29.11.08

Kematian

Sesiapapun tidak tahu bila ajalnya akan tiba. Allah menjadikan manusia bersifat lupa dan lalai pada kematian. Kematian adalah misteri yang tidak akan terpecah dengan fahaman rasional semata. Kita perlukan keimanan untuk melalui perjalanan menuju kematian.

Sesungguhnya kita ini sudah terkepung dengan ajal, tetapi kita terkejar kejar akan angan angan yang tak sudah sudah. Betapa kita telah ditertawakan oleh takdir , kerana kemana sahaja kita pergi, atau apa sahaja keinginan kita, semuanya akan kembali kepada qadak dan qadar

Menginagati mati itu satu ibadah. Dan sebenarnya untuk mendidik jiwa supaya sentiasa merasai tibanya kematian, perlulah ada latihan yang terancang . Latihan mengingati mati boleh dilakukan dengan pelbagai cara, membaca cerita kematian misalnya atau menziarahi orang sakit atau orang yang sudah meninggal dunia.

22.11.08

Anakku, jadilah pemimpin yang adil


Anak anak ku sudah ramai yang jadi pemimpin , tak kiralah pemimpin dalam kelompok yang kecil atau dalam ruang lingkup yang lebih luas. Persoalannya pernahkah kamu semua berfikir

macam mana nak jadi pemimpin yang adil? Kalau hendak mengubah negara ubahlah manusianya, kalau hendak mengubah manusia ubahlah sikap mereka, kalau hendak mengubah sikapnya, fikirkanlah fitrahnya.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 30 bermaksud :

" ingatlah ketika TUHANMU berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku hendak menjadikan manusia khalifah di muka bumi, lalu malaikat berkata : Mengapa mereka? mereka akan membuat kerosakan padanya, mereka akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan ENGKAU. Lalu TUHAN berfirman : Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang engkau tidak ketahui "

Jadilah pemimpin yang adil, Adil itu sesuatu yang abstrak, dapat difahami sukar diterjemah, tahu menilai sukar diterima, boleh diukur tetapi tiada sempadan, faham melakukan tetapi sukar memahamkan.

Prasyarat menjadi pemimpin yang adil mesti ada ilmu, iman dan akal fikiran yang baik
Memiliki ilmu dan iman kerana Allah akan meninggikan darjat orang orang yang mempunyai ilmu dan iman. Memiliki akal fikiran untuk memajukan diri, dunia maupun akhirat. Kekuatan daya fikir, motivasi, mengkaji, menyelidik, menilai, menentu arah tuju,
kreatif terhadap misi dan visi

20.11.08

Belajar dan bekerja kerana Allah swt

Wahai anak anak ku

Belajar, bekerja dan berusaha hukumnya wajib. Ia adalah asas hidup dan ia adalah pembangunan agama, bangsa dan negara. Menuntut ilmu ibarat sesaorang sedang berjuang atau berperang untuk menegakkan kebenaran. Setelah itu bertawakallah kepada Allah. Dan ingatlah, bertawakal tanpa berusaha tidak disukai Allah. Oleh itu bersungguh sungguhlah didalam mencapai kecemerlangan dalam pelajaranmu dan pekerjaanmu.

Allah berfirman dalam surah Al-Taubah, ayat 105 yang bermaksud:

" Bekerjalah kamu, Allah melihat segala pekerjaanmu. Allah maha melihat
apa apa yang kamu kerjakan "

18.11.08

Kala Jengking Neraka

Di hari Kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat. panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi.

Malaikat Jibrail bertanya : "Hai Huraisy, engkau hendak kemana dan siapa yang engkau cari?"

Huraisy menjawab:
" Aku mencari 5 orang, pertama orang yang meninggalkan sembahyang, kedua orang yang tidak mahu mengeluarkan zakat, ketika orang yang derhaka kepada ibubapanya, keempat orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid dan kelima orang yang suka minum arak "

Neng dan saudara kembarnya


Tapi saudara kembarnya dah...... hu hu hu




Neng masa kecil...



Ini neng masa kecil gak, masa ni umurnya sebulan, sekarang dah 6 bulan. nak tengok camne rupanya bila besar? sabar ye...

9 MIMPI RASULULLAH SAW

Nabi Muhammad saw bersabda

" sesungguhnya aku telah mengalami mimpi mimpi yang menakjubkan pada malam
aku sebelum di israq kan ..

1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi malaikat maut dengan keadaan yang sangat menggerunkan untuk menyentap nyawanya, tetapi malaikat maut itu terhalang
perbuatannya disebabkan oleh ketaatannya kepada kedua ibubapanya

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang sangat menyiksakan, tetapi ia terselamat oleh berkat wuduknya yang sempurna

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan dan iblis laknatullah, tetapi terselamat dengan berkat zikirnya yang tulus ikhlas kepada Allah swt.


Ingatlah anak ku

Bahawa sesungguhnya

Kejayaan itu tidak boleh diwarisi tetapi perlu diusahakan
Kejayaan itu bukan milik sesaorang tetapi ia milik sesiapa yang mahukannya
Kejayaan itu tidak berlaku dengan tidak sengaja tetapi perlu dirancang dengan teliti
Kejayaan itu akan datang kepada mereka yang mahukannya

Al-Quran sumber utama kepada sains?

Sempadan diantara dua lautan

Menurut Dr William W. hay, profesor sains Geologi di Universiti Colorado, Boulder USA dalam tahun 1942, setelah ratusan pusat penyelidikan marin telah dibina lalu mereka telah menemui terdapat suatu sempadan diantara laut Mediteranean dan lautan Atlantik. Pertembungan kedua lautan ini jelas ada perbezaan dari segi kemasinannya, suhu, ketumpatan dan warna. Pembahagian sempadan ini ditemui hanya melalui kajian dan peneyelidikan sains dan teknologi.

Lihat apa kata Al-Quran

" Dia membiarkan dua lautan mengalir yang keduanya kemudian bertemu, antara keduanya ada batas yang tidak dilampaui oleh masing masing "

Surah Ar-Rahmaan : 19 -20

Al-Quran sumber kepada sains?

Catatan 2

Besi berasal dari mana?

Dalam satu ceramah yang dibentangkan oleh profesor Armstrong, seorang saintis di NASA, beliau menjelaskan segala unsur besi, tembaga dan logam tidak dihasilkan oleh bumi. Ini adalah kerana tenaga yang ada dalam sistem solar ( matahari ) tidak mencukupi untuk mewujudkan unsur - unsur ini. Mengikut pendapatnya unsur ini mempunyai kekuatan yang hebat, maka tenaga yang diperlukan untuk menghasilkannya harus mempunyai empat kali lebih banyak daripada tenaga solar. Rumusan beliau ialah besi tidak mungkin berasal bumi atau dari kawasan luar daripada sistem suria. Jadi dari mana asalnya unsur besi, tembaga dan logam ini ?

renungkan apa yang ada dalam Al-Quran

" Dan kami ciptakan besi yang padanya terdapat kekuatan yang sangat hebat dan memberi berbagai manafaat kepada manusia, supaya mereka menggunakannya "

Surah Al-Hadid, 57:25

17.11.08

Al-Quran sumber utama kepada sains?

Catatan 1

Alam semesta terdiri daripada matahari, bintang, jutaan galaksi, planet termasuk bumi dan lain lain. Bagaimanakah alam semesta ini dilahirkan? Bagaimanakah ia sedang berubah dan berkembang? Bagaimanakah ia akan pupus?. Inilah diantara soalan yang saintis tidak dapat menjawabnya.

Bagi umat islam kita tahu jawapannya. Al-Quran telah menerangkan dengan jelas persoalan ini:-

"Dialah yang menciptakan segala sesuatu dan dia menetapkan
ukuran ukuran dengan serapi rapinya"

Al-Furqan, 25:2

No 1 Jalan Jasa, Kg Parit Mahang Jeram. Selangor...Disini tercatat seribu satu kenangan

Cara hendak berubah sikap

Kalau hendak mengubah dunia
ubahlah negaranya
kalau hendak mengubah negara
ubahlah manusia nya
kalau hendak mengubah manusia
ubahlah sikapnya

nak ubah sikap?
lakukan perkara baik berulang ulang kali
sehingga sebati dan menjadi tabiat
macam solat subuh tanpa di kejutkan
lakukan secara berterusan..

muuaah.. mamak ku yang banyak mengerti tentang aku

neng masa kecil, sekarang dan besar...

Ketenangan di Kg Parit Mahang

Semasa kami melangkah pergi meninggalkan kampung ini
dengan sejuta kenangan
hanya satu kupinta buat anak anak ku
kalau tak dapat jadi setangkai mawar di taman
jadilah sehelai rumput di halaman
kalau tak dapat jadi sebuku garam
janganlah jadi seekor langau

.... buat anak anak ku

Sentiasalah berfikir wahai anak anak ku
Allah sentiasa memerhati hambanya menguruskan urusan dunia ini

fikirkanlah
halalkah rezeki kita ini dari sumber datangnya
berbaloikah kerja kita ini dengan masa yang diamanahkan

percayalah
Allah menguji hambanya mengikut kemampuan hambanya

yakinlah
setiap tanggungjawab yang diamanahkan sesungguhnya kita boleh melakukan
terpulanglah pada kita macam mana nak buat

dan pastikan
komitmen melebihi 100% untuk hasil lebih 100%

Ilmu Iman dan Amal

Ingatlah anak anak ku
Hidup ini mesti ada Ilmu Iman dan amal
Si bodoh makanan si cerdik
si lemah makanan si kuat
ilmu tanpa iman = kafir
Iman tanpa ilmu = sesat
Ilmu tanpa amal = fasiq
amal tanpa iman = munafiq

Depan rumah kat kampung yang kami tinggalkan.