23.10.09

APASAL LAA AKU MALAS SEMBAHYANG???



Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku belum terfikir nak bentang sejadah,
Hidup senang rezeki datang melimpah,
Nak dirikan sembahyang, rakan baik setan suruh lengah-lengah,
Allah tarik nikmatku sampai nangis keluar air mata darah barulah padah.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi aku jasad siap dengan bayang-bayang,
Bukan ke lebih baik daripada tiang,
Berdiri tanpa roh malam dan siang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Kerja dah best keluarga pun dah senang,
Negara aman damai tak lagi hidup berdagang,
Takkan 5 minit 5 waktu aku tak boleh nak luang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Allah kasi otak supaya aku tak bangang,
Allah kasi ilmu boleh fikir susah senang,
Allah kasi nikmat kenapalah aku tak kenang,

Apasal laa aku malas sembahyang,

Tengok TV, main bola aku sanggup sampai petang,
Beli tiket konsert, bayar time shopping aku sanggup beratur panjang,
Ingat masuk syurga masuk neraka boleh main hutang-hutang?!!

Apasal laa aku malas sembahyang,
Aku kena ingat umur kita bukannya panjang,
Pagi sihat entah petang nanti dah kejang,
Nanti dalam kubur kena balun sorang-sorang.

Apasal laa aku malas sembahyang,
Seksa neraka cubalah aku bayang,
Perjalanan akhirat memang terlalu panjang,
Janji Allah Taala akan tertunai tak siapa boleh halang!!!

siapa lagi besar


Siapa Lagi Besar


Ketika azan berkumandang,

Laungan Kalimah Allah dikeudarakan.

Seruan Allahu Akhbar (Allahu Maha Besar)!

Allahu Akhbar (Allah Maha Besar) menerpa seluas pandangan.


Namun, apalah ertinya...

Jika maksudnya tidak dimengerti.

Seruan yang menyeru ditunaikan solat,

Tidak lagi sekuat seruan keindahan fatamorgana.


Seruan yang menyeru agar ke masjid.

Tidak lagi sekuat bisingnya hiruk-pikuk kesibukan.

Masjid begitu besar tersergam,

Bukan sedikit masjid yang besar-besar.

Tapi masih tidak cukup besar jumlah pengunjungnya.

Lihatlah betapa ramainya tidak endahkan suara itu.


..... Kerana mungkin jauh di lubuk hatinya,

Tertanam kalimah yang lebih besar

... ahh... Motor aku lagi besar..

kereta aku lagi besar,

duit aku lagi besar, gaji aku lagi besar,

isteri aku lagi besar.

Harta aku lebih besar!


.... Solat?! Ahh... Kemudianlah...

Itu soal kecil saja...

Boleh qodho bila-bila saja...

22.10.09

Gempa Padang, peringatan Tuhan

Gempa Padang, peringatan Tuhan
Oleh
MOHAMAD FIKRI ROSLY
(Mengikuti Program Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana Pariaman
oleh Bank Muamalat ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia, baru-baru ini.)


Apa yang berlaku mungkin kemurkaan Allah dan bencana ini boleh dijadikan iktibar agar kita semua menjauhi maksiat," kata seorang sukarelawan tempatan ketika menceritakan tentang bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, baru-baru ini.

Cerita itulah diluahkan secara spontan oleh salah seorang sukarelawan tempatan bagi menceritakan perasaannya selepas berlakunya bencana pada 30 September lalu itu, yang meragut lebih 1,000 nyawa.

Sebenarnya banyak cerita yang menjadi perbualan masyarakat setempat berhubung bencana itu dan penulis sempat merakamkan beberapa cerita yang diluahkan oleh penduduk sepanjang dua hari mengikuti Program Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana Pariaman oleh Bank Muamalat, baru-baru ini.

Kebanyakan cerita itu dikaitkan dengan sikap masyarakat Padang sendiri, yang didakwa sudah mula lalai melaksanakan ajaran Islam, bergelumang dengan maksiat dan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda, wallahua'lam.

Untuk pengetahuan pembaca, hampir 90 peratus penduduk di wilayah ini terdiri daripada etnik Minangkabau yang beragama Islam.


Delegasi kemanusiaan Bank Muamalat dan jemaah Surau Mutiara Damansara dianggotai seramai 31 orang termasuk wakil media dan jurugambar dari Malaysia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan 10 Oktober lalu.

Misi selama dua hari itu bertujuan menghantar bantuan makanan, minuman, khemah, selimut, kain sarung dan lilin ke beberapa kampung yang terjejas teruk di pedalaman.

Pasukan bantuan itu telah menyewa tujuh kenderaan bagi menghantar bantuan seberat empat tan itu terus kepada mangsa gempa di beberapa kampung termasuk Kampung Koto Rajo, Kampung Simpang Marapalam dan Kampung Palak Aneh.

Petugas yang merupakan lulusan tinggi agama itu melanjutkan ceritanya menceritakan perihal gejala sosial yang berleluasa melanda generasi muda Minangkabau pada masa ini, selain meringan-ringankan perihal sembahyang lima waktu.

Selepas hampir tiga minggu Padang, bandar utama Sumatera Barat dengan jumlah penduduk hampir sejuta orang ini digegarkan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter, ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa gempa itu merupakan musibah kerana maksiat yang berleluasa di wilayah itu.

Ramai yang mempersoalkan bahawa penduduknya sudah jauh menyimpang daripada falsafah 'Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah' yang menjadi pegangan hidup masyarakat Ranah Minang ini sejak dulu lagi.

Oleh kerana itu ada sesetengah pihak mengaitkan waktu gempa yang berlaku pada pukul 5.16 petang dengan gempa susulan pada 5.58 petang dengan ayat al-Quran dalam Surah al-Israa' (17:16 dan 17:5 bagi mengukuhkan pendapat mereka bahawa bencana itu merupakan kemurkaan Tuhan.

Menurutnya, beberapa kawasan pantai di Padang, Purus, Pasir Jambak dan Bukit Lampu, terdapat tempat duduk bertutup dengan kain dipanggil 'warung kelambu' yang menjadi tumpuan anak muda memadu kasih.

Beberapa penduduk lain pula menceritakan tentang kegiatan pelacuran yang berleluasa bertopengkan perniagaan salon serta sarang maksiat dan judi di kawasan Chinatown. Kawasan itu adalah antara yang musnah teruk dalam bencana gempa bumi itu.

Menurut sebilangan penduduk, walaupun pihak penguatkuasa memberi amaran keras dan menampalkan notis di pantai-pantai memberi peringatan dan melakukan serbuan demi serbuan ke atas premis-premis yang 'menaja' kegiatan maksiat tetapi gejala maksiat tetap berleluasa.

Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Utara, Prof. Dr. Abdullah Syah dalam laman web berita Kompas berkata, gempa yang terjadi merupakan cubaan dan peringatan (Allah), baik bagi warga tempatan mahupun daerah lain.

"Kerana itu, semua pihak harus mampu membuka mata hatinya terhadap musibah tersebut.

"Pemerintah harus sadar, banyaknya tempat maksiat justeru mengundang bala bagi daerah itu," katanya.

Yang pasti, gempa kali ini memberi kesan yang mendalam kepada penduduk di Padang. Semoga musibah yang diturunkan oleh Allah ini dapat memberi petunjuk kepada kelalaian yang selama ini dilakukan oleh penghuninya.

Utusan Malaysia online 20/10/2009

21.10.09

Untuk apa kita beribadah kepada Allah

1. Untuk mendapatkan keredhaan Allah
2. Untuk mendekatkan diri pada Allah
3. Sebagai bukti keimanan kita pada Allah
kenapa penderitakan dan kesakitan itu berlaku kepada kita ?

1. Untuk menguji keimanan
2. Agar kita sentiasa mengingati Allah
3. Meningkatkan darjat
4. Melahirkan maniria yang redha
5. Kifarah dosa
JAWATAN : KHALIFAH ALLAH

TUGAS KHALIFAH ALLAH

1. Melaksanakan perintah Allah swt
2. Memajukan alam ini
3. Membenteras kemungkaran
4. Memelihara alam
5. Mentadbir alam

16.10.09




selamat hari lahir yang ke 13 for my boy Muhammad Muizz bin Md Saat

semoga gembira SELALU

DAN sentiasa tingkatkan usaha untuk mencapai impian.....


buat baek berpada pada... buat jahat jangan sekali









10.10.09

kak ngah....





IMAM AS-SYAFIE

Makam Imam As-Syafie

FAKTA MENGENAI IMAM AS-SYAFIE
.
Riwayat Hidup:
Nama sebenarnya ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris.
Beliau digelar "As-Syafie" sempena nama datuknya, Syafie bin Saib..
Imam Al-Syafie dilahirkan pada tahun 150 Hijrah bersamaan dengan 767 Masihi di Ghazzah, Palestin.
Beliau berasal dari keturunan Rasulullah s.a.w. pada sebelah datuknya, Abdul Manaf (datuk ketiga Nabi Muhammad s.a.w. adalah datuk kesembilan).
Imam as-Syafie adalah seorang imam mazhab yang empat, iaitu pengasas "Mazhab Syafie".
Imam as-Syafie meninggal dunia pada tahun 204 Hijrah bersamaan dengan 820 Masihi ketika berusia 54 tahun dan dikebumikan di Arafah, Mesir.
.
Peribadi:
Imam as-Syafie seorang yang berpandangan jauh, berhati mulia dan bercita-cita tinggi.
Beliau berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Beliau bersikap sederhana dalam semua segi, sama ada dalam tingkah laku, berpakaian atau cara makan.
Beliau juga merupakan seorang yang bijak berbicara hinggakan dirinya terlepas daripada hukuman pancung.
Beliau sangat menghormati dan memuliakan para guru yang mengajarnya.
Beliau sangat cinta kepada ilmu pengetahuan. Usia remajanya dihabiskan dengan menuntut ilmu pengetahuan yang memberi manafaat.
Imam as-Syafie mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dalam berbagai-bagai bidang.
Imam as-Syafie seorang hartawan yang sangat pemurah. Beliau sentiasa menolong orang yang memerlukan bantuan.

Pendidikan:
Imam as-Syafie mempunyai ketajaman akal fikiran yang luar biasa sejak kanak-kanak lagi. Ketika berusia sembilan tahun beliau hafaz Al-Quran.
Diwaktu berumur dua belas tahun, beliau telah dapat menghafaz kitab Al-Muattok, karangan Imam Malik dan seterusnya berguru dengan Imam Malik ketika berusia dua puluh tahun.
Imam as-Syafie belajar dan mendalami bahasa dan kesusasteraan Arab sehingga mahir dalam bidang penulisan.
Beliau menghabiskan usia remajanya dengan menghadiri kelas-kelas pengajian agama di Masjidil Haram.
Imam as-Syafie bermusafir ke Makkah, Madinah, Yaman, Iraq dan negara-negara lain dengan tujuan untuk menuntut ilmu. Antara ilmu-ilmu yang dipelajarinya termasuklah ilmu hadis, ilmu fikah dan Al-Quran.
Imam as-Syafie sangat mengutamakan pengetahuan dan disiplin. Beliau membahagikan waktu malamnya kepada tiga bahagian: 1/3 malam untuk berehat 1/3 malam untuk menulis ilmu pengetahuan. 1/3 malam untuk beribadat.
Imam as-Syafie berusaha dengan gigih dalam menuntut ilmu. Akhirnya, beliau muncul sebagai imam besar yang mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan dapat memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada umat Islam.

Sumbangan
Imam as-Syafie adalah ulama mujtahidin yang berpegang kuat pada Al-Quran,hadith, Ijmak Ulama, Qias dan Masolih Al-Mursalah.
Pendapat Imam as-Syafie diterima oleh sebahagian besar orang-orang Islam kerana segala fatwanya sesuai dengan suasana, masyarakat dan adat resam sesuatu kaum.

Antara kitab-kitab karangannya yang termashyur termasuklah bidang dalam usul fikah;

kitab yang membicarakan dengan jelas tentang cara mengambil hukum daripada Al-Quran dan hadis. Kitab-kitab tersebut ialah:.
Abtal Al-Istihsan. Ahkam Al-Quran. Ar-Risalah.
Dalam bidang fikah; kitab yang membicarakan hukum-hukum fikah. Kitab tersebut ialah;
1 Al-Mukhtasar Al-Kabir.
2 Al-Mukhtasar as-Saghir.
3 Al-Farid.
4 Al-Umm.

Dalam bidang hadis;
beliau telah menyusun sebuah kitab menjelaskan tentang perselisihan hadis-hadis nabi. Kitab-kitab tersebut ialah;
1 Al-Masnad.
2 Al-Amali.
3 Ikhtilaf Al-Hadis.

Selain itu, beliau juga telah menghasilkan berbagai-bagai jenis kitab dalam bidang ilmu tafsir, akhlak, ilmu falak, ilmu kedoktoran dan lain-lain yang memberi sumbangan yang besar kepada ahli fikir Islam.

Beliau wafat pada waktu Asar, hari jumaat bulan Rejab 204 H, dan dikebukikan di Qarafah. Beberapa tahun kemudian orang ingin hendak memindahkan jenazahnya ke Baghdad. Tetapi ketika kuburannya dibongkar, terciumlah bau yg harum dari dalamnya, sehingga pemindahan jenazahnya itu dibatalkan.

Mazhab as-Syafie berkembang dengan pesat di Afrika Utara, Mesir, Indo China, Sri Lanka, Armenia, Kurdistan dan di Kepulauan Melayu, Indonesia, Singapura dan Malaysia.

PERSOALAN MAZHAB I

PERSOALAN MAHZAB

Bercakap tentang mazhab ini, ada beberapa kemusykilan yang mendalam:

1. Kenapakah wujudnya mazhab, sedangkan dalam Islam yang asal tiada mazhab? Adakah usaha untuk menyatukan mazhab-mazhab pernah atau sedang dibuat? Kalau tiada, kenapa tiada, dan kenapa susah sangat umat Islam nak mencapai kata sepakat?


2. Kenapakah kita dilarang berpindah mazhab? Adakah kita berani mengatakan bahawa hanya mazhab yang kita ikut itu saja yang betul sepanjang masa, dan mazhab yang lain itu semuanya salah? Sedangkan imam-imam pengasas mazhab itu semuanya berilmu belaka dan tafsiran mereka tentunya mengikut Qur'an, hadis dan sunnah?


3. Kalaulah berpegang pada mazhab itu sifatnya kekal (absolute), maka bagaimanakah Muslim dari mazhab Shafe'i mampu mengerjakan haji? Dalam keadaan sekarang, kenapa boleh pula mereka niat "keluar" mazhab apabila mengerjakan tawaf?


4. Tidakkah ada kemungkinan bahawa Islam yang benar itu sebenarnya terdapat di antara tafsiran-tafsiran mazhab-mazhab itu , dan bukannya kepunyaan mutlak hanya satu mazhab sahaja? tidakkah ada kemungkinan bahawa dalam hukum A, misalnya, imam B yang betul, sedangkan dalam hukum B maka imam C yang betul, dsbnya?


5. Kalaulah kita berpegang hanya pada satu mazhab saja, samada sebab disuruh atau diajar untuk berbuat demikian, kemudian ditakdirkan Allah di akhirat kelak kita ketahui bahawa sebenarnya mazhab kita tu salah atau - na'uzubillah! - sesat, maka siapakah yang akan memikul tanggungjawabnya?


6. Kenapakah anak-anak Muslim tidak diajar prinsip-prinsip kesemua empat mazhab utama yang wujud sekarang ini, supaya mereka lebih memahami Islam daripada perspektif yang lebih menyeluruh?


Sebenarnya persoalan-persoalan ini sudah lama menjadi isu, dan bila ditanya pada ustaz-ustaz di surau atau masjid, rata-rata jawapan mereka tidak menjawab soalan, dan hanya mampu menganjurkan benda yang sama: iaitu, mazhab kita (Shafe'i) yang paling baik. Bila mendengar begitu, kita mungkin berfikir: adakah kita mengatakan - secara tidak langsung - bahawa imam-imam yang lain tidak baik?

PERSOALAN MAHZAB II

Soalan : Mengapa umat Islam di Malaysia memilih mazhab Syafie, sedangkan dalam Islam ada empat mazhab yang semuanya harus diikuti. Bolehkah saya tukar mazhab saya dengan mazhab-mazhab selain Syafie atau saya terus mengikut al-Quran dan hadis tanpa terikat kepada mana-mana mazhab.

Jawapan: . Marilah kita berkongsi pendapat secara terbuka, walaupun mungkin tidak dapat memberi kata putus dalam persoalan ini. Ada beberapa pandangan yang perlu diambil perhatian:-

Pertama: Mazhab fikah dalam Islam tidak hanya terbatas kepada mazhab-mazhab Hanafi, Syafie, Hambali dan Maliki sahaja.

Banyak lagi mazhab yang tersebar luas pada suatu ketika terdahulu seperti Mazhab al-Layth Ibn Sa'd (94-175H.), Sufyan al-Thauri (97-161H.), al-Awza'i (88-157H.), Zaid Ibn Ali (80-122H.)dan lain-lain. Mereka terkenal sebagai pemimpin mazhab pada suatu ketika terdahulu, kemudian berlaku ketandusan pengikut bagi mazhab mereka.

Sebelum tokoh-tokoh yang disebutkan, ramai juga yang disebut-sebut sebagai ahli fikah tabi'i yang terdiri daripada tokoh-tokoh seperti Sa'id Ibn al-Musayyab (13-94H.), Tawwus (33-106H.), `Ata (27-114H.), Ikrimah (25-105H.), dan lain-lain yang pernah mendapat didikan daripada madrasah Al-Sahabah (sekolah sahabat nabi).

Mereka ini merupakan generasi yang menimba ilmu daripada sumber-sumber mata air yang jernih dan paling dekat dengan sumber wahyu, iaitu Nabi s.a.w. Bahkan sebelum tabi'in, nama-nama sahabat seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Aisyah dan lain-lain juga merupakan pemimpin mazhab yang tidak boleh dipandang remeh.

Kedua: Imam-imam Hanafi, Syafie, Hambali dan Maliki secara khusus, tidak pernah mengajak orang bertaklid kepada mazhab mereka, sebaliknya mengajak supaya kembali kepada al-Quran dan hadis sahih, mereka kerap mengingatkan orang yang berminat dengan pemikirannya supaya mengikuti hadis yang dijadikan dalil, iaitu apabila berlaku pertentangan antara hadis dan mazhab mereka.

Peringatan ini bermakna, mereka tidak pernah mendakwa pemikiran atau mazhab mereka sebagai kebal dan tidak mungkin berlaku silap, atau dengan kata lain mereka tidak pernah mendakwa sebagai ma'sum (terpelihara) daripada salah silap.

Sepanjang yang diketahui, mereka adalah mujtahid yang mencari kebenaran setakat termampu. Jika benar dapatan yang mereka cari, mereka dijanjikan dua pahala, sebaliknya jika salah, mereka akan diberi satu pahala. Justeru mereka sebagai mujtahid, mereka kerap menarik balik pendapatnya, apabila ternyata kelemahan atau didapati hadis-hadis sahih menyatakan sebaliknya. Demikianlah keikhlasan terhadap ilmu dan ijtihad kerana mencari kebenaran, bahkan semua pendapat tokoh-tokoh mazhab mengakui hakikat ini. Imam-imam dan ulama mujtahid lazimnya akur kepada hadis sahih yang ditunjuk kepada mereka,

Berkata al-Syafie: Jika sebuah hadis itu sahih, padahal ia bertentangan pendapat saya, maka buangkan pendapat saya ke tepi dinding. Sebaliknya jika hujah kelihatan jelas, ambillah hujah itu dan anggaplah hujah itu pendapat saya juga.

Para imam ada membuat pengakuan bagi mazhab masing-masing, kata mereka: Pendapat saya adalah kebenaran yang mungkin salah, pendapat orang lain pula kesalahan yang mungkin betul. Pengakuan ini menunjukkan tidak wajib kita mengikut mazhab-mazhab tertentu atau sesuatu mazhab itu istimewa daripada yang lain.

Ketiga: Sesetengah orang berpendapat, wajib bertaklid atau mengikut mana-mana imam daripada salah seorang imam antara empat imam itu. Barangkali pendapat ini tidak tepat, berdasarkan alasan-alasan berikut :-

a. Allah hanya mewajibkan taat kepada Allah dan rasul-Nya sahaja, tetapi tidak mewajibkan mereka mentaati orang tertentu selain nabi, termasuklah pemimpin mazhab. Ini kerana selain nabi, tiada yang dilindungi daripada dosa atau ma'sum (terpelihara).

b. Imam-imam atau pemimpin mazhab itu sendiri melarang orang mengikut atau bertaklid kepada mereka secara membuta tuli. Imam-imam mazhab sering mengingatkan orang ramai supaya belajar dan belajar sehingga dapat membezakan antara pendapat mana yang lemah dan mana yang kuat.

c. Bertaklid kepada mana-mana mazhab atau bertaksub kepadanya adalah suatu amalan yang bertentangan dengan yang pernah diamal oleh ulama salaf dalam beberapa abad pertama, mereka menerima atau menolak sesuatu pendapat berpandukan hujah dan alasan, sama ada hadis atau pendapat sahabat yang pernah menyaksi amalan Nabi s.a.w.,

Ini bermakna tidak ada sekatan mazhab dalam syariat ini, asalkan kita dapat merujuk dengan baik kepada al-Quran dan al-Sunah. Kita tidak menimbangkan kebenaran itu kerana tokoh, tetapi tokoh itu ditimbang kerana alasan dan kebenaran pada pihaknya. Pertimbangan dengan melihat tokoh, hanya berlaku setelah malapnya cita-cita memperkayakan diri dengan ilmu, dengan itu tumpuan kepada ilmu sudah begitu malap dan tidak lagi berwibawa.

Keempat: Menolak pendapat atau menyalahi pandangan umum bagi empat mazhab ini, tidak boleh dianggap suatu kecacatan berlaku dalam sesuatu pegangan mazhab, tidak pula menjatuhkan kedudukan mereka sebagai mujtahid. Jika Imam Malik pernah berkata bahawa para sahabat ada kemungkinan tersalah, maka apa lagi dengan mujtahid dan imam-imam selain sahabat.


Mazhab yang terdapat dibeberapa buah negara


1. Morocco bermadzhab maliki/ahlusunnah wal jama'ah.

2. Tunisia Libya Turki Iraq India Pakistan Sudan Nigeria Afhhanistan Lebanon
ber madzhab hanafi/ahlussunnah wal jama'ah.

3. Mesir bermadzhab hanafi dan syafi'i/ahlussunnah wal jama'ah.

4. Indonesia, Philipina, Thailand Malaysia. Somalia bermadzhab syafi'i/ ahlussunnah wal jama'ah.

5. Nedji bermadzhab hanbali/wahabiyah.

6. Yaman madzhab zaidiyah(syiah),sebahagian syafi'iyah/ahlusunnah wal jama'ah.

7. Iran bermadzhab syi'ah dua belas.

8. Seluruh daerah soviet 90% dari 24.000.000 muslim adalah bermahzab hanafi ahlusunnah
wal jama'ah. 10%syi'ah.

9. China bermahzab hanafi/ahlussunah wal jama'ah.

Ustazah : Tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh bertukar mazhab, jika kita mempunyai pengetahuan yang cukup tentang al-Quran dan hadis, kira-kira dapat menilai antara mazhab yang ada, mana yang kuat dan mana yang lemah berpandukan dalil dan pertimbangan yang ikhlas, malah kita boleh berijtihad sendiri dan mengamalkan hasil ijtihad kita. wallahu alam

8.10.09

Apakah doa boleh mempengaruhi ketentuan Allah?

Syaikh Muhammad bin Shalih Al-'Utsaimin ditanya :
"Apakah do'a berpengaruh merubah apa yang telah tertulis untuk manusia sebelum kejadian?"
Jawaban nya :
Tidak diragukan lagi bahwa do'a berpengaruh dalam merubah apa yang telah tertulis. Akan tetapi perubahan itupun sudah digariskan melalui do'a. Janganlah anda menyangka bila anda berdo'a, berarti meminta sesuatu yang belum tertulis, bahkan do'a anda telah tertulis dan apa yang terjadi karenanya juga tertulis.
Segala sesuatu terjadi karena Qadar Allah, begitu juga segala sebab mempunyai pengaruh terhadap musabab-nya dengan izin Allah. Maka semua sebab telah tertulis dan semua musabab juga telah tertulis.

5.10.09

Niat Menuntut Ilmu

Kadang kala kita tertanya-tanya diri sendiri, sejauh mana keikhlasan kita dalam segala apa yang aku lakukan seharian. Benarkah setiap gerak geri dan lintasan fikiran kita hanya untuk Allah seperti mana yang disebutkan saban waktu dalam solat?
Jujurkah kita apabila mengatakan " hidup matiku hanya untuk Allah Tuhan Sekalian Alam?" Terasa diri ini begitu hipokrit dan tidak jujur dengan sendiri apabila mengkoreksi diri.

Antara amalan yang paling penting bagi seorang yang bergelar penuntut ilmu, adalah menuntut ilmu itu sendiri. Oleh itu, perkara yang paling penting untuk dititikberatkan oleh seorang penuntut adalah keikhlasannya dalam menuntut ilmu.

Ikhlas satu kalimah yang mudah ditutur, tetapi kadang kala amat payah dipraktikkan. Tuntutan nafsu, penghormatan, kekuasaan, dunia dan sebagainya seringkali mengaburi dan memesongkan niat kita. Apa yang paling kita risaukan apabila keikhlasan tiada dalam menuntut ilmu adalah, kita termasuk dalam golongan yang paling rugi, yang sesat jalannya di dunia, namun menyangka dirinya melakukan amalan yang terbaik

Al-Imam Al-Ghazali ada menyebutkan bahawa niat seorang penuntut ilmu itu dibahagikan kepada tiga golongan . Golongan-golongan tersebut adalah:

1) Niat belajar kerana Allah. Seseorang yang menuntut ilmu sebagai bekalannya di hari akhirat. Tiadalah tujuannya melainkan kerana Allah dan hari akhirat semata-mata. Maka dia termasuk dalam golongan yang berjaya.

2) Seseorang yang menutut ilmu untuk membantunya dalam kehidupan dunia yang sementara. Dia mengharapkan kemuliaan, pangkat dan harta, tetapi dalam masa yang sama mengetahui dan menyedari jauh di sudut hatinya keadan dirinya yang tidak elok, dan betapa buruk niatnya. Maka dia termasuk dalam golongan yang bahaya.

3) Seseorang yang diperdaya oleh syaitan, maka dijadikan ilmunya sebagai jalan untuk memperbanyakkan hartanya, bermegah-megah dengan pangkat, berasa mulia dengan ramainya pengikut. Ilmunya menjadi pintu bagi menunaikan segala harapan dunianya. Maka dia termasuk dalam golongan yang bodoh yang diperdaya. Maka dia termasuk dalam golongan yang binasa .

Seterusnya Al-Imam Al-Ghazali menyeru kita supaya termasuk dalam golongan yang pertama, dan tidak termasuk dalam golongan yang kedua. Ini kerana golongan kedua mempunyai sifat yang suka bertangguh, sedangkan berapa ramai kita lihat, mereka yang suka bertangguh dicepatkan ajalnya sebelum sempat bertaubat, maka merugilah dia.

Ustazah : tak salah niat belajar keraNA ALLAH DAN DISERTAKAN niat lulus peperiksaan dan mendapat jawatan yang baik untuk menyara keluarga dan membantu islam dalam banyak hal jika berkemampuan. bekerja juga adalah ibadah . Yang salahnya jika niat lulus peperiksaaan dan bekerja untuk mendapatkan kemewahan dunia hingga tidak boleh membezakan mana yang halal dan haram .

Semoga Allah memberi kita anugerah-Nya untuk termasuk dalam kategori niat belajar kerana Allah dan bekerja kerana mencari keredhaan Nya... Amiin.