4.12.08

Rahsia Pergerakan Otot Dalam Solat

Rahsia Pergerakan Otot Dalam Solat

1. Ketika kita berdiri tegak kemudian angkat kedua tangan bertakbir dan letakkan tangan di atas pusat, SEBENARNYA KITA JUGA telah membesarkan rongga dada kita manakala paru-paru akan terasa luas serta menggerakkan otot di kedua belah tangan.

2. Ketika ruku' dengan badan membongkok ke depan dan kedua tangan di atas kepala lutut dan punggung mendatar, SEBENARNYA KITA JUGA TELAH menggerakkan ruas-ruas tulang punggung, tulang leher, tulang pinggang dan tulang tungkin.

3. Ketika sujud seluruh berat badan terpikul sepenuhnya di atas otot-otot kedua-dua tangan, kaki.dada, perut, punggung, leher dan otot-otot kaki. Setelah itu kita bangkit dari sujud. Kita duduk, kemudian kita sujud lagi dan selepas itu kita berdiri kembali. Dalam gerak badan kali ini SEBENARNYA KITA JUGA TELAH secara automatik menggerakkan sejumlah besar otot-otot di dada , bahu, lengan, perut, punggung, peha, kaki bahagian bawahan lain-lain otot lagi.

4. Ketika melakukan duduk antara dua sujud dan duduk tahiyat. Kedua-dua jenis duduk ini menggerakkan tumit , pangkal peha, kelengkang, jari-jari kaki dan lain-lain. Dalam kita memberi salam juga kita gerakkan otot-otot leher tengkuk , SEBENARNYA KITA JUGA TELAH mendapatkan oksigen yang istimewa dan gerak otot-otot yang semuanya ini sudah tentu akan memastikan kesihatan tubuh badan kita.


Tiada ulasan: