Saban tahun maulid nabi disambut pada tarikh 12 Rabbi’ul Awwal oleh masyarakat kita dari kalangan umat Islam.
Sambutan ini kelihatannya seakan-akan semakin meriah dari tahun ke tahun. Kebiasaannya ia disambut dengan pelbagai pengisian dan tatacara adat mengikut perkembangan zaman.
Di antaranya adalah dengan mengadakan bacaan berzanji di setiap masjid , mengatur dan mengadakan upacara perarakan dari sekian tempat ke tempat-tempat tertentu dengan melaung-laungkan selawat berserta bacaan marhaban atau berzanji, juga dengan perarakan tersebut disertai mengangkat pelbagai jenis sepanduk slogan cinta Nabi, mengadakan ceramah-ceramah khas berkenaan sekitar mencintai Nabi atau seumpamanya yang berkaitan dengannya.
Selaras dengan perkembangan zaman yang semakin maju dan bercambahnya pemikiran yang global lagi terbuka, pada tahun ini acara maulidur rasul bakal disambut dengan sebuah upacara konsert yang bakal menampilkan artis-artis dari kalangan ustaz dan ustazah terkenal tanah air. Tidak terkecuali, kumpulan-kumpulan nasyid tanah air turut mengambil tempat dalam persembahan dan upacara tersebut. Katanya, upacara konsert tersebut bakal dibuka dengan alunan lagu-lagu berzanji dan selawat.
Hakikatnya, pada tarikh maulid nabi itu sendiri terdapat sebuah isu yang menjadi perbincangan di kalangan ulama. Iaitu tiada pendapat atau kata sepakat bagi menetap tarikh kelahiran Nabi itu sendiri. Ada yang menguatkan dengan tarikh lahir yang sebenar adalah pada 8 Rabbi’ul Awwal, ada yang menguatkannya dengan tarikh 9, dan ada yang menyatakan dengan tarikh 12 Rabbi’ul Awwal. Malah, ada yang mengambil keputusan bahawa, tidak diketahui dengan tepat akan tarikh kelahirannya kerana pada zaman tersebut belum ada lagi sistem kalendar yang sistematik berlangsung. Malah, riwayat-riwayat berkenaan dengannya juga saling diperlisihkan di kalangan ulama.
Jadi, persoalannya… bagaimana sambutan perayaan maulidur rasul ini boleh muncul dengan suburnya di kalangan masyarakat kita? Ini adalah antara yang menjadi persoalan. Sehingga ada yang menganggap amalan menyambut maulidur rasul ini merupakan amalan sunnah yang sangat-sangat dituntut di setiap tahun pada tanggal 12 Rabbi’ul Awwal. Sedangkan, tidak ada langsung riwayat dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang menganjurkan diadakan perayaan ini. Malah, begitu juga ketika di era sahabat yang diredhai, ianya juga tidak pernah wujud.
Telah tsabit dari hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Abu Daud rahimahullah bahawa perayaan dalam Islam hanya ada dua, dan tidak ada lagi selainnya, di mana Nabi telah menjelaskan "Sesungguhnya Allah telah menggantikan bagi kamu semua dengan hari yang lebih baik dari dua hari tersebut (perayaan jahiliyyah) dengan hari raya al-Adha (korban) dan Hari raya al-Fitr."
Manakala berkenaan tambahan-tambahan lafaz di dalam sebahagian selawat ke atas nabi dengan tambahan Sayyidina, maulana, habibina, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri menjelaskan di ketika mana ada seorang lekaki memanggilnya dengan panggilan “Ya Sayyidina ibni Sayyidina”:
“Wahai manusia, hendaklah kamu bertaqwa dan jangan membiarkan syaitan mempermainkan engkau. Sesungguhnya engkau adalah Muhammad bin ‘Abdillah, hamba Allah dan Rasul-Nya, dan aku bersumpah kepada Allah bahawasanya aku tidak suka sesiapa mengangkat kedudukan aku melebihi apa yang telah Allah ‘Azza wa Jalla tentukan bagiku.” (Hadis Riwayat Ahmad, al-Musnad, no. 12551)
Dalam perkara ini, Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani rahimahullah menyatakan:
Ibnu Hajar al-Asqalani rahimahullah (imam besar Mazhab Syafi’i – pen.) pernah ditanya berkenaan kalimat selawat untuk Nabi yang dibaca dalam solat dan di luar solat, sama ada yang wajib atau pun yang sunnah/sunat:
“Adakah dalam ucapan selawat itu disyari’atkan menggunakan kata-kata Sayyid, seperti orang mengatakan “Allahumma shalli ‘ala sayyidina Muhammad” atau “’ala sayyidina khalqi” atau “‘ala sayyid waladi” atau hanya menggunakan kata-kata “Allahumma shalli ‘ala Muhammad”. Manakah yang lebih baik daripada ucapan-ucapan itu? Apakah digunakan kata-kata sayyid atau tidak menggunakannya kerana tidak tersebut dalam hadis-hadis.”
Jawab al-Hafiz Ibnu Hajar: “Benar, mengucapkan lafaz-lafaz selawat sebagaimana tersebut dalam riwayat hadis adalah yang benar. Janganlah sehingga ada orang yang mengatakan Nabi tidak menggunakan kata-kata sayyid dalam bacaan selawat hanya disebabkan sikap rendah diri (tawadhu’) sahaja sebagaimana juga tidak layak ketika orang mendengar disebut nama Nabi tidak menyahut dengan ucapan shalallahu ‘alaihi wasallam. Semua orang Islam dianjurkan untuk mengucapkan kata tersebut setiap kali mendengar sebutan nama Nabi shalallahu ‘alaihi wasallam. Saya (Ibnu Hajar) menyatakan bahawa sekiranya benar bahawa ucapan sayyid itu ada, niscaya disebutkan dalam riwayat dari sahabat dan tabi’in. Akan tetapi, saya (Ibnu Hajar) tidak menemukan adanya riwayat seperti itu dari seorang sahabat atau tabi’in pun, padahal begitu banyak cara bacaan selawat yang diterima dari mereka. Al-Syafi’i rahimahullah sebagai seorang yang sangat memuliakan Nabi shalallhu ‘alaihi wasallam juga tidak menyebutkan kata sayyidina dalam awal pembukaan (muqaddimah) kitabnya. Padahal al-Syafi’i adalah contoh ikutan para pengikut mazhabnya. Beliau (al-Syafi’i) hanya menyebutkan “Allahumma shalli ‘ala Muhammad.” (Dinukil dari Syaikh Muhammad Nashidruddin al-Albani, Kitab Sifat Sholat Nabi, , Terbitan Media Hidayah, m/s. 215-216)
Begitulah sedikit penjelasan berkenaan dengan tambahan lafaz-lafaz selawat ke atas Nabi. Di dalam riwayat-riwayat hadis yang lain, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri telah mengajarkan bentuk-bentuk selawat yang disyari’atkan, dan begitu jugalah para salaf (generasi terawal dari kalangan sahabat) melakukan selawat ke atas Nabi (sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi sendiri dengan tidak menokok tambahnya). Maka, tiada ruang bagi kita untuk mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang baru. Sekiranya di antara kita mereka-cipta bentuk-bentuk selawat yang baru dan tersendiri dengan meninggalkan lafaz-lafaz selawat yang sahih dan tsabit dari Nabi, maka, hilanglah fadhilat-fahilat selawat yang diberikan melalui hadis-hadis yang sahih. Malah, ia bukan sahaja telah lari dari tuntutan sebenar berselawat, tetapi sekaligus ia mencipta bentuk beragama (mencipta syari’at) yang baru, seakan-akan ia lebih pandai dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Malahan juga, dia turut meninggalkan jejak langkah amalan para Salafus Soleh dari kalangan sahabat-sahabat yang diredhai yang begitu kuat berpegang dengan petunjuk Nabi dan begitu mencintai beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di mana Allah subhanahu wa Ta’ala sendiri telah menjelaskan supaya kita sentiasa mengikuti generasi terawal dalam mengambil agama sebagaimana berikut (maksudnya):
“Orang-orang yang terdahulu lagi yang pertama-tama (masuk Islam) dari golongan muhajirin dan anshar dan orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik, Allah redha kepada mereka dan merekapun redha kepada Allah dan Allah menyediakan bagi mereka syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya selama-lamanya. Mereka kekal di dalamnya. Itulah kemenangan yang besar.” (Surah at-Taubah, 9: 100)
Pada masa ini, apa yang turut menyedihkan adalah apabila rangkap-rangkap selawat (termasuk zikir-zikir) ini bukan sahaja diubah-suai, malahan turut juga dilagukan dan dinyanyikan, sekaligus dipersembahkan di pentas-pentas konsert. Terutamanya di dalam majlis-majlis yang didakwa sebagai majlis keagamaan dan termasuklah sambutan maulidur Rasul saban waktu dan tahun. Tidak cukup dengan dilagukan, ia turut diperindahkan menurut hawa nafsu mereka dengan alunan-alunan muzik kontemporari. Bentuk-bentuk selawat yang asalnya diberikan oleh Nabi kita sebagai Ibadah, kini telah ber-evolusi menjadi bahan untuk berhibur dan mengaut keuntungan, malah bercampur-baur dengan apa yang telah diharamkan. Di manakah adab kita sebagai pengikut Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?
Sungguh perbuatan ini telah jelas-jelas melanyak-lanyak dalil-dalil agama yang murni lagi sempurna.
Menyentuh berkenaan amalan membaca berzanji dan marhaban di dalam masyarakat kita, adalah lebih baik supaya amalan ini dikaji dan diteliti semula dengan sebaik-baiknya. Ini adalah kerana, di dalam kitab berzanji itu sendiri mengandungi fakta-fakta yang jauh dari kebenaran, fakta-fakta yang menyimpang dari dasar aqidah yang benar, dan tidak keterlaluan jika saya katakan di sebahagian tempat dari kalangan masyarakat kita ini mereka menganggap bahawa membaca kitab berzanji ini sebagai sebahagian dari ritual beragama dan membacanya mendapat ganjaran pahala yang besar. Malah, sehingga ada di antara mereka yang menetapkan gaya lagu tertentu ketika membacanya. Tidak lain, sebenarnya perkara ini selain dari perbuatan yang membawa kepada kebatilan, ia turut mengajak kita berpaling dari menghayati al-Qur’an dan as-Sunnah.
Sekali lagi, saya menimbulkan sebuah persoalan di sini. Apakah dengan perayaan “Birthday Nabi” ini mampu merealisasikan slogan “Menyemarakkan cinta kepada Nabi”?
Setelah mana pelbagai pelanggaraan syari’at berlaku dengan tidak terkawal di dalam perayaan itu sendiri. Adakah Nabi kita mengajak kita merayakan hari perayaan sedemikian rupa? Apakah Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ataukah para sahabat-sabahat beliau yang diredhai pernah mewasiatkan supaya diadakan perayaan-perayaan bentuk baru bagi membangkitkan semangat rasa cinta kepadanya?
CARA MENCINTAI RASULULLAH SAW
Dengan serba sedikit penjelasan isu-isu di atas tadi, kita tinggalkan ia dan kembali bermuhasabah dengan melihat kembali hakikat sebenar mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.
Pertama-tamanya, marilah kita kembali dan kita fahami bahawa perbuatan mencintai Nabi itu adalah termasuk ke dalam hakikat iman. Ini adalah sebagaimana Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa Sallam berikut,
“Tidak (sempurna) Iman seseorang kamu sehinggalah aku menjadi orang yang paling dia cintai melebihi hartanya, keluarganya, dan manusia lain seluruhnya.” (Hadis riwayat al-Bukhari)
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):
"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu, anak-anak kamu, saudara-saudara kamu, isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, kaum keluarga kamu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu bimbang akan merosot dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai (jika semua itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada ALLAH dan Rasul-NYA dan (dari) berjihad untuk agama-NYA, maka tunggulah sehingga ALLAH mendatangkan keputusan-NYA (azab seksa-NYA); kerana ALLAH tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasiq (derhaka)." (Surah at-Taubah, 9: 24)
Mencintai dan mencontohi Nabi termasuk ke dalam tuntutan beragama (mencintai Allah) berdasarkan firman Allah berikut (maksudnya):
“Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, niscaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu." Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Ali Imran, 3: 31)
“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri tauladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (surah al-Ahzaab, 33: 21)
Dengan menghayati maksud ayat-ayat di atas, adakah kita telah mengikuti contoh sebagaimana yang dikehendaki bagi merealisasikan fokus mencintai Allah dan Nabinya? Adakah kita telah benar-benar mengikuti dan mencontohi Nabi dalam beragama? Adakah apa yang telah kita lakukan di dalam amalan-amalan beragama kita menepati sebagaimana yang ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam?
Di dalam merealisasikan slogan “Cinta Nabi (Muhammad Shallallahu ‘alaihiwa Sallam)” apa yang paling penting adalah dengan melihat kembali diri-diri kita adakah kita telah benar-benar mengikuti Sunnahnya. Sejauh manakah sunnah-sunnahnya yang diberikan kepada kita telah kita hayati dan amalkan dengan sebaik-baiknya.
Maka, dengan ini apa yang pertama-tamanya lagi priority supaya sewajarnyalah kita sentiasa menyemak bagaimana kita bertauhid, apakah telah benar sebagaimana Nabi kita mengajarkannya. Kerana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman (maksudnya):
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut”.” (Surah an-Nahl, 16: 36)
Berkenaan dengan ayat ini, Imam Ibnu Katsir rahimahullah di dalam tafsirnya menjelaskan:
“Allah sentiasa mengutus para Rasul kepada manusia dengan membawa seruan (ajakan) itu semenjak mula munculnya kemusyrikan (syirik) pada anak cucu Adam ‘alaihis Salam, iaitu di era Nabi Nuh ‘alaihis Salam yang Allah mengutusnya kepada mereka. Dan beliau adalah Rasul pertama yang Allah utus kepada penduduk bumi sehinggalah Dia menutup para Nabi dan Rasul dengan mengutus Nabi Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada jin dan manusia. Sama ada yang berada di bumi bahagian barat, atau pun yang berada di timur.
Maka, dengan itu hendaklah kita istiqomah di dalam bertauhid sebagaimana yang diperintahkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sekaligus menjauhi pelbagai jenis penyimpangannya dan menghindari kesyirikan yang banyak berleluasa. Dengan sebab itu juga, penekanan haruslah ditumpukan dalam persoalan ini yang merupakan tujuan utama beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam diutuskan kepada kita semua.
Setelah memenuhi dan memahami tuntutan-tuntutan tauhid, seterusnya ia akan membawa kita supaya sentiasa mengambil dan melaksanakan Sunnah-sunnah beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dalam pelbagai aspek. Di dalam mengamalkan sunnah, hendaklah kita berhati-hati dari berlebih-lebihan terhadapnya iaitu dengan tidak menokok tambah dan mengubahsuai sunnah tersebut. Hendaklah kita mengamalkan agama ini sebagaimana yang diperintahkan dan diajarkan olehnya. Termasuk di dalam rangkuman Sunnah, hendaklah kita meninggalkan apa yang ditinggalkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Di dalam kaedah ushul fiqh, terdapat suatu kaedah sebagaimana berikut,
“Perbuatan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam meninggalkan sesuatu perbuatan di dalam keadaan wujudnya keperluan terhadap perkara tersebut dan tiadanya halangan (melakukannya), ia di sini menunjukkan meninggalkan perbuatan tersebut adalah sunnah dan melakukannya adalah bid’ah”. (Min Usul al-Fiqh Inda ahlil Hadis, 1/82)
Selain dari menyampaikan sunnah-sunnah Nabi yang benar, hendaklah kita sentiasa memperbanyakkan selawat ke atas Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sebagaimana yang dituntut oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui firmannya (maksudnya):
“Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab, 33: 56)
Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, daripada Abu Umamah al-Bahily: “Barangsiapa di antara kamu yang paling banyak berselawat kepadaku maka dialah yang paling dekat kedudukannya denganku.” (Hadis Riwayat al-Baihaqi)
Telah pun disebutkan sebelumnya, bahawa berselawat ke atas Nabi adalah sebagaimana yang ditunjuk-ajarkan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri berdasarkan riwayat-riwayat hadis yang sahih. Dan hendaklah kita tidak melaksanakan selawat dengan tatacara yang menyanggahi petunjuk Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu dengan mengambil lafaz selawat sebagaimana yang terdapat di dalam hadis-hadis yang sahih, tidak menjadikannya sebagai bahan untuk nyanyian, dan dengan tidak menokok tambahnya. Ini adalah kerana selawat itu sendiri adalah perbuatan ibadah yang tidak dapat dilakukan melainkan dengan adanya dalil yang menunjukkan bagaimana ianya harus dilaksanakan.
Selanjutnya, hendaklah kita sentiasa membenarkan apa sahaja yang dibenarkan oleh Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Segala apa yang sahih disampaikan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam hendaklah kita mengimaninya, membenarkannya dan mentaatinya.
Setelah kita memahami bahawa wajibnya menuruti segala apa yang datangnya dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, hendaklah kita meninggalkan apa sahaja yang dilarang oleh beliau, meninggalkan dan membenci apa sahaja yang dibenci oleh beliau, dengan itu juga hendaklah kita menyayangi apa sahaja yang beliau sayangi dan mencintai apa sahaja yang beliau cintai.
Secara umumnya, demikianlah beberapa langkah awal bagi melahirkan dan mendidik diri di dalam mencintai Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Hendaklah kita berusaha bersungguh-sungguh untuk mendalami ilmu pengetahuan terhadap Sunnah-sunnah beliau dan agama yang telah sempurna ini. Dengan ilmu tersebut, insyaAllah akan menjadi bekalan di dalam menegakkan syi’ar agama Islam yang sebenar sebagaimana yang diwariskan oleh beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada kita. Dengan ilmu itu juga akan mengangkat darjat kita membezakan dengan kaum yang beragama tanpa ilmu. Sekaligus mampu membimbing kita sentiasa di atas jalan yang haq, mencintai Nabi sebagaimana yang selayaknya dan meninggalkan perbuatan mencintai Nabi dengan cara yang tidak selayaknya.
Hanya dengan agama yang didirikan/ditegakkan di atas prinsip-prinsip yang betul, maka ia akan diberikan kejayaan dengan mendapat pertolongan Allah. Maka, hendaklah kita menegakkan agama Allah ini dengan kebenaran dan tidak menegakkannya dengan kepalsuan (bid’ah).
Wallahu a’lam...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan