.fullpost{display:inline;}
Oleh : Ahmad Tarmizi Mohd Arifin
Akhir-akhir ini kita dikejutkan dengan suatu virus yang digeruni oleh semua masyrakat dunia. Belum pun hilang penyakit selsema burung kini tiba wabak yang amat menggerunkan dunia. Wabak yang yang diberi nama Influenza A (H1N1) atau nama kormeselnya Selsema Babi itu mula dikesan di Mexico sejak Mac lalu.
Wabak ini dilihat sebagai suatu pembunuh yang amat digeruni dan ditakuti oleh semua masyarakat dunia kerana hampir 100 nyawa telah melayang dan kira-kira 10,000 orang di seluruh dunia telah dijangkiti.
Melihat kepada penularan wabak tersebut,semua pihak telah tampil bagi sama-sama mencari jalan penyelesaian menghapuskan wabak yang digeruni ramai itu.walau bagaimanapun, usaha yang telah dilakukan setakat ini belum mencapai kejayaan berikutan meningkatnya kes sehari demi sehari.Dimana kehebatan Negara Amerika Syarikat yang dulu tersohor dengan kecanggihan teknolgi dan peralatannya?
Dimana pula senjata-senjata yang canggih yang dapat mengesan pengganas sedangkan Negara mereka turut menjadi mangsa. Tidakkah kamu sedari bahawa itu merupakan tentera Allah yang diutuskan tanpa mengunakan senjata? Tidakkah kalian mengetahui bahawa virus yang cukup kecil dan tidak dapat dikesan oleh pancaindera itu lebih canggih jika dibandingkan dengan senjata Amerika dan sekutunya? Buktinya, sehingga kehari ini mereka masih lagi mencari vaksin pencegahan penyakit tersebut.Sedarlah wahai ummat manusia bahawa segala penyakit itu adalah teguran dari pada Allah agar manusia sedar akan kesilapan yang mereka lakukan.
Justeru,apakah kesilapan yang dapat kita lihat ekoran dari penyakit tersebut? Disebabkan penularan wabak tersebut berjuta-juta babi telah dibunuh dan ekoran daripada itu juga orang yang gemar memakan daging babi turut tersentak dan yang peliknya tiba-tiba mengharamkan seketika untuk diri mereka. Bilakah daging babi ini diharamkan?adakah disebabkan penularan wabak tersebut sahaja baru ia diharamkan dan apabila hilang segala penyakit tersebut ianya menjadi halal semula?Adakah mereka masih tidak mahu menggunakan akal atau sememangnya mereka tidak berakal!!
Sedarilah wahai ummat manusia sekalian bahawa Allah s.w.t sendiri telah mengharamkan binatang tersebut melalui beberapa ayat yang terdapat di dalam al-Quran yang antara lainnya mengharamkan manusia memakan bangkai, darah, dan daging babi.
Fakta ini telah dirakamkan dalam ayat-ayat berikut :
a. Surah Al Baqarah (2) : 173
Maksudnya : Sesungguhnya Dia hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi,dan daging hiawan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…..
b. Surah An Nahl (16) : 115
Maksudnya : Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan atasmu bangkai,darah,daging babi dan haiwan yang disembelih dengan menyebut nama selain Allah…
Masihkah kalian mengigati penyakit Japaneese Enchephalitis (JE) yang melanda masyrakat Malaysia? pada ketika itu semua mata telah terbuka dan babi telah diharamkan sementara. Ekoran dari kejadian tersebut permintaan pasaran babi hampir pupus dan banyak ladang-ladang babi yang telah ditutup.
Tidakkah ini suatu bencana yang mengancam manusia hasil dari babi? Namun, kejadian ini hanya memberi sedikit pengajaran kepada manusia dan setelah wabak tersebut pulih,manusia kembali memakannya. Inilah hakikat seorang manusia,hanya insaf bila dikenakan dan ditunjukkan sesuatu bencana.
Apabila jauh dari bencana mereka akan kembali melupakan teguran Allah s.w.t. Tidakkah mereka ini sama dengan orang-orang kafir pada zaman jahiliah dahulu? Mereka (orang-orang munafik dan golongan kafir) sentiasa meminta bukti berkaitan keesaan Allah s.w.t dan apabila diberikan bukti mereka beriman hanya seketika bahkan ada yang langsung tidak beriman. mereka juga dikenakan bala dan apabila dihilangkan bala tersebut mereka kembali kufur.
Sedarlah wahai saudaraku sekalian,kejadian yang menimpa kita pada hri ini adalah suatu teguran dari Allah s.w.t yang mana bukan ditujukan hanya kepada orang kafir sahaja bahkan kepada kita yang mengaku beriman kepadaNya.
Dengan berlakunya kejadian tersebut maka, dapatlah kita ketahui rupanya Allah s.w.t masih sayang pada kita semua dan mahukan kita kembali ke jalanNya, dan bagi golngan kafir itulah teguran Allah untuk menjauhi haiwan haram tersebut.
Perlu diingatkan sekali lagi…Seandainya wabak @ virus ini dihilangkah oleh Allah s.w.t dan kita aman dari segala penyakit yang berbahaya ini, maka bersyukurlah dan jangan sekali-kali kita mengundang semula kemarahan Allah terhadap kita. Ingat!!apabila kita mencabar Allah maka Allah tidak segan silu untuk menurunkan bala bencana dan apa yang dibimbangi ianya mengenai semua ummat tanpa dipilih kasih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan