Gempa Padang, peringatan Tuhan
Oleh
MOHAMAD FIKRI ROSLY
(Mengikuti Program Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana Pariaman
oleh Bank Muamalat ke Padang, Sumatera Barat, Indonesia, baru-baru ini.)
Apa yang berlaku mungkin kemurkaan Allah dan bencana ini boleh dijadikan iktibar agar kita semua menjauhi maksiat," kata seorang sukarelawan tempatan ketika menceritakan tentang bencana gempa bumi di Padang, Sumatera Barat, baru-baru ini.
Cerita itulah diluahkan secara spontan oleh salah seorang sukarelawan tempatan bagi menceritakan perasaannya selepas berlakunya bencana pada 30 September lalu itu, yang meragut lebih 1,000 nyawa.
Sebenarnya banyak cerita yang menjadi perbualan masyarakat setempat berhubung bencana itu dan penulis sempat merakamkan beberapa cerita yang diluahkan oleh penduduk sepanjang dua hari mengikuti Program Misi Bantuan Kemanusiaan Bencana Pariaman oleh Bank Muamalat, baru-baru ini.
Kebanyakan cerita itu dikaitkan dengan sikap masyarakat Padang sendiri, yang didakwa sudah mula lalai melaksanakan ajaran Islam, bergelumang dengan maksiat dan gejala sosial seperti penyalahgunaan dadah di kalangan golongan muda, wallahua'lam.
Untuk pengetahuan pembaca, hampir 90 peratus penduduk di wilayah ini terdiri daripada etnik Minangkabau yang beragama Islam.
Delegasi kemanusiaan Bank Muamalat dan jemaah Surau Mutiara Damansara dianggotai seramai 31 orang termasuk wakil media dan jurugambar dari Malaysia itu tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Minangkabau pada pukul 7.45 pagi waktu tempatan 10 Oktober lalu.
Misi selama dua hari itu bertujuan menghantar bantuan makanan, minuman, khemah, selimut, kain sarung dan lilin ke beberapa kampung yang terjejas teruk di pedalaman.
Pasukan bantuan itu telah menyewa tujuh kenderaan bagi menghantar bantuan seberat empat tan itu terus kepada mangsa gempa di beberapa kampung termasuk Kampung Koto Rajo, Kampung Simpang Marapalam dan Kampung Palak Aneh.
Petugas yang merupakan lulusan tinggi agama itu melanjutkan ceritanya menceritakan perihal gejala sosial yang berleluasa melanda generasi muda Minangkabau pada masa ini, selain meringan-ringankan perihal sembahyang lima waktu.
Selepas hampir tiga minggu Padang, bandar utama Sumatera Barat dengan jumlah penduduk hampir sejuta orang ini digegarkan gempa bumi berukuran 7.9 pada skala Richter, ramai penduduk tempatan berpendapat bahawa gempa itu merupakan musibah kerana maksiat yang berleluasa di wilayah itu.
Ramai yang mempersoalkan bahawa penduduknya sudah jauh menyimpang daripada falsafah 'Adat Basandi Syarak, Syarak Basandi Kitabullah' yang menjadi pegangan hidup masyarakat Ranah Minang ini sejak dulu lagi.
Oleh kerana itu ada sesetengah pihak mengaitkan waktu gempa yang berlaku pada pukul 5.16 petang dengan gempa susulan pada 5.58 petang dengan ayat al-Quran dalam Surah al-Israa' (17:16 dan 17:5 bagi mengukuhkan pendapat mereka bahawa bencana itu merupakan kemurkaan Tuhan.
Menurutnya, beberapa kawasan pantai di Padang, Purus, Pasir Jambak dan Bukit Lampu, terdapat tempat duduk bertutup dengan kain dipanggil 'warung kelambu' yang menjadi tumpuan anak muda memadu kasih.
Beberapa penduduk lain pula menceritakan tentang kegiatan pelacuran yang berleluasa bertopengkan perniagaan salon serta sarang maksiat dan judi di kawasan Chinatown. Kawasan itu adalah antara yang musnah teruk dalam bencana gempa bumi itu.
Menurut sebilangan penduduk, walaupun pihak penguatkuasa memberi amaran keras dan menampalkan notis di pantai-pantai memberi peringatan dan melakukan serbuan demi serbuan ke atas premis-premis yang 'menaja' kegiatan maksiat tetapi gejala maksiat tetap berleluasa.
Ketua Umum Majlis Ulama Indonesia (MUI) Sumatera Utara, Prof. Dr. Abdullah Syah dalam laman web berita Kompas berkata, gempa yang terjadi merupakan cubaan dan peringatan (Allah), baik bagi warga tempatan mahupun daerah lain.
"Kerana itu, semua pihak harus mampu membuka mata hatinya terhadap musibah tersebut.
"Pemerintah harus sadar, banyaknya tempat maksiat justeru mengundang bala bagi daerah itu," katanya.
Yang pasti, gempa kali ini memberi kesan yang mendalam kepada penduduk di Padang. Semoga musibah yang diturunkan oleh Allah ini dapat memberi petunjuk kepada kelalaian yang selama ini dilakukan oleh penghuninya.
Utusan Malaysia online 20/10/2009
1 ulasan:
unlock iphone 4
how to unlock iphone 4
My computer had a virus and we got it rebooted and after getting it rebooted there is no sound but when I go on device manager and check it says the sound is fine and games that require sound are playing I think it has something to do with the settings. I went and checked almost all of them and there seems to be no problem last time there was a similar problem and someone sorted it out they sound sound was going in as an input and not coming out as an out put if this is the problem does someone know how I can adjust and if this is not the problem what is the problem. I have windows 7
unlock iphone 4 unlock iphone 4 unlock iphone 4
i gota virus or someting from btjunkie im sure ur familiar with that site. i go on theyre and get games like i normally do and one of them ****** up my pc. i used avg and some other thing and it helped alittle bit. at first it wouldnt even let me pull up task manager to end something that wasnt working. but my pc isnt completly healed. its slow as a mofu, and my internet connection changed to 10.0 mbps. and it freezes at times and i need to reboot it. but when i turn it on bfore i can do anything something pops up and says error loading C:\WWINDOWS\system32\msaouahn.dll the specified module could not be found how to unlock iphone 4
how to unlock iphone 4 unlock iphone 4 [url=http://theunlockiphone4.com]how to unlock iphone 4 [/url] unlock iphone 4
Catat Ulasan