30.9.09

Puasa Enam dan Persoalannya

Ibadah puasa adalah suatu amalan mulia yang amat digalakkan oleh Islam. Selain puasa fardhu Ramadhan, umat Islam juga boleh melakukan ibadat puasa sunat di luar bulan Ramadhan.

Dalil Puasa Sunat Enam Syawal.

Abu Ayyub Al-Ansari ra berkata yang ber Maksudnya: “Telah berkata Rasulullah saw : Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Di dalam hadis ini Rasulullah saw menyatakan bahawa puasa enam hari selepas bulan Ramadhan akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun.

Hukum Puasa Sunat Enam Syawal

Hukumnya adalah sunat. Berkata Imam An-Nawawi rh: “Hadis ini jelas menjadi dalil bagi mazhab Imam al-Syafi’e, Imam Ahmad, Daud dan ulama’ yang sependapat dengan mereka bahawa disunatkan berpuasa enam hari pada bulan Syawal.

Imam Malik dan Imam Abu Hanifah pula menganggap hukumnya makruh. Sebabnya kerana bimbang orang ramai akan menyangka ia adalah sebahagian dari puasa Ramadhan yang wajib hukumnya padahal ia bukanlah dari puasa Ramadhan.

Bilakah Dimulakan Puasa Sunat Enam Syawal?

Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana tarikh 1 Syawal adalah hari raya kita dilarang dari berpuasa pada hari tersebut.


Adakah ia dilaksanakan secara berturut-turut selama enam hari atau secara terputus?

Pandangan yang lebih tepat adalah ia boleh dilakukan secara terputus yakni tidak berturut-turut asalkan jumlah enam hari dicukupkan sebelum berakhirnya bulan Syawal.

Ini kerana apabila Rasulullah saw menganjurkan puasa sunat enam hari ini, baginda menyebut bulan Syawal secara umum tanpa memberi ketentuan hari-harinya. Namun adalah lebih afdhal disegerakan pelaksanaan puasa enam Syawal

Melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal Sebelum Mengqadha Puasa Ramadhan.

Wujud perbincangan di kalangan para ulama’, apakah dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal jika seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan yang belum diqadhanya?

Ada dua pendapat ulama’ dalam masalah ini.

Pendapat Pertama: Boleh melakukannya,
INi berdasarkan dalil bahawa Aisyah ra pernah mengakhirkan hutang puasa Ramadhan yang perlu diqadhanya hingga ke bulan Sya’ban yang akan datang. Aisyah ra berkata yang berMaksud “Aku memiliki hutang puasa bulan Ramadhan. Aku tidak mampu mengqadhanya kecuali pada bulan Sya’ban.”

Para ulama’ yang mengemukakan pendapat ini berhujah, sudah tentu tidak mungkin isteri Rasulullah saw, yakni Aisyah ra, tidak melaksanakan puasa sunat enam Syawal. Pasti beliau melaksanakannya dan tindakan beliau yang mengqadha puasa Ramadhan pada bulan Sya’ban menunjukkan dibolehkan berpuasa sunat enam Syawal sekali pun seseorang itu memiliki hutang puasa Ramadhan.

Pendapat Kedua: Tidak boleh melakukannya.
Ini berdasarkan hadis yang bermaksud: “Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka seperti ia berpuasa sepanjang tahun.”

Rasulullah saw mensyaratkan “berpuasa Ramadhan” terlebih dahulu, kemudian barulah “mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal”. Ini menunjukkan puasa sunat enam Syawal hanya dilaksanakan sesudah seseorang itu menggenapkan puasa Ramadhannya.

Jika ada puasa Ramadhan ditinggalkan, ia perlu diqadha terlebih dahulu. Kemudian barulah diiringi dengan puasa sunat enam Syawal.

Kalau diperhatikan secara teliti, pendapat yang kedua lebih rajih (kuat); Kerana ianya lebih menepati dalil puasa sunat enam Syawal itu sendiri.

Selain dari itu, membayar hutang yang wajib hendaklah didahulukan dari memberi sedekah yang sunat. Sudah tentu amal yang wajib lebih perlu disegerakan daripada amal yang sunat.

Namun, sekiranya seorang itu tidak berkesempatan disebabkan keuzuran untuk melakukan qadha kemudian berpuasa enam dan dia berkeyakinan akan sempat mengqadhakannya sebelum Ramadhan tahun berikutnya, maka pendapat yang pertama boleh diterima, berdasarkan apa yang dilakukan oleh Aisyah ra


Menggabungkan puasa qadha dan puasa enam.

Di antara persoalan yang sering timbul sekitar puasa enam ialah adakah harus menggabungkan di antara dua puasa iaitu puasa qadha dan puasa enam hari di bulan Syawal.

Adakah diganjari dengan kedua-dua pahala tersebut dengan puasa yang satu? Persoalan ini berlaku khilaf di kalangan ulama’,

Sebahagiannya yang berpendapat tidak boleh mencampurkan niat puasa sunat dengan puasa fardhu yang lain atau dengan puasa sunat yang lain, sekiranya dilakukan maka puasanya itu tidak sah, tidak bagi yang fardhu dan tidak bagi yang sunat.

Tetapi dikalangan ulama’ Syafi’iyyah pula berpendapat bahawa ganjaran puasa enam tetap akan diperolehi apabila seseorang berpuasa qadha sekalipun ia tidak berniat menggabungkan kedua-duanya, namun pahala yang diperolehi kurang daripada seorang yang berpuasa kedua-duanya secara berasingan. Mereka juga mengatakan amalan ini hanya mendapat pahala kerana kebetulan berpuasa qadha dalam bulan Syawal, sama seperti pahala sunat tahiyyatul masjid dengan solat fardhu (orang yang terus melakukan solat fardhu apabila masuk ke dalam masjid akan mendapat juga pahala sunat tahiyyatul masjid).

Ustazah : Jika boleh, lakukanlah dua ibadat puasa ini (fardhu dan sunat) secara berasingan, kerana sebagai seorang hamba yang tunduk kepada Allah SWT, memperbanyakkan amalan dengan memisahkan di antara yang menjadi kewajipan dengan yang menjadi galakan (sunat) tentulah lebih menunjukkan kesungguhan diri sebagai seorang hamba yang mencari keredhaan Tuhannya.

Semoga kita semua diberi taufiq dan hidayah oleh Allah swt ke jalan yang di redhai-Nya serta dapat melaksanakan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini dengan sempurna. Seterusnya kita dimasukkan ke dalam golongan orang yang mendapat kejayaan dunia dan akhirat.

Wallahualam...

18.9.09

Majlis Khatam Al-Quran dan berbuka Puasa
Asrama Yayasan Selangor Kuala Lumpur
Tarikh : 16 September 2009,
Tempat : Dewan serbaguna ATPN


































12.9.09

TALQIN

DIMENSI BARU TALQIN DI KUBUR

Apabila berlaku sesuatu kematian,empat perkara wajib dilaksanakan iaitu memandikan jenazah, mengkafankannya, solat jenazah dan menguburkannya. Amalan talqin bukanlah perkara wajib dalam pengurusan jenazah. Namun amalan masyarakat menunjukkan ia satu kewajipan. Di satu pihak yang lain pula berpendapat bahawa ia adalah perkara bidaah dan ia adalah sesat. Bagi menjernihkan suasana, tulisan ini cuba melihat alternatif kepada amalan talqin ini.

Adakah talqin di kubur satu kewajipan?

Talqin di kubur ialah dengan membaca beberapa potong ayat Quran, hadis, soalan-soalan yang akan disoal di dalam kubur dan doa kepada mayat agar diampuni dosanya dan dirahmati.

Sebenarnya ia bukanlah satu kewajipan. Maknanya tidak berdosa jika amalan talqin ditinggalkan. Namun mungkin ada segelintir masyarakat yang salah faham lalu menganggap bahawa talqin adalah wajib.

Kewajipan pengurusan jenazah ada empat perkara asas iaitu memandikan jenazah, mengkafannya, solat ke atas jenazah dan menguburkannya.

Apakah sandaran bagi amalan talqin?

Sebenarnya amalan talqin di kubur memang ada sandarannya. Antaranya hadis daripada Abi Umamah. Beliau berpesan agar diperlakukan kepada mayatnya sebagaimana yang Nabi s.a.w. perintahkan. Perintahnya ialah agar diseru nama jenazah tersebut dan diberi peringatan tentang syahadah, tentang Islam sebagai agama dan sebagainya. Hadis ini ada dalam riwayat Imam Tobrani. Namun hadis ini mungkin sedikit dipertikaikan. Ini bermakna kekuatan hadis ini untuk menjadi hujah amalan talqin tidak diterima oleh sebahagian para ulama.

Selain itu, amalan talqin di kubur juga pernah di buat oleh penduduk Syam. Amalan penduduk Syam bagi sebahagian orang adalah bukti amalan ini boleh diamalkan.

Kalau ada sandaran, kenapa sebahagian ulama mempertikaikannya?

Memang ada sandaran dalil tetapi ia tidak kuat untuk dijadikan hujah. Maknanya tidak ada amalan langsung daripada Nabi s.a.w. Juga nampaknya tidak ada amalan langsung daripada para sahabat Nabi sedangkan ratusan orang Islam meninggal dunia ketika itu.

Amalan ini nampak kecil tetapi sebenarnya ia mewakili satu contoh antara bidaah yang berlaku dalam masyarakat yang mesti dihapuskan menurut sebahagian ulama. Namun amalan ini cuba dipertahankan dengan dalil yang tertentu.

Ada juga hujah bahawa sebenarnya jenazah tidak boleh mendengar lagi suara manusia. Kalau mayat tidak boleh mendengar lagi, apa faedahnya diseru nama mayat beberapa kali. Firman Allah mafhumNya :
“Dan kamu tidaklah mampu memperdengarkan orang yang berada di dalam kubur”. (Surah Fatir : 22).

Namun hujah ini dijawab bahawa Allah berkuasa memperdengarkan sesiapa yang dikehendakinya. Ini ternyata dalam surah dan ayat yang sama. mafhumNya :
“Dan tidaklah sama orang yang hidup dan orang yang mati. Sesungguhnya Allah memberikan pendengaran kepada sesiapa yang Dia kehendaki”. (Surah Fatir : 22).

Bagi saya, hujah kedua-dua belah pihak telah lama berlaku. Ia tidak mudah untuk selesai. Masing-masing akan sentiasa berpegang dengan amalan dan dalil masing-masing.

Bagaimana pendapat para ulama muktabar dalam amalan talqin mayat di kubur?

Segi pendapat para ulama, dengan merujuk kitab al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu karya Dr. Wahbah az-Zuhaily, disebut dua pendapat. Pendapat pertama ialah pendapat yang mengharuskan amalan talqin selepas tanam. Inilah pendapat ulama Syafiiyyah dan ulama Hanabilah. Imam Nawawi r.h. berkata bahawa walaupun hadis talqin selepas tanam itu dhoif, tetapi ia diperkuatkan dengan dalil-dalil sokongan daripada hadis sahih. Lagipun ia telah diamalkan sejak zaman awal.

Namun pandangan ulama Hanafiah dan ulama Malikiah tidak cenderung untuk talqin selepas tanam.

Walau bagaimanapun, Dr. Wahbah sendiri nampaknya tidak cenderung kepada amalan talqin.

Kalau begitu, apakah alternatif kepada amalan talqin?

Amalan talqin yang memang pasti dan diterima oleh semua pihak ialah talqin kepada orang yang hampir mati. Ertinya orang yang sedang nazak. Ini sabit dengan sabda Nabi s.a.w. maksudnya :
“Talqinkan mayat kamu akan kalimah La ilaha illa Allah”. (Riwayat Muslim dan Abu Daud).

Menurut Imam Nawawi, mayat dalam hadis ini ialah orang yang hampir mati. Oleh itu, amatlah elok jika seseorang yang makin kuat sakitnya sentiasa mengucap kalimah ini dan orang di sekelilingnya juga sentiasa mentalqinkan kalimah ini. Ini bertepatan dengan satu hadis yang lain maksudnya :
“Sesiapa yang akhir kalamnya La ilaha illa Allah nescaya dia masuk syurga”. (Riwayat Ahmad dan Abu Daud).

Itu ialah amalan talqin sebelum mati. Bagaimana amalan talqin selepas mati?

Sebenarnya ramai juga yang alpa dengan amalan talqin sebelum mati. Ramainya yang menangis, menggerakkan orang yang hampir mati, meraung dan sebagainya. Sepatutnya kita kembali kepada panduan Nabi s.a.w. agar mentalqinkan orang yang hampir mati.

Berbalik kepada talqin selepas mati di kubur, saya melihat ada titik pertemuan antara dua pendapat. Golongan yang menentang amalan talqin di kubur hanya menentang talqin kepada mayat, tetapi tidak menentang jika talqin kepada orang yang hidup. Oleh itu, apa salahnya jika talqin diubah daripada mayat seratus peratus kepada orang yang hidup.

Contohnya diperingatkan tentang kematian, azab kubur, soalan dalam kubur, wasiat yang wajib ditunaikan, hutang yang wajib dilunaskan dan sebagainya. Juga nasihat agar kubur tidak dibuat binaan seperti binaan konkrit. Dengan ini, kaum keluarga yang hadir dapat mengambil manfaat daripada talqin di kubur.

Amalan talqin kepada mayat sahaja seratus peratus menyebabkan kaum keluarga yang hadir tidak peduli. Sebahagian mereka leka berbual, menghisap rokok, mengumpat orang lain dan sebagainya. Walau bagaimanapun, kalau nasihat kepada mereka di berikan ketika ini, semoga ia lebih memberi kesan. Biasanya ahli keluarga yang hadir akan diam, tenang dan suasana lebih khusyuk. Semoga nasihat ketika itu lebih berkesan dan doa lebih ikhlas.

Apa pula sandaran dalil kepada dimensi baru amalan talqin ini?

Sebenarnya memberi nasihat adalah baik dalam Islam. Dalam hadis riwayat Abu Daud,
Nabi s.a.w. sendiri apabila selesai menguburkan mayat maka baginda s.a.w. akan berdiri di kubur lalu bersabda mafhumnya :
“Mintalah ampun bagi saudara kamu dan pohonlah baginya ketetapan. Maka sesungguhnya dia (akan) disoal”.

Maka kita boleh berdoa kepada Allah agar mayat dirahmati dan diampunkan. Kita juga meminta agar mayat diberi ketetapan.

Diharap pendapat ini dapat menjadi satu kejernihan dalam masyarakat. Yang penting, segala kewajipan agama dipatuhi dengan baik. Segala kekaburan dapat diperjelaskan. Segala perselisihan pendapat para ulama muktabar sewajarnya dihormati dan berlapang dada.


sumber : Nidzam Kadir

11.9.09
















3 pelajar ATPN 2008 buat medic kat Mesir
Tahniah, ustazah bangga dengan korang , belajar medic kat mesir sangat mencabar. Yang penting kemandirian diri untuk menongkah cabaran hidup.

4 Perkara Sebelum Tidur

4 Perkara Sebelum Tidur

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : " Ya Aisyah jangan engkau
tidur sebelum melakukan empat perkara, iaitu :


1. Sebelum khatam Al Qur'an.
2. Sebelum membuat para Nabi memberimu syafaat di hari akhir.
3. Sebelum para muslim meredhai kamu.
4. Sebelum kau laksanakan haji dan umrah

Lalu Bertanya Aisyah :
" Ya Rasulullah Bagaimana lah aku mampu untuk melaksanakan 4 perkara itu.?"

Rasul tersenyum dan bersabda :
"Jika engkau tidur bacalah : Al Ikhlas tiga kali seakan-akan kau
mengkhatamkan Al Qur'an."


"Membacalah Sholawat untuk Ku dan para nabi sebelum aku, maka kami
semua akan memberi syafaat dihari kiamat "


"Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai
kamu."


"Dan perbanyaklah bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka
seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah."




10.9.09

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar

Keistimewaan Malam Lailatul Qadar


LAILATUL Qadar adalah satu malam pada Ramadan. yang keistimewaannya dikatakan menyamai bilangan seribu bulan. Perkara ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

"Sesungguhnya telah kami turunkan al-Quran pada Lailatul Qadar. Tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul Qadar adalah lebih baik daripada seribu bulan."
(Surah al-Qadr, ayat 1 - 2)

Gandaan pahala melakukan amal ibadat pada malam itu dikatakan mempunyai nilaiannya lebih 29,500 kali ganda kerana difahami daripada ayat itu, ganjaran pahala adalah lebih banyak dan baik melebihi seribu bulan.

Kebesaran Lailatul Qadar adalah berdasarkan dua perkara.

Pertama, kerana pada malam itu diturunkan al-Quran.
Kedua, pada malam itu akan turun malaikat dalam suatu angkatan yang besar, penuh gilang gemilang untuk memberi taufik dan hidayah kepada orang berpuasa dengan ikhlas.

Disebut sebagai Lailatul Qadar kerana pada malam itu akan turun malaikat untuk mengucapkan salam sejahtera kepada seisi penduduk bumi. Ia juga dikenali dengan nama Lailatul Syaraf bermaksud malam kemuliaan dan Lailatul Tajalli yang bermakna malam Allah melimpahkan cahaya dan hidayah-Nya kepada orang yang berpuasa dan beribadat pada sebelah malamnya.

Penentuan tarikh dan malam sebenar berlakunya Lailatul Qadar sering kali berlaku perselisihan pendapat di kalangan ulama. Pendapat yang kuat menyatakan bahawa adalah pada malam ganjil sesudah hari yang kedua puluh Ramadan iaitu malam 21, 23, 25, 27 dan 29 Ramadan.

Lailatul Qadar hanya berlaku pada satu malam pada Ramadan. Ia adalah sebagai perangsang kepada seluruh umat mukmin supaya berebut-rebut untuk mencari pahala dan ganjaran malam al-Qadar dengan melipat gandakan amal ibadat pada malam akhir Ramadan al-mubarak.

Jelas bahawa penyembunyian tarikh Lailatul Qadar akan menguatkan semangat dan kekuatan umat mukmin untuk terus berusaha mendapatkan ganjaran pada malam itu. Allah sendiri selalunya menyembunyikan beberapa urusan agama yang lain atas hikmah-hikmah tertentu

Tanda apabila berlakunya malam itu

i. Orang yang berkesempatan melihat malam al-Qadar akan dapat merasakan bahawa segala yang ada di bumi dan langit bagaikan bersujud ke hadrat Allah

ii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan melihat suasana alam yang terang benderang walaupun berada dalam kegelapan

iii. Sesiapa yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan dapat mendengar salam malaikat dan tutur kata mereka

vi. Orang yang berkesempatan menemui malam al-Qadar akan diperkenankan segala doanya.

Dalam sebuah hadis lain turut dinyatakan bahawa antara tanda malam al-Qadar telah berlaku adalah terbit matahari pada pagi hari dengan bentuk putih bersih bagaikan bulan penuh dan tidak mempunyai sinar yang terlalu panas. Tidak dirasakan kepanasan yang kuat walaupun matahari cerah memancarkan cahayanya.

Bagaimanapun, pahala ibadat pada malam al Qadar akan tetap mendapat ganjaran daripada Allah biarpun tandanya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Sesiapa yang ikhlas melakukan ibadat puasa dan amal ibadat lain sepanjang Ramadan, Insya-Allah akan menemui malam yang lebih baik dari seribu bulan itu .

8.9.09

Mencari lailatul qadar

Satu petua bagi mencari malam lailatul qadar.
Petua ini disusun oleh Iman Al Ghazali Rahmatullah

Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau Rabu
- malam ke 29 Lailatul qadarnya

Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin
malam ke 21 Lailatul qadarnya

Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat
malam ke 27 Lailatul qadarnya

Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Khamis
malam ke 25 Lailatul qadarnya

Jika 1 Ramadhan jatuh pada hari Sabtu
- malam ke 23 Lailatul qadarnya
*
*
Ustazah : Mungkin tahun ni lailatul qadar jatuh pada malam ke 23, 12 hb September 2009?

7.9.09

Masalah solat sunat witir

Bolehkah solat sunat lagi walaupun sudah melakukan solat sunat witir.


Pendapat pertama
Pendapat mengatakan bahawa dibolehkan melakukan solat sunnah lagi tanpa mengulagisolat witir.

Pendapat ini adalah yang dipilih oleh majoriti ulama seperti ulama-ulama Hanafiyah, Malikiyah, Hanabilah, pendapat yang masyhur di kalangan ulama Syafi’iyah dan pendapat ini juga menjadi pendapat An Nakho’i, Al Auza’i dan ‘Alqomah.
Salah satu dalil yang menyokong perdapat diatas ialah melalui satu hadis yang telah diriwayatkan bahawa Aisyah yang menceritakan mengenai sollat malam Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam biasa melaksanakan shalat 13 raka’at (dalam semalam). Beliau melaksanakan shalat 8 raka’at kemudian beliau berwitir (dengan 1 raka’at). Kemudian setelah berwitir, beliau melaksanakan shalat dua raka’at sambil duduk. Setelah itu di antara waktu adzan shubuh dan iqomahnya, beliau melakukan shalat dua raka’at.”
(HR. Muslim no. 738)


Pendapat kedua
Pendapat mengatakan bahwa tidak boleh melakukan solat sunnah lagi sesudah melakukan solat witir kecuali membatalkan solat witirnya yang pertama, kemudian dia solat dan witir kembali.
Maksudnya adalah jika sudah melakukan solat witir kemudian ingin solat sunnah lagi sesudah itu, maka solat sunnah tersebut dibuka dengan mengerjakan solat sunnah 1 raka’at untuk menggenapkan solat witir yang pertama tadi. Kemudian setelah itu, dia boleh melakukan solat sunnah (2 raka’at – 2 raka’at) sesuka dia, lalu dia berwitir kembali.

Inilah pendapat dari ulama-ulama Syafi’iyah. Mengenai pendapat ini terdapat riwayat dari ‘Utsman, ‘Ali, Usamah, Ibnu ‘Umar, Ibnu Mas’ud dan Ibnu ‘Abbas.
Dasar dari pendapat ini adalah diharuskannya solat witir sebagai penutup solat malam.
Pendapat ini disokong dengan hadis yang mengatakan Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Jadikanlah penutup shalat malam kalian adalah shalat witir.” (HR. Bukhari no. 998 )

Pendapat yang Terkuat

Dari dua pendapat di atas, pendapat yang terkuat adalah pendapat pertama dengan beberapa alasan berikut.

Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam mengerjakan solat sunnah setelah beliau mengerjakan solat witir. Perbuatan beliau ini menunjukkan bolehnya hal tersebut.

Pendapat kedua yang membatalkan witir pertama dengan solat 1 raka’at untuk menggenapkan raka’at, ini adalah pendapat yang lemah ditinjau dari dua sisi iaitu :-

1. Witir pertama sudah dianggap sah. Witir tersebut tidaklah perlu dibatalkan setelah melakukannya. Dan tidak perlu digenapkan untuk melaksanakan shalat genap setelahnya.

2. Solat sunnah dengan 1 raka’at untuk menggenapkan shalat witir yang pertama tadi tidaklah dikenal dalam syari’at. Dengan dua alasan inilah yang menunjukkan lemahnya pendapat kedua.


Kesimpulan

Dibolehkan melakukan solat sunnah lagi sesudah solat witir. Diperbolehkannya juga dengan alasan bahwa solat malam tidak ada batasan raka’at .
Jika kita telah melakukan solat tarawih ditutup witir bersama imam masjid, maka di malam harinya kita masih boleh melaksanakan solat sunnah lagi. Ini bermakna tidak ada alasan untuk meninggalkan imam masjid ketika imam baru melaksanakan solat tarawih 8 raka’at dengan niat ingin melaksanakan solat witir di rumah sebagai penutup ibadah atau solat malam.
Ini tidaklah tepat karena dia sudah rugi kerana meninggalkan imam sebelum imam selesai shalat malam. Padahal pahala solat bersama imam hingga imam selesai solat malam disebutkan dalam hadits, “Siapa yang solat bersama imam sampai ia selesai, maka ditulis untuknya pahala qiyam satu malam penuh.” (HR. Ahmad dan Tirmidzi. Shahih).

Hadits Bukhari-Muslim yang mengatakan Jadikanlah penutup shalat malam kalian adalah solat witir”, maka menjadikan solat witir sebagai penutup solat malam di sini dihukumi sunnah (dianjurkan) dan bukanlah wajib .
*
ustazah : so, tiada alasan anda meninggalkan solat witir dengan ustazah

Cara-Cara Al-Qur’an Diturunkan / Diwahyukan

Para ulama ahli tafsir menjelaskan bahwa turunnya Al-Qur’an berdasarkan dalil ayat Al-Qur’an dan riwayat Hadits shahih melalui tiga tahap iaitu :

Tahap Pertama,
Al-Qur’an berada di Lauh Mahfuzh. Ketika Al-Qur’an berada di Lauh Mahfuzh tidak diketahui bagaimana keadaannya, kecuali Allah yang mengetahuinya, kerana waktu itu Al-Qur’an berada di alam ghaib.

Tahap Kedua

Al-Qur’an dari Lauh Mahfuzh diturunkan ke langit bumi (Baitul ‘Izzah) pada malam lailatul qadar di bulan Ramadhan. Turunnya Al-Qur’an secara sekaligus dari Lauh Al-Mahfuzh ke Baitul ‘Izzah di langit pertama.


Tahap Ketiga

Al-Qur’an diturunkan dari Baitul-‘Izzah kepada Nabi Muhammad SAW secara beransur-ansur dan terpisah pisah selama 22 tahun 2 bulan 22 hari . Ayat pertama yang diturunkan adalah lima ayat dari surah al - alaq pada 17 Ramadhan yang kita ingati peristiwa itu sebagai nuzul Quran.

Cara al-Quran diturunkan.

a. Malaikat memasukkan wahyu itu ke dalam hatinya. Dalam hal ini Nabi SAW tidak ada melihat sesuatu apapun, hanya beliau merasa bahwa itu (wahyu) sudah ada dalam kalbunya. Mengenai hal ini Nabi mengatakan: “Ruhul Qudus mewahyukan ke dalam qalbuku.”

b. Malaikat menampakkan dirinya kepada Nabi berupa seorang laki-laki yang mengucapkan kata-kata kepadanya sehingga beliau mengetahui dan hafal benar akan kata-kata itu.

c. Wahyu datang kepadanya seperti gemerincingnya lonceng. Cara inilah yang amat berat dirasakan oleh Nabi. Kadang-kadang pada keningnya berpancaran keringat, meskipun turunnya wahyu itu di musim dingin yang sangat. Kadang-kadang unta beliau terpaksa berhenti dan duduk karena merasa amat berat, bila wahyu itu turun ketika beliau sedang mengendarai unta.

Diriwayatkan oleh Zaid bin Tsabit : “Aku adalah penulis wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah. Aku lihat Rasulullah ketika turunnya wahyu itu seakan-akan diserang oleh demam yang keras dan keringatnya bercucuran seperti permata. Kemudian setelah selesai turunnya wahyu, barulah beliau kembali seperti biasa.”

d. Malaikat menampakkan dirinya yang asli kepada Nabi, dan menyampaikan wahyu.


Nuzul Al-Quran

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini.

Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW.

Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.

‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya.

Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”
(al-‘alaq:1-5)


marilah kita sama-sama menghayati nuzul al-Quran ini sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya melihat al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk memajukan manusia seluruhnya.

Membaca al-Quran itu adalah suatu ibadah. Sekarang bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ al-Quran itu kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan di dalam al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan.

4.9.09

Do’a dan Istighfar

Do’a dan Istighfar di bulan Ramadhan


do’a orang-orang yang berpuasa sangat mustajab, maka perbanyaklah berdo’a untuk kebaikan dirinya dan umat Islam yang lain, khususnya yang sedang ditimpa kesulitan dan musibah.

Do’a dan istighfaar pada saat mustajab adalah:

1• Saat berbuka

2• Sepertiga malam terakhir, yaitu ketika Allah SWT. turun ke langit dunia dan berkata:” Siapa yang bertaubat ? Siapa yang meminta ? Siapa yang memanggil, sampai waktu shubuh (HR Muslim)

3• Memperbanyak istighfar pada waktu sahur. Allah Ta’ala berfirman, “Dan waktu sahur mereka memohon ampun”.

4• Mencari waktu mustajab pada hari Jum’at, yaitu disaat-saat terakhir pada petang hari Jum’at.

5• Duduk untuk dzikir, do’a dan istighfaar di masjid, yaitu setelah menunaikan sholat Shubuh sampai terbit matahari. Sebagaimana disebutkan dalam hadits:” Barangsiapa shalat Fajar berjama’ah di masjid, kemudian tetap duduk berdzikir hingga terbit matahari, lalu sholat dua rakaat, maka seakan-akan ia mendapat pahala haji dan umrah dengan sempurna, sempurna dan sempurna” (HR At-Tirmidzi)

1.9.09

Hadith Ramadhan


Hadith Ramadhan

Sebaik sahaja tirai Ramadhan berlabuh, setiap umat Islam akan sentiasa berpesan di antara satu sama lain akan kelebihan bulan yang penuh keberkatan ini. Namun perlulah diingatkan akan hadith serta amaran Rasulullah saw ketika mana Baginda bersabda:

“Barangsiapa yang mendustakan aku, maka nantikanlah tempatnya di dalam neraka jahannam” Riwayat Imam Ahmad

Antara hadith-hadith sahih yang menceritakan kelebihan bulan ini adalah:

“Barangsiapa yang menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas dan barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala, maka diampunkan baginya dosa yang telah lepas.” Riwayat Bukhari dan Muslim

“Apabila tibanya Ramadhan, terbukalah segenap pintu syurga, tertutup rapatlah segala pintu neraka dan syaitan dibelenggu kesemuanya.” Riwayat Bukhari dan Muslim

“Solat fardhu lima waktu, Jumaat ke Jumaat berikutnya dan Ramadhan ke Ramadhan berikutnya adalah merupakan penghapus dosa bagi dosa yang berada di antara keduanya selagimana seseorang itu menjauhi dosa-dosa besar.” Riwayat Muslim

Hadith yang diragukan kebenarannya

Manakala hadith-hadith yang menceritakan fadhilat dan kelebihan sunat terawih secara terperinci daripada malam pertama sehinggalah malam terakhir dan fadhilat-fadhilat yang lain yang tidak diketahui kesahihannya adalah dikhuatiri bukan merupakan mutiara kata yang keluar dari bibir Nabi Muhammad saw yang kita kasihi selama ini bahkan ianya termasuk di dalam hadith Dhaif dan Maudhu’.

Maka adalah disarankan agar kita tidak memanjangkan hadith-hadith yang seumpama ini kerana ianya adalah suatu perbuatan fitnah ke atas junjungan besar nabi Muhammad saw.

Tidak dinafikan bahawa di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini terdapat pelbagai kelebihan namun berpadalah dengan fadhilat dan kelebihan yang hanya telah dijanjikan oleh Allah swt dan Nabi Muhammad saw sahaja tanpa perlu kita mengada-adakan, mereka-reka mahupun memanjangkan hadith yang mempunyai anasir penipuan terhadap junjungan besar Nabi Muhammad saw yang kita kasihi.

Hadith yang menyentuh tentang kelebihan sunat Terawih yang dikatakan diambil daripada Saidina Ali Bin Abi Talib daripada Rasulullah saw ini tidak pernah termaktub di dalam kitab Sahih Bukhari dan Muslim yang merupakan kitab Hadith yang paling sahih selepas Al Quran, begitu juga ianya tidak termaktub di dalam Kutubus Sittah (kitab hadis yang enam): Bukhari, Muslim, At Tirmidzi, Abu Daud, An Nasa'ie dan Sunan Ibn Majah.