TADARUS AL-QURAN DI BULAN RAMADHAN
Antara ibadah yang menjadi kelaziman di bulan Ramadhan ialah tadarus Al-Quran. Ini bertepatan dengan bulan Ramadhan yang dianggap sebagai ' Bulan Al-Quran ', yang diturunkan padanya Al-Quran.
Tadarus bermaksud memperdengarkan bacaan Al-Qur’an di hadapan seseorang yang dapat mengawasi bacaan itu daripada sebarang kesilapan.
Amalan tadarus merupakan salah satu ibadat penting yang diberi tumpuan oleh Rasulullah s.a.w. dalam bulan Ramadhan. Diriwayatkan, Rasulullah bertadarus Al-Quran dengan Jibril sendiri.
“Nabi Muhammad s.a.w. merupakan orang yang sangat pemurah dengan kebajikan,dan kemuncak kemurahannya ialah sepanjang bulan Ramadhan. Jibril a.s. menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan sehingga habis bulan itu dan Rasulullah membacakan Al-Qur’an kepadanya. Sesungguhnya Rasulullah adalah amat pemurah seperti angin yang bertiup kencang”.
Kelebihan tadarus Al-Quran
Tadarus Al-Qur’an mempunyai banyak kelebihan. Selain kelebihan-kelebihan yangdijanjikan bagi sesiapa yang membaca Al-Quran, Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:
" Tidak berkumpul suatu kaum pada mana-mana rumah Allah, mereka membaca dan bertadarus Al-Qur’an, melainkan diturunkan kepada mereka ketenangan (sakinah), diliputi rahmat, dikelilingi malaikat dan Allah menyebut mereka pada para malaikat”.
Tadarus di kalangan Orang-Orang Soleh
Amalan tadarus Al-Qur’an Rasulullah itu, telah menjadi ikutan dan dihayati oleh para sahabat dan orang-orang soleh dari dahulu hingga kini. Mereka bertadarus Al-Qur’an sehingga tamat beberapa kali sepanjang bulan Ramadhan. Ada yang mengkhatamkannya seminggu sekali, tiga hari sekali, sekali setiap malam atau lain lain tempoh mengikut kesungguhan serta keupayaan masing-masing. Imam Asy-Syaaf’i dilaporkan dua kali tamat dalam sehari di bulan Ramadhan.
Cara Tadarus
Tiada cara yang seragam atau tertentu dalam aktiviti tadarus Al-Qur’an.
Bagaimanapun antara langkah-langkah yang boleh diikuti ialah :
1. Membaca Al-Qur’an secara bergilir-gilir dalam suatu kumpulan kecil.
2. Membaca mengikut tertib surah dan ayat, sebagaimana dalam mashaf
3. Menyemak bacaan agar selamat daripada kesalahan tajwid dan sebagainya.
4. Baca dengan niat untuk mendekatkan diri kepada Allah bukan untuk segera khatam.
5. Aktiviti ini boleh dihidupkan di tempat-tempat yang sesuai terutama di masjid, surau atau di rumah sebaik-baiknya bersama keluarga.
Tujuan Tadarus
Mengkhatamkan Al-Quran bukanlah tujuan asal tadarus yang dilakukan oleh Nabi. Ini adalah kerana :-
1- Perkataan tadarus yang berasal dari 'darasa' yang bermakna mempelajari. Jika khatam dijadikan tujuan utama, maksud mempelajari ini biasanya tidak tercapai.
2- Tujuan Rasulullah bertadarus dengan Jibril ialah untuk memperdengarkan dan menyemak bacaan. Jika khatam itu tujuan yang utama, tentulah tidak berlaku tadarus melainkan selepas Quran itu sempurna diturunkan.
3- Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Saidatina Fatimah berkata: “Sesungguhnya Jibril datang kepada Rasulullah untuk memperdengarkan bacaannya kepada Rasulullah setahun sekali. Dan Jibril telah melaksanakan yang demikian pada tahun Nabi wafat, dua kali”.
Tujuan asal tadarus ialah untuk memperelokkan dan menyemak kembali bacaan. Dan sebaiknya bacaan itu difahami. Kerana itu, lebih elok jika tadarus itu diadakan secara berkumpulan untuk sama-sama mendapat manfaat. Dan elok juga dilakukan perbincangan ringkas selepas tadarus berkenaan ayat-ayat yang di baca.
Walaubagaimanapun, jika mampu, sewajarnya seorang Muslim berusaha mengkhatamkan Al-Quran paling kurang sekali dalam bulan Ramadhan dengan menjaga adab-adab dan hak-hak Al-Quran itu sendiri.
Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud :"Ramai orang membaca Al-Quran, sedangkan Al-Quran itu melaknatnya ". Moga-moga kita tidak tergolong dalam golongan itu.
Wallahua'lam.
Rujukan:
1. التبيان في اداب حملة القرانOleh Imam Nawawi
2. Risalah Berkenaan Tadarus Yayasan Terengganu

Tiada ulasan:
Catat Ulasan