on de way

Ya Allah... dalam perjalanan ini bukakan lah ke atas kami hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu...

5.12.10

i like

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catatan Terbaru Catatan Lama Laman utama
Langgan: Catat Ulasan (Atom)

my lulu

my lulu

JANGAN BERKIRA DENGAN ALLAH .... NANTI ALLAH AKAN BERKIRA DENGAN KITA



Facebook

Ct Rohani Reka Lencana Anda

Saya lah ni

Foto saya
SITI ROHANI BINTI SULAIMAN
Lihat profil lengkap saya

carian catatan mengikut tajuk

  • akidah
  • ATPN
  • Bidaah
  • dunia semasa
  • Fardhu Ain
  • Fatwa Kebangsaan
  • GURINDAM JIWA
  • Hadis pilihan
  • hadith 40
  • Himpunan solat sunat
  • hukum
  • ibadah puasa
  • kesihatan
  • khurafat
  • Mutiara hikmah
  • MY FAMILY
  • Nasihat Luqman Hakim
  • Pencarian kiamat
  • Rasulullah
  • Sajak “Melayu” Usman Awang
  • SOLAT
  • syirik
  • tahukah anda
  • Tazkirah
  • wanita

carian catatan terkini

  • ►  2012 (8)
    • ►  April (8)
  • ►  2011 (14)
    • ►  September (1)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Mei (2)
    • ►  April (3)
    • ►  Januari (3)
  • ▼  2010 (270)
    • ▼  Disember (23)
      • mERAYAKAN aWAL tAHUN bARU mASIHI...
      • hanya pandangan - ASB/ ASN
      • Keutamaan Bulan Muharram
      • Manfaatkan Kelebihan Bulan Muharram
      • Cara sujud syukur
      • Bagaimana Cara Duduk Tasyahud Bagi Masbuq
      • Permasalahan masbuq solat berjemaah
      • Perihal solat berjemaah
      • tAHUN hIJRAH... bERMULA BULAN mUHARRAM TETAPI RASU...
      • i like
      • hihihi
      • hi2
      • my home town
      • i luv ur mom....
      • i-city
      • i-city
      • jalan2 di KKB
      • Tiada tajuk
      • Princees of ATPN Yayasan Selangor..
      • senyuman anak2 ku
      • bERSAMA pELAJAR F5 ATPN/AYSKL 2010 DI D'PALMA IN ...
      • Meringankan Bebanan Kerja-kerja Rumah Dengan Zikir
      • Fraser Hill
    • ►  November (5)
    • ►  Oktober (3)
    • ►  September (7)
    • ►  Ogos (5)
    • ►  Julai (2)
    • ►  Jun (5)
    • ►  Mei (11)
    • ►  April (24)
    • ►  Mac (54)
    • ►  Februari (58)
    • ►  Januari (73)
  • ►  2009 (255)
    • ►  Disember (51)
    • ►  November (22)
    • ►  Oktober (14)
    • ►  September (13)
    • ►  Ogos (29)
    • ►  Julai (12)
    • ►  Jun (11)
    • ►  Mei (14)
    • ►  April (40)
    • ►  Mac (3)
    • ►  Februari (10)
    • ►  Januari (36)
  • ►  2008 (43)
    • ►  Disember (24)
    • ►  November (19)

Pengikut

MUHASABAH DIRI...

Tak perlu mencari teman secantik BALQIS,
Jika diri tak seindah SULAIMAN,

Mengapa mengharap teman setampan YUSUF,

Jika kasih tak setulus ZULAIKHA,

Tak perlu diri menjadi seteguh IBRAHIM,

Jika hati tidak setabah SARAH,

Mengapa didamba teman hidup seistimewa KHADIJAH,

Jika diri tak sesempurna RASULULLAH S.A.W

Tak guna Ada MATA kalau tak dapat MELIHAT


Tak guna
Ada HATI kalau tak tahu MENILAI….

me

me


my daughter fateh... teruskan perjuangan manafaatkan kehidupan

my daughter fateh... teruskan perjuangan manafaatkan kehidupan

my son daNiEl

my son daNiEl

my eldest...... dah boleh diharap sekarang, jangan tersilap langkah hati hati

my eldest......   dah boleh diharap sekarang, jangan tersilap langkah hati hati

jangan berkawan dengan orang bodoh ?

Kalau kita dan KAWAN kita adalah orang-orang BODOH carilah kawan kawan yang PANDAI agar kita semua menjadi PANDAI

Kalau orang-orang PANDAI tak mau berkawan dengan kita, marilah belajar agar kita menjadi PANDAI

Kalau kita adalah orang PANDAI ajaklah kawan yang BODOH untuk belajar agar menjadi PANDAI

Kalau kita dan kawan kita orang-orang PANDAI ajaklah orang-orang BODOH untuk belajar agar menjadi orang-orang PANDAI

Kalau semua orang adalah orang BODOH marilah bersama-sama belajar agar kita semua menjadi PANDAI

Kalau semua orang adalah orang PANDAI marilah bersama-sama terus belajar agar menjadi semakin PANDAI

Berhenti berkawan dengan orang BODOH karena sudah tidak ada lagi orang yang BODOH

Berkawanlah dengan orang PANDAI karena semua orang sudah menjadi PANDAI

Jauhkan keBODOHan dari kita, karena keBODOHan mendekatkan kita pada keFAKIRan

Jauhkan keFAKIRan dari kita, karena keFAKIRan mendekatkan kita pada keKUFURan

Jauhkan keKUFURan dari kita, karena keKUFURan menghalangi kita dari keIMANan

Dekatkan diri kita pada keIMANan, karena keIMANan menjauhkan kita dari keTIDAKBERDAYAan

Jauhkan diri kita dari keTIDAK BERDAYA an, karena ke TIDAK BERDAYAan mendorong kita pada kePUTUS ASAan

Jauhkan diri kita dari ke kePUTUSASAan, karena kePUTUSASAan mendorong kita pada keMALASan

Jauhkan diri kita dari keMALASan, karena keMALASan mendekatkan kita pada keBODOHan

Allah meninggikan dArjat orang-orang beriman yang berilmu di antara kamu.

fATEH, masa ni 5 tahun

fATEH, masa ni 5 tahun

my dearr daNiEL... pandai pandailah jaga diri wat baek berpada wat jahat jangan sekali

my dearr  daNiEL...  pandai pandailah jaga diri  wat baek berpada wat jahat jangan sekali

daniel, masa ni 3 tahun

daniel, masa ni 3 tahun

my love mUIZz.... pandai bergaya sekarang, banyak makan sat lagi montel lah

my love mUIZz....  pandai bergaya sekarang, banyak makan sat lagi montel lah

muizz

muizz

Renungan buat anak anak ku

Pendidikan ialah proses mengadabkan insan. Pendidikan berkait rapat dengan proses pembangunan manusia.

Pendidikan yang berasaskan nilai agama dan nilai etika perlu seiring dengan fokus merit akademik, sains dan teknologi supaya integrasi antara keduanya menyumbang ke arah penyuburan kualiti holistik pada diri pelajar

muizz, Colmar Tropicale Bukit Tinggi

muizz, Colmar Tropicale Bukit Tinggi

my idola, makkk.... pastinya insan yang selalu mendoakan kebahagian kami

my idola, makkk.... pastinya insan  yang selalu mendoakan kebahagian kami

ish

ish

ish ish ish... muish

ish ish ish... muish




kak ngah, daniel, fatih n bg long

kak ngah, daniel, fatih n bg long

TAZKIRAH

Apabila banyak berkata-kata
Di situlah jalan masuk dusta

Apabila banyak berlebih-lebihan suka
Itu tanda hampirkan duka

Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan hendak sesat

Apabila anak tidak dilatih
Jika besar bapanya letih

Apabila banyak mencacat orang
Itulah tanda dirinya kurang

Apabila orang yang banyak tidur
Sia-sia sajalah umur

Apabila mendengar akan kabar
Menerimanya itu hendaklah sabar

Apabila mendengar akan aduan
Membicarakannya itu hendaklah cemburuan

Apabila perkataan yang lemah lembut
Lekaslah segala orang mengikut

Apabila perkataan yang amat kasar
Lekaslah orang sekalian gusar

Apabila pekerjaan yang amat benar
Tidak boleh orang berbuat onar

rumah kat kampung yg ditinggalkan.. hu hu hu...

rumah kat kampung yg ditinggalkan.. hu hu hu...

rumah nenek

rumah nenek

Mabuk dalam cinta

Rasulullah S.A.W telah bersabda, "Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima :

1. Mereka cinta kepada dunia. Tetapi mereka lupa kepada akhirat.

2. Mereka cinta kepada harta benda. Tetapi mereka lupa kepada hisab.

3. Mereka cinta kepada makhluk. Tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.

4. Mereka cinta kepada dosa. Tetapi mereka lupa untuk bertaubat.

5. Mereka cinta kepada gedung-gedung mewah. Tetapi mereka lupa kepada kubur."

Barangsiapa yang mengakui tiga perkara tetapi tidak menyucikan diri dari tiga perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.

1. Orang yang mengaku kemanisan berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.

2. Orang yang mengaku cinta ikhlas di dalam beramal, tetapi dia inginmendapat sanjungan dari manusia.

3. Orang yang mengaku cinta kepada Tuhan yang menciptakannya, tetapi tidak berani merendahkan dirinya.

neng kami dah hilang

neng kami dah hilang

Hidup kita cuma 3 hari

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2.
Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3.
Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama...
semoga hari yang kedua kita
lebih baik dari hari yang pertama.
Jangan mengharap hari yang ketiga kerana
mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

erti sebuah kejayaan

Bahawa sesungguhnya Kejayaan itu tidak boleh diwarisi tetapi perlu diusahakan Bahawa sesungguhnya kejayaan itu bukan milik sesaorang tetapi ia milik sesiapa yang mahukannya Bahawa sesungguhnya kejayaan itu tidak berlaku dengan tidak sengaja tetapi perlu dirancang dengan teliti Bahawa sesungguhnya kejayaan itu akan datang kepada mereka yang mahukannya

Allah

The name of the One, Supreme-Being also known as God in other faiths.
Islam
Islam is the religion that represents the pinnacle
of religious evolution.




Nabi Muhammad saw

The holy Prophet, Hadhrat Muhammad saw, a Messenger of God and the Seal of the Prophets





nenG dan saudara kembarnya, mooN. tapi mooN dah.. hu hu hu....

nenG dan saudara kembarnya, mooN. tapi mooN dah.. hu hu hu....

nenG.. pencetus ilham...

nenG.. pencetus ilham...

Dalam sholat fardhu dan sunnah Rasulullah SAW melakkukannya sambil berdiri sesuai dengan perintah Allah SWT dalam al-Baqarah ayat 238 yang bermaksud :


”Berdirilah untuk Allah (dalam sholatmu) dengan khusyu.”



Dalam sebuah riwayat Tirmidzi dan Ahmad disebutkan bahwa Rasulullah SAW melakukan sholat menjelang datang ajalnya sambil duduk. Dalam kesempatan lain Beliau melakukan sholat sambil duduk, iaitu ketika dalam keadaan sakit. Sedangkan orang-orang dibelakangnya mengikutinya sambil berdiri.

Lalu Rasulullah SAW memberikan isyarat agar mereka duduk, maka merekapun duduk.

Setelah selesai sholat Beliau bersabda ”Kalian tadi hampir saja melakukan apa yang telah dilakukan oleh bangsa Romawi dan Persia, dimana mereka berdiri di depan rajanya sedangkan rajanya duduk. Maka janganlah kalian melakukannya.

Sesungguhnya keberadaan imam adalah agar diikuti. Bila ia ruku, maka rukulah; bila berdiri maka berdirilah; dan jika sholat sambil duduk maka duduklah bersama-sama”.
(Hadith riwayat Muslim).


Solat dalam keadaan duduk

Sholat orang sakit sambil duduk, seperti sabda Beliau
”Solatlah dengan berdiri. Bila tidak boleh, sambil duduk. Bila tidak boleh juga sambil terlentang.” (HR. Bukhari, Abu Daud & Ahmad).

Beliau bersabda ”Barangsiapa melakukannya dengan berdiri, maka itu lebih utama. Adapun bagi
yang melakukannya sambil duduk maka baginya separuh pahala yang berdiri.

Barangsiapa yang solat sambil tidur (terlentang) baginya separuh pahala orang yang sholat sambil duduk. Yang dimaksud disini adalah orang yang sakit.”
(HR. Bukhari, Abu Daud & Ahmad).


Suatu ketika Rasulullah SAW mengunjungi orang yang sakit lalu melihat orang itu melakukan solat diatas bantal. Rasulullah SAW mengambil bantal itu dan melemparkannya. Orang itu lalu mengambil ’ud (papan kayu) untuk sholat diatasnya. Tetapi Nabi SAW mengambil dan
membuangnya lalu bersabda ”Solatlah diatas tanah bila engkau mampu. Bila tidak cukuplah dengan isyarat, dan hendaknya isyarat sujudnya lebih rendah dari rukukmu.”
(HR. Thabrani, Bazzar dan Baihaqi).


my baby nENG... lembik penakut selalu kena belasah. Kat badannya ada belang alif lam lam ha

my baby nENG...   lembik penakut selalu kena belasah. Kat badannya ada belang alif lam lam ha

sudut bacaan

  • Ummatan Wasatan
    Tutorial Daftar Rajapoker PKV Games Online Terbaru - *Tutorial Daftar Rajapoker PKV Games Online Terbaru – *Game *rajapoker pkv games online *tergolong sebagai permainan yang telah dilengkapi beragam aturan...
    3 tahun yang lalu
  • Kosmo Online
    Pengedar dadah warga Thailand bersenjatakan api senjata - LANGKAWI - Polis merampas sepucuk pistol jenis Browning dan lima butir peluru daripada seorang warganegara Thailand yang disyaki pengedar dadah dalam serbu...
    7 tahun yang lalu
  • Kenangan terindah....
    Ramuan Ampuh Untuk Menambah Vitalitas Pada Pria - Ramuan Ampuh Untuk Menambah Vitalitas Pada Pria Sejak lama ramuan telur dan madu menjadi sangat dipercaya khasiatnya. Bahkan kebanyakan ramuan ini sering k...
    7 tahun yang lalu
  • FIQH & SUNNAH
    Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? - Adakah Memasak Tanggungjawab Isteri? Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata: الرجل راع لكن رعيته محصورة؛ هو راع في ...
    7 tahun yang lalu
  • LAMAN FIQH ANDA
    PANDUAN SOLAT JENAZAH GHAIB - *Apa yang dimaksudkan jenazah ghaib? * Jenazah ghaib bermaksud jenazah yang tidak hadir bersama orang yang mensolatkannya. *Adakah harus melakukan solat k...
    8 tahun yang lalu
  • Forum RONAS
    Kenapa Mesti Berdoa dan Beragama? - [image: Kenapa Mesti Berdoa dan Beragama? Cerita Motivasi dan Inspirasi Nomor 1] Terdapat sebuah penelitian yang sangat menarik berkenan dengan niat. Benj...
    8 tahun yang lalu
  • Utusan Online
    ASEAN bentuk pasaran bersepadu mulai tahun depan - MILAN 17 Okt. - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, mulai tahun depan, rantau Asia Tenggara akan membentuk satu pasaran bersepadu dikenali sebagai Komuniti...
    10 tahun yang lalu
  • on de way
    Perihal qada solat yang tertinggal masa yang dulu-dulu - *Hukum Sengaja Meninggalkan Solat Sehingga Tamat Waktunya Tanpa Sebarang Uzur Syar’i* http://fiqh-sunnah.blogspot.com/ *Pendapat pertama:* Dia berdosa bes...
    13 tahun yang lalu
  • Koleksi Soal Jawab Solat
    Waktu Habis Solat Isyak - abuaqeel assalamualaikum.. saya ada sedikit kemusykilan tentang tamatnya waktu sembahyang isyak. ada seorang ustaz di kampung saya mengatakan bahawa solat...
    13 tahun yang lalu
  • --- (o) v (o) --- Perjalanan Mencari Pengisian Diri
    Grenbara berpindah lokasi - Berpindah lokasi baru Setelah beroperasi semenjak 5 April 2006 (5 tahun), juga mempunyai 754 blog post dan telah menarik...
    14 tahun yang lalu
  • http://dakwah2u.blogspot.com/
    Hadis : Terima Undangan Dan Menerima Hadiah - Hadis :Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksid: “Sekiranya aku dijemput menghadiri sesuatu majlis mahupun kecil atau besar nescaya aku menerima jemputan ...
    14 tahun yang lalu
  • LOVERS RASULULLAH SAW
    Jiwa - Jiwaku berkata kepadaku Hai kau yang telah disibukkan oleh Fatamorgana dunia ..... Apa yang ingin kau cari dari dunia...? Lihatlah...tak ada orang yang meman...
    15 tahun yang lalu
  • Mesra.net - Resepi - 7000+ Malaysian & International Recipes
    -
  • Malaysiakini
    -
  • fiqh-am.blogspot.com/2008/06/
    -
  • Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
    -
  • Sinar Harian :: Suara Cakna Komuniti Anda
    -
  • Soal Jawab Kemusykilan Agama
    -
  • MUKA DEPAN
    -
  • Citcat - Index Page
    -
  • e-Hadith ::
    -
  • Berita Harian Online
    -
  • Laman Web Rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
    -

MENYEMPURNAKAN WUDUK


FARDHU WUDHUK

Wudhuk memiliki beberapa fardhu dan rukun yang ditertibkan secara berurutan. Jika ada salah satu di antara fardhu tersebut yang tertinggal, maka wudhuknya tidak sah menurut syariat. Fardhu wudhuk tersebut adalah sebagai berikut:

1. Niat

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niatnya”

(Hadis Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).

Niat adalah kemahuan dan keinginan hati untuk berwudhuk. Juga pada apa yang disebutkan pada hadis, bahwa niat itu bermuara pada hati, sedangkan melafazkannya bukanlah merupakan sesuatu yang disyariatkan.


2. Membasuh Muka

Kewajiban membasuh wajah atau muka di dalam berwudhuk itu hanya sekali. Iaitu dari bahagian atas dahi sampai bahagian dagu yang bawah dan dari bagian satu telinga ke bahagian bawah telinga yang lain.

Sebagaimana difirmankan oleh Allah Azza wa Jalla:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat maka basuhlah muka.”

(Surah Al-Maidah: ayat 6)

Air wudhuk itu harus mengalir pada wajah atau muka, kerana mengalir di sini bererti mengalirkan airnya ke serata wajah atau muka.


3. Membasuh kedua tangan sampai ke siku

Iaitu sampai ke siku dan yang diwajibkan hanya satu kali saja, sebagaimana firman Allah Ta’ala: “Kemudian tangan kalian sampai ke siku”

(Surah Al-Maidah : ayat 6)


4. Membasahi Kepala

Pengertian mengusap kepala adalah membasahi kepala dengan air.

Firmankan Allah Ta’ala :

“Dan usaplah kepala kalian”

(Surah Al-Maidah: ayat 6).

Dari Ali bin Abi Thalib Radhyiallahu anhu diriwayatkan mengenai sifat wudhuk Nabi SAW, beliau mengatakan:

“Beliau mengusap kepalanya satu kali”

(Hadis riwayat Imam Abu Dawud, At-Tirmidzi dan An-Nasa’i dengan isnad sahih).

Bahkan Imam At-Termidzi mengatakan bahwa yang lebih rajih (benar) mengenai usapan kepala adalah sebanyak satu kali saja. Selanjutnya, ada tiga cara yang diperoleh dari Rasulullah SAW, iaitu:

Mengusap Seluruh Kepala

Berdasarkan pada riwayat: Dari Abdullah bin Zaid bin Ashim Radiallahuanhu, beliau berkata : “Rasulullah SAW mengusap kepalanya dengan kedua tangan, dari arah depan ke belakang dan dari arah belakang ke depan

(Hadis Muttafaq ‘Alaih)

Dalam lafaz yang lain menurut riwayat keduanya (Imam Bukhari dan Muslim),

“Beliau memulai dari bahagian depan kepalanya hingga menjalankan kedua tangannya ke tengkuknya kemudian mengembalikan ke tempat semula”

Jika rambut seorang wanita muslimah dikepang, maka tidaklah cukup hanya dengan mengusap kepangan rambutnya saja. Kerana yang menjadi hukum pokok dalam hal ini adalah mengusap kepala.


Diperbolehkan juga membasuh bahagian depan kepala

dari Anas bin Malik Radiyallahu anhu, di mana ia menceritakan :“

Aku pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk sedang beliau memakai serban dari Qatar. Maka beliau menyelipkan tangannya dari bawah serban untuk menyapu kepala bahagian depan, tanpa melepas surban itu.

(Hadis riwayat Imam Abu Dawud)


5. Membasuh Kedua Kaki

Iaitu membasuh kaki hingga mencapai kedua mata kaki.

Firman Allah Azza wa Jalla:

“Basuhlah kedua kaki kalian sampai kedua mata kaki”

(Surah Al-Maidah : ayat 6)

Demikian itulah yang senantiasa dilakukan oleh Rasulullah SAW,

sebagaimana diriwayatkan oleh Umar Radhiyallahu anhu :

“Rasulullah SAW pernah tertinggal di belakang kami dalam suatu perjalanan. Pada saat itu kami mengetahui datangnya waktu ‘asyar. Kemudian kami berwudhuk dan membasuh kedua kaki kami. Sembari melihat ke arah kami, beliau berseru dengan suara keras mengatakan: “dua atau tiga kali!”

Celaka bagi tumit-tumit (yang tidak kena air) dari siksaan api neraka”.

(Hadis Muttafaq ‘Alaih)

Para sahabat Rasulullah SAW telah bersepakat untuk membasuh kedua tumit hingga mata kaki.


6. Tertib

Sebagaimana disebutkan dalam surah Al-Maidah: ayat 6:

“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat, maka basuhlah muka dan tangan kalian sampai ke siku. Kemudian sapulah kepala kalian serta basuhlah kaki kalian sampai kedua mata kaki”


SUNAT WUDHUK


Gosok gigi sebelum memulakan wudhuk.

Hadis riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah ra.: Dari Nabi saw., beliau bersabda:

“Seandainya aku tidak khuatir akan memberatkan orang-orang beriman (dalam hadis riwayat Zuhair, umatku), nescaya aku perintahkan mereka bersiwak (membasuh/memberus gigi) setiap kali sebelum solat”.

(Hadis riwayat Imam Muslim No.370)


Dari Aisyah radhiyallahu anha bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:

"Menggosok gigi itu dapat membersihkan mulut dan mendapat keredhaan Allah Ta’ala.”

(Hadis riwayat Imam Baihaqi dan Nasa’i).


1. Membaca Bismillah di permulaan wudhuk

Membaca Bismillah pada permulaan wudhuk -

"Tidak sah (tidak sempurna) wudhuk bagi siapa yang tidak menyebutkan nama Allah padanya"

[Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah 399, At-Tirmidzi 25,26. Abu Dawud 101,

Menurut Syaikh Al-Albani : "Hadis ini sahih" Lihat Shahih Al-Jami'ish Shaghiir no. 7444.


Sebahagian ulama’ mengatakan hukumnya wajib membaca Bismillah di permulaan wudhuk. Manakala sebahagian ulama’ pula mengatakan hukumnya sunnah sahaja. Adalah disyorkan supaya kita mengambil jalan selamat iaitu membaca Bismillah di permulaan wudhuk.


2. Membasuh kedua tangan hingga ke pergelangannya.


Humran, bekas hamba sahaya Utsman, mengatakan bahwa ia melihat Utsman bin Affan minta dibawakan bejana (air). (Dan dalam satu riwayat darinya, ia berkata,

"Aku membawakan Utsman air untuk bersuci, sedang dia duduk di atas tempat duduk, lalu dia berwudhu dengan baik). Lalu ia menuangkan air pada kedua belah tangannya tiga kali, lalu ia membasuh kedua nya. Kemudian ia memasukkan tangan kanannya di bejana, lalu ia berkumur, menghirup air ke hidung [dan mengeluarkannya]. Kemudian membasuh wajahnya tiga kali, dan membasuh kedua tangannya sampai ke siku tiga kali, lalu mengusap kepalanya, lalu membasuh kedua kakinya sampai ke dua mata kakinya tiga kali.

Setelah itu ia berkata,

"Aku melihat Nabi saw. berwudhu di tempat ini dengan baik, kemudian] beliau bersabda, 'Barangsiapa yang berwudhuk seperti wudhukku ini, kemudian [datang ke masjid, lalu] solat dua rakaat, yang antara kedua solat itu ia tidak berbicara kepada dirinya [tentang sesuatu], [kemudian duduk,] maka diampunilah dosanya yang telah lampau.'"

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim)


3. Berkumur dan menghirup air ke hidung

Sebelum membasuh muka, disunnahkan berkumur-kumur (Madhmadhoh) dan Istinsyaq (memasukkan air ke dalam hidung lalu menghirupnya dan mengeluarkannya)

Berdasarkan hadis:"Ertinya : ...

Lalu Nabi membasuh kedua telapak tangan tiga kali kemudian berkumur-kumur dan istinsyaq (menghirup air ke hidung), lalu istintsaar (mengeluarkan air dari hidung) lalu membasuh muka tiga kali…"

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)



4. Meratakan air ke seluruh kepala dan telinga sekaligus.

Hadis riwayat Imam Ahmad pula: “Bahawasanya Ibnu Abbas pernah melihat Rasulullah SAW berwudhuk dan menyapu kepala dan telinganya dengan sekali sapu”.

  

5. Mendahulukan anggota kanan, kemudian anggota yang kiri.

“Adalah Rasulullah SAW menyukai dalam mendahulukan yang kanan ketika memakai sandalnya, menyisir, bersuci dan dalam semua urusannya”. (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

6. Membaca doa selepas wudhuk

RUKUN SOLAT : NIAT

Pandangan Niat Dalam Shalat mengikut 4 mazhab:


Mazhab Syafi’i

Mazhab Syafi’i berpendapat bahwa niat adalah bermaksud melaksanakan sesuatu yang disertai dengan perbuatan. Letaknya niat di dalam hati. Lafaz niat dibolehkan tetapi tafaz niat disini bukanlah bermaksud peraturan dalam solat. Lafaz niat yang dilafazkan sebelum memulakan solat bertujuan untuk memberi tumpuan kehadiran hati untuk solat. Semasa mengucap Takbiratul Ihram disertakan lintasan niat iaitu menyenghajakan solat ( Qasad), menyenghajakan fardhu (Taarudh) dan menentukan waktu solat ( takyin )


Mazhab Hanafi

Ulama Hanafiyah berpendapat bahwa niat sholat adalah bermaksud untuk melaksanakan sholat karena Allah dan letaknya dalam hati, namun tidak disyaratkan melafadhkannya dengan lisan. Adapun melafadhkan niat dengan lisan sunah hukumnya, sebagai pembantu kesempurnaan niat dalam hati. Dan menentukan jenis sholat dalam niat adalah lebih afdlal. (al-Badai’ I/127. Ad-Durru al-Muhtar I/406. Fathu al-Qadir I/185 dan al-lubab I/66)

Mazhab Maliki

Ulama Malikiyah berpendapat bahwa niat adalah bermaksud untuk melaksanakan sesuatu dan letaknya dalam hati. Niat dalam sholat adalah syarat sahnya sholat, dan sebaiknya tidak melafadzkan niat, agar hilang keragu-raguannya. Niat sholat wajib bersama Takbiratul Ihram, dan wajib menentukan jenis sholat yang dilakukan (al-Syarhu al-Shaghir wa-Hasyiyah ash-Shawy I/303-305. al-Syarhu al-Kabir ma’ad-Dasuqy I/233 dan 520).
(Hasyiyah al-Bajury I/149. Mughny al-Muhtaj I/148-150. 252-253. al-Muhadzab I/70 al-Majmu’ Syarh al-Muhadzab III/243-252).


Mazhab Hambali

Ulama Hanabilah berpendapat bahwa niat adalah bermaksud untuk melakukan ibadah, yang bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah. Sholat tidak sah tanpa niat, letaknya dalam hati, dan sunnah melafadzkan dengan lisan, disyaratkan pula menentukan jenis sholat serta tujuan mengerjakannya. (al-Mughny I/464-469, dan II/231. Kasy-Syaaf al-Qona’ I364-370).


KESEPAKATAN DALAM MENENTUKAN NIAT

Melafazkan niat shalat pada saat menjelang takbiratul ihram menurut kesepakatan para pengikut mazhab Imam Syafi’i (Syafi’iyah) dan pengikut mazhab Imam Ahmad bin Hambal (Hanabilah) adalah sunnah, karena melafalkan niat sebelum takbir dapat membantu untuk mengingatkan hati sehingga membuat seseorang lebih khusyu’ dalam melaksanakan shalatnya.


Jika seseorang salah dalam melafazkan niat sehingga tidak sesuai dengan niatnya, seperti melafalkan niat shalat ‘Ashar tetapi niatnya shalat Dzuhur, maka yang dianggap adalah niatnya bukan lafal niatnya. Sebab apa yang diucapkan oleh mulut itu (shalat ‘Ashar) bukanlah niat, ia hanya membantu mengingatkan hati. Salah ucap tidak mempengaruhi niat dalam hati sepanjang niatnya itu masih benar.

Menurut pengikut mazhab Imam Malik (Malikiyah) dan pengikut Imam Abu Hanifah (Hanafiyah) bahwa melafalkan niat shalat sebelum takbiratul ihram tidak disyari’atkan kecuali bagi orang yang terkena penyakit was-was (peragu terhadap niatnya sendiri). Menurut penjelasan Malikiyah, bahwa melafalkan niat shalat sebelum takbir menyalahi keutamaan (khilaful aula), tetapi bagi orang yang terkena penyakit was-was hukum melafalkan niat sebelum shalat adalah sunnah.

Sedangkan penjelasan al Hanafiyah bahwa melafazkan niat shalat sebelum takbir adalah bid’ah, namun dianggap baik (istihsan) melafalkan niat bagi orang yang terkena penyakit was-was.


Pernahkan Rasulullah mengucapkan lafaz niat?

Sebenarnya tentang melafalkan niat dalam suatu ibadah wajib pernah dilakukan oleh Rasulullah saw pada saat melaksanakan ibadah haji.


عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ الله ُعَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله ُعَلَيْهِ وَسَلّّمَ يَقُوْلُ لَبَّيْكَ عُمْرَةً وَحَجًّاً

“Dari Anas r.a. berkata: Saya mendengar Rasullah saw mengucapkan, “Labbaika, aku sengaja mengerjakan umrah dan haji”." (HR. Muslim).

Memang ketika Nabi Muhammad SAW melafalkan niat itu dalam menjalankan ibadah haji, bukan shalat, wudlu’ atau ibadah puasa, tetapi tidak berarti selain haji tidak bisa diqiyaskan atau dianalogikan sama sekali atau ditutup sama sekali untuk melafalkan niat.

Kesimpulan

Niat adalah masalah khilafiyah, Masalah khilafiyah adalah masalah yang hukumnya tidak disepakati para ulama. Terkadang ketidaksepakatan itu hanya pada tataran yang sempit, bahkan seringkali hanya perbedaan penggunaan istilah. Tapi tidak jarang pula tataran perbedaannya luas, iaitu antara halal dan haram.

Munculnya perbedaan pendapat tentang hukum suatu masalah sebenarnya hak para ulama saja. Sebab mereka itulah yang punya alat dan otoritas untuk menyimpulkan sebuah hukum agama. Kita sebagai orang awam, tentu tidak punya perangkat dan alatnya, juga tidak punya spesifikasi yang minimal untuk melakukan pengambilan kesimpulan hukum.


Melafazkan niat dibolehkan dilakukan sebelum shalat, tetapi janganlah melafazkannya dengan kuat hingga menganggu jamaah lain, seeloknya lafazkan di dalam hati. Fungsi melafazkan niat adalah untuk mengingatkan hati agar lebih siap dalam melaksanakan shalat sehingga dapat mendorong pada kekhusyu’an. Ini kerana sebelum solat kita tidak boleh tergesa gesa terus memulainya dengan mengucap takbiratul ihram, sebelumnya ambil masa sekitar 2 minit untuk menghadirkan niat dalam hati untuk menolak penyakit was was dan menzahirkan sifat kehambaan kita... disinilah pentingnya menzahirkan niat itu

Kita juga hendaklah memahami bahawa mengikut rujukan hadits, melafazkan niat solat itu tiada di dalam peraturan solat, ianya hanya diluar peraturan solat

Apa yang jelas niat solat itu tidak dilafazkan, sehingga sekarang masih tiada dalil yang kuat mengatakan lafaz niat pernah dilafazkan oleh Rasulullah saw dan lafaz niat itu adalah peraturan dalam solat. Adapun yang lafaz niat yang pernah dilafazkan Rasulullah saw. adalah dalam ibadah mengerjakan haji.


RUKUN SOLAT : KETERANGAN NIAT

Niat Solat dalam Mazhab Syafie.



Niat dalam solat merupakan rukun qalbi .


Dalam Mazhab Syafie niat termasuk dalam rukun fi'li dalam Takbiratul Ihram.


Niat solat mempunyai tiga bahagian yang disyaratkan dalam solat fardhu tetapi hanya dua sahaja bagi solat sunat manakala untuk solat sunat mutlak (tiada sebab dan bila-bila masa), hanya satu daripadanya disyaratkan.


Bahagian niat mempunyai tiga bahagian iaitu:


1. Qasad - Menyengajakan solat


2. Ta'ridh - Menyengajakan fardhu


3. Ta'yiin - Menyengajakan waktu


Untuk melihat bahagian-bahagian yang diaplikasikan dalam niat solat



Keterangan berkaitan Niat



1. Niat dilafazkan di dalam hati. Lafaz yang disebut oleh mulut itu tidaklah dipanggil sebagai niat. Niat solat berlaku semasa seseorang mengangkat takbiratul-ihram iaitu tatkala ia mengata Allahu-Akbar.


Nota: tidak semua perkara dalam niat seperti contoh di atas adalah perkara-perkara yang dituntut dalam perbuatan niat. Perkara yang dituntut dalam niat ada 3, iaitu Qasad (Sahaja aku solat), Ta'arrudh (Fardhu) dan Ta'yin (Zuhur)



2. Niat "Empat Rakaat", "Tunai" atau "Kerana Allah Ta'ala" adalah tidak disyaratkan, bahkan hanya sunat hukumnya. Namun begitu adalah lebih baik untuk menghadirkan kesemuanya di dalam hati.



3. Adapun niat menjadi imam ( "Imaman" ) atau makmum ("Makmuman/ Makmumatan") ketika takbiratul-ihram hanyalah disyaratkan pada sembahyang Jumaat sahaja, tetapi pada sembahyang lain tidaklah disyaratkan dan hanya sunat hukumnya.


Jika tidak diniatkan menjadi imam atau makmum ketika takbiratul-ihram untuk sembahyang Jumaat, maka tidaklah sah sembahyang Jumaat seseorang itu.


Jika seseorang makmum tidak berniat menjadi makmum ketika takbiratul-ihram dalam sembahyang (selain daripada fardhu Jumaat), dia masih lagi dibolehkan berniat mengikut imam pada mana-mana rukun sembahyang, contohnya ketika rukuk.


Namun begitu, adalah makruh hukumnya jika seseorang itu berterusan dengan sengaja mengikuti imam dengan tanpa berniat menjadi makmum.


Imam yang tidak berniat menjadi imam ketika takbiratul-ihram, atau ketika mana-mana rukun yang lain, tidaklah terbatal sembahyangnya ataupun sembahyang makmumnya.



4. Bagi sembahyang Qasar (memendekkan solat fardhu yang empat rakaat menjadi dua rakaat), perkara-perkara yang manjadi tuntutan ketika takbiratul-ihram selain Qasad, Ta'arrudh dan Ta'yin ialah niat Qasar.


Maka bagi seseorang yang hendak solat Qasar perlulah berniat sekurang-kurangnya: "Sahaja aku sembahyang Fardhu Zuhur Qasar."



5. Bagi sembahyang sunat yang mempunyai waktu dan sembahyang sunat yang mempunyai sebab, maka wajiblah disertakan di dalam niat hanya dua perkara, iaitu Qasad (Sahaja aku sembahyang) dan Ta'yin (sunat Hari Raya Adha, sunat gerhana bulan, dan sebagainya).



6. Dituntut juga dalam perkara niat ini ialah menentukan qabliyah (sebelum) dan ba'diyah (selepas) dalam sembahyang sunat Rawatib.


Ini tertentu kepada sembahyang sunat Zuhur, Maghrib dan Isya' sahaja, seperti dinyatakan dalam niat: "Sahaja aku solat Sunat Zuhur qabliyah/ba'diyah" atau "Sahaja aku solat Sunat Sebelum/Selepas Zuhur."



7. Adapun sembahyang sunat Subuh dan Asar tidaklah disyaratkan niat qabliyah, kerana kedua-dua sembahyang tersebut hanya ada qabliyah sahaja dan tiada ba'diyah (iaitu tidak ada solat sunat Rawatib selepas Subuh dan Asar).



8. Bagi sembahyang sunat mutlak pula wajib disertakan di dalam niat semasa takbiratul-ihram satu perkara sahaja iaitu Qasad.

Umpamanya seseorang hanya perlu berniat: "Sahaja aku sembahyang".



RUKUN SOLAT : MENGUCAP TAKBIRATUL IHRAM

Takbiratul ihram


Takbiratul ihram ialah perbuatan yang menyempadani solat dengan perlakuan di luar solat.


Takbiratul ihram menandakan bermulanya satu perjalanan solat itu sehingga rukun terakhir iaitu salam nanti. Disebabkan dinamakan rukun ini takbir ialah kerana sebutan takbir iaitu Allahu Akbar adalah wajib bagi mereka yang boleh menuturkannya.


Bagi mereka yang tidak boleh menuturkannya ataupun tidak dapat mempelajarinya, dia diharuskan untuk menyebutnya dengan terjemahan dalam bahasa yang lain. Rukun ini diwajibkan untuk disertai dengan niatnya dan disunatkan untuk mengangkat kedua-dua tangan hingga ke paras bahu.


Muqaranah atau penyertaan niat takbiratul ihram mempunyai dua bahagian iaitu:

  • Muqaranah Urfiyyah - Menyertai niat kepada sebahagian daripada takbiratul ihram iaitu berniat ketika mula ataupun akhir bahagian takbiratul ihram

  • Muqaranah Haqiqah -Menyertai niat kepada keseluruhan takbiratul ihram iaitu berniat dari mula sehingga akhir takbiratul ihram


Bagi kebanyakan orang awam, adalah lebih mudah mengerjakan muqaranah urfiyyah kerana muqaranah haqiqah mudah dihinggapi rasa syak atau was-was kerana penyertaan niat mengambil masa keseluruhan takbiratul ihram itu.



Takbiratul-Ihram iaitu mengucapkan Allahu-Akbar untuk memulakan solat. Perkataan Allahu-Akbar itu tidak boleh ditukar dengan lafaz lain.

Sebutan kalimah Allahu-Akbar itu diwajarkan agar tidak melebihi daripada empat belas harakat (tujuh alif), dan pergerakan tangannya tidak melebihi tiga

Dari Abu Hamid As-Saidi r.a. katanya ” Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila berdiri untuk mengerjakan sembahyang, Baginda menghadap kiblat, serta ia mengangkat kedua tangannya sambil berkata “Allahuakbar” (Riwayat Ibnu Majah)


Hukum Mengangkat tangan semasa takbir

Hukumnya adalah sunat. Ada 3 cara mengangkat tangan dan bertakbir:-

  • Takbir dahulu baru angkat tangan (membesarkan Allah terlebih dahulu, kemudian menafikan tuhan selain Allah)

  • Pergerakan tangan dahulu baru lafaz takbir. (konsep “Lailaha illallah” iaitu menafikan dahulu tuhan selain Allah kemudian barulah membesarkan Allah)

  • Serentak lafaz takbir dan pergerakan tangan (Ulama tahkik berpendapat ini cara yang terbaik kerana ini menafikan tuhan selain Allah dan membesarkan Allah pada masa yang sama)

  • Kenapa angkat tangan masa takbir?

    Dalam budaya orang Arab, mereka mengangkat tangan bila menafikan sesuatu. Orang Melayu pula menggeleng kepala. Dalam sembahyang kita mengangkat tangan semasa takbir bagi menafikan tidak ada tuhan yang disembah melainkan Allah.

    Berapa kali angkat tangan semasa takbir?

    Diakhir hayat nabi cuma angkat tangan ketika takbiratulihram sahaja. Takbir yang lain (perpindahan contohnya rukuk) nabi tidak angkat tangan. Tetapi kalau hendak mengangkat tangan juga dalam takbir yang lain biarlah sampai pada paras bahu atau cuping telinga (sama seperti semasa takbiratulihram)



    RUKUN SOLAT : MEMBACA SURAH FATIHAH


    MEMBACA TA AWWUDZ

    Rasulullah SAW membaca ta’awwudz dengan mengucapkan ”A’udzubillahi minasyaithonirrojim min hamazihi wanafkhihi wanafatsihi” (Aku berlindung kepada Alloh dari godaan setan yang terkutuk dari semburannya, kesombongannya, dan hembusannya)
    (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Daruquthni & Hakim).


    MEMBACA BISMILLAH


    Rasulullah SAW membaca ”Bismillahir-rahman-nirrahim” (Dengan nama Allah Yang Maha pengasih dan Maha penyayang) (dengan tanpa mengangkat/mengeraskan suara).
    (HR Bukhari, Muslim & Ahmad)



    MEMBACA SURAH FATIHAH DARI AYAT KE AYAT

    Membaca al-Faatihah adalah Sebagai Rukun . Sabda Rasulullah saw :
    ”Tidak sah sholat seseorang apabila belum membaca surah al-Faatihah (dan seterusnya).
    (HR Bukhari, Muslim dan Baihaqi)

    Membaca Surat al-Faatihah, Ayat per Ayat Kemudian Rasulullah SAW membaca surat al-Faatihah dengan memotong setiap ayat . Baginda tidak
    menyambung ayat dengan ayat berikutnya. Demikian yang diriwayatkan Abu Daud dan
    Sahmi.



    PERIHAL PENCERITAAN MEMNACA SURAH AL FATIHAH


    keutamaan dan kewajipan membaca surah al Fatihah:

    Sebelumnya Rasulullah SAW membolehkan makmum membaca al-Fatihah dengan nyaring
    Tetapi pada suatu solat Subuh Beliau SAW merasa terganggu oleh bacaan seorang makmum.

    Setelah selesei solat Beliau SAW bersabda ”Apakah kalian tadi ikut membaca bacaan imam?” Mereka menjawab “Benar, akan tetapi dengan cepat wahai Rasulullah” Rasulullah berkata “Janganlah kalian lakukan kecuali kalian membaca al-Fatihah. Sesungguhnya tidak sah solat seseorang kecuali membacanya.”
    (HR Bukhari, Abu Daud & Ahmad).


    Larangan menyaringkan bacaan al-fatihah dibelakang Imam

    Tetapi kemudian membaca cara ini dilarang oleh Nabi SAW. iaitu ketika Rasulullah SAW kembali dari solat jahr (sholat yang dibolehkan membaca al-Qur’an dengan keras). Dalam
    sebuah riwayat dikatakan pertisiwa itu terjadi pada solat Subuh.

    Beliau bersabda ”Adakah tadi kalian mengikutiku membaca al-Qur’an dengan suara keras?” Seseorang menjawab ”Aku wahai Rasulullah” Nabi SAW berkata ”Kenapa ada yang membaca demikian sehingga mengganggu bacaanku?”


    Abu Hurairah berkata ”Maka para sahabat berhenti membaca al- Qur’an dengan keras dalam solat dimana Rasulullah mengeraskan bacaannya ketika mereka mendengar teguran dari Rasulullah. (Mereka membaca tanpa suara pada solat dimana imam tidak mengeraskan bacaan)”
    (HR Malik, Humaidi, Abu Daud dan Bukhari).


    Apabila Imam membaca nyaring surah Al Fatihah, makmum hendaklah diam

    Maka berdiam saat imam membaca al-Qur’an menjadi syarat kesempurnaan bermakmum.

    Rasulullah SAW bersabda ”Sesungguhnya dijadikannya imam itu agar diikuti oleh makmum, maka apabila mengucapkan takbir, ikutilah mengucapkan takbir. Janganlah membaca al-
    Qur’an, diam dan dengarkanlah.”
    (HR Abu Daud, Muslim & Abu Uwanah).


    Oleh karena itu makmum yang mendengarkan bacaan imam tidak perlu lagi turut membacanya.

    Sabda Rasulullah SAW ”Barang siapa yang solat bermakmum maka bacaan imam adalah menjadi bacaannya juga.”
    (HR Daruquthni, Ibnu Majah & Ahmad).


    MEMBACA SURAH FATIHAH SECARA SIR ( PERLAHAN )


    Adapun pada solat yang harus membaca tanpa suara, Rasulullah SAW telah menetapkan keharusan membaca al-Qur’an padanya. Jabir berkata ”Kami membaca al-
    Faatihah dan surah al-Qur’an pada solat Dzuhur dan Asar dibelakang imam pada dua rakaat pertama, sedangkan pada dua rakaat berikutnya membaca al-Faatihah (saja).”
    (Riwayat Ibnu Majah).


    MEMBACA ' AMIIINN '

    Imam Mengucapkan Amin Dengan Mengangkat Suara Dalam hadits riwayat Bukhari dan Abu Daud disebutkan bahwa ketika Rasulullah SAW selesai membaca al-Faatihah, Beliau SAW mengucapkan amin dengan suara jelas dan panjang. Orang orang yang berkemampuan dianjurkan untuk mengucapkannya. Sabda Beliau SAW ”Apabila imam sholat mengucapkan ”Ghoiril maghdhuubi’alaihim waladhaaliin” maka katakanlah ”Amin”. (Sesungguhnya malaikiat berkata ”Amin” dan imampun mengucapkan ”Amin”).


    Dalam lafaz lain disebutkan telah bersabda Rasulullah saw :
    Apabila seseorang mengucapkan amin dalam solat, dan para malaikat di langit mengucapkan amin dengan bersamaan) nescaya dosa-dosanya akan diampuni.”
    (HR Bukhari, Muslim & Nasa’i).


    Rasulullah SAW juga bersabda ”Tidak ada suatu yang paling menjadikan orang-orang Yahudi iri kepada kalian kecuali ucapan salam dan amin (dibelakang imam).”
    (HR Bukhari Ibn Majah dan Ahmad).

    RUKUN SOLAT : DUDUK ANTARA DUA SUJUD

    Bangkit Dari Sujud

    Rasulullah SAW mengangkat kepalanya dari sujud seraya mengucapkan takbir.

    Sabda Rasulullah saw :
    ”Tidak sempurna solat seseorang hinga sujud sampai tulang punggungnya tenang, kemudian mengucapkan Allhu Akbar. Lalu bangkit dari sujud sehingga duduk dengan tegak.”
    (HR Ahmad dan Abu Daud).

    Terkadang Beliau SAW mengangkat kedua tangannya seraya mengucapkan takbir. Kemudian membentangkan kaki kiri dan duduk diatas telapaknya dengan tenang.


    Keadaan kaki semasa duduk antara dua sujud


    Sabda Rasulullah saw : ”Jika kamu bersujud maka hendaknya kamu menekan. Apabila bangkit dari sujud maka duduklah diatas betis kirimu.” (HR Bukhari dan Baihaqi).

    Keadaan duduk antara dua sujud Rasulullah saw dengan menegakkan kaki kanannya dan menghadapkan jari-jari kanannya ke arah kiblat.

    Terkadang Rasulullah SAW duduk dengan menegakkan telapak kaki dan tumit kedua kakinya.


    Thumuninah Ketika Duduk Diantara Dua Sujud

    Rasulullah SAW melakukan duduk diantara dua sujud dengan thumuninah sehingga tulang belakangnya rata dan mapan.

    Sabda Rasulullah SAW : ”Tidak sempurna sholat seseorang diantara kamu sehingga dia melakukan yang demikian.” (HR Abu Daud dan Hakim).

    Beliau SAW melamakan duduknya sehingga hampir sama dengan sujudnya. Demikian yang diriwayatkan Bukhari dan Muslim. Terkadang Beliau SAW diam lama sampai ada yang
    mengatakan ”Beliau telah lupa.”

    Doa Ketika Duduk Diantara Dua Sujud

    Ketika duduk diantara dua sujud Rasulullah SAW membaca doa sebagai berikut :

    1. ”Rabbighfirlii warhamnii wajburnii warfa’nii, wahdinii, wa’aanifinii, warzuqnii.” (”Ya Allah ampunilah aku, kasihanilah aku, cukupkanlah aku, angkatlah derajatku, berilah aku petunjuk, jadikanlah aku sehat dan berilah rizki.” (HR Daud, Tirmidzi dan Ibnu Majah).

    2. ”Rabbighfirlii rabbighfirlii.” (Wahai Tuhan, ampunilah aku, ampunilah aku”)

    Beliau kadang membaca kedua doa tersebut ketika sholat malam. Kemudian Beliau bertakbir dan sujud yang kedua kalinya.


    Sujud selepas duduk antara dua sujud

    Setelah duduk antara dua sujud dan thumakninah, Selanjutnya Beliau SAW bersabda :
    ”Kemudian hendaknya kamu mengucapkan Allahu Akbar. Lalu sujud sehingga ruas-ruas tulang punggungmu rata atau mapan. Kemudian melakukan hal itu dalam semua sholat kamu.” (HR Abu Daud dan Hakim).

    Beliau mengangkat kepalanya dan bertakbir. Beliau mengatakan kepadanya ”Kemudian lakukanlah hal itu dalam setiap ruku dan sujud. Jika kamu melakukannya maka sempurnalah sholatmu. Tapi jika kamu menguranginya sedikit saja dari hal itu maka kamu telah mengurangi sholatmu.” (HR Ahmad dan Tirmidzi).


    Duduk isterahah dan bangun ke rakaat berikutnya

    Setelah sujud Beliau SAW bangun dan duduk tegak. Cara duduk ialah dengan duduk diatas telapak kaki kirinya dengan tegaksampai setiap ruas tulang punggungnya mapan. ( seperti duduk antara dua sujud juga ) , Kemudian Nabi SAW bangkit ke rakaat kedua dengan tangan bertumpu ke tanah. Demikian diriwayatkan Bukhari dan Syafi’i.


    RUKUN SOLAT : BERDIRI BETUL

    Berdiri betul


    Berdiri betul atauberdiri tegak adalah diwajibkan dalam solat bagi mereka yang berupaya untuk beridir tegak.

    bagi yang tidak upaya, rukhsah atau kelonggaran diberikan untuk mereka sama ada untuk solat dalam keadaan duduk (hanya jika tidak mampu berdiri), mengiring pada rusuk kanan sambil mengadap kiblat (hanya jika tidak mampu berdiri dan duduk), atau jika tidak mampu berdiri, duduk mahupun mengiring, orang yang ingin mengerjakan solat itu dibenarkan baring menelentang dengan kaki dan perut dihalakan ke kiblat.

    Syarat bagi berdiri betul ini hendaklah berdiri tegak. ditegakkan tulang belakangnya dan tidak boleh bongkok ke depan atau ke belakang . Tidak boleh bergoyang ke kiri atau kanan, mata memandang tempat sujud.


    RUKUN SOLAT : I 'TIDAL


    Bangun dari Ruku lakukan I'tidal

    Kemudian Rasulullah SAW bangkit dari ruku sambil mengucapkan ”Sami allahu liman hamidah”
    (Allah mendengar orang yang memujiNya”) (HR Bukhari & Muslim)


    Sabda Rasulullah SAW : "Tidak sempurna sholat seseorang sehingga bertakbir. Kemudian ruku lalu mengucapkan Sami’a Allahu liman hamidah (Allah mendengar orang yang memujiNya) sampai berdiri dengan tegak” (HR Abu Daud dan Hakim)


    Rasulullah SAW juga bersabda ”Sesungguhnya imam dijadikan tiada lain untuk diikuti. Jika imam mengucapkan ’Sami’a Allhu liman Hamidah’, maka ucapkanlah Allahumma walakal hamdu.’ Pasti Allah mendengar ucapan kalian. Sesungguhnya Allah berfirman melalui ucapan RasulNya, ’Sami’a Allahu liman Hamidah’.” (HR Muslim, Abu Uwanah, Ahmad & Abu Daud)


    Sabda Rasulullah saw lagi : ”Sesungguhnya barangsiapa yang ucapannya itu beriringan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosa-dosa yang telah dilakukannya sebelumnya.” (HR Bukhari & Muslim)


    Rasulullah SAW mengangkat tangan saat berdiri i’tidal ddengan mengucapkan bacaan berikut :

    1. "Rabbanaa walakal hamdu” (HR Bukhari & Muslim). Masalah mengangkat tangan ini
    sanadnya benar dari Rasulullah SAW. Pendapat ini juga diperkuat oleh jumhur ulama
    dan sebagian penganut mazhab Hanafi.

    2. "Rabbana lakal hamdu” (HR. Bukhari & Muslim).

    3. ”Allahumma rabbana walakal hamdu” (HR Bukhari & Muslim)


    Rasulullah SAW bersabda : "Apabila imam mengucapkan ’Sami’a Allahu liman hamidah’ maka ucapkanlah ’Allahumma Rabbana lakal hamdu’. Barangsiapa yang ucapannya bersamaan dengan ucapan malaikat niscaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari & Muslim)


    Berdiri maksudnya berdiri betul luruskan tulang belakang. Lama berdiri i’tidal Rasulullah SAW sama seperti rukunya, sebagaimana yang telah dijelaskan di atas. Bahkan kekadang Rasulullah SAW berdiri lama sampai dianggap lupa oleh sahabatnya karena lamanya Beliau berdiri. Demikian yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan Ahmad.


    Rasulullah SAW bersabda ”Kemudian tegakkanlah kepalamu sampai engkau berdiri tegak
    (sampai semua tulang kembali menempati tempatnya masing-masing). (Dalam sebuah riwayat
    dikatakan : Apabila kamu berdiri i’tidal, maka tegakkanlah kepalamu sampai tulang-tulang
    kembali kepada posisinya semula).” (HR Bukhari, Muslim, Hakim & Ahmad)


    Sabda Rasulullah saw lagi : ”Allah tidak akan melihat sholat seorang hamba yang tidak meluruskan tulang punggungnya antara ruku dan sujudnya.” (HR Ahmad & Thabrani)



    Solat yang boleh di Qadha



    Menurut hukum syarak, setiap solat fardhu yang ditinggalkan wajib diqadha' disebabkan perkara berikut:-

    1. terlupa

    2. tertidur

    3. murtad yang kembali semula kepada Islam


    Dari segi istilah fuqaha, qadha' ialah sesuatu (ibadah) yang dilakukan selepas berlalu waktu tunainya untuk mendapatkan sebagaimana yang sebelumnya dengan melakukannya secara qadha' atau mengerjakan semula ibadat-ibadat yang tidak sah, atau yang tertinggal atau senghaja ditinggalkan pada waktu-waktu yang lain.

    Dalil Hadis

    Dari Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu , Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam bersabda:

    Maksudnya : Jika tertidur seseorang daripada kamu sehingga tertinggal solatnya ataupun terlupa mengerjakannya, maka hendaklah dia mendirikan solat yang tertinggal itu apabila dia sudah teringat, sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta'ala telah berfirman:"Dirikanlah solat untuk mengingati Aku". (Hadits riwayat Muslim)

    Hukum harus mengqadha' solat itu bukanlah sebagai satu kelonggaran yang membolehkan seseorang itu meninggalkannya dengan senghaja sehingga luput waktunya walaupun berhasrat untuk mengqadha'nya pada waktu yang lain. Adapun anggapan bahawa meninggalkan solat dengan senghaja dan boleh menggantinya pada waktu yang lain asal saja kewajipan itu tidak terus ditinggalkan atau dilupakan adalah satu anggapan yang salah.

    Meninggalkan solat Fardhu

    Orang yang meninggalkan solat tetapi tidak ingkar akan kewajipannya kadang-kadang disebabkan keuzuran yang diiktiraf oleh syara'. Kadang-kadang pula disebabkan oleh alasan yang bukan syari'e dan inilah yang sering berlaku. Sebab-sebab meninggalkan solat itu boleh dibahagikan kepada dua bentuk yang masing-masing ada kaitan dengan hukum, iaitu:

    • Pertama : Meninggalkan solat kerana keuzuran. Orang seperti ini tidaklah berdosa kerana terluput waktu solat bukan dengan kehendak atau kelalaiannya, akan tetapi wajib ke atasnya qadha' solat yang luput itu dan sunat disegerakan qadha'nya.
    • Kedua : Meninggalkan solat tanpa ada keuzuran seperti malas atau melalai-lalaikan sehingga luput waktunya. Maka orang seperti ini berdosa tanpa diragukan lagi.

    Contoh meninggalkan solat kerana keuzuran atau tanpa disenghajakan itu seperti tertidur, terlupa dan seumpamanya sehingga luput waktu. Namun apabila terbangun daripada tidur atau teringat daripada lupa, maka dia wajib melakukan solat tersebut kerana kewajiban solat masih lagi ditanggungnya.

    Dalam sebuah hadits shahih , Abu Qatadah Radhiallahu 'anhu menceritakan mengenai dengan perjalanan mereka bersama Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam . Dalam perjalanan itu mereka keletihan lantas tertidur.

    Apabila mereka terbangun daripada tidur waktu solat sudah pun berlalu. Mereka bertanya sesama sendiri, apakah kaffarah yang mesti dibayar atas kelengahan mereka melakukan solat. Rasullullah Shallallahu 'alaihi wassalam mendengar bisikan mereka lantas bersabda:

    Maksudnya: Sesungguhnya di dalam tidur tidak ada kelalaian. Sesungguhnya kelalaian itu ke atas seseorang yang tidak melakukan solat sampai habis waktunya.

    Maka sesiapa yang melakukan demikian, segeralah dia solat ketika dia ingat akannya. Maka pada hari esoknya hendaklah ia menunaikan solat ketika waktunya. (Hadits riwayat Muslim)

    Walaupun terdapat pengecualian dalam melaksanakan tanggungjawab solat bagi orang yang sedang tidur, ini bukanlah bermakna senghaja tidur atau ditidur-tidurkan untuk mengelak atau mencari helah daripada melakukan solat pada waktunya.

    As-Sayyid Muhammad Abdullah al-Jurdani Rahimahullah dalam kitabnya Fath al-'Allam ketika bercakap mengenai tidur dan hubungannya dengan solat, beliau menyatakan adalah harus tetapi tidak digalakkan tidur selepas masuk waktu solat dan sebelum menunaikan solat, jika mengikut sangkaannya bahawa dia akan bangun dari tidurnya, sama ada bangun dengan sendirinya atau dikejutkan oleh orang lain, dan masih ada waktu untuk dia menunaikan solat.

    Jika tidak, maka hukumnya adalah haram. Bahkan baginya dua dosa; dosa kerana meninggalkan solat dan dosa kerana tidur. Maka jika dia bangun dari tidur (sebelum tidur dia menyangka bahawa jika bangun dari tidur tidak ada waktu baginya untuk menunaikan solat) tetapi dia sempat mengerjakan solat, maka terangkat dosa meninggalkan solat. Manakala dosa yang wujud disebabkan dia tidur tidak akan terangkat kecuali dengan beristighfar.

    Adapun meninggalkan solat tanpa uzur syari'e atau meninggalkannya dengan senghaja seperti melalaikannya sehingga masuk waktu yang lain adalah berdosa dan wajib baginya mengqadha' dengan segera solat yang luput itu.

    Sibuk dengan apa urusan sekalipun bukanlah alasan untuk meninggalkan solat sehingga luput waktu, begitu juga dengan alasan tidak dapat melakukan solat kerana tidak mampu untuk berdiri atau rukuk atau lain-lain alasan kerana sakit.

    Sakit tidaklah termasuk antara sebab-sebab yang membolehkan seseorang itu tidak menunaikan solat sebagaimana yang diriwayatkan daripada Imran bin Hushain Radhiallahu 'anhu , beliau berkata:

    Maksudnya: Aku menghidap buasir, maka aku bertanya kepada Nabi Shallallahu 'alaihi wassalam tentang solat. Maka Baginda bersabda: "solatlah berdiri, dan jika engkau tidak mampu, maka duduklah, dan jika engkau tidak mampu, maka solatlah dengan mengiring". (Hadits riwayat al-Bukhari)

    RUKUN SOLAT : RUKU '



    Setelah membaca surah al fatihah dan ayat al-Qur’an, Baginda SAW diam sejenak. Lalu mengangkat kedua tangannya sebagaimana yang telah dijelaskan pada penjelasan di depan dalam Takbiratul Ihram. Kemudian mengucapkan Allahu Akbar, lalu ruku.


    TATACARA RUKU'

    Rasulullah SAW meletakkan kedua telapak tangannya pada kedua lututnya . Kedua telapak tangan nya menekan kedua lututnya (seakan-akan mencengkam keduanya). Baginda merenggangkan jari-jarinya.

    Sabda Rasulullah saw : ”Jika engkau ruku, letakkanlah tangamu pada kedua lututmu. Lalu, bentanglah punggungmu dan tekanlah tanganmu dalam rukumu.” (HR Ahmad & Abu Daud).

    Sabda Rasulullah saw : ”Jika engkau ruku letakkanlah kedua tangnmu di atas lututumu. Kemudian renggangkanlah jari-jarimu sampai tulang belakangmu menjadi mapan
    ditempatnya.” (HR Ibnu Khuzaimah & Ibnu Hibban).

    Rasulullah SAW merenggangkan kedua sikunya dari lambungnya. Ketika ruku baginda membentangkan dan meluruskan punggungnya sehingga jika dituangkan air dari diatasnya tidak akan tumpah.


    Rasulullah SAW tidak membongkok terlalu kebawah dan tidak pula mendongakkan terlalu keatas. Akan tetapi tengah-tengah di antara keduanya.


    Wajib Thumaninah Dalam Ruku


    Rasulullah SAW juga bersabda : "Pencuri yang paling jahat adalah pencurian yang mencuri dalam sholatnya.” Para sahabat bertanya ”Wahai Rasulullah bagaimana yang dimaksud dengan mencuri dalam sholat itu?”
    Rasulullah menjawab : "Iaitu orang yang tidak sempurna ruku dan sujudnya dalam sholat.”
    (HR Thabrani dan Hakim).


    Dalam riwayat Ath-Thayalisi dan Ahmad, Abu Hurairah berkata "Kekasihku Rasulullah SAW melarangku bersujud dengan cepat seperti halnya ayam yang mematuk makanan, menoleh-nolah seperti musang dan duduk sepeti kera.”


    Sabda Rasulullah SAW : ”Wahai kaum muslimin, sesungguhnya tidak sah sholat seseorang yang tidak meluruskan punggungnya dalam ruku dan sujud.”
    (HR Ibnu Majah & Ahmad).


    Bacaan-Bacaan Ruku

    Dalam ruku Rasulullah SAW membaca bacaan yang berbagai bagai. Diantara bacaan Beliau SAW adalah :

    " Subhana rabbiyal’adhim” bermaksud : Mahasuci Tuhanku Yang Mahaagung”, Dibaca 3 kali atau lebih
    (HR. Ahmad, Abu Daud & Ibnu Majah).


    " Subhana rabbiyal’adhimi wabihamdih” bermaksud Mahasuci dan Mahaagung Allah, segala puji bagiNyaDibaca 3 kali
    (HR Abu Daud, Daruquthni, Ahmad & Thabrani).

    "Subhanaka allahumma wabihamdika allahummagh firli” bermaksud : Mahasuci Engkau wahai Thuhan dan dengan memujiMu ampunilah aku . Rasulullah SAW memperbanyak doa ini dalam ruku dan sujudnya.


    Larangan Membaca Al-Qur’an Saat Ruku

    Beliau SAW melarang membaca al-Qur’an saat ruku dan sujud dalam sabdanya
    ”Ketahuilah sesungguhnya aku melarang bacaan al-Qur’an saat ruku. Hendalah kalian mengagungkan Tuhan Yang Mahaperkasa. Sedangkan dalam bersujud hendaknya bersungguh-sungguhlah berdoa karena doa itu tentu dikabulkan.”
    (HR Muslim & Abu Uwanah).

    RUKUN SOLAT : SUJUD

    TATA CARA TURUN BERSUJUD

    Setelah i’tidal Rasulullah SAW bertakbir dan turun bersujud. Sabda Rasulullah SAW : Tidaklah sempurna solat seseorang sampai ia mengucapkan ’Sami’ Allahu liman hamidah’ sampai tegak berdiri. Kemudian mengucapkan takbir, lalu bersujud sampai ruas tulang belakangnya kembali sempuran.” (HR Abu Daud & Hakim)

    Dalam hadits riwayat Abu Ya’la dan Ibnu Khuzaimah disebutkan bahwa jika hendak sujud, Nabi SAW mengucapkan takbir (dan Beliau SAW merenggangkan tangannya dari lambungnya), lalu bersujud.

    Dalam riwayat Nasa’i dan Daruquthni disebutkan bahwa kadang Beliau SAW mengangkat kedua tanganya bila hendak bersujud.


    SUJUD

    Turun Bersujud Dengan Mendahulukan Lutut atau Kedua Tangan
    ?

    Hadith mendahulukan lutut:
    "Aku melihat Rasulullah saw ketika hendak sujud meletakkan kedua lututnya sebelum kedua tangannya dan apabila bangkit mengangkat dua tangan sebelum kedua lututnya." - Hadits dikeluarkan oleh Al Imam Abu Dawud, Tirmidzi An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ad-Daarimy)"


    hadith mendahulukan tangan :
    Rasulullah SAW meletakkan kedua tangannya di atas tanah sebelum kedua lututnya. Beliaupun memerintahkan sahabatnya melakukan hal demikian "Apabila seseorang dari kalian hendak bersujud, hendaknya tidak melakukannya seperti duduknya unta. Tetapi hendaknya meletakkan tangannya sebelum meletakkan kedua lututnya.” (HR Abu Daud dan Nasa’i).

    Boleh dilakukan antara keduanya
    Untuk makluman tambahan, tidak ada hadith yang sahih tentang turun sujud sama ada turun dengan mendahulukan tangan atau mendahulukan lutut. Oleh itu didapati para sahabat Nabi SAW ada yang mendahulukan lutut dan ada yang mendahulukan tangan.
    Sumber : viewtopic.php?f=165&t=36409

    Syeikh Torifi menyatakan bahawa ulama’ telah berbincang panjang mengenai masalah ini. Perkara ini mudah. Orang yang berat badannya kemungkinan akan memilih tangan dulu baru lutut, dan begitulah sebaliknya orang yang kurus akan menurunkan lututnya dahulu baru tangan. Tidak perlu pertikaikan oleh kerana hadith-hadith mengenai permasalahan tidak sampai kepada status sahih.


    Kedudukan badan ketika sujud

    Telah diriwayatkan bahawa semasa bersujud Rasulullah saw meletakkan telapak tangannya, mengembangkannya ( 1), serta mengarahkannya ke arah kiblat (2). Beliau meletakkan kedua tangannya sejajar dengan kedua bahunya ( 3), dan terkadang sejajar dengan kedua telinganya (4).

    (1) HR Abu Daud dan Hakim serta dibenarkan olehnya serta disetujui oleh Zahabi. (2) HR Ibnu Khuzaimah, Baihaqi dan Hakim serta dibenarkan olehnya dan setujui oleh Zahabi. (3) HR Baihaqi dengan sanad yang sahih, Ibnu Abi Syaibah (1/82/2) dan Siraj dari jalur lain. (4) HR Abu Daud dan Tirmidzi serta dibenarkan olehnya dan Ibnu Mulqin (27/2). Disebutkan dalam kitab Irwa’u al-Ghalil


    sujud dengan 7 anggota sujud


    Semasa bersujud Rasulullah saw menekan kedua lututnya dan ujung kedua telapak kakinya. Menghadapkan ujung jarinya ke arah kiblat, merapatkan tumitnya dan menegakkan telapak kakinya. Inilah tujuh anggota yang dipergunakan Nabi SAW untuk bersujud, iaitu dua telapak tangan, dua lutut, dua kaki, dahi dan hidung. Rasulullah SAW menjadikan dua anggota terakhir (dahi dan hidung) menjadi satu dalam sujud.

    Sabda Rasulullah saw : "Kami diperintahkan untuk bersujud dengan menggunakan 7 anggota badan : Dua telapak tangan, dua lutut, ujung kedua telapak kaki, dan kami tidak boleh menyelak baju dan rambut).” (HR Bukhari, Muslim, Abu Uwanah dan Ibnu Hibban).

    Rasulullah saw bersabda : ”Tidak sah solat seseorang yang hidungnya tidak menyentuh tanah sebagai mana halnya dahinya.” (HR Daruquthni, Thabrani dan Abu Na’im).


    Kedudukan tangan ketika sujud

    Beliau SAW memerintahkan melakukan hal itu dalam sabdanya ”Apabila engkau bersujud, letakkanlah tanganmu dan angkatlah kedua sikumu.” (HR Muslim dan Abu Uwanah).


    ”Janganlah kamu membentangkan kedua lenganmu (seperti binatang). Tetapi tegakkanlah lengamu dan jauhkanlah dari lambungmu. Karena bila engkau melakukan seperti itu maka setiap anggota badan ikut bersujud denganmu.” (HR Ibnu Khuzaimah dan Hakim)


    Larangan menyelak rambut dan baju apabila bersujud

    Menyelak lengan baju dan rambut agar tidak terurai ke bawah pada waktu ruku dan sujud telah disebutkan dalam kitab an-Nihayah. Larangan inii tidak hanya pada waktu sholat. Bahkan apabila sebelum masuk sholat dia melakukannya, maka menurut jumhur ulama tidak dibolehkan.

    Hal ini diperkuat oleh larangan Nabi SAW pada seorang laki-laki yang menyibak rambutnya saat sujud.

    Kewajiban Thumuninah Dalam Sujud

    Rasulullah SAW selalu memerintahkan agar menyempurnakan ruku dan sujud. Orang yang tidak melakukannya diperumpamakan seperti orang yang lapar. Ia memakan satu atau dua butir kurma yang tidak mengenyangkan sama sekali. Beliau SAW bersabda ”Orang yang demikian itu adalah pencuri yang paling buruk.”

    Bacaan semasa Sujud

    Dalam sujudnya Rasulullah SAW membaca beberapa zikir dan doa yang berbeda-beda, diantaranya sebagai berikut :

    1. ”Subhana rabbiyal a’la” (”Mahasuci Tuhanku Yang Maha tinggi”), tiga kali atau lebih.

    2. ”Subhaana rabbiyal a’la wabihamdih.” (”Mahasuci Tuhanku Yang Mahatinggi dan segala puji bagiNya”).

    3. ”Subbuuhun qudduusun rabbul malaaikati warruuhu.” (”Mahasuci dan Mahakudus, Tuhan malaikat dan ruh).

    4. ”Subhaanaka allahumma rabbanaa wabihamdika allahummaghfirlii.” (”Mahasuci Engkau, wahai Tuhan, Tuhan kami dan dengan memujiMu wahai Tuhan, ampunilah aku”). (HR Bukhari dan Muslim).
    Bacaan ini banyak Beliau SAW baca pada saat ruku dan sujudnya sebagaimana yang diperintahkan al-Qur’an.

    Rasulullah SAW bersabda ”Seorang hamba yang paling dekat dengan Tuhannya adalah ketika ia sedang sujud maka perbanyaklah doa (dalam sujud).” (HR Muslim, Abu Uwanah dan Baihaqi).


    Keutamaan Sujud

    Rasulullah SAW bersabda: ”Tidak ada seorang pun dari umatku kecuali aku mengenalnya pada hari kiamat kelak.” Para sahabat bertanya ”Wahai Rasulullah bagaimana Anda mengenal mereka padahal mereka berada diantara banyak makhluk?”

    Beliau bersabda ”Bagaimana pendapatmu jika diantara kumpulan kuda yang berwarna hitam terdapat seekor kuda yang berwarna putih di dahinya dan pada kaki-kakinya” Bukankah engkau dapat mengenalinya?” Jawab mereka ”Ya.”

    Beliau bersabda "Sesungguhnya pada hari itu umatku memancarkan cahaya putih dari wajahnya yang bekas sujud dan cahaya putih diwajar, tangan dan kaki yang bekas wudhu.” (HR Ahmad dan Tirmidzi).

    Beliau SAW juga bersabda ”Jika Allah ingin memberikan rahmat kepada ahli neraka maka Allah memerintahkan malaikat untuk mengeluarkan mereka yang menyembah Allah lalu malaikat mengeluarkan mereka. Mereka dikenal karena ada bekas sujud pada wajahnya dan Allah mengharamkan neraka untuk memakan tanda bekas sujud sehingga mereka dikeluarkan dari neraka. Semua anggota anak Adam akan dimakan oleh api neraka kecuali tanda bekas sujud.”
    (HR Bukhari & Muslim).


    Sujud Diatas Tanah Dan Tikar

    Rasulullah SAW biasa sujud diatas tanah karena masjid Beliau tidak beralaskan tikar atau lainnya. Banyak hadits yang menerangkan hal ini diantaranya hadist Abu Said al-Khudri.
    Dalam hadits riwayat Muslim dan Abu Uwanah disebutkan bahwa para sahabat melakukan sholat berjamaah bersama Beliau ketika cuaca sangat panas. Jika diantara mereka ada yang tidak sanggup menempelkan dahinya ke tanah, maka dia membentangkan kainnya dan sujud diatas kain tersebut.

    Rasulullah SAW bersabda ”Bumi seluruhnya telah dijadikan sebagai masjid dan alat untuk bersuci (tayamum) bagiku dan seluruh umatku. Untuk itu dimana saja seseorang dari umatku menemui waktu solat maka disitulah masjidnya dan alat bersucinya. Sebelum aku mereka tidak dapat melakukan demikain kerana meraka solat di gereja-gereja dan kuil-kuil.” (HR Ahmad dan Baihaqi).

    Beliau SAW pernah melaksanakan solat diatas tanah yang becek. Hal ini pernah terjadi pada pagi hari tanggal 12 Ramadhan ketika turun hujan dan halaman masjid tergenang air sedangkan atapnya terbuat dari pelepah kurma. Sehingga Rasulullah SAW terpaksa sujud diatas tanah yang becek.

    Abu Sa’id al-Khudri dalam riwayat Bukhari dan Muslim berkata ”Saya melihat Rasulullah dan dikening serta hidung Beliau terlihat bekas lumpur.”

    Sementara itu dalam hadits riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan bahwa kekadang Rasulullah SAW solat diatas khumrah (tikar atau anyaman selebar sapu tangan) atau diatas tikar kecil. Nabi SAW pernah sujud diatas tikar yang sudah hitam karena sudah lama dipakai.



    KESALAHAN SEMASA MENUNAIKAN SOLAT



    1. MELAFAZKAN NIAT


    Sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita, melafazkan niat sebelum memulakan solat. Malah ada yang melafazkannya dengan kuat sehingga mengganggu jema’ah di sebelahnya. Yang menjadi kesalahan ialah menganggap lafaz niat ini adalah salah satu peraturan solat yang tidak boleh ditinggalkan.


    Ini bertentangan dengan amalan Rasulullah SAW. Tidak ada nas yang menunjukkan Rasulullah SAW melafazkan niat ketika memulakan solat. Niat tidak dilafazkan. Dan tidaklah disebutkan dari Rasulullah SAW dan tidak pula ada petunjuk dari salah seorang sahabat bahwa niat itu dilafazkan.


    Maknanya, sesudah kita ambil wudhuk, kita mengadap ke arah kiblat. Boleh saja kita melafazkan niat atau berniat dalam hati bagi membantu kita untuk menumpukan perhatian untuk solat, tetapi jangan kita menganggap lafaz niat itu adalah rukun solat dan tidak sah jika tidak sah solat jika tiada lafaz niat solatnya.


    NOTE : lafaz niat yang dimaksudkan ialah lafaz dalam bahasa arab yang berbunyi : “USolli fardhu……………….”



    2. CARA ANGKAT TANGAN – TAKBIRATUL IHRAM


    Macam-macam cara orang solat mengangkat tangan – takbiratul ihram. Ada yang angkat tangan sampai melepasi kepala. Ada orang angkat takbir ala kadarnya sahaja. Tidak mencontohi tatacara Rasulullah SAW mengangkat takbir.


    Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu , ia berkata: "Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang bahu jika hendak memulai solat, setiap kali bertakbir untuk rukuk dan setiap kali bangkit dari rukuknya."

    (Hadis Muttafaqun 'alaih).



    Atau mengangkat kedua tangannya setentang telinga berdasarkan hadis riwayat Malik bin Al-Huwairits Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:

    "Rasulullah SAW biasa mengangkat kedua tangannya setentang telinga setiap kali bertakbir (di dalam solat)."

    (Hadis riwayat Imam Muslim).


    Berdasarkan kedua-dua hadis ini, kita disunatkan mengangkat kedua-dua tangan ketika melakukan takbiratul ihram dengan mendedahkan tapak tangan tersebut serta menjarangkan sedikit jari-jarinya. Kedudukan kedua-dua tapak tangan itu sejajar dengan kedua bahunya serta jari-jarinya berada sejajar dengan telinga.

    Sunat ketika mengangkat tapak tangan itu sebaya dengan melafazkan takbir.

    (Rujuk kitab: I‘anah Ath-Thalibin, bab Ash-Shalah, Fasal Fi Shifat Ash-Shalah: 1/218-219)


    Demikian juga disunatkan menundukkan kepala sedikit dan melihat ke tempat sujud sebelum mengangkat takbir.

    (Rujuk kitab Fath Al-‘Allam, Fasal Fi Arkan Ash-Shalah, Furu‘ Tata‘allaq Bi At-Takbir: 2/234)


    Disyaratkan juga kepada orang yang mengikut imam, mengakhirkan takbirnya sehingga imam sempurna melafazkan takbir. Jika takbir makmum tersebut mengiringi sebahagian takbir imam, maka dikira tidak sah sembahyang makmum itu sebagaimana menurut As-Syarqawi.

    (Rujuk kitab Fath Al-‘Allam, Fasal Fi Arkan Ash-Shalah, )

    Wajib pula bagi orang yang mengerjakan solat itu mendengar setiap huruf takbir yang dilafazkannya ketika mengangkat tabiratul ihram tersebut.

    Sebagaimana dengan rukun qauli yang lainnya seperti membaca surah Al-Fatihah, tahyat dan salam. Hukum wajib mendengar itu adalah bagi orang yang baik pendengarannya. Sementara orang yang tidak baik pendengarannya seperti tuli atau disebabkan ada halangan untuk mendengar seperti riuh rendah tempat itu, maka tidaklah diwajibkan dia mendengarnya, akan tetapi wajib dia melafazkan takbir itu dengan suara yang tinggi atau nyaring dengan kadar apa yang dapat didengarnya jika dalam keadaan dia boleh mendengar.

    (Rujuk kitab I‘anah Ath-Thalibin, bab Ash-Shalah, Fasal Fi Shifat Ash-Shalah: 1/217-218)


    3. KEDUDUKAN TANGAN DI PERUT ATAU DI DADA?


    Mendakapkan tangan di dada ( atas pusat ) adalah perbuatan yang benar menurut sunnah berdasarkan hadis:

    "Beliau meletakkan kedua tangannya di atas dadanya."

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, Ibnu Khuzaimah, Ahmad dari Wail bin Hujur).



    Rasulullah SAW meletakkan tangan kanan di atas tangan kirinya.

    Rasulullah SAW bersabda:

    "Kami, para nabi diperintahkan untuk segera berbuka dan mengakhirkan sahur serta meletakkan tangan kanan pada tangan kiri ketika mengerjakan solat."

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ibnu Hibban dan Adh Dhiya').


    Dalam sebuah riwayat lain pernah Rasulullah SAW melewati seorang yang sedang sembahyang, tetapi orang ini meletakkan tangan kirinya pada tangan kanannya, lalu beliau melepaskannya, kemudian orang itu meletakkan tangan kanannya pada tangan kirinya.

    (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Abu Dawud).


    Dari Wail bin Hujur Radhiyallahu 'anhu:

    "Lalu Rasulullah SAW bertakbir kemudian meletakkan tangan kanannya di atas telapak tangan kiri, pergelangan tangan kiri atau lengan kirinya"

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Abu Dawud, Nasa'i, Ibnu Khuzaimah).



    4. MATA TIDAK KONSENTRASI KE TEMPAT SUJUD


    Ketika sedang solat, janganlah mata kita berkeliaran ke sana sini. Ada setengah orang, matanya memandang orang lalu lalang. Perbuatan ini tidaklah sampai membatalkan solat tetapi bertentangan dengan sunnah Rasulullah SAW.


    Ketika mengerjakan solat, Rasulullah SAW menundukkan kepalanya dan hanya mengarahkan pandangannya ke tempat sujud.


    diriwayatkan oleh Ummul Mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'anha :

    "Rasulullah SAW tidak mengalihkan pandangannya dari tempat sujud (di dalam solat)."

    (Hadis Riwayat Imam Baihaqi)


    Dalam Kitab Zaadul Ma'aad (I/248) disebutkan bahwa makruh hukumnya orang yang sedang solat menolehkan kepalanya tanpa ada sebarang keperluan.


    Ibnu Abdil Bar berkata,

    “Jumhur ulama’ mengatakan bahawa menoleh yang ringan tidak menyebabkan solatnya menjadi rosak.”


    Juga dimakruhkan solat di hadapan sesuatu yang boleh merosakkan kekhusyukan solat atau di tempat yang ada gambar-gambarnya, di atas sejadah yang ada lukisan atau ukiran, di hadapan dinding yang bergambar dan sebagainya.

    Anehnya, kebanyakan sejadah yang kita gunakan semuanya bergambar! Apalagi di sebahagian besar masjid kita, di karpet utama terdapat gambar bunga atau sebagainya, yang tentunya bertentangan dengan sunnah dan boleh menghilangkan kekhusyukan solat kita. Sebaik-baiknya, hendaklah dilapik dengan kain putih di tempat sujud.


    5. MEMBACA FATIHAH DENGAN CEPAT


    Ramai di kalangan kita membaca surah Fatihah dan surah-surah lainnya dengan cepat.

    Rasulullah SAW membaca surah Al-Fatihah dengan berhenti pada setiap akhir ayat (waqaf), tidak menyambungkan satu ayat dengan ayat berikutnya (washal).

    Ummu Salamah Radhiallahu ’anha meriwayatkan ketika menjelaskan cara bacaan


    Rasulullah SAW, beliau berkata:

    “Sesungguhnya Baginda SAW memutus-mutuskan (mewaqaf) bacaannya (surah al-Fatihah) seayat demi seayat”

    (Hadis riwayat Imam Ahmad)


    Membaca dengan tenang seayat demi seayat mengikut kaedah bacaan Rasulullah SAW ini pada hakikatnya, akan lebih mendatangkan kekhusyukkan, di samping memudahkan kita untuk merenung, menghayati serta memahami maksud ayatnya satu persatu. Ini tidak syak lagi akan menimbulkan rasa kemanisan ibadah terhadap Allah Subhanahuwa Ta‘ala.



    Imam Ghazali berkata:

    Ketahuilah bahawa sesungguhnya bacaan secara tartil itu disunatkan bukanlah semata-mata untuk merenung maksud ayatnya sahaja, bahkan orang-orang yang tidak memahami makna ayat al-Qur’an pun disunatkan supaya membacanya secara tartil dan tenang,

    kerana ini lebih menunjukkan rasa sopan dan hormat terhadap al-Qur’an, dan akan mendatangkan kesan yang lebih mendalam di dalam jiwa daripada membacanya secara tergopoh-gapah dan tergesa-gesa.



    6. MAKMUM SIBUK BACA FATIHAH DI BELAKANG IMAM


    Ketika imam membaca surah lain sesudah surah Al Fatihah (ketika sembahyang berjemaah) makmum pula sibuk membaca surah fatihah. Ini dapat kita perhatikan ketika sembahyang berjemaah subuh, maghrib dan ‘isyak.

    Jelas bagi kita kalau sedang sembahyang sendirian maka wajib kita membaca Al-Fatihah, begitu juga ketika sembahyang berjema'ah, ketika imam membacanya secara sirr (tidak diperdengarkan atau perlahan) yakni pada solat Zhuhur, 'Asar, satu raka'at terakhir sembahyang Mahgrib dan dua raka'at terakhir sembahyang 'Isyak, maka para makmum wajib membaca surah Al-Fatihah tersebut secara sendiri-sendiri dengan tidak mengeraskan bacaan tersebut.



    Bagaimana kalau imam membaca secara jahar


    Tentang hal ini pernah suatu ketika Rasulullah SAW melarang makmum membaca surah di belakang imam kecuali surah Al-Fatihah:

    "Betulkah kalian tadi membaca (surah) di belakang imam kalian?"

    Kami menjawab:

    "Ya, tapi dengan cepat wahai Rasulullah".


    Bersabda Rasulullah SAW:

    "Kalian tidak boleh melakukannya lagi kecuali membaca Al-Fatihah, kerana tidak ada sembahyang bagi yang tidak membacanya." (

    Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Abu Dawud, dan Ahmad)


    Mengikut mazhab Syafie, membaca surah Al-Fatihah adalah rukun solat. Bagi Mazhab Maliki dan hambali, ketika solat berjemaah, makmum tidak perlu membacanya.

    Mazhab Imam Malik dan Ahmad bin Hanbal berpendapat tentang wajibnya makmum diam bila imam membaca dengan jahar atau mengeraskan bacaannya.


    Banyak Hadis-hadis yang diteliti merupakan dalil yang tegas dan kuat tentang wajib diamnya makmum apabila mendengar bacaan imam, baik ketika bacaan surah Al-Fatihahnya mahupun surah yang lain.


    firman Allah Ta'ala yang bermaksud "

    Dan apabila dibacakan Al-Quran hendaklah kamu dengarkan ia dan diamlah sambil memperhatikan (bacaannya), agar kamu diberi rahmat."

    (Surah Al-A'raaf ayat 204).


    Oleh yang demikian, bagi kita, hendaklah diam semasa Imam membaca surah Fatihah, dan Imam hendaklah memberi laluan kepada makmum untuk membacanya selepas imam selesai membacanya



    7. TIDAK MENGERASKAN BACAAN ‘AMIIN’


    Ramai di kalangan jemaah begitu malas untuk mengeraskan bacaan amin sesudah imam selesai membaca surah fatihah.


    Ini bertentangan sama sekali dengan sunnah Rasulullah SAW.

    "Bila Rasulullah SAW selesai membaca Al-Fatihah (dalam sembahyang), beliau mengucapkan amiin dengan suara keras dan panjang."

    (Hadis dikeluarkan oleh Imam Bukhari dan Abu Dawud)


    "Bila imam selesai membaca “ghoiril maghdhuubi 'alaihim waladhdhooolliin”, ucapkanlah amiin (kerana malaikat juga mengucapkan amiin dan imam pun mengucapkan amiin).


    Dalam riwayat lain: "

    (Apabila imam mengucapkan amiin, hendaklah kalian mengucapkan amiin) barangsiapa ucapan aminnya bersamaan dengan malaikat, (dalam riwayat lain disebutkan: "bila seseorang di antara kamu mengucapkan amin dalam solat bersamaan dengan malaikat di langit mengucapkannya), dosa-dosanya masa lalu diampuni."

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim, An-Nasa’i dan Ad-Darimi)



    8. TIDAK MELAKUKAN THUMA’NINAH DENGAN SEMPURNA


    Inilah kesilapan yang paling ramai dilakukan. Ramai di kalangan kita yang mengerjakan solat tidak memberi perhatian yang sewajarnya terhadap “thuma’ninah”. Malah ada di kalangan imam jema’ah juga tidak menyempurnakan “thuma’ninah” ini.


    Sebetulnya, " الله أكبر" bergerak ke rukun rukuk. Dah betul-betul confirm rukuk atau tenang dalam rukuk (setidak-tidaknya ambillah nafas dulu), barulah kita baca (sekurang-kurangnya 3 kali bacaan). Tenangkan diri terlebih dahulu di setiap peralihan rukun sebelum membaca tasbih atau zikir rukun berkenaan. Bacalah dengan tartil.

    Jangan baca secara kelam kabut. Tenangkan diri di setiap peralihan rukun.


    “Thuma’ninah” adalah salah satu rukun sembahyang. Apabila kita tidak mengerjakan rukun solat, maka hukumnya sembahyang kita jadi tidak sah. Solat tanpa “thuma’ninah” tidak akan diterima Allah Ta’ala.


    Dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, sabda Rasulullah SAW:


    Apabila engkau hendak solat, sempurnakanlah wudhuk, kemudian mengadap kiblat lalu bertakbir. Kemudian bacalah dari ayat Al-Qur’an mana yang kamu dapat, kemudian rukuklah hingga engkau tenang dalam rukuk lalu bangkitlah dari rukuk (Iktidal) hingga kamu tegak lurus berdiri. Kemudian sujudlah hingga engkau tenang dalam sujud dan bangkitlah dari sujud sehingga engkau tenang dalam duduk antara dua sujud. Kemudian sujud lagi sehingga engkau tenang dalam sujud. Berbuatlah dengan cara yang demikian itu pada semua solatmu.”

    (Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim).


    Perhatikan amaran ini, dari Abu Mas'ud Al-Badri Radhiyallahu 'anhu, bahwa ia berkata, Rasulullah SAW bersabda:

    "Solat seseorang itu tidak sah, sebelum ia meluruskan punggungnya baik ketika rukuk mahupun sujud".

    (Hadis riwayat Imam Abu 'Awwanah dan Abu Dawud)


    Sewaktu rukuk, pastikan punggung kita benar-benar berada dalam keadaan rukuk, ambil nafas dulu, barulah kita baca bacaan rukuknya.


    Bacalah secara tertib. Jangan baca sahaja tetapi tidak tahu apa maknanya.


    "Rasulullah SAW bila rukuk, baginda meluruskan dan membentangkan punggungnya sehingga bila air dituangkan di atas punggung baginda, air tersebut tidak akan bergerak."

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Thabrani, Abdullah bin Ahmad dan ibnu Majah)


    Antara kepala dan punggung hendaklah lurus,


    kepala tidak mendongak dan tidak pula menunduk ke bawah tetapi tengah-tengah antara kedua keadaan tersebut.

    "Rasulullah SAW tidak mendongakkan kepalanya dan tidak pula menundukkannya."

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Abu Dawud)



    Perhatikan hadis ini.

    "Rasulullah SAW menjadikan rukuk, berdiri setelah rukuk (i’tidal) dan sujudnya, juga duduk antara dua sujud hampir sama lamanya."

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).



    Begitu juga ketika iktidal. Bangkitlah dari rukuk dengan tenang.

    Bacalah dengan tertib. Jangan cepat nak sujud. Tenangkanlah diri terlebih dahulu sebelum bergerak ke rukun sujud.

    Pastikan disertai dengan mengangkat kedua tangan sebagaimana waktu takbiratul ihram.


    Dari Abdullah bin Umar Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:

    "Aku melihat Rasulullah SAW apabila berdiri dalam solat mengangkat kedua tangannya sampai setentang kedua bahunya, hal itu dilakukan ketika bertakbir mahu rukuk dan ketika mengangkat kepalanya apabila bangun (bangkit) dari rukuk sambil mengucapkan

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Muslim dan Malik).


    Pastikan iktidal kita benar-benar tegak berdiri sebelum menuju ke rukun sujud. Ini berdasarkan kepada sebuah hadis yang bermaksud:"Kemudian angkatlah kepalamu sampai engkau berdiri dengan tegak (sehingga tiap-tiap ruas tulang belakangmu kembali pada tempatnya)."

    Ketika sujud, kita hendaklah benar-benar berada dalam posisi sujud. Tenang dulu, tarik nafas dahulu sebelum membaca


    Bacalah dengan tertib dan tenang. Pastikan dahulu, dahi dan hidung benar-benar menempel di sejadah/tempat sujud. Ramai di kalangan kita, asal dahi cecah tempat sujud, langsung sahaja membacanya.


    Malah ada juga yang " الله أكبر" bersambungan dengan bacaan sujud (senafas sahaja). Langsung tidak ada “thuma’ninah”nya. Begitu juga ketika beralih rukun kepada duduk antara dua sujud. Hendaklah kita tenang dalam setiap pergerakan rukun. Solat secara kelam kabut, boleh membatalkan solat kita.



    9. HIDUNG DAN DAHI TIDAK MENYENTUH TEMPAT SUJUD


    Adalah satu kesalahan jika sujud, hidung dan dahi tidak tersentuh tempat sujud.

    Rasulullah SAW bersabda:

    "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh anggota; kening (dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke hidungnya), dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki."

    (Hadis Muttafaqun Alaih).


    Pastikan dahi dan hidung benar-benar menempel di tempat sujud. Jangan dahi sahaja.

    Sabda Rasulullah SAW:

    “Tidak sah solatnya orang yang tidak menyentuhkan hidungnya ke tanah (tempat sujud), sebagaimana ia menyentuhkan dahinya”.

    (Hadis riwayat Imam Daraquthni dan Hakim)



    10. KEDUDUKAN SIKU DAN KAKI KETIKA SUJUD


    Ada juga orang yang solat, merapatkan siku ke lantai. Sepatutnya waktu sujud, tapak tangan hendaklah menekan ke lantai bersetentangan dengan bahu atau boleh juga bersetentangan dengan kedua anak telinga dan sikunya hendaklah diangkat.



    Dari Anas bin Malik, dari Rasulullah SAW bersabda

    :"…………… dan jangan kamu menghamparkan kedua lenganmu (tangan) seperti anjing menghamparkan kakinya (sebagaimana anjing menghamparkan kaki depannya). "

    (Hadis diriwayatkan oleh jama'ah kecuali An-Nasa’i)



    "Rasulullah SAW mengangkat kedua lengannya dari lantai (tempat sujud) dan merenggangkannya dari badan sehingga warna putih ketiak baginda jelas kelihatan dari belakang"

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim).



    Keadaan kaki juga hendaklah diperhatikan. Ramai meremehkan kedudukan kaki ketika sujud. Adakalanya ditegakkan dan yang ada ala kadar sahaja.


    Berkata Aisyah Radhiyallahu 'anha:

    "Aku kehilangan Rasulullah SAW padahal beliau tadi tidur bersamaku, kemudian aku dapati beliau tengah sujud dengan merapatkan kedua tumit (kaki)nya (dan) menghadapkan hujung-hujung jari kakinya ke kiblat.”

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Hakim dan Ibnu Huzaimah)



    11. TIDAK AMBIL KESEMPATAN BERDO’A KETIKA SUJUD


    Alangkah ruginya orang yang memendekkan atau mempercepatkan sujudnya. Ini kerana ketika sujud, kita digalakkan berdo’a. Kesempatan berdo’a ketika sujud, adalah ruang berdo’a yang paling afdhal dan segera dimakbulkan Allah Subhanahuwa Ta’ala.


    Ini berdasarkan hadis berikut:

    “Adapun ketika rukuk maka agungkanlah Rabb-mu, sedangkan ketika sujud bersungguh-sungguhlah dalam berdo’a, nescaya segera dikabulkan untuk kalian”

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim).


    Diriwayatkan pula oleh Muslim dari Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu, bahwa Rasulullah SAW bersabda.

    “Jarak yang paling dekat antara seorang hamba dengan Tuhannya adalah ketika sujud, maka perbanyaklah do’a (ketika itu)”.

    Maka dengan itu hendaklah kita memperlamakan sujud sambil berdoa kepada Allah Ta’ala.



    12. TIDAK MENEGAKKAN KAKI KANAN KETIKA DUDUK ANTARA DUA SUJUD DAN TAHYAT


    Ada juga kita lihat orang duduk di atas dua tapak kakinya secara menegakkan kedua kakinya. Ada pula yang duduk di atas kedua tapak kaki. Bukan duduk di atas tapak kaki kiri dan tapak kaki kanan ditegakkan.


    Duduk ini dilakukan antara sujud yang pertama dan sujud yang kedua, pada raka'at pertama sampai raka’at terakhir.


    Cara duduk antara dua sujud yang disebut juga cara duduk iftirasy ialah dengan duduk dengan meletakkan punggung pada kaki kiri dan kaki kanan ditegakkan


    Hal ini berdasar hadis: Dari 'Aisyah Radhiyallahu 'anha berkata:

    "Dan Nabi SAW ketika duduk antara dua sujud, beliau duduk di atas kaki beliau yang kiri dan menegakkan kaki yang kanan, beliau melarang dari duduknya syaitan."

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Ahmad)



    Dari Rifa'ah bin Rafi' Radhiyallahu 'anhu, bersabda Rasulullah SAW:

    "Apabila engkau sujud maka tekankanlah (dahi dan hidung) dalam sujudmu lalu kalau bangun (duduk antara 2 sujud) duduklah di atas pahamu (kaki) yang kiri."

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Abu Dawud)


    Waktu duduk antara dua sujud ini, telapak kaki kanan ditegakkan dan jarinya diarahkan ke kiblat: Rasulullah SAW menegakkan kaki kanannya (Hadis riwayat Imam Bukhari)

    Menghadapkan jari-jemari kakinya ke kiblat (Hadis riwayat Imam An-Nasa’i)

    Dan bacalah dengan tenang.



    13. CARA BANGUN MENUJU KE RAKA’AT KEDUA DAN KEEMPAT


    Bangun menuju ke rakaat kedua dan keempat dengan Mengabaikan duduk isterehat

    Sebaik-baiknya hendaklah kita mencontohi adab Rasulullah SAW ketika bangun sesudah sujud kedua di raka’at pertama (juga diraka’at ketiga solat zohor, asar dan isyak).


    Dari Malik bin Huwairits Radhiyallahu 'anhu bahwasanya dia melihat Rasulullah SAW solat, “maka bila pada raka'at yang ganjil tidaklah beliau terus bangkit, beliau duduk terlebih dulu dengan lurus (sebelum bangkit ke raka’at seterusnya)."

    (Hadis riwayat Imam Bukhari, Abu Dawud dan Termidzi).



    14. CARA DUDUK TAHYAT AWAL DAN TAHYAT AKHIR


    Ramai di kalangan kita tidak membezakan cara duduk tahyat pertama dengan tahyat terakhir. Mereka duduk tahyat akhir sama sahaja dengan cara duduk tahyat pertama atau tahyat awalnya.


    Duduk tahiyat awal terdapat hanya pada sembahyang yang jumlah raka'atnya lebih dari dua raka’at pada sembahyang wajib dan dilakukan pada raka'at yang kedua. Sedang duduk tahiyat akhir dilakukan pada raka'at yang terakhir. Masing-masing dilakukan setelah sujud yang kedua.


    Cara Duduk Tahyat Awal Dan Tahyat Akhir


    Waktu tahyat awal duduknya iftirasy (duduk di atas telapak kaki kiri) sedangkan pada tahyat akhir duduknya tawaruk (duduk dengan kaki kiri dihamparkan ke samping kanan dan duduk di atas lantai, pada masing-masing posisi kaki kanan ditegakkan.




    Dari Abi Humaid As-Sa'idiy tentang sifat sembahyang Rasulullah SAW, dia berkata, "Maka apabila Rasulullah SAW duduk dalam dua raka'at (tahyat awal) beliau duduk di atas kaki kirinya dan bila duduk dalam raka'at yang akhir (tahyat akhir) beliau majukan kaki kirinya dan duduk di tempat kedudukannya (lantai)."

    (Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud)



    15. MELINTAS DI HADAPAN ORANG YANG SEDANG SOLAT


    Ramai di kalangan kita berasa tidak bersalah apabila melintas di hadapan orang yang sedang solat. Ini termasuk kesalahan yang dianggap remeh oleh kebanyakan orang.


    Padahal Rasulullah SAW menegaskan:

    “Kalaulah orang yang lalu di hadapan orang yang sedang solat tahu apa dosanya, pasti dia akan memilih (untuk tetap diam) selama 40…….daripada harus melintas di hadapannya. Abu Nadhar berkata: Aku tidak tahu apakah Rasulullah SAW mengatakan 40 hari, 40 bulan atau 40 tahun.”

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim)


    Atau setidak-tidaknya buatlah sutrah atau pembatas sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

    “Jika salah seorang di antara kamu menancapkan di hadapannya sesuatu yang menyamai hujung pelana unta, maka solatlah dan jangan hiraukan orang yang lalu lalang di balik pembatas tersebut.”

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Tirmidzi)



    16. SAF TIDAK LURUS DAN TIDAK RAPAT


    Meluruskan dan merapatkan saf amat dititik-beratkan oleh Rasulullah SAW. Imam jemaah bukan sekadar memberitahu makmum supaya meluruskan dan merapatkan semata-mata, malah Rasulullah SAW melihat sendiri merapat dan meluruskan saf jemaah.


    Adalah menjadi tanggungjawab Imam memerhatikan betul-betul samada saf sudah benar-benar lurus dan rapat.


    Sebahagian sahabat berkata,

    “Adalah Nabi SAW apabila telah berdiri di tempatnya untuk solat, tidaklah terus beliau bertakbir, sebelum beliau melihat ke kanan dan ke kiri menyuruh makmum merapatkan bahu mereka seraya bersabda: janganlah kamu maju mundur (tidak lurus), yang menyebabkan maju mundurnya jiwa-jiwa kamu”

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Ahmad)


    Tahap merapatkan saf ialah dengan merapatkan antara bahu ke bahu makmum yang bersebelahan dengan kita dan juga merapatkan anak kaki para makmum. Hal ini, ramai di kalangan makmum tidak memberi perhatian yang sewajarnya.



    17. TIDAK MENGGERAKKAN BIBIR / MULUT


    Ada orang yang tidak menggerakkan bibir atau mulut ketika solat. Baik solat fardhu ataupun solat sunat. Mereka baca dalam hati. Perbuatan ini membatalkan solatnya. Para imam dari keempat-empat mazhab berpendapat bahawa menggerakkan bibir atau mulut dengan bacaan itu hukumnya wajib.


    Dari Abdullah bin Sakhbarah Radhiyallahu 'anhu,


    “Aku bertanya kepada Khabbab bin Arat, apakah Rasulullah SAW membaca (Al Qur’an dan surah lain) pada solat zhuhur dan asar?

    Dia menjawab: “Ya”. Aku bertanya lagi, “Bagaimana kamu tahu?” Dia menjawab: “Dari gerakan janggutnya.”

    (Hadis diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Baihaqi)


    Seandainya membaca ayat berulang kali namun hanya di dalam hati sudah dianggap cukup di dalam solat - dan itu tidak akan pernah terjadi - Rasulullah SAW tidak akan menjawab pertanyaan orang yang minta diajari solat dengan

    “Kemudian bacalah olehmu ayat Al-Qur`an yang kamu anggap mudah”

    (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud),


    kerana yang dimaksudkan dengan membaca itu bukan hanya terlintas di dalam hati, akan tetapi yang dimaksudkan dengan membaca - baik dalam pengertian bahasa maupun syariat - adalah menggerakkan lidah seperti yang telah maklum adanya.


    Seberapa keras bacaan di dalam solat diucapkan?


    Batas minima suara yang perlahan adalah boleh didengar oleh dirinya sendiri jika pendengarannya normal.. Apa yang dia baca tidak dianggap cukup selama masih belum terdengar oleh dirinya sendiri, dengan syarat pendengarannya normal dan tidak diganggu


    Para ulama’ mazhab Syafi`i berpendapat bahwa orang yang bisu bukan sejak lahir - mengalami kecelakaan di masa perkembangannya - wajib menggerakkan mulutnya ketika membaca lafaz takbir, ayat-ayat Al-Qur`an, bacaan-bacaan lainnya, tahyat dan sebagainya, kerana dengan melaksanakan demikian, dia dianggap melafazkan dan menggerakkan mulut, sebab perbuatan yang tidak mampu dikerjakan akan dimaafkan. Akan tetapi selagi masih mampu dikerjakan maka hendaklah dilakukan

    (Fatwa al Ramli I/140 dan Hasyiyah Qulyubiy I/143)



    18. SOLAT BERJEMAAH DUA ORANG: IMAM DI DEPAN


    Bila solat berjemaah dua orang iaitu imam dengan makmum, posisi makmum pada kebiasaannya kita lihat makmum berdiri di sebelah kanan imam dan posisinya agak ke belakang sedikit dari imam. Keadaan ini ternyata salah dan bertentangan dengan apa yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW.


    Apabila imam solat berjemaah hanya dengan seorang makmum, maka dia (makmum) disunnahkan berdiri di sebelah kanan imam (sejajar atau sebaris dengannya), sebagaimana yang dinyatakan oleh Ibnu Abbas radhiyallahu anhu bahawa beliau pernah solat berjemaah bersama Rasulullah SAW pada suatu malam dan berdiri di sebelah kirinya. Maka Rasulullah SAW memegang kepala Ibnu Abbas dari belakang lalu memindahkannya ke sebelah kanannya. (Hadis riwayat Imam Muslim, No. 763 dan Imam Bukhari, no. 183)


    Di dalam kitab Subulus Salam (oleh al-Imam ash-Shan’ani),

    Diriwayatkan bahawa Ibnu Juraij pernah bertanya kepada Atha' (seorang tabi'in),


    “Seseorang yang menjadi makmum bagi seseorang yang lain, di manakah ia (makmum) harus berdiri?”

    Jawab Atha’, “Di tepinya”.


    Ibnu Juraij bertanya lagi,

    "Apakah si Makmum itu harus dekat dengan Imam sehingga ia satu saf dengannya, iaitu tidak ada jarak antara keduanya (makmum dan imam)?"


    Jawab Atha’: “Ya!”


    Ibnu Juraij bertanya lagi,

    “Apakah si makmum tidak berdiri jauh sehingga tidak ada jarak antara mereka (makmum dan imam)?

    jawab Atha’: “Ya”.



    19. TIDAK FAHAM MAKNA BACAAN


    Ramai di kalangan kita yang solat tetapi tidak memahami makna bacaannya, baik dari mula angkat takbir sehinggalah ke akhir solatnya iaitu salam.

    Apabila kita memahami makna setiap bacaan dalam solat, lama-kelamaan kita akan dapat merasai betapa manisnya ibadah solat. Marilah kita mengadakan sedikit ‘kerja rumah’ dengan mempelajari makna-makna bacaan solat yang kita kerjakan setiap hari.

    Sabda Rasulullah SAW:

    “Tiada diperoleh seorang hamba dari solatnya kecuali apa ada dalam fikirannya pada saat melaksanakan solat.”

    (Hadis riwayat Imam Abu Dawud dan Nasa’i).



    20. TIDAK KHUSYUK KETIKA SOLAT


    Sabda Rasulullah SAW:

    “Yang pertama-tama diangkat dari umat ini ialah khusyuk sehingga tidak terlihat seorangpun yang khusyuk”.

    (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Thabrani)



    Dalam hal ini Rasulullah SAW bersabda; "

    Adakalanya orang-orang solat, namun tidak diterima darinya setengahnya atau sepertiganya atau seperlimanya atau seperenamnya atau sepersepuluhnya. Sesungguhnya solat yang diperhitungkan bagi seseorang hanyalah sekadar yang dikerjakannya dengan sedar."

    (Hadis riwayat Imam Ahmad)

    Sebaiknya kita kerjakan solat pada saat betul-betul sudah siap mental dan jiwa untuk meninggalkan segala urusan duniawi. Jika sudah disajikan makan, maka makanlah terlebih dahulu. Lebih baik makan sambil ingat solat, daripada solat sambil mengingat makan!

    Ketika solat hendaklah disedari bahwa sesungguhnya kita sedang berhadapan dengan Allah, berbicara denganNya. Surah atau ayat-ayat yang kita baca, demikian juga do’a yang kita panjatkan adalah perkataan kita kepada-Nya.


    Rasulullah SAW juga bersabda:


    “Ramai orang yang melaksanakan solat, tetapi yang diperolehnya tiada lain hanyalah letih dan payah, kerana melaksanakan solat itu sendiri.”

    (Hadis riwayat Imam An-Nasa’i).



    21. BERWIRID ALA KADAR SESUDAH SOLAT


    Ramai di kalangan kita tidak suka berwirid setelah selesai mengerjakan solat fardhu atau kalaupun berwirid, mereka mengerjakannya secara ala kadarnya sahaja.


    Perhatikan firman Allah:

    “Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat(mu), ingatlah Allah di waktu berdiri, di waktu duduk dan di waktu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa aman, maka dirikanlah solat itu (sebagaimana biasa). Sesungguhnya solat itu adalah fardhu yang ditentukan waktunya atas orang-orang yang beriman.”

    (Surah An Nisa ayat 103)


    Di dalam hadis Muslim yang diriwayatkan daripada Thauban, Rasulullah SAW apabila selesai daripada solatnya selalu beristighfar.


    Sabda Rasulullah SAW: “

    Mana-mana hamba Allah yang mengerjakan solat fardhu, lantas dia beristighfar sepuluh kali, tiadalah bangun dia daripada tempat duduknya sehingga Allah mengampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan dan sebesar bukit Tahamah sekalipun.”


    “Barangsiapa setiap selesai solat membaca Tasbih سُبْحَانَ اللهُ 33 kali, membaca tahmid الحمدُ لِاللهُِ 33 kali, takbir اللهُ أَكبرُ 33 kali hingga jumlahnya 99, lalu mencukupkan dengan Laila haillallahu wahu da hu laa syariikallah. Lahul mulku walahul hamdu yuh yii wayumitu wahua ala kulli syaiin qadir “ Maka diampunilah dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan sekalipun (Hadis riwayat Imam Ahmad)



    PETUA KHUSYUK


    Syarat khusyu’ yang paling utama ialah kemantapan iman dalam diri terhadap Allah SWT.

    Oleh sebab itu, berusahalah untuk mengenali Allah dan memperteguhkan keimanan kepadaNya.


    Sebenarnya, khusyuk di dalam sembahyang bermula dari khusyuk di luar sembahyang. Kalau di luar sembahyang hati tidak khusyuk dengan Allah, memang payah untuk khusyuk di dalam sembahyang.


    Imam Al-Ghazali menyatakan bahawa orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar.


    Apabila lalai ketika menunaikan solat bererti orang tersebut tidak akan berasa gerun ketika melakukan perkara keji dan mungkar. Menurutnya lagi bahawa solat itu merupakan "munajat" (berdialog dan berbisik)seorang hamba terhadap Tuhannya.


    Sayidina Ali k.w. boleh khusyuk dalam sembahyangnya hingga waktu orang mencabut panah di betisnya, dia tidak terasa apa-apa.


    Sayidina Umar Al Khattab pernah berkata,

    "Khusyuk itu bukan tundukkan kepala, tapi khusyuk itu dalam hati."

    Sebenarnya khusyuk dalam Solat adalah sangat-sangat dituntut seperti


    Firman Allah s.w.t yang bermaksud


    “Telah berjayalah orang-orang yang beriman, iaitu orang-orang yang khusyuk dalam sembahyangnya

    ”[Surah Al-Mukminun : ayat 1-2].


    Firman Allah lagi yang bermaksud :

    "Maka kecelakaanlah bagi orang-orang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya."

    [Surah Al-Ma'un : ayat 4-5]


    Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

    "Berapa banyak orang yang mendirikan solat, tetapi yang di perolehi hanya penat dan letih, kerana mereka itu lalai dalam sembahyangnya." Nabi s.a.w bersabda lagi yang bermaksud "Tidak ada habuan bagi seseorang hamba dalam sembahyangnya kecuali sekadar mana yang ia ingat." Hadis lain dari Rasulullah s.a.w. "Aku selalu mengingati mati dalam sembahyang". serta "Apabila kamu sembahyang anggaplah sembahyang ini sembahyang perpisahan".


    Yang dikatakan khusyuk itu ialah hati sentiasa hidup, untuk mengekalkan sembahyang yang khusyuk,



    Amalan untuk memiliki hati yang khusyuk



    1. Menjaga makanan, minuman, pakaian, tempat tinggal dan lain-lain supaya datang dari punca yang halal tanpa syubhah.


    2. Agar pemikiran tidak liar, sebelum solat lintaskan kematian seakan-akan amat hampir dengan kita serta solat tersebut merupakan sholat terakhir dan perlulah dijadikan yang terbaik.


    3. Mendirikan sembahyang di awal waktu atau pertengahan waktu supaya tidak gopoh apakala masa hampir luput.


    4. Membaca dengan baik (Khusnul Qori'ah), berusaha untuk memahami, mengerti bacaan dalam solat termasuk ayat Al-Quran yang dibacakan itu terutama sekali Al Fatihah, gerakan dan maknanya (Tafakhum). Ini kerana bacaan-bacaan dalam solat mengandungi banyak makna yang halus yang patut dimengertikan oleh orang yang melaksanakannya.


    5. Rukun-rukun solat dilakukan secara tertib. Berusaha konsentrasi(Khudunul Kolbih), menyedari bahawa Allah memperhatikan sembahyang kita.



    6. Rasa Malu (Haya') perasaan malu terhadap Allah s.w.t., rasa takut (Khauf) kepada kekuasaan Allah.


    7. Berharap serta yakin (Optimis) Allah menerima solat dan amal kita.


    8. Hati diajak hadir/ikut, kehadiran hati dalam solat iaitu mengosongkan hati dari segala urusan yang boleh mengganggu dan yang tidak berkaitan dengan solat. Membesarkan Allah dalam solat, merasakan kehebatan Allah dalam solat.


    9. Menggunakan sejadah yang tidak terlalu banyak gambar yang akan menghayalkan pemikiran.


    10. Mengurangkan pergerakan anggota-anggota seperti tangan, kaki dan juga Mata ditumpukan kepada tempat sujud dan ketika tasahut melihat anak jari.


    11. Azan dan iqamat terlebih dahulu walaupun mendirikan sembahyang bersendirian ataupun sekurang-kurangnya iqamat sahaja.


    12. Ditegah bersembahyang dengan pakaian yang ada gambar, berwarna warni, bertulis, lukisan dan lain-lain kerana ia juga membuat orang lain hilang kekhusyukan ketika berjemaah.


    Kesimpulannya orang-orang yang takut kepada penciptanya dan menyedari ia hanyalah hamba akan patuh apa saja yang diperintahkan dan disampaikan oleh rasul serta akan khusyuk mendapat nikmat solat



    firman Allah yang bermaksud:


    "Jadikanlah Sabar dan Solat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk. (Yakni) orang-orang yang meyakini, bahawa mereka akan menemui Tuhannya dan bahawa mereka akan kembali kepadanya ( Al-Baqarah, ayat 45-46 )

    TAZKIRAH


    TIGA DOA DIAMINKAN RASULULLAH SAW


    Dalam satu riwayat menerangkan bahawa, suatu hari Malaikat Jibril datang menghadap Rasulullah saw dan meminta agar Rasulullah mengaminkan do'a yang akan dibacakannya serta setelah Rasullullah saw menjawab ya, lalu Malaikat Jibril langsung berdo'a :


    1. Ya Allah Jangan Engkau terima Solat, Puasa, dan Zakatnya Anak yang durhaka kepada kedua ibubapanya.


    2. Ya Allah jangan terima Solat, Puasa dan Zakatnya Suami Isteri yang tidak saling memaafkan,


    3. Ya Allah jangan engkau terima Solat, Puasa dan Zakatnya kepada satu kumpulan masyarakat yang saling bermusuhan,lalu Rasulullah mengaminkannya


    Puncak dari diterimanya amalan seseorang itu adalah hati mereka menjadi aman dan tenteram dengan mengingat Allah SWT. Firman Allah SWT maksudnya: "Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram". (Ar ra'd ayat 28)

    Tema Awang-gemawang. Imej tema oleh nicodemos. Dikuasakan oleh Blogger.