10.12.08

Musibah di Bukit Antarabangsa

Musibah di Bukit Antarabangsa

Selepas kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa, semua pihak menyalahkan semua orang. Kerajaan yang lama menyalahkan kerajaan yang baru. Kerajaan yang baru menyalahkan kerajaan yang lama. Pemaju menyalahkan kerajaan. Kerajaan menyalahkan pemaju. Orang ramai menyalahkan pemaju. Yang seronok orang surat kabar dan orang media, dok sibuk kumpul berita dan laga melagakan antara satu sama lain.

Dalam kes ini, pihak yang terlibat ialah Kerajaan, Pemaju dan Pengguna. Kerajaan yang memberi kelulusan. Pemaju yang melobi pihak kerajaan untuk pembangunan di kawasan elit. Pengguna yang ingin membeli rumah sebagai lambang kemewahan dilereng lereng bukit.

Kerajaan ( tak kiralah kerajaan BN ke PR ke ) memang ambil berat isu perumahan untuk rakyat. Kerajaan akan meluluskan sebanyak mungkin projek rumah agar rakyat cukup rumah.

Pemaju pula walaupun mengira keuntungan, tetapi pada dasarnya kalau tak ada siapa yang berminat mahu duduk di kawasan lereng bukit dan tanah tinggi, mereka tak mungkin membangunkan kawasan tersebut.

Dan warga Malaysia gred A1 ni mempunyai impian dan kehendak mempunyai mahligai, rumah di lereng-lereng bukit, kawasan elit di pinggir kota yang menawarkan pemandangan yang indah.

Bila tragedi ini berlaku, biasalah game bleme pun bermula. Orang cerdik pandai tak kan berdiam diri, wujud jawatankuasa bertindak. Saman menyaman. Satu perkara yang sepatutnya difikirkan ialah muhasabah diri. Sampai bila nak jadi katak oh katak. salahkan saja tanah dan tanah pula salahkan hujan. Hujan pun salahkan katak.

dan ... tak ramai yang fikir ini adalah musibah dari Allah swt. Musibah yang diturunkan kerana manusia telah lupa diri, lupa pada janji untuk menjadi khalifah bagi tujuan memakmurkan bumi ini mengikut landasan Al-Quran..

.... kami warga Malaysia tanpa gred ini, sedih melihat makanan yang dibuang di kawasan sampah, bagusnya kalau bagi kat kami.

Tiada ulasan: