28.2.09

Bolehkah Seseorang Wanita (Muslimah) Memperlihatkan auratnya Kepada Wanita Kafir?

Sebahagian Ulama berpendapat bahawa seseorang wanita muslimah tidak boleh memperlihatkan auratnya (tidak boleh membuka tudungnya) kepada wanita kafir. Perkara ini dilarang adalah kerana ditakuti wanita kafir tersebut akan menceritakan berkenaan wanita muslimah tersebut kepada kaum lelaki yang lain.


Pendapat Yang Melarang:

Dalam persoalan ini wanita membuka aurat di hadapan wanita kafir imam Ibnu Katsir rahimahullah menjelaskan,

“Firman Allah, “أَوْ نِسَائِهِنَّ” (bermaksud atau wanita-wanita Islam) ... (daripada ayat asalnya:

“Hendaklah mereka (wanita yang beriman) menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka memperlihatkan aurat, melainkan yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (melabuhkan) kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan auratnya melainkan kepada suami mereka, atau ayah mereka (dan seterusnya)... atau wanita Islam (“أَوْ نِسَائِهِنَّ”), atau hamba-hamba yang mereka miliki atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak memiliki keinginan terhadap wanita.” (Surah an-Nuur, 24: 31)
ayat ini menunjukkan mereka yang boleh melihat aurat tidak pula disebutkan termasuk wanita bukan islam


Pendapat Yang Membolehkan:

Manakala terdapat sebahagian pandangan daripada kalangan ulama yang lain bahawa perkara tersebut dibolehkan. Mereka menjelaskan bahawa:

Tidak ada perbezaan di antara wanita muslimah dan kafir dalam persoalan ini (melihat aurat wanita lainnya). Mereka berhujjah dengan dalil bahawa kaum wanita dari kalangan Yahudi datang kepada isteri-isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam, dan mereka sama sekali tidak memakai hijab (bertudung atau menutup aurat sepenuhnya) juga tidak ada perintah untuk memakainya. Begitu juga pernah datang seorang wanita Yahudi kepada ‘Aisyah bertanyakan persoalan tentang siksa kubur... (dan seterusnya). (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 1372, dan Muslim, no. 903)

Asma’ binti Abu Bakar berkata, “Ibuku datang kepadaku dan dia enggan untuk masuk Islam. Lalu aku bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Salam, “Adakah aku boleh menjalinkan silaturrahmi dengannya?” Beliau menjawab, “Ya”. (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2620)

Diwajibkan berhijab bagi wanita di hadapan kaum lelaki (yang bukan mahram) adalah kerana atas adanya alasan tertentu yang sangat penting. Maka, dengan sebab itulah mengapa wanita diwajibkan menutup aurat di hadapan lelaki yang bukan mahram. Namun, tidak pula terdapat alasan untuk turut berhijab di hadapan wanita kafir Dzimmi (kaum kafir yang menetap di dalam wilayah/negara Islam dan membayar jizyah). Begitu juga kepada lelaki muslim tidak diwajibkan untuk menutup aurat di hadapan lelaki kafir Dzimmi. Begitu juga tidak adanya sebab supaya untuk menutupi aurat (berhijab) bagi seseorang wanita muslimah di hadapan wanita muslimah yang lainnya.


Hukum Seorang Lelaki Dan Seorang Wanita Berdua-duaan

Diriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu, bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama melainkan jika ditemani oleh mahramnya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 3006)

Juga melalui hadis berikut (maksudnya),

“Janganlah seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana Syaitan akan hadir sebagai orang ketiga.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, 1/18)

Adalah dibolehkan sekiranya sekumpulan (lebih dari seorang) lelaki (yang baik) yang dikenali dan tidak mungkin melakukan perkara yang buruk untuk menemui seseorang wanita.

Pernah suatu ketika sekelompok orang dari Bani Hasyim masuk (ke rumah) Asma’ binti ‘Umais, lalu Abu Bakar ash-ShiddiQ datang (di mana Asma’ adalah isterinya), ia membencinya lalu menceritakan perkara tersebut kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam dan kemudiannya Abu Bakar menjelaskan, “Aku tidak melihat melainkan kebaikan”. Kemudian Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam bersabda (maksudnya),

“Sesungguhnya Allah telah membebaskannya.” Seterusnya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Salam berdiri di atas mimbar lalu bersabda,

“Janganlah selepas hari ini (walau) seorang pun laki-laki masuk ke dalam (rumah) seorang wanita di ketika suaminya tiada melainkan jika ia bermasa seorang atau dua orang yang lain.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 2174)
Siapakah Mahram Bagi Wanita

Definisi mahram (bagi wanita)

Mahram bagi wanita adalah mereka yang boleh memandangnya, berdua dengannya, melakukan safar (perjalanan) bersama, diharamkan bernikah dengannya untuk selamanya dengan sebab fitrah yang menjadikannya mahram.

Siapakah Mahram?

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya: “Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan (menjaga) pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan (memanjangkan) kain tudung (khimar) ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera (anak-anak lelaki) mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung”.” (Surah an-Nuur, 24: 31)


Daripada ayat tersebut, Allah Subhanahu wa Ta’ala memulakannya berdasarkan turutan berikut:

1 – Suami.

2 – Bapa, termasuk datuk. Termasuk datuk dari pihak ibu.

3 – Bapa suami (bapa mertua).

4 – Anak-anak mereka dan anak-anak suami mereka. Termasuklah cucu dan seterusnya.

5 – Saudara secara mutlak, sama ada saudara kandung (adik-beradik), saudara se-bapa, saudara se-ibu, dan seterusnya ke bawah.

6 – Anak-anak saudara lelaki (anak saudara) dan anak-anak saudara perempuan.

7 – Pak cik dari pihak ayah atau dari pihak ibu. Mereka termasuk di dalam cakupan mahram, walaupun tidak termasuk di dalam ayat tersebut.

Terdapat sebahagian ulama menyatakan bahawa pak cik dari pihak ayah atau dari pihak ibu tidak termasuk mahram yang dibolehkan untuk tidak menutup aurat. Ini adalah berdasarkan daripada atsar yang diriwayatkan oleh Ibnul Mundzir dari ‘Ikrimah ketika menafsirkan ayat 31 dari surah an-Nuur, “Ia (‘Ikrimah) berkata, “Pada ayat ini Allah tidak menyebutkan pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu. Kerana hukum pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu mengikuti putera-putera pak cik mereka (sepupu). Dengan demikian, mereka tidak boleh melepaskan khimar (tudung) ketika berhadapan dengan pak cik dari pihak bapa atau pak cik dari pihak ibu.” (Ibnu Abi Syaibah, al-Mushannaf, 4/338. Lihat: Tafsir Ibnu Katsir)


Mahram Yang Diharamkan Berkahwin Dengannya

Allah Subahanhu wa Ta’ala berfirman:

Maksudnya: “Diharamkan atas kamu (mengahwini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan, saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudara-saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu isterimu (mertua); anak-anak isterimu yang dalam pemeliharaanmu dari isteri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan isterimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) isteri-isteri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. dan (diharamkan juga kamu mengawini) wanita yang bersuami, kecuali budak-budak yang kamu miliki (Allah telah menetapkan hukum itu) sebagai ketetapan-Nya atas kamu. Dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian (yaitu) mencari isteri-isteri dengan hartamu untuk dikawini bukan untuk berzina. Maka isteri-isteri yang telah kamu nikmati (campuri) di antara mereka, berikanlah kepada mereka maharnya (dengan sempurna), sebagai suatu kewajiban; dan tiadalah mengapa bagi kamu terhadap sesuatu yang kamu tela saling merelakannya, sesudah menentukan mahar itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah an-Nisaa’, 4: 23-24)

Batasan Aurat Yang Boleh dilihat Oleh Mahram

Mahram boleh melihat sesuatu yang biasa nampak dari aurat seseorang wanita seperti anggota-anggota wudhu’. (Ibnu Qudamah, al-Mughni, 6/554)

Daripada Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anha, ia berkata:

“Dahulu kaum lelaki dan wanita pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Salam melaksanakan wudhu’ secara bersama-sama.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 193)

Dapat difahami daripada peristiwa ini ia adalah khusus bagi para isteri dan mahram. (Ibhu Hajar al-‘Asqalani, Fathul Bari, 1/465)

Menurut Ibnul Jauzi rahimahullah:

“Di dalam hadis tersebut terdapat suatu penjelasan yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki boleh melihat anggota-anggota wudhu’ bagi mahramnya, demikian juga sebaliknya.” (Ibnul Jauzi, Jami’ Ahkam an-Nisaa’, 4/195)



Doa Buat Wanita


اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي
فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ


DLM SEBUTAN RUMI:

ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALI

Ertinya: Ya Allah,jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim"


mENgINgAtI kISAh rASuLuLLAh saw

Kelahiran Nabi SAW

Usia Abd'l-Muttalib sudah hampir mencapai tujuhpuluh tahun atau lebih tatkala Abrahah mencuba menyerang Mekah dan menghancurkan Rumah Purba. Ketika itu umur Abdullah anaknya sudah duapuluh empat tahun, dan sudah tiba masanya dikawinkan. Pilihan Abd'l-Muttalib jatuh kepada Aminah bint Wahb bin Abd Manaf bin Zuhra, - pemimpin suku Zuhra ketika itu yang sesuai pula usianya dan mempunyai kedudukan terhormat.

Pada hari perkawinan Abdullah dengan Aminah itu, Abd'l-Muttalib juga kawin dengan Hala, puteri pamannya. Dari perkawinan ini lahirlah Hamzah, paman Nabi dan yang seusia dengan dia. Abdullah dengan Aminah tinggal selama tiga hari di rumah Aminah, sesuai dengan adat kebiasaan Arab bila perkawinan dilangsungkan di rumah keluarga pengantin puteri. Sesudah itu mereka pindah bersama-sama ke keluarga Abd'l-Muttalib.

Beberapa saat setelah perkawinan, Abdullah pun pergi dalam suatu usaha perdagangan ke Suria dengan meninggalkan isteri yang dalam keadaan hamil. Dalam perjalanannya itu Abdullah tinggal selama beberapa bulan. Dalam pada itu ia pergi juga ke Gaza dan kembali lagi. Kemudian ia singgah ke tempat saudara-saudara ibunya di Medinah sekadar beristirahat sesudah merasa letih selama dalam perjalanan. Sesudah itu ia akan kembali pulang dengan kafilah ke Mekah. Akan tetapi kemudian ia menderita sakit di tempat saudara-saudara ibunya itu. Kawan-kawannyapun pulang lebih dulu meninggalkan dia.

Abd'l-Muttalib mengutus Harith - anaknya yang sulung - ke Medinah, supaya membawa kembali bila ia sudah sembuh. Tetapi sesampainya di Medinah ia mengetahui bahwa Abdullah sudah meninggal dan sudah dikuburkan pula, sebulan sesudah kafilahnya berangkat ke Mekah. Kembalilah Harith kepada keluarganya dengan membawa perasaan pilu atas kematian adiknya itu. Rasa duka dan sedih menimpa hati Abd'l-Muttalib, menimpa hati Aminah, karena ia kehilangan seorang suami yang selama ini menjadi harapan kebahagiaan hidupnya.Peninggalan Abdullah sesudah wafat terdiri dari lima ekor unta, sekelompok ternak kambing dan seorang budak perempuan, yaitu Umm Ayman - yang kemudian menjadi pengasuh Nabi. Boleh jadi peninggalan serupa itu bukan berarti suatu tanda kekayaan; tapi tidak juga merupakan suatu kemiskinan.

Aminah melahirkan beberapa bulan kemudian. Selesai bersalin dikirimnya berita kepada Abd'l Muttalib di Ka'bah, bahwa ia melahirkan seorang anak laki-laki. Alangkah gembiranya orang tua itu setelah menerima berita. Sekaligus ia teringat kepada Abdullah anaknya. Gembira sekali hatinya karena ternyata pengganti anaknya sudah ada. Cepat-cepat ia menemui menantunya itu, diangkatnya bayi itu lalu dibawanya ke Ka'bah. Ia diberi nama Muhammad. Nama ini tidak umum di kalangan orang Arab tapi cukup dikenal.

Mengenai tahun ketika Muhammad dilahirkan, beberapa ahli berlainan pendapat. Sebagian besar mengatakan pada Tahun Gajah (570 Masehi). Ibn Abbas mengatakan ia dilahirkan pada Tahun Gajah pada tanggal duabelas Rabiul Awal. Ini adalah pendapat Ibn Ishaq dan yang lain. Pada hari ketujuh kelahirannya itu Abd'l-Muttalib minta disembelihkan unta. Hal ini kemudian dilakukan dengan mengundang makan masyarakat Quraisy. Setelah mereka mengetahui bahwa anak itu diberi nama Muhammad, mereka bertanya-tanya mengapa ia tidak suka memakai nama nenek moyang. "Kuinginkan dia akan menjadi orang yang Terpuji,1 bagi Tuhan di langit dan bagi makhlukNya di bumi," jawab Abd'l Muttalib.

Masa Kecil Nabi SAW

Sudah menjadi kebiasaan bangsawan-bangsawan Arab di Mekah bahwa anak yang baru lahir disusukan kepadakepada salah seorang Keluarga Sa'd. Sementara masih menunggu orang yang akan menyusukan itu Aminah menyerahkan anaknya kepada Thuwaiba, budak perempuan pamannya, Abu Lahab. Selama beberapa waktu ia disusukan, seperti Hamzah yang juga kemudian disusukannya. Jadi mereka adalah saudara susuan. Thuwaiba hanya beberapa hari saja menyusukan.

Akhirnya datang juga wanita-wanita Keluarga Sa'd yang akan menyusukan itu ke Mekah. Mereka memang mencari bayi yang akan mereka susukan. Akan tetapi mereka menghindari anak-anak yatim, karena mereka mengharapkan upah yang lebih. Sedang dari anak-anak yatim sedikit sekali yang dapat mereka harapkan. Oleh karena itu di antara mereka itu tak ada yang mau mendatangi Muhammad. Salah seorang dari mereka, Halimah bint Abi-Dhua'ib, ternyata tidak mendapat bayi lain sebagai gantinya. Setelah mereka akan meninggalkan Mekah, Halimah memutuskan untuk mengambil Muhammad. Dia bercerita, bahwa sejak diambilnya anak itu ia merasa mendapat berkah. Ternak kambingnya gemuk-gemuk dan susunyapun bertambah. Tuhan telah memberkati semua yang ada padanya. Selama dua tahun Muhammad tinggal di sahara, disusukan oleh Halimah dan diasuh oleh Syaima', puterinya. Udara sahara dan kehidupan pedalaman yang kasar menyebabkannya cepat sekali menjadi besar, dan menambah indah bentuk dan pertumbuhan badannya.

Setelah cukup dua tahun dan tiba masanya disapih, Halimah membawa anak itu kepada ibunya dan sesudah itu membawanya kembali ke pedalaman. Hal ini dilakukan karena kehendak ibunya, kata sebuah keterangan, dan keterangan lain mengatakan karena kehendak Halimah sendiri. Ia dibawa kembali supaya lebih matang, juga memang dikuatirkan dari adanya serangan wabah Mekah. Dua tahun lagi anak itu tinggal di sahara, menikmati udara pedalaman yang jernih dan bebas, tidak terikat oleh sesuatu ikatan jiwa, juga tidak oleh ikatan materi.

Pada masa itu, sebelum usianya mencapai tiga tahun, ketika itulah terjadi cerita yang banyak dikisahkan orang. Yakni, bahwa sementara ia dengan saudaranya yang sebaya sesama anak-anak itu sedang berada di belakang rumah di luar pengawasan keluarganya, tiba-tiba anak yang dari Keluarga Sa'd itu kembali pulang sambil berlari, dan berkata kepada ibu-bapanya: "Saudaraku yang dari Quraisy itu telah diambil oleh dua orang laki-laki berbaju putih. Dia dibaringkan, perutnya dibedah, sambil di balik-balikan." Dan tentang Halimah ini ada juga diceritakan, bahwa mengenai diri dan suaminya ia berkata: "Lalu saya pergi dengan ayahnya ke tempat itu. Kami jumpai dia sedang berdiri. Mukanya pucat-pasi. Kuperhatikan dia. demikian juga ayahnya. Lalu kami tanyakan: "Kenapa kau, nak?" Dia menjawab: "Aku didatangi oleh dua orang laki-laki berpakaian putih. Aku di baringkan, lalu perutku di bedah. Mereka mencari sesuatu di dalamnya. Tak tahu aku apa yang mereka cari."

Keluarga itu kemudian ketakutan, kalau-kalau terjadi sesuatu pada anak itu. Sesudah itu, dibawanya anak itu kembali kepada ibunya di Mekah. Atas peristiwa ini Ibn Ishaq membawa sebuah Hadis Nabi sesudah kenabiannya. Dalam riwayat yang diceritakan Ibn Ishaq, dikatakan bahwa sebab dikembalikannya kepada ibunya bukan karena cerita adanya dua malaikat itu, melainkan ada beberapa orang Nasrani Abisinia memperhatikan Muhammad dan menanyakan kepada Halimah tentang anak itu. Dilihatnya belakang anak itu, lalu mereka berkata: "Biarlah kami bawa anak ini kepada raja kami di negeri kami. Anak ini akan menjadi orang penting. Kamilah yang mengetahui keadaannya." Halimah lalu cepat-cepat menghindarkan diri dari mereka dengan membawa anak itu.

Lima tahun masa yang ditempuhnya itu telah memberikan kenangan yang indah sekali dan kekal dalam jiwanya. Demikian juga Ibu Halimah dan keluarganya tempat dia menumpahkan rasa kasih sayang dan hormat selama hidupnya itu. Penduduk daerah itu pernah mengalami suatu masa paceklik sesudah perkawinan Muhammad dengan Khadijah. Bilamana Halimah kemudian mengunjunginya, sepulangnya ia dibekali dengan harta Khadijah berupa unta yang dimuati air dan empat puluh ekor kambing. Dan setiap dia datang dibentangkannya pakaiannya yang paling berharga untuk tempat duduk Ibu Halimah sebagai tanda penghormatan. Ketika Syaima, puterinya berada di bawah tawanan bersama-sama pihak Hawazin setelah Ta'if dikepung, kemudian dibawa kepada Muhammad, ia segera mengenalnya. Ia dihormati dan dikembalikan kepada keluarganya sesuai dengan keinginan wanita itu.

Kemudian Abd'l-Muttalib yang bertindak mengasuh cucunya itu. Ia memeliharanya sungguh-sungguh dan mencurahkan segala kasih-sayangnya kepada cucu ini. Biasanya buat orang tua itu - pemimpin seluruh Quraisy dan pemimpin Mekah - diletakkannya hamparan tempat dia duduk di bawah naungan Ka'bah, dan anak-anaknya lalu duduk pula sekeliling hamparan itu sebagai penghormatan kepada orang tua. Tetapi apabila Muhammad yang datang maka didudukkannya ia di sampingnya diatas hamparan itu sambil ia mengelus-ngelus punggungnya. Melihat betapa besarnya rasa cintanya itu paman-paman Muhammad tidak mau membiarkannya di belakang dari tempat mereka duduk itu.

Mencintai Rasulullah saw bukan hanya dengan menyambut maulid nabi

Saban tahun maulid nabi disambut pada tarikh 12 Rabbi’ul Awwal oleh masyarakat kita dari kalangan umat Islam.
Sambutan ini kelihatannya seakan-akan semakin meriah dari tahun ke tahun. Kebiasaannya ia disambut dengan pelbagai pengisian dan tatacara adat mengikut perkembangan zaman.

Di antaranya adalah dengan mengadakan bacaan berzanji di setiap masjid , mengatur dan mengadakan upacara perarakan dari sekian tempat ke tempat-tempat tertentu dengan melaung-laungkan selawat berserta bacaan marhaban atau berzanji, juga dengan perarakan tersebut disertai mengangkat pelbagai jenis sepanduk slogan cinta Nabi, mengadakan ceramah-ceramah khas berkenaan sekitar mencintai Nabi atau seumpamanya yang berkaitan dengannya.

Selaras dengan perkembangan zaman yang semakin maju dan bercambahnya pemikiran yang global lagi terbuka, pada tahun ini acara maulidur rasul bakal disambut dengan sebuah upacara konsert yang bakal menampilkan artis-artis dari kalangan ustaz dan ustazah terkenal tanah air. Tidak terkecuali, kumpulan-kumpulan nasyid tanah air turut mengambil tempat dalam persembahan dan upacara tersebut. Katanya, upacara konsert tersebut bakal dibuka dengan alunan lagu-lagu berzanji dan selawat.

Hakikatnya, pada tarikh maulid nabi itu sendiri terdapat sebuah isu yang menjadi perbincangan di kalangan ulama. Iaitu tiada pendapat atau kata sepakat bagi menetap tarikh kelahiran Nabi itu sendiri. Ada yang menguatkan dengan tarikh lahir yang sebenar adalah pada 8 Rabbi’ul Awwal, ada yang menguatkannya dengan tarikh 9, dan ada yang menyatakan dengan tarikh 12 Rabbi’ul Awwal. Malah, ada yang mengambil keputusan bahawa, tidak diketahui dengan tepat akan tarikh kelahirannya kerana pada zaman tersebut belum ada lagi sistem kalendar yang sistematik berlangsung. Malah, riwayat-riwayat berkenaan dengannya juga saling diperlisihkan di kalangan ulama.

Jadi, persoalannya… bagaimana sambutan perayaan maulidur rasul ini boleh muncul dengan suburnya di kalangan masyarakat kita? Ini adalah antara yang menjadi persoalan. Sehingga ada yang menganggap amalan menyambut maulidur rasul ini merupakan amalan sunnah yang sangat-sangat dituntut di setiap tahun pada tanggal 12 Rabbi’ul Awwal. Sedangkan, tidak ada langsung riwayat dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menganjurkan diadakan perayaan ini. Malah, begitu juga ketika di era sahabat yang diredhai, ianya juga tidak pernah wujud.

Telah tsabit dari hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rahimahullah bahawa perayaan dalam Islam hanya ada dua, dan tidak ada lagi selainnya, di mana Nabi telah menjelaskan "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut (perayaan jahiliyyah) dengan hari raya al-Adha (korban) dan Hari raya al-Fitr."

Manakala berkenaan tambahan-tambahan lafaz di dalam sebahagian selawat ke atas nabi dengan tambahan Sayyidina, maulana, habibina, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri menjelaskan di ketika mana ada seorang lekaki memanggilnya dengan panggilan “Ya Sayyidina ibni Sayyidina”:

“Wahai manusia, hendaklah kamu bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya engkau adalah Muhammad bin ‘Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya, dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan bagiku.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, no. 12551)

Dalam perkara ini, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menyatakan:

Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (imam besar Mazhab Syafi’i – pen.) pernah ditanya berkenaan kalimat selawat untuk Nabi yang dibaca dalam solat dan di luar solat, sama ada yang wajib atau pun yang sunnah/sunat:

“Adakah dalam ucapan selawat itu disyari’atkan menggunakan kata-kata Sayyid, seperti orang mengatakan “Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad” atau “’ala sayyidina khalqi” atau “‘ala sayyid waladi” atau hanya menggunakan kata-kata “Allahumma shalli ‘ala Muhammad”. Manakah yang lebih baik daripada ucapan-ucapan itu? Apakah digunakan kata-kata sayyid atau tidak menggunakannya kerana tidak tersebut dalam hadis-hadis.”

Jawab al-Hafiz Ibnu Hajar: “Benar, mengucapkan lafaz-lafaz selawat sebagaimana tersebut dalam riwayat hadis adalah yang benar. Janganlah sehingga ada orang yang mengatakan Nabi tidak menggunakan kata-kata sayyid dalam bacaan selawat hanya disebabkan sikap rendah diri (tawadhu’) sahaja sebagaimana juga tidak layak ketika orang mendengar disebut nama Nabi tidak menyahut dengan ucapan shalallahu ‘alaihi wasallam. Semua orang Islam dianjurkan untuk mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar sebutan nama Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Saya (Ibnu Hajar) menyatakan bahawa sekiranya benar bahawa ucapan sayyid itu ada, niscaya disebutkan dalam riwayat dari sahabat dan tabi’in. Akan tetapi, saya (Ibnu Hajar) tidak menemukan adanya riwayat seperti itu dari seorang sahabat atau tabi’in pun, padahal begitu banyak cara bacaan selawat yang diterima dari mereka. Al-Syafi’i rahimahullah sebagai seorang yang sangat memuliakan Nabi shalallhu ‘alaihi wasallam juga tidak menyebutkan kata sayyidina dalam awal pembukaan (muqaddimah) kitabnya. Padahal al-Syafi’i adalah contoh ikutan para pengikut mazhabnya. Beliau (al-Syafi’i) hanya menyebutkan “Allahumma shalli ‘ala Muhammad.” (Dinukil dari Syaikh Muhammad Nashidruddin al-Albani, Kitab Sifat Sholat Nabi, , Terbitan Media Hidayah, m/s. 215-216)

Begitulah sedikit penjelasan berkenaan dengan tambahan lafaz-lafaz selawat ke atas Nabi. Di dalam riwayat-riwayat hadis yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah mengajarkan bentuk-bentuk selawat yang disyari’atkan, dan begitu jugalah para salaf (generasi terawal dari kalangan sahabat) melakukan selawat ke atas Nabi (sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi sendiri dengan tidak menokok tambahnya). Maka, tiada ruang bagi kita untuk mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang baru. Sekiranya di antara kita mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang baru dan tersendiri dengan meninggalkan lafaz-lafaz selawat yang sahih dan tsabit dari Nabi, maka, hilanglah fadhilat-fahilat selawat yang diberikan melalui hadis-hadis yang sahih. Malah, ia bukan sahaja telah lari dari tuntutan sebenar berselawat, tetapi sekaligus ia mencipta bentuk beragama (mencipta syari’at) yang baru, seakan-akan ia lebih pandai dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Malahan juga, dia turut meninggalkan jejak langkah amalan para Salafus Soleh dari kalangan sahabat-sahabat yang diredhai yang begitu kuat berpegang dengan petunjuk Nabi dan begitu mencintai beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di mana Allah subhanahu wa Ta’ala sendiri telah menjelaskan supaya kita sentiasa mengikuti generasi terawal dalam mengambil agama sebagaimana berikut (maksudnya):

“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)

Pada masa ini, apa yang turut menyedihkan adalah apabila rangkap-rangkap selawat (termasuk zikir-zikir) ini bukan sahaja diubah-suai, malahan turut juga dilagukan dan dinyanyikan, sekaligus dipersembahkan di pentas-pentas konsert. Terutamanya di dalam majlis-majlis yang didakwa sebagai majlis keagamaan dan termasuklah sambutan maulidur Rasul saban waktu dan tahun. Tidak cukup dengan dilagukan, ia turut diperindahkan menurut hawa nafsu mereka dengan alunan-alunan muzik kontemporari. Bentuk-bentuk selawat yang asalnya diberikan oleh Nabi kita sebagai Ibadah, kini telah ber-evolusi menjadi bahan untuk berhibur dan mengaut keuntungan, malah bercampur-baur dengan apa yang telah diharamkan. Di manakah adab kita sebagai pengikut Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?

Sungguh perbuatan ini telah jelas-jelas melanyak-lanyak dalil-dalil agama yang murni lagi sempurna.


Menyentuh berkenaan amalan membaca berzanji dan marhaban di dalam masyarakat kita, adalah lebih baik supaya amalan ini dikaji dan diteliti semula dengan sebaik-baiknya. Ini adalah kerana, di dalam kitab berzanji itu sendiri mengandungi fakta-fakta yang jauh dari kebenaran, fakta-fakta yang menyimpang dari dasar aqidah yang benar, dan tidak keterlaluan jika saya katakan di sebahagian tempat dari kalangan masyarakat kita ini mereka menganggap bahawa membaca kitab berzanji ini sebagai sebahagian dari ritual beragama dan membacanya mendapat ganjaran pahala yang besar. Malah, sehingga ada di antara mereka yang menetapkan gaya lagu tertentu ketika membacanya. Tidak lain, sebenarnya perkara ini selain dari perbuatan yang membawa kepada kebatilan, ia turut mengajak kita berpaling dari menghayati al-Qur’an dan as-Sunnah.

Sekali lagi, saya menimbulkan sebuah persoalan di sini. Apakah dengan perayaan “Birthday Nabi” ini mampu merealisasikan slogan “Menyemarakkan cinta kepada Nabi”?

Setelah mana pelbagai pelanggaraan syari’at berlaku dengan tidak terkawal di dalam perayaan itu sendiri. Adakah Nabi kita mengajak kita merayakan hari perayaan sedemikian rupa? Apakah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ataukah para sahabat-sabahat beliau yang diredhai pernah mewasiatkan supaya diadakan perayaan-perayaan bentuk baru bagi membangkitkan semangat rasa cinta kepadanya?


CARA MENCINTAI RASULULLAH SAW

Dengan serba sedikit penjelasan isu-isu di atas tadi, kita tinggalkan ia dan kembali bermuhasabah dengan melihat kembali hakikat sebenar mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Pertama-tamanya, marilah kita kembali dan kita fahami bahawa perbuatan mencintai Nabi itu adalah termasuk ke dalam hakikat iman. Ini adalah sebagaimana Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut,

“Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain seluruhnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Surah at-Taubah, 9: 24)

Mencintai dan mencontohi Nabi termasuk ke dalam tuntutan beragama (mencintai Allah) berdasarkan firman Allah berikut (maksudnya):

“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (surah al-Ahzaab, 33: 21)

Dengan menghayati maksud ayat-ayat di atas, adakah kita telah mengikuti contoh sebagaimana yang dikehendaki bagi merealisasikan fokus mencintai Allah dan Nabinya? Adakah kita telah benar-benar mengikuti dan mencontohi Nabi dalam beragama? Adakah apa yang telah kita lakukan di dalam amalan-amalan beragama kita menepati sebagaimana yang ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?

Di dalam merealisasikan slogan “Cinta Nabi (Muhammad Shallallahu ‘alaihiwa Sallam)” apa yang paling penting adalah dengan melihat kembali diri-diri kita adakah kita telah benar-benar mengikuti Sunnahnya. Sejauh manakah sunnah-sunnahnya yang diberikan kepada kita telah kita hayati dan amalkan dengan sebaik-baiknya.

Maka, dengan ini apa yang pertama-tamanya lagi priority supaya sewajarnyalah kita sentiasa menyemak bagaimana kita bertauhid, apakah telah benar sebagaimana Nabi kita mengajarkannya. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut”.” (Surah an-Nahl, 16: 36)

Berkenaan dengan ayat ini, Imam Ibnu Katsir rahimahullah di dalam tafsirnya menjelaskan:

“Allah sentiasa mengutus para Rasul kepada manusia dengan membawa seruan (ajakan) itu semenjak mula munculnya kemusyrikan (syirik) pada anak cucu Adam ‘alaihis Salam, iaitu di era Nabi Nuh ‘alaihis Salam yang Allah mengutusnya kepada mereka. Dan beliau adalah Rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi sehinggalah Dia menutup para Nabi dan Rasul dengan mengutus Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada jin dan manusia. Sama ada yang berada di bumi bahagian barat, atau pun yang berada di timur.


Maka, dengan itu hendaklah kita istiqomah di dalam bertauhid sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sekaligus menjauhi pelbagai jenis penyimpangannya dan menghindari kesyirikan yang banyak berleluasa. Dengan sebab itu juga, penekanan haruslah ditumpukan dalam persoalan ini yang merupakan tujuan utama beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutuskan kepada kita semua.

Setelah memenuhi dan memahami tuntutan-tuntutan tauhid, seterusnya ia akan membawa kita supaya sentiasa mengambil dan melaksanakan Sunnah-sunnah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam pelbagai aspek. Di dalam mengamalkan sunnah, hendaklah kita berhati-hati dari berlebih-lebihan terhadapnya iaitu dengan tidak menokok tambah dan mengubahsuai sunnah tersebut. Hendaklah kita mengamalkan agama ini sebagaimana yang diperintahkan dan diajarkan olehnya. Termasuk di dalam rangkuman Sunnah, hendaklah kita meninggalkan apa yang ditinggalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di dalam kaedah ushul fiqh, terdapat suatu kaedah sebagaimana berikut,

“Perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam meninggalkan sesuatu perbuatan di dalam keadaan wujudnya keperluan terhadap perkara tersebut dan tiadanya halangan (melakukannya), ia di sini menunjukkan meninggalkan perbuatan tersebut adalah sunnah dan melakukannya adalah bid’ah”. (Min Usul al-Fiqh Inda ahlil Hadis, 1/82)


Selain dari menyampaikan sunnah-sunnah Nabi yang benar, hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana yang dituntut oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firmannya (maksudnya):

“Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 56)

Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, daripada Abu Umamah al-Bahily: “Barangsiapa di antara kamu yang paling banyak berselawat kepadaku maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)

Telah pun disebutkan sebelumnya, bahawa berselawat ke atas Nabi adalah sebagaimana yang ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri berdasarkan riwayat-riwayat hadis yang sahih. Dan hendaklah kita tidak melaksanakan selawat dengan tatacara yang menyanggahi petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu dengan mengambil lafaz selawat sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang sahih, tidak menjadikannya sebagai bahan untuk nyanyian, dan dengan tidak menokok tambahnya. Ini adalah kerana selawat itu sendiri adalah perbuatan ibadah yang tidak dapat dilakukan melainkan dengan adanya dalil yang menunjukkan bagaimana ianya harus dilaksanakan.

Selanjutnya, hendaklah kita sentiasa membenarkan apa sahaja yang dibenarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Segala apa yang sahih disampaikan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam hendaklah kita mengimaninya, membenarkannya dan mentaatinya.

Setelah kita memahami bahawa wajibnya menuruti segala apa yang datangnya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, hendaklah kita meninggalkan apa sahaja yang dilarang oleh beliau, meninggalkan dan membenci apa sahaja yang dibenci oleh beliau, dengan itu juga hendaklah kita menyayangi apa sahaja yang beliau sayangi dan mencintai apa sahaja yang beliau cintai.

Secara umumnya, demikianlah beberapa langkah awal bagi melahirkan dan mendidik diri di dalam mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu pengetahuan terhadap Sunnah-sunnah beliau dan agama yang telah sempurna ini. Dengan ilmu tersebut, insyaAllah akan menjadi bekalan di dalam menegakkan syi’ar agama Islam yang sebenar sebagaimana yang diwariskan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kita. Dengan ilmu itu juga akan mengangkat darjat kita membezakan dengan kaum yang beragama tanpa ilmu. Sekaligus mampu membimbing kita sentiasa di atas jalan yang haq, mencintai Nabi sebagaimana yang selayaknya dan meninggalkan perbuatan mencintai Nabi dengan cara yang tidak selayaknya.

Hanya dengan agama yang didirikan/ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang betul, maka ia akan diberikan kejayaan dengan mendapat pertolongan Allah. Maka, hendaklah kita menegakkan agama Allah ini dengan kebenaran dan tidak menegakkannya dengan kepalsuan (bid’ah).


Wallahu a’lam...

9.2.09

Mengapa Orang yahudi Bijak


Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Bila menyedari bijaknya mereka kita cuba membuat kajian berkaitan perwatakan mereka dan mungkin selepas ini kita akan mula mengikuti langkah mereka. Sesuatu yang sangat kita lupa, sebagai orang islam kita dah ada cara hidup kita sendiri, kenapa kita tidak gali saja apa yang tersurat dan tersirat disebalik Al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Tahukah anda, sebenarnya dimanakah mereka mendapat inspirasi atau sumber bagi membina perwatakan seperti tesis yang dihasilkan oleh dr Stephen Caar ini? Tak lain tak bukan hanyalah dari Al-quran dan as-Sunnah, sebab itulah kanak kanak mereka diwajibkan untuk belajar bahasa Arab.

Suatu masa dulu kita dikejutkan dengan YOGA yang bertentangan dengan amalan Islam. Bila YOGA di iktiraf oleh ramai masyarakat dunia
kerana kesannya yang positif. Doktor-doktor di Harvard sering kali menyuruh pesakit-pesakit mereka mengamalkan yoga bertujuan untuk menjaga kesihatan.

Sebenarnya YOGA itu di adaptasi dari SOLAT.
Itu yang kita tak perasan kerana banyaknya persamaan antara YOga dan Solat. Tetapi solat bukanlah senaman seperti yoga. Bagi orang-orang Islam solat adalah lebih agung dari sebarang senaman apa apa pun.

Jika dilihat secara menyeluruh, memang terdapat beberapa unsur yoga di dalam solat. Yoga adalah gabungan 3 elemen iaitu fizikal, mental dan mentera. Solat pula merupakan ibadah yang merangkumi jasad, roh dan akal.

Namun solat adalah lebih dari yoga kerana ia adalah ibadah yang berdasarkan wahyu. Ia adalah aktiviti penyembahan kepada Yang Maha Pencipta yang memerlukan disiplin kerana ia terikat dengan waktu. Oleh itu berbanding dengan yoga, solat adalah lebih lengkap dan komprehensif dan kesan jangka panjangnya adalah lebih mendalam.

Apa kurangnya dengan tesis yang di hasilkan oleh dr Stephen ini, Melihat kepada kenyataan di bawah tidakkah kita terfikir kebanyakkan perkara yang orang orang yahudi lakukan sudah pun disarankan oleh Rasul saw kita. Cuma kita saja yang faham faham.


MENGAPA ORANG YAHUDI BIJAK - SATU KAJIAN DR STEPHEN CAAR


1.
Ibu yang mengandung bagi orang orang Yahudi sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama, ia adalah untuk anak dalam kandungan, ibu sedang melatih otak beliau, agar baby menjadi genius apabila dewasa kelak . selain dari itu mereka mengambil pil minyak ikan semasa mengandung.

2. Orang orang yahudi gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu dan untuk tengah hari

3. Makan utama mereka ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan.

4. Orang orang Yahudi gemar sekali memakan ikan ( hanya isi atau fillet ) dan biasanya daging tidak akan ada bersama jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.

6. Mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

7. Merokok akan menyebabkan otak yang lembab. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab).

8. Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan

9. Kanak kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris

10. Semasa kecil kanak kanak Yahudi telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain muzik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak. Menurut saintis Yahudi, gegaran muzik semacam senaman untuk otak.

11. Kanak kanak Yahudi yang berumur 7 - 12 tahun akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan.

12. Sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, sukan ini dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

13. Pelajar pelajar mereka ditekan dengan pelajaran sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

14. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan mereka hanya akan lulus jika kumpulan mereka (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta. Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

15. Cara beribadah orang Yahudi pula salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif.

16. Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York.


Hikmah pergolakan politik Perak

Hormatilah apa yang telah berlaku tentu ada hikmah disebaliknya

tulisan asal Oleh Mohd Sayuti Omar

DEMIKIANLAH adanya, hidup ini berbanding-banding. Suka duka, kalah menang. Setiap bermula akan berakhir juga. Allah s.a.w. juga Maha Adil dan Maha Bijaksana. Sesuatu yang dijadikan itu ada hikmah dan ada tujuannya tersendiri.

Pergolakan politik di Perak – usaha untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat telah pun berakhir. Segala usaha oleh Pakatan untuk mempertahankan kerajaannya berusia 11 bulan sia-sia sahaja.

Keadaan, kuasa dan pengadil tidak memihak kepada mereka. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak memihak kepada mereka. Surut pengosongan dua Adun tidak dilayan sewajarnya. Istana juga telah memberi keadilan yang perlu diterima sebagai bijaksana.

Jadi semuanya sudah selesai dan berakhir. Yang ada kini hanya kesalan dan air mata sahaja di pihak Pakatan Rakyat. Kesal dengan apa yang berlaku harus diterima ia adalah kesilapan diri kita semua. Dan air mata yang berladum adalah banjir duka kerana musibah itu menimpa Pakatan.

Sekarang ini jangan ungkit jangan lagi persenda. Jangan kata apa-apa. Mahkota kerajaan yang dipegang itu kini akan bersalin tangan dan biarlah BN meletakkan di atas kepala mereka.

Pihak Pakatan rakyat, termasuk Mohamad Nizar Jamaluddin atau sesiapa harus memujuk diri sendiri. Bayangkan bagaimana kecewa, kesal dan marahnya Tajol Mohd Rosli Ghazali selepas 8 Mac tahun lalu apabila kerajaannya runtuh dan beliau terlepas menjadi MB Perak, maka begitulah apa yang ada kini.

Namun bagaimana Tajol Rosli dapat menerima hakikat itu maka begitulah juga harus diterima oleh Nizar dan pihak Pakatan.

Untuk Pakatan rakyat, Hormatilah apa yang telah diputus meskipun hati sakit dan remuk radam.

Selama sebelas bulan Pakatan memerintah macam-macam dakwaan dan tuduhan dilemparkan ke atas kerajaan Pakatan. Semoga segala kecacatan dan kepincangan itu diperbetulkan oleh kerajaan BN selepas. Adun Pakatan boleh menjadi pemantau kepada apa yang berlaku selepas ini.

Kesemua 28 Adun Pakatan jadilah wakil rakyat yang profesional dalam DUN Perak. Menjadi pembangkang yang berkualiti, membela rakyat dan menjadi penegur kerajaan baru yang konstruktif.



Analisa kejatuhan Pakatan: Kesan politik masa depan Umno

tulisan asal Oleh Mohd Sayuti Omar

DENGAN terlantiknya Menteri Besar baru di Perak semalam, Umno kini mendapat semula kuasanya yang hilang selama 11 bulan apabila rakyat menafikan kuasa itu pada pilihan raya umum lalu. Soal kuasa itu sah atau sebaliknya, hakikatnya Umnolah mengemudi kerajaan Perak selepas ini.

Kejayaan Umno kembali semula berkuasa menerusi apa yang disifatkan oleh pakatan sebagai satu rampas kuasa siang hari itu benar-benar mengembira dan melegakan Umno. Dengan apa yang berlaku bolehlah Umno menuntut dan mengatakan bahawa parti itu mendapat sokongan Melayu dan memulihkan semula kedudukan parti berkenaan.

Umno boleh mendabit dada kononnya parti itu sebenarnya yang diingini oleh orang Melayu Perak. Umno juga boleh berangan-angan mengatakan parti merekalah dipercayai rakyat seluruhnya. Atau Umno juga boleh mengakui partinya turut sama direstui istana apabila Sultan Azlan Shah bersetuju melantik MB dan tidak bersetuju membubarkan DUN Perak seperti mana diminta oleh Pakatan Rakayat.

Adat dan kepercayaan orang Melayu meletakkan apa juga yang dilakukan Sultan itu betul walaupun kesalahan dilakukan itu kadang-kadang terang benderang, atau kadang-kadang pada satu masa dulu kita sendari menetangnya dan menyokong balik atau menyetujui bila ia memberi keuntungan kepada kita.

Dari semangat Melayu pula, sesiapa pun gembira dengan terbentuknya kerajaan Perak yang dianggotai oleh Melayu total di Perak itu. Hanya bangsa yang tidak suka kepada bangsanya sendiri saja kalau tidak suka bangsanya menjadi kerajaan. Hanya Melayu yang hilang rupa diri dan akal budi saja tidak menyokong Melayu.

Dengan terlantiknya Adun Pangkor, Zambry Abdul Kadir itu orang Melayu Perak kini tidak perlu bimbang lagi mengenai keselamatan mereka. Hak-hak Melayu, kepentingan Islam pasti akan terbela dengan utuhnya. Soal tanah rezeb Melayu pasti akan terjaga dengan eloknya.

Projek atau kontrak kerajaan tidak akan jatuh ke tangan Cina lagi. Begitu juga dengan kawasan balak tidak lagi jatuh ke tangan Cina.

Semuanya akan dapat kepada Melayu kerana kerajaan MB yang ada kini bukan lagi menjadi boneka kepada mana-mana Cina. Mungkin dalam masa sesegeranya juga Zambry akan memansuhkan semula polisi kerajaan Pakatan yang memberi gerak tanah milik kekal kepada penduduk kampung baru seperti mana pantasnya tindakan Umno sebelum ini mempertikaikan pemberina itu.

Dari satu segi itulah yang dapat dilihat dan dirasai terhadap perubahan drastik yang berlaku di Perak itu.

Tetapi dari sudut lain kemelut politik yang membawa perubahan kepada kerajaan itu meninggalkan kesan yang menakutkan untuk masa depan medan politik negara ini dan inilah yang menjadi masalah baru kepada Umno dan Melayu.

Kejadian di Perak itu membuka kepada dimensi hubungan atau perpaduan politik negara ini tidak baik. Mungkin kerana terlalu gembira orang Melayu tidak sedar bahawa di sebalik kemeriah dan sorak sorai Melayu Umno itu ada pihak lain yang kecewa. Hakikatnya kejayaan Umno itu dirayakan oleh Umno saja tetapi tidak oleh kaum lain. Bagaiamana dengan kaum cina yang diwakili MCA dan gerakan.

Realiti ini jelas kerana tiada sebarang komen daripada pemimpin Cina dalam Gerakan atau MCA berhubung kejayaan Umno itu.

Apakah sikap senyap dan membisu mereka itu menandakan mereka marah. Mereka tidak setuju kerajaan Perak yang didominasi kaum Cina (DAP) dijatuhkan? Ini perkara yang sepatutnya diberi perhatian oleh Umno di sebalik sorak sorai itu.

Jelas apa yang berlaku dan dilakukan itu menyakiti orang Cina. Orang Cina berangapan seolah mereka tidak perlu diberikan peluang menjadi kerajaan menurut perlembagaan yang ada dan perlu ditumbangkan. Dalam hal ini mereka tidak mengira siapa Cina yang menguasi kerajaan Perak itu, MCA, Gerakan atau DAP? Tetapi orang Cina pasti merasa bangga kerana rakan mereka dalam DAP dapat menguasi sebuah kerajaan.

Apa yang dibayangkan Dr Mahathir Mohamad apa yang berlaku di Perak itu memberi kesulitan atau keburukan kepada BN – Umno pada pilihan raya ke 13 adalah tepat. Dapat diselami kata-kata Mahathir itu bahawa dengan apa yang berlaku orang Cina akan membenci Umno atau sokongan orang Cina kepada Umno – BN makin merosot.

Ini sangat bahaya bagi Umno. Politik rakus dan tidak menghormati hak orang lain dan mencerminkan ketamakan kuasa memberi kesan buruk dan kegembiraan sekejap saja. Dari segi politik jangka panjang apa yang dilakukan Umno itu tidak bijak. Dan kesan daripada tindakan ini ialah kepada Pengerusi Perhubungan Umno Perak, Mohd Najib Razak. Kerakusan Najib itu akan dilihat sebagai itulah stail dan pendekatan Najib apabila beliau menjadi PM kelak.

Dalam hal ini Najib untung dalam mengambil hati orang Melayu untuk mendokong beliau sebagai PM tetapi pada masa sama beliau telah mengguriskan hati orang Cina dengan apa yang berlaku itu. Keadaan ini seharusnya tidak berlaku menjelang beliau ingin mengambil kuasa daripada Abdullah Badawi Mac depan.

Memerhati perkembangan yang berlaku hari ini ada kemungkinan dengan apa yang berlaku ini menyebabkan MCA dan Gerakan atau parti-parti Cina di Sabah dan Sarawak dan seluruh orang Cina sedang membuat homework baru dalam hubungan politik mereka dengan Umno. Tragedi rampas kuasa di Perak yang berlindung di istana itu boleh menyebabkan kaum Cina menyemak balik persefahaman politik mereka dengan Umno.

Di sini terlalu awal untuk mengatakan mereka akan membuat reform politik besar-besaran dengan memberi sokongan kepada PKR dan Pas bagi menyertai rakan mereka DAP dalam Pakatan Rakyat itu tetapi kemungkinan itu tidak mustahil.

Jadi Umno perlu insaf dan sedar hal ini kalau tidak kejayaan di Perak itu bukan memberi satu kegembiraan tetapi akan menganugerahkan kesedihan berpanjangan terutamanya kepada mereka yang bertanggungjawab di sebalik tragedi 6 Februari 2009 itu.


6.2.09

Renung sejenak... politik semasa


Rakyat sedang menunggu satu permainan psikologi yang menarik.
suatu masa dulu...
Kita telah melihat bagaimana Anwar berjaya memperdayakan BN dengan 16 Septembernya sehingga menyebabkan MP BN sekoyong-koyong terpaksa memperbodohkan diri melawat Taiwan dengan merekacipta 'Lawatan Sambil Belajar tentang Pertanian'.


Kini mungkin giliran PR pula cuba dipermainkan oleh BN
Tapi taktiknya sama.. kotor! Penuh dengan ugutan, suapan dan apa-apa sahaja yang mungkin tak terfikir oleh benak yang waras.
Sekarang kita tunggu apakah langkah pihak PR untuk menangani kemelut ini.


Dalam Pilihanraya Ke-11 yang lalu
Dr Zambry mendapat 8,349 undi dengan majoriti 5,669 undi.
Lawan beliau Suwardi Sapuan (Keadilan) dan Mohd Ishak Mohd Som (Bebas) masing-masing mendapat 2,680 dan 117 undi.



Dr Zambri adalah bekas orang kuat Anwar satu ketika dahulu. Beliau dan Dr Zahid Hamidi pernah di tahan dibawah ISA sewaktu tragedi 1998 dahulu.

Dr Zambri belajar di UIA dan ramai mengenalinya sebagai seorang yang bersih, tenang dan baik tingkah lakunya. Kemungkinan nanti dia akan mencipta sejarah sebagai menteri besar Perak yang boleh menjadi imam, menyampaikan khutbah, memberi tazkirah dan berceramah agama.


Tahniah Dr Zamry, MB ke 11 Negeri Perak. Tapi yang pasti Banyak cabarannya.
Bukan mudah. Antara cabarannya :

1. Dr. Zamry kena akur bahawa kerajaan beliau adalah kerajaan yang rapuh. Majoriti yang sangat nipis. Kalau 2 Adun melompat maka tumbanglah MB Perak yang ke 11 ni. Kerajaan boneka Nizar hanya sempat bertahan selama 11 bulan. Kerajaan Dr Zamry boleh bertahan berapa lama?

2. Pakatan Rakyat tidak akan berdiam diri. Mereka akan cari kesalahan kerajaan baru ini walau sebesar zarah. Mereka akan mengerakkan massa mereka untuk pastikan kerajaan ini juga tak kekal lama. Demostrasi jalanan akan hidup di Ipoh. Balai Polis dan SPRM Perak akan sesak dengan pelbagai laporan Polis mengenai salah guna kuasa.

3. Politik UMNO Perak tak pernah aman mulai sekarang, sampai bila?.akan banyak bahagian, banyak kumpulan, banyak klik. Politik UMNO Perak memang sentiasa panas. Cabaran Dr Zamry adalah dari luar parti dan dalam parti.

4. Adun pembangkang Perak ni sekarang DAP, PAS dan PKR bukan calang-calang. Ngah dan Ngeh adalah mastermind kerajaan Nizar. Mereka ada 'standing' yang tersendiri. Ramai kalangan mereka adalah bekas Exco walaupun hanya sempat bertahan kurang setahun. Mereka sudah tahu selok belok pentadbiran kerajaan negeri. Mereka mampu membuat 'check and balance' yang ketat.

5. kita tengok lahhh...


aNWAR vs nAJIB

Najib mendahului tetapi belum menang.

Anwar terpukul tetapi belum tewas.


Di dalam pertarungan politik, KEKUATAN stamina adalah penting.

sO Siapa yang punya stamina yang lebih panjang Najib atau Anwar?

Najib mempunyai sumber ekonomi dan kekuasaan . tApI Najib x punya ramai rakyat yang menyokongnya, adapun yang menyokong perlu dibeli dengan wang ringgit ( betul ke ? )

Anwar xpunya kuasa dan xde sumber ekonomi yang kukuh. tetapi Anwar ada rakyat. Malah Anwar punya rakyat yang hardcore menyokongnya. Penyokong hardcore Anwar ini tidak perlu dibeli, tidak perlu dibayar. Mereka ini mati-mati (walaupun Anwar buat salah) akan tetap menyokong Anwar. Jumlah mereka pula bukan sedikit.

dari segi ujian pula :

Anwar memang sudah teruji staminanya. Pernah dipenjarakan di bawah ISA di masa mudanya. Melawan waktu di zaman mahasiswa. Dipecat dari UMNO dan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Dipukul, dibelasah, dihina, dimalukan dan dipenjarakan selama 6 tahun. Tetapi bangun kembali untuk menerajui gerakan rakyat menentang establishment melalui Pakatan Rakyat sehingga berjaya menang di 5 negeri. Musa Hitam dan Ku Li tewas ditangan Mahathir tetapi tidak Anwar. Pendidikan politik yang dilalui oleh Anwar memang lasak dan getir. Anwar memang figur yang sudah teruji.

Najib belum teruji sepenuhnya. Ini adalah kerana Najib bermula dari dalam establisment sendiri. Dia lahir dari keluarga elit politik pemerintah. Ayahnya Tun Abdul Razak adalah Perdana Menteri Malaysia yang kedua. Najib menjadi anggota Parlimen di dalam usia yang cukup muda iaitu 21 tahun. Najib adalah anggota Parlimen yang termuda yang pernah dilahirkan oleh Malaysia. Jadi, pengalamannya di dalam politik dan politiking juga cukup hebat.


Jadi, antara Anwar dan Najib,

siapa yang akan menang.

Pertarungan ini memang akan berlangsung panjang.

kite tengok je lee



?? XFAHAM KEADAAN DI PERAK

marilah kita sama sama bERdOa kePADA ALLAH SWT AGAR MEREKA YANG YANG TAMAK KUASA DAN WANG RINGGIT DIKENAKAN BALA BENCANA YANG TIADA KESUDAHAN SEHINGGA HARI KIAMAT.

DAN kita berdoa KEPADA ALLAH SWT AGAR MEREKA YANG MENGIKUT JALAN YANG BENAR DIBERI PETUNJUK YANG BENAR.

2.2.09

SOLAT BERJEMAAH


SOLAT BERJEMAH

Syarat Sah Menjadi Makmum

1. Berniat menjadi makmum atau mengikut imam
2. Berada bersama imam di satu tempat
3. Makmum mengikut imam pada perbuatan sunat (yang sekiranya makmum menyanggahi
imam ia adalah perbuatan keji dalam solat)
4. Makmum tidak ketinggalan dari imam sebanyak 2 rukun perbuatan
5. Makmum bertakbiratul Ihram kemudian dari imam
6. Makmum menganggap solat imam sebagai sah
7. Solat imam tidak diulangi
8. Imam tidak menjadi makmum kepada orang lain
9. Imam lebih kedudukan/ martabat dari makmum
10.Tumit makmum di belakang tumit imam
11.Makmum tahu perpindahan rukun perbuatan imam
12.Solat makmum sama perbuatannya dengan perbuatan solat imam


Huraian:

Berniat makmum-dengan berjemaah atau mengikut imam, disyaratkan mengikut pada takbiratul Ihram pada solat yg disyarat berjemaah seperti solat Jumaat, solat yang diulang, solat Jamak Taqdim kerana hujan bagi orang yang bermukim. Jika tidak, solat tidak sah.

Begitu juga imam, berniat imam ketika takbiratul Ihram. Jika solat tidak disyaratkan berjemaah, makmum/ imam boleh niat berjemaah selepas Takbiratul Ihram. Solat kedua-duanya 2 sah, tetapi makruh bagi makmum, tidak makruh bagi imam, tetapi fadilat berjemaah didapati setakat berniat imam sahaja.

Makmum yang tidak berniat mengikut imam, sedangkan perbuatan solatnya seperti menanti perbuatan imam dengank adar lama, batal solatnya. Melainkan ia menanti sekejap atau secara kebetulan.


Berada bersama imam di satu tempat ada 4 situasi iaitu Sama-sama di dalam masjid, Imam dalam masjid, makmum luar masjid, Imam luar masjid, makmum dalam masjid dan Imam dan makmum di luar masjid-surau, madrasah,musolla, rumah, padang dll.


Sama-sama dalam masjid (walaupun jarak makmum-imaml ebih 300 hasta, dihalang dinding, makmum di atas, imam dibawah atau sebaliknya dengan syarat ada laluan/ tangga
menujunya) Makmum sah mengikut imam dengan syarat Makmum mengetahui perpindahan rukun perbuatan imam,sama ada dengan melihat, mendengar suara, atau suaramuballigh atau melihat perbuatan makmum lain dan Makmum tidak berada dalam bilik yang pintunya dipaku. Tidak mengapa jika sekadar diselak atau dikunci.

Imam dalam masjid, makmum luar masjid dengan syarat jarak kedudukan makmum pertama luar masjid tidak melebihi 300 hasta. Kiraan permulaan jarak dari tepi masjid, bukan dari imam, kerana masjid sebagai tempat solat

Imam luar masjid, makmum dalam masjid dengan syarat sama seperti di atas.

Imam dan makmum di luar masjid-surau, madrasah, musolla, rumah, padang dll dengan
syarat jarak kedudukan makmum-imam atau jarak dari saf hadapan dengan imam tidak
melebihi 300 hasta dan tiada dinding menghalang antara makmum dan imam walaupun nampak imam, atau dinding tidak menghalang laluant etapi tidak kelihatan seperti tabir. Ia berlainan dari dinding yang mempunyai pintu, dibuka ketika solat.

Makmum mengikut imam pada perbuatan sunat (yang sekiranya makmum menyanggahi imam, ia adalah perbuatan keji dalam solat)

Sunat-sunat yang keji apabila makmum menyalahi imam ialah seperti sujud tilawah, tasyahhud awal, qunut dan sujud sahwi.

a) Sujud Tilawah
Makmum mesti mengikut imam-sama ada melakukannya atau meninggalkannya. Sekiranya makmum tidak mengikut perbuatan imam, solatnya batal.

b) Tasyahhud awal
Makmum mesti mengikut imam jika imam melakukannya. Jika imam duduk untuk tasyahhud kemudian meninggalkannya,makmum boleh membaca tasyahhud. Jika imam meninggalkan
tasyahhud, makmum tidak boleh tasyahhud.

c) Qunut
Makmum tidak wajib mengikut imam, sama ada melakukannyaa tau meninggalkannya. Sekiranya imam baca qunut, makmum boleh meninggalkannya. Begitu juga sebaliknya, dengan syarat sempat bersama imam dalam sujud pertama. Jika makmum membaca qunut sedangkan imam tidak, makmum sempat bersama imam ketika duduk antara dua sujud, hukumnya
makruh. Jika imam sujud kedua, sedangkan makmum masih membaca qunut (iaitu belum turun sujud), batal solat makmum.

d) Sujud sahwi

Makmum wajib mengikut jika imam melakukannya. Jika imam meninggalkannya, makmum boleh sujud sahwi selepas imam memberi salam.


Makmum tidak ketinggalan dari imam sebanyak 2 rukun perbuatan, Jika makmum terlambat satu rukun perbuatan dari imam, hukumnya makruh. Jika makmum mendahului satu rukun perbuatan dari imam, hukumnya haram. (Solat tidak batal)

Sekiranya makmum muafiq, tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihah, imam rukuk. Makmum boleh meneruskan bacaan Fatihah sehingga imam mendahuluinya 3 rukun panjang(rukuk, sujud pertama, sujud kedua).

Iktidal dan duduk antara dua sujud dikira rukun pendek.

Makmum bertakbiratul Ihram kemudian dari imamIaitu imam selesai menyebut ‘ra’ pada ‘Allahu akbar’

Makmum menganggap solat imam sebagai sah iaitu makmum mengikut imam dalam keadaan imam meyakini solatnya sah.

Solat imam tidak diulangi, Contohnya imam solat dengan tayammum kerana tiada air sedangkan ia bukannya musafir, atau imam solat dengan tayammum yang ada najis di bawah balutan lukanya dll, maka solat imam perlu diulangi.

Imam tidak menjadi makmum kepada orang lain, Sekiranya imam memberi salam, makmum bangun bagi menambah rakaat yang belum cukup, maka boleh berimam dengan nya.

Imam lebih kedudukan/ martabat dari makmum

Tumit makmum di belakang tumit imam Sekiranya tumit makmum sama dengan tumit imam, hukumnya makruh.

Makmum tahu perpindahan rukun perbuatan imamS ama ada dilihat, didengar imam atau gerakan makmum disaf belakang imam atau suara orang yang menguatkan suara untuk menyampaikan perpindahan imam.

Solat makmum sama perbuatannya dengan perbuatan solat imam, bermaksud pada perbuatan sahaja, tidak disyaratkan pada niat. Oleh itu, tidak sah makmum solat Zohor berimamkan yang solat jenazah atau gerhana dan sebaliknya.J ika yang solat Zohor berimamkan yang sunat, atau solat tunai berimamkan yang qada’, atau yang banyak bilangan rakaatb erimamkan yang sedikit bilangan rakaat atau sebaliknya, sah solat semuanya.



Tertib solat berjemaah yang afdhal

1. Solat berjemaah-paling kurang seorang imam dan seorang makmum. Afdhal solat berjemaah dari solat bersendirian walaupun tidak khusyuk solat berjemaah berbanding solat bersendirian.

2. Tertib-Jumaat kerana disyarat berjemaah, subuh Jumaat,subuh lain, Isyak, Asar, Zohor, Maghrib.

3. Afdhal solat berjemaah berkait dengan tempat: 3 masjid-Masjidilharam, Masjid Nabi, MasjidilAqsa, masjid yang diyakinihalal sumber binaan dan tempat.

4. Jika berlaku keadaan solat di masjid tidak dapat berjemaahiaitu berseorangan, sedangkan solat di rumah dapat berjemaah,maka afdhal solat berjemaah, kerana perkara yang berkait
dengan ibadat iaitu berjemaah lebih afdhal dari yg bergantungdengan tempat iaitu masjid.

5. Solat berjemaah yang ramai lebih afdhal dari yang sedikit,melainkan jika imamnya bid’ah dan kumpulan sedikit itu tidak bid’ah

6. Berjemaah dalam kumpulan sedikit yang didengar bacaanFatihah dan surah imam lebih afdhal dari berjemaah yang tidakdapat didengar bacaan Fatihah dan surah imam

7. Mereka yang lebih utama menjadi imam adalah pemerintah,imam dilantik, yang alim fiqh, qari, warak, lebih awal Islamnya,keturunan baik, suci pakaian, suci badan, baik pekerjaannya,
elok suaranya, elok rupanya.

8. Jika makmum mufaraqah dari imam kerana ada keuzuran,fadhilat berjemaahnya tidak luput, sama ada keuzuran dirimakmum atau imam. Contohnya imam meninggalkan tahiyat awal, qunut atau dipanjangkan bacaannya lebih dari sekurangkurang afdhal sedangkan makmum tidak berupaya ataukeadaan makmum yang perlu disegerakan solatnya.

9. Kadang-kadang wajib bagi makmum berniat mufaraqah, iaituapabila berlakunya keadaan yang menjadikan solat imam batal,sedangkan makmum mengetahui imamnya batal. Jika tidak
berniat mufaraqah, batal solat makmum.

4 Perkara yang didapati oleh makmum ketikaberjemaah:
1. Mendapat fadhilat berjemaah
2. mendapat Jumaat
3. mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam
4. mendapat rakaat

Huraian:
1.Mendapat fadhilat berjemaahMakmum mendapat pahala berjemaah jika sempat Takbiratul
Ihram sebelum imam memberi salam pertama, walaupunmakmum tidak sempat duduk bersama imam. Ini keranamakmum sempat berjemaah dalam satu rukun bersama imam
iaitu Takbiratul Ihram. Namun dari segi fadhilat, tidak samadengan mereka yang sempat berjemaah dari awal.

Beberapa Masalah:
1. Jika makmum masbuk, selepas Takbiratul Ihram, tiba-tibaimam memberi salam, sedangkan makmum belum sempatduduk bersama imam. Oleh itu makmum tidak boleh duduk
bersama imam kerana duduknya imam di saat itu dikira diluarsolat. Maka makmum tidak boleh mengikut imamnya iaitu


9
duduk bersama imam. Jika makmum duduk juga, batalsolatnya. Jika lupa atau jahil, tidak batal tetapi wajib bangundengan segera jika ingat (dalam masalah lupa) atau tahu(dalam masalah jahil), kemudian sunat sujud sahwi.
2. Jika makmum masbuk, imam masih membaca tasyahhud danbelum memberi salam, wajib bagi makmum duduk bersamaimam. Jika tidak, batal solat.
3. Jika seorang baru datang untuk solat berjemaah ketika imamselesai rukuk pada rakaat akhir, sunat baginya menanti salamimam untuk mendirikan solat berjemaah yang baru untuk
mendapat pahala berjemaah yang lebih sempurna. Itupun jikamasa masih panjang. Jika masa hampir habis, sunat berjemaahterus bersama imam yang ada. Menurut Ibn Hajar, sunat
menunggu untuk berjemah yang baru itu selama tidak luputfadhilat awal waktu atau waktu ikhtiar Jika luput kedua-duawaktu itu kerana menantikan kedatangan jemaah baru, maka
lebih baik berjemaah dengan yang asal.
2. Mendapat JumaatDikira mendapat Jumaat selepas dapat rakaat bagi makmum
bersama imam walaupun pada rukuk rakaat kedua. Apabilamakmum mendapat rakaat, hendaklah ia tambah satu rakaatlagi setelah selesai imam memberi salam. Sunat bagi makmum
menguatkan bacaan Fatihah dan surah pada rakaat keduanya.Makmum masbuk yang tidak sempat mendapat Jumaat keranatidak dapat rakaat bersama imam wajib juga berniat Jumaat,
dan solat disudahkan dengan Zohor (iaitu 4 rakaat). Adapendapat berkata harus dengan niat Zohor terus.

3. Mendapat fadhilat Takbiratul Ihram bersama imamBagi makmum yang sempat bertakbir mengiringi TakbiratulIhram imam, dikira dapat fadhilat Takbiratul Ihram dengan 2
syarat:
10
Makmum berada di belakang imam ketika imam TakbiratulIhramMakmum terus mengiringi Takbiratul Ihram sebaik sahaja imamselesai takbir.

Masalah:
1.Sunat bagi makmum tidak berlari ke tempat berjemaahwalaupun takut luput fadhilat Takbiratul Ihram bersama imam.Ini berbeza dengan Jumaat, wajib bersegera sekadar
kemampuan.
2. Sunat bagi imam atau yang solat bersendirian menunggumereka yang hendak berjemaah bersamanya. Tempat menantiialah semasa rukuk di rakaat akhir atau tasyahhud akhir kerana
Allah dan tidak dalam masa yang lama.
3. Sunat bagi imam menunggu makmum di dalam sujud kedua(dalam masalah makmum muafiq ketinggalan dari imamdengan sebab ia menghabiskan bacaan fatihah)
4. Sunat imam meringankan solat dengan melakukan sunatab’adh dan hai’ah iaitu sekurang-kurang afdhal dan jangansampai had terlebih akmal, melainkan makmum redha (iaitu
dengan berlafaz, dan tidak memadai dengan diam seperti yangdifahami oleh Sheikh Ramli dan Ibn Hajar)
5. Makruh memulakan solat sunat selepas Iqamah dibuat. Jikaseseorang solat sunat, tiba-tiba Iqamah dibuat, hendaklahdisempurnakan solatnya. Ini dibuat selama mana tidak takut
luput berjemaah Jika takut luput berjemaah, sunat bagimakmum memberhentikan solatnya dan meneruskanberjemaah bersama imam.
4. Mendapat RakaatBagi makmum masbuk yang sempat rukuk bersama imam,dikira mendapat rakaat dengan 3 syarat:
i. Makmum sempat Takbiratul Ihram dengan sempurna
sedangkan imam masih dalam rukuk.
ii. Makmum sempat rukuk bersama imam dengan sempat
Tomakninah.

11
iii. Rukuk bagi makmum yang dikira sah berhubung denganrukuk imam yang dikira sah iaitu semasa imam rukuk, tidak adaapa-apa keadaan yang membatalkan solat imam seperti
berhadas atau kena najis.

Masalah:
1. Makmum masbuk yang sempat rukuk bersama imam dengandapat tamakninah, tiba-tiba imamnya berhadas. Makmum dikiradapat rakaat kerana dapat tamakninah rukuknya bersama
imam. Sebaliknya makmum yang rukuk tidak sempattamakninah, tiba-tiba imam berhadas, maka makmum tidakmendapat rakaat tersebut.Demikian juga makmum tidak dapat rakaat jika syak-adakah iamendapat tamakninah rukuk bersama imam atau tidak.Makmum perlu menambah satu rakaat kerana rukuk tidak dikiradapat rakaat, kemudian makmum sujud sahwi kerana syakituberlaku melarat selepas imam memberi salam, dan syak seperti
ini dikira luar tanggungan imam.
2. Jika seseorang ingin solat pada waktu yang hampir habis,tiba-tiba ada seorang yang sedang solat dalam keadaan rukuk.Kalau ia berjemaah dengannya, dapat satu rakaat solatnya
dalam waktu. Kalau tidak berjemaah, tidak dapat solat dalamwaktu walaupun satu rakaat. Maka ketika itu wajib iaberjemaah untuk mendapat rakaat di dalam waktunyawalaupun satu rakaat, dan solatnya menjadi solat tunaiwalaupun sebahagian rakaat lain diluar waktu, kerana ia
mendapat rakaat, sekurang-kurangnya satu rakaat di dalamwaktu.

Perkara-perkara sunat yang dilakukan oleh makmumbersama imam
12
Makmum masbuk disunatkan takbir intiqalat ketika sama-samaberpindah dengan imam walaupun bukan tempat baginya.Misalnya ia masuk berjemaah ketika imam iktidal. Imam turun
untuk sujud. Makmum sama-sama turun sujud dengan bertakbirwalaupun turun itu bukan tempat bagi makmum.Makmum masbuk disunatkan angkat tangan kerana mengikut
imam seperti ia sama-sama bangun dengan imam ketika imambangun dari tasyahhud awal. Sementara makmum masbuktidak disunatkan mengikut imam pada keadaan duduk, seperti
imam duduk tawarruk pada tahiyat akhir. Maka makmum yangbelum bertahiyat akhir, sunat duduk iftirash.

Masalah:
Wajib bagi makmum masbuk bangun selepas imam memberisalam kedua. Oleh itu, haram bagi makmum itu masih duduk.Jika ia masih duduk bukan pada tempatnya, batal solatnya.
Jika makmum duduk selepas imam memberi salam kedua dankebetulan tempat tasyahhud awal baginya, maka harus bagimakmum duduk walaupun lama masanya. Contohnya: imam
pada rakaat ke-3 pada solatnya 4 rakaat. Makmum baru masukberjemaah ketika itu Ertinya semasa imam tahiyat akhir, tempatitu ialah tempat tahiyat awal bagi makmum.

HUKUM MASBUQ DAN MUAFIQ
Setiap makmum yang berjemaah, fardhu atau sunat, tidakterlepas sama ada keadaannya masbuq atau muafiq.

Definisi:
Muafiq- makmum yang bersama imam iaitu makmum sempatmenghabiskan bacaan Fatihahnya ketika ia qiam bersamaimam.
Hukum: dimaafkan kepada makmum muafiq ketinggalan dariimam sebanyak 3 rukun panjang sekiranya berlaku keadaan

13
yang mengharuskan ketinggalan tersebut. Contohnya: imamrukuk, sujud pertama dan sujud kedua. Justru, kiranyamakmum tidak menyelesaikan bacaan Fatihahnya sebaik sahaja
imam berpindah ke rukun ke-4 baginya, maka makmum mestimembuat pilihan antara mufaraqah atau mengikut imamtersebut.

Definisi Masbuq- makmum yang didahului oleh imam iaitumakmum yang tidak sempat menghabiskan bacaan Fatihahnyaatau langsung tidak sempat membacanya. Ia qiam bersama
imam atau ia mula berjemaah semasa imam sedang rukuk atauhampir rukuk.
Oleh itu makmum masbuq tidak boleh ketinggalan dari imamsampai 3 rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membacaFatihah sekadar yang dapat. Apabila imam rukuk, ia hendaklah
rukuk. Fatihah yang tidak sempat dihabiskan ditanggung olehimam. Demikian juga, makmum masbuq yang mula berjemaahsemasa imam sedang rukuk, ia terus rukuk tanpa membaca
apa-apa. Apabila sempat rukuk bersama imam sertatamakninah, maka dikira makmum tersebut mendapat rakaat
itu.
Masalah berhubung dengan makmum muafiq:
1. Makmum muafiq tidak sempat menghabiskan bacaanFatihah kerana tabiat lambat membaca, dimaafkan tertinggaldari imam walaupun sehingga 3 rukun panjang. Jika bacaanfatihah tidak dapat dihabiskan sehingga imam berpindah kerukun ke-4, makmum perlu membuat pilihan di antaramufaraqah atau mengikut imam. Jika ia mengikut imam, rakaattersebut tidak dikira dan makmum mesti menambah satu rakaatselepas imam memberi salam.Makmum muafiq yang lambat bacaannya kerana was-was,tidak dimaafkan ketinggalan dari imam 3 rukun panjang,
bahkan ia hendaklah menyempurnakan bacaannya sebelum
14
imam turun untuk sujud. Jika tidak sempat menghabiskanbacaannya, hendaklah ia berniat mufaraqah. Jika tidak berniatmufaraqah sebelum imam turun sujud, dan sebaik imam turun
sujud, batal solat makmum. (Makmum muafiq yang was-wasdihukumkan seperti orang yang sengaja melambatkan bacaanFatihahnya. Oleh itu tidak dimaafkan ketinggalan dari imam
sebanyak 3 rukun panjang.)
2. Makmum muafiq yang syak ia membaca Fatihah atau tidak,dan belum lagi rukuk sedangkan imamnya sudah rukuk. Makamakmum berkenaan wajib membaca Fatihah dan dimaafkan
ketinggalan dari imam
3 rukun panjang. Jika makmumberkenaan belum selesai bacaan Fatihahnya sedangkan imam
berpindah ke rukun ke-4 baginya, maka makmum berkenaanketika itu membuat pilihan di antara mufaraqah atau terusmengikut imam. Jika makmum tidak membuat pilihan, apabila
sampai sahaja imam kepada rukun ke-4, batal solatnya.
3. Makmum muafiq yang syak membaca Fatihah atau tidak,kemudian rukuk bersama imam. Maka hukumnya makmumtersebut tidak boleh kembali untuk membaca Fatihah, bahkan
wajib ia terus mengikut imam. Apabila imam selesai memberisalam, wajib ia menambahkan satu rakaat lagi.
4. Makmum muafiq yang lupa membaca Fatihah semasa iaqiam bersama imam, dan terus lupa sehingga imam rukuk,sedangkan makmum masih belum rukuk. Kemudian baruteringat, maka wajib makmum membaca Fatihah dan tidakboleh ia rukuk bersama imam dan dimaafkan ia ketinggalan 3rukun panjang dari imam.
5. Makmum muafiq yang syak membaca Fatihah atau tidaksemasa ia sudah rukuk, sedangkan imamnya belum rukuk.Maka makmum itu wajib bangun semula membaca Fatihah dan
dimaafkan ketinggalan dari imam walaupun 3 rukun panjang.
15
6. Makmum muafiq yang tidak sempat membaca Fatihahkerana membaca bacaan sunat selepas Takbiratul Ihram sepertidoa Iftitah. Imam rukuk dan makmum tidak sempat membaca
Fatihah atau menghabiskannya. Maka ia dimaafkan ketinggalan3 rukun panjang dari imam.
7. Makmum muafiq yang menunggu saktah dari imam (iaituia mendengar bacaan fatihah imamnya bertujuan mendapatpahala sunat, dan bercadang membaca Fatihah apabila imam
membaca surah kemudiannya) tetapi sebaik sahaja imamselesai membaca Fatihah,
i. ia terus rukuk tanpa membaca apa-apa surah. Justru,makmum tidak sempat membaca Fatihah.
atau
ii. dibaca surah terlalu pendek sehingga makmum tidak sempatmenghabiskan bacaan Fatihah.
Maka hukum makmum begini dalam 2 masalah di atas ialah iawajib membaca Fatihah dan dimaafkan ia ketinggalan dariimam sehingga 3 rukun panjang
8. Makmum muafiq tertidur di tengah solat pada tasyahhudawal dengan tetap punggungnya di tempat duduk, berterusantidur, lalu ditinggal oleh imam sehingga imam turun untuk
rukuk. Barulah makmum terjaga dari tidurnya.

Masalah initerdapat perselisihan di antara ulama:
i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yangmasbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam sebanyak 3rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadaryang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempatrukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat rakaattersebut.

ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmummuafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)
16
9. Makmum muafiq yang ketinggalan dari imam. Apabila imambertakbir untuk qiam, disangka imam duduk utk tasyahhudawal. Lalu ia duduk bertasyahhud. Ia mendengar imambertakbir untuk rukuk, disangkanya bangun dari tasyahhudawal. Selepas itu baru makmum sedar bahawa takbir imam tadiuntuk rukuk. Ada berlaku khilaf:

i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini seperti orang yangmasbuk (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imam sebanyak 3rukun panjang. Bahkan ia hendaklah membaca Fatihah sekadaryang dapat dan terus rukuk bersama imam. Jika ia sempatrukuk serta ada tomakninahnya, maka dikira dapat rakaattersebut.
ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmummuafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)-sama dengan di atas
10. Makmum muafiq yang sama-sama membaca tasyahhudawal bersama imam. Apabila imam berdiri dari tasyahhud awal,makmum masih membaca tasyahhud awal. Apabila makmum
berdiri dari tasyahhud awal, didapati imam sudah rukuk atauhampir hendak rukuk. Berlaku khilaf di antara Ibn Hajar danRamli:
i. i. Sheikh Ibn Hajar berkata: Makmum ini tidak termasukdalam kalangan muafiq (iaitu tidak boleh ketinggalan dari imamsebanyak 3 rukun panjang kerana dikira sebagai sengaja
meninggalkan bacaan Fatihah. Bahkan ia hendaklah membacaFatihah, dan jika dapat disempurnakan Fatihahnya, kemudiansempat rukuk bersama imam serta Tomakninah, maka dapatrakaat. Jika ia tidak sempat rukuk serta tomakninah, makahendaklah ia mufaraqah sebelum imam turun sujud. Dansetelah mufaraqah dari imam, hendaklah ia melakukan aturan
solat dengan berseorangan. Jika tidak mufaraqah, batal solatmakmum.

17
ii. Sheikh Ramli berkata: Makmum tersebut seperti makmummuafiq (iaitu dimaaf ketinggalan 3 rukun panjang dari imam)-sama dengan di atas

Masalah berhubung dengan makmum masbuq:
1. Makmum masbuq tidak sempat membaca Fatihah keranaimam hampir rukuk atau sudah rukuk. Wajib bagi makmumrukuk bersama imam. Sekiranya dapat rukuk bersama imam
serta tomakninah, maka dikira dapat rakaat. Fatihah yang tidaksempat dibaca, ditanggung oleh imam.
2. Makmum masbuq tidak sempat menghabiskan bacaanFatihah kerana imam rukuk, maka wajib ia rukuk bersamaimam, walaupun tabiatnya membaca dengan lambat. Iaberbeza dengan makmum muafiq yang bertabiat lambatmembaca Fatihah, maka wajib ia membaca Fatihah walaupunditinggalkan oleh imam sehingga 3 rukun panjang. SebahagianFatihah makmum yang belum dibaca ditanggung oleh imam.
3. Makmum boleh menjadi muafiq pada rakaat pertama.Kemudian menjadi masbuq pada rakaat kedua kerana tertinggaldari imam dengan sebab terlambat dalam menunaikan aturan
solat. Justru, sebaik sahaja ia bangkit untuk qiam, didapatiimam rukuk atau hampir rukuk, maka makmum tersebutmenjadi masbuq. Maka, jika ia sempat qiam dengan sempurna,
kemudian terus rukuk serta tomakninah bersama imam, makadapat rakaat baginya dan dimaaf ia meninggalkan bacaanFatihahnya.
4. Makmum masbuq rukuk selepas imam iktidal, atau ia rukukbersama imam tetapi tidak sempat tomakninah. Oleh itumakmum tidak dapat rakaat tersebut dan wajib menambah satu
rakaat selepas imam memberi salam.
5. Makmum masbuq yang membaca bacaan sunat (doa Iftitah)selepas Takbiratul Ihram. Tiba-tiba imam rukuk sedangkanmakmum belum membaca Fatihah. Maka makmum wajib
membaca ayat Fatihah sekadar ayat yang dibaca pada bacaansunat. Makmum menggunakan ijtihad dengan zan. Selepas ituia rukuk bersama imam serta tomakninah dan mendapat rakaat.
6. Ada imam yang terlalu pantas gerakan atau bacaannya.
Justru makmum ketinggalan dari imam, misalnya makmumbangkit dari sujud dan didapati imam telah rukuk. Makmumtidak sempat membaca Fatihah. Oleh itu makmum wajib rukuk
bersama imam kerana ia dikira makmum masbuk. Jika sempatrukuk bersama imam serta tomakninah, dikira dapat rakaat.Begitulah hukumnya pada setiap rakaat.
7. Makmum masbuq tidak membaca Fatihah selepas TakbiratulIhram sehingga imam rukuk. Hukumnya wajib bagi makmummembaca ayat Fatihah sekadar masa yang ia diam. Selepas itu
terus rukuk bersama imam. Jika sempat rukuk bersama imamserta tomakninah, dikira dapat rakaat. Jika tak sempat, tiadarakaat dan tambah satu rakaat selepas imam beri salam.
Masalah: Makmum masbuk ketinggalan dari imam keranahendak menyelesaikan bacaan Fatihahnya. Apabila imambangkit dari rukuk, wajib bagi makmum mufaraqah (mengikut
pandangan Ibn Hajar, Sharbaini, Ramli) dan tidak wajibmufaraqah (mengikut Zakaria Ansari) bahkan diberi pilihan diantara mufaraqah atau terus mengikut imam iaitu sujud
bersama imam dengan meninggalkan rukuk itu.Hukum Makmum Masbuq Pada Solat Jumaat:
Jika ia sempat rukuk bersama imam serta tomakninah, makadikira mendapat Jumaat. Oleh itu ia dikehendaki menambah


19
satu rakaat lagi selepas imam memberi salam, dan sunat iamembaca dengan nyaring pada bacaan Fatihah dan surahkerana dikira mendapat rakaat Jumaat padanya. Masalah ini
berbeza jika ia sempat berjemaah selepas imamnya rukuk padarakaat kedua seperti ia datang berjemaah semasa imam beradapada tasyahhud atau iktidal, atau ia sempat rukuk bersama
imam tetapi tiada tomakninah. Maka makmum tidak mendapatJumaat kerana dikira tidak dapat rakaat bersama imam. Olehitu, makmum hendaklah menyudahkan solatnya dengan Zohor.Bacaan Fatihah dan surah pada dua rakaat pertama baginyahendaklah diperlahankan kerana dikira solat Zohor baginya.Bagi makmum yang masbuq solat Jumaat, tidak sempat
mengikut imam semasa imam rukuk pada rakaat kedua, makaada perselisihan pendapat dalam berniat Jumaat atau Zohor.Ada di antara ulama berpendapat berniat Jumaat tapiperlaksanaannya solat Zohor dan ada ulama berpendapat terussahaja berniat Zohor.
Bagi makmum masbuq yang mendapat rakaat bersama imam,maka dikira mendapat Jumaat dan apabila orang lain berimamdengannya selepas ia mendapat rakaat, maka dikira mendapat
jumaat juga. Begitulah sehingga masuk waktu Asar, barulahdikira habis Jumaat pada hari itu.













TAHUKAH ANDA

- Dizaman Rome, Air kencing lelaki diniagakan sebagai produk pewarna rambut, dan ade ketika mereka menggunakan air kencing manusia sebagai ubat gigi.

- planet uranus mempunyai 27 bulan

- Seorang wanita yang mengandung mempunyai deria yang lebih sensitif.

- wanita lebih kerap berkelip mata dari lelaki iaitu hampir sekali ganda.

- degupan jantung wanita lebih laju dari lelaki.

- Wanita lebih kerap senyum dari lelaki.

- wanita mengambil masa hampir 3 kali ganda dari lelaki apabila menggunakan tandas.

- wanita yang minum kopi lebih dari dua cawan dalam sehari mempunyai lebih peluang untuk mendapat osteoprosis.

- ketepatan menghidu anda adalah 1/20 dari anjing.

- terdapat 43,687 kes kemalangan di US pada 1996 yang melibatkan kemalangan tandas.

- harimau mempunyai kulit yang berbelang, dan bukan sahaja bulunye yang berbelang.

- untuk menghasilkan sebuah kereta, 148,000 liter air digunakan.

- 2 juta sel darah merah mati setiap saat.

- tidak seperti haiwan berkaki empat yang lain, kangaroo tidak boleh jalan mengundur.

- ayam adalah lebih banyak dimuka bumi berbanding manusia.

- Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit kita yang mati.

- kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan.

- Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak.
- Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

- Hanya terdapat empat buah negara di dunia bermula dengan abjad D iaitu Denmark, Dominica, Djibouti, dan Republik Dominica.

- Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

- Ayam juga akan menghasilkan telur yang lebih besar jika hari sentiasa siang.

- Ikan haruan dapat mengesan 27,000 jenis bau, sekali gus menjadikannya haiwan yang paling sensitif deria baunya.

- Kanggaru yang hanya di Australia sebenarnya tidak boleh melompat jika ekornya tidak menyentuh bumi. Ekornya bertindak sebagai topang semasa haiwan itu melompat.

- Menurut kajian, purata setiap kita mengucapkan 30,000 perkataan sehari dan mengambil masa 3 1/2 jam sehari untuk bercakap.

- Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka dikulit atau terbakar.

- pembuka tin hanya dicipta selepas 48 tahun tin diperkenalkan.

- tayar yang diisi angin hanya diguna untuk basikal sebelum mereka menggunakan nya pada kereta.

- Count Alessandro Volta telah mencipta bateri pertama pada abad ke 18.

- Pada tahun 1860an, George Leclanche telah membangunkan bateri sel kering, asas bateri moden.

- Joseph Niepce membangunkan gambar fotografi pertama didunia pada 1827.

- Matahari bersaiz 330,330 kali ganda dari bumi.

- Ketulan ais terbesar yang pernah direkodkan adalah 335KM panjang dan 97KM lebar.

- berlian hijau adalah berlian yang paling jarang ditemui.

- Musim panas di planet uranus adalah selama 21 tahun, begitu juga musim sejuk.

- Gurun sahara membesar 1KM sebulan.

- semua planet dalam sistem solar berputar mengikut lawan arah jam, kecuali planet venus satu-satunya planet yang berputar mengikut putaran jam.

- di tengah pusat bumi mempunyai kosong graviti.

- lombong terdalam di dunia terletak di selatan afrika dan berkedalaman 4.2KM

- Jurang terdalam didunia adalah jurang mariana dilautan pasifik, berkedalaman 10.9KM dibawah paras laut.


- Laut mati adalah sedalam 365m bawah paras laut.

- Ribut secara rasminya akan menjadi taufan bile angin cyclone berkelajuan 119KMJ

- Belanjawan dunia untuk perperangan lebih dari $700 juta, manakala belanjawan dunia untuk pendidikan tidak lebih $100 juta
.
- Perperangan terpanjang dipanggil perang 100 tahun antara Britain dan Perancis, sebenarnya peperangan ini berakhir selama 116 tahun, iaitu pada tahun 1453.

- Mastercard pada mula nya dikenali sebagai MasterCharge.

- Perkataan "The quick brown fox jumps over the lazy dog" menggunakan kesemua alfabet.

- Kerusi elektrik telah dicipta oleh seorang doktor gigi.

- Kerana grafiti bumi, adalah mustahil gunung boleh melebihi ketinggian 15,000 meter.

- Seekor lipas mampu meneruskan hidup selama beberapa minggu walau tidak mempunyai kepala,

- anjing dan kucing seperti manusia, samaada kidal atau tidak.

- Gigi manusia hampir sekeras batu.

- Sekiranya anda mengira 24 jam sehari, ianya akan mengambil masa 31,688 tahun untuk mencecah 1 trillion.

- Purata manusia biasa mengalami 1,460 mimpi setahun

- Mencium bau pisang atau epal hijau membantu mengurangkan berat badan.

- perkataan asal butterfly ialah flutterby!

- Negeri Florida adalah lebih besar dari negara England.

- tahukah anda, bunyi itik tidak bergema, dan tiada siapa tahu mengapa..

- Ngauman singa boleh didengari dari jarak sejauh 5 batu.

- Seekor tikus boleh hidup lebih lama dari unta tanpa air.

- sejenis cacing tanah di australia boleh membesar sehingga 10 kaki panjang.
- Nama sebenar Albert Brooks ialah Albert Einstein.

- Alexander Graham bell ialah pencipta telefon, namun beliau tidak pernah menelefon isteri atau ibu nya, kerana mereka berdua pekak.

- Mata burung unta lebih besar dari otaknya.

- air kencing kucing boleh dilihat dibawah sinaran lampu gelap.

- Kucing mempunyai lebih 100 bunyi vokal, manakala anjing hanya sekitar 10 bunyi vokal.

- Buaya menelan batu untuk membantu ia menyelam lebih dalam.

- George washington membesar dan membela marijuana di tamannya.

- pil perancang kehamilan untuk manusia juga berkesan untuk gorila.

- Rambut dan kuku manusia akan berhenti memanjang selepas mati.

- sekiranya anda melihat pelangi, sudah semestinya matahari berkedudukan di belakang anda, anda tidak akan dapat melihat pelangi sekiranya pelangi didepan anda.

- sekiranya anda mendarabkan 526,315,789,473,684,210 dengan apa-apa nombor, anda akan mendapat hasil yang sama.

- iguana, koala, dan biawak komodo mempunyai 2 kemaluan.

- Di england, Speaker tidak dibenarkan bercakap.

- di banjaran andes, masa kerap diukur 'berapa lama masa yang diambil untuk menghabiskan sebatang rokok'.

- adalah menjadi kesalahan dan tidak sah menjadi pelacur du Siena, Italy sekiranya nama anda adalah Mary.

- Mustahil untuk bersin dengan mata terbuka.

- Lady astor pernah memberitahu Winston Churchill ' sekiranya anda suami ku, aku akan meracuni kopi mu'. dan dia membalas 'sekiranya anda adalah isteriku, aku pasti akan meminumnya'.

- Leonardo Da vinci telah mencipta gunting.

- hanya nyamuk betina sahaja yang menyengat.

- Kacang digunakan untuk menghasilkan dinamit.

- pogonophobia adalah takut kepada janggut.

- Ralph Lifshitz adalah nama asal Ralph Lauren.

- Orang russia secara umum nya menjawab panggilan dengan 'i'm listening'.

- Siput boleh tidur selama 3 tahun tanpa makan.

- Air soda tidak mengandungi soda.

- Pemetik api rokok telah dicipta sebelum mancis dicipta.

- Tiada 1 pon jam di casino las vegas.

- Saudi arabia tidak mempunyai sungai.

- semasa di havard university, edward kennedy telah digantung dari peperiksaan spanish
kerana menipu.

- pemutar skru telah dicipta sebelum skru dicipta.

- pemutar skru jenis philips telah dicipta di oregon.

- bendera kebangsaan italy telah diilhamkan oleh Napoleon Bonaparte.

- cahaya dari matahari memerlukan 8.5 minit untuk sampai ke bumi.

- tibet ialah negara tertinggi didunia iaitu pada kedudukan 4500m dari paras laut.

- tiada tanah di kutub utara, hanya ais yang melitupi permukaan laut.

- terdapat lebih 4 juta kereta di brazil menggunakan gasohol berbanding petrol, gasohol ialah
minyak yang dihasilkan dari tebu.

- gajah menghabiskan masa selama 23jam untuk makan.

- anak ikan paus biru yang baru lahir mempunyai berat 7 tan ketika lahir.

- istana terbesar didunia yang mengandungi 1788 buah bilik pernah dibina untuk sultan brunei.

- Levi Strauss membuat sepasang jeans biru pada tahun 1850, dibuat untuk digunakan oleh
pelombong emas.