22.11.08

Anakku, jadilah pemimpin yang adil


Anak anak ku sudah ramai yang jadi pemimpin , tak kiralah pemimpin dalam kelompok yang kecil atau dalam ruang lingkup yang lebih luas. Persoalannya pernahkah kamu semua berfikir

macam mana nak jadi pemimpin yang adil? Kalau hendak mengubah negara ubahlah manusianya, kalau hendak mengubah manusia ubahlah sikap mereka, kalau hendak mengubah sikapnya, fikirkanlah fitrahnya.

Firman Allah dalam surah Al Baqarah ayat 30 bermaksud :

" ingatlah ketika TUHANMU berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku hendak menjadikan manusia khalifah di muka bumi, lalu malaikat berkata : Mengapa mereka? mereka akan membuat kerosakan padanya, mereka akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan ENGKAU. Lalu TUHAN berfirman : Sesungguhnya AKU mengetahui apa yang engkau tidak ketahui "

Jadilah pemimpin yang adil, Adil itu sesuatu yang abstrak, dapat difahami sukar diterjemah, tahu menilai sukar diterima, boleh diukur tetapi tiada sempadan, faham melakukan tetapi sukar memahamkan.

Prasyarat menjadi pemimpin yang adil mesti ada ilmu, iman dan akal fikiran yang baik
Memiliki ilmu dan iman kerana Allah akan meninggikan darjat orang orang yang mempunyai ilmu dan iman. Memiliki akal fikiran untuk memajukan diri, dunia maupun akhirat. Kekuatan daya fikir, motivasi, mengkaji, menyelidik, menilai, menentu arah tuju,
kreatif terhadap misi dan visi

Tiada ulasan: