27.4.09

Asal usul jin

Asal kejadian manusia adalah campuran daripada jisim kathif ia itu tanah dan air, Jisim Shafaf ia itu campuran daripada api dan angin ia itu roh akal dan nafsu dan hati yang di namakan "Latifatur_rabbaniah" sesuai dengan manusia sebaik baik kejadian yang di ciptakan Allah dan sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.

Manakala kejadian jin pula ialah campuran jisim Shafaf ia itu campuran api dan angin dan nurani roh akal dan nafsu dan hati yang sesuai sepadan dengan jin. Al-Maarij atau Nyalaan api yang sangat kuat dan sangat panas bahangnya

Sesetengah pendapat pula mengatakan Al Maarij itu ialah api yang bercampur warnanya dan sama maknanya dengan "As Samuun" iaitu api yang tidak berasap tetapi sangat tinggi suhu panasnya. Angin samuun yang telah sebati dengan Al Maarij itu Allah jadikan Jaan.

Menurut satu hadis yang di riwayat kan oleh Ibnu Mas'ud pula mengatakan bahawa angin Samuun yang di jadikan Jaan itu hanyalah satu bahagian daripada tujuh puluh bahagian angin Samuun yang sangat panas.

Dari api yang sangat panas inilah Allah telah menciptakan jin, ia itu dari sel atau atom atau daripada nukleas-nukleas api. kemudian Allah masukkan roh atau nyawa padanya, maka jadilah ia hidup seperti yang di kehendakki Allah. Jin juga di beri izin oleh Allah untuk menzahirkan berbagai-bagai bentuk dan rupa yang di sukai dan kehendakkinya kecuali rupa Nabi Muhammad Salawatu Alai Wasalam mengikut tahap dan kemampuan masing-masing.

Jin juga di perintahkan Allah menerima syariat Islam seperti mana yang di perintahkan oleh Allah kepada manusia. Rupa bentuk dan jin yang asal dan selepas di tiupkan roh itu, hanyalah Allah dan Rasulnya yang mengetahui. menurut sesetengah ulama rupa perangai dan tabiat adalah 90% mirip kepada manusia.


Manakala makhluk-makhluk lain pula Allah jadikan daripada salah satu unsur tersebut, contohnya binatang yang di jadikan daripada jisim Kasyif dan Jisim shafaf saja. Batu dan tumbuh-tumbuhan pula di jadikan daripada Jisim Kasyif semata mata. Manakala Malaikat pula di jadikan dari Nurani semata.

CARA PEMBIAKKAN JIN

Manusia memerlukan masa mengandung selama sembilan bulan untuk melahirkan zuriat dan anak manusia juga memerlukan masa yang lama dan matang dan menjadi baligh.

Berbeza dengan jin di mana, apabila di sentuh alat kelamin lelaki dengan alat kelamin perempuan, maka jin perempuan akan terus mengandung dan beranak dan anak jin yang baru lahir itu terus mukallaf. Begitulah keadaannya se hingga hari kiamat.

Iblis pula apabila menyentuh paha kanan dengan paha kiri akan mengeluarkan telor 33 biji telor. Dalam setiap 33 biji ada 33 pasang benihnya. Tiap-tiap pasang benih itu apabila menyentuh paha kana dengan paha kiri akan keluar se perti yang terdahulu. Begitulah proses pembiakkan jin dan iblis sehingga hari kiamat.

Bunian atau lebih masyhur di kalangan orang-orang Melayu dengan panggilan orang ghaib pula ialah hasil campuran lelaki atau perempuan jin adalah dari kalangan manusia. Anak yang terhasil dari percampuran itu di panggil Bunian. Perangai dan tingkah laku serta rupa bentuknya orang Bunian dalam beberapa mengikut manusia dan dalam beberapa perkara pula mengikut jin.

Jika asal usul manusia ialah Nabi Adam, maka asal usul jin pula namanya "Jaan" yang asalnya adalah beriman kepada Allah dan melahirkan keturunan beriman. selepas itu terdapat pula dari keturunan Jaan yang kufur dan melahirkan pula keturunan yang kufur. Anak cucu Jaan yang asal beriman itu ada yang kekal dalam iman ada yang kufur. Dan ada pula kembali beriman kepada Allah.

AGAMA PUAK PUAK JIN

Jin juga seperti manusia ada yang baik ada yang jahat, ada yang soleh ada yang tidak soleh, ada yang alim lagi mukmin, ada yang kufur ada yang murtad, fasik dan zalim, ada yang masuk syurga ada yang di humban kan oleh Allah ke dalam neraka di akherat nanti.

Majoriti puak puak jin terdiri dari golongan jin kafir, golongan jin kafir ini kebanyakkan beragama kristian, yahudi, komunis dan sangat sedikit daripada mereka yang beragama budha dan majusi. Terdapat juga golongan jin yang tidak beragama. Golongan jin yang beragama Islam hanyalah sedikit bilangannya dan terdiri daripada golongan manoriti jika di bandingkan dengan keseluruhan bilangan jin.

seperti juga manusia biasa jin juga berada dalam tingkat tingkat iman, ilmu dan amalan yang tertentu berdasarkan kepada keimanan dan amalan mereka kepada Allah. Antaranya ada jin Islam yang bertaraf awam sahaja. Jin Islam yang tingkat iman dan jin Islam yang tingkat khawasil khawas.

Walaupun jin Islam yang paling tinggi imannya dan paling soleh amalannya serta paling luas serta banyak ilmunya, tetapi maseh ada pada diri mereka sifat-sifat mazmumah seperti takbur, riak, ujub dan sebagainya, tetapi mereka mudah menerima teguran dan pengajaran.

Mungkin inilah yang sering di perkatakan bahawa "sebaik-baik jin itu se jahat-jahat manusia yang fasik" tetapi yang berbezanya manusia yang paling jahat susah menerima pengajaran dan teguran yang baik.

Golongan jin Islam yang awam dan jin kafir suka merasuk manusia yang awam dengan berbagai-bagai cara, kerana pada pandangan mereka manusia-manusia yang awam itu bukanlah manusia sebenarnya, sebaliknya adalah rupa seekor binatang. Manusia yang khawas dan khawasil khawas tidak dapat di rasuk oleh jin, bahkan jin pula akan datang kepada mereka untuk bersahabat.

RUPA BENTUK JIN

Pada asasnya rupa bentuk jin tidaklah banyak berbeza dengan bentuk manusia, ia itu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung, mata, tangan dan kaki, telinga dan sebagainya, seperti mana yang di miliki oleh manusia, pada dasarnya 80% dan 90% jin menyerupai manusia.

Cuma yang bezanya fizikal jin adalah lebih licin dan halus daripada manusia, bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, ia itu puteh, merah biru, hitam dan sebagainya. jin yang kekal dalam keadaan kafir dan Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang hodoh dan menakutkan. Manakala jin Islam yang soleh pula menyerupai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi jin yang sebenarnya adalah tiga hasta saja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. memandangkan jin adalah terdiri daripada makhluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti Malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh berjuta-juta jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Manakala jumlah keseluruhan jin ialah 1/10 daripada jumlah keseluruhan Malaikat. Jumlah keseluruhan Malaikat hanya Allah dan Rasulnya yang lebih mengetahuinya.

Alam kejadian jin adalah di lautan, daratan, udara dan di alam mithal ia itu satu alam di antara alam manusia dan alam Malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang di jatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi, tetapi hanya jatuh di atas belakang jin, di sebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

Sebab itu orang-orang tua kita selalu berpesan supaya anak-anak segera balik ke rumah apabila telah tiba waktu maghrib dan pintu serta tingkap mesti di tutup supaya tidak di masuki oleh syaitan dan iblis.

Sebagaimana sebuah hadis yang telah di riwayatkan oleh Imam Bukhari daripada Rasulullah Salawatu Alai Wasalam yang bermaksud:

"Apabila kamu menghadapi malam atau kamu berada di sebahagian malam maka tahanlah anak-anak mu kerana sesungguhnya syaitan berkeliaran ketika itu dan apabila berlalu sesuatu ketika malam maka tahanlah mereka dan tutuplah pintu-pintu rumah mu serta sebutlah nama Allah dan tutuplah sisa makanan mu serta sebutlah nama Allah ketika menutupnya."Hadis di atas bermaksud bahwa syaitan akan tidur di waktu siang dalam cahaya dan sinar sehingga menjelang petang, di mana pada waktu itu mereka berkeliaran mencari rezeki dan makanan, baik lelaki mau pun perempuan, sama ada dewasa atau kanak kanak.

Wallahua'lam.

Tiada ulasan: