4.12.08

solat dan sains

Solat, Khusyuk Dan Sains

Solat yang dilakukan secara khusyuk boleh diibaratkan seperti meditasi yang melebihi meditasi biasa. Maksudnya, dalam solat yang dilakukan secara khusyuk memang terdapat unsur-unsur meditasi, tetapi ia berbeza dengan meditasi biasa kerana solat yang dilakukan oleh umat Islam ialah satu ibadah.
Kalimat-kalimat dalam solat adalah pilihan Allah dan Rasul, bukannya pilihan manusia biasa, dan ketenangan yang diperoleh adalah ketenangan kurniaan Allah. Lebih dari itu mereka yang bersolat dengan ikhlas akan mendapat rahmat daripada Allah.

Kajian sains menunjukkan meditasi mendatangkan banyak kebaikan kepada kesihatan manusia. Pada tahun 1967 profesor Dr. Herbert Benson dari Fakulti Perubatan Harvard mendapati mereka yang bermeditasi menggunakan oksigen 17% lebih rendah daripada biasa. Di samping itu jantung mereka berdenyut dengan kadar yang lebih rendah daripada biasa dan gelombang theta dalam otak meningkat dengan jelasnya.

Gelombang theta ialah gelombang otak yang wujud apabila seseorang berada di saat yang amat menenangkan terutamanya ketika hampir terlena. Dr. Herbert Benson berpendapat meditasi mampu meredakan tekanan (stress) dan menjadikan seseorang lebih tenang lagi ceria.


Kajian yang melibatkan 90 orang pesakit kanser juga telah dilakukan. Mereka bermeditasi selama tujuh minggu. Kumpulan yang mengamalkan meditasi ini didapati kurang diserang masalah kesugulan, keresahan dan kemarahan berbanding kumpulan yang tidak bermeditasi. Tambahan dari itu mereka yang bermeditasi didapati lebih bertenaga dan kurang mengalami sakit jantung serta masalah pada sistem penghadaman.

Tiada ulasan: