6.11.09

Pencarian kiamat - dari kacamata kita



Ilmu astronomi menyatakan bahawa kelajuan Marikh dalam lintasan orbitnya telah berkurangan terhadap orbit Timur dalam beberapa minggu terakhir ini hingga ke peringkat yang meragukan gerakannya antara timur dan barat.


Pada hari Rabu (30 Julai 2004), dihitungkan bahwa pergerakan planet akan berhenti bergerak dari arah timur. Kemudian, pada bulan Ogoss dan September 2004, planet Mars telah berubah putaran orbitnya ke arah yang berlawanan (iaitu semula dari timur ke barat, menjadi dari barat ke timur) dimana hal ini membuktikan bahawa matahari telah terbit dari bahagian barat Marikh pada ketika itu.


Fenomena yang aneh ini (pergerakan ke arah yang berlawanan) disebut “Retrogade Motion”. Para pakar astronomi menyatakan bahawa semua planet di alam semesta ini akan mengalami hal yang sama, setidaknya sebanyak satu kali, dan Bumi kita pun termasuk didalamnya. Planet Bumi akan bergerak ke arah yang berlawanan dan matahari pun akan terbit dari barat satu hari nanti



Anda pasti tahu mengenai angka 2012 bukan? 2012 dipecayai adalah tahun berakhirnya dunia (the end of the world) atau hari kiamat.


Tahun 2012 BC adalah ramalan daripada masyarakat purba (Mayan) mengenai hari kiamat.


Pada tahun ini juga dipecayai berlaku gempa bumi besar,ombak mega tsunami dan juga pelanggaran antara Bumi dan Planet X.


Pihak NASA tidak menafikan tentang kewujudan Planet X atau Nibiru yang menuju kearah bumi. Apa agaknya yang akan anda lakukan seandainya perkara itu benar-benar terjadi?


Masa depan kita sudah pun diketahui.. dan perlu di ingat, semua itu adalah ramalan barat tentang kejadian Hari Kiamat.


Bagi kita umat Islam.. percaya pada Hari Kiamat merupakan rukun Iman yang k-5 dan kita wajib percaya pada suatu hari nati dunia akan hancur lebur, rosak binasa dan segala mahluk benyawa pasti akan mati, kemudian manusia akan dihidupkan kembali dari kubur mereka untuk dihitung amalan mereka dan mendapat pembalasan.


Tiada ulasan: