Ya Allah... dalam perjalanan ini bukakan lah ke atas kami hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu...
31.12.10
mERAYAKAN aWAL tAHUN bARU mASIHI...
Islam. Ia juga bukan salah satu dari hari-hari kebesaran Islam
sebagaimana orang-orang Islam menyambut awal Tahun Hijrah,
hari Maulud Nabi Shallallahu ‘alaihi wassalam, Isra’ dan Mi‘raj,
Puasa Ramadhan, Nuzul al-Qur‘an, Hari Raya ‘Idil Fitri dan Hari
Raya ‘Idil Adhha.
Awal tahun baru Masihi hanya perayaan yang sering dirayakan
oleh orang bukan Islam di negara-negara Barat. Ramai orang yang
meniru perayaan ini sehinggakan ia berleluasa hingga ke negaranegara
lain seluruh dunia. Perayaan ini turut menyelinap masuk ke
dalam masyarakat Islam samada secara mereka sedari atau tidak,
dan jika orang Islam kurang pengetahuan agama dan leka dengan
penyelinapan ini, maka sudah setentunya ia akan menjadi satu
budaya yang diamalkan oleh umat Islam sampai bila-bila. Malahan
jika perkara ini dilepas pandang, ia akan semakin berakar umbi
dalam masyarakat Islam.
Ia sudah menjadi kebiasaan menyambutnya di mana-mana tempat.
Secara besar-besaran pula. Bermacam-macam acara diadakan
untuk menghidup dan memeriahkan kedatangan tahun baru itu.
Pada malam 1 Januari, pelbagai pesta dibuat seperti pesta makan
minum, diiringi dengan nyanyian, tarian dan lain-lain acara,
sementara menanti acara kemuncak iaitu pengiraan detik tahun
baru melalui jarum saat dan jam yang menuju ke angka dua belas.
Apabila jarum jam sudah menunjukkan ke angka 12 tengah malam,
maka kedengaranlah teriakan dan sorak sorai orang ramai tanda
tahun baru sudah menjelma.
Dalam pesta yang diadakan itu, sudah setentunya banyak perkara
negatif berlaku, antaranya percampuran di antara lelaki dan
perempuan, terdapat bentuk hiburan yang dilarang oleh Islam dan
yang tidak secocok dengan akhlak Islam. Perkara-perkara yang
disebutkan itu sangatlah bertentangan dengan kemuliaan Islam.
Daripada penjelasan ini, nyatalah Islam dan umatnya tidak ada
kaitan langsung dengan sambutan dan perayaan seumpama itu,
untuk mengalu-alu dan membesar-besarkan kedatangan awal tahun
Masihi tersebut. Lebih-lebih lagi jika ia bercorak keagamaan lain
daripada Islam.
Oleh itu, orang Islam tidak boleh turut sama membesarkan awal
tahun Masihi seperti orang bukan Islam membesarkannya, kerana
yang demikian itu dikhuatiri akan membawa tasyabbuh
(penyerupaan) terhadap mereka yang beragama lain di dalam
budaya, tujuan dan akidah mereka. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
wasallam bersabda:
Maksudnya: “Barangsiapa yang menyerupai sesuatu kaum itu,
maka dia dianggap salah seorang dari (kalangan) mereka.”
(Hadis riwayat Abu Daud)
29.12.10
hanya pandangan - ASB/ ASN
Pertama sekali aku ni bukan lah ustaz atau alim ulamak yang boleh jatuh kan hukum.
segala apa yang aku cerita adalah berdasarkan pengalaman peribadi sahaja.
Aku jumpa tentang hukum ASB ni diperdebatkan masa aku masih sekolah lagi (1998).
dalam majalah ape aku pun dah lupa..tapi dalam tu masing-masing memberikan hujah
yang mengatakan HALAL dan tak kurang juga mengatakan HARAM.
Aku tak peduli sangat masa tu..aku anggap HALAL je sebab semua orang masa tu berebut nak
tambah pelaburan ASB dan tak da yang pertikaikan pun hukum pelaburan ASB. Pelaburan yang
dijamin, dividen yang tinggi dan istimewa untuk bumiputra membuat kan ASB suatu pelaburan
terbaik untuk orang kita.
Aku berpeluang bekerja dengan sebuah INVESTMENT BANK terkemuka di KL.
Kerja aku mudah (tapi risiko tinggi) iaitu menguruskan ORDER BUY and SELL saham-saham di KLSE.
client utama adalah LOCAL INSTITUTIONAL seperti EPF,PNB,KWAP,VALUE CAP, Tabung Haji, PERKESO (socso),UNIT TRUST FUND dan INSURANCES.
Kerja aku khusus jaga PNB punya ORDER je..jadi sedikit sebanyak aku tahu apa PORTFOLIO PNB. antara saham-saham
yang termasuk di dalam portfolio tersebut BANKING (ie Maybank), BAT (Dunhill), dan Plantation (Sime Darby).
kecuali plantation, banking dan BAT (british american tobacco) adalah kaunter-kaunter saham yang tidak mendapat
kelulusan syariah. di dalam banking hanya Takaful sahaja yang diluluskan oleh syariah.
Aku pernah utarakan soalan kepada bos aku. kenapa PNB (ie ASB) tak labur dalam saham-saham yang syariah approved.
menurut dia, kalau PNB tak heavily invest dalam banking contohnya, PNB takkan mampu menawarkan dividen yang tinggi kerana banking adalah antara penyumbang utama dividen kepada PNB.
Mujur aku tak jumpa pelaburan PNB dalam Magnum (judi), Genting dan carlsberg. aku penah jumpa pelaburan perkeso dalam carlsberg. teruk tul perkeso ni.
Sesuatu yang melegakan aku adalah portfolio Tabung Haji. Aku tak jumpa pelaburan Tabung Haji dalam kaunter-kaunter yang tidak diluluskan syariah. (Tabung haji banyak saham dalam KFC Holding. patut la orang pegi haji bagi makan KFC :senyum:..) Mungkin sebab itu TH tak mampu menawarkan dividen seperti ASB, bukan sebab investment team tak power, tapi sebab takda BANKING dalam portfolio mereka..mungkin...
Pernah juga aku ajukan soalan tentang halal haram ASB ni kat bos aku. Pendapat dia, lebih kurang 30% dari pelaburan PNB adalah dalam saham-saham yang tidak diluluskan syariah dan 70% adalah yang diluluskan. Jadi bila terima dividen tu 30% dari dividen dia akan sedekah ke masjid/surau. 70% dia ambik. ada logik juga cadangan dia. tapi bagi aku kalo dah bercampur-campur bagus elakkan terus.
Semenjak aku tahu realiti sebenar tentang pelaburan ASB ni, aku dah pull out semua duit aku dari ASB. semua aku letak kat TH. mungkin dividen tak selumanyan macam ASB tapi sekurang-kurangnya aku tak susah hati pikir halal ke haram. (sekarang ni tengah usyar2 satu pelaburan yang dijamin HALAL dan setanding ASB mungkin lebih lagi)
Harap warga putera boleh tolong bincang kan isu ni..
p/s: tulisan di atas tu sekadar pendapat peribadi. aku tak berniat nak menyinggung mana-mana pihak atau individu.
p/p/s: untuk lebih yakin sila rujuk dengan USTAZ berhampiran anda
16.12.10
Keutamaan Bulan Muharram
“Sesungguhnya jumlah bulan di kitabullah (Al Quran) itu ada dua belas bulan sejak Allah menciptakan langit dan bumi, empat di antaranya adalah bulan-bulan haram” (QS. At Taubah: 36)
Kata Muharram artinya “dilarang”. Sebelum datangnya ajaran Islam, bulan Muharram sudah dikenal sebagai bulan suci dan dimuliakan oleh masyarakat Jahiliyah. Pada bilan ini dilarang untuk melakukan hal-hal seperti peperangan dan bentuk persengketaan lainnya.
Kemudian ketika Islam datang kemuliaan bulan haram ditetapkan dan dipertahankan sementara tradisi jahiliyah yang lain dihapuskan termasuk kesepakatan tidak berperang.
Bulan Muharram memiliki banyak keutamaan, sehingga bulan ini disebut bulan Allah (syahrullah). Beribadah pada bulan haram pahalanya dilipatgandakan dan bermaksiat di bulan ini dosanya dilipatgandakan pula.
Pada bulan ini tepatnya, tanggal 10 Muharram Allah menyelamatkan nabi Musa as dan Bani Israil dari kejaran Firaun. Mereka memuliakannya dengan berpuasa. Kemudian Rasulullah SAW menetapkan puasa pada tanggal 10 Muharram sebagai kesyukuran atas pertolongan Allah SWT.
Masyarakat Jahiliyah sebelumnya juga berpuasa. Puasa Muharram tadinya hukumnya wajib, kemudian berubah jadi sunnah setelah turun kewajiban puasa Ramadhan. Rasulullah SAW bersabda: “Dari Ibu Abbas ra, bahwa Nabi SAW, ketika datang ke Madinah, mendapatkan orang Yahudi berpuasa satu hari, yaitu ‘Asyuraa (10 Muharram). Mereka berkata, “Ini adalah hari yang agung yaitu hari Allah menyelamatkan Musa dan menenggelamkan keluarga Firaun. Maka Nabi Musa as berpuasa sebagai bukti syukur kepada Allah SWT. Rasulullah SAW, berkata, “Saya lebih berhak mengikuti Musa as. Daripada mereka.” Maka beliau berpuasa dan memerintahkan (umatnya) untuk berpuasa”. (HR. Bukhari)
Dari Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Sebaik-baiknya puasa setelah Ramadhan adalah puasa pada bulan Allah Muharram. Dan sebaik-baiknya ibadah setelah ibadah wajib adalah shalat malam.” (HR Muslim)
Walaupun ada kesamaan dalam ibadah, khususnya berpuasa, tetapi Rasulullah SAW. Memerintahkan pada umatnya agar berbeda dengan apa yang dilakukan oleh Yahudi, apalagi oleh orang-orang musyrik. Oleh karena itu beberapa hadits menyarankan agar puasa ‘Asyura diikuti oleh puasa satu hari sebelum atau sesudah puasa hari ‘Asyura.
Secara umum, puasa Muharram dapat dilakukan dengan beberapa pilihan.
1. Berpuasa tiga hari, sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya, yaitu puasa tanggal 9, 10 dan 11 Muharram.
2. Berpuasa pada hari itu dan satu hari sesudah atau sebelumnya, yaitu puasa tanggal 9 dan 10, atau 10 dan 11 Muharram.
3. Puasa pada tanggal 10 saja, hal ini karena ketika Rasulullah SAW memerintahkan untuk puasa pada hari ‘Asyura para sahabat berkata: “Itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, beliau bersabda: “Jika datang tahun depan insya Allah kita akan berpuasa hari kesembilan, akan tetapi beliau meninggal pada tahun tersebut.” (HR. Muslim)
Landasan puasa pada tanggal 11 Muharram didasarkan pada keumuman dalil keutamaan berpuasa pada bulan Muharram. Di samping itu sebagai bentuk kehati-hatian jika terjadi kesalahan dalam penghitungan awal Muharram.
Selain berpuasa, umat Islam disarankan untuk banyak bersedekah dan menyediakan lebih banyak makanan untuk keluarganya pada 10 Muharram. Tradisi ini memang tidak disebutkan dalam hadits, namun ulama seperti Baihaqi dan Ibnu Hibban menyatakan bahwa hal itu baik untuk dilakukan.
Demikian juga sebagian umat Islam menjadikan bulan Muharram sebagai bulan anak yatim. Menyantuni dan memelihara anak yatim adalah sesuatu yang sangat mulia dan dapat dilakukan kapan saja. Dan tidak ada landasan yang kuat mengaitkan menyayangi dan menyantuni anak yatim hanya pada bulan Muhaaram.
Bulan Muharram adalah bulan pertama dalam sistem kalender Islam. Oleh karena itu salah satu momentum yang sangat penting bagi umat Islam yaitu menjadikan pergantian tahun baru Islam sebagai sarana umat Islam untuk bermuhasabah terhadap langkah-langkah yang telah dilakukan dan rencana ke depan yang lebih baik lagi.
Momentum perubahan dan perbaikan menuju kebangkitan Islam sesuai dengan jiwa hijrah Rasulullah SAW dan sahabatnya dari Mekkah ke Madinah. Dari Abu Qatada ra. Rasulullah ditanya tentang puasa hari ‘Asyura, beliau bersabda: “Saya berharap ia bisa menghapuskan dosa-dosa satu tahun yang telah lewat.” (HR. Muslim)
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan”. (QS. Al Hasyr: 18)
Manfaatkan Kelebihan Bulan Muharram
Terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian dalam beribadat dalam bulan ini seperti melakukan perubahan ke arah kebaikan (berhijrah). Hijrah di sini dengan maksud berubah daripada melakukan kejahatan kepada kebaikan, daripada berakhlak buruk kepada berakhlak mulia dan daripada tidak bertakwa kepada bertakwa.
Hijrah juga berubah dari baik kepada lebih baik, dari suka beramal kepada kuat beramal dan sebagainya sepertimana kita disaran untuk menambah ketakwaan kepada Allah dari masa ke semasa. Sambutan Ma’al Hijrah yang diadakan dengan penuh semangat dan pelbagai acara akan menjadi sia-sia dan tidak berfaedah sekiranya ia tidak disusuli dengan perubahan sikap dalam diri setiap individu muslim ke arah yang lebih baik.
Sabda Nabi saw : “Orang yang melakukan hijrah yang sebenar ialah yang meninggalkan perkara yang dilarang oleh Allah”. ( Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim)
Antara lain kelebihan bulan Muharram adalah dengan amalan puasa sunat. Bulan Muharram merupakan salah satu daripada bulan-bulan haram. Berpuasa pada bulan ini pada dasarnya dijanjikan dengan pahala yang besar.
Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : “Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah bulan Allah, Muharram dan solat yang paling utama selepas fardu ialah ialah solat malam”. (Riwayat Imam Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, Baihaqi, Ahmad)
Hadis ini dengan jelas menyatakan keutamaan berpuasa pada bulan Muharram berbanding bulan-bulan lain selain Ramadhan. Hadis ini juga menjadi hujah bahawa kita digalakkan berpuasa sunat pada bulan Muharram lebih banyak berbanding bulan-bulan lain.
Puasa bulan Muharram lebih lagi digalakkan pada hari ’Asyura iaitu pada 10 Muharram sebagaimana sabda Rasulullah saw, hadis riwayat Muawiyah ra berkata : Aku mendengar Nabi bersabda : Hari ini adalah hari ‘Asyura tidaklah wajib kamu berpuasa tetapi saya berpuasa. Maka sesiapa yang mahu ia boleh berpuasa dan sesiapa yang tidak mahu ia boleh berbuka. (Imam al-Bukhari dan Muslim)
Galakan berpuasa pada hari ‘Asyura ini juga berdasarkan hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim bahawa Ibn Abbas berkata : “Aku tidak melihat Rasulullah saw mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini, iaitu hari ‘Asyura dan bulan Ramadhan”.
Berpuasa pada hari tersebut juga akan mendapat keampunan dosa setahun yang lalu sebagaimana hadis riwayat Abu Qatadah berkata bahawa Baginda saw ditanya tentang puasa ‘Asyura. Baginda menjawab : “Ia menghapuskan (dosa) setahun yang lepas”. (Riwayat Imam Muslim dan Imam al-Tirmizi)
Terdapat sebahagian ulama’ yang berpendapat puasa pada hari ‘Asyura ini hendaklah dilakukan bersama sehari sebelumnya iaitu dinamakan juga dengan hari Tasu’a (hari ke sembilan). Ini berdasarkan hadis Ibn Abbas ra : “Ketika Rasulullah saw berpuasa pada hari ‘Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa, mereka berkata: Wahai Rasulullah saw, sesungguhnya hari itu adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi. Maka Nabi saw bersabda: “Sekiranya aku masih hidup tahun hadapan, tentu aku akan berpuasa pada hari kesembilan”. (Riwayat Imam Muslim)
Imam al-Nawawi (w 676) dalam menghuraikan hadis-hadis ini telah menukilkan pendapat Imam al-Syafie dan ulama’ di dalam mazhabnya, Imam Ahmad, Ishak dan yang lain-lain bahawa mereka semua ini berpendapat bahawa disunatkan berpuasa pada hari ke-9 dan hari ke-10, kerana Nabi saw berpuasa pada hari ke-10 (‘Asyura) dan berniat untuk berpuasa pada hari ke-9 (tahun berikutnya).
Imam al-Nawawi menyambung lagi: “Sebahagian ulama’ berpendapat bahawa kemungkinan sebab digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dengan hari ke-10 ialah supaya tidak menyamai dengan amalan kaum Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke-10″.
(Rujuk: al-Minhaj syarh Sahih Muslim, Bab al-Siyam, (Beirut: Dar al-Ma’rifah , cet.7, 2000), jil 4, hal. 254)
Justeru, marilah kita merebut peluang dikesempatan bulan yang mulia ini untuk menambahkan amalan kita dengan berpuasa sunat.
Antara hadis-hadis lain berkenaan puasa sunat hari ‘Asyura ialah :
- Ibn ‘Abbas meriwayatkan yang bermaksud: “Apabila Nabi saw datang ke Madinah, Baginda melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari ‘Asyura, lalu Baginda bertanya: “Apakah ini?” Mereka menjawab: “Hari ini adalah hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan Bani Israil daripada musuh mereka, maka Musa pun berpuasa”. Lalu Baginda saw bersabda: “Aku lebih berhak dengan Musa daripada kamu”, maka Baginda pun berpuasa dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa“. (Riwayat al-Bukhari)
- A’isyah r.a berkata (maksudnya): “Rasulullah saw telah mengarahkan supaya berpuasa pada hari A’syura, dan apabila telah difardhukan puasa Ramadhan, maka sesiapa yang hendak berpuasa (hari A’syura) maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang hendak berbuka maka dia boleh berbuka (tidak berpuasa)”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim).
- Daripada ‘Aisyah r.a berkata yang bermaksud: “Orang-orang Quraish di zaman jahiliyah berpuasa pada hari ‘Asyura, dan Rasulullah saw juga berpuasa pada hari A’syura. Maka apabila Baginda datang ke Madinah, Baginda berpuasa pada hari itu dan menyuruh orang ramai berpuasa. Apabila difardhukan kewajipan puasa Ramadhan, ditinggalkan puasa pada hari ‘Asyura lalu Baginda bersabda: “Sesiapa yang mahu, maka dia boleh berpuasa, dan sesiapa yang tidak mahu berpuasa, maka dia boleh tinggalkannya”. (Riwayat al-Bukhari & Muslim)
Inilah beberapa contoh hadis sahih yang menyebut tentang puasa pada hari ‘Asyura. Daripada hadis-hadis ini dapat difahami bahawa puasa pada hari ‘Asyura merupakan suatu perkara yang wajib sebelum difardhukan puasa Ramadhan. Apabila difardhukan puasa Ramadhan pada tahun ke-2 Hijrah, maka kewajipan ini telah gugur. Namun ianya tetap digalakkan dan merupakan salah satu daripada sunnah yang sangat dituntut. Inilah di antara kesimpulan yang disebut oleh al-Imam Ibn Hajar al-‘Asqalani (w 852) dan al-Imam Muslim (w 676) ketika menghuraikan hadis-hadis tentang puasa ‘Asyura ini.
(Rujuk Fath al-Bari, Kitab al-Saum, Bab Siyam Yaum ‘Asyura, 4/309, dan al-Minhaj Syarh Sahih Muslim, Bab Saum Yaum ‘Asyura‘ 4/245)
15.12.10
Cara sujud syukur
a. Berniat.
b. Takbiratul Ihram
b. Sujud satu kali sahaja.
c. Duduk selepas sujud dan
d. Memberi salam.
Didalam Mazhab Hanbali pula, terdapat 3 rukun iaitu sujud, bangun dari sujud dan salam yang pertama. Takbir semasa sujud dan bangun darinya.
Cara sujud syukur didalam Mazhab Hanafi dan Mazhab Maliki hampir serupa bentuknya. Mereka akan terus sujud tanpa Takbir Al-Ihram dan bangun dari sujud tanpa memberi salam. Mereka akan bertakbir untuk sujud sahaja dan semasa bangun dari sujud.
Ibn Qudamah rh juga menyatakan bahawa cara sujud Syukur adalah sama dengan Sujud Tilawah / Sajadah diluar solat.
Sheikh Ibnu Utsaimin dalam Fatawa Islamiyyah (1/205) mengatakan : "Sujud Syukur dilakukan kerana selamat dari sesuatu musibah atau menerima Nikmat yang dikurniakan kepada seseorang (tanda terima kasih). Dilakukan seperti Sujud Tilawah di luar Solat, dan sebahagian ulama'mengatakan wudhu' dan Takbir diperlukan, ada beberapa yang lain mengatakan cuma satu Takbir sahaja diperlukan. Kemudian diikuti dengan sujud dan berdo'a setelah berkata : Subhaana Rabbiy al-A’laa."
Bagaimana Cara Duduk Tasyahud Bagi Masbuq
1- Kalau saya solat masbuq, katalah masuk pada rakaat ke -2 pada Zuhur, macam mana cara duduk pada rakaat akhir? Adakah duduk tawarruk - punggung cecah lantai atau iftirasy - punggung pada kaki kiri?
Bolehkah saya duduk tawarruk sedangkan saya masbuq sedangkan standby untuk cukupkan rakaat selepas salam.
2- Sekiranya saya masuk pada rakaat akhir solat, dan disebabkan di saf belakang mungkin kesemuanya masbuq - dan mereka duduk iftirasy, menyebabkan saya menyangka imam pada rakaat ke-2 (katakan Zuhur), bagaimana bacaan tahiyyat yg saya patut baca.. sebab beza bacaan tasyahud awal dan akhir ialah pada selawat pada keluarga nabi dan ke atas. Boleh ke baca selawat pada keluarga Nabi pada rakaat awal (sebab takut dikira menambah).
JAWAPAN:
1. Bagi masbuq, apabila imam duduk pada rakaat akhir, cara duduk bagi makmum masbuq ialah duduk iftirasy. Kerana duduk tawarruk hanya pada rakaat terakhir. Sedangkan ketika imam duduk tasyahhud akhir, masbuq masih bukan pada duduk tasyahhud akhir.
Kata Bujairimi:
"Keseluruhan cara duduk iftirasy ialah enam tempat, iaitu:
- duduk antara dua sujud
- duduk tasyahhud awal
- duduk istirahah
- duduk makmum masbuq
- duduk orang yang ada sujud sahwi
- duduk orang yang bersolat secara duduk".
Tetapi jika duduk tawarruk, tidak menjejaskan kerana ia hanya sunah hai'ah yang tidak membatalkan sembahyang.
2. Bacaan tasyahhud bagi masbuq juga adalah bacaan tasyahhud awal. Tetapi jika selesai membacanya dan imam masih belum memberi salam, ada ulama menyatakan sunat membaca tasyahhud hingga habis (seperti tasyahhud akhir).
Wallahu A'lam.
Permasalahan masbuq solat berjemaah
Masbuq Pada Rakaat Ke 3
Kalau kita masuk ke dalam jemaah yg solat Isyak pada rakaat ke tiga, kita perlu baca Fatihah , soalannya adakah lepas bacaan Fatihah kita baca ayat Quran yg lain kerana kita berada pada rakaat pertama?
JAWAPAN:
Masalah ini perlu dirujuk kepada satu masalah feqah iaitu: Apabila masbuk masuk dalam jemaah, adakah rakaat yg dia sempat itu, adalah permulaan solatnya atau penghujung solatnya?
Pendapat pertama:
dikira rakaat si masbuk itu sendiri, iaitu rakaat pertama. Maka hendaklah baca Fatihah dan sunat baca surah selepasnya. kemudian, apabila imam selesai solat, dia hanya perlu sempurnakan rakaat ke-3 dan ke-4 tanpa perlu baca surah selepas Fatihah.
Ia berdasarkan hadis "Apa yang kamu sempat dengan imam, maka sembahyanglah, dan apa yang kamu tidak sempat, maka SEMPURNAKANLAH".
HR Bukhari (no: 609) dan Muslim (no: 602).
Perkataan: SEMPURNAKANLAH menunjukkan rakaat yg dia sempat dengan imamnya adalah permulaan solatnya. Yakni rakaat pertama.
Pendapat kedua:
dikira rakaat imam, kalau imam sedang rakaat ke-3, maka ia dikira rakaat ke-3 juga, tak sunat baca surah. Tetapi selepas imam selesai, dia akan qadha' balik rakaat pertama dan kedua, dan dia disunat baca surah dalam 2 rakaat terakhir itu.
Ia berdasarkan satu riwayat hadith "...Apa yang kamu tertinggal, maka QADHA'LAH".
Perkataan QADHA'KANLAH menunjukkan rakaat yg dia sempat dengan imamnya adalah penghujung solatnya.
Bagaimanapun, yang lebih kuat ialah pendapat pertama dan ia juga mazhab Syafie dan jumhur, kerana melihat kepada kewajipan TERTIB dalam solat. Walaupun imam pada rakaat ketiga, tetapi makmum hendaklah menjaga tertib dan menjadikan ia sebagai rakaat pertama, maka disunatkan baca surah pada rakaat itu.
Wallahu A'lam.
rujukan:
-Bidayatul Mujtahid 1/136
14.12.10
Perihal solat berjemaah
Masbuq adalah makmum yang tidak sempat berjemaah semasa berdiri imamnya sekadar masa membaca al-fatihah dengan bacaan yang pertengahan. Tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat, bahkan mengikut bacaan kebiasaan orang ramai.
Makmum yang tidak sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri imamnya sekadar masa yang membolehkan ia membaca al-fatihah hingga selesai, maka dinamakan orang yang masbuk.
JAWAPAN : Apabila imam selesai membaca fatihah dan rukuk sebelum makmum yang masbuk sempurna membaca fatihah, maka wajib makmum itu memutuskan atau memberhentikan bacaan fatihahnya dan terus rukuk.
Syarat untuk membolehkan makmum memotong bacaan fatihah dan ditanggung oleh imam adalah jangan membaca yang sunat. Iaitu jangan membaca doa iftitah dan ta'awuz (auuzubillah).
Orang yang masbuk hendaklah terus membaca rukun qauli (bacaan) yang wajib. Bagi al-fatihah yang wajib adalah bermula dengan bismillah.
Ini bertepatan dengan sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Barang siapa yang solat berimam maka bacaan imam itu adalah bacaannya".
Bagi mereka yang masbuk ketika imam sedang rukuk, mereka hendaklah terus rukuk mengikut imam dan tidak perlu lagi membaca fatihah.
Makmum itu dikira mendapat satu rakaat jika dia sempat rukuk bersama imam dengan tama'ninah.
Bagaimanapun, suka diingatkan supaya jangan sengaja melewat-lewatkan bertakbir. Ini taktik orang yang menyangka mereka untung kerana tidak perlu membaca fatihah. Walhal perbuatan tersebut adalah makruh.
SOALAN : Jika kita muafik, tiba-tiba imam membaca surah pendek dan laju. Kita baru separuh baca fatihah, apa yang perlu makmum lakukan?
JAWAPAN : Dalam kitab fikah, makmum boleh takhalluf (ketinggalan atau terkebelakang) daripada imam tidak melebihi tiga rukun fi'li (perbuatan).
Jika makmum ada masa yang cukup untuk baca fatihah tetapi dia termasuk dalam golongan yang bacaannya lambat secara semula jadi, maka ada ulama yang mengharuskan orang ini memotong bacaan fatihahnya dan terus rukuk sebagai mana makmum yang masbuk. Dan orang ini tidak dikira sebagai muqassir (cuai).
Namun, mengikut qaul yang asah seperti yang tersebut dalam kitab al-Raudah, makmum itu hendaklah menghabiskan fatihahnya dan takhallufnya itu diberi keuzuran.
Bagaimanapun, bacaan al-Quran itu ada tiga wajah iaitu tartil (lambat), tadwir (sederhana) dan hadr (laju). Jadi, kalau pada rakaat pertama kita ketinggalan membaca al-fatihah maka pada rakaat seterusnya hendaklah kita memilih bacaan yang lebih cepat supaya sempat menghabiskan al-fatihah.
SOALAN :Dalam bab masbuk, adakah nas untuk kita tepuk bahu imam?
JAWAPAN : Sebenarnya tidak ada nas berbuat demikian. Bahkan jika kita lakukan perbuatan itu sehingga mengganggu khusyuk solat orang lain, itu jatuh makruh.
Kalau kita hendak masbuk, cukup sekadar kita merapatkan diri dengan imam itu atau menguatkan suara semasa bertakbir.
Ini kerana, tidak disyaratkan seorang itu berniat imam kecuali semasa mengimamkan solat Jumaat.
SOALAN :Apabila imam tersilap, contohnya tertinggal tahiyat awal, bagaimana makmum boleh menegurnya?
JAWAPAN : Dalam hal ini, makmum itu perlu tahu adakah kesilapan itu perkara rukun atau sunat dalam solat.
Kalau dalam perkara sunat, makmum tidak dibenarkan melawan atau menyalahi imam. Contohnya, imam terlupa membaca tahiyat awal pada rakaat kedua sebaliknya terus qiam selepas sujud.
Dalam hal ini, makmum wajib ikut imam cuma dia boleh menegur dengan menyebut subhanallah supaya imam tahu dia terlupa tahiyat awal dan boleh sujud sahwi kemudian.
Jika makmum berkeras dan membaca tahiyat awal maka solatnya batal.
Lain pula halnya jika yang terlupa itu melibatkan rukun. Contohnya, imam bangkit selepas rakaat keempat pada solat asar.
Kalau makmum sedar imam terlebih rakaat, maka dia tidak boleh ikut bangun. Jika makmum ikut tambah satu rakaat, maka solatnya batal. Walhal bagi imam, solatnya sah kerana dikira uzur akibat terlupa. Dengan itu, imam boleh teruskan solat hingga memberi salam.
Sebaliknya makmum diberi pilihan sama ada hendaklah duduk tahiyat akhir dan tunggu imam sehingga sampai salam atau niat mufarakah (berpisah daripada imam).
SOALAN : Dalam mengajar anak-anak solat berjemaah, adakah wajar membawa mereka bersama-sama di tengah saf?
JAWAPAN : Membawa anak-anak solat berjemaah adalah amalan baik. Cuma, pengawasan ibu bapa serta Ahli Jawatankuasa (AJK) masjid atau surau adalah perlu. Ia supaya anak-anak tidak mengganggu perjalanan solat sehingga menjejaskan kekhusyukan para jemaah.
Bagaimanapun, perkara ini adalah subjektif dan memerlukan kita melihat kepada kesesuaian tempat, masa dan kumpulan sasaran.
Jika berlaku kesesakan disebabkan ruang solat yang kecil terutama pada solat Jumaat maka pengasingan saf antara golongan dewasa dan kanak-kanak perlu dilakukan secara bijak.
Adalah dicadangkan supaya diletakkan had saf kanak-kanak untuk memberi ruang kepada jemaah dewasa yang masbuk.
Para ulama khilaf dalam menetapkan hukum sama ada putus atau tidak saf jika ada kanak-kanak di situ. Bagaimanapun, umumnya di negara kita, saf kanak-kanak diasingkan daripada dewasa. Cuma ia jangan pula terlalu jauh antara kedua-duanya
9.12.10
tAHUN hIJRAH... bERMULA BULAN mUHARRAM TETAPI RASULULLAH BERHIJRAH DI BULAN rABIULAWAL...
Dalam soal ini ramai yang keliru seperti saudara kerana Nabi kita berhijrah bukan pada bulan Muharam sebagai yang disangka. Kita semua tahu bahawa peristiwa Hijrah tersebut berlaku pada bulan Rabiulawal pada tahun itu. Kerana Umar telah memilih tahun berlakunya peristiwa Hijrah itu untuk menetapkan tahun baru Islam dalam satu mesyuaratnya, sebagai titik tolak bermulanya tahun baru Islam.
5.12.10
4.12.10
Meringankan Bebanan Kerja-kerja Rumah Dengan Zikir
http://fiqh-sunnah.blogspot.com/
Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin al-Mutsanna] dan [Muhammad bin Basysyar] - lafazh ini milik Ibnu Mutsanna keduanya berkata; Telah menceritakan kepada kami [Muhammad bin Ja’far] Telah menceritakan kepada kami [Syu’bah] dari [al-Hakam] dia berkata; Aku mendengar [Ibnu Abu Laila] Telah menceritakan kepada kami [Ali]:
Bahwasanya Fatimah merasa sakit tangannya kerana menumbuk tepung dan ketika itu ada seorang pelayan yang menawarkan dirinya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam. Fatimah datang menemui Rasulullah untuk meminta seorang pembantu. Tetapi ia tidak berjaya menemui Rasulullah dan hanya bertemu dengan ‘Aisyah. Kemudian Fatimah menyampaikan pesanan kepada ‘Aisyah untuk disampaikan kepada Rasulullah. Ketika Rasulullah tiba di rumah, ‘Aisyah pun memberitahu beliau tentang kedatangan Fatimah.
Ali bin Abu Thalib berkata; “Lalu Rasulullah pergi ke rumah kami ketika kami sedang baring hendak tidur. Maka kami segera bangun, tetapi beliau mencegahnya lalu berkata: ‘Tetaplah di tempat kamu! ‘ Kemudian Rasulullah duduk di antara kami sehingga aku merasakan dinginnya telapak kaki beliau yang menyentuh dada-ku. Setelah itu, Rasulullah bersabda: ‘Inginkah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu minta? Apabila kamu baring hendak tidur, maka bacalah takbir (Allahu Akbar) tiga puluh empat kali, tasbih (Subhanallah) tiga puluh tiga kali, dan tahmid (Alhamdulillah) tiga puluh tiga kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kamu daripada seorang pembantu.’
Telah menceritakannya kepada kami [Abu Bakr bin Abu Syaibah] Telah menceritakan kepada kami [Waki’] Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, Telah menceritakan kepada kami [Ubaidullah bin Mu’adz] Telah menceritakan kepada kami [Bapakku] Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, Telah menceritakan kepada kami [Ibnu al-Mutsanna] Telah menceritakan kepada kami [Ibnu Abu Adi] seluruhnya dari [Syu’bah] melalui sanad ini. Di dalam Hadits Mu’adz dengan menggunakan kalimat; Apabila ‘kamu baring hendak tidur di malam hari.’ Telah menceritakan kepadaku [Zuhair bin Harb] Telah menceritakan kepada kami [Sufyan bin Uyainah] dari [Ubaidullah bin Abu Yazid] dari [Mujahid] dari [Ibnu Abu laila] dari [Ali bin Abu Thalib] Demikian juga diriwayatkan dari jalur lainnya, dan telah menceritakannya kepada kami [Muhammad bin Abdullah bin Numair] dan [Ubaid bin Ya’isy] dari [Abdullah bin Numair] Telah menceritakan kepada kami [Abdul Malik] dari [Atha bin Abu Rabah] dari [Mujahid] dari [Ibnu Abu Laila] dari [Ali] dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam yang sama dengan Hadits Al Hakam dari Ibnu Abu Laila. Di dalamnya ada tambahan,
Ali berkata; ‘Aku tidak pernah meninggalkan bacaan tersebut semenjak aku mendengarnya dari Rasulullah.’ Seseorang bertanya kepadanya; ‘Wahai Ali, adakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin? ‘Ali menjawab; ‘Ya. Aku tidak pernah meninggalkan bacaan ini pada malam perang Shiffin sekalipun.’ Sedangkan di dalam Hadits Atha dari Mujahid dari Ibnu Abu Laila dia berkata; aku bertanya kepada Ali; ‘Apakah kamu juga tidak meninggalkan doa ini pada malam perang Shiffin?’
Rujukan: Shohih Muslim, 13/259, Kitab: adz-Dzikr wad-Du’a wat-Taubati wal-Istighfar, Bab: Tasbih di Ketika Awal Siang dan Hendak Tidur, no. 4906. Maktabah Syamilah.