Ya Allah... dalam perjalanan ini bukakan lah ke atas kami hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami khazanah rahmatMu...
25.12.08
Makan sedap dan murah kat Genting Highland
TAK JADI gi SABAH, gi GENTING LAH...
Kami baru balik dari Genting Highland, saya dan anak anak jalan-jalan di sana, menghabiskan sisa sisa cuti tahun 2008. Saya bawa semua anak anak, ep, fateh, daniel dan muizz.
Bajet tong tong dengan my eldest.
Dah lama saya tak pegi, macam la jauh sangat walhal hanya 58km saja dari rumah kami kat KL Ambil masa satu jam perjalanan. Kalau nak dikira, jauh lagi kalau saya balik kampung kat Parit Mahang.
KEDAI MAKAN PALING MURAH DI GENTING HIGHLAND
Kami bersarapan di kedai mamak bawah hotel Theme Park . My eldest, epi kata inilah kedai makan paling murah dan sedap di Genting ni, memang betul, tempatnya tersorok, susah nak cari kalau tak tau. Tapi memang sangat ok. Tempat bersih, tandasnya pun bersih. Kami makan 5 beranak dengan 3 pinggan nasi lemak lauk telur dadar, nasi goreng lauk telur dadar dan roti canai 3 keping, tambah dengan air minuman panas kami baru RM26. Nasi lemak lauk telur dadar baru RM3. Dihidangkan panas lagi dan memang sedap.
MEMANG BERBALOI BERCUTI DI SINI
Kalau ada rakyat Malaysia yang tak pernah pegi sini, memang rugilah. Kalau warga Singapore berlumba lumba nak ke sini, why not kita. Rasa bangga Malaysia ada tempat seperti ini, tempat percutian yang menjanjikan percutian yang menarik, hebat, murah dan sejuukk.
Untuk permainan taman tema outdoor hanya RM38 adult, RM27 child, boleh berseronok dengan pelbagai permainan apa saja dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 malam, ada 36 permainan sesuai untuk family. Mana ada tempat baek punya macam ni.. Kami ikut gak permainan yang ganas ganas... bolehlah .... Ramai sangat orang gila terjerit jerit mengasah tekak di sini.
JURUFOTO DI DINOSAURLAND TAK MESRA PELANCONG - kenangan pahit di genting
Semasa kami ke Dinosaurland, kami bergambar lah dengan seekor ular sawa . Juru foto tu seorang lelaki india memang tak pandai ambil hati pelancong. Dia tu kelam kabut je, maklum ramai pelancong yang datang bersama sama kami,
Bila ambil gambar suruh kami cepat cepat, dahlah kami takut dan geli dengan ular sawa tu, mana boleh cepat cepat, saya rasa ular tu pun pening kepala. Hasilnya gambar tak center, kami pun bertengkarlah... geram sangat rasanya.
Nasib baik akhirnya dia diam dan buat bodoh je... bukan apa, kalau dah salah tu just say sory lah. Apa salahnya minta maaf, ni tak.. banyak cakap pulak... kita kan rakyat Malaysia, budi bahasa amalan kita.
Bye....
Kami balik pukul 6.00 petang. Singgah makan di perhentian rehat Gombak untuk solat asar, makan malam dan solat maghrib. Alhamdulillah cukup solat kami pada hari ini. Sampai balik rumah pukul 8.00 malam.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan