4.12.08

hidup cuma 3 hari

Hidup kita cuma 3 hari


1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2.
Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3.
Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama. Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:


1.
Nafas Naik
2.
Nafas Turun

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya. Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.



HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka
2.
Kekal di dalam syurga

I
ngatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dan kita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada RUKUN IMAN .

Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu
darinya maka hilanglah ia.


Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT .Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan RUKUN ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT

Kedudukan Roh

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyin
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut ke hendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung diudara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."





MENJAGA MARUAH ORANG LAIN

Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seseorang muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya.

Allah swt telah dalam surah Al-Hujurat, 48:12 yang bermaksud :

" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu berasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang "


Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud:

"Setiap muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama muslim."


JANGAN MENCERITAKAN KEAIBAN ORANG LAIN

Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Maiz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam, "Jika engkau tutup dengan bajumu tentu lebih baik untukmu."

Rasulullah s.a.w. juga bersabda, "Seluruh umatku akan memperoleh pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain."

Dan baginda bersabda, "Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang muslim, nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat."

Allah s.a.w. berfirman dalam surah An-Nur, 24:19 yang bermaksud :

" Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman bagi mereka azab yang pedih di dunia dan akhirat" (An-Nur, 24:19)



Dalam satu hadith, Nabi saw bersabda
" Banyak tertawa dan tergelak-gelak itu mematikan hati "

Banyak tertawa menjadikan hati semakin malap dan tidak berseri
Lampu hati tidak bersinar dan akhirnya terus tidak menyala lagi
Banyak ketawa menghilangkan akal dan ilmu
Banyak ketawa akan hilang satu pintu daripada pintu ilmu
Banyak ketawa hati akan lalai dan lupa pada suasana akhirat dan alam barzakh
yang bakal kita tempuhi kelak.

Ketawa di masjid akan menggelapkan suasana kubur
Kubur adalah satu pintu ke syurga atau neraka.
Betapa dalam kegelapan di sana, kita digelapkan lagi dengan sikap kita yang suka terbahak-bahak di dunia. !

Ketawa yang melampaui batas menjadikan kita kurang berilmu.
Banyak tertawa di dunia nescaya banyak menangis di akhirat."

Ketawa segala nabi ialah tersenyum, tetapi ketawa syaitan itu tergelak-gelak

Kita tidak pula dilarang menunjukkan perasaan suka terhadap sesuatu. Cuma yang dilarang ialah berterusan gembira dengan ketawa yang berlebihan.
Sebaik-baik cara bergembira ialah seperti yang dicontohkan oleh Nabi saw.
Baginda tidak terbahak-bahak tetapi hanya tersenyum menampakkan gigi tanpa bersuara kuat.


Tiada ulasan: