PERSOALAN MAHZAB
Bercakap tentang mazhab ini, ada beberapa kemusykilan yang mendalam:
1. Kenapakah wujudnya mazhab, sedangkan dalam Islam yang asal tiada mazhab? Adakah usaha untuk menyatukan mazhab-mazhab pernah atau sedang dibuat? Kalau tiada, kenapa tiada, dan kenapa susah sangat umat Islam nak mencapai kata sepakat?
2. Kenapakah kita dilarang berpindah mazhab? Adakah kita berani mengatakan bahawa hanya mazhab yang kita ikut itu saja yang betul sepanjang masa, dan mazhab yang lain itu semuanya salah? Sedangkan imam-imam pengasas mazhab itu semuanya berilmu belaka dan tafsiran mereka tentunya mengikut Qur'an, hadis dan sunnah?
3. Kalaulah berpegang pada mazhab itu sifatnya kekal (absolute), maka bagaimanakah Muslim dari mazhab Shafe'i mampu mengerjakan haji? Dalam keadaan sekarang, kenapa boleh pula mereka niat "keluar" mazhab apabila mengerjakan tawaf?
4. Tidakkah ada kemungkinan bahawa Islam yang benar itu sebenarnya terdapat di antara tafsiran-tafsiran mazhab-mazhab itu , dan bukannya kepunyaan mutlak hanya satu mazhab sahaja? tidakkah ada kemungkinan bahawa dalam hukum A, misalnya, imam B yang betul, sedangkan dalam hukum B maka imam C yang betul, dsbnya?
5. Kalaulah kita berpegang hanya pada satu mazhab saja, samada sebab disuruh atau diajar untuk berbuat demikian, kemudian ditakdirkan Allah di akhirat kelak kita ketahui bahawa sebenarnya mazhab kita tu salah atau - na'uzubillah! - sesat, maka siapakah yang akan memikul tanggungjawabnya?
6. Kenapakah anak-anak Muslim tidak diajar prinsip-prinsip kesemua empat mazhab utama yang wujud sekarang ini, supaya mereka lebih memahami Islam daripada perspektif yang lebih menyeluruh?
Sebenarnya persoalan-persoalan ini sudah lama menjadi isu, dan bila ditanya pada ustaz-ustaz di surau atau masjid, rata-rata jawapan mereka tidak menjawab soalan, dan hanya mampu menganjurkan benda yang sama: iaitu, mazhab kita (Shafe'i) yang paling baik. Bila mendengar begitu, kita mungkin berfikir: adakah kita mengatakan - secara tidak langsung - bahawa imam-imam yang lain tidak baik?
1 ulasan:
Kalau kita mengkaji Al Quran, akan dapati bahawa terikat dgn mazhab adalah tidak perlu, hanya kita yg buat peraturan yg akhirnya, menyusahkan diri dalam beragama. Perbezaan faham @ tafsir dalam mazhab adalah untuk memudahkan org awam utk beramal, bukan menegakkan faham sehingga berlaku perbalahan. Ikut AlQuran / sunnah, insyaAllah hidup kita mudah dalam beragama, itulah mesej Allah dlm Al Quran.
Catat Ulasan