30.7.09

tanda mati husnul khatimah


Antara tanda tanda mati husnuh khatimah


1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat.
Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat.
Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.


5. Mati dalam peperangan fisabilillah.
Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera.
Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.
Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC)
Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak.
"Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa.
"Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh.

jagalah 7 sunnah nabi saw

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari.

Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:
Pertama
lakukan solat sunat tahajjud
kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua
banyakkan baca Al-Qur'an sebelum terbit matahari.
Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga
jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh.
Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat
jaga solat dhuha,
kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima
jaga sedekah setiap hari.
Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam
jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.
Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah".
Ketujuh
amalkan istighfar setiap saat.
Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah. Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme

HIDUP DAN MATI

HIDUP DAN MATI

Cerdasnya orang yang beriman adalah,
dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat,
yang sekejap untuk hidup yang panjang.
Hidup bukan untuk hidup,
tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup.
Hidup bukan untuk mati,
tapi mati itulah untuk hidup.
Kita jangan takut mati, jangan mencari mati,
jangan lupakan mati, tapi rindukan mati.
Kerana
mati adalah pintu berjumpa dengan Allah SWT.
Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup,
Tapi mati adalah awal cerita sebenarnya,
maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

28.7.09

SUJUD SAHWI

Perihal Tatacara Sujud Sahwi Yang Benar

Sujud syawi adalah nama bagi ‘dua sujud’ yang dilakukan oleh seseorang yang bersolat, untuk menutup kekurangan yang terjadi ketika solat disebabkan terlupa.
Menurut Sayyid Sabiq rahimahullah:

Sujud sahwi dilakukan dengan dua kali sujud sebelum atau sesudah salam oleh seseorang yang sedang bersolat. Kedua-dua cara ini memang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w.

Perlaksanaan sujud sahwi adalah atas beberapa sebab seperti berikut:


1 – Penambahan gerakan (al-Ziyadah).
Misalnya seseorang menambah jumlah rukuk, sujud, berdiri atau duduknya.

2 – Pengurangan (Naqs).
Misalnya seseorang kurang dalam melaksanakan rukun atau hal yang wajib dalam solat.

3 – Mengalami keraguan (syak).
Misalnya dia ragu-ragu tentang jumlah rakaat solat samaada tiga atau empat.

Sujud sahwi hanya disyariatkan ke atas kekurangan atau penambahan yang berlaku di dalam solat secara tidak sengaja. Jika solat seseorang terlebih atau terkurang, maka hendaklah dia sujud dua kali.

1 - Tatacara Sujud Sahwi Ketika Berlaku Penambahan Di Dalam Solat

Apabila kita tersedar bahawa dalam solat kita, samaada ketika bersolat (masih dalam solat) atau sesudah selesai mengerjakannya (selepas salam), ada tertambah sesuatu seperti jumlah rakaat, sujud, duduk antara dua sujud, dan lain-lain, maka hendaklah sujud syahwi dilakukan selepas salam.

Sebagai contoh, andainya sesorang yang sedang bersolat maghrib tersedar yang dia telah melakukan empat rakaat dalam solatnya itu (berlaku penambahan rakaat) dan masih di dalam solatnya, maka hendaklah dia sempurnakan solatnya seperti biasa sehingga salam. Dan setelah itu (sesudah salam) dia perlu lakukan sujud syahwi (dengan dua sujud) lalu memberi salam sekali lagi.

Sekiranya pada rakaat keempat tersebut baru dia tersedar bahawa solat maghrib sepatutnya hanya tiga rakaat, maka dia harus duduk ketika itu juga untuk menyelesaikan (mengerjakan) tasyahhud akhir dan kemudiannya memberi salam. Dan sesudah saja salam, terus lakukan sujud syahwinya.

Andainya dia hanya teringat setelah memberi salam, maka dia perlu melakukan sujud syahwi dengan serta merta (ketika menyedarinya) lalu memberi salam.

Diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Mas’ud r.a.:

Pada suatu ketika Nabi s.a.w. bersolat Zuhur lima rakaat, lalu ditanya: Apakah rakaat solat ini memang telah ditambah? Baginda bertanya: Mengapa demikian? Para sahabat menjawab: Anda telah melakukan solat lima rakaat. Maka baginda pun sujud dua kali setelah memberi salam itu. (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 1226)

Daripada hadis ini, jelas menunjukkan jika kita tertambah sesuatu di dalam solat tidaklah perlu diulangi solat tersebut, tetapi cukup dengan melakukan sujud syahwi.

Termasuk dalam hal ini (al-Ziyadah) adalah memberi salam sebelum sempurna solatnya. Contohnya, ketika seseorang sedang bersolat Asar lalu pada rakaat yang kedua dia telah melakukan tasyahhud akhir dan memberi salam untuk mengakhiri solatnya. Dalam hal ini, penambahan (al-ziyadah) adalah pada perbuatan menambah salam sebelum masanya. Andainya, dia menyedari hal permasalahan tersebut setelah berada pada sela masa yang lama (setelah mengakhiri solatnya) maka dia harus mengulangi semula solatnya. Namun, jika hanya beberapa ketika setelah memberikan salam, maka dia hanya perlu menyempurnakan baki solatnya itu lalu memberi salam. Dan kemudiannya terus melakukan sujud syahwi dan salam sekali lagi.

Daripada Abu hurairah r.a.:

Rasulullah s.a.w. solat bersama kami pada salah satu waktu solat di siang hari (Asar atau Zuhur), ternyata baginda hanya solat dua rakaat sahaja dan terus memberi salam. Baginda lalu pergi ke sebuah kayu yang terbelintang di masjid lalu berteleku di atasnya seolah-olah sedang marah. Tangan kananya diletakkan di atas tangan kirinya sambil menggenggam jari-jarinya, sedang pipinya diletakkan di atas telapak kirinya bahagian luar. Kemudian ada yang segera keluar dari pintu-pintu masjid sambil mengatakan: “Solat telah diqasarkan (dipendekkan)”. Di antara orang ramai itu terdapat pula abu Bakar dan Umar. Keduanya malu untuk bertanyakan akan hal itu. Kebetulan di antara mereka terdapat pula seorang lelaki bernama Dzulyadain, yang bertanya:

“Ya Rasulullah, apakah anda lupa atau solat tadi memang diqasarkan?” Baginda bersabda: “Saya tidak lupa dan solat tadi tidak pula diqasarkan.” Maka Rasulullah bertanya kepada para sahabat: “Apakah benar yang dikatakan oleh Dzulyadain?” Para sahabat menjawab: “Benar.” Maka baginda pun menuju kembali ke tempatnya semula dan menyempurnakan baki rakaatnya, kemudian memberi salam. Sehabis salam itu baginda bertakbir, sujud sebagaimana sujud biasa atau agak panjang sedikit, lalu mengangkat kepala dan takbir. Seterusnya baginda takbir lagi lalu sujud biasa atau agak lebih lama, kemudian mengangkat kepalanya kembali. (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 482)

2 - Tatacara Sujud Sahwi Ketika Terdapat Pengurangan Dalam solat

Sekiranya di dalam solat kita terdapat kekurangan secara tidak sengaja di dalam perkara yang rukun ataupun fardhu maka sujud syahwinya dilakukan sebelum salam. Contohnya apabila seseorang itu tertinggal tasyahhud awal dan terus bangun untuk meneruskan rakaat yang ketiga, maka dia tidak perlu untuk duduk kembali untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut. Dia hanya perlu meneruskan solatnya dan kemudian selepas tasyahhud akhir dan sebelum salam, hendaklah dia melaksanakan sujud syahwi. Sekiranya dia teringat bahawa dia lupa membaca tasyahhud awal ketika dia belum bangkit untuk berdiri ke rakaat ketiga secara sempurna, maka bolehlah dia duduk semula untuk mengerjakan tasyahhud awal tersebut.

Daripada Abdullah bin Buhainah r.a.:

Bahawasanya Nabi s.a.w. solat zuhur bersama mereka. Baginda bangkit pada rakaat kedua dan tidak duduk (maksudnya, tidak melakukan tasyahhud awal), para makmum pun ikut berdiri bersama Baginda hingga ketika hendak selesai solat, sedang makmum menunggu salamnya, Baginda bertakbir dalam posisi duduk lalu sujud dua kali sebelum salam, kemudian baru salam. (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 829)

Mughirah bin Syu’ban r.a. pula berkata:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila salah seorang di antaramu berdiri dari rakaat kedua dan belum sempurna berdirinya maka hendaklah dia duduk kembali, dan apabila telah sempurna berdirinya maka janganlah dia duduk dan hendaklah dia sujud dua kali. (Sahih Sunan Ibn Majah, Hadis no.: 1208, dinilai sahih oleh al-albani)

3 - Tatacara sujud Sahwi Ketika Berlaku Keraguan Dalam solat

Keraguan atau syak menurut Muhammad bin Shalih al-‘Uthaimin rahmahullah: “Syak (ragu-ragu) adalah kebimbangan di antara dua hal tentang yang mana sebenarnya telah dilakukan.” (Muhammad bin Shalih al-‘Uthaimin, Prostration For ForgetfullnessIn The Prayer, (edisi Bahasa Inggeris diterjemah oleh abu Talhah Dawood), m.s. 11)

Daripada Abdullah bin Mas’ud r.a.:

Dan apabila salah seorang dari kalian ragu dalam solatnya, maka hendaklah dia memilih yang benar (menurut keyakinannya), lalu hendaklah dia menyempurnakan solatnya lalu salam, kemudian sujud dua kali. (Sahih al-Bukhari, Hadis no.: 401)

Daripada Abdurrahman bin ‘Auf r.a., daripada Rasulullah s.a.w.:

Jika salah seorang di antara kalian ragu dalam solatnya, sehingga dia tidak tahu, apakah baru satu rakaat atau sudah dua rakaat, maka baiklah ditetapkannya sebagai satu rakaat sahaja. Jika dia tak tahu apakah dua atau sudah tiga rakaat, baiklah ditetapkannya dua rakaat. Dan jika tidak tahu apakah tiga ataukah sudah empat rakaat, baiklah ditetapkannya tiga rakaat, kemudian hendaklah dia sujud bila selesai solat di waktu masih duduk (selepas tasyahhud akhir) sebelum memberi salam, iaitu sujud syahwi sebanyak dua kali. (Musnad Ahmad, Hadis no.: 1656, & Sahih Ibn Hibban, Hadis no.: 2663, dihasankan (hasan lighairihi) oleh Syu’aib al-Arna’uth)

Bacaan Dalam Sujud Sahwi:

Jika diteliti hadis-hadis Rasulullah s.a.w. berkaitan sujud syahwi, ternyata Baginda s.a.w. tidak pernah menunjukkan (mengajarkan) bacaan khusus yang pelu dibaca ketika sujud (syahwi) ini. Maka, bacaan-nya adalah sama sepertimana bacaan di dalam sujud solat seperti biasa.

Namun, di dalam masyarakat kita mereka selalunya mengamalkan bacaan seperti ini:

“Subhaana man laayanaamu walaa yashuu” yang membawa maksud, “Maha suci Tuhan yang Tidak Tidur dan Tidak Lupa”.

Sebenarnya, bacaan ini bukanlah dari sunnah Nabi s.a.w. dan tidak pula pernah diamalkan oleh para sahabat dan seluruh ulama salaf al-Ummah termasuk imam-imam mazhab yang empat.

Malahan menurut Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry rahimahullah:

Tidak pernah diriwayatkan sesuatu doa yang khusus untuk sujud sahwi daripada Rasulullah s.a.w. Doa yang dibacanya adalah sama seperti doa yang dibaca ketika sujud biasa. Adapun pendapat yang mengatakan bahawa bacaan saat sujud syahwi adalah “Subhaana man laayanaamu walaa yashuu” adalah tidak benar kerana ianya tidak pernah diamalkan oleh Nabi s.a.w. mahupun para sahabatnya. Tiada dalil yang yang tsabit berasal dari sunnah yang menunjukkan bacaan ini. Doa itu sebenarnya adalah doa yang diperolehi dari mimpi sebahagian kaum sufi. Oleh kerana itulah, jangan mengerjakan doa tersebut. Ambillah urusan agamamu dari kitab-kitab hadis yang sahih. (Muhammad Abdussalam Khadr al-Syaqiry, Bid’ah-Bid’ah Yang dianggap Sunnah (edisi terjemahan oleh Ahmad Munir awood Badjeber & Sulaiman, Qisthi Press, Jakarta, 2004), m.s. 76-77)

Dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani pula berkata dalam Kitab al-Talkhis tentang doa tersebut katanya: “Aku tidak pernah menemui asal usul (sanad) bacaan ini.”

Imam Nawawi r.h. berkata:

Sujud sahwi dilakukan dua kali dan dipisahkan antara kedua-duanya dengan duduk istirasy (duduk antara dua sujud). Sebelum salam, dia hendaklah duduk tawarruk (duduk tahiyyah akhir). Cara sujud dan bacaannya adalah sama seperti sujud dalam solat fardhu. (Kitab al-Majmu’, jil. 4, m/s. 72)

Maka sesungguhnya sebaik-baik ucapan adalah Kitabullah (al-qur’an) dan sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Muhammad (al-Sunnah), serta seburuk-buruk perkara adalah yang diada-adakan dan setiap yang diada-adakan (bid’ah) adalah sesat (tidak benat). (Sahih Muslim, Hadis no.: 867)

24.7.09

solat yang ditinggalkan

Sabda Nabi Muhammad SAW :

Siapa yang tinggalkan solat subuh
tiadalah padanya nur di wajahnya

siapa yang tinggalkan solat zohor
tiadalah padanya rezki yang berkat

siapa yang tinggalkan solat asar
tiadalah padanya kekuatan badan
siapa yang tinggalkan solat maghrib
tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat

siapa yang tinggalkan solat isyak
tiadalah padanya tidur yang nyenyak

23.7.09

PETUA IMAM SYAFIE

PETUA IMAM SYAFIE

Oleh : Mohd Farizul Mohamad Radzi

Empat perkara merosakkan Mata
1. Memandang najis
2. Melihat orang dibunuh
3. Melihat kemaluan
4. Membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. Tidak banyak berbual kosong
2. Rajin bersugi (gosok gigi)
3. Bercakap dengan orang soleh
4. Bergaul dengan para ulama

4 CARA TIDUR

1. TIDUR PARA NABI
Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit & Bumi.

2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH
Miring ke sebelah kanan untuk memudahkan terjaga untuk solatMalam.

3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA
Miring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyakdimakan.

4. TIDUR SYAITAN
Menelungkup/ tiarap seperti tidurnya ahli neraka.


SEORANG DOKTOR NEUROLOGI MENEMUI KEAJAIBAN ALLAH .........

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya.
Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.Dia adalah seorang Doktor Neurologi .
Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam Dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Qur'an'

Kajian perubatan melalui Al-Qur'an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur'an. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) Dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam,Maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!! !
Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam.......

Begitulah keagungan ciptaan Allah!!!Tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!!

8.7.09

4 golongan yang ditarik oleh wanita memasuki neraka

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yg akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yg tidak memberikan hak kpd wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah ayah, suami, adik beradik lelaki dan anak lelaki.

1. Ayahnya

Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberikemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
Duhai lelaki yg bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah utk menjadi bahan bakar neraka jahannam

2. Suaminya

Apabila sang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan utk suami tapi utk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yg alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dlm neraka.
Duhai lelaki yg bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari’at, maka terimalah hakikat yg kau akan sehidup semati bersamanya di ‘taman’ neraka sana.

3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
Duhai lelaki yg mempunyai adik perempuan, jgn hanya menjaga amalmu, dan jgn ingat kau erlepas… kau juga akan dipertanggungjawabk an diakhirat kelak…jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat… dan tidak menutup aurat.

4. Anak2 lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram di sisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya…maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabk an di akhirat kelak….dan nantikan tarikan ibunya ke neraka. Duhai anak2 lelaki….. sayangilah ibumu…. nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa…. krn ibu juga insan biasa… x lepas dr melakukan dosa… selamatkanlah dia dari menjadi ‘kayu api’ neraka….jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.

Lihatlah…..betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yg bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;“Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu….”

7.7.09

Kolestrol tinggi?

10 Jenis Makanan Antikolesterol

.
Oleh : Tok_Busu

1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga Dptmenghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral ygmembantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) danmeningkatkan kadar lemak baik (HDL)

2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besiboleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL.Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bungamatahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.

3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyakmengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDLsehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga bolehdiperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.

4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkankhasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnyamenyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku kemak dlm badan.

5. IKAN TUNA
termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel.Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrolLDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitaminE. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDLdan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong,betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrolLDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkandiet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlmdarah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sekiranyadijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkanmengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnyabertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai

KHASIAT MINUM TEH

TEH BAIK UNTUK KESIHATAN

Teh merupakan minuman yang sudah dikenal dengan luas nya diseluruh dunia. Minuman berwarna coklat ini umum menjadi minuman penjamu tamu. Aromanya yang harum serta rasanya yang khas membuat minuman ini banyak dikonsumsi. Selain kelebihan tadi, ada banyak zat yang memiliki banyak manfaat yang sangat berguna bagi kesehatan tubuh.


Manfaat Teh

Manfaat teh antara lain adalah sebagai antioksidan, memperbaiki sel-sel yang rusak, menghaluskan kulit, melangsingkan tubuh, mencegah kanker, mencegah penyakit jantung, mengurangi kolesterol dalam darah, melancarkan sirkulasi darah. Maka, tidak heran bila minuman ini disebut-sebut sebagai minuman kaya manfaat.

Zat dalam Secangkir Teh yang Bermanfaat

Selain sebagai minuman ringan, teh juga dapat digunakan sebagai terapi untuk kesehatan. Jika kita meminum secangkir teh, maka kita setidaknya tahu apa saja zat terbaik yang ada di dalam secangkir teh yang kita minum. Zat apa saja yang terdapat dalam teh sehingga membuatnya dikenal sebagai minuman kaya manfaat?

Berikut ini beberapa zat utama yang bermanfaat yang terdapat di dalam secangkir teh.

Polifenol
Polifenol pada teh berupa katekin dan flavanol. Senyawa ini berfungsi sebagai antioksidan untuk menangkap radikal bebas dalam tubuh juga ampuh mencegah berkembangnya sel kanker dalam tubuh. Radikal bebas ada di tubuh kita karena lingkungan udara yang tercemar polusi dan juga dari makanan yang kita makan.

Vitamin E
Dalam satu cangkir teh mengandung vitamin E sebanyak sekitar 100-200 IU yang merupakan kebutuhan satu hari bagi tubuh manusia. Jumlah ini berfungsi menjaga kesehatan jantung dan membuat kulit menjadi halus.

Vitamin C
Vitamin ini berfungsi sebagai imunitas atau daya tahan bagi tubuh manusia. Selain itu vitamin C juga berfungsi sebagai antioksidan yang diperlukan untuk ketahanan tubuh manusia terhadap penyakit.

Vitamin A
Vitamin A yang ada pada teh berbentuk betakaroten merupakan vitamin yang diperlukan tubuh dapat tercukupi.

Zat dalam Teh yang Kurang Baik
Selain manfaat teh, ada juga zat yang terkandung dalam teh yang berakibat kurang baik untuk tubuh. Zat itu adalah kafein. Kafein pada teh (tehine) dapat menyebabkan proses penyerapan makanan menjadi terhambat. Batas aman untuk mengkonsumsi kafein dalam sehari adalah 750 mg/hari atau setara dengan 5 cangkir teh berukuran 200 ml.

Patut Dihindari saat Minum Teh
1. Jangan minum teh semasa atau sesudah makan kerena zat yang terkandung dalam makanan dapat dicuri oleh zat stimulan teh.

2. Jangan minum teh saat perut kosong sebab dapat meningkatkan produksi asam lambung.
Hindari minum teh dicampur dengan gula karena menyebabkan zat-zat yang dikandungnya menjadi berkurang.

3. Jangan minum teh yang sudah semalaman karena sudah banyak zat nya yang teroksidasi dan basi sehingga berdampak tidak baik untuk tubuh.

4. Hindari minum teh saat hamil dan menyusui. Karena kafein dan zat stimulan pada teh bisa merangsang kontraksi rahim. Selain itu untuk ibu menyusui akan mengganggu produksi kelenjar penghasil susu ibu atau ASI.

3.7.09

adab bercakap

Adab bercakap

1. Semua percakapan mestilah membawa kebaikan, nabi s.a.w menyebutkan : “Barang siapa yang beriman pada Allah maka hendaklah berkata baik atau lebih baik diam.” dan sabda nabi s.a.w lagi : "sesungguhnya orang yang paling aku benci dan pal­ing jauh dariku nanti di hari Kiamat ialah orang yang banyak bercakap dan bersikap sombong dalam ber­cakap."

2. Bercakap mestilah jelas dan benar, sebagaimana dalam hadis Aisyah r.a: “Bahawasanya perkataan rasulullah s.a.w itu selalu jelas sehingga boleh difahami oleh semua yang mendengar.”

3. Mengulangi kata-kata yang penting jika diperlukan, dari Anas r.a bahawa adalah nabi s.a.w. jika bercakap maka baginda akan mengulanginya 3 kali sehingga semua yang mendengarkannya menjadi faham."

4. Menjauhi perdebatan sengit, berdasarkan hadis nabi s.a.w: “Tidaklah sesat suatu kaum setelah mendapatkan hidayah untuk mereka, melainkan kerana terlalu banyak berdebat.”

5. Menjauhi kata-kata keji, mencela, melaknat.

6. Menghindari banyak berkelakar, berdasarkan hadis nabi s.a.w: "Sesungguhnya seburuk-buruk orang di sisi Allah SWT di hari Kiamat kelak ialah orang yang suka membuat orang lain
tertawa

7. Menghindari menceritakan aib orang dan saling memanggil dengan gelar yang buruk, berdasarkan dalam hadis nabi S.A.W: “Jika seorang menceritakan suatu hal kepada mu lalu ia pergi, maka ceritanya itu menjadi amanah bagimu untuk menjaganya.”

8. Menghindari bercakap dusta berdasarkan hadis Nabi s.a.w: “Tanda tanda munafik itu ada 3, jika ia berbicara berdusta, jika ia berjanji mengingkari dan jika diberi amanah ia khianat.”

9. Menghindari ghibah( rasuah) dan mengadu domba, berdasarkan hadis nabi s.a.w.: “Janganlah kalian saling mendengki, dan janganlah kalian saling membenci, dan janganlah kalian saling berkata kata keji, dan janganlah saling menghindari dan janganlah kalian saling mengghibbah satu dengan yang lain, dan jadilah hamba hamba Allah yang bersaudara.”


url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/18407

Punca rezeki kurang

Punca pendek rezeki

lalai beribadah, tidak bersolat, tidak berjamaah, tidak byk selawat, tidak amanah, tidak bersedekah, tidak suka kebajikan, tidak bersyukur, derhaka dan tidak mendoakan ibubapa, memutuskan silaturahim, menangguh taubat, bakhil, tamak, kufur, zalim dan malas berusaha.

Mencabut bulu kening. persoalannya

SOALAN:
Adakah berdosa sekira seorang wanita membersihkan bulu kening dengan mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata?. Dalam perkara ini wanita itu tidak mencabut bulu kening sehingga cuma tinggal segarisan sahaja atau langsung hilang keningnya. Ia cuma untuk mencabut bulu kening yang bertaburan di atas kelopak mata bagi nampak kemas.


Jawapan:
Tidak berdosa sekiranya untuk memperbetulkan atau mengelokkan dengan membuang atau mencabut bulu yang bertaburan di atas kelopak mata. Ini akan saya jelaskan pada perbincangan dalil-dalil yang berkaitan dengan persoalan ini.

Sebelum berbincang lebih jauh elok kalau kita lihat dulu asas kepada perkara ini. Wanita dalam bahasa arab di sebut dengan perkataan al-Mar'ah yang bermaksud suatu yang dipandang atau dilihat.

Kecantikan seseorang itu bermula dengan wajahnya. Sebab itulah kaum wanita amat mengambil berat mengenai kecantikan, terutamanya kecantikan wajah kerana wajah yang pertama dipandang orang apabila berjumpa. Oleh itu, ramai di kalangan wanita sanggup membelanjakan wang beribu ringgit untuk tujuan mencantikkan wajah.

Salah satu bahagian yang menjadi tumpuan pengubahsuaian bagi kaum hawa ini ialah kening. Sehingga persoalan kening begitu mendapat perhatian dalam Islam, terutamanya melalui hadis-hadis Rasulullah SAW.

Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan kaum wanita yang keningnya bermasalah dari segi lebat atau nipisnya atau bulu kening bersambung antara kening kanan dan kiri.

Setiap manusia mahu dia tampil secara sempurna dan tidak menyakitkan mata orang yang memandang, apatah lagi menjadi perhatian sehingga membawa kepada suara-suara sumbang yang memperkatakan bulu keningnya.

Kaum wanita memang cerewet mengenai kecantikan wajah, dan tidak mahu wajahnya mempunyai cacat cela. Untuk mengatasi sebarang kekurangan kaum hawa ini akan berusaha untuk memperbaikinya. Sehingga kadang-kala mengenepikan tuntutan agama demi kepuasan diri sendiri tanpa mempedulikan apa kata agama dalam persoalan mencukur dan membentuk kening yang tajam, atau dicukur kening yang asal kemudian diganti dengan kening yang dilukis dengan pencil celak.

Di dalam kitab kitab-kitab hadis ada empat hadis yang membawa makna yang sama pada asasnya, namun setiap nas ada perincian yang membolehkan penghasilan hukum dalam persoalan yang dibincangkan.

Perkara ini membabitkan satu riwayat berkaitan dengan riwayat Imam Al-Tabari, bahawa isteri Abu Ishaq pergi ke rumah Aisyah Ummul-Mukminin, isteri Rasulullah SAW. Pada waktu itu rupa parasnya sangat jelita. Beliau lalu bertanya kepada Aisyah r.a mengenai hukum seorang wanita yang membuang bulu-bulu yang terdapat di dahinya untuk tujuan menambat hati suaminya.

Aisyah r.a menjawab: "Hapuskanlah kejelekan yang ada pada dirimu sedaya yang kamu ampu". Imam Nawawi berpendapat sesungguhnya jawapan Aisyah kepada wanita itu membawa maksud wanita boleh bersolek untuk suami, boleh merawat muka untuk menghilangkan kejelekan seperti jerawat, jeragat dan bintik-bintik.

Jelas di sini adanya keharusan untuk mengelokkan wajah dengan membersihkan wajah daripada bulu-bulu yang tumbuh di kawasan kelopak mata atau di kawasan yang tidak sewajarnya.

Ini kerana wanita yang normal pastinya kening berbulu tetapi sudah tidak normal kalau dahinya atau kelopak matanya yang berbulu.

Daripada Abdullah bin Masud, daripada Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: Allah melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-Namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu keningnya (al-Mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah. (riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud)

Ibn Hajar pula berpendapat, ia bermaksud wanita yang mencabut bulu-bulu di muka dengan alat pencabut.

Pendapat ini perlu kepada perincian kerana lafaz dalam pandangan ini ialah mencabut bulu. Mengikut biologi kejadian manusia satu-satu kawasan yang ditumbuhi bulu di wajah wanita ialah kening. Jadi lafaz mencabut bulu di wajah maksudnya kening, ini kerana kening adalah sebahagian daripada wajah, bukannya wajah sebahagian daripada kening.

Kalau difahami secara zahir pastinya apa-apa sahaja yang tumbuh di wajah wanita tidak boleh dicabut, termasuklah kalau ada bulu yang tumbuh di pipi, di dagu, atau tumbuh misai kerana semua ini tumbuh di wajah.

Sehingga keharusan diberikan kepada mereka yang mempunyai bulu kening yang panjang atau lebat untuk dipendekkan dan dikemaskan. Perbuatan yang ditegah dan dihukum haram adalah ke atas mereka yang mencukur habis bulu kening kemudian melukisnya dengan pencil celak. Maka golongan ini sebenarnya yang dimaksudkan oleh hadis-hadis Rasulullah SAW yang dianggap sebagai kaum yang mengubah ciptaan Allah SWT.

Allah itu cantik dan suka pada yang cantik. Bagaimanapun di dalam Islam, untuk kelihatan cantik ada tata tertibnya. Mencabut semua bulu kening dan kemudian membentuknya semula adalah berdosa kerana dikira mengubah kejadian Allah.

Bagaimanapun, tidak berdosa jika sekadar memperbetulkan dengan mencabut mana-mana bulu yang tumbuh bukan pada tempat sepatutnya, seperti bulu yang tumbuh antara dua kening hingga seakan-akan bercantum, supaya lebih kemas dan rapi.

Begitu juga dengan meletakkan minyak pada bulu kening supaya lebat dan hitam bagi individu yang mempunyai bulu kening yang jarang dan tipis, ia tidak haram dilakukan.


Penulis: Ustz Farid Ravi
Terbitan asal: Utusan Malaysia online 16 Jan 2009
url artikel: http://grenbara.bravejournal.com/entry/