Yang penting disini, sikap berlapang dada kita dalam menilai sesuatu masalah. Walau sebesar manapun masalah itu, ingatlah, bahawa masalah itu, pemiliknya Allah. Dia memberikan kita masalah untuk menilai sejauh mana keimanan kita, sejauh mana kebergantungan kita kepadanya. Semua perkara yang berlaku ada sebab musababnya.
Jika kita yakin dengan keputusan Allah, kita yakin dengan janji Allah, maka di situ kita akan dapat lihat jalan keluar pada setiap masalah yang timbul.
Apa yang penting, cekalkan hati, tingkatkan amal agar keteguhan hati bertambah dan lapangkan dada dalam menilai sesuatu, insyaallah, pasti kita akan nampak jalan keluar di dalam kekusutan yang dihadapi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan