29.12.10

hanya pandangan - ASB/ ASN

Assalamualaikum,


Pertama sekali aku ni bukan lah ustaz atau alim ulamak yang boleh jatuh kan hukum.
segala apa yang aku cerita adalah berdasarkan pengalaman peribadi sahaja.

Aku jumpa tentang hukum ASB ni diperdebatkan masa aku masih sekolah lagi (1998).
dalam majalah ape aku pun dah lupa..tapi dalam tu masing-masing memberikan hujah
yang mengatakan HALAL dan tak kurang juga mengatakan HARAM.

Aku tak peduli sangat masa tu..aku anggap HALAL je sebab semua orang masa tu berebut nak
tambah pelaburan ASB dan tak da yang pertikaikan pun hukum pelaburan ASB. Pelaburan yang
dijamin, dividen yang tinggi dan istimewa untuk bumiputra membuat kan ASB suatu pelaburan
terbaik untuk orang kita.

Aku berpeluang bekerja dengan sebuah INVESTMENT BANK terkemuka di KL.
Kerja aku mudah (tapi risiko tinggi) iaitu menguruskan ORDER BUY and SELL saham-saham di KLSE.
client utama adalah LOCAL INSTITUTIONAL seperti EPF,PNB,KWAP,VALUE CAP, Tabung Haji, PERKESO (socso),UNIT TRUST FUND dan INSURANCES.

Kerja aku khusus jaga PNB punya ORDER je..jadi sedikit sebanyak aku tahu apa PORTFOLIO PNB. antara saham-saham
yang termasuk di dalam portfolio tersebut BANKING (ie Maybank), BAT (Dunhill), dan Plantation (Sime Darby).
kecuali plantation, banking dan BAT (british american tobacco) adalah kaunter-kaunter saham yang tidak mendapat
kelulusan syariah. di dalam banking hanya Takaful sahaja yang diluluskan oleh syariah.

Aku pernah utarakan soalan kepada bos aku. kenapa PNB (ie ASB) tak labur dalam saham-saham yang syariah approved.
menurut dia, kalau PNB tak heavily invest dalam banking contohnya, PNB takkan mampu menawarkan dividen yang tinggi kerana banking adalah antara penyumbang utama dividen kepada PNB.

Mujur aku tak jumpa pelaburan PNB dalam Magnum (judi), Genting dan carlsberg. aku penah jumpa pelaburan perkeso dalam carlsberg. teruk tul perkeso ni.

Sesuatu yang melegakan aku adalah portfolio Tabung Haji. Aku tak jumpa pelaburan Tabung Haji dalam kaunter-kaunter yang tidak diluluskan syariah. (Tabung haji banyak saham dalam KFC Holding. patut la orang pegi haji bagi makan KFC :senyum:..) Mungkin sebab itu TH tak mampu menawarkan dividen seperti ASB, bukan sebab investment team tak power, tapi sebab takda BANKING dalam portfolio mereka..mungkin...

Pernah juga aku ajukan soalan tentang halal haram ASB ni kat bos aku. Pendapat dia, lebih kurang 30% dari pelaburan PNB adalah dalam saham-saham yang tidak diluluskan syariah dan 70% adalah yang diluluskan. Jadi bila terima dividen tu 30% dari dividen dia akan sedekah ke masjid/surau. 70% dia ambik. ada logik juga cadangan dia. tapi bagi aku kalo dah bercampur-campur bagus elakkan terus.

Semenjak aku tahu realiti sebenar tentang pelaburan ASB ni, aku dah pull out semua duit aku dari ASB. semua aku letak kat TH. mungkin dividen tak selumanyan macam ASB tapi sekurang-kurangnya aku tak susah hati pikir halal ke haram. (sekarang ni tengah usyar2 satu pelaburan yang dijamin HALAL dan setanding ASB mungkin lebih lagi)

Harap warga putera boleh tolong bincang kan isu ni..

p/s: tulisan di atas tu sekadar pendapat peribadi. aku tak berniat nak menyinggung mana-mana pihak atau individu.

p/p/s: untuk lebih yakin sila rujuk dengan USTAZ berhampiran anda

Tiada ulasan: