26.12.08

Ada barang lebih mahal di kampung

Saya balik kampung hampir setiap minggu bulan december ni, lagipun cuti sekolah. Anak anak ikut sekali, yang malas cuma daniel je, bagi saya balik kampung setiap minggu pun tak pe, jauhnya cuma 70km, cuma ambil masa perjalanan satu setengah jam saja. sambil tu tengok rumah kami yang masih gah dengan memori semalam. Walaupun sekarang sudah di sewakan.

Semuanya baek kat sini. cuma satu je yang buat saya geram sangat. Ada barang yang mahal sangat kat kampung berbanding KL. Mungkin kalau kat KL saya boleh pergi ke pasaraya dan banyak pilihan tempat, tapi kat Kuala Selangor sat lagi ada Tesco.

Kat kedai runcit kampung ni top up Rm 10 pun jadi Rm10.40 sen. Barangan pasar pun mahal. Ikan kembong yang kat KL boleh dapat sekitar RM4 tapi kat sini sorilah. Kat pasar Sungai Buluh Sasaran yang dulunya terkenal dengan ikan murah pun, sekarang harganya tak kurang dari RM6 sekilo.




My twin daughter, muuaah... cayang umi

dah besa pun tapi saya tetap anggap macam baby lagi

Tiada ulasan: