Ya Allah... dalam perjalanan ini bukakan lah ke atas kami hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu...
28.3.10
SELEPAS TAKBIR LETAK TANGAN DIMANA?
Semasa solas, selepas mengucap takbir Rasulullah meletakkan tangannya berdekap pada dada .
”Rasulullah meletakkan tangan kanan diatas tangan kirinya,kemudian mendakap erat kedua tangannya diatas dada,iaitu ketika solat”. (Hadis riwayat Ahmad 5/226. Abu Daud)
Di bawah dada di atas pusat ?
”Dari Wa’il Bib Hujr,ia berkata:Aku melihat Rasulallah sallallahu alaihi wasallam solat, beliau meletakkan tangan kanan dan kirinya diatas dada” ( Riwayat Bukhari, abu Daud, Ibn Khuzaimah, Ahmad dan Abu Shaikh)
Ulamak Syafiah dan Hanafiah berpegang kepada hadis ini, ulamak Malikiah berpendapat dibawah dada. (Bulughul Maram:150).
Ada juga terdapat hadis mengatakan meletakkan tangan diatas pusat, tetapi hadis ini dha’if (lemah) . ( Hadis diriwayatkan dari Abu Daud 1/120 dari jalan Abi Thalut ‘Abdssalam dari ibnu Jarir Ad Dhabbi dari ayahnya :”Aku melihat Ali RA memegang pergelangan tangan kirinya dgn tangan kananya diatas pusat”. Hadis ini didha’ifkan oleh Dha’if Sunan Abu Daud no1/30)
Bagi ulamak Syafiah berpendapat tangan diletak dibawah dada dan diatas pusat An Nawawi berkata ini majoriti pendapat ulamak Syafi’ah. (Sifat Solat Nabi:Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani:MS274).
Meletakkan tangan diatas dada adalah pendapat yang kuat (Ibid:MS 275). Imam Ahmad menyebut dalam kitabnya tersebut tata cara solat Nabi SAW bahawa beliau sallallahu alaihi wasallam meletakkan kedua tangannya didada.(Ibid:MS277).
Abu Hanifah berpendapat dibawah pusat berdasarkan Hadis Ali tetapi da’if(lemah)(Ibid:MS275)
Cara bersedekap tangan di dada
Ada tiga cara meletakan tangan semasa bersedekap di dada :
1. Meletakkan tangan kanan diatas tangan kiri
2. Meletakkan tangan kanan di pergerangan tangan kiri dimana ibu jari dan jari kelingking mengengam pergelangan tangan kirinya,menakala tiga jari lain diluruskan.
3. Meletakkan tangan kanan pada lengan kiri
Ini berdasarkan hadith :
1. “ Baginda meletakkan tangan kanannya pada punggung telapak kirinya, pergelangan atau lengan kiranya”. (Hadis Riwayat Abu Daud, Nasaii, Ibnu Khuzaimah dengan sanadnya yang sahih dan disahihkan oleh Ibnu Hibban)
2. “Kadang kala baginda menggenggamkan jari-jari tangan kanannya pada lengan kirinya”. (Hadis Riwayat Nasaii dan Daraqutni dengan sanad yang sahih)
3. Tangan kanannya di pegang pada pergelangan tangan kirinya dimana ibu jari dan jari kelingking mengengam pergelangan tangan kirinya,menakala tiga jari lain diluruskan. (Didalam Hasyiyah Ibnu Abidin dalam buku Al Dur Sifat Solat Nabi:MS 130)
KESIMPULAN
Meletakkan tangan diatas dada adalah pendapat yang kuat (Ibid:MS 275). Dan Ini adalah pendapat para ulamak Syafie
Meletakkan kedua tangan diatas dada adalah sunah Rasulullah, menakala hadis yang bercangah dgn pendapat ini kedudukannya samaada hadis lemah (dha’if) atau tidak mempunyai sumber. (Sifat solat Nabi:MS130).
Walau bagaimanapun sekiranya kita melihat orang orang yang solat meletakkan tangannya samaada dibawah dada,dipusat (pusar) atau dibawah pusat, tidaklah berarti solatnya tidak sah, begitulah MUDAHNYA ISLAM , cuma solatnya tidak mengikut sunah Rasulallah.
Wallahualam
Syarat-syarat Khusuk solat dari gerak laku hati
Syarat-syarat kebatinan dari gerak laku hati
Ketahuilah bahawa dalil-dalil pada mensyaratkan khusyu' atau kehadiran hati dalam solat itu banyak sekali, di antaranya firman Allah Ta'ala:
�Dan dirikan solat itu untuk mengingatiku� (Taha: 14)
Nyatakan perintah untuk mendirikan solat itu merupakan perintah yang wajib. Kelalaian dan kelengahan dalam perkaranya adalah bertentangan dengan maksud mengingatkan Allah. Barangsiapa yang lalai atau lena dalam semua solatnya, tidak boleh dikatakan dia mendirikan solat kerana mengingati Allah.
Allah berfirman:
�Dan janganlah kamu termasuk golongan orang-orang yang lalai.� (al-A'raf: 205)
Ayat di atas memberikan maksud larangan, tetapi lahirnya menunjukkan pengharaman. Dalam ayat yang lain Allah berfirman:
�Sehingga kamu sekalian mengetahui apa-apa yang kamu ucapkan.� (an-Nisa': 43)
Ayat tersebut memberikan maksud larangan bagi orang-orang yang mabuk untuk memasuki solat. Ini boleh juga dikenakan ke atas orang-orang yang lalai, orang-orang yang berserabut fikirannya dengan waswas dan hal-ehwal keduniaan.
Rasulullah s.a.w. bersabda:
�Hanyasanya solat itu adalah dengan bertenang diri dan merendahkan diri.�
Dimulakan dengan rangkaikata hanyasanya di sini, bermaksud bahawa solat yang dilakukan tanpa keterangan dan kerendahan diri bukanlah dinamakan solat yang dituntut oleh syara'.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
�Barangsiapa bersolat, padahal solatnya itu tidak dapat mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka orang itu tiada akan bertambah sesuatu dari Allah melainkan jauh daripadanya.�
Sebenarnya solat orang yang lalai itu tentu sekali tidak akan mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar.
Sabdanya lagi:
�Betapa banyaknya orang yang mendirikan solat, tetapi bahagaian yang didapatinya dari solat itu hanya penat-lelah semata-mata.�
Yang dimaksudkannya di sini tiada lain, melainkan orang yang lalai.
Sabdanya lagi:
�Tiada sesuatu yang diperolehi seseorang hamba dari solatnya, melainkan apa yang dibuatnya dengan akal yang penuh kesabaran.�
Yang sudah terang dan jelas dari semua ayat-ayat dan Hadis-hadis di atas, bahawa orang yang sedang dalam mengerjakan s embahyang itu, sedang bermunajat atau sedang berbicara dengan Tuhannya Azzawajalla, sebagaimana yang telah diriwayatkan dari Rasulullah s.a.w. Padahal kita semua telah mengetahui, bahawa orang yang berbicara sedangkan dia lalai dan tidak hadir hatinya, tidaklah boleh dinamakan munajat sama sekali.
Jika seseorang bersumpah dengan berkata: �Sungguh-sungguh aku akan berterima kasih kepada si Fulan, aku akan memujinya serta memohon daripadanya sesuatu hajat, lalu di dalam tidurnya dia bermimpi bahawa dia mengucapkan kata-kata itu (yakni apa yang dia bersumpah tadi), maka tiadalah terkira luput atau gugur dia dari sumpahnya itu.
Ataupun jika dia mengucapkan kata-kata itu di sebuah tempat yang gelap-gelita, sedangkan si Fulan yang harus ditunjukkan sumpahnya itu berada di situ, tetapi dia tiada mengatahui kehadiran si Fulan itu di situ dan tiada melihatnya ketika itu, maka hukumnya tiada juga gugur dia dari sumpahnya tadi, sebab semua ucapannya itu tidak ditunjukan kepada si Fulan yang dimaksudkan, kerana si Fulan itu tidak hadir dalam hatinya ketika kata-kata itu diucapkan.
Ataupun jika dia mengucapkan kata-kata itu di siang hari dan kali ini pula si Fulan yang harus ditunjukan sumpahnya itu ada di situ, dapat dilihat olehnya dengan terang, Tetapi malangnya, dia lalai dan lena, kerana ketika itu, barangkali dia sedang dalam keadaan susah atau banyak fikiran. Dia mengucapkan kata-kata itu, padahal hatinya di tempat lain, tidak ditunjuk ucapanya itu kepada si Fulan yang termaksud itu, maka hukumnya sama belaka, iaitu tiadalah dia gugur dari sumpahnya.
Sememangnya sudah tidak dapat disangsikan lagi, bahawa maksud daripada bacaan dan zikir di dalam solat itu, adalah untuk memanjatkan puji-pujian, kesyukuran, kerendahan diri serta doa kepada Allah s.w.t. Seolah-olah kita bercakap-cakap kepada Allah azawajalla yang berada di hadapan kita. Maka kiranya hati kita tertutup oleh tabir kelalaian, sudah tentulah Zat Allah s.w.t. akan terlindung dari hati kita, maka kita tidak akan dapat melihat atau menyaksikanNya. Malah hati kita itu akan menjadi lalai dari yang diajak bercakap-cakap itu, dan tinggallah mulutnya saja yang komat-kamit menurut kebiasaanya. Alangkah jauhnya orang ini dari pengertian solat yang sebenarnya yang disyaratkan untuk menggilapkan (membersihkan) hati dan membaharukan zikir Allah azzawajalla serta memperkukuh ikatan keimanan.
Pendekata kehadiran hati dalam solat merupakan jiwa dan roh kepada solat itu sendiri. Barangsiapa yang mengenal rahsia-rahsia solat, mengertilah dia bahawa kelalaian atau ketidak-hadiran hati di dalamnya menyalahi atau bertentangan dengan sifat solat yang betul.
Syarat-syarat keistimewaan solat
Syarat-syarat yang menjadikan sesuatu solat itu istimewa dari segi kebatinannya banyak sekali, tetapi bolehlah disimpulkan kepada enam perkara:
(1) Kehadiran hati dalam solat.
(2) Mengerti bacaan-bacaan solat.
(3) Membesarkan Allah dalam solat.
(4) Merasakan kehebatan Allah dalam solat.
(5) Penuh harapan.
(6) Perasaan malu.
Berikut kita sebutkan huraiannya secara terperinci, kemudian sebab-sebabnya, dan seterusnya mengusahkan cara untuk mencapai syarat-syarat tersebut:
(1) KEHADIRAN HATI DALAM SEMBAHYANG
Maksudnya ialah agar dapat kita mengosokan hati itu dari segala urusan yang boleh
mengganggu, ataupun yang tak ada sangkut-pautnya dengan ibadat solat yang sedang dikerjakan itu. Maka hendaklah pengetahuannya dengan gerak laku badan dan gerak-geri hati itu bersaingan kedua-duanya sekali; dan jangan sampai pemikirannya berputar kepada selain dari keduanya itu.
(2) MENGERTI BACAAN-BACAAN SEMBAHYANG
Memahami atau mengerti maksud-maksud perbicaraan dalam solat itu adalah menjadi seperkara yang utama dalam kontek menghadirkan hati dalam solat; iaitu hati itu haruslah mengatahui segala yang dibicarakan oleh lidah, kerana solat itu memang mengandungi banyak makna-makna atau maksud-maksud yang halus yang patut dimengertikan oleh seorang dalam solatnya. Dengan itu, barulah solat itu dapat mencegahnya dari melakukan perkara-perkara yang keji atau mungkar.
(3) MEMBESARKAN ALLAH DALAM SEMBAHYANG
Membesarkan Allah di dalam solat akan memberikan pengertian yang mendalam kepada diri orang yang bersolat itu, di sebalik menghadirkan hati dan memahamkan bacaan-bacaannya.
(4) MERASAKAN KEHEBATAN ALLAH DALAM SEMBAHYANG
Merasakan kehebatan Allah akan menambahkan lagi kebesaranNya yang dirasakan di dalam solat, dan ia diibaratkan sebagai ketakutan yang berpunca dari kemaha-agungnya Allah Ta'ala yang disembah ketika itu dan kemaha-tinggianNya.
(5) PENUH HARAPAN
Orang yang melakukan solat itu haruslah mengharapkan pahala yang banyak dari Allah s.w.t., dan sebaliknya harus pula ia merasa takut dari sikaanNya, yang mungkin ditimpakan oleh Allah ke atasnya disebabkan oleh kecuaiannya.
(6) PERASAAN MALU
Dia juga harus mempunyai perasaan malu terhadap Allah s.w.t., kerana kemungkinan sekali tanpa disadarinya telah berlaku daripadanya sesuatu kecuaian dalam solat itu, atau sesuatu dosa yang tidak disangka-sangkakannya.
Adapun sebab-sebab pencapaian maksud yang enam di atas tadi ialah:
Pertama: Hendaklah kita mengetahui bahawa yang boleh menyebabkan hati itu hadir ialah kekuatan azam, kerana hati itu sentiasa menurut keazaman kita: Hati tidak akan hadir, melainkan sesudah kita menujukan keazaman kita kepadanya. Jadi bila timbul sesuatu perkara yang menarik perhatian kita, tentulah hati kita akan hadir dan meletakkan perhatiannya kepada perkara itu, sama ada secara sukarela mahupun terpaksa, sebab hati itu diciptakan dalam fitrah yang semacam itu dan ia tetap tertakluk kepadanya.
Jika sekiranya hati itu tiada hadir dalam solat, tentulah ia tidak akan berdiam diri begitu saja, bahkan ia akan berkeliaran ke sana ke mari menunjukan perhatiannya kepada hal-ehwal keduniaan. Oleh itu, tiada jalan lain atau tiada penawar untuk menghadirkan hati itu, melainkan dengan menumpukan segala perhatian kita kepada solat semata-mata. Dan perhatian kita itu tidak akan dapat dihadapkan sepenuhnya kepada solat, selagi belum ternyata atau terbukti bahawa hati yang dituntut itu sepenuhnya bergantung kepada solat. Yang demikian itu dapat dicapai melalui keimanan dan keyakinan yang menetapkan, bahawa akhirat itu adalah lebih baik dan lebih kekal, dan bahawasanya solat pula adalah sebagai suatu wasilah atau jalan untuk mencapai kebahagiaan itu disana.
Kedua: Memahamkan bacaan, iaitu sebabnya sesudah menghadirkan hati, ialah menetapkan dan memusatkan akal fikiran untuk menangkap maksud dari segala pertuturan dalam solat. Penawarnya adalah seperti yang tersebut di atas tadi serta menumpukan fikiran dan menyediakannya untuk menolak segala yang mungkin mengacaunya, dan cara menolaknya ialah dengan menolak punca-puncanya; yakni pokok-pokok bagi sebab-sebab yang boleh mempengaruhi akal fikiran dan mengajaknya untuk berfikir-fikir.
Ketiga: Membesarkan atau memuliakan Allah dalam solat, dan yang demikian itu harus datangnya dari hati dengan dua cara:
(1) Mengenal kebesaran Allah azzawajalla dan keagunganNya dan ini adalah dari asal-usul keimanan.
(2) Mengenal kerendahan jiwa dan kehinaannya serta keadaannya sebagai seorang hamba yang tertakluk dan bertuhankan Allah yang Maha Agung.
Pengenalan terhadap kedua-dua cara ini haruslah berterusan sehingga timbul ketenangan, kerendahan hati dan seterusnya kekhusyu'an terhadap Allah s.w.t., maka ketika itulah baru kita kenal pengertian membesarkan Allah dengan penuh kesempurnaan.
Keempat: Adapun merasakan kehebatan atau ketakutan itu adalah keadaan yang harus disifati oleh jiwa yang akan timbul sesudah mengenal akan kekuasaan Allah dan kesanggupanNya, lalu melaksanakan kehendakanNya tampa campur tangan dari kuasa-kuasa yang lain, Jika sekiranya Allah memusnahkan yang awal (terdahulu) semua sekali dan yang akhir (terkebelakang) semua sekali, maka tiadalah akan berkurangan dari kerajaanNya sesuatu sebesar zarrah (atom) pun. Oleh sebab itulah apabila bertambah ilmu kita mengenai Allah, akan bertambah pulalah ketakutan dan kehebatan perasaan kita terhadapNya.
Kelima: Adapun pengharapan, maka sebabnya ialah pengenalan kita kepada belas kasihan Allah s.w.t. dan rahmatNya, serta segala kenikmatan dan kemaha-halusan penciptaanNya. Begitu pula dengan menyakinkan kebenaran janjiNya dengan balasan syurga bagi orang yang melakukan solat. Apabila telah muncul keyakinan dalam hati tentang segala janji-janji Allah, dan muncul sama pengenalan tentang belas kasihanNya, niscaya tidak syak lagi akan timbullah kesan dari kedua-duanya tadi hakikat pengharapan.
Keenam: Akhir sekali perasaan malu, dan dengan adanya sifat malu itu dalam diri, akan teringatlah kita akan kecuaian kita dalam menjalankan ibadat serta mengatahui, bahawa kita ini memang tidak mampu untuk mendirikan semua hak-hak Allah Azzawajalla. Perasaan serupa itu akan menolong kita untuk mengingat tentang keaiban-keaiban diri dan dan kecelaannya, ketidak-iklasan diri dan kecenderungannya kepada balasan-balasan yang kontan dalam segala amal perbuatannya, padahal kita mengatahui tentang kebesaran apa yang bakal ditentukan oleh Allah yang Maha Mulia (yakni dari balasan terkemudian). Dan hendaklah kita menyakini, bahawa Allah Azzawajalla itu mengetahui dan menyingkap segala rahsia dan gerak-geri hati meskipun ia terlalu kecil atau masih samar-samar.
Semua makrifat-makrifat ini bila ditemui dengan keyakinan akan terpancarlah daripadanya, tidak syak lagi, suatu keadaan atau perasaan yang dinamakan perasaan malu terhadap Allah Azzawajalla.
Sekianlah sebab-sebab bagi semua sifat-sifat yang disebutkan di atas tadi. Setiap yang hendak dicari huraiannya, terlebih dulu hendaklah diterangkan sebab-sebabnya, kerana setelah mengenal sebab-musababnya dapatlah pula mengenal ubat dan penawarnya. Manakala ikataan bagi semua sebab-sebab ini ialah keimanan kepada Allah Azzawajalla dan keyakinan terhadapNya.
Penawar berguna untuk menghadirkan hati
Ketahuilah, bahawa setiap orang Mu'min itu wajib memuliakan Allah azzawajalla, takut hanya kepadaNya, berharap hanya daripadaNya, dan sentiasa pula merasa malu terhadap segala kelalaian yang timbul tersebab dari perilakunya terhadap Allah s.w.t. Semua perkara-perkara yang tersebut ini haruslah tidak terlepas dari ingatannya, sesudah ada penuh keyakinan terhadap Allah s.w.t., sekalipun kekuatan ingatan itu setanding dengan kadar kekuatan keyakinannya. Sebab terhindarnya sesuatu solat dari ingatan kepada perkara-perkara tersebut, tiada lain melainkan disebabkan oleh fikiran yang bercabang-cabang, terganggunya hati dan ketidak hadirannya dalam bermunajat, berarti kelalaian dalam solat. Dan tiada yang menjauhkan kita dari solat yang sempurna, melainkan kerana terlalu banyak fikiran yang datang menggangu dan mengacau. Penawar dalam menghadirkan hati ialah menolak semua fikiran-fikiran tersebut, dan sesuatu perkara itu tidak akan tertolak melainkan dengan menolak sebabnya, maka hendaklah anda mencari sebabnya dan mengetahui.
Adapun sebab-sebab kemunculannya fikiran-fikiran yang tidak menentu dalam sesuatu solat itu, ialah sama ada merupakan perkara dari luar ataupun perkara dari dalam. Perkara-perkara dari luar; iaitu seperti sesuatu yang didengar oleh telinga, ataupun dilihat oleh mata. Hal serupa ini boleh menarik perhatian kita kepadanya, lalu perasaan kita pun tertumpu kepadanya dan terpengaruh dengannya. Dari situ kita boleh dibawanya dari suatu fikiran kepada fikiran yang lain, sampai bercabang-cabang pula fikiran kita. Pada ketika itu semua yang kita lihat di hadapan kita akan menjadi sebab pemikiran.
Orang yang kukuh niatnya dan kuat keazamannya tidak akan dilalaikan oleh segala sesuatu yang bermain pada pancainderanya. Akan tetapi si lemah tentu sekali pancainderanya akan membawanya menggembara kepada berbagai-bagai pemikiran ketika itu.
Penawar kepada penyakit ini ialah dengan memutuskan pemikirannya dari segala sebab-sebab ini; iaitu dengan menutup matanya terlebih dulu, kemudian bersungguh-sungguh mencuba meletakkan ke belakang semua yang mungkin mengganggu pancainderanya. Seterusnya, dia mencari tempat yang berdekatan dengan tembok, supaya dalam solat nanti ruangan di hadapanya tidak terlalu lapang untuk dilihat oleh matanya. Dan hendaklah dia menjauhkan diri dari menunaikan solat di jalan-jalan raya, yakni di tempat-tempat lalulintas orang ramai, ataupun di tempat-tempat yang berlukisan, atau tikar-tikar yang penuh dengan gambar-gambar dan warna-warni, kerana kesemuanya itu boleh menyebabkan kelalaian dalam solat.
Adapun sebab-sebab kebatinan pula, maka yang demikian itu adalah lebih hebat lagi. Orang yang bercabang-cabang perhatiannaya dalam persoalan-persoalan keduniaan tentu sekali pemikirannya tidak tetap setempat, ataupun menumpu kepada sesuatu perkara yang tertentu, malah ia akan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. Cara untuk mengekang pemikiran-pemikiran ini dari berlaku, ialah dengan memaksa diri untuk memahami, atau mengikuti makna-makna bacaan yang dibacanya di dalam sembanyang dan melarang diri dari mengingati perkara-perkara yang lain dari itu. Untuk membantu melaksanakan cara ini, seseorang yang ingin bersolat hendaklah bersiap sedia sebelum bertakbir, lalu memperbaharui ingatannya tentang hari akhirat dan tempat bermunajat itu serta bahayanya keadaan ketika itu. Sebab ia sedang berhadapan muka dengan Allah s.w.t. Dan Allah dapat menyingkap segala rahsianya pada masa itu. Sebelum mengangkat takbir, hendaklah ia menumpukan segala perhatian dan hatinya kepada solat saja, dan jangan sampai ditinggalkan suatu tempat pun dalam hatinya itu untuk dipengaruhi oleh perkara-perkara selainnya.
Apabila gelombang pemikirannya masih belum lagi dapat disembuhkan oleh ubat yang seharusnya boleh mentenangkannya, maka hendaklah ia mendapatkan ubat pembersih yang boleh melenyapkn pangkal penyakit yang bersarang di dalam dasar urat sarafnya. Haruslah ia segera memperhatikan apa-apakah yang memalingkan dirinya dari kehadiran hati tadi. Tidak syak lagi, sesudah itu, akal fikiran itu akan kembali kepada tugasnya, dan ketahuilah ia bahawa pemesongan yang berlaku tadi tiada lain, melainkan disebabkan oleh gejala-gejala syahwat. Maka ia pun segeralah mengutuk dirinya dengan mencabut segala syahwat-syahwat itu dari dalam dirinya serta memutuskan semua perhubungan diri dengan syahwat-syahwat itu.
Ada sebuah riwayat yang diceritakan dari Rasulullah s.a.w. bahawa baginda pernah memakai baju bersulam yang diberikan kepadanya oleh Abu Juhum, lalu baginda bersolat, sebaik-baik selesai saja bersolat, segeralah baginda menanggalkannya pula seraya bersabda: Kembalikanlah baju ini kepada Abu Juhum sebab ia melenakan saya dalam solat tadi, dan tukarkanlah dia dengan baju biasanya saja (yakni yang tiada bersulam).
Membongkar khasiat solat secara saintifik
nisa.sulaiman@utusan.com.my
| Ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang. |
KEWAJIPAN bersolat lima kali sehari semalam ke atas semua umat Islam bermula sejak Rasulullah diangkat ke langit semasa peristiwa Israk dan Mikraj.
Begitu istimewa sekali ibadah solat sehingga Rasulullah SAW naik ke langit bagi menerima Rukun Islam yang kedua ini, tidak seperti ibadah-ibadah lain.
Keistimewaan solat menarik minat sekumpulan penyelidik Universiti Malaya (UM) untuk mengkajinya.
Cetusan berkenaan timbul memandangkan masih belum terdapat kajian yang komprehensif mengenai solat dari segi saintifik.
Kajian solat yang dijalankan oleh Jabatan Kejuruteraan Bioperubatan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya (UM) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Fatimah Ibrahim serta Prof. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas dan Ng Siew Cheok
Dr. Fatimah berkata, kajian yang dijalankan buat masa ini masih di peringkat asas dan bertujuan mengkaji kesan ke atas perkara seperti komposisi tubuh badan dan kolestrol.
Sistem jantung dan kardiovaskular, gelombang otak ketika bersolat, kekuatan otot-otot tubuh badan manusia, sakit pinggang bagi orang dewasa serta kesihatan lelaki dan tenaga batin.
“Komposisi tubuh badan manusia meliputi parameter bioimpedance, kuantiti air intra selular dan ekstra selular, jisim sel badan, kadar lemak dan kolestrol dalam darah.
“Pengukuran parameter ini amat penting dalam menentukan tahap metabolisme, kecergasan dan kesihatan seseorang individu,” katanya yang menjalankan kajian mengenai komposisi badan.
Kajian komposisi badan terbahagi kepada dua iaitu kebaikan solat zohor dan solat tarawikh terhadap komposisi badan.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat yang melibatkan keadaan berdiri tegak, rukuk, duduk dan sujud secara tertib dan berulang boleh diumpamakan sebagai senaman ringan.
“Kami menjalankan kajian komposisi badan semasa seseorang bersolat Zohor secara jemaah dengan 47 orang peserta berusia 18 hingga 28 tahun,” katanya.
Pengukuran analisis bioimpedans (BIA) (kaedah yang digunakan untuk mengukur komposisi badan) diambil sebelum dan selepas solat Zohor secara berjemaah.
Bagaimanapun lima tabiat lazim peserta perlu diambil kira meliputi amalan solat yang sempurna, tahap pemahaman bacaan, menunaikan solat secara berjemaah atau sendirian, kedudukan tulang belakang semasa rukuk dan keadaan jari kaki semasa sujud, duduk antara dua sujud dan tahiyat akhir.
Dr. Fatimah berkata, keputusan menunjukkan mereka yang mengamalkan solat yang sempurna mempunyai tahap kesihatan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak melakukannya dengan sempurna.
Kajian berkenaan kata Dr. Fatimah menunjukkan solat lima kali sehari semalam selain ibadah dapat mengurangkan lemak dalam badan.
“Apabila gumpalan lemak dalam badan berkurangan, tisu otot baru meningkat, memenuhi ruang, melambatkan proses penuaan dan kekenduran tisu,” katanya.
Tabiat mengamalkan kedudukan tulang belakang lurus melintang ketika rukuk melambatkan proses penuaan, tisu bertambah aktif, proses imbangan air dalam badan lebih baik dan melancarkan fungsi buah pinggang.
Manakala sistem jantung dan kardiovaskular amat penting bagi kesihatan manusia dan dipengaruhi oleh kekenyalan arteri.
Jika kekenyalan arteri terutama di bahagian jantung berkurangan, ia boleh menyebabkan berlaku penyakit arterioskerosis koronari.
Pengekalan kekenyalan arteri amat penting dalam memelihara sistem kardiovaskular yang sihat.
Ibadat solat, kata Dr. Fatimah, bukan saja melibatkan bacaan surah al-Quran tetapi juga pergerakan anggota badan seperti berdiri, rukuk, sujud dan duduk tahiyat.
“Kajian menunjukkan kedudukan seperti rukuk, sujud dan duduk membantu memberikan keadaan rehat kepada jantung.
Sujud
“Malah kita digalakkan memanjangkan tempoh posisi sujud kerana kedudukan ini menghasilkan kadar denyutan jantung paling rendah,” katanya.
Ng Siew Chok yang menjalankan kajian otak dalam solat berkata, setiap pergerakan manusia menghasilkan corak gelombang otak yang tertentu dan unik.
Gelombang otak yang dihasilkan ketika pergerakan meliputi gelombang alfa, beta dan gamma.
Kajian akan dilakukan ke atas gelombang otak yang dihasilkan ketika bersolat pada setiap posisi seperti rukuk, sujud, iktidal dan duduk semasa tahiyat.
“Solat jelas secara umumnya melibatkan pembacaan serta penghayatan ayat suci al-Quran, doa-doa serta pergerakan yang didapati menyamai meditasi.
“Semasa solat, berhenti seketika sebelum bertukar posisi atau tamakninah boleh dikatakan seseorang berada dalam ketenangan,” katanya.
Dalam kajian ini isyarat otak subjek Muslim yang bersolat direkod dan dianalisis, di mana dua kajian saintifik dilakukan iaitu perubahan isyarat otak semasa tamakninah dan kesan solat kepada isyarat otak.
Hasilnya, kata Siew Cheok, didapati ibadat solat menghasilkan keadaan tenang kepada otak manusia dan menunaikan solat amat baik dalam mengekalkan tahap kestabilan mental dan emosi seseorang.
Kajian juga menunjukkan ibadat solat dapat meningkatkan penumpuan dan daya ingatan.
Maka solat dapat menyediakan otak untuk lebih bersedia dalam menghadapi tugas-tugas yang lebih mencabar.
“Dan biasanya selepas melakukan solat, seseorang akan menjadi lebih berwaspada untuk bertindak balas terhadap sebarang rangsangan,” katanya.
Pergerakan solat meliputi berdiri tegak, rukuk, sujud dan duduk melibatkan pergerakan seluruh otot tubuh badan.
Pergerakan otot-otot secara isotonik dan isometrik meningkatkan fungsi dan kekuatan otot dan kajian yang dilakukan merangkumi otot utama yang penting kepada kesihatan manusia.
Pergerakan relatif
Ibadah solat kata Prof. Wan Abu Bakar melibatkan banyak pergerakan relatif antara sendi selain postur tertentu semasa solat juga meletakkan otot pada kedudukan mengecut, santai atau mengembang.
“Selain ibadah, solat boleh dianggap sebagai senaman fizikal yang sederhana yang melibatkan pergerakan badan seperti berdiri, tunduk, duduk dan sujud.
“Sakit pinggang merupakan masalah yang biasa berlaku bagi golongan dewasa dan mereka yang bekerja,” katanya yang menjalankan kajian otot dalam solat.
Terapi senaman melalui pergerakan solat yang betul dapat mengembalikan keupayaan kelenturan badan, mengekalkan postur badan yang ideal dan membantu mengurangkan sakit pinggang.
Dr. Fatimah berkata, pergerakan solat terutama rukuk dan sujud didapati menyamai beberapa pergerakan senaman stabilisasi dan regangan belakang.
“Pergerakan rukuk hampir sama dengan senaman ’selamat pagi’ yang bukan saja dapat membantu regangan otot pada bahagian paha tetapi juga melatih koordinasi otot belakang kaki,” katanya yang juga menjalankan kajian mengenai solat dan sakit pinggang.
Kajian yang dijalankan merumuskan pergerakan dalam solat dapat memberikan kebaikan dalam memulihkan dan membantu mengembalikan kenormalan fungsi aktiviti otot erektor spina terutama bagi mereka yang mengalami sakit pinggang.
Justeru, jelas beliau pergerakan rukuk semasa solat boleh digunakan sebagai terapi untuk merawat sakit pinggang.
Selain itu, pergerakan fizikal atau senaman sederhana secara berterusan dapat mencergaskan sistem andrologi dan meningkatkan kekuatan tenaga batin lelaki.
Solat fardu yang dilakukan lima kali sehari di samping solat sunat serta sunat tahajud sebagai pelengkap ibadah merupakan satu terapi yang memberikan kesan positif ke atas sistem andrologi dan kekuatan tenaga batin lelaki.
Kajian yang dijalankan menunjukkan senaman pengaktifan otot lantai pelvik oleh penyelidik Van Kampen membuktikan senaman dapat melancarkan pengaliran darah dan mengurangkan masalah disfungsi ereksi atau mati pucuk.
“Bagaimanapun banyak lagi kajian lanjut yang sedang dijalankan bagi mengkaji lebih lanjut mengenai solat,” katanya.
27.3.10
PENAMBAHBAIKAN SOLAT ( Bahagian 1 )
Rukun solat ada 13 perkara.
Rukun solat terbahagi kepada 3 kategori iaitu :-
1. RUKUN QALBI
2. RUKUN FE’LI
3. RUKUN QAULI
Keterangan Kategori Rukun solat
1. Rukun qalbi adalah rukun yang berasaskan kepada hati.
2. Rukun fi'li adalah rukun yang berasaskan kepada perbuatan anggota badan.
Pergerakan anggota badan atau tindakan tubuh itu memerihalkan rukun tersebut.
3. Rukun qauli dalah rukun yang berasaskan kepada sebutan dan bacaan.
Rukun Qalbi ada 2 perkara iaitu :-
1. Niat
2. Tertib
Rukun Fe’li ada 6 perkara iaitu :-
1. Berdiri Betul (sekiranya mampu)
2. Rukuk serta tama’ninah
3. I'tidal serta tama'ninah
4. Sujud serta tama'ninah
5. Duduk antara dua sujud
6. Duduk semasa membaca tahiyyat akhir
Rukun Fe’li ada 5 perkara iaitu :-
1. Mengucap Takbiratul Ihram
2. Membaca surah Al-Fatihah
3. Bacaan Tahiyyat Akhir
4. Membaca Selawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
5. Mengucap salam yang pertama
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT ADA DUA:-
1, Sunat ab’ adh
2. sunat Hai’ah
SUNAT AB’ AADH DALAM SOLAT
Di dalam feqah mazhab Syafie, perkara sunat ab’aadh dalam solat ada 7 iaitu :-
1. Membaca Tahiyat awal.
2. Selawat didalam Tahiyat awal.
3. Duduk Tahiyat.
4. Doa qunut waktu subuh dan pada solat witir.
5. Selawat di dalam qunut.
6. Berdiri semasa qunut.
7. Membaca selawat ke atas keluarga Nabi pada Tahiyat akhir.
Jika tertinggal kerana lupa atau sengaja, tidak menjejaskan sah solat. Dan disunatkan sujud sahwi hatta jika sengaja meninggalkan. Bila sebut 'sunat sujud sahwi' ertinya kalau tak sujud pun, tidak akan menjejaskan solat. (Minhaj Talibin m/s 110 ).
Pendapat yang mengatakan 'tasyahhud awal' sunat, bukan wajib
Perkara ini dinisbahkan oleh Imam Nawawi kepada majoriti ulama. Katanya: Ia juga adalah pendapat kebanyakan ulama, antaranya: Malik, Al-Thauri, Al-Auzaie, dan Abu Hanifah. Berkata Syeikh Abu Hamid (iaitu: Al-Isfirayini): Ia adalah pendapat sekalian ulama. (Majmuk 3/450).
Dalil sunatnya tasyahhud awal ialah:
Hadis Buhainah iaitu Nabi bersolat Zohor dengan sahabat. Lalu baginda bangun pada rakaat kedua, dan tidak duduk (tasyahhud awal). Apabila selesai solat, ketika sahabat menunggu baginda memberi salam, Nabi SAW sujud dua kali sebelum memberi salam. Kemudian memberi salam. HR: Bukhari (no: 795), dan Muslim (no: 570).
SUNAT HAI’ AH DALAM SOLAT
Bagi Sunat Ha'aat meninggalkannya tidak memerlukan sujud sahwi. Menurut Abdul Rahman Al-Jaziry (1/200) bahawa Sunat Ha'aat ialah semua perbuatan atau perkataan yang bukan Rukun dan bukan Sunat Ab'aadh
Status sunat Ha'aah ini pada Imam mazhab masih sunat hukumnya. Ia tidak membatalkan solat. Tetapi bila dinilai bahawa Solat mendekatkan diri seseorang kepada Allah swt, maka janganlah kita mengambil ringan akan perkara berikut, lebih-lebih lagi meninggalkan sunat-sunat Ha'aah didalam Solat Fardu. Sunat-Sunat ini yang akan membentuk kesempurnaan dan kekhusyukan solat.
Diantara beberapa bentuk sunat Hai'aah dari buku Fiqh Al-Islami (1/683) :-
1. Menjarakkan kedua-dua tapak kaki, Mazhab Syafie :- satu jengkal, Mazhab Hanafi :- jarak 4 jari
2. Mengangkat tangan ketika Takbiratul-Ihram, ketika rukuk, ketika i’tidal dan ketika bangun pada rakaat kedua. ( nota: bangun dari rakaat pertama dan ketiga tidak diperlukan mengangkat tangan)
3. Melafazkan Takbir selepas Imam mengucapnya
4. Meletakkan perut tangan kanan di atas tangan kiri dan memegangnya dan meletakkannya dibawah dada atau di atas pusat.
5. Melihat kearah tempat sujud
6. Membaca doa tawujud/iftitah.
7. Membaca A'uzubillah (Al-Isti'azah)
8. Membaca Al-fatihah dan surah dengan suara yang kuat (jahar) pada masa-masa yang ditentukan
9. Membaca 'Amin' selepas Imam membaca Al-Fatihah
10. Membaca surah selepas Al-Fatihah
11. Membaca tasbih ketika rukuk
12. Membaca tasbih ketika I’tidal
13. Membaca tasbih ketika sujud
14. Membaca tasbih duduk antara dua sujud
15. Meletakan kedua lutut, kedua-dua tangan, kemudian wajah ketika sujud
16. Meletakkan kedua tangan di atas peha dengan melepaskan jari kesemuanya
17. Duduk iftirasy pada semua duduk iaitu duduk di atas buku lali kaki kiri
18. Duduk Istirahah
19. Membaca do'a selepas selawat keatas Nabi di Tashahud Akhir
20. Mengucap salam yang kedua
PERKARA RUKUN DALAM SOLAT : Mengucap Takbiratul Ihram
Takbiratul ihram ialah perbuatan yang menyempadani solat dengan perlakuan di luar solat.
Dalilnya ialah sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
مفتاح الصلاة الطهور وتحريمها التكبير وتحليلها التسليم
Maksudnya : Kunci solat ialah bersuci, pembukaannya ialah bertakbir dan penutupnya ialah memberi salam.
Takbiratul ihram menandakan bermulanya satu perjalanan solat itu sehingga rukun terakhir iaitu salam nanti. Disebabkan dinamakan rukun ini takbir ialah kerana sebutan takbir iaitu Allahu Akbar adalah wajib bagi mereka yang boleh menuturkannya.
Dari Abu Hamid As-Saidi r.a. katanya ” Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila berdiri untuk mengerjakan sembahyang, Baginda menghadap kiblat, serta ia mengangkat kedua tangannya sambil berkata “Allahuakbar” (Riwayat Ibnu Majah)
Rukun ini diwajibkan untuk disertai dengan niatnya dan disunatkan untuk mengangkat kedua-dua tangan
Muqaranah atau penyertaan niat takbiratul ihram mempunyai dua bahagian iaitu:
- Muqaranah Urfiyyah - Menyertai niat kepada sebahagian daripada takbiratul ihram iaitu berniat ketika mula ataupun akhir bahagian takbiratul ihram
- Muqaranah Haqiqah -Menyertai niat kepada keseluruhan takbiratul ihram iaitu berniat dari mula sehingga akhir takbiratul ihram
Bagi kebanyakan orang awam, adalah lebih mudah mengerjakan muqaranah urfiyyah kerana muqaranah haqiqah mudah dihinggapi rasa syak atau was-was kerana penyertaan niat mengambil masa keseluruhan takbiratul ihram itu.
Lafaz takbiratul ihram ialah “ Allahu Akbar”. Maka tidak sah solat sekiranya ditukar kepada Ar Rahmanu Akbar, Akbar Allah atau sebagainya. Mengikut hukum tajwid melafazkan kalimah Allah hanyalah 2 harakat sahaja. . Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif). dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga kali.
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT - Mengangkat tangan semasa takbir
Hukumnya adalah sunat. Ada 3 cara mengangkat tangan dan bertakbir:-
1. Takbir dahulu baru angkat tangan
(membesarkan Allah terlebih dahulu, kemudian menafikan tuhan selain Allah)
2. Pergerakan tangan dahulu baru lafaz takbir.
(konsep “Lailaha illallah” iaitu menafikan dahulu tuhan selain Allah kemudian barulah membesarkan Allah)
3. Serentak lafaz takbir dan pergerakan tangan
(Ulama tahkik berpendapat ini cara yang terbaik kerana ini menafikan tuhan selain Allah dan membesarkan Allah pada masa yang sama)
Kenapa angkat tangan masa takbir?
Dalam budaya orang Arab, mereka mengangkat tangan bila menafikan sesuatu. Orang Melayu pula menggeleng kepala. Dalam sembahyang kita mengangkat tangan semasa takbir bagi menafikan tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah.
Paras mana tangan itu diangkat ?
menurut mazhab Syafie ialah mengangkat separas bahu.
Ini berdasarkan dalil dari ibnu Umar katanya, Solat 4 mazhab ms 223
كان رسول الله (ص) إذا قام إلى الصلاة رفع يديه
حتى يكونا حذومنكبيه ثم يكبر
Maksudnya : Rasulullah saw jika berdiri hendak solat, diangkatnya kedua belah tangannya hiingga setentang dengan kedua bahunya, lalu bertakbir. (Mutafaqqun ‘alaih)
Manakala mazhab Hanbali, seseorang itu boleh mengangkat tangan ketika takbiratul ihram sehingga tinggi ke paras telinga.
Mazhab Hanafi pula mereka berijtihad bahawa mengangkat tangan ketika takbiratul ihram hendaklah ibu jari berada di paras bawah cuping telinga.
PERKARA RUKUN DALAM SOLAT : Niat
Niat Solat dalam Mazhab Syafie.
Niat dalam solat merupakan rukun qalbi . Dalam Mazhab Syafie niat termasuk dalam rukun fi'li dalam Takbiratul Ihram. Niat solat mempunyai tiga bahagian yang disyaratkan dalam solat fardhu tetapi hanya dua sahaja bagi solat sunat manakala untuk solat sunat mutlak (tiada sebab dan bila-bila masa), hanya satu daripadanya disyaratkan.
Bahagian niat mempunyai tiga bahagian iaitu:
Niat Solat fardhu:
Untuk melihat bahagian-bahagian yang diaplikasikan dalam niat solat, berikut adalah contoh:
Sahaja aku solat fardhu Zuhur tunai kerana Allah Ta'ala
| Niat | Makna | Bahagian |
| Usalli | Sahaja aku solat | Qasad |
| Fardu | Fardhu | Ta'ridh |
| Dzuhur | Ta'yiin |
Niat Solat sunat:
Sahaja aku solat sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Ta'ala
| Niat | Makna | Bahagian |
| Usolli | Sahaja aku solat | Qasad |
| Adduha | Ta'yiin |
Niat Solat sunat mutlak:
Sahaja aku solat sunat dua rakaat kerana Allah Ta'ala
| Niat | Makna | Bahagian |
| Usolli | Sahaja aku solat | Qasad |
Keterangan berkaitan Niat ( Mengikut mazhab syafie )
1. Niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar.
Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad (Sahaja aku solat), Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur)
2. Niat "Empat Rakaat", "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati.
3. Adapun niat menjadi imam ( "Imaman" ) atau makmum ("Makmuman/ Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya.
Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.
Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk.
Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum. Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.
4. Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar. Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar."
5. Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad (Sahaja aku sembahyang) dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).
6. Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib. Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya' sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur."
7. Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).
8. Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad. Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang".
PERKARA RUKUN DALAM SOLAT : Berdiri bagi yang mampu
Berdiri betul atau berdiri tegak adalah diwajibkan dalam solat bagi mereka yang berupaya untuk beridir tegak. Bagi yang tidak upaya, rukhsah atau kelonggaran diberikan untuk mereka sama ada untuk solat dalam keadaan duduk (hanya jika tidak mampu berdiri), mengiring pada rusuk kanan sambil mengadap kiblat (hanya jika tidak mampu berdiri dan duduk), atau jika tidak mampu berdiri, duduk mahupun mengiring, orang yang ingin mengerjakan solat itu dibenarkan baring menelentang dengan kaki dan perut dihalakan ke kiblat.
Syarat bagi rukun ini hendaklah ditegakkan tulang belakangnya dan tidak boleh bongkok ke depan atau ke belakang (jika mampu).
Adapun berdiri ketika menunaikan solat sunat maka hukumnya tidak wajib. Justeru, boleh menunaikan solat sunat dalam keadaan duduk sekali pun ia mampu berdiri. Cuma pahalanya kurang dibandingkan dengan solat sunat secara berdiri.
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
صلاة الرجل قاعدا نصف الصلاة
Maksudnya : Solat yang dilakukan sambil duduk pahalanya sama seperti separuh solat. (Mutafaqqun ‘alaih)
Jarak diantara kedua kaki
Jarak di antara dua kaki ketika berdiri menurut mazhab Syafie ialah kadar sejengkal. Adapun ketika solat berjemaah, jarak antara kaki dengan kaki jemaah di sebelah ialah sehingga menyentuh jari kaki mereka.
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
“Adalah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain demikian juga hujung kaki”. (HR Bukhari)
Adalah penting semasa menunaikan solat berjemaah untuk merapatkan saf sebagaimana Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam
سووا الصفوف فإن تسوية الصفوف من إقامة الصلاة
Maksudnya : Luruskanlah saf-saf kamu kerana meluruskan saf itu termasuk kesempurnaan solat. (Mutaffun ‘alaih)
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT : Kedudukan tangan di atas dada
Mendakapkan tangan di dada ( atas pusat ) adalah perbuatan yang benar menurut sunnah berdasarkan hadis:
"Beliau meletakkan kedua tangannya di atas dadanya." (Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dari Wail bin Hujur).
Dalam sebuah riwayat lain pernah Rasulullah sallallahu alaihi wasallam melewati seorang yang sedang sembahyang, tetapi orang ini meletakkan tangan kirinya pada tangan kanannya, lalu beliau melepaskannya, kemudian orang itu meletakkan tangan kanannya pada tangan kirinya. (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud).
Cara meletakkan tangan ada tiga :-
1. meletakkan tangan kanannya di atas belakang telapak tangan kiri
2. meletakkan tangan kanannya di atas pergelangan tangan kiri
3. meletakkan tangan kanannya di atas lengan tangan kiri
Ini berdasarkan hadith Rasulullah sallallahu alaihi wassallam, Dari Wail bin Hujur Radhiyallahu 'anhu:
" Lalu Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bertakbir kemudian meletakkan tangan kanannya di atas telapak tangan kiri, pergelangan tangan kiri atau lengan kirinya " ( Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, Nasa'i, Ibnu Khuzaimah).
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT : mata tertumpu ke tempat sujud
Ketika mengerjakan solat, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud.
Hal ini didasarkan pada hadis yang diriwayatkan oleh Ummul Mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'anha :
"Rasulullah sallallahu alaihi wasallam tidak mengalihkan pandangannya dari tempat sujud (di dalam solat)." (Hadis Riwayat Imam Baihaqi)
Dalam Kitab Zaadul Ma'aad (I/248) disebutkan bahwa makruh hukumnya orang yang sedang solat menolehkan kepalanya tanpa ada sebarang keperluan tetapi tidak membatalkan solat. Juga dimakruhkan solat di hadapan sesuatu yang boleh merosakkan kekhusyukan solat atau di tempat yang ada gambar-gambarnya, di atas sejadah yang ada lukisan atau ukiran, di hadapan dinding yang bergambar dan sebagainya.
Terdapat khilaf di kalangan ulama mengenai hukum memejam mata ketika solat. Beberapa ulama di kalangan mazhab Syafie menghukumkan makruh kerana menyerupai Yahudi.
Ibnu Qaiyyim pula berndapat : Jika membuka mata tidak menganggu kekhusyukkan solat maka ia adalah lebih elok dari memejam mata. Dan pandangan yang mengatakan elok pejam mata adalah lebih bertepatan dengan prinsop dan tujuan solat berbanding pandangan yang memakruhkannya.
PERKARA RUKUN DALAM SOLAT : Menggerakkan bibir bagi bacaan rukun qauli
Membaca dalam hati atau tidak membaca yakni tidak menggerakkan bibir semasa membaca rukun qauli dalam solat akan menyebabkan terbatalnya solat .
Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.
Ini berdasarkan kepada tunjuk ajar Rasulullah sallallahu alaihi wasallam . Dari Abdullah bin Sakhbarah Radhiyallahu 'anhu,
“Aku bertanya kepada Khabbab bin Arat, apakah Rasulullah sallallahu alaihi wassallam membaca ( Al Qur’an dan surah lain) pada solat zhuhur dan asar?
Dia menjawab: “Ya”.
Aku bertanya lagi, “Bagaimana kamu tahu?”
Dia menjawab: “Dari gerakan janggutnya.”
( Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Baihaqi )
Seberapa keras bacaan di dalam solat diucapkan?
Batas minima suara yang perlahan adalah boleh didengar oleh dirinya sendiri jika pendengarannya normal.. Apa yang dia baca tidak dianggap cukup selama masih belum terdengar oleh dirinya sendiri, dengan syarat pendengarannya normal dan tidak diganggu
Para ulama’ mazhab Syafi`i berpendapat bahwa orang yang bisu bukan sejak lahir - mengalami kecelakaan di masa perkembangannya - wajib menggerakkan mulutnya ketika membaca lafaz takbir, ayat-ayat Al-Qur`an, bacaan-bacaan lainnya, tahyyat dan sebagainya, kerana dengan melaksanakan demikian, dia dianggap melafazkan dan menggerakkan mulut, sebab perbuatan yang tidak mampu dikerjakan akan dimaafkan. Akan tetapi selagi masih mampu dikerjakan maka hendaklah dilakukan
(Fatwa al Ramli I/140 dan Hasyiyah Qulyubiy I/143)
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT : Memahami makna bacaan
Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam.
Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari.
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat.” (Hadis riwayat Imam Abu Dawud dan Nasa’i).
PERKARA SUNAT DALAM SOLAT : Membaca doa iftitah
Selepas takbiratul ihram, disunatkan untuk membaca doa iftitah atau tawajjuh selepas takbiratul ihram.
Bacaan doa iftitah :

Ertinya :
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya.
Dan Maha Suci Allah siang dan malam.
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi,
Aku berserah kepada Allah,
dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku, dan matiku
kuserahkan hanya kepada Allah seru sekalian alam.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukan-Nya.
Dan dengan demikian aku ditugaskan,
dan aku adalah dari golongan orang-orang Islam
Rasulullah sallallahu alaihi wasallam membaca surah Al-Fatihah dengan berhenti pada setiap Akhir ayat (waqaf), tidak menyambungkan satu ayat dengan ayat berikutnya (washal).
Ummu Salamah Radhiallahu ’anha meriwayatkan ketika menjelaskan cara bacaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam , beliau berkata:
“Sesungguhnya Baginda sallallahu alaihi wasallam memutus-mutuskan (mewaqaf) bacaannya (surah al-Fatihah) seayat demi seayat” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Membaca dengan tenang seayat demi seayat mengikut kaedah bacaan Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ini pada hakikatnya, akan lebih mendatangkan kekhusyukkan, di samping memudahkan kita untuk merenung, menghayati serta memahami maksud ayatnya satu persatu. Ini tidak syak lagi akan menimbulkan rasa kemanisan ibadah terhadap Allah Subhanahuwa Ta‘ala.
Imam Ghazali berkata: Ketahuilah bahawa sesungguhnya bacaan secara tartil itu disunatkan bukanlah semata-mata untuk merenung maksud ayatnya sahaja, bahkan orang-orang yang tidak memahami makna ayat al-Qur’an pun disunatkan supaya membacanya secara tartil dan tenang, kerana ini lebih menunjukkan rasa sopan dan hormat terhadap al-Qur’an, dan akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam di dalam jiwa daripada membacanya secara tergopoh-gapah dan tergesa-gesa.
Kesalahan ( al- lahn ) semasa membaca surah Al fatihah
Lahn adalah kecacatan yang boleh menjejaskan kesahan bacaan al-Fatihah yang memberi implikasi pada solatnya. Sikap mempermudahkan dan pandang remeh terhadap tahsin al-Fatihah melambangkan sikapnya terhadap keseluruhan bacaan al-Quran. Sikap seumpama ini tidak wajar berada dalam keperibadian Islam.
Kebanyakan ulama mutaakhir menyebut kesilapan dalam tajwid dan makhraj serta tatabahasa di dalam bacaan ayat quran, tidak membatalkan solat.
Bahagian Al-Lahn ( kesalahan )
Al-lahn terbahagi kepada dua bahagian : Jaliy ( جلي ) dan Khafiy ( خفي )
Kesalahan besar ( Lahn Jaliy ) :
Dinamakan Jaliy adalah kerana kesalahan itu jelas dan diketahui umum sama ada dari kalangan qurra’ atau selain mereka.
Kesalahan ini berlaku pada sebutan lafaz-lafaz yang mencacatkan neraca bacaan, dan mencacatkan bahasa dan i’rab sama ada berubah makna atau tidak. Misalnya : Seorang pembaca mengubah sebutan huruf " ط " kepada " ض ", " ذ " kepada " ز " , " ث " kepada " س " dan seumpamanya.
Kadang-kala berlaku pada baris kalimah sama ada di awal kalimah, tengah kalimah atau di akhirnya seperti menjadikan baris atas kepada baris bawah, baris hadapan kepada baris atas atau menjadikan salah satu baris ini kepada mati atau seumpamanya. Sama ada kesalahan ini merubahkan makna seperti menukarkan baris atas huruf ta’ kepada baris hadapan kalimah " أنعمت " pada firman Allah s.w.t " صِراطَ الذينَ أنعمتَ عَـلَـيْهِـمْ " Atau tidak merubahkan makna seperti menukar baris bawah huruf ha’ kepada baris hadapan lafz al-Jalalah " الله " pada firman Allah " بسم اللهِ الرحمن الرحيم"
Jenis ini haram pada syara’ dan berdosa kepada mereka yang sengaja. Walau bagaimana pun sekiranya lupa atau jahil maka tidak haram
Kesimpulannya bentuk Lahn Jaliy ada tujuh :
1. Bertukar huruf.
2. Mematikan huruf yang berbaris.
3. Membariskan huruf yang mati.
4. Memanjangkan baris yang menerbitkan huruf mad.
5. Membuang huruf mad.
6. Meringankan huruf yang bersabdu.
7. Mentasydidkan huruf yang tidak bertasydid.
Tetapi jika huruf yang sememangnya agak sukar di lafazkan seperti ‘sin' dengan ‘shim' atau bertukar ‘shod' kepada ‘sin' dalam bacaan fatihah. Ia tidak membatalakn solat kerana umum al-balwa (perkara silap yang sukar dielakkan).
Kesalahan ringan ( Lahn Khafiy) :
Merupakan satu kesalahan yang berlaku pada sebutan yang mencacatkan kaedah tajwid dan tidak mencacatkan bahasa, i’rab dan makna seperti mengizharkan apa yang wajib diidghamkan atau sebaliknya, atau mengikhfa’kannya, menipis apa yang wajib ditebalkan dan sebaliknya, memanjang apa yang ditentukan qasar dan sebaliknya dan lain-lain kesalahan yang menghilangkan kaedah yang disusun oleh para ulama’ Qiraat dan yang diletakkan tanda baris oleh imam al-ada’.
Dinamakan jenis ini Khafiy kerana kesalahan ini tidak akan diketahuinya selain qurra’.
Setengah ulama’ seperti Syaikh Mulla ‘Ali Qari’ menghukumnya sebagai berkata : “ Tidak syak lagi memelihara bacaaan daripada lahn khafiy ini bukan termasuk daripada kategori farhu ain yang boleh menyebabkan seseorang itu mendapat azab seksaaan amat pedih. Walaubagaimanapun pemeliharaan bacaan daripada lahn khafiy itu bertujuan untuk mengelak daripada mendapat celaan dan amaran ”.
Menurut pendapat al-Birkawi dalam syarahnya ke atas al-Dur al-Yatim : “Haram perubahan ini kesemuanya kerana sekalipun tidak merubahkan makna tetapi mencacatkan lafaz yang merosakkan keindahan dan kehebatan al-Quran dan melenyapkan keelokan dan kecantikannya “
Kesalahan tajwid dalam bacaan rukun qauli
Berkaitan kesalahan dalam tajwid dalam bacaan rukun solat, dalam hukum fekah bacaan sah selagi betul makna, contohnya tidak memanjangkan sebutan “ dhaa` liin”
walaupun tidak cukup 6 harakat . Dalam kaedah tajwid membacanya tidak cukup 6 harakat adalah salah walaubagaimanapun menurut pertimbangan hukum fekah solat tetap sah
Ilmu tajwid ialah ilmu memperelokkan bacaan Tuntutan Tajwid disisi ilmu fekah ada yang wajib ada yang sunat . Dengan memanjangkan bacaan pada tempat mad adalah wajib . Tidak memanjangkan bacaan nya ( pada mad laazim) adalah salah dan boleh membatalkan solat. Bagi mempastikan solat itu sah hendaklah membaca dengan panjang tetapi tidak mesti cukup 6 harakat disisi fekah seandainya kita membacanya dengan 2,3,4 atau 5 harakat maknanya masih betul Tetapi dalam ilmu tajwid belum sempurna mad lazim mesti dibaca sehingga cukup 6 harakat.
7 ayat surah surah Al- Fatihah - Mengikut mahzab Syafi’e
1. ) بسم اللهِ الرحمن الرحيم
2. الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3. ) الرحمن الرحيم
4. ) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5. ) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6. )اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
7. )صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Begitulah nombor-nombor ayat dari surah al fatihah dari mush-haf
Begitu jugalah disisi fuqaha` yang berpendapat Basmallah ( بسم اللهِ الرحمن الرحيم ) satu ayat dari al fatihah termasuk mazhab Syafi`e
Dalam mazhab yang mengatakan Basmallah (بسم اللهِ الرحمن الرحيم ) bukan satu ayat dalam al fatihah susunan ayatnya begini
2. ) الرحمن الرحيم
3. ) مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
4. ) إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
5. )اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
6. ) صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
7. ) غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ
Oleh sebab itu wakaf disitu ( alaihim yang pertama ) tiada apa-apa masalah Cuma dalam mazhab Syafi`e elok jangan diwaqaf disitu kerana ia ditengah ayat Waqaf disunatkan dihujung ayat Namun jika waqaf juga disitu tiada apa-apa masalah hanya meninggalkan satu sunat. Dalam mazhab lain sewajarnya diwaqafkan disitu kerana ia adalah hujung ayat ke 6 disisi mereka.
Antara kesalahan yang sering berlaku Dalam Bacaan surah Al Fatihah
1. Tidak menyebut sesuatu huruf yang berbaris secukupnya : Perkara ini biasanya berlaku di awal huruf kalimah-kalimah berikut ; بسم ، اهدنا ،صراط
2. Melebihi kadar mad yang sepatutnya : Perkara ini biasanya berlaku pada hukum Mad Asli yang sepatutnya dibaca dua harakat sahaja.
3. Memanjangkan huruf yang tidak terdapat huruf mad
4. Memanjangkan suara ketika menyebut " يَـوْمِ " pada ayat : 4 sehingga terjadi Mad Lin yang hanya wujud ketika waqaf sahaja.
5. Menebalkan sebutan huruf ya’ yang berbaris atas pada kalimah " يَوْمِ "
6. Tidak mentasydidkan pada huruf yang bertasydid : Jumlah huruf bertasydid di dalam al-Fatihah ialah 14 huruf. Kesalahan yang nyata merubahkan makna ialah pada kalimah ( إيَّاكَ ) sekiranya dibaca tanpa mentashdidkan huruf ya’ maka maknanya ialah “ cahaya matahari ”
8. Melampau pada sebutan huruf " ك " sehingga bertukar menjadi " ق "
9. Menebalkan sebutan huruf nun yang berbaris atas pada kalimah " نَعْبُدُ "
10. Menipiskan sebutan huruf " ط " pada kalimah
11. Melampau pada sebutan huruf "ع" sehingga bertukar baris atas kepada hadapan
Biasanya berlaku ketika menyebut kalimah ( أنْعَمْتَ ) .
12. Menyebut huruf ‘ain " ع " bukan pada makhrajnya sehingga bertukar huruf tersebut kepada huruf hamzah : Kesalahan ini terjadi ketika menyebut kalimah " أنْعَمْتَ "
13. Menipiskan sebutan huruf ghain " غ " pada kalimah " غَـيْرِ " .
14. Menebalkan sebutan huruf mim, nun dan ta pada kalimah maghdhu, Ih din as, dan mus toqim.
15. Tidak cukup kadar harakat Mad Lazim Kalimi yang sepatutnya dibaca 6 harakat iaitu pada : الضّالين
16. Tidak seragam pada kadar mad : Ketidakseragaman ini biasanya berlaku pada Mad ‘Aridh Lissukun
17. Melampau sebutan pada huruf yang berbaris di atas sehingga berbunyi kedaerahan sekali gus melenyapkan fasohah dalam bacaan.
18. Menyembunyikan huruf nun " ن " ketika waqaf. pada kalimah yang berakhir dengannya seperti kalimah yang terletak di akhir ayat kedua, keempat, kelima dan ketujuh.
19. Memanjangkan suara ketika waqaf pada nun atau mim yang tidak bertasydid sehingga terjadi ghunnah.
Nama Lain Surat Al Fatihah
Surat Al Fatihah memiliki banyak nama. Di antaranya; Fatihatul Kitab (pembuka kitab/Al Qur’an). Karena Al Qur’an, secara penulisan dibuka dengan surat ini. Demikian pula dalam shalat, Al Fatihah sebagai pembuka dari surat-surat lainnya.
Al Fatihah dikenal juga dengan sebutan As Sab’ul Matsani (tujuh yang diulang-ulang). Disebabkan surat ini dibaca berulang-ulang pada setiap raka’at dalam shalat.
Dinamakan juga dengan Ummul Kitab. Karena di dalamnya mencakup pokok-pokok Al Quran, seperti aqidah dan ibadah.
Berikut ini merupakan ringkasan tafsir dari surat Al Fatihah:
“Segala puji bagi Allah Rabbul ‘alamin.”
Segala pujian beserta sifat-sifat yang tinggi dan sempurna hanyalah milik Allah suhanahu wata’ala semata. Tiada siapa pun yang berhak mendapat pujian yang sempurna kecuali Allah suhanahu wata’ala. Karena Dia-lah Penguasa dan Pengatur segala sesuatu yang ada di alam ini. Dia-lah Sang Penguasa Tunggal, tiada sesuatu apa pun yang berserikat dengan kuasa-Nya dan tiada sesuatu apa pun yang luput dari kuasa-Nya pula. Dia-lah Sang Pengatur Tunggal, yang mengatur segala apa yang di alam ini hingga nampak teratur, rapi dan serasi.
Bila ada yang mengatur selain Allah suhanahu wata’ala, niscaya bumi, langit dan seluruh alam ini akan hancur berantakan. Dia pula adalah Sang Pemberi rezeki, yang mengaruniakan nikmat yang tiada tara dan rahmat yang melimpah ruah. Tiada seorang pun yang sanggup menghitung nitmat yang diperolehnya.
Disisi lain, ia pun tidak akan sanggup membalasnya. Amalan dan syukurnya belum sebanding dengan nikmat yang Allah suhanahu wata’ala curahkan kepadanya. Sehingga hanya Allah suhanahu wata’ala yang paling berhak mendapatkan segala pujian yang sempurna.
الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
“Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyanyang.”
Ar Rahman dan Ar Rahim adalah Dua nama dan sekaligus sifat bagi Allah suhanahu wata’ala, yang berasal dari kata Ar Rahmah. Makna Ar Rahman lebih luas daripada Ar Rahim. Ar Rahman mengandung makna bahwa Allah suhanahu wata’ala mencurahkan rahmat-Nya kepada seluruh makhluk-Nya, baik yang beriman atau pun yang kafir. Sedangkan Ar Rahim, maka Allah suhanahu wata’ala mengkhususkan rahmat-Nya bagi kaum mukminin saja. Sebagaimana firman Allah suhanahu wata’ala: “Dan adalah Dia Maha Penyayang kepada orang-orang yang beriman”. (Al Ahzab: 43)
مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
“ Yang menguasai hari kiamat.”
Para ‘ulama ahli tafsir telah menafsirkan makna Ad Din dari ayat diatas adalah hari perhitungan dan pembalasan pada hari kiamat nanti.
Umur, untuk apa digunakan? Masa muda, untuk apa dihabiskan? Harta, dari mana dan untuk apa dibelanjakan? Tiada seorang pun yang lepas dan lari dari perhitungan amal perbuatan yang ia lakukan di dunia.
Allah suhanahu wata’ala berfirman (artinya):
“Tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? Sekali lagi, tahukah kamu apakah hari pembalasan itu? (Yaitu) hari (ketika) seseorang tidak berdaya sedikitpun untuk menolong orang lain. Dan segala urusan pada hari itu dalam kekuasaan Allah”. (Al Infithar: 17-19)
Secara kaidah etimologi (bahasa) Arab, ayat ini terdapat uslub (kaidah) yang berfungsi memberikan penekanan dan penegasan. Yaitu bahwa tiada yang berhak diibadahi dan dimintai pertolongan kecuali hanya Allah suhanahu wata’ala semata. Sesembahan-sesembahan selain Allah itu adalah batil. Maka sembahlah Allah suhanahu wata’ala semata.
Sementara itu, disebutkan permohonan tolong kepada Allah setelah perkara ibadah, menunjukkan bahwa hamba itu sangat butuh kepada pertolongan Allah suhanahu wata’ala untuk mewujudkan ibadah-ibadah yang murni kepada-Nya.
Selain itu pula, bahwa tiada daya dan upaya melainkan dari Allah suhanahu wata’ala. Maka mohonlah pertolongan itu hanya kepada Allah suhanahu wata’ala. Tidak pantas bertawakkal dan bersandar kepada selain Allah suhanahu wata’ala, karena segala perkara berada di tangan-Nya.
Hal ini sebagaimana firman Allah suhanahu wata’ala (artinya):
“Maka sembahlah Dia dan bertawakkallah kepada-Nya”. (Hud: 123)
اهْدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ
“Tunjukkanlah kami ke jalanmu yang lurus.”
Yaitu jalan yang terang yang menghantarkan kepada-Mu dan jannah (surga)-Mu berupa pengetahuan (ilmu) tentang jalan kebenaran dan kemudahan untuk beramal dengannya.
Al Imam Ahmad dalam Musnadnya meriwayatkan dari shahabat An Nawas bin Sam’an radhiallahu ‘anhu, bahwa Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Allah memberikan permisalan ash shirathul mustaqim (jembatan yang lurus), diantara dua sisinya terdapat dua tembok. Masing-masing memiliki pintu-pintu yang terbuka, dan di atas pintu-pintu tersebut terdapat tirai-tirai tipis dan di atas pintu shirath terdapat seorang penyeru yang berkata: “Wahai sekalian manusia masuklah kalian seluruhnya ke dalam as shirath dan janganlah kalian menyimpang.
Dan ada seorang penyeru yang menyeru dari dalam ash shirath, bila ada seseorang ingin membuka salah satu dari pintu-pintu tersebut maka penyeru itu berkata: “Celaka engkau, jangan engkau membukanya, karena jika engkau membukanya, engkau akan terjungkal kedalamnya. Maka ash shirath adalah Al Islam, dua tembok adalah aturan-aturan Allah, pintu-pintu yang terbuka adalah larangan-larangan Allah. Penyeru yang berada di atas ash shirath adalah Kitabullah (Al Qur’an), dan penyeru yang berada didalam ash shirath adalah peringatan Allah bagi hati-hati kaum muslimin”.
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ
“Yaitu jalannya orang-orang yang engkau beri kenikmatan.”
Siapakah mereka itu? Meraka adalah sebagaimana yang dalam firman Allah suhanahu wata’ala: “Dan barang siapa yang menta’ati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama-sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah yaitu: Nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid, dan orang-orang shalih. Dan mereka itulah sebaik-baik teman. Yang demikian itu adalah karunia dari Allah dan Allah cukup mengetahui”. (An Nisaa’: 69-70 )
“Dan bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.”
Orang-orang yang dimurkai Allah suhanahu wata’ala adalah orang-orang yang mengetahui kebenaran akan tetapi enggan mengamalkannya. Mereka itu adalah kaum Yahudi.
Allah suhanahu wata’ala berfirman berkenaan dengan keadaan mereka (artinya):
“Katakanlah Wahai Muhammad: Maukah Aku beritakan kepadamu tentang orang-orang yang lebih buruk pembalasannya dari (orang-orang fasik) itu di sisi Allah, yaitu orang-orang yang dikutuk dan dimurkai oleh Allah”. (Al Ma’idah: 60)
Adapun jalan orang-orang yang sesat adalah bersemangat untuk beramal dan beribadah, tapi bukan dengan ilmu. Akhirnya mereka sesat disebabkan kebodohan mereka.
At Ta’min
Pembaca yang dirahmati Allah suhanahu wata’ala, At Ta’min adalah kalimat “Amin” yang diucapkan setelah selesai membaca Al Fatihah dalam shalat dan bukan merupakan bagian dari surat tersebut, yang mempunyai arti “Ya Allah kabulkanlah do’a kami”.
Diriwayatkan dari shahabat Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam ketika membaca:
الضَّآلِيْنَ وَلاَ عَلَيْهِمْ الْمَغْضُوْبِ غَيْرِ
maka Beliau shalallahu ‘alaihi wasallam mengucapkan Amin sampai orang-orang yang di belakangnya dari shaf pertama mendengar suaranya. (HR. Abu Dawud dan Ibnu Majah)
Barang siapa yang ta’minnya bersamaan dengan ta’min malaikat, maka Allah suhanahu wata’ala menjanjikan ampunan bagi dia. Sebagaimana hadits yang diriwayatkan shahabat Abu Hurairah radhiallahu ‘anhu, bahwasanya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Jika imam mengucapkan amin maka ikutilah, karena barang siapa yang ta’minnya bersamaan dengan ta’min malaikat, niscaya ia diampuni dosa-dosanya yang telah lalu”. (Muttafaqun alaih)
MEMBACA SURAH FATIHAH KETIKA SOLAT BERJEMAAH
Bagaimana kalau imam membaca secara jahar
Mengikut mazhab Syafie, membaca surah Al-Fatihah adalah rukun solat. Bagi Mazhab Maliki dan hambali, ketika solat berjemaah, makmum tidak perlu membacanya.
Mazhab Imam Malik dan Ahmad bin Hanbal berpendapat tentang wajibnya makmum diam bila imam membaca dengan jahar atau mengeraskan bacaannya.
Tentang hal ini pernah suatu ketika Rasulullah sallallahu alaihi wasallam melarang makmum membaca surah di belakang imam kecuali surah Al-Fatihah:
Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wassallam : "Betulkah kalian tadi membaca (surah) di belakang imam kalian?" Kami menjawab: "Ya, tapi dengan cepat wahai Rasulullah". Bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : "Kalian tidak boleh melakukannya lagi kecuali membaca Al-Fatihah, kerana tidak ada sembahyang bagi yang tidak membacanya." (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abu Dawud, dan Ahmad)
Banyak Hadis-hadis yang diteliti merupakan dalil yang tegas dan kuat tentang wajib diamnya makmum apabila mendengar bacaan imam, baik ketika bacaan surah Al-Fatihahnya mahupun surah yang lain.
Selain itu juga berdasarkan firman Allah Ta'ala yang bermaksud "Dan apabila dibacakan Al-Quran hendaklah kamu dengarkan ia dan diamlah sambil memperhatikan (bacaannya), agar kamu diberi rahmat." (Surah Al-A'raaf ayat 204).
Kesimpulan
Perlu juga kita ketahui bahawa Imam-Imam Mazhab ini kesemuanya merupakan Imam bermanhaj Salaf. Mereka lebih memahami hal-ehwal hadith berserta aplikasi fiqhnya menurut kaca mata salaf. Khilaf (perselisihan) Imam-Imam tersebut berdasarkan ambilan dalil-dalil dari sumber hadith yang sahih. Maka disini tidak timbul isu Imam mana yang lebih salafi atau seumpamanya.
Dalam isu membaca surah al-Fatihah, anda boleh berpegang kepada pendapat yang mengatakan bahawa apabila Imam membaca al-Fatihah, makmum tidak perlu membacanya, dan memberi penumpuan kepada bacaan Imam. Perkara utama yang perlu kita jelas disini adalah isu ini merupakan khilaf ulama', (perbedaan pandangan ) dengan erti kata lain, seseorang itu dibenarkan memilih diantara dua pandangan ini; iaitu membaca al-Fatihah atau tidak membacanya ketika Imam membaca secara kuat.
Seeloknya pada pandangan saya, hendaklah diam semasa Imam membaca surah Fatihah, dan Imam hendaklah memberi laluan kepada makmum untuk membacanya selepas imam selesai membacanya.
Wallahualam