25.5.09

NON MUSLIM BERTANYA TENTANG ISLAM

Sewaktu Nabi Muhammad saw wafat,
telah disempurnakan agamamu (Islam).
Semua persoalan akan ada jawapannya, hanya ilmu di dada penentu jawapan apa yang perlu diberi.


Soalan2 yg nyatakan di BAWAH, TELAH di tanya oleh orang bukan Islam secara spontan pada orang Islam... mereka bertanya bukan kerana hendak tahu, tapi kerana hendak membuatkan orang Islam yg ilmu hanya ala kadar berasa was2 dengan Islam dan akhirnya orang Islam akan berasa was2 dengan agama yang dianutinya. Jadi jawapan yg disampaikanpun tak perlu panjang2 cukup sekadar ringkas dan padat.

1) Nama Nabi Isa as disebut 25 kali dalam Al-Quran, tetapi berapa kali nama Nabi Muhammad saw disebut dalam Al-Quran?
Nama Nabi Muhammad saw hanya disebut 5 kali sahaja di dalam Al-Quran. Manakala nama Nabi Isa as disebut 25 kali. Mengapa? Kerana Al-Quran diwahyukan pada Nabi Muhammad saw, sebab itu nama Nabi Muhammad saw jarang disebut. Al-Quran diturunkan bukan semata-mata untuk memapaparkan kisah Nabi Muhammad saw tapi adalah sebagai panduan perjalanan hidup umat Islam.

2) Nama Nabi Isa disebut lagi banyak dari nama Nabi Muhammad saw dalam Al-Quran, tentu sahaja Nabi Isa lebih hebatkan?
Soalan sebaliknya, dalam Bible, nama syaitan lebih banyak dari nama Nabi Isa, jadi siapa lagi hebat? Syaitan @ Nabi Isa? Sebenarnya Allah tidak bezakan tentang kehebatan nabi dan rasulNya. Walaubagaimanapun, Allah Maha mengetahuinya.

3) Dalam Islam percaya yang Nabi Isa as diangkat ke langit, sedangkan Nabi Muhammad saw wafat. Jadi, bila Nabi Isa as dibawa ke langit, tentu sahaja nabi Isa itu Tuhan kan?
Dalam banyak2 kaum, hanya kaum Nasrani sahaja yang telah salah anggap tentang nabi yang diutuskan kepadanya sebagai Tuhan (Nabi Isa).. Sedangkan, dalam Bible juga yang ade menyatakan bahawa Jesus (Nabi Isa) berkata "siapa yang taat pada Allah akan masuk Syurga, siapa yang menganggap Jesus sebagai tuhan akan masuk neraka.

4) Dalam Islam, Nabi Muhammad saw adalah Nabi terakhir. Tapi, di akhir zaman nanti Nabi Isa as akan turun. Kenapa tidak dikatakan Nabi Isa as yang terakhir?
Nabi Muhammad saw adalah nabi terakhir berdasarkan tahun kelahirannya. Perumpamaan : Jika anak bongsu meninggal dunia, sedangkan anak sulong masih hidup, hakikat yang tidak akan berubah ialah anak sulong tetap sulong.

5) Nabi Isa as disembah sebagai anak Tuhan kerana dianggap mulia sebab lahir tanpa bapa.
Kita jawab seperti ini, antara ibu dan anak, mana yang lagi mulia? Tentu ibu kan? Jadi, kenapa orang Kristian tidak sembah Mariam je? Kan Mariam ibu, tentu lagi mulia. Nabi Adam juga lahir tanpa bapa, malah tanpa ibu juga merupakan manusia pertama, kenapa tidak disembah Adam sahaja? Jawapan lengkap ada dalam Surah Imran, ayat 59.

6) Jika baca tafsir, Allah berfirman sekejap guna 'Aku', sekejap guna 'Kami' Kenapa? 'Kami' kan lambang 'Tuhan + Mariam + Anak Tuhan (Isa)' ?
Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab, 'aku' kata jamaknya 'kami' yang menggambarkan tentang 'Allah dan keagunganNya' . Tengok sahaja Queen Elizebeth ketika bertitah, beliau guna 'We' bukan 'I'.

7) Orang Sikh Punjabi bertanya, kenapa Islam perlu potong rambut? Bukankah rambut itu anugerah tuhan yang perlu disimpan?
Kita jawab dengan soalan ini, kuku juga anugerah tuhan, kenapa orang Sikh Punjabi potong kuku?

Sami Budha vegetarian bertanya, kenapa Islam suruh bunuh binatang untuk dimakan? Kan zalim kerana bunuh hidupan bernyawa?
Sains telah buktikan, sayur dan pokok turut ade nyawa.. Malah, apabila kita basuh tangan pun, ade banyak nyawa kuman yang kita bunuh. Itu tidak kejam? Bila kita bunuh (sembelih sebenarnya) 1 ekor lembu, sebenarnya kita telah selamatkan bayak nyawa manusia.

9) Sami Budha menjawab " Bunuh sayur dosa kecil sebab sayur kurang deria, bunuh binatang dosa besar"
Kita jawab seperti ini, habis tu, kita Cuma berdosa kecil je la jika bunuh orang yang pekak, buta, bisu hanya kerana dia tidak ade deria?

10) Sami Budha menjawab lagi "Jika kita bunuh sayur, sayur akan tumbuh balik"
Kita jawab lagi "habis tu, awak makan lah ekor cicak kerana ekor cicak akan tumbuh semula selepas putus"

11) Sami Budha berkata lagi "makan binatang akan dapat banyak penyakit"
Kita jawab "Penyakit datang kerana kita makan banyak. Bukan kerana makan binatang. Allah suruh makan secara sederhana. Lagipun, Allah dah beri gigi taring dan gigi kacip untuk manusia makan binatang dan sayuran.. Alah, tembakau dan dadah pun dari tumbuhan juga kan? Lagi besar penyakitnya kan? Lembu yang ragut rumput hari2 pun boleh jadi lembu gila. Sebenarnya, tak kesah pun kalau kita tak nak makan daging, tapi jangan lah cakap haram apa yang telah Allah halalkan untuk kita.

12) Kan babi itu ciptaan Allah, kenapa Islam tak makan babi?
Sebab bukan semua ciptaan Allah adalah untuk dimakan.

13) Islam cakap Hindu sembah berhala tetapi Islam hari2 sembah Kaabah.
Islam bukan sembah Kaabah, tapi Kaabah itu adalah Kiblat untuk satukan umat. Dalam Islam dah sebut, siapa sembah Kaabah akan masuk neraka kerana Islam Sembah Allah, kaabah Cuma kiblat. Perlu tahu bezakan. Bukti, orang yg sembah berhala tidak akan pijak berhala, tapi orang Islam pijak Kaabah untuk melaungkan azan. Orang Hindi tak akan pijak gambar berhala tapi orang Islam hari2 pijak gambar Kaabah (sejadah). Jika ada gambar Kaabah diletak di KLCC, orang Islam tetap solat menghadap Kaabah di Mekah kerana itu kiblat kita untuk sembah Allah... Bukan sembah Kaabah!



22.5.09

sujud tilawah dan sujud syukur

SUJUD TILAWAH


SUJUD TILAWAH DI LUAR SEMBAHYANG

Sepertimana yang telah dijelaskan bahawa sujud tilawah itu sunat juga dilakukan di luar sembahyang iaitu setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajdah atau mendengarnya, jika hendak melakukan sujud tilawah hendaklah berniat sujud tilawah kemudian bertakbir iftitah seperti takbiratul ihram dalam sembahyang.

Niat sujud tilawah ini adalah wajib bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam :

Maksudnya: “Sesungguhnya amal perbuatan itu hanyalah dengan niat”

Begitu juga dengan takbir iftitah hukumnya adalah wajib kerana ia adalah merupakan syarat sujud tilawah itu menurut pendapat al-ashah.

Di samping berniat di dalam hati ia juga disunatkan melafazkan niatnya itu, seperti:

Ertinya:“Sahaja aku melakukan sujud tilawah kerana Allah Ta‘ala”

Kemudian itu bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangannya. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepalanya dengan bertakbir.

Adalah disunatkan menurut pendapat al- shahih memanjangkan bacaan takbir yang kedua ketika hendak sujud sehingga ia meletakkan dahinya ke tempat sujud, dan juga bagi takbir yang ke tiga ketika bangkit dari sujud sehingga duduk semula.

Setelah ia bangun dari sujud maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan dia duduk tanpa bertasyahhud. Salam menurut pendapat al-azhar adalah wajib kerana ia merupakan syarat sebagaimana di dalam kitab Syarah Al-Minhaj.

Kesimpulannya perkara yang dituntut yang juga merupakan rukun sujud tilawah bagi yang melakukannya bukan di dalam sembahyang ialah niat sujud, takbir seperti yang dilakukan ketika hendak mengangkat takbir untuk menunaikan sembahyang, sujud dan juga salam.

Perlu diingat bahawa untuk melakukan sujud tilawah di luar sembahyang ini tidak disunatkan bangun dari duduk untuk berdiri (qiam) kemudian melaksanakan sujud, bahkan memadailah hanya dalam keadaan duduk. Sementara itu jika dia dalam keadaan berdiri maka dilakukan takbiratul ihram dalam keadaan berdirinya itu kemudian membaca takbir dan sujud.(At-Tibyan Fi Adab Hamalatil Quran 118)


BACAAN ATAU ZIKIR KETIKA SUJUD TILAWAH

Adalah sunat hukumnya membaca zikir ketika di dalam sujud tilawah. Di antara zikir yang di galakkan itu ialah:

Ertinya: “Telah sujud wajahku kepada MU(Allah, Zat) yang Menciptakannya, yang Membentuknya dan yang Membuka pendengarannya serta penglihatannya dengan daya dan kekuatanNya maka Maha berkat (serta maha tinggilah kelebihan) Allah sebaik-baik Pencipta”

Dan zikir yang lain sebagaimana yang di sebut dalam hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam:

Maksudnya : “Ya Allah tuliskan bagi ku dengan sujud ini pahala dan jadikanlah sujud ini berharga di sisiMu dan hindarkanlah daripadaku dosa dengannya terimalah ia daripadaku sepertimana Engkau menerima sujud hambaMu Daud”

(Hadis riwayat Al-Tirmidzi dan lainnya dengan sanad yang hasan)

Sementara itu Al-Ustaz Ismail Al-Dharir di dalam tafsirnya menaqalkan bahawa Imam Asy-Syafi‘ie memilih untuk diucapkan di dalam sujud tersebut :

Ertinya: “Maha suci tuhan kami, sungguh janji Tuhan kami tetap terlaksana”

Walau bagaimanapun adalah harus dibawakan zikir yang biasa digunakan di dalam sujud sembahyang.

Menurut Imam Al-Qalyubiy bahawa sujud tilawah atau sujud syukur itu boleh diganti dengan zikir berikut bagi orang yang tidak melakukan sujud walaupun ia suci dari hadas (dalam keadaan berwudhu) seperti ucapan:

Ertinya:“Maha suci Allah dan segala puji-pujian bagiNya, tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan Allah itu Maha Besar”.

Dibaca zikir tersebut sebanyak empat kali kerana ia boleh menggantikan tempat tahiyatul masjid.(Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 1136)


SUJUD SYUKUR

Sujud syukur ialah sujud untuk menyatakan terima kasih atas nikmat yang dilimpahkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau atas terhindarnya seseorang dari malapetaka.

HUKUM SUJUD SYUKUR

Jumhur ulama berpendapat bahawa sujud syukur itu adalah sunat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman bin Auf katanya yang maksudnya :

“Sewaktu Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam keluar menuju ke dalam bangunan-bangunan tinggi lalu memasukinya. Kemudian Baginda menghadap kiblat dan sujud, dan memanjangkan sujud Baginda. Kemudian Baginda mengangkat kepalanya seraya bersabda: “Sesungguhnya Jibril mendatangiku dan memberi khabar gembira kepadaku. Jibril berkata: “Sesungguhnya Allah mengatakan kepada engkau: “Siapa yang memberi selawat ke atas engkau Aku akan memberi selawat kepadanya dan siapa yang memberi salam kepada engkau, Aku akan memberi salam kepadanya” Lalu saya bersujud sebagai tanda syukur kepada Allah”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dalam hadis yang lain pula yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan selainnya bahawa Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam jika sampai kepada Baginda sesuatu perkara yang menggembirakannya, Baginda akan melakukan sujud.(Syarah Al-Minhaj)

Sujud syukur di dalam mazhab Asy-Syafi‘ie tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Ianya hanya sunat dilakukan di luar sembahyang ketika seseorang mendapat limpahan rahmat daripada Allah atau terhindar daripada malapetaka.

Di antara sujud yang dikategorikan sebagai sujud syukur ialah sujud selepas membaca ayat 25 daripada surah Shad iaitu:

Tafsirnya: “Maka Kami mengampuni kesalahannya. Sesungguhnya dia dekat dari Kami dan mempunyai tempat kembali yang baik”.

Dari itu sujud kerana ayat ini tidak boleh dibuat di dalam sembahyang kerana sujud pada ayat di atas adalah atas dasar syukur dan sujud syukur tidak boleh dilakukan di dalam sembahyang. Jika dia sujud maka batallah sembahyangnya menurut pandapat al-ashah, kecualilah jika ia tidak mengetahuinya atau ia terlupa.

BAGAIMANA SUJUD SYUKUR DILAKSANAKAN ?

Sujud syukur dilaksanakan sama halnya seperti melakukan sujud tilawah ketika ia dilakukan di luar sembahyang iaitu berniat untuk melakukan sujud syukur, takbir, sujud dan juga salam.

Syarat-syarat sahnya juga sama seperti syarat-syarat yang terkandung di dalam sujud tilawah iaitu :

1. suci dari hadas kecil dan besar,

2. menutup aurat

3. menghadap kiblat.

Dari segi zikir yang sunat dibaca ketika sujud syukur ini adalah sama seperti zikir-zikir yang telah dijelaskan di dalam sujud tilawah.

Begitulah cara Islam mengajarkan kita bagaimana cara mensyukuri nikmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala atau terlepas daripada bala. Di samping sunat melaksanakan sujud syukur disunatkan juga bersedekah dan melakukan sembahyang sunat syukur.

Menurut Imam Al-Ramli bahawa sujud syukur itu terluput waktunya jika jarak di antara sujud itu dan sebabnya terlalu lama.

PENUTUP

Sujud tilawah dan sujud syukur seperti yang dijelaskan di atas merupakan satu ibadat yang tuntutannya adalah sunat.

Cara melakukannya pun mudah tetapi nilainya tinggi di sisi Allah sepertimana yang dijelaskan oleh hadis Baginda tentang kelebihan sujud tilawah.

Dari itu, sayugialah diingatkan supaya jangan dilepaskan peluang melakukan ibadat sujud ini, walaupun ia hanya merupakan tuntutan sunat tetapi dengan melakukannya bererti kita menghidupkan sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan dan tidak mengabaikan ajaran Islam.

17.5.09

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2008 & Program keibubapaan Yayasan Selangor 2009

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan 2008 &
Program keibubapaan Yayasan Selangor 2009

Tarikh : 16 Mei, 2009 ( Sabtu )
Masa : 8.00 am - 1.50 pm
Tempat : Auditorium Dewan Jubli Perak, Shah Alam Selangor









11.5.09

Permuafakatan Ibubapa Asrama ( PIBA ) AYSKL atdi & atpn Yayasan Selangor objektif DAN peranan

PERMUAFAKATAN IBUBAPA PELAJAR ASRAMA ( PIBA )
saling lengkap melengkapi

PERMUAFAKATAN IBUBAPA PELAJAR ASRAMA ( PIBA ) ada persamaan dan perbezaan dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru, tetapi PIBA tidak terikat dengan akta diatas dan tidak pun didaftarkan, ia hanya satu permuafakatan.. buat masa ini.

Tujuan ditubuhkan, PIBA samalah seperti PIBG iaitu yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam memajukan dan menambahbaikan asrama dalam pelbagai masalah yang berkaitan pelajar dan meningkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak asrama, ibubapa dan komuniti setempat.

PIBA juga mempunyai peranan ‘ saling lengkap melengkapi ’ terhadap fungsi asrama dalam usaha mencapai misi dan visi Yayasan Selangor

Setahu saya, PIBA hanya satu permuafakatan dan tidak tertakluk kepada apa apa pertubuhan, persatuan atau badan yang didaftarkan. Oleh itu tiada kedapatan yang termaktub berkenaan dengan perlembagaan, tujuan, peranan, objektif, dan larangan yang berkaitan dengan PIBA
Dibawah ni hanya imaginasi saya je....


Tujuan-tujuan PIBA adalah:

1. Untuk mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar dalam meningkatkan imej asrama

2. Untuk membantu dan menambah usaha asrama dalam memenuhi kehendak dan keperluan pelajar dalam kegiatan mereka samada di asrama atau di sekolah samaada dalam bentuk pembangunan akademik dan pembangunan insan.

3. Untuk membolehkan PIBA bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai masalah yang berkaitan pelajar asrama

4. Untuk memberi peluang kepada PIBA berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya


Fungsi peranan PIBA adalah:

1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid

2. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara asrama dengan masyarakat setempat


4. Meningkatkan keceriaan premis asrama supaya dapat mewujudkan suasana yang konduisif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan


Perlu ingat.....

PIBA tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara dasar asrama, perlembagaan dan peraturan asrama, pentadbiran asrama, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan kakitangan asrama.

PIBA tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan masalah, pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara asrama dengan Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor

Di samping itu, kepimpinan PIBA di ASRAMA diingatkan supaya tidak sekali-kali membabitkan diri dengan apa juga kegiatan asrama yang boleh menggugat kestabilan sistem pentadbiran asrama dan perpaduan masyarakat setempat.

Adalah tidak wajar kepimpinan PIBA terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau menjadikan PIBA sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan memperoleh kepentingan peribadi.






Tahniah AJK PIBA AYSKL yang baru dilantik...
semoga dapat menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.

.. bukan sebagai kumpulan pendesak... he he

Sory... sentiasa kita muhasabah diri

Exco Badan Perwakilan Pelajar ATPN menjaga kaunter pendaftaran PIBA

10.5.09

maaakk


tuhan,
ku mohon kepdaMu sentiasalah berkati wanita ini dalam apa jua yang dia lakukan,

janganlah pernah meninggalkan dia kesaorangan kerana dia amat memerlukan cinta dan kasihMu.

pimpinlah setiap langkahnya agar dia terhindar dari segala macam bahaya dan kejahatan

kerana...... aku menyayangi wanita ini.... selamat hari ibu

PERMUAFAKATAN IBUBAPA PELAJAR ASRAMA (PIBA) ASRAMA YAYASAN SELANGOR KUALA LUMPUR (atdi & atpn)


MAJLIS PERJUMPAAN DAN PERLANTIKAN AJK

PERMUAFAKATAN IBU BAPA PELAJAR ASRAMA (PIBA)

ASRAMA YAYASAN SELANGOR KUALA LUMPUR

( ATDI & ATPN )


Tarikh

10 Mei 2009 ( Ahad )


Masa

3.00 - 6.00 petang


Tempat

Dewan Serbaneka ATPN


Perasmian

Pengurus Besar Yayasan Selangor, Tuan Haji Takril bin Tasuki




Permuafakatan Ibu bapa pelajar asrama amat penting diwujudkan di asrama ini sebagai satu saluran bagi ibubapa menyumbangkan sebahagian idea, kepakaran, tenaga, masa dan pelbagai sumbangan lain untuk anak anak mereka di asrama.


PIBA juga boleh dijadikan satu badan perhubungan yang baik diantara ibubapa dengan pihak pengurusan asrama serta pengurusan Yayasan Selangor amnya.


OBJEKTIF


1. Mengadakan hubungan dua hala diantara pihak pengurusan asrama Yayasan Selangor dengan ibubapa pelajar


2. Memberi peluang kepada ibu bapa melibatkan diri secara langsung dalam masalah yang berkaitan dengan anak anak mereka di asrama dan juga di sekolah


3. Memberi peluang ibu bapa memberi sumbangan kepakaran, idea,tenaga dan masa bagi membantu pihak pengurusan asrama mengendalikan apa juga masalah yang berkaitan dengan anak anak mereka di asrama



DI SINI SAYA INGIN BERKONGSI RASA DENGAN IBUBAPA SEKALIAN..

SEKIRANYA TERLIHAT BLOG SAYA NI... dengarkan SUARA HATI SAYA, yang RASA TERPANGGIL UNTUK MENJAWAB BEBERAPA ISU YANG DIUTARAKAN OLEH IBUBAPA DI MAJLIS PERJUMPAAN INI.


BIASALAH, IBUBAPA PASTINYA AKAN MEMBANGKITKAN ISU TENTANG KESULITAN YANG DIHADAPI ANAKNYA SEMASA BERADA DI ASRAMA, KEKURANGAN KEMUDAHAN DI ASRAMA, MASALAH DISIPLIN ANAK MEREKA, KEMEROSOTAN AKADEMIK ANAK MEREKA DAN PERKARA INI DITEMPIASKAN KEPADA PENGURUSAN ASRAMA


BIASALAH TU.. DULU SAYA PUN MACAM TU GAK.. KALAU ANAK KITA BODOH KITA CAKAP SALAH CIKGU, TAPI KALAU ANAK KITA PANDAI KITA CAKAP DIA MEMANG PANDAI... EHHH TAPI SAYA TAK CAKAP SEMUA IBUBAPA BERSIKAP BEGITU... SAYA TAU, ADA JUGA IBUBAPA YANG DATANG MEMANG BENAR BENAR IKHLAS...


SAYA TERTUNGGU TUNGGU JUGA JIKA ADA IBU BAPA YANG MENAWARKAN DIRI DARI SEGI TENAGA, MASA IDEA DAN KEPAKARAN UNTUK DISUMBANGKAN... TAU LAH RAMAI IBUBAPA YANG SANGAT BERKEBOLEHAN


TAPI BILA DAH DILANTIK SEBAGAI AJK... BARULAH MEREKA MENYUARAKAN UNTUK MENYUMBANG BAKTI UNTUK AYSKL... TERIMA KASIH... TERIMA KASIH...TERIMA KASIH


DISINI SAYA INGIN MENGINGATKAN DIRI SAYA DAN IBUBAPA YANG DIKASIHI...

BAHAWA HAK, TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH SEBAGAI IBUBAPA TIDAK AKAN TERPUTUS WALAUPUN ANAK BERADA DI ASRAMA.


JANGANLAH BERKIRA UNTUK MENGEJUTKAN ANAK BANGUN PAGI UNTUK SOLAT SUBUH... LAKUKANLAH DENGAN IKHLAS KERANA SEBAGAI SEORANG IBU, MENGEJUTKAN ANAK UNTUK SOLAT SUBUH NIKMATNYA TIADA TOLOK BANDINGNYA...


WALAUPUN ANAK KITA JAUH DARI KITA BANYAK YANG BOLEH KITA LAKUKAN UNTUK KEBAIKAN ANAK KITA, DOA, SOLAT HAJAT, IKHLASKAN HATI DENGAN ORANG YANG MENGAJAR, MENJAGA DAN MEMBERI ILMU PADA ANAK KITA, MUDAH MUDAHAN ILMU YANG DIA DAPAT BERKAT YANG MEMBERI MANAFAAT....


ILMU TIDAK BERKAT JIKA IBUBAPA YANG SERING BERPRASANGKA BURUK PADA GURU YANG MENGAJAR DAN MENJAGA ANAK KITA.....


ILMU ITU CAHAYA, ILMU YANG BERMANAFAAT AKAN MENYINARI KEHIDUPAN KITA, ILMU TIDAK AKAN MENYINARI KITA JIKA BANYAK PERKARA YANG KITA LAKUKAN BERTENTANGAN DENGAN AJARAN ISLAM ... DAN JIKA ITU BERLAKU ANAK ANAK JUGA MENERIMA TEMPIASNYA


MUHASABAH DIRI,

MUNGKIN ITU SALAH SATU SEBAB KENAPA ANAK KITA NAKAL SANGAT dengan SIFAT EGO YANG TERLALU TINGGI... KASIHAN ORANG YANG MENGAJAR DAN MENJAGA ANAK KITA...


SAYA CUMA INGATKAN DIRI SAYA... SAYA JUGA ADA ANAK ANAK YANG SEPANJANG HIDUPNYA TINGGAL DI ASRAMA, BILA SAYA BEKERJA DI ASRAMA, BARULAH SAYA TAU, BETAPA PERITNYA MEREKA MENJAGA ANAK SAYA, DAN SAYA RASA BERDOSA KERANA SELAMA INI SAYA JUGA ADA BERPRASANGKA BURUK KEPADA MEREKA YANG MENJAGA ANAK SAYA DI ASRAMA DAN DI SEKOLAH MEREKA...


SORY.... MUHASABAH DIRI...


akhirnya tahniah kepada barisan AJK Permuafakatan Ibubapa asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur( atdi & atpn ) yang baru dilantik,

lebih manis lagi bila mereka yang menjawat jawatan ini menawarkan diri secara sukarela

... nampak kejujuran dan keikhlasan..

mudah mudahan ini adalah permulaan satu lagi dakwah bil hal... iaitu satu bentuk teladan dan ajakan kepada kebaikan melalui pencapaian dan teladan hasil kejayaan dan perlakuan diri,

bukan melalui percakapan atau tulisan.





9.5.09

SK Dato Maharaja Lela Bukit Kuching


SK DATO MAHARAJALELA
KG BUKIT KUCHING, 45800 JERAM, SELANGOR



jejak ada di sini.....

8.5.09

selamat hari ibu


Buat semua anak anak, ibu anda adalah syurga dan neraka anda
syurga jika anda mentaatinya dan neraka jika anda menderhaka padanya.


Kadang-kadang kita terlupa bahawa kita tidak cukup adil kepada ibu sendiri kerana kita terlebih-lebih mementingkan 'yang lain' di sepanjang proses pendewasaan diri juga pematangan diri.

Kadang-kadang nilai ingatan kita kepada ibu hanya tertumpu kepada kiriman wang, doa daripada kejauhan dan kata-kata hormat sahaja.

Kita lupa bahawa nilai sentuhan dan nilai layanan seorang anak itulah yang paling dinanti-nantikan oleh sesiapa jua yang bergelar ibu.



mak........


Bila dahaga, yang susukan aku....mak
Bila lapar, yang suapkan aku....mak
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..mak
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....Mak
Bila bangun tidur, aku cari....mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....mak
Bila nak bermanja, aku dekati....mak
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....mak
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya....mak
Bila nakal, yang memarahi aku....mak
Bila merajuk, yang memujukku cuma....mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....mak
Bila takut, yang tenangkan aku....mak
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....mak

Aku selalu teringatkan ....mak
Bila sedih, aku mesti talipon....mak
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..mak
Bila takut, aku selalu panggil... "mmaaakkkk! "
Bila sakit, orang paling risau adalah....mak
Bila nak exam, orang paling sibuk juga.....mak
Bila buat hal, yang marah aku dulu.....mak
Bila ada masalah, yang paling risau.... mak
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. mak
Yang selalu masak makanan kegemaranku....mak
Kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....mak
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku.....mak
Yang selalu berleter kat aku...mak
Yang selalu puji aku....mak
Yang selalu nasihat aku....mak
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....mak

Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
“Selamat Hari Ibu”

Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk emak

Renungkan: "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak? mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya.........

Tapi kalau mak sudah tiada.......... MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT.... Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya......
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya...

Kos upah membantu ibu:
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17..00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.

1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA


Coretan dikirimkan secara mel elektronik berantai (forwarding e-mail)

6.5.09

Hukum pakai minyak wangi masa solat


Hari ini lepas solat maghrib ada pelajar bertanyakan menggunakan minyak wangi masa solat, ustazah cakap harus,
dan untuk perinciannya boleh baca kat sini


Ulama' dahulu menghukumkan minyak wangi atau perfume yang mengandungi alkohol sebagai najis dan haram kerana mungkin pengetahuan ketika itu tidak dapat menyingkap secara meluas hakikat alkohol. Bagaimana ia terjadi, prosesnya dan apakah ianya sama dengan alkohol yang terdapat pada khamar (arak) dan seterusnya.

Tetapi ulama sekarang mengeluarkan fatwa bahawa ianya tidak najis dan boleh dibawa pakai untuk sembahyang. Fatwa yang dikeluarkan ini berdasarkan hasil kajian yang menyeluruh dan dapat menyingkap hakikat penggunaan alkohol secara meluas dalam kehidupan manusia sejagat.


1. Fatwa Majlis Kebangsaan
Ubat - ubatan dan pewangi yang ada kandungan alkohol adalah dimaafkan, yakni DIHARUSKAN penggunaannya."

2. Lembaga Fatwa Al Azhar
berpendapat bahawa alkohol itu TIDAK NAJIS manakala arak tetap najis.

3. Fatwa almarhum Syeikh Sya'rawi (rh) dalam kitabnya
Memakai perfume yang mengandungi alkohol HALAL hukumnya. Alkohol hukumnya menjadi haram jika diminum untuk bermabuk-mabuk."

4. Menurut Kitab " Al Fiqh Al Muzaahibil Arba'ah" dalam bab " An Najaasaat" menjelaskan bahawa alkohol yang dimasukkan ke dalam minyak wangi agar tahan lama atau untuk tujuan menaikkan roti,hukumnya adalah HARUS.

5. Syeikh Rashid Redha dalam penulisan tafsir Manar
" menyatakan bahawa hukum alkohol TIDAK NAJIS dan penggunaannya dalam minyak wangi diBOLEHKAN atas dasar tidak adanya dalil yang tegas tentang kenajisannya.

6. Imam Asy - Syaukaani (rh) dalam kitabnya " Nailul Awthor "
juga bersependapat dengan Syeikh Rashid Redha (rh).


Kenapa dahulu kata NAJIS dan HARAM dan sekarang SUCI, HALAL dan DIBOLEHKAN pula ? Apakah hukum dalam Islam boleh diubah sesuka hati ?

Jawapan kepada keraguan dan salah faham di atas adalah seperti berikut :

1. Sayyidina Umar Al Khattab (ra) menegaskan : " Perbezaan hukum ijtihad adalah disebabkan perbezaan lingkungan / persekitaran dan daerah."

2. Imam Ibnu Qayyim (rh) mengatakan bahawa ; "fatwa berubah dan berbeza sesuai dengan perubahan zaman, tempat, situasi, niat dan adat kebiasaan."

3. Berpegang dan berpandukan kepada fatwa kerana fatwa yang dikeluarkan bukan dari kalangan para ulama' sahaja sebaliknya melibatkan sekali mereka yang berkepakaran dalam bidang berkenaan.

WALLAHU A'LAM BISSOWAB


4.5.09

Berkongsi Rahsia Kejayaan Nik NurMadiha



Program Anugerah Cemerlang SPM 2008 negeri Selangor dan Program tunas ilmuan
Tarikh : 3 Mei 2009 ( Ahad )
Masa : 2.30 - 6.00 petang
Tempat : Cattleya Grand Ballroom, PKPS Shah Alam Selangor

Pelajar dari Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur ( ATDI dan ATPN ) turut menghadiri program diatas dan berpeluang bersua wajah dengan Nik NurMadiha dan sekaligus membakar semangat untuk berusaha dengan lebih gigih untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

Berkongsi kejayaan dan tip serta resepi mencapai kecemerlangan dari Nik.

























Inilah yang dinamakan dakwah bil hal, iaitu satu bentuk teladan dan ajakan kepada kebaikan melalui pencapaian dan teladan hasil kejayaan dan perlakuan diri, bukan melalui percakapan atau tulisan. Benar, hampir seluruh Malaysia menumpu kepada beliau, dan tabiat manusia khususnya orang Malaysia adalah ingin mengetahui ‘rahsia' kejayaannya.

Nik Nur madiha bergambar bersama ibu dan ayah tercinta di hadapan rumahnya. Lihatlah anak anak atpn...

Tahniah kepada Nik Nur Madihah atas kejayaannya menempa sejarah pendidikan negara dengan pencapaian SPM terbaik 2008 dengan capaian 20 A .

Bagi individu berlatarbelakangkan agama, kejayaan ini lebih manis apabila datang dari seorang muslimah yang sempurna penutupan auratnya dan sopan santun tingkahnya

Lebih manis lagi apabila ia lahir dari sebuah keluarga yang tidak berada dari sudut kebendaan, tidak pula dilimpahi kemudahan-kemudahan tambahan seperti tuisyen dan lainnya.

Inilah yang dinamakan dakwah bil hal, iaitu satu bentuk teladan dan ajakan kepada kebaikan melalui pencapaian dan teladan hasil kejayaan dan perlakuan diri, bukan melalui percakapan atau tulisan.

Apa yang lebih menarik dalam kisah Nik Madihah, bukan sekadar kejayaannya tetapi juga ketabahannya mengharungi pembelajaran dalam suasana serba kekurangan harta benda yang kerap dijadikan ukuran kebolehjayaan seseorang. Jelas, limpahan kebendaan bukanlah satu kewajiban untuk mencatat kejayaan cemerlang.

3.5.09

al fatihah




al fatihah...
ya allah cucurilah rahmat kepada dia ini, ampunilah segala dosa dosanya... lindungilah dia dari siksaan kuburmu, tempatkanlah dia dikalangan orang yang beramal soleh...

al-fatihah

SK Parit Mahang

























1.5.09

rumah kat kampung



Rumah kami ni dibina pada tahun 1989. Di bina atas dasar cinta umi dan abah.

Masa tu abah tengah banyak masyuk dalam bisnesnya. Kami tak pinjam mana mana loan pun. Sebab tu rumah ni lambat siap dan dan ada kalanya terbengkalai beberapa ketika.

Banyak kenangan di rumah ini. Hidup suka duka keluarga kita bersilih ganti disini. Abah memang pandai buat bisnes tapi bisnesnya tak dirancang dengan betul, sebab tu kadang kadang ada bisnes nya yang tak menjadi.

Abah orangnya sangat dinamik dan bercita cita tinggi, hasratnya ingin membina sebuah empayar tidak kesampaian bila ajalnya mendahului untuk menjemputnya.

Umi pula berbeza dengan pendirian abah. umi lebih suka hidup sederhana asalkan bahagia, bisnes bagi umi hanya menjadikan kita sentiasa stres, bila hendak sesuatu projek, macam macam dilakukan dan kadang kadang terpaksa membelakangi cara hidup islam.

Perkara ini yang umi tak suka, sebab tu kadang kadang umi berselisih pendapat dengan abah.

Bila abah tiada umi berdoa agar Allah memberikan cara hidup kita yang menjadikan kita dekat dengan Allah swt.

Bila ditawarkan bekerja di Yayasan Selangor, umi cuba berhijrah dari kehidupan lama. Walaupun sebenarnya kerja umi masa tu sebagai guru agama dan ketua sekolah di Sekolah Agama Parit Mahang dah cukup baik.

Sekarang ok lah... tak kisahlah walau tak bape kaya tapi asal hidup berkat.

Kalau hidup berkat duit tak banyak pun cukup ... tapi kalau hidup tak berkat, duit banyak manapun asyik tak cukup je...


ingat tu ep, fateh daniel dan muizz...

Sekarang rumah ni disewakan. Alhamdulillah dapat penyewa yang baik. Tapi rumah jadi semak sikit, macam tak terurus.

Umi harap satu hari nanti kalau dipanjangkan umur umi nak menetap di rumah ini. Bila anak anak umi dah ada kehidupan sendiri, umi nak menghabiskan sisa sisa hidup umi di sini.

SAINTIS AKUI KHASIAT AIR LIUR BASI

SAINTIS AKUI KHASIAT AIR LIUR BASI

Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun awal pagi, mengandungi beberapa bakteria termasuk jenis baik yang membantu proses penghadaman makanan.


Pakar Pemakanan Jabatan Pemakanan dan Sains Kesihatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rokiah Mohd Yusof, berkata antara bakteria baik ialah lactobacillus dan bisido bacteria yang berkhasiat mencerna sistem tubuh manusia.

Beliau menyarankan seseorang itu menggosok gigi setiap kali sebelum tidur bagi mengurangkan bakteria yang tidak baik berkumpul di dalam mulut.

“Air liur basi yang diminum bersama air biasa ketika bangun pagi akan masuk ke bahagian usus kecil untuk tujuan penghadaman sebelum berkumpul di dalam usus besar.


Dr Rokiah berkata, air liur juga mengandungi enzim yang boleh menghadamkan karbohidrat dan jika ditelan akan membantu memudahkan makanan memasuki saluran tekak.