sabda Rasulullah S.A.W ; daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda,
" barangsiapa yang mendirikan sembahyang (tarawih) pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan maka Allah ampunkan segala dosanya yang telah lalu.” ( Riwayat Muslim)
~ Tarawih adalah kata jamak bagi tarwihah, ertinya berhenti rehat.
~ Solat Tarawih dilakukan dengan setiap empat rakaat berhenti rehat, maka empat rakaat itu dipanggil satu tarwihah.
~ Namun tidak ada hukum untuk berehat. Seseorang boleh sahaja terus sembahyang hingga habis, tanpa berhenti.
~ Tujuan solat tarawih adalah untuk merehatkan badan daripada ketegangan selepas berbuka puasa, selain memberi ketenangan dan keikhlasan kepada orang yang bersembahyang.
~ Solat tarawih dilakukan dengan setiap dua rakaat satu salam. Selepas membaca bacaan wajib iaitu Fatihah, sunat membaca sebarang ayat atau surah daripada Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.
~ Segala bacaan di luar solat, seperti salawat, doa atau sebagainya tidak termasuk amalan solat tarawih, tetapi hanya selingan antara solat . Namun tidak ada larangan untuk bersalawat atau berdoa, jika cara dan adab melakukannya baik. Dan ia tidak menjejaskan solat tarawih jika ditinggalkan

Tiada ulasan:
Catat Ulasan