Wabak: Hikmah Dan Bagaimana Menghadapinya?
Kini dunia dikejutkan oleh satu lagi wabak penyakit yang sangat dikhuatiri iaitu wabak selesema babi atau wabak influenza A (H1N1). Penyakit selesema babi adalah sejenis penyakit yang menjejaskan sistem pernafasan yang lazimnya menjangkiti haiwan khususnya
babi disebabkan oleh virus Influenza jenis A.
Pada kebiasaannya wabak haiwan ini tidak menjangkiti manusia, tetapi satu jangkitan
luar biasa melibatkan penyebaran penyakit ini daripada manusia kepada manusia
luar biasa melibatkan penyebaran penyakit ini daripada manusia kepada manusia
Hikmah Ditimpakan Wabak
Wabak yang ditimpakan Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada hamba-hamabaNya di muka bumi ini mempunyai hikmah dan tujuan di sebaliknya. Hikmah wabak taun yang melanda manusia
adalah berupa azab dan hukuman dan pada saat yang sama ia juga merupakan rahmat Allah Subhanahu wa Ta‘ala ke atas mereka, tergantung ke atas siapa wabak itu diturunkan.
1. Wabak Sebagai Azab Dan Hukuman
Disebutkan di dalam beberapa hadits Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bahawa wabak taun yang telah diturunkan Allah Subhanahu wa Ta‘ala adalah merupakan azab atau hukuman ke atas orang-orang kafir dan orang-orang Islam yang melakukan maksiat sebagaimana yang berlaku kepada umatumat terdahulu.
2. Wabak Sebagai Rahmat Dan Syahadah
Manakala bagi orang-orang yang beriman, wabak adalah merupakan rahmat dan shahadah (ganjaran mati syahid) daripada Allah Subhanahu wa Ta‘ala kepada mereka.
Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam ketika Baginda ditanya oleh Sayyidatuna ‘A’isyah Radhiallahu ‘anha mengenai penyakit taun yang bermaksudnya:
“Ia (penyakit taun) adalah azab yang diturunkan Allah ke atas sesiapa yang dikehendakiNya. Allah menjadikannya (penyakit taun) rahmat bagi orang-orang yang beriman. Tidak seorang pun daripada hamba yang berada di negeri sedang ada di dalamnya (penyakit taun) - dan dia tetap tinggal di negeri itu tanpa keluar daripadanya dalam keadaan sabar dan mengharap pahala daripada Allah dan dia tahu bahawa dia tidak akan menghidapinya (penyakit taun) kecuali apa yang Allah telah tulis baginya - melainkan baginya pahala seperti orang syahid.”
(Hadits riwayat al-Bukhari)
CARA MENGHADAPI WABAK PENYAKIT BERJANGKIT MENGIKUT ISLAM
CARA MENGHADAPI WABAK PENYAKIT BERJANGKIT MENGIKUT ISLAM
Pesan Nabi SAW kepada umatnya agar berhati-hati ketika berurusan dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.
Nabi SAW bersabda yang bermaksud :
“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)
“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.” (Hr Bukhari)
tetapi jika satu keperluan, sesiapa yang bertanggung jawab untuk bersama pesakit yang berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dengan Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.
Jabir bin Abdullah RA telah meriwayatkan :
” Sesungguhnya Rasulullah SAW mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi SAW bersabda : “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (HR Tirmizi)
asingkan pesakit berjangkit dari orang-orang yang sihat
Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.” (HR Bukhari)
Kuarantin (quarantine) dalam Islam
Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit.
Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yang sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masih lagi diperingkat permulaan.
Nabi saw bersabda yang bermaksud :
“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambaNya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (HR Muslim)
“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambaNya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (HR Muslim)
Berdosa jika sengaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain
Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang.
Nabi saw bersabda yang bermaksud:
“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)
“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)
Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan sengaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.
Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan