30.6.09

PETUA MUDA DAN CANTIK BAGI WANITA

Bagi mendapatkan mata yang cantik...
Tundukkanlah pandanganmu terhadap lelaki ajnabi..ini menjadikan mata anda kelihatan suci dan bersih.. drpd dosa yg selalu menyapa matamu...

Bagi mendapatkan bibir yang menawan...
bercakaplah dgn penuh sopan dgn ahli keluargamu...dan sahabat2 mu di kalangan para muslimah...dan bercakap hanyalah untuk kebenaran dan keperluan...apabila berhubung dgn lelaki2 yg bkh mahrammu...

Bagi mendapatkan pipi yang gebu...
pastikan haya' bersamamu selalu..jadikan malu sebagai pelindung pipimu dr penglihatan orang...

kelihatan segar dan berseri...
senyumlah selalu kpd keluargamu dn sahabat muslimahmu...berkata Abdullah bin Harith: aku tidak pernah melihat org yg paling banyak senyum selain Rasulullah..Untuk membuang segala kekotoran dari mukamu...perbanyakkanlah istighfar...dan pastikan wudhu' membaluti dirimu sentiasa...insya allah ia akan membebaskanmu drpd dosa2 mu yg lepas.

Untuk mempunyai rambut serta kulit yg cantik....
pastikan ia selamat dari pandangan ajnabi..agar ia tidak dirosakkan oleh mata mata yang memandang... sabda rasul: barang siapa yg mendedahkan di sebalik pakaiannya kpd selain suaminya,maka dia telah memecahkan perlindungan Allah terhadap dirinya

Dan untuk mempunyai otak yg cergas serta badan yg cerdas...
rajin2kanlah diri untuk bngun solat tahajud...dan sentiasalah memberi ruang di dlm minda untuk Allah...Sentiasalah bersegera untk memberikan kemaafan...kpd orang yg sudah mengguris hatimu...dan bersabarlah apabila ditimpa dgn ujian...berterima kasihlah kpd Allah atas ujian tersebut...kerana balasan bg kesabaran amatlah besar...

Wahai para Muslimah ...Insya allah jika kamu mngikuti nasehat ini...kamu pasti akan kelihatan indah, indah rohani, indah jasmani...indahlah hidup ini...

Sabda Rasulullah: Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik2 perhiasan ialah wanita solehah...

29.6.09

airmata yang menitis...

28 hb Jun 2009. 9.00 pm. dewan serbaguna ATPN.
Perhimpunan bulanan dengan pelajar ATPN

Keputusan Pilihanraya pemilihan kepimpinan baru Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (ATPN) telah diketahui, hari ini pengistiharan barisan kepimpinan exco Badan perwakilan Pelajar AYSKL (ATPN ) bagi sesi 2009-1010. Ini bermakna barisan kepimpinan BPP sesi 2008/2009 meletakan jawatan dan menyerahkan tugas pada barisan kepimpinan baru.

Sebak rasa hati bila YDP Pelajar 2008/2009 Amirah Asri memberi ucapan dan memohon maaf pada ibu dan ustazah kerana sebagai YDP beliau merasa gagal membentuk sikap jatidiri dikalangan pelajar.

Saya turut menitiskan airmata. Saya bangun dan melangkah meninggalkan dewan. sebab saya tahu bila saya mula menitiskan airmata, ia akan mengalir tidak berhenti henti.
.. first time tengok ustazah nangis... kata seorang pelajar. Memang semua pelajar tak pernah melihat saya berada dalam kesedihan apatah lagi untuk mengeluarkan airmata. Satu perkara yang pelik. Sememangnya saya amat sukar untuk melayan perasan sendiri .

Kenapa saya menitiskan airmata. Ada tiga sebab

1. rasa feel dalam diri masih ada kerana saya baru saja mengimamkan solat sunat tasbih selepas solat maghrib . Gema tasbih tahmid dan takbir yang diucap sebanyak 300 kali disurau masing terasa. rasa kerdilnya diri ini .

2. rasa sebak bila amirah berkata beliau gagal menunaikan tanggung jawabnya. So... saya... lagi rasa tersindir... terfikir saya, jika sesaat nanti kematian menjemput.. apakah rasa tertanggung amanah, tanggung jawab yang barangkali sudah terabai. Sekali dia rasa bersalah .... saya seribu kali rasa bersalah.

3. rasa geram kerana bila amirah berkata sambil menitiskan airmata, tiada respon keinsafan pada pelajar lain. malah langsung tiada ' rasa' dikalangan mereka. Rasanya kalau ditumpahkan seguni serbuk perasa pun mereka ni tetap blurr... Mereka tak rasa bersalah pun... malah ada yang berkata... lek arr.. relax arr... lalu saya sengaja membiarkan airmata saya mengalir dan bila pelajar lain melihat saya menangis barulah mereka seolah tersedar... dan adalah sebahagian mereka yang turut menitiskan airmata.

.... terfikir zaman ini terlalu payah untuk membentuk sahsiah dan jatidiri remaja...

22.6.09

Selsema babi - Influenza A H1N1


Tanda Simptom Selsema Babi

Apakah Selesema Babi?
Selesema babi adalah sejenis penyakit respiratory yang ditemui dalam kawanan babi disebabkan oleh virus influenza jenis A (H1N1). Selesema babi ini dikesan saban tahun dan biasanya terjadinya kepada mereka yang mempunyai kaitan dengan babi. Manusia biasanya tidak dijangkiti oleh virus ini tetapi jangkitan terhadap manusia telah dikesan. Virus selesema babi telah dilaporkan merebak dari manusia ke manusia lain. Tetapi pada masa lepas, pemindahan virus ini adalah terhad dan menjangkiti sehingga tiga orang sahaja.

Adakah Virus Ini Berjangkit?
CDC telah mengesahkan bahawa virus ini (H1N1) adalah berjangkit dan merebak dari seorang ke seorang manusia lain. Walau bagaimanapun masih belum diketahui cara dan bagaimana mudahnya jangkitan ini terjadi.

Apakah Tanda-tanda dan Simptom Demam Babi Terhadap Manusia?
Simptom selesema babi ini terhadap manusia adalah sama dengan simptom selesema biasa seperti demam, batuk, sakit tekak, sakit badan, pening kepala, sejuk dan kelesuan. Ada juga sesetengah kes cirit-birit dan muntah yang berkait dengan selesema burung yang dilaporkan.Pada masa yang lepas, beberapa penyakit (kegagalan paru-paru dan sistem pernafasan) dan kematian telah dilaporkan dengan jangkitan selesema babi dalam manusia. Seperti virus selesema bermusim, selesema babi boleh menyebabkan keadaan kesihatan kronik.

Apa Yang Perlu Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dijangkiti Selesema?
Perkara yang terpenting sekali adalah membasuh tangan. Cuba untuk berada pada tahap yang paling sihat. Dapatkan tidur yang cukup. Sentiasa aktif, menangani tekanan, minum banyak air dan makan makanan berkhasiat. Cuba mengelak dari menyentuh tempat yang dicemari dengan virus. Mengelak hubungan dengan mereka yang sakit.

Apakah Kawasan-kawasan Yang Berkemungkinan Sebagai Tempat Yang Dicemari?
Kuman boleh merebak apabila seseorang menyentuh sesuatu yang dicemari dengan kuman dan menyentuh pula mata, mulut dan hidung mereka. Titisan rembesan dari batuk dan bersin dari mereka yang dijangkiti boleh bergerak melalui udara. Kuman boleh merebak apabila seseorang itu menyentuh titisan rembesan batuk dan bersin dari seorang di atas permukaan seperti meja dan permukaan lain dan menyentuh mata, mulut dan hidung sebelum membasuh tangan mereka.

Apa Yang Boleh Dilakukan Untuk Mengelak Daripada Dihinggapi Penyakit?
Buat masa ini belum lagi ada sebarang vaksin untuk melindungi dari selesema babi ini. Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu menghalang penyebaran kuman yang menyebabkan penyakit pernafasan seperti demam selesema.

Langkah-langkah ini untuk melindungi kesihatan anda:
1. Tutup/lindung mulut dan hidung anda dengan tisu sewaktu bersin atau batuk.
2. Buangkan tisu tersebut ke dalam tong sampah selepas menggunakannya.
3. Basuhlah tangan dengan sabun dan air dengan kerap terutamanya selepas batuk atau selesema.
4. Mengelak dari menyentuh mata, hidung dan mulut. Kuman boleh merebak dengan cara ini.
5. Jika anda sakit akibat demam selesema, disyorkan supaya anda tidak bekerja atau ke sekolah juga mengehadkan pergaulan dengan orang lain supaya mereka tidak dijangkiti.
6. Jika anda sakit anda perlu:- Tinggal di rumah dan mengelak hubungan dengan orang lain sebaik mungkin untuk mengelak jangkitan
7. Mendapatkan rawatan kecemasan jika mengalami tanda-tanda awal penyakit.

20.6.09

ex-students ATPN. SPM-2007




Pelajar ATPN F5 -2007
mencari jejak di ATPN pada 19 - 20/6/09
walaupun hanya sebentar dapat mengubat kerinduan di hati
Anak anak semua. tq ingat lagi kat atpn, jangan lupa solat.... walau dimana anda semua berada

Pertandingan nasyid Yayasan Selangor

PKSKKYS telah menganjurkan Pertandingan Nasyid dan Tilawah Al-Quran antara kakitangan Yayasan Selangor. Acara bercerita dan hafazan bagi anak anak kakitangan juga diselitkan. Pertandingan tersebut diadakan pada 20 hb Jun 2009 dari jam 9.00 pagi - 1.00 tengahari bertempat di dewan Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur (ATPN)

Juara. Kumpulan Nasyid Ibu pejabat Yayasan Selangor


















Kumpulan Nasyid Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS)

















Kumpulan Nasyid Asrama Yayasan Selangor Sabak Bernam (AYSSB)

















Kumpulan Nasyid Kem Yayasan Selangor . Tempat kedua
















Haa... ni dia Kumpulan nasyid Ainul Mardhiah AYSKL. Buat lawak tak menjadi

















Kumpulan Ainul Mardhiah AYSKL...Dapat tempat ketiga laa.. Jadilah dapat 500 hinggit.
Bergambar bersama Tuan Haji Takril Pengurus Besar Yayasan Selangor

















16.6.09

bercuti di muzium teh

Pengurus muzium




Balik kampung tak sangka ada muzium teh. Kami pun ambil kesempatan untuk melawat muzium ni. Pengurus muzium ni twin daughter saya lah...
































5.6.09

Hukum menonton wayang pada pandangan Dr Yusuf al-Qardawi

Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi pernah ditanyakan mengenai hukum menonton filem di pangung wayang, jawab beliau :

لا شك أن (السينما) وما ماثلها أداة هامة من أدوات التوجيه والترفيه، وشأنها شأن كل أداة فهي إما أن تستعمل في الخير أو تستعمل في الشر، فهي بذاتها لا بأس بها ولا شيء فيها، والحكم في شأنها يكون بحسب ما تؤديه وتقوم به.
وهكذا نرى في السينما: هي حلال طيب، بل قد تستوجب وتطلب إذا توفرت لها الشروط الآتية:

“Tidak syak lagi bahawa panggung wayang merupakan satu alat dari alat-alat pengarahan(directing) dan hiburan(entertainment), maka hal-ehwal (aktiviti) setiap alat ini dilihat samada digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Maka ia diterima, dan tidak adalah masalah keatasanya. Maka hukum aktivitnya adalah menurut apa ia ambil dan lakukannya.

Dengan itu kami berpendapat bahawa pangung wayang : adalah halal dan baik, akan tetapi ia memerlukan dan meminta agar syarat yang dinyatakan wujud”

Syarat-syaratnya :-

1. Tajuk dan isinya tidak boleh bertentangan dengan Aqidah Islam, Akhlak dan Syariah. Ia tidak boleh mengandungi unsur seks, mengajak kepada jenayah, ajaran sesat dsbnya.

2. Menonton wayang tidak menghalang seseorang itu dari melakukan perkara wajib, seperti solat 5 waktu. Tidak boleh seseorang itu meninggalkan solat wajib, contohnya Maghrib semata-mata untuk menonton wayang. al-Quran memberi amaran keras kepada sesiapa yang berpaling dari mengingati Allah.

3. Elak dari bergaul diantara lelaki dan perempuan yang ajnabi (orang luar), elak dari fitnah dan juga bersyubhat, lebih-lebih lagi menonton didalam keadaan gelap.

Jika syarat ini dapat dipatuhi, maka menonton wayang tidaklah di larang. Dr Ahmad Syarabasi mengatakan bahawa ia boleh dijadikan untuk memanafaatkan umat keseluruhannya, seperti menegakkan agama dan menunjukkan akhlak yang baik.


4.6.09

PILIHAN RAYA ATPN

PILIHAN RAYA MEMILIH BARISAN KEPIMPINAN BARU EXCO BADAN PERWAKILAN PELAJAR ATPN 2009/2010

Sampailah sudah masanya pemilihan kepimpinan baru Badan Perwakilan Pelajar Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ( ATPN) bagi tahun 2009 - 2010.











Penamaan calon telah diumumkan oleh exco BPP ATPN 2008/2009 pada hari Ahad 24 hb Mei, 2009 bertempat di Surau ATPN dengan disaksikan oleh ustazah.

Seramai 20 orang calon form 4 telah disenaraipendikan dari 40 orang pelajar. Dari 20 calon ini hanya dipilih 12 orang sahaja.

Calon calon BPP telah diperkenalkan dan mereka juga telah mengumumkan manifesto masing masing.

Ustazah rasa terharu sangat bila salah seorang calon menyatakan manifestonya ialah xnak lagi menyusahkan ustazah terjerit jerit suruh solat kerana semua students akan bergerak untuk solat tanpa di suruh lagi.
untuk pengetahuan anak anak sume..... ustazah xrasa letih pun dengan sentiasa bercakap... kamu dah solat... kamu dah solat.. kamu dah solat... kerana perkataan itu dah memang hobi ustazah..

Pengundian dilakukan pada Khamis 28 hb Mei, 2009. bertempat di dewan Serbaguna ATPN. Pengundian disaksikan oleh Puan Siti dan ustazah.

Semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah, tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Pelajar berkempen secara berhemah dan bertertib. Maklumlah... Masing masing nak jaga hati orang lain.
Pelajar ATPN memang pandai jaga hati kawan...

Keputusan akan disaring terlebih dahulu oleh pengurusan Asrama kerana calon perlu melepasi syarat lain dengan sesi temuduga oleh Puan Siti dan Ustazah.

Insya Allah... Keputusan akan diumumkan pada minggu pertama penggal kedua sesi persekolahan tahun 2009.

Selawat Syifa' syirik?

SELAWAT SHIFA SYIRIK ?

Akhir-akhir ini terdapat golongan tertentu yang mempertikaikan bacaan Selawat Syifa’ dan Selawat Tafrijiyyah. Mereka mengatakan bahawa mengamalkan selawat-selawat ini boleh membawa kepada syirik kerana membesarkan nabi Muhammad s.a.w. lebih daripada Allah SWT.

Dalam banyak tulisan berkaitan selawat ini telah menterjemahkan makna selawat ini seperti berikut :

“Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

Dalam terjemahan makna ini ada sedikit timbul kekeliruan kerana menyebut “Muhammad s.a.w. yang menyembuhkan hati-hat i”. Persoalannya siapa yang memberi kesembuhan. Dalam terjemahan ini jika dibaca secara langsung memang ada sedikit kekeliruan kerana seolah-olah nabi Muhammad yang menyembuhkan hati-hati.

Dalam persoalan Selawat Syifa ini Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menjelaskan seperti berikut; di dalam kamus Bahasa Arab yang masyhur iaitu Kamus al-Munjid, perkataan “Tib” adalah bermaksud “’ilaj” iaitu di dalam bahasa Melayu bermakna “Ubat” atau “Penawar”. Ia bukan bermaksud “Syafi’ iaitu menyembuhkan.

Dengan itu sepatutnya selawat itu diterjemahkan kepada :

“ Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad s.a.w. yang menjadi penawar kepada hati-hati kami, dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya”

‘Iktikad kita perlu diperbetulkan supaya tidak syirik kepada Allah SWT. Allah SWT. sahaja yang boleh memberi kesembuhan. Kesembuhan hanya milik Allah SWT.

Semoga Allah SWT. sentiasa menjauhkan kita daripada syirik kepada-Nya.

Wallahhu ‘alam

2.6.09

Rohaya Sulaiman



Ustazah Rohaya bt Sulaiman


Sempena hari Guru tahun 2009, Ustazah ini telah dinobatkan sebagai


Tokoh Guru SRA Kampung Jawa Kelang, Selangor



Tokoh guru 3 tahun berturut turut tu .... ok la tu, siap pakai selendang lagi..


cita cita dulu nak jadi ratu cantik la tu

tahniah dari kami sekeluarga, moga mengajar lebih telus, lebih bertanggungjawab dan lebih beramanah.


jul, wan dan din, lihat kakak ikam .. jadikan contoh teladan. Ijul jangan tatawa .