang Islam atau sebaliknya. Pembongkaran melalui masa ini membuktikan bahawa perancangan Dajjal tidak sebagaimana yang difikirkan oleh umat Islam sebelum ini.
Sebelum ini, mitos pemikiran umat Islam tentang Dajjal ialah makhluk itu seperti raksasa yang mudah kelihatan, mempunyai bala tentera yang memaksa-maksa orang ramai menyembahnya dan sebagainya. Apabila wujudnya penemuan-penemuan teknologi terkini yang bersangkutan dengan ‘mind-control’ maka ia sedikit sebanyak telah memahamkan umat Islam tentang perancangan Dajjal.
Hitachi dan Cip bersaiz Habuk
Pendedahan daripada Hitachi Corporation tentang teknologi baru yang diperkenalkan baru-baru ini benar-benar ‘melegakan’ para penyiasat konspirasi. Penciptaan cip sebesar habuk (RFID) telah menaikkan taraf bidang ‘siasatan konspirasi’ ke satu level yang bakal ‘mendahului’ bidang-bidang sains sosial lain.
Cip baru ciptaan Hitachi itu merupakan antara yang termaju selain daripada penciptaan nano robot yang diumumkan mereka di dalam majalah Popular Science tidak lama dulu. Penciptaan cip dengan kuasa 2.5Ghz ini dilihat mampu merealisasikan impian Illuminati untuk mewujudkan satu ‘tracking system’ bersaiz global.
Dalam erti kata lain, penciptaan cip baru ini akan diselindungi dengan gembar-gembur akan kebaikan penciptaannya kepada dunia keselamatan maklumat. Tetapi realitinya di dalam isu konspirasi, penciptaannya sudah pasti mengambil kelebihan afdal di atas kemampuan cip ini untuk mengawal pergerakan manusia.
IBM dan VeriChip Corporation
Video di bawah ini menjelaskan bagaimana IBM dan VeriChip terlibat sebagai agen pelaksana teknologi bagi merealisasikan matlamat New World Order.
Tracking System untuk Imam Mahdi
Penumpuan utama teknologi ini kami percaya adalah kesinambungan dari kegagalan berganda pihak Illuminati menghapuskan fobia mereka terhadap ‘Imam Mahdi’ yang bakal memimpin tentera-tenteranya. Mereka sedar, Allah tidak semudah itu untuk membiarkan mereka mengenal pasti Imam Mahdi. Tetapi di dalam kesedaran mereka itu tersemat juga sedikit ‘harapan palsu’ yang sengaja diterapkan oleh Dajjal dalam usaha mencari Imam Mahdi.
Penemuan teknologi ini, kami melihat sebagai usaha tersembunyi pihak Illuminati untuk mencari Imam Mahdi yang sentiasa menjadi harapan umat Islam sejak 1000 tahun dahulu.
Adalah tidak munasabah untuk pihak Illuminati yang sudah pun menghancurkan peribadi Muslim dan kekayaan mereka di seluruh dunia bagi membina satu teknologi yang bakal diserap dalam Mind-Control Project.
Teknologi ini membuktikan betapa gentarnya pihak Illuminati terhadap janji-janji Allah yang memberi amaran kepada mereka akan hebatnya pasukan-pasukan Panji Hitam yang bakal dipimpin Imam Mahdi. Teknologi ini juga membuktikan bahawa Illuminati ‘kehabisan idea’ bagaimana Imam Mahdi akan ditabalkan sebagai pemimpin, bagaimana munculnya tentera-tentera Panji Hitam, sejauh mana majunya teknologi tentera-tentera pimpinan Imam Mahdi itu.
Kesimpulan
Tetapi kami amat yakin bahawasanya penemuan-penemuan teknologi pihak Illuminati sesungguhnya tidak akan melampaui apa yang telah dijanjikan Allah walaupun teknologi-teknologi mereka kelihatan amat jauh kehadapan meninggalkan umat Islam.
Sesungguhnya jua Allah telah menjanjikan ‘had’ yang nyata ke atas usaha-usaha mereka itu melalui firmannya dalam Surah al-Hajj, ayat 73;
“Wahai umat manusia, inilah diberi satu misal perbandingan, maka dengarlah mengenainya dengan bersungguh-sungguh. Sebenarnya mereka yang kamu seru da nsembah, yang lain dari Allah itu, tidak sekali-kali akan dapat mencipta seekor lalat walaupun mereka berhimpun beramai-ramai membuatnya; dan jika lalat itu mengambil sesuatu dari mereka, mereka tidak dapat mengambilnya balik daripadanya.(Kedua-duanya lemah belaka), lemah yang meminta (dari mendapat hajatnya) dan lemah yang diminta (daripada menunaikannya).
(Gambar) Replika robot lalat yang cuba diusahakan oleh saintis-saintis Amerika. Projek ini didedahkan dalam artikel New York Times bertarikh 21 Mei 2008.
Wallahu’alam …
18.12.09
KATA KATA HIKMAH
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut
kesempatan yang menjelma."
"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang
dari semangat yang tidak pernah mengalah."
"Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak
melakukan perkara yang betul."
"Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa
jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan
KATA KATA HIKMAH
dan mati tak ber teman.."
"Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya
sendiri"
"Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan
orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."
"Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya
kita akan terkejut dengan hasilnya."
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi
kita sering kali ingat apa yang orang lain ada."
"Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa
yang kita berikan padanya."
"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang
berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai
peluang. Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula
ke pada Ilahi."
KATA KATA HIKMAH
merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
"Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup
seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
"Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
"Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang menentukan,
Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang
ditinggalkan".
"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan
orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg
telah dicari"
"Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg
diwarisi dari nenek moyang"
KATA KATA HIKMAH
Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan
KATA KATA HIKMAH
perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi
kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"
"Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh
menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah
menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"
"Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji
keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut
kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.
KATA KATA HIKMAH
bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita
walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya
Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan
(Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.
Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika
kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan
dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."
"Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"
KATA KATA HIKMAH
melaksanakan sepotong pesanan.
Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu
kadang-kadang menumpahkan darah.
Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua
akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis
kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.
Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah
untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.
Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang
diimaginasi .
Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang
setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong
impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.
Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang
mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan
iman yang dirasakan manisnya dalam hati...
KATA KATA HIKMAH
itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.
Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua
untuk bertaubat.
Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan
rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.
Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata
terbuka belum bererti ia melihat.
Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat
berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.
KATA KATA HIKMAH
malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.
Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan.
Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan.
Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.
sehingga ia mula bercakap kosong
Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan
berkembang jika ianya digunakan.
Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan.
Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang
Maha Berkuasa.
Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun
kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.
KATA KATA HIKMAH
kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi
dengan banyak tapi diiringi dengan riak.
Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada
insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari
batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti
sutera.
Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang
tingginya enam kaki.
Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu
mengecewakan agama.
Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal
mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan
hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.
KATA KATA HIKMAH
Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar di
lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah
iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di
lautan hidup ini.
Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam
kenangan.
Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu
penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi
mainan orang.
Hati yang terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali
kepada bentuk asalnya.
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada
kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun.
Bila-bila masa ia akan pecah.
Syirik antara sadar atau tidak
Syirik yang kecil atau tersembunyi ialah kepercayaan, perkataan atau perbuatan yang menyebabkan berlakunya syirik terhadap kekuasaan atau undang-undang peraturan Allah.
Syirik tersembunyi ada banyak. Antaranya mempercayai sesuatu yang menjadi sebab dengan keadaan hakikatnya akan memberi kesan baik atau buruk.
Ini termasuk menaruh perasaan takut dan gerun kepada kekuatan sesuatu yang lain dari Allah, menumpukan harapan kepada sesuatu yang lain daripada Allah, bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada menyebut nama atau sifat Allah.
Begitu juga dengan mengatakan: “Kalaulah tidak kerana pertolongan Allah dan pertolongan si anu, tentulah aku tidak berjaya”, atau mengatakan: “Kalaulah tidak kerana ayam berkokok, polis meronda atau sebagainya, tentulah rumahku dimasuki pencuri”.
Lainnya ialah melakukan sesuatu ibadat atau daya usaha pengorbanan atau perjuangan bukan kerana menjunjung perintah Allah semata-mata, tetapi tujuan lain.
Nabi Muhammad menerangkan dalam beberapa hadis mengenai syirik yang tersembunyi.
Antaranya, daripada Mahmud Labid, katanya: “Rasulullah bersabda: ‘Sesungguhnya perkara yang sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil.”
Sahabat bertanya: “Apa dia syirik kecil itu ya Rasulullah? ”Baginda menjawab: “(Syirik kecil itu) ialah riak. Allah Taala akan berfirman pada hari kiamat apabila manusia datang dengan amal masing-masing: “Pergilah kepada mereka yang kamu melakukan riak di dunia dulu (untuk menunjukkan kepada mereka), kemudian lihatlah, adakah kamu akan dapati sebarang balasan di sisi mereka?” (Imam Ahmad).
Hadis lain, daripada Ibnu Umar, katanya: Rasulullah bersabda: “Sesiapa bersumpah dengan sebarang sebutan yang lain daripada nama atau sifat Allah, maka sesungguhnya dia melakukan syirik terhadap Allah.” (R. Tirmizi)
Daripada Ibnu Mas'ud, katanya: Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.” (Abu Daud dan Imam Ahmad)
Berlakunya syirik
Uluhiyah Allah ialah sifat-Nya berhak disembah, dicintai, dipatuhi perintah-Nya, dipohon untuk mendapat segala kebaikan dan menolak sebarang perkara yang tidak diingini.
Rububiyyah ialah sifat mentadbir dan mengasuh serta mendidik alam yang dicipta iaitu dengan mengadakan segala keperluan, mengatur undang-undang dan menyatakan hukum halal haram untuk kebaikan jasmani dan kebahagiaan rohani.
Sesiapa yang menganggap mana-mana satu daripada sifat itu ada pada yang lain daripada Allah nescaya melakukan syirik walaupun dia pada masa itu masih beriman kepada Allah.
Allah berfirman yang bermaksud: “Meskipun kebanyakan mereka beriman kepada Allah, dalam pada itu mereka tidak sunyi dari perbuatan syirik.” (Surah Yusuf, ayat 106).
Dengan itu, amat buruk seseorang yang mendewakan sebarang makhluk dengan mengasihinya dan menurut perintahnya sebagaimana dia mencintai Allah. Begitu juga meminta dan mengharapkan hasil sesuatu hajat daripada sesuatu makhluk atau dengan sesuatu cara selepas diketahui ia tidak dilarang Allah.
Demikian juga salah menerima sebarang peraturan atau hukum-hakam yang diadakan oleh yang lain daripada Allah, kecuali sekadar peraturan, kenyataan atau pengajaran yang dibawa oleh Rasulullah.
Daripada Abu Hurairah, bahawa Rasulullah bersabda: “Jauhkan dan singkirkan perkara yang membinasakan.” Sahabat bertanya: “Apakah dia perkara itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab: “(Salah satu yang terbesar di antaranya) ialah melakukan syirik terhadap Allah.” (Hadis Bukhari dan Muslim).
Elak Lakukan Syirik Tersembunyi
ISLAM adalah agama tauhid, yakni agama yang berasaskan iman kepada keesaan Allah Yang Maha Kuasa. Ukuran sempurna atau tidak Islam seseorang bergantung kepada kesempurnaan tauhid mereka.
Tauhid yang sempurna meresap ke dalam hati nurani dan melahirkan kesan kepada seluruh tingkah laku serta kehidupan. Ia memberi kesedaran untuk sentiasa berwaspada terhadap godaan syaitan dalam setiap amalan supaya tidak diselewengkan kepada yang lain daripada Allah.
Boleh dikatakan sebahagian besar orang yang mengaku beriman dan mengakui Allah mencipta mereka tetapi tauhid mereka tidak penuh kepada Allah kerana ketika mengerjakan ibadat, hati tidak bersih kepada Allah semata-mata.
Ada yang menumpukan taat setianya kepada Allah dengan menjalankan hukum syariat-Nya tetapi serentak itu, mengubah hukum syarak dengan menokok tambah atau menguranginya menurut hawa nafsu.
Perbuatan itu adalah syirik.
Firman Allah bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Marilah supaya aku bacakan apa yang diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Dia sesuatu pun ...' (Surah Al-An’am ayat 151).
Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud: “... Bahawasanya sesiapa yang mempersekutukan Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurga dan tempat kembalinya ialah neraka ...” (Surah Al-Maidah, ayat 72).
Ayat lain bermaksud: “... Dan sesiapa yang mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Allah, maka seolah-olah dia jatuh dari langit lalu disambar rombongan burung (sehingga ia hancur berkecai), atau dihumbankan angin ke tempat yang jauh (yang membinasakannya).” (Surah Al-Hajj, ayat 31).
Maksud ayat dalam surah di atas ialah Allah mengharamkan manusia melakukan sebarang rupa syirik, sama ada yang nyata atau tersembunyi. Ayat itu turut menyatakan balasan buruk kepada orang yang melakukan syirik dan menggambarkan dahsyatnya keadaan serta balasan mereka.
Daripada Abdullah Mas'ud, katanya : Rasulullah bersabda: “Sesiapa mati dalam keadaan melakukan sebarang syirik terhadap Alah, masuklah dia ke dalam neraka.” (Hadis Bukhari dan Muslim).
Jenis Syirik
1. syirik khafi (tersembunyi)
2. syirik jali (terang dan nyata).
Syirik jali ialah syirik yang terang, nyata dan besar yang boleh menyebabkan seseorang itu dianggap jatuh ke tahap kufur.
Syirik ini boleh berlaku melalui salah satu daripada tiga keadaan iaitu:
1. Menerusi i’tiqad seperti meragui atau menafikan kewujudan Allah. Justeru, mana-mana fahaman yang meragui dan menafikan kewujudan Allah seperti fahaman komunis dan ateis adalah jelas syirik.
2. Menerusi perbuatan atau amalan tertentu seperti menyembah patung, berhala, batu, pokok, matahari, bulan bintang atau objek tertentu. Perbuatan memuja nasib dan meminta nombor ekor di kubur tertentu atas dakwaan kubur itu keramat juga adalah unsur syirik. Bahkan ulama menjelaskan perbuatan terlalu memuja dan mendewakan orang atau pemimpin tertentu juga adalah perbuatan syirik.
3. Menerusi lidah atau perkataan seperti menghalalkan perkara haram dan mengaku keluar daripada agama Islam. Termasuk dalam kategori ini ialah perkataan yang boleh menyebabkan terbatal syahadah seseorang Muslim.
Syirik khafi
Syirik khafi ialah syirik yang kecil dan tersembunyi yang menyebabkan hilang atau luputnya pahala seseorang. Syirik itu banyak berkaitan dengan perbuatan riak di dalam beramal atau melakukan sesuatu perkara.
Perkara itu jelas disebut dalam al-Quran melalui firman Allah yang bermaksud: “Barang siapa yang berharap untuk bertemu dengan Allah (di hari akhirat kelak), maka hendaklah dia melakukan amal salih dan janganlah dia mempersekutukan Allah dengan sesuatu di dalam ibadatnya.” – (Surah al-Kahfi, ayat 110)
Maksud syirik di dalam beramal seperti dalam ayat itu ialah menunjuk-nunjuk ketika beramal atau riak di dalam beramal.
Rasulullah SAW dalam sabdanya pernah menasihatkan sahabat supaya berhati-hati dan menjauhi syirik kecil, lantas ditanya oleh sahabat apakah yang dimaksudkan dengan syirik kecil itu. Maka Rasulullah menjawab, syirik kecil yang dimaksudkan ialah riak dalam beramal.
Allah menjelaskan bahaya syirik khafi dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan sesungguhnya telah diwahyukan kepadamu dan kepada nabi-nabi terdahulu sebelummu, jika kamu mempersekutukan Tuhan, nescaya akan terhapuslah segala amalanmu dan tentulah kamu termasuk di kalangan orang yang rugi.” – (Surah az-Zumar, ayat 65)
Firman Allah lagi yang bermaksud: “Barang siapa yang mempersekutukan sesuatu dengan Allah (tidak ikhlas kepada-Nya dalam beramal), maka adalah dia seolah-olah telah jatuh dari langit lalu disambar oleh burung atau diterbangkan angin ke tempat yang jauh.” – (Surah al-Hajj, ayat 31)
Melihat kepada situasi hari ini, ternyata amalan mensyirikkan Allah sama ada syirik jali atau khafi berlaku secara sedar atau tidak. Walaupun daripada kalangan orang Islam tidak menyembah berhala, tetapi mereka terdedah kepada perbuatan syirik.
Kepercayaan kepada tempat keramat, keyakinan secara membuta tuli terhadap bomoh atau dukun, penggunaan tangkal dan azimat, menyembah kemewahan dunia dan material, keyakinan rezeki seperti gaji dan upah datang daripada manusia dan bermacam lagi adalah antara amalan yang menjurus kepada syirik.
Gejala syirik khafi tidak kurang hebatnya dengan berleluasanya gejala riak, beramal untuk manusia, perasaan dengki, mengharap reda manusia, bermuka-muka, tidak ikhlas, menandakan amalan syirik memang menguasai hidup umat Islam kini.
16.12.09
DOA SENJATA ORANG ISLAM
Ada juga terdapat perkara-perkara yang menghalang dari do'a diterima atau di makbulkan. Perkara-perkara ini yang harus dibuang dari seseorang yang ingin melakukan do'a. Apabila kesemua syarat-syarat ini dipenuhi, maka insyaallah akan dikabulkan do'anya.
SYARA SYARAT BERDOA :
Ini adalah syarat utama. Allah telah memerintahkan kita supaya ikhlas didalam melakukan do'a.
Firman Allah swt :
"Mohonlah kepada Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepadanya", [Ghaafir 40:14].
Ikhlas didalam berdo'a ialah mempunyai keimanan yang kukuh kepada dia yang kita minta darinya; iaitu Allah, hanya dia sahaja yang dapat menunaikan permintaan kita, dan juga bermakna mengelak dari melakukan apa-apa sifat membesarkan diri didalam do'a.
2. Taubat dan kembali kepada Allah.
Dosa adalah sebab utama kenapa do'a tidak terjawab, maka sesiapa yang melakukan do'a harus segera bertaubat dan memohan keampunannya sebelum melakukan doa'.
Firman Allah swt :
"Maka aku berkata kepada nereka : Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun. Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat. Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan kamu kebun-kebun dan mengadakan (didalamnya) sungai-sungai" [Nuh 71:10-12]
3. Merendah diri dan berharapkan ganjaran Allah dan takutlah kepad azabnya.
ini merupakan roh, pati dan tujuan berdo'a.
Firman Allah swt:
"Berdo'alah kepada Allah dengan merendah diri dan suara yang lembut. Sesungguhnya Allah tidak suka mereka yang melampau batas" [al-A’raaf 7:55].
4. Bersegera mengulangi do'a,
Berdoa secara istiqamah tanpa merasa jemu dan berputus asa; dicapai dengan mengulangi do'a, dua atau tiga kali. Menghadkan mengulangi 3 kali adalah yang disukai (afdal)
Dari Ibnu Mas'ood (r.a), meriwayatkan Nabi saw suka mengulangi sesuatu do'a dan memohon ampun 3 kali. Ini di riwayatkan oleh Abu Daud dan Al-Nassa'i.
5. Melakukan do'a di masa senang dan sibuk.
Nabi saw bersabda ;"Ingat Allah semasa kamu senang dan dia akan mengingati kamu semasa kamu susah" - riwayat Ahmad.
6. Menggunakan asmaul husna
Mohon agar dekat kepada Allah dengan berdo'a menggunakan asma' al-husna atau nama-nama Allah pada permulaan do'a atau diakhirnya.
Firmah Allah swt :
"Hanya milik Allah asma' al-husna, maka mohonlah kepadanya dengan menyebut asma' al-husna itu" [al-A’raaf 7:180].
7. Memilih perkataan yang jelas dan pada dan do'a yang terbaik.
Sebaik-baik do'a ialah do'a dari Nabi saw, tetapi dibenarkan berdo'a dengan perkataan sendiri bagi kehendak yang tertentu.
ADAB SEBELUM BERDOA
1. Dalam keadaan sudah berwudhu
2. menutup aurat
3. Mengadap Qiblat
4. Menunaikan solat sunat terlebih dahulu seperti solat sunat hajat
5. memulakan do'a dengan memuji Allah dan Nabi saw.
6. Mengangkat tangan semasa berdo'a.
WAKTU MUSTAJAB BERDOA
1. 1/3 akhir malam, sebelum masuk subuh,
2. Hari Jumaat terutama waktu-waktu akhir Jumaat
3. Semasa hujan turun
4. Diantara azan dan iqaamah.
5. Do'a orang Islam kepada saudaranya yg tidak hadir
6. Do'a ketika sakit,
7. Doa ketika bermusafir
8. Orang yang dizalimi atau ditekan
9. Apabila seseorang didalam keadaan yang amat memerlukan
10.Semasa seseorang sedang berpuasa
11.Apabila seseorang itu melakukan do'a kepada saudaranya tanpa kehadirannya.
12.Dimalam Lailatul Qadar
13. Hari Arafah
14. Bulan Ramadan
15. Waktu sahur dan waktu sebelum berbuka puasa
16. Semasa sujud
17. Semasa takut dan semasa merendah diri khusyuk.
TERHALANGNYA DOA
Sumber yang tidak halal atau diragui halal :- makanan, pakaian dan harta yang halal bagi sipembaca do'a
CARA BERDOA
1. Tangan diangkat diparas bahu.
2. Memuji Allah swt dan Rasulullah saw.
3. Menghadirkan hari dan membaca do'a dengan merendahkan suara.
4. Berdo'a tanpa melibatkan dosa dan tidak memutuskan rahmat Allah swt (kecewa)
5. Tidak meminta agar dipercepat-cepatkan dikabulkan do'a.
6. Berdo'a dengan tekad yang Allah akan menjawabnya.
7. Berdo'a dengan perkataan yang pendik dan padat.
8. Mengulangi do'a sebanyak 3 kali.
9. Berdo'a pada hari Jumaat.
DOA TERBAIK
Do'a mempertingkat Iman dan Ihsan kepada Tuhannya.
wallahu'alam
Doa Pendekat Jodoh
Jodoh, rezeki dan maut adalah ketentuan Allah yang Azali. Kita berusaha untuk mendapatkan yang terbaik, namun dalam masa sama, kita mesti menyedari hak dan ketentuan Allah.
Kita boleh senaraikan ciri-ciri pasangan idaman kita. itu dan ini, begitu dan begini. Kita boleh saja mendekati orang itu dan orang ini tetapi hakikatnya ketentuan Allah itulah untuk kita, kita mesti menerimanya sepenuh hati.
Takdir dan ketentuan Allah itulah yang terbaik. Tidak perlu kita mempertikaikan pasangan kita terutama kekurangan yang dia atau kita miliki. jauh sekali untuk kita berbangga bahawa kita akan mendapat pasangan yang lebih baik sekiranya kita tidak memilih si dia sebagai pasangan kita.
Terimalah takdir Allah dan berusahalah untuk mendapat redha Allah dan kebahagian rumahtangga semoga kita mendapat rumah tangga sakinah.
Bagi mereka yang belum ditakdirkan Allah mempunyai pasangan hidup. Islam mengatur cara ke arah menuju pembinaan rumahtangga yang sakinah. Rumahtangga yang diredhai Allah. Pastinya cara urat mengorat boleh membawa kepada kemurkaan Allah dan bertebarnya maksiat. Oleh itu, selain pengaturan tanggungjawab dalam mencari pasangan hidup terhadap anak-anak mereka, doa juga adalah senjata ampuh dalam menyempurnakan hajat berumahtangga.
Pemilik Darul Shifa dan seorang pendakwah islamiah terkemuka di Malaysia, Tuan Guru Dato' Dr Harun Din al hafiz ada menitipkan doa pendekat jodoh untuk kita semua. Kombinasi doa-doa berikut boleh dibaca:
(1) Surah Al-Fatihah
(2) Doa Mendapat jodoh berikut;
10.12.09
Nasihat Luqman Hakim
Wahai anakku!
Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan daripada Allah; orang yang membolehkan dirinya insaf dan sabar menerima nasihat orang lain, tandanya ia akan sentiasa menerima kemuliaan daripada Allah; berasa hina diri dlm ibadat dan bertaat kepada Allah Taala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepadaNya dan boleh menghindarkan diri daripada maksiat.
Wahai anakku!
Jauhkanlah dirimu daripada berhutang; sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.
Wahai anakku!
Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripada temanmu itu, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.
Wahai anakku!
Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat berat, tetapi akan lebih berat lagi dari itu, bila kau mempunyai tetangga yang jahat.
Wahai anakku!
Nasihat Luqman Hakim
Kalau bertemu dua perkara, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri majlis perkahwinan maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingat diri pulang ke kampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingatkan diri kepada kesenangan duniawi sahaja.
Wahai anakku!
Janganlah engkau makan sampai berlebih-lebihan. Sesungguhnya memberi makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.
Wahai anakku!
Janganlah engkau terus-menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya..(yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit, sedang yang pahit bisa menjadi ubat)
Wahai anakku!
Makanlah makanan bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah, rundingkanlah urusanmu dengan alim ulama (dengan cara meminta nasihat kepadanya)
Wahai anakku!
Bukanlah baik namaya bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang sedang diperoleh belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya seperti perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkannya lalu dipikulnya tetapi dia tak larat membawanya, namun dia terus menambah lagi.
9.12.09
RAHSIA SUJUD DALAM SOLAT
*
*
Firman Allah SWT yang bermaksud, ” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat: 45). Segala rukun dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud.
*
*
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa “Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Pandangan :
kalau illatnya itu tidak ada, yang dihukum pun (ma'lulnya) tidak ada. Oleh yang demkian gambar yg diambil melalui kamera itu hukumnya harus. waalaubagaimanapun keharusan ini bergantung dengan tujuan pergambaran itu. Jika ia untuk tujuan yg baik dan kebajikan, maka hukumnya harus ( dilakukan tidak berdosa, ditinggalkan tidak dapat pahala )
Walaupun hukum gambar fotografi ini harus, namun keharusannya bersyarat.
1. gambar yang sangat diharamkan ialah gambar-gambar yang disembah selain Allah, seperti Isa al-Masih dalam agama Kristen. Gambar seperti ini dapat membawa pelukisnya menjadi kufur, kalau dia lakukan hal itu dengan pengetahuan dan kesengajaan.
2.Begitu juga pemahat-pemahat patung, dosanya akan sangat besar apabila dimaksudkan untuk diagung-agungkan dengan cara apapun. Termasuk juga terlibat dalam dosa, orang-orang yang bersekutu dalam hal tersebut.
3.Berdosa bagi orang yang melukis sesuatu yang tidak disembah, tetapi bertujuan untuk menandingi ciptaan Allah. Yakni dia beranggapan, bahwa dia dapat mencipta jenis baru dan membuat seperti pembuatan Allah. Kalau begitu keadaannya dia bisa menjadi kufur. Dan ini tergantung kepada niat si pelukisnya itu sendiri.
4. Bagi patung yang tidak disembah, tetapi termasuk yang diagung-agungkan, seperti patung raja-raja, kepala negara, para pemimpin dan sebagainya yang dianggap keabadian mereka itu dengan didirikan monumen-monumen yang dibangun di lapangan-lapangan dan sebagainya. Dosanya sama saja, baik patung itu satu badan penuh atau setengah badan.
5.Patung binatang dengan tidak ada maksud untuk disucikan atau diagung-agungkan, dikecualikan patung mainan anak-anak dan yang tersebut dari bahan makanan seperti manisan dan sebagainya.
6. gambar yg sengaja diagung-agungkan seperti gambar para penguasa dan pemimpin, lebih-lebih kalau gambar-gambar itu dipancangkan dan digantung. Lebih kuat lagi haramnya apabila yang digambar itu orang-orang zalim, ahli-ahli fasik dan golongan anti Tuhan. Mengagungkan mereka ini bererti telah meruntuhkan Islam.
7. gambar binatang-binatang dengan tidak ada maksud diagung-agungkan, tetapi dianggap suatu manifestasi pemborosan. Misalnya gambar gambar di dinding dan sebagainya. Ini hanya masuk yang dimakruhkan.
8.Adapun gambar-gambar pemandangan, misalnya pohon-pohonan, korma, lautan, perahu, gunung dan sebagainya, maka ini tidak dosa samasekali baik si pelukisnya ataupun yang menyimpannya, selama gambar-gambar tersebut tidak melupakan ibadah dan tidak sampai kepada pemborosan. Kalau sampai demikian, hukumnya makruh.
9. Adapun fotografi, pada prinsipnya mubah, selama tidak mengandung objek yang diharamkan, seperti disucikan oleh pemiliknya secara keagamaan atau disanjung-sanjung secara keduniaan. Lebih-lebih kalau yang disanjung-sanjung itu justru orang-orang kafir dan ahli-ahli fasik, misalnya golongan penyembah berhala, komunis dan seniman-seniman yang telah menyimpang.
10. apabila patung dan gambar yang diharamkan itu bentuknya diubah atau direndahkan (dalam bentuk gambar), maka dapat pindah dari lingkungan haram menjadi halal. Seperti gambar-gambar di lantai yang biasa diinjak oleh kaki dan sandal.