12.4.12

Perihal qada solat yang tertinggal masa yang dulu-dulu

Hukum Sengaja Meninggalkan Solat Sehingga Tamat Waktunya Tanpa Sebarang Uzur Syar’i

http://fiqh-sunnah.blogspot.com/

Pendapat pertama:
Dia berdosa besar dan perlu segera (Wajib) mengqadha’ solat yang ditinggalkannya.

Pendapat kedua:
Tidak wajib qadha’, di mana ia tidak boleh (tidak sah) diqadha'. Dia berdosa besar, dan wajib bertaubat.

Penjelasan:

Pendapat yang paling kuat di antara dua pendapat ulama adalah dia tidak wajib mengqadha’nya, dan tidak sah baginya sekiranya dia mengqadha’nya. Kerana solat adalah ibadah yang telah ditentunya waktunya masing-masing, di mana ada awal masuknya waktu dan tamatnya waktu. Maka, adalah tidak sah melaksanakan solat fardhu di luar daripada waktu yang telah disyari’atkan sama ada sebelum masuk waktu, atau pun setelah tamat waktunya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Sesungguhnya solat itu adalah kewajiban yang ditentukan waktunya ke atas orang-orang yang beriman.” (Surah an-Nisaa’, 4: 103)

Melalui ayat ini, ia jelas menunjukkan kewajiban solat, dan bahawa solat itu memiliki waktu tertentu di mana dengannya ia tidak sah melainkan di dalam waktunya yang telah ditetapkan, tidak kira sama ada anak kecil, orang tua, ulama atau pun orang yang jahil, di mana pun mereka berada pada wktu tersebut. (Rujuk: Tafsir as-Sa’di)

Begitulah sebagaimana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri tidak memberi keringanan untuk mengqadha’nya (dilaksanakan solat di luar waktunya), melainkan bagi orang yang lupa atau tertidur.

“Sesiapa yang lupa atau tertidur (sehingga tertinggal) solat, maka hendaklah dia segera melakukan solat tersebut di saat dia mengingatnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 607)

Demikianlah pendapat yang tepat dalam persoalan ini, dan pendapat inilah juga yang dipegang oleh majoriti Sahabat radhiyallahu ‘anhum, sekelompok ulama Salaf (dari generasi awal), Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyah, dan inilah juga yang dipegang oleh sekumpulan ulama zaman ini seperti Syaikh Soleh al-Utsaimin dan Syaikh al-Albani rahimahullah.

Lalu ada yang berkata "Wah, best la xpayah qada tetinggal solat yang dulu-dulu "

Perlu difahami dengan jelas bahawa dengan tidak adanya qadha’ bagi solat yang ditinggalkan dengan sengaja bererti kita boleh bebas meninggalkan solat. Dan sekali-kali ia bukanlah sebuah keringanan dari Allah. Tetapi sebenarnya perbuatan tersebut (meninggalkan solat dengan sengaja) adalah sangat besar dosanya, lebih besar dari hanya sekadar diqadha’, walau pun dia menggantinya dengan melakukan sebanyak seribu kali solat, maka ia tidak akan tertebus melainkan dengan segera bertaubat memperbanyakkan permohonan ampun kepada Allah Yang Maha Kuasa dan Pengampun.

Begitu juga kepada mereka yang telah berkali-kali meninggalkan solat fardhu dengan sengaja tanpa sebarang uzur yang dibenarkan, maka hendaklah dia segera bertaubat dan berusaha dengan sedaya-upayanya untuk beristiqomah melaksanakan solat di dalam waktunya dan tidak lagi meninggalkan solat tanpa sebarang uzur syar’i.

SOLAT : Jarak diantara dua kaki masa solat berdiri

Jarak Di Antara Dua Kaki Dan Saf Yang Lurus


Menjarakkan kedua-dua belah kaki semasa berdiri dalam solat merupakan perkara sunat sahaja dan ia telah disepakati oleh para ulama. Namun tiada dalil khusus yang menetapkan jarak tertentu secara spesifik. Walaubagaimanapun, terdapat hadis yang tidak menggalakkan untuk merapatkan kedua-dua belah kaki semasa solat, yakni eloklah dijarakkan.

Pandangan yang berkaitan dengan jarak di antara kedua-dua kaki (Atiyyah,Saqar, Min Ahsan al-kalam fi al-fatawa, jil 1, hlm.553 dan al-Fiqh al-Islami wa Adillatuh, jil.2 hlm.882):

Mazhab Syafi'e : Kadar sejengkal

Mazhab Hanafi : Kadar empat jari tangan. Jika kurang atau terlebih adalah makruh.

Mazhab Maliki dan Hambali : Kadarnya ialah sederhana menurut uruf, tidak terlalu luas dan tidak terlalu rapat.

Namun jarak dua kaki menjadi penting dan tergolong dalam sunah yang khusus apabila menunaikan solat secara berjemaah.


Jarak kaki ketika solat berjemaah

Melurus dan merapatkan saf bererti mesti menjaga jarak kaki. Justeru dalam keadaan tersebut, perlu diingat kadar yang telah ditetapkan oleh ulama. Bagi memperoleh kualiti yang terbaik dan pahala yang banyak, maka pandangan yang disarankan menurut penulis dalam hal jarak antara dua kaki ini adalah seperti berikut:

Jarak yang terbaik ialah sehingga menyentuh jari kaki ahli jemaah yang lain di sebelah kita. Ia sekali gus mempertautkan ukhwah dan mampu membuang ego.

Imam al-Bukhari (no.692) meriwayatkan perbuatan sahabat apabila Rasulullah memerintahkan supaya meluruskan saf : "Adakah semua kami (sahabat) bersentuh bahu kami dengan yang lain, demikian juga hujung kaki."

Kedudukan kaki yg betul, lurus ke arah kiblat dan Menutup celahan di antara saf

Dari Ibnu Umar bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tegakkanlah saf-saf, sejajarkanlah bahu-bahu kalian, tutupkanlah celah-celah, dan lembutkanlah diri kalian untuk disentuh tangan-tangan saudara kalian. Jangan biarkan celah-celah untuk dimasuki syaitan. Barangsiapa yang menyambung saf, maka Allah menyambungnya dan barangsiapa yang memutuskan saf, maka Allah memutuskannya.” (Hadith Riwayat Abu Daud, an-Nasa’i, Ahmad, )



Wallahu ‘alam bi sawab.

9.4.12

Cara duduk antara dua sujud yang dibenarkan



Duduk antara dua sujud merupakan salah satu rukun fi‘li (perbuatan) yang pendek. Menurut jumhur ulama duduk antara dua sujud adalah wajib dan tidak sah sembahyang jika ditinggalkan dengan sengaja. (Al-Majmuk: 3/367)

Menurut ashhab mazhab Syafi‘e dan jumhur ulama wajib thuma’ninah ketika ruku‘, sujud, i‘tidal (bangkit daripada ruku‘) dan duduk antara dua sujud, berdasarkan hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam yang bermaksud :

"Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: "Apabila engkau berdiri untuk menunaikan sembahyang hendaklah bertakbir, kemudian bacalah yang mudah olehmu daripada ayat Al-Quran. Kemudian ruku‘ dengan thuma’ninah, kemudian bangkit sehingga berdiri tegak (i‘tidal), kemudian sujud dengan tuma’ninah, kemudian bangkitlah daripadanya dengan thuma’ninah, dan lakukanlah yang sedemikian itu dalam setiap sembahyangmu". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Maka perbincangan ini akan menjelaskan kaifiyat atau cara duduk antara dua sujud.

Imam An-Nawawi (Al-Majmuk:3/397-403) menjelaskan kaifiyat atau cara duduk antara dua sujud itu ada tiga cara:

Cara pertama
Punggung didudukkan di atas tapak kaki kiri, sementara itu didirikan tapak kaki kanan dengan melipatkan anak-anak jari kaki kanan menghala ke kiblat. Inilah kaifiyat duduk antara dua sujud yang dilakukan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Humaid As-Sa‘idiy yang bermaksud :

"Telah berkata Abu Humaid As-Sa‘idiy: "Aku adalah orang yang paling hafal (mengetahui) akan shalatnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam. Aku melihat ketika Baginda bertakbir, Baginda mengangkatkan tangan Baginda sejajar dengan dua bahunya. Apabila ruku‘, Baginda letakkan kedua tangannya pada kedua lutut. Kemudian Baginda membungkukkan punggung. Apabila Baginda mengangkat kepala (dari ruku‘) Baginda tegak sehingga setiap tulang belakangnya kembali ke tempatnya. Apabila sujud Baginda letakkan kedua tangan Baginda dengan tidak mencengkam dan tidak pula menggenggam, dan Baginda hadapkan hujung jari-jari Baginda ke arah kiblat. Apabila Baginda duduk pada raka‘at ke dua, Baginda duduk di atas kaki kiri dan menegakkan kaki kanan. Apabila Baginda duduk pada raka‘at akhir maka Baginda julurkan kaki kiri dan ditegakkannya kaki kanan dan Baginda duduk di atas tempat duduk Baginda (tikarnya)". (Hadis riwayat Al-Bukhari)

Cara kedua - duduk Iqa'a
Cara duduk ini juga diamalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam ialah duduk iq‘a iaitu dengan punggung didudukkan di atas kedua-dua tapak kaki dan tumit, sebagaimana yang disebutkan dalam riwayat Ibnu ‘Umar Radhiallahu ‘anhuma:

Maksudnya: "Abu Zubair mendengar daripada Thawus mengatakan: "Kami bertanya kepada Ibnu ‘Abbas mengenai duduk (dengan cara iq‘a) di atas dua kaki. Ibnu ‘Abbas menjawab: "Itu adalah sunat". Lalu kami berkata kepadanya: "Kami melihat (cara duduk sedemikian) menyusahkan orang tersebut". Ibnu abbas menjawab: "Itulah sunnah Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam". (Hadis riwayat Muslim)

Cara ketiga
menurut riwayat daripada Ibnu ‘Umar dan Ibnu ‘Abbas Radhiallahu ‘anhum ialah dengan duduk di atas dua tumit dan jari kaki, adalah juga termasuk duduk antara dua sujud. (Al-Majmuk: 3/399) Perkara ini disebutkan dalam satu riwayat daripada Az-Zubair yang maksudnya :

"Sesungguhnya dia (Az-Zubair) melihat ‘Abdullah bin ‘Umar apabila sujud, kemudian beliau mengangkat kepalanya daripada sujud yang pertama (lalu) duduk di atas jari-jari kakinya dan beliau berkata: "Sesungguhnya (duduk seperti ini) adalah sunnah". (Riwayat Al-Baihaqi)

Cara duduk Iqa'a yang dimakruhkan

Menurut An-Nawawi, ulama‘ berselisih pendapat pada hukum duduk dan kaifiyat dalam duduk al-iq‘a. Sebenarnya cara duduk iq‘a itu dua macam:

1. Meletakkan kedua punggungnya di bumi, menegakkan kedua kakinya dan meletakkan kedua tangannya di atas bumi seperti duduknya seekor anjing. Inilah cara duduk yang dimakruhkan sebagaimana yang dimaksudkan dalam larangan hadis.

2. Menjadikan kedua punggungnya atas tumitnya ketika melakukan duduk di antara dua sujud. Inilah cara duduk yang disunatkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wasallam.

Dalam perkara 2 di atas, Imam As-Syafi‘e menyatakan adalah sunat melakukan duduk Iq‘a ketika duduk antara dua sujud sebagaimana disebutkan dalam kitabnya Al-Buwaithi dan Al-Imla’.

Walau bagaimanapun dalam nash (kitab) yang lain, beliau menyatakan duduk yang masyhur dan disunatkan ialah duduk iftirash.

Cara duduk antara dua sujud yang afdal

Oleh yang demikian, duduk yang afdhal menurut mazhab Syafi‘e ialah dengan cara duduk iftirash sama ada ketika melakukan duduk tasyahhud awal, duduk antara dua sujud mahupun ketika duduk istirahah (duduk sebelum bangkit bagi raka‘at seterusnya).

Manakala duduk ketika tasyahhud akhir sunat dilakukan dengan duduk tawarruk (sebagaimana duduk yang biasa kita buat pada raka‘at terakhir sebelum salam). (Shahih Muslim Syarh An-Nawawi: 2/169-170)

Kedudukan tangan dan jari ketika duduk antara dua sujud

Disunatkan dalam duduk antara dua sujud itu, meletakkan tangan kanan di atas paha kanan dan tangan kiri di atas paha kiri dengan jari-jari diletakkan sejajar di atas kepala lutut sambil menghadap kiblat. Maka tidaklah mengapa jika jari-jari tersebut melimpasi lutut berkenaan. (Al-Majmu‘: 3/398)

Cara duduk antara dua sujud dengan cara duduk Iqaa


Duduk Iqaa' Duduk Di Atas dua Tumit Kaki


Dari Thawus r.a katanya:”Kami bertanya kepada Ibnu Abbas mengenai hukum duduk di atas kedua tumit. Jawab Ibnu Abbas;”Hukumnya sunat.” Kami berkata:”kami lihat janggal (jarang) orang duduk seperti itu.” Jawab Ibnu Abbas:”Tetapi begitulah sunnah nabi s.a.w.”
(Hadith RiwayatMuslim)


Apakah dimaksud duduk antara dua tumit di atas?

Duduk ini dipanggil sebagai duduk Iq'aa', iaitu duduk diatas kedua-dua tumit. Ia memang sunnah sebagaimana yang di riwayatkan didalam hadith Muslim mengenai kata-kata Ibnu Abbas ra. tersebut. Caranya - kedua-dua kaki ditegakkan, dan kedudukan punggung diatas kedua-dua kaki.

Apa hukumnya seorang yang dalam keadaan sihat melakukan solat sunat dalam keadaan duduk?




Berdiri semasa solat fardu adalah rukun solat. Imam Nawawi rh mengatakan ijma' ulama mengatakan berdiri adalah salah satu dari rukun solat, dan tiada solat tanpanya [al-Majmu, 3/236]. Bagi mereka yang tidak mempunyai keuzuran atau sakit, wajib melakukan solat berdiri, jika tidak berdiri dengan sengaja solatnya tidak sah.

Didalam sebuah hadith sahih :-

عن عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : كَانَتْ بِي بَوَاسِيرُ فَسَأَلْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلاةِ ، فَقَالَ : " صَلِّ قَائِمًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَقَاعِدًا فَإِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ فَعَلَى جَنْبٍ .
"Dari Imran ibn Husain ra. telah berkata : Aku menghadapi buasir dan telah bertanya Nabi :saw mengenai solat. Baginda berkata : Solatlah berdiri, jika tidak mampu lakukan secara duduk, jika tidak mampu lakukan secara mengiring" [Hadith Riwayat al-Bukhari].

Jelas hadith ini menunjukkan wajib berdiri didalam solat fardu jika seseorang itu mampu berdiri.

Berlainan hukumnya didalam solat sunat, dimana seseorang itu dibenarkan melakukan solat secara duduk walaupun dia tidak uzur. Berkata Ibn Qudamah rh :

لا نعلم خلافاً في إباحة التطوع جالساً ، وأنه في القيام أفضل ، وقد قال النبي صلى الله عليه وسلم : ( مَنْ صَلَّى قَائِمًا فَهُوَ أَفْضَلُ ، وَمَنْ صَلَّى قَاعِدًا فَلَهُ نِصْفُ أَجْرِ الْقَائِمِ ) متفق عليه – رواه البخاري ( 1064 ) فقط - ، وفي لفظ مسلم – ( 735 ) - ( صَلاَةُ الرَّجُلِ قَاعِدًا عَلَى نِصْفِ الصَّلاَةِ )
"Kami tidak tahu wujudnya khilaf (perselisihan) kebenaran melakukan solat sunat secara duduk. Akan tetapi jika berdiri adalah lebih afdal (diutamakan). Telah berkata Nabi :saw (barangsiapa yang bersolat berdiri ia adalah lebih baik, barangsiapa bersolat secara duduk ia mendapat separuh pahala orang berdiri) Hadith Muttafaq Alaih - riwayat al-Bukhari #1064, didalam lafaz Imam Muslim # 735 pula berbunyi (Solat seorang lelaki secara duduk pahalanya adalah separuh solat)" [al-Mughni, 1/811].

Imam Nawawi rh juga menyebut : dibolehkan melakukan solat sunat secara duduk bagi yang berkemampuan bersolat berdiri secara 'ijmak, dengan sandaran hadith-hadith sahih sebagaimana kita diperingatkan mengenai hadith yang masyhur sahihnya, akan tetapi pahala/ganjarannya adalah separuh ganjaran solat berdiri [al-Majmu', 1/239].

Kesimpulannya, didalam solat fardu, seseorang yang tidak uzur wajib berdiri, akan tetapi didalam solat sunat, seseorang yang tidak uzur dibenarkan duduk tanpa khilaf, akan tetapi pahalanya adalah setengah dari orang yang bersolat sunat sambil berdiri. WA.

Bila habis waktu solat isyak?

Para ulama membahagikan waktu solat isyak kepada waktu ikhtiariy (الإختياري) dan waktu al-Idhtiroriy (الإضطراري).
Waktu al-Ikhtiyari bagi solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam. Manakala waktu al-Idhtiroriy pula berlanjutan sehingga terbitnya fajar sidik.


Maksud waktu al-Ikhtiariy: ialah waktu yang dibenarkan solat di dalamnya tanpa makruh, samaada di awal waktu ikhtiyari ini atau di akhirnya.

Manakala maksud waktu al-Idhtiroriy: ialah waktu yang tidak boleh dilewatkan solat sehingga masuk waktunya melainkan bagi orang-orang yang berada dalam keuzuran seperti orang gila yang normal setelah berlalunya waktu al-Ikhtiyariy, wanita haid, orang yang tertidur, terlupa, org kafir yang baru memeluk islam atau budak yang baru baligh.

Ini menunjukkan tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga habisnya waktu al-Ikhtiyari melainkan bagi orang-orang yang memiliki keuzuran seperti yang disebut di atas.

Perkara ini berdasarkan hadith Nabi S.A.W.

وَوَقْتُ صَلَاةِ الْعِشَاءِ إِلَى نِصْفِ اللَّيْلِ الْأَوْسَطِ

Maksudnya: “Dan waktu solat ‘isya ialah sehingga sebahagian malam yang pertengahan.”

Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim menyebut, maksudnya hadith ini ialah: “waktu menunaikannya dlm waktu al-Ikhtiyariy.” (5/111)
Badan Fatwa Arab Saudi di dalam fatwa mereka menyebut:

ووقت العشاء من غيبوبة الشفق الأحمر إلى نصف الليل ، وهذا وقت الاختيار لها ، ووقت الاضطرار من نصف الليل إلى طلوع الفجر

Maksudnya: “Waktu ‘isya itu bermula dari luputnya awan merah (habis waktu maghrib) sehingga pertengahan malam, ini adalah waktu al-Ikhtiyar, manakala waktu al-Idhthiror bermula dari sebahagian malam sehingga terbitnya fajar.” (6/113)

Al-Syeikh Abdul Aziz Abdillah bin Baz menyebut:

فإذا غاب الشفق - وهو : الحمرة في جهة المغرب - انتهى وقت المغرب ، ودخل وقت العشاء إلى نصف الليل ، وما بعد نصف الليل وقت ضرورة لوقت العشاء ، فلا يجوز التأخير لما بعد نصف الليل ولكن ما بين غروب الشفق إلى نصف الليل كله وقت اختياري للعشاء ، فلو صلاها بعد نصف الليل أداها في الوقت ، لكن يأثم ؛ لأنه أخرها إلى وقت الضرورة

Maksudnya: “Apabila telah hilangnya awan merah – iaitu awan merah sebelah barat – tamatlah waktu maghrib dan masuknya waktu ‘isya sehingga pertengahan malam. Dan apa yang selepas pertengahan malam adalah waktu dhorurah (al-Idhthirar) bagi solat ‘isya, tidak boleh melewatkan solat ‘isya sehingga selepas pertengahan malam, antara hilangnya awan merah sehingga pertengahan malam itu adalah waktu al-Ikhtiyariy bagi solat ‘isya, jika seseorang menunaikan solat ‘isya selepas pertengahan malam (selepas tamatnya waktu al-Ikhtiyariy) dia telah menunaikan solat itu di dalam waktunya, akan tetapi dia dikira berdosa, kerana melewatkan solat ‘isya sehingga masuk waktu dharurah.” (Fatwa Bin Baz 10/384)

wallahu a'lam

8.4.12

MELINTAS DIHADAPAN ORANG SOLAT

Larangan Melintas Di Hadapan Orang Solat

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda yang bermaksud:


“Sekiranya orang yang melintas di hadapan orang yang sedang solat mengetahui apa akibat yang akan ia tanggung, nescaya ia berdiri selama empat puluh lebih baik baginya daripada dia melintas di hadapan orang yang sedang solat.”

Abu an-Nadhr (salah seorang perawi hadis ini) berkata, “Aku tidak tahu yang dimaksudkan dengan jumlah “empat puluh” tersebut, adakah empat puluh hari, atau bulan, atau tahun.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 510. Muslim, no. 507)

Ibnu Khuzaimah turut meriwayatkan hadis ini dan meletakkannya dalam bab:

“Ancaman keras melintas di hadapan orang yang sedang solat, dan merupakan dalil berdiri lama menunggu ucapan salam seseorang yang sedang solat itu lebih baik daripada melintas di hadapannya.” (Shahih Ibnu Khuzaimah, 2/14)

Kata Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

“Makna hadis ini, sekiranya ia mengetahui betapa besarnya dosa dari perbuatan tersebut, pasti dia akan memilih untuk berhenti selama empat puluh dari perlu menanggung dosa akibat perbuatan tersebut. Jadi, hadis ini adalah larangan yang cukup keras dan ancaman yang berat sebagai akibat perbuatan melintas di hadapan orang solat.” (Syarah Shahih Muslim, 4/225)

Larangan ini merujuk kepada perbuatan melintasi kawasan depan orang yang sedang solat. Sekiranya dia mengenakan sutrah, maka dibolehkan melintas di sebalik sutrah yang dikenakan. Dan tidak boleh melintas di dalam lingkungan kawasan antara sutrah dengan orang solat yang mengenakannya.

PETIR DALAM ISLAM



Kilat petir terjadi dalam bentuk setidaknya dua sambaran. Pada sambaran pertama muatan negatif (-) mengalir dari awan ke permukaan tanah. Ini bukanlah kilatan yang sangat terang. Sejumlah kilat percabangan biasanya dapat terlihat menyebar keluar dari jalur kilat utama.

Ketika sambaran pertama ini mencapai permukaan tanah, sebuah muatan berlawanan terbentuk pada titik yang akan disambarnya dan arus kilat kedua yang bermuatan positif terbentuk dari dalam jalur kilat utama tersebut langsung menuju awan.

Dua kilat tersebut biasanya beradu sekitar 50 meter di atas permukaan tanah. Arus pendek tersebut di titik pertemuan antara awan dan permukaan tanah tersebut, dan hasilnya sebuah arus listrik yang sangat kuat dan terang mengalir dari dalam jalur kilat utama itu menuju awan. Perbedaan tegangan pada aliran listrik antara awan dan permukaan tanah ini melebihi beberapa juta volt.

Energi yang dilepaskan oleh satu sambaran petir lebih besar daripada yang dihasilkan oleh seluruh pusat pembangkit tenaga listrik. Suhu pada jalur di mana petir terbentuk dapat mencapai 10.000 derajat Celsius.

Suhu di dalam tanur untuk meleburkan besi adalah antara 1.050 dan 1.100 derajat Celsius. Panas yang dihasilkan oleh sambaran petir terkecil dapat mencapai 10 kali lipatnya. Panas yang luar biasa ini berarti bahwa petir dapat dengan mudah membakar dan menghancurkan seluruh unsur yang ada di muka bumi.

Perbandingan lainnya, suhu permukaan matahari tingginya 700.000 derajat Celsius. Dengan kata lain, suhu petir adalah 1/70 suhu permukaan matahari. Cahaya yang dikeluarkan oleh petir lebih terang daripada cahaya 10 juta bola lampu pijar berdaya 100 watt.

Satu kilatan petir menyinari sekelilingnya secara lebih terang dibandingkan ketika satu lampu pijar dinyalakan di setiap rumah di Istanbul. Allah mengarahkan perhatian pada kilauan luar biasa dari petir ini dalam Al Qur'an.

"...Kilauan kilat awan itu hampir-hampir menghilangkan penglihatan." (Q.S. An Nuur, 24:43)

Kilauan yang terbentuk turun sangat cepat ke bumi dengan kecepatan 96.000 km/jam. Sambaran pertama mencapai titik pertemuan atau permukaan bumi dalam waktu 20 milidetik, dan sambaran dengan arah berlawanan menuju awan dalam tempo 70 mikrodetik.

Secara keseluruhan petir berlangsung dalam waktu hingga setengah detik. Suara guruh yang mengikutinya disebabkan oleh pemanasan mendadak dari udara di sekitar jalur petir. Akibatnya udara tersebut memuai dengan kecepatan melebihi kecepatan suara, meskipun gelombang kejutnya kembali ke gelombang suara normal dalam rentang beberapa meter. Gelombang suara terbentuk mengikuti udara atmosfer dan bentuk permukaan setelahnya. Itulah alasan terjadinya guntur dan petir yang susul-menyusul.

Saat kita merenungi semua perihal petir ini, kita dapat memahami bahwa peristiwa alam ini adalah sesuatu yang menakjubkan. Bagaimana sebuah kekuatan luar biasa semacam itu muncul dari partikel bermuatan positif dan negatif, yang tak terlihat oleh mata telanjang, menunjukkan bahwa petir diciptakan dengan sengaja. Lebih jauh lagi, kenyataan bahwa molekul-molekul nitrogen, yang sangat penting untuk tumbuhan, muncul dari keukuatan ini, sekali lagi membuktikan bahwa petir diciptakan dengan kearifan khusus.

Allah secara khusus menarik perhatian kita pada petir ini dalam Al Qur'an. Arti surat Ar Ra'd, salah satu surat Al Qur'an, sesungguhnya adalah "Guruh". Dalam ayat-ayat tentang petir Allah berfirman bahwa Dia menghadirkan petir pada manusia sebagai sumber rasa takut dan harapan.

Allah juga berfirman bahwa guruh yang muncul saat petir menyambar bertasbih dan memujiNya. Allah telah menciptakan sejumlah tanda-tanda bagi kita pada petir. Kita wajib berpikir dan bersyukur bahwa guruh, yang mungkin belum pernah dipikirkan banyak orang seteliti ini dan yang menimbulkan perasaan takut dan pengharapan dalam diri manusia, adalah sebuah sarana yang dengan rasa takut kepada Allah semakin bertambah dan dikirim olehNya untuk tujuan tertentu sebagaimana yang Dia kehendaki.

KUMPULAN DO'A KETIKA TERJADI PERISTIWA PETIR, ANGIN KENCANG DAN HUJAN

Do'a ketika mendengar bunyi halilintar dan petir

Artinya: “Ya Allah, janganlah Engkau bunuh kami dengan kemurkaan-Mu dan janganlah Engkau binasakan kami dengan siksaan-Mu dan selamatkanlah kami sebelum kejadian ini. (H.R Tirmizi dan al Hakim dalam al-Mustadrak; Dhaiful Jami' 4428 dengan isnad dhaif)

سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمِدِهِ وَالْمَلاَئِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ
"Maha Suci Allah yang halilintar bertasbih dengan memujiNya, begitu juga para malaikat, karena takut kepada-Nya." (H. R. Bukhari dalam Al Muwaththa' 2/992. Al-Albani berkata: Hadits di atas mauquf yang shahih sanadnya). "

Do'a ketika angin kencang berhembus


Artinya: “Ya Allah, aku mohon kepada-Mu kebaikannya (angin) dan kebaikan yang dibawanya dan aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang dibawanya eburukan apa saja yang ada di dalamnya.” (H.R. Abu Daud dan Ibnu Majah)

Do'a ketika hujan
Artinya: “Ya Allah, semoga hujan ini membawa kesuburan dan kemakmuran.” (H. R. Bukhari)