PERMUAFAKATAN IBUBAPA PELAJAR ASRAMA ( PIBA )
saling lengkap melengkapi
saling lengkap melengkapi
PERMUAFAKATAN IBUBAPA PELAJAR ASRAMA ( PIBA ) ada persamaan dan perbezaan dengan Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG). Mengikut Akta Pendidikan KPM 1996, Persatuan Ibubapa dan Guru (PIBG) ditubuhkan di semua Sekolah Kerajaan bertujuan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibubapa dan guru, tetapi PIBA tidak terikat dengan akta diatas dan tidak pun didaftarkan, ia hanya satu permuafakatan.. buat masa ini.
Tujuan ditubuhkan, PIBA samalah seperti PIBG iaitu yang diharapkan dapat membina kesefahamanan tentang tugas dan tanggungjawab bersama dalam memajukan dan menambahbaikan asrama dalam pelbagai masalah yang berkaitan pelajar dan meningkatkan kerjasama dan perkongsian antara pihak asrama, ibubapa dan komuniti setempat.
PIBA juga mempunyai peranan ‘ saling lengkap melengkapi ’ terhadap fungsi asrama dalam usaha mencapai misi dan visi Yayasan Selangor
Setahu saya, PIBA hanya satu permuafakatan dan tidak tertakluk kepada apa apa pertubuhan, persatuan atau badan yang didaftarkan. Oleh itu tiada kedapatan yang termaktub berkenaan dengan perlembagaan, tujuan, peranan, objektif, dan larangan yang berkaitan dengan PIBA
Dibawah ni hanya imaginasi saya je....
Tujuan-tujuan PIBA adalah:
1. Untuk mengadakan satu forum dan perkhidmatan bagi kebajikan dan kemajuan pelajar dalam meningkatkan imej asrama
2. Untuk membantu dan menambah usaha asrama dalam memenuhi kehendak dan keperluan pelajar dalam kegiatan mereka samada di asrama atau di sekolah samaada dalam bentuk pembangunan akademik dan pembangunan insan.
3. Untuk membolehkan PIBA bertukar-tukar fikiran dan maklumat mengenai masalah yang berkaitan pelajar asrama
4. Untuk memberi peluang kepada PIBA berunding antara satu sama lain berkenaan dengan cara memperbaiki taraf pendidikan anak-anak mereka pada amnya
Fungsi peranan PIBA adalah:
1. Membantu dalam memajukan perkembangan murid dan menjaga kebajikan murid
2. Meningkatkan kemesraan dan menyediakan saluran komunikasi dan hubungan antara asrama dengan masyarakat setempat
4. Meningkatkan keceriaan premis asrama supaya dapat mewujudkan suasana yang konduisif bagi menjayakan aktiviti dan program pendidikan
Perlu ingat.....
PIBA tidak boleh memperluaskan bidang kuasa kepada perkara-perkara yang berkaitan dengan perkara dasar asrama, perlembagaan dan peraturan asrama, pentadbiran asrama, pekerjaan dan syarat-syarat perkhidmatan kakitangan asrama.
PIBA tidak boleh menjadi jentera bagi menyelesaikan masalah, pertikaian atau perkara-perkara lain yang berkaitan antara asrama dengan Pengurusan Tertinggi Yayasan Selangor
Di samping itu, kepimpinan PIBA di ASRAMA diingatkan supaya tidak sekali-kali membabitkan diri dengan apa juga kegiatan asrama yang boleh menggugat kestabilan sistem pentadbiran asrama dan perpaduan masyarakat setempat.
Adalah tidak wajar kepimpinan PIBA terlibat dengan aktiviti-aktiviti anti kerajaan atau menjadikan PIBA sebagai platform untuk berpolitik atau bagi tujuan memperoleh kepentingan peribadi.
Tahniah AJK PIBA AYSKL yang baru dilantik...
semoga dapat menjalankan tugas dan amanah secara sukarela serta perlu menitikberatkan keikhlasan, keterbukaan dan pengorbanan.
.. bukan sebagai kumpulan pendesak... he he
Tiada ulasan:
Catat Ulasan