29.11.08

Kematian

Sesiapapun tidak tahu bila ajalnya akan tiba. Allah menjadikan manusia bersifat lupa dan lalai pada kematian. Kematian adalah misteri yang tidak akan terpecah dengan fahaman rasional semata. Kita perlukan keimanan untuk melalui perjalanan menuju kematian.

Sesungguhnya kita ini sudah terkepung dengan ajal, tetapi kita terkejar kejar akan angan angan yang tak sudah sudah. Betapa kita telah ditertawakan oleh takdir , kerana kemana sahaja kita pergi, atau apa sahaja keinginan kita, semuanya akan kembali kepada qadak dan qadar

Menginagati mati itu satu ibadah. Dan sebenarnya untuk mendidik jiwa supaya sentiasa merasai tibanya kematian, perlulah ada latihan yang terancang . Latihan mengingati mati boleh dilakukan dengan pelbagai cara, membaca cerita kematian misalnya atau menziarahi orang sakit atau orang yang sudah meninggal dunia.

Tiada ulasan: