Qada’ bermaksud pelaksanaan. Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
- Qada’ Mubram : Adalah ketentuan Allah Taala yang pasti berlaku dan tidak dapat dihalang oleh sesuatu apa pun. (Contoh: Mati pasti akan berlaku). Firman Allah Taala bermaksud, “Dan pada sisi Allah Taala jua kunci-kunci semua yang ghaib.” (Surah al-Anaam ayat 59).
- Qada’ Muallaq : Adalah ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. (Contoh: Panjang umur bergantung kepada menghubungkan silaturrahim dan amal kebajikan yang lain). Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Tidak boleh ditolak qadar Allah Taala melainkan doa. Dan tiada yang boleh memanjangkan umur melainkan membuat baik kepada ibubapa.” (Hadis riwayat Hakim, Ibnu Hibban dan Tirmizi)
- Ketentuan tentang nature yang mengandungi sebab musabab
- Takdir atau ketentuan Allah terhadap makhluk-Nya, khususnya manusia
Hidup manusia diatur sejak dalam rahim
DARI Anas, dari Nabi Muhamad sabdanya: “Sesungguhnya Allah telah menugaskan satu malaikat berhubung dengan peringkat-peringkat kejadian anak dalam kandungan rahim ibunya dan keadaan-keadaan yang akan dilalui dan didapatinya; apabila air benih itu jatuh ke dalam rahim, malaikat bertanya: “Ya Tuhanku! Air benih ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak Ya Tuhanku! Daging segumpal ini akan disempurnakan kejadiannya atau tidak? Maka apabila Allah hendak sempurnakan jadinya seorang anak, malaikat bertanya lagi: “Ya Tuhanku! adakah ia seorang (yang bernasib) celaka atau (yang bernasib) bahagia? Lelakikah ia atau perempuan? Bagaimana pula keadaan rezekinya dan ajalnya?” (setelah malaikat mendapat jawapannya) maka dia menulis sebagaimana yang telah diperintahkan sedang anak itu dalam perut ibunya.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim dan Imam Ahmad)
Dalam hadis ini, Rasulullah SAW menyatakan, “Bahawa setiap anak dalam kandungan ibunya ada malaikat yang ditugaskan Tuhan mengenai peringkat-peringkat kejadiannya - mulai dari jatuhnya air benih ke dalam rahim ibunya sehinggalah ia cukup sifat-sifatnya sebagai seorang manusia dan malaikat inilah juga yang menulis apa-apa jua yang berhubung dengannya meliputi rezeki dan ajalnya, dan nasib baik atau buruknya.”
Tiap-tiap seorang anak Adam itu dijadikan oleh Allah menurut apa yang diaturkan-Nya. Allah telah menetapkan bagi tiap-tiap sesuatu perkara itu, ada pendahuluannya dan sebab musababnya serta bagi tiap-tiap satu tujuan ada jalan untuk mencapainya. Dengan yang demikian, sesiapa yang menunggu berhasilnya sesuatu dengan tidak melalui sebab, pendahuluan dan jalan mencapainya yang ditetapkan dan tentukan oleh Allah, ini bermakna ia telah kufur kerana ia tidak beriman kepada Qada’ dan Qadar Allah SWT.
Dengan penjelasan tersebut, maka orang yang beriman kepada Qada’ dan Qadar ini ialah orang yang rajin berusaha dan beramal mengikut undang-undang, peraturan dan hukum hakam Allah SWT dan giat mencari Qada’ dan Qadar yang dapat menjayakan maksudnya.
Sikap Orang Islam Dalam Menerima Takdir (Qadar) Allah
- Menerima dan redha terhadap apa yang ditakdirkan oleh Allah, kerana Allah Maha Adil dan tidak mungkin melakukan kezaliman terhadap makhluk-Nya. Apa yang Allah tentukan kepada manusia di luar dari pilihan manusia adalah kebijaksanaan dan keadilan Allah. Ada sesuatu hikmah di sebalik ketentuan itu. Mungkin apa yang kita rasa baik adalah buruk bagi kita dan demikianlah sebaliknya. Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita ketahui.
- Mestilah bersabar sekiranya Allah takdirkan sesuatu yang buruk yang berlaku ke atas diri kita. Mungkin di sebalik apa yang berlaku itu ada sesuatu yang baik yang Allah akan anugerahkan kepada kita.
Senario 1 - Adakah jika seseorang itu wajar mengatakan, “Sudah takdir saya dilahirkan sebagai pencuri.” Seolah-olah dia menyalahkan takdir 'buruk' yang berlaku kepadanya, sedangkan menjadi seorang pencuri itu merupakan satu pilihan baginya. Sudahkah dia berusaha untuk tidak menjadi seorang pencuri?
Senario 2 - Seseorang menyatakan, “Sudah takdir saya berzina dan mengandung tanpa suami.” Adakah wajar dia mengatakan takdirnya berzina dan mengandung luar nikah? Berzina dan mengandung tanpa suami adalah satu pilihan. Adakah dia sudah berusaha untuk tidak menghampiri zina dan menepis godaan syaitan?
Senario 3 - Seseorang menyatakan, “Nak buat macamana? Sudah nasib aku xlulus periksa, Terima sajalah...” Sebenarnya, itu juga satu pilihan. Adakah dia sudah berusaha sedaya upaya untuk tidak berjaya dan lulus peperiksaan?
Ke semua yang disebutkan di atas, termasuk dalam kategori qada’ Muallaq iaitu ketentuan yang tidak semestinya berlaku bahkan bergantung kepada sesuatu perkara. Sesuatu qada’ yang ada pilihan, sama ada baik atau buruknya pilihan itu, adalah qada’ Allah dan qadar (buruk atau baik) cuma akan berlaku setelah pilihan itu dibuat oleh si pembuat pilihan. Seseorang itu tidak boleh menyalahkan qadar (takdir) buruk yang ditentukan oleh usaha dan pilihannya sendiri.
Kita dituntut sentiasa berusaha dan berdoa
Antara bentuk ketaatan adalah dengan berdoa kepada Allah Taala. Dengan berdoalah seseorang hamba itu akan merasakan dirinya lemah dan berhajat atau memerlukan kepada Allah Taala. Firman Allah SWT bermaksud, “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepadaKu maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah) Aku dan hendaklah mereka beriman kepadaKu agar mereka selalu berada dalam kebenaran.” (Surah al-Baqarah ayat 186)
Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Doa merupakan otak kepada ibadat.” (Hadis riwayat at-Tirmizi)
Walaupun hidup kita telah pun diatur oleh Allah SWT, tidak bermakna kita tidak perlu berusaha dan berdoa untuk mendapatkan takdir yang lebih baik daripada yang telah diputuskan oleh Allah. Setelah kita ketahui bahawa segala usaha dan doa dari hamba akan didengar dan diambil kira oleh Allah SWT maka dengan sebab itulah perlunya seseoarang hamba itu untuk sentiasa berusaha dan berdoa. Namun segala usaha dan doa ini sudah tentulah di dalam kuasa dan ilmu Allah SWT. Kerana itulah ada dinyatakan bahawa manusia hanya berusaha dan berdoa tetapi Allah SWT jualah yang menentukannya. Disebabkan manusia tidak mengetahui qada dan qadarnyalah maka manusia perlu kepada usaha dan doa.
Firman Allah SWT bermaksud, “Sesungguhnya Allah tidak mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.” (Surah ar-Rad ayat 11)
Tidak ada manusia yang dapat menolak Qadar atau ketetapan Allah. Bila lahirnya kita, tuanya kita, ajal kita bukan pilihan. Tapi bagaimana hidup kita adalah bergantung kepada usaha kita. Sebab itu disebutkan dalam ayat al-Quran...“Laha maa kasabat, wa 'alayha maktasabat” (bagi manusia itu apa yang diusahakannya, dan (tidak akan dapat) apa yang tidak diusahakannya.)
Semua orang akan tua, tapi bagaimana waktu tua kita adalah bergantung kepada usaha dan amalan kita. Kalau banyak makan dan minum benda yang manis semasa muda kita, jadi tinggilah potensi untuk kita dapat penyakit kencing manis bila meningkat tua. Kalau banyak makan roti canai dan teh tarik, tinggilah pula potensi untuk mendapat sakit jantung. Atau kita kita boleh bebas dari penyakit-penyakit tiga serangkai ini, jika menjaga pemakanan kita dengan baik. Mati itu adalah Qada’, penyakit itu adalah Qadar.
Tidak ada orang dapat menolak tua, tapi kita boleh memilih untuk kelihatan muda atau awet muda. Dari yang halal hingga yang tidak halal semuanya ada... vitamin C, pati soya, kollagen, botox dan lain-lain. Itu adalah takdir. Tidak ada siapa dapat menolak kematian kerana Allah telah berfirman, “Apabila sampai ajal seseorang tidak akan dicepatkan atau dilewatkan walau sesaat pun.”
Mati itu akan dirasai oleh semua yang bernyawa. Tetapi bagaimana kesudahan hidup kita adalah bergantung kepada amalan dan usaha kita. Kalau asyik berdangdut dan berkaraoke di kelab malam, tidak mustahil takhdir kita. Akan mati di situ.
Kalau asyik berlumba haram, tidak mustahil takdir kita akan mati seperti katak di jalanan. Dan kalau rajin ke masjid, kalau diizinkan oleh Allah, tidak mustahil akan kembali kepada Allah di tempat yang mulia itu. Sebab itu kita disuruh berdoa, “Ya Allah, matikanlah kami di dalam keadaan husnul khatimah (sebaik-baik kesudahan) dan janganlah Kau matikan kami di dalam keadaan Su’ul khatimah (kesudahan yang tidak baik).” Maksudnya mati itu adalah Qada’... dan bagaimana kesudahan hidup kita itu adalah Qadar (takdir).
Bijaksana itu mungkin satu Qada’ dari Allah untuk setengah hamba2-Nya, tetapi berjaya atau tidak adalah takdir yang bergantung kepada banyak faktor.
Bergantung kepada pilihan kita. Ada seorang pelajar yang cuma lulus Bahasa Inggeris semasa PMR, tetapi berjaya mendapat A- di dalam SPMnya. dan siapa sangka pelajar ini boleh mendapat First Class Degree dalam Mechanical Engineering dari universiti di England. Maknanya pelajar ini adalah bijak, cuma potensinya tidak diasah dengan betul semasa dia di Tingkatan 1, 2 dan 3. Tetapi berkat tunjuk ajar seorang gurunya semasa di tingkatan 4, pelajar ini sedar dia bukan tidak pandai, cuma potensinya tidak digilap dengan baik. Kebijaksanaan itu satu daripada jutaan Qada’ Allah untuk kita tetapi kalau tidak diasah dan digilap, maka jadilah seperti intan jatuh ke lumpur. Kejayaan itu satu qadar.
Konsep qada’ dan qadar
Keperluan kepada konsep qada dan qadar di dalam Islam adalah:
Kesimpulan
Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Apabila disebut tentang qadar maka diamlah...” (Hadis riwayat Tabrani dan Abu Nuaim)
Peringatan daripada dalil hadis di atas dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada’ dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakan ustaz atau ustazah cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada’ dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam. “Apabila disebut tentang qadar maka diamlah...” , bermaksud, siapakah kita hendak mempersoalkan keputusan Allah?
Kelalaian adalah penyakit yang dideritai setiap insan. Ia lebih merbahaya daripada segala penyakit di dunia ini kerana setiap penyakit ada ubatnya dan hanya memberi impak pendek serta sementara. Tetapi kelalaian akan menghasilkan penyesalan selama-lamanya pada akhirat kelak.
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada’ dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.
sumber : Laman-seri

- Menisbahkan kepada Allah Taala di atas segala yang berlaku di dunia ini.
- Beriman bahawa hanya Allah Taala yang memiliki kuasa mutlak menentukan urusan di dunia ini.
- Menyedarkan bahawa manusia itu lemah dan perlu kepada bantuan Allah Taala.
- Hikmah qada dan qadar disembunyikan dari pengetahuan hamba adalah supaya seseorang hamba itu sentiasa berusaha dan taat kepadaNya.
Kesimpulan
Sabda Rasulullah SAW bermaksud, “Apabila disebut tentang qadar maka diamlah...” (Hadis riwayat Tabrani dan Abu Nuaim)
Peringatan daripada dalil hadis di atas dapat mengingatkan kepada kita tentang bahayanya mempersoalkan dan memanjang-manjangkan perbincangan mengenai qada’ dan qadar ini tanpa sebab tertentu. Sebab itulah kebanyakan ustaz atau ustazah cuba mengelakkan diri dari berbicara mengenai qada’ dan qadar ini secara panjang lebar terutamanya kepada masyarakat awam. “Apabila disebut tentang qadar maka diamlah...” , bermaksud, siapakah kita hendak mempersoalkan keputusan Allah?
Kelalaian adalah penyakit yang dideritai setiap insan. Ia lebih merbahaya daripada segala penyakit di dunia ini kerana setiap penyakit ada ubatnya dan hanya memberi impak pendek serta sementara. Tetapi kelalaian akan menghasilkan penyesalan selama-lamanya pada akhirat kelak.
Sebagai umat Islam yang beriman adalah kita diwajibkan mempercayai dan mengimani qada’ dan qadar. Segala yang berlaku adalah dari Allah Taala semuanya. Kita hanya mampu berusaha dan berdoa akan tetapi Allah Taala jualah yang Maha Berkuasa yang menuntukan segala sesuatu itu. Saya ingin sarankan agar kita semua dapat mempelajari ilmu aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah dengan lebih mendalam dan terperinci.
sumber : Laman-seri
Tiada ulasan:
Catat Ulasan