6.11.09

Pemikiran yang dikatakan berkaitan dengan wahabi
*
Ia adalah pemikiran dan amalan Islam berdasarkan dalil dan hujah yang berbeza dengan kebiasaan masyarakat . Tapi memahaminya perlu ilmu. .
*
Tetapi di negara kita, yang selalu dipersoalkan ialah ada segelintir mereka membincangkan permaslahan umat Islam secara ekstrem sehingga menimbulkan keresahan umat Islam .
*
Kadang kadang mereka seringkali bertentangan pandangan dengan para ulamak lain.
Dalam berhadapan dengan perbezaan pendapat ini, kadang kadang mereka telah mengambil pendekatan berkonfrantasi secara terbuka tanpa menitik beratkan soal adab dan kemaslahatan umat Islam keseluruhannya.
*
Dan ada diantara ini mereka menyatakan mereka bukan wahabi, cuma pemikiran mereka yang bertentangan dengan amalan yang masyarakat kita lakukan sekarang lalu mereka dikatakan berfahaman wahabi

kenapa fahaman Wahabi mendapat tempat secara meluas di kalangan umat Islam?

Pertama:
*
Fahaman ini memandang Islam sebagai suatu agama yang berdasarkan ilmu. Oleh itu ia tidak membicarakan Islam melainkan dengan metodologi ilmiah yang tinggi lagi berdisiplin. Fahaman ini menolak bicara Islam yang berdasarkan mitos, khayalan, cerita-cerita dongeng dan apa-apa yang seumpama. Dalam suasana umat Islam yang semakin meningkat taraf keilmuannya, mereka mula beralih kepada Islam yang berdasarkan ilmu, yakni dalil dan hujah.

Kedua:
*
Fahaman ini meningkatkan lagi penghayatan umat Islam terhadap agama Islam. Jika sebelum ini umat hanya mengenal Islam berdasarkan hafalan “fardhu ain”, kini umat mula mengenal Islam berdasarkan dalil dan hujah. Umat Islam mula mengenal kenapa mereka beribadah dengan tatacara sekian-sekian, hikmah di sebalik sesuatu ibadah, tujuan di sebalik sesuatu hukum dan objektif yang ingin dicapai oleh syari’at kepada manusia.

Ketiga:
*
Fahaman ini menyentuh isu-isu terkini lagi relevan dengan suasana umat Islam. Sebagai contoh, apabila fahaman yang lain masih memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dengan air perigi, fahaman ini memberi perhatian kepada hukum berwudhu’ dalam kapalterbang. Apabila fahaman lain memberi perhatian kepada cara berzikir di atas pokok, fahaman ini memberi perhatian kepada cara beribadah di atas kenderaan moden seperti LRT, Monorail, Komuter dan sebagainya. Oleh itu tidak asing juga apabila didapati antara yang kehadapan dalam menangani isu-isu liberalisme, pluralisme, feminisme dan athiesisme adalah tokoh-tokoh yang disandarkan kepada fahaman ini.




Perbincangan mengenai wahabi ini mendatangkan banyak mudarat dari faedah. Perbincangan ini dah berlarutan sejak zaman ke zaman sehingga sekarang. Perbincangan yang akhirnya hanya mendatangkan keji mengeji, cemuh mencemuh, fitnah menfitnah kerana hendak menegakkan kebenaran masing masing. macam macam hujah di keluarkan, tetapi hanya mendatangkan kerugian sesama Islam.

Terdapat 3 golongan yang mempunyai pandangan terhadap fahaman wahabi

1. Golongan yang mengaggap mereka yang berpegang kepada golongan ini adalah terselamat dari api neraka dan selainnya adalah sesat berdasarkan hadis 73 golongan.

2. Golongan yang menganggap golongan wahabi ini telah terkeluar dari ahli sunnah wal jamaah dan telah tersesat jauh dalam mentafsirkan sesuatu permaslahan.

3. Golongan yang sederhana. Fahaman Wahabi ini benar dalam beberapa perkara yang diijtihadkan tetapi tidak menjadikan mereka tidak boleh dikritik. Salah dalam beberapa ijtihad/ fiqh tetapi tidak bermakna mereka ini sesat dan dihukum kafir.


Buat masa ini golongan ketiga adalah pegangan saya.....


Allah s.w.t. berfirman,
maksudnya:
“Wahai orang-orang yang beriman ! Janganlah sesuatu kumpulan mencemuh dan merendah-rendahkan kumpulan yang lain,
kerana boleh jadi kumpulan yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka

Dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain;
dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. Dan (ingatlah, sesiapa yang tidak bertaubat daripada perbuatan fasiknya maka merekalah orang-orang yang zalim.” [al-Hujurat 49:11 )
Rujukan :

Tiada ulasan: