30.1.09

TABUNG UNTUK MU GAZA


tAbUnG uNTUk MU GAZA


YAYASAN SELANGOR telah melancarkan
`Tabung Kemanusiaan Gaza’

bagi merayu sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia untuk disalurkan kepada penduduk Gaza yang kini hanya bergantung hidup kepada bantuan kemanusiaan dari seluruh negara.


Kakitangan dan Ibu bapa SERTA keluarga pelajar ATPN yang sememangnya terkenal dengan sikap PEMURAHNYA dipohon untuk menderma dan menyalurkan bantuan anda untuk Tabung Kemanusiaan Gaza ini yang terletak di pondok pengawal ATPN. Mereka yang ingin menyalurkan sumbangan melalui cek sila hubungi terus ke pejabat ATPN.

SEkiaN, tEriMa kaSih aTaS sUMbANgAN aNDa





dermalah " TABUNG UNTUK MU GAZA" untuk disalurkan kepada penduduk Gaza yang kini hanya bergantung hidup kepada bantuan kemanusiaan dari seluruh negara.



TABUNG UNTUK MU GAZA

28.1.09

Siapa Obama ?

BARRACK Obama membawa kalungan bunga dalam Hall of Remembrance, Yad Vashem Holocaust Memorial di Jerusalem, pada hari Rabu, 23 Julai 2008.

Adakah Obama dipengaruhi oleh Israel ?
Gambar ini menunjukkan Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew. Perbuatan ini dilakukan oleh orang Yahudi untuk menyampaikan mesej rahsia sesama orang Yahudi sahaja. Mengapa Obama melakukan perkara yang dibuat oleh Yahudi ini?

Barrack nama pertama Obama adalah nama Yahudi yang berasal dari ayat "baruch". Kebanyakan ahli ibadat Yahudi menggunakan nama "baruch"sebagai nama pertama mereka.

Obama sedang melakukan ritual Yahudi pada dinding Monument Jew.

Bekas perdana menteri Israel iaitu Ehud Barak juga mengambil nama sempena nama "baruch". Nama kedua Obama juga hampir sama dengan "Ahabah". Bent Ahabah adalah nama untuk synagogue (satu upacara multilation untuk bayi-bayi Yahudi).

Ketika berusia 10 tahun, Obama pernah ke sekolah sosialis Yahudi atau disebut "kibbutz". Obama menyatakan bahawa dia hanya menggunakan tandas sekolah itu sahaja pada waktu itu. Namun ada saksi lain menyatakan bahawa Obama telah menghadiri kelas selama tiga jam di sekolah tersebut. Adakah Obama dirancang dan dilatih untuk menjadi Presiden Amerika ketika berusia 10 tahun lagi?



TANDA TANDA KEMATIAN


TANDA-TANDA KEMATIAN UNTUK ORANG ISLAM


Adapun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud .Cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratulmaut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat -riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah SWT.

Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan :

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

Tanda 40 hari sebelum hari mati

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.


Tanda 7 hari

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

Tanda 3 hari

Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari

Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda Akhir

Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


Sesungguhnya marilah kita bertaqwa dan berdoa kepada Allah SWT semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah yang akan diberi kesedaran untuk peka terhadap tanda-tanda mati ini semoga kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan samada dari Allah SWT mahupun dari manusia sendiri dari segala dosa dan urusan hutang piutang kita.

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah SWT yang Maha Berkuasa lagi Maha Pemurah lagi maha mengasihani maka diriwatkan bahawa tarikh Mati seseorang manusia itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah SWT semata-mata. Oleh itu marilah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga kita diberi hidayah dan petunjuk oleh Allah SWT serta kelapangan masa dan kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah SWT samada di dunia mahupun akhirat. Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah SWT dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

wallahualam.

24.1.09

>> jANgaN kaWaN dENgAN oRaNG boDOh

Kalau kita dan KAWAN kita adalah orang-orang BODOH carilah kawan kawan yang PANDAI agar kita semua menjadi PANDAI

Kalau orang-orang PANDAI tak mau berkawan dengan kita, marilah belajar agar kita menjadi PANDAI

Kalau kita adalah orang PANDAI ajaklah kawan yang BODOH untuk belajar agar menjadi PANDAI

Kalau kita dan kawan kita orang-orang PANDAI ajaklah orang-orang BODOH untuk belajar agar menjadi orang-orang PANDAI

Kalau semua orang adalah orang BODOH marilah bersama-sama belajar agar kita semua menjadi PANDAI

Kalau semua orang adalah orang PANDAI marilah bersama-sama terus belajar agar menjadi semakin PANDAI

Berhenti berkawan dengan orang BODOH karena sudah tidak ada lagi orang yang BODOH

Berkawanlah dengan orang PANDAI karena semua orang sudah menjadi PANDAI

Jauhkan keBODOHan dari kita, karena keBODOHan mendekatkan kita pada keFAKIRan

Jauhkan keFAKIRan dari kita, karena keFAKIRan mendekatkan kita pada keKUFURan

Jauhkan keKUFURan dari kita, karena keKUFURan menghalangi kita dari keIMANan

Dekatkan diri kita pada keIMANan, karena keIMANan menjauhkan kita dari keTIDAKBERDAYAan

Jauhkan diri kita dari keTIDAK BERDAYA an, karena ke TIDAK BERDAYAan mendorong kita pada kePUTUS ASAan

Jauhkan diri kita dari ke kePUTUSASAan, karena kePUTUSASAan mendorong kita pada keMALASan

Jauhkan diri kita dari keMALASan, karena keMALASan mendekatkan kita pada keBODOHan

Allah meninggikan dArjat orang-orang beriman yang berilmu di antara kamu.


>> BOMOH dan BERUBAT CARA ISLAM


PERCAYA RAMALAN KARUT BOMOH BOLEH ROSAK AKIDAH


Bomoh, dukun dan pawang mempunyai kerjaya yang sama iaitu mengubat atau merawat orang sakit. Pawang pula diertikan sebagai mempunyai kebolehan istimewa untuk melakukan sesuatu menggunakan kuasa ghaib, mengubati orang sakit menggunakan jampi mEntera.

Dalam sejarah tamadun Islam, ahli perubatan dikenali sebagai tabib. Mereka mengubati penyakit menggunakan ubat dipercayai boleh melawan penyakit sama ada berpunca daripada kuman atau perubahan suhu badan dan sebagainya.

Ubat itu daripada bahan semula jadi seperti madu, tumbuh-tumbuhan, hidupan di darat atau laut yang dikenal pasti melalui al-Quran, hadis atau pengalaman.

Tabib Muslim meyakini setiap penyakit ada ubatnya berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:

“ Allah tidak menurunkan penyakit melainkan diturunkan sama dengan ubatnya ”


Adakah bomoh boleh disamakan dengan tabib dan khidmat mereka direstui Islam?

Jika bomoh atau dukun itu mengubat pesakit hanya menggunakan jampi berupa doa kepada Allah atau ayat al-Quran, berkemungkinan tidak menyalahi ajaran Islam dengan syarat ayat yang dibaca sesuai dengan isyarat Rasulullah SAW bahawa sebagai penawar untuk penyakit tertentu. Begitu juga mengubat dengan menggunakan akar kayu dan sebagainya.

Bomoh, dukun atau pawang yang mengubat pesakit menggunakan kuasa ghaib, maka dia tidak dapat disamakan dengan istilah tabib tetapi boleh disenaraikan termasuk kukang tenung)atau arruf (tukang tilik) yang dilarang dalam Islam.

Tukang tenung sebelum mengubati pesakit meramal punca penyakit melalu air dalam mangkuk, keris atau dengan cara menurun kononnya roh masuk ke dalam diri yang sebenarnya ialah jin atau syaitan. Kemudian dia memberitahu pelanggannya penyakit yang dihadapi berpunca daripada perbuatan orang atau terkena sampuk jembalang.

Firman Allah yang bermaksud:

“Katakanlah! Tidak ada yang dapat mengetahui perkara ghaib di langit dan di bumi melainkan Allah semata-mata” (Surah al-Naml, ayat 65)


Rasulullah SAW juga menegaskan mengenai dirinya dengan perintah Allah yang bermaksud:

“ Kalaulah saya dapat mengetahui perkara ghaib, nescaya saya dapat memperoleh kekayaan yang banyak dan saya tidak akan ditimpa suatu musibah; saya tidak lain hanya seorang Nabi yang membawa khabar duka dan khabar gembira untuk kaum yang mahu beriman”

(Surah al-A’raf, ayat 18 )

Islam tidak mengehadkan dosa hanya kepada tukang tenung tetapi sesiapa saja yang membabitkan diri dengan kegiatan itu, turut dihukumkan berdosa.


Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

“ Sesiapa yang datang menemui `arraf (tukang tilik) kemudian menanyakan mengenai sesuatu maka solatnya tidak diterima selama 40 hari ”

Hadis riwayat Muslim


Islam memang mengakui adanya sesetengah penyakit disebabkan sihir dan Islam mempunyai cara tersendiri untuk menjauhkan diri daripada terkena sihir atau cara merawatnya iaitu mencari doa, ayat serta surah tertentu.


MENYEMBUHKAN PENYAKIT DENGAN AYAT AL- QURAN


Sebelum itu perlu diingat bahawa

segala kelebihan yang terdapat pada bacaan atau ayat-ayat tertentu kadangkala tidak berjaya diperolehi dengan hanya beberapa kali bacaan sahaja. Ibarat pisau yang perlu di asah berkali-kali agar dapat digunakan seperti yang kita mahukan.

Begitu jugalah ayat-ayat atau bacaan tertentu perlulah sentiasa diamalkan, dan diulangi sehingga menjadi wirid tetap untuk mendapatkan khasiatnya. Insya-Allah dengan amalan yang istiqamah, segala kelebihan, khasiat dan keajaibannya akan terbukti apabila kita memerlukannya.


1. SURAH AL-FATIHAH


Untuk mendapatkan zuriat, pangkat, rezeki, melepaskan hutang, hajat, kekuatan zahir & batin, wiridkanlah surah ini sebanyak 41 kali di antara solat sunat subuh dan solat fardhu subuh. Sebaik-baiknya diamalkan selama 40 hari. Insya-Allah berhasil.

Untuk Murah Rezeki, bacalah Surah Al-Fatihah 7 kali, Surah Al-Ikhlas 7 kali, Surah Al-Falaq 7 kali dan surah An-Nas 7 kali selepas solat fardhu jumaat (sebelum mengubah kedudukan selepas memberi salam). Insya-Allah di ampunkan dosa-dosanya, terpelihara dan aman sehingga jumaat akan datang serta dilimpahi rezeki yang tidak terhingga Insya-Allah.

Untuk pendinding ketika tidur, bacalah bacalah Surah Al-Fatihah 1 kali, Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq 1 kali dan surah An-Nas 1 kali sebelum tidur. Insya-Allah terpelihara dari mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka.

Sumber: Khasiat dan Fadhilat Ayat-ayat Al-Quran, oleh Abu Al-Baqir Al-Burhami, Terbitan Al-Baqir Enterprise.



2. SURAH YAASIIN (DARI KACAMATA DR FATMA ELZAHRAA)


Ayat 1 - 9 - Untuk keselamatan diri

Ayat 9 - Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah dan memberi hidayah kepada anak anak

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 29 - Utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tersebut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan, harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik,

Ayat 36 - Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a. s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ayat 58 - Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Jadikan lah amalan.

Ayat 76 - Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada,

bacalah ayat tsbt.

Ayat 78 - 79 - Jika sakit urat, tulang, tulang yang patah dan sakit sakit badan.

Ayat 82 - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari.

Sumber http://fauzynm.e-belia.net/


3. AYAT KURSI

Dari Anas bin Malik r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Apabila seseorang dari umatku membaca ayat Kursi 12 kali, kemudian dia berwuduk dan mengerjakan solat subuh, nescaya Allah akan menjaganya dari kejahatan syaitan dan darjatnya sama dengan orang yang membaca seluruh al-Quran sebanyak tiga kali, dan pada hari kiamat ia akan diberi mahkota dari cahaya yang menyinari semua penghuni dunia.”


Kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam banyak hadis. Kehebatan Ayat Kursi ini adalah untuk kita juga, yakni untuk menangkis gangguan syaitan dan kuncu-kuncunya di samping itu kita diberi pahala.

Oleh itu kita umat Islam, janganlah ada sedikit pun keraguan tentang ayat-ayat al-Quran, hadis
Rasulullah s.a.w. dan sunnah Baginda s.a.w. Keraguan dan was-was itu datangnya dari syaitan laknatullah.

Sumber http://tanbihul_ghafilin.tripod.com



>> cuti panjang...

selamat bercuti buat semua, jangan lupa solat, isikan masa dengan perkara yang memberi manafaat....

19.1.09

* * Solat jangan x solat



Solat mengikut sunnah Rasulullah saw


* * Panduan lengkap fardhu Ain




Merangkupi pendekatan berwuduk, tayammum,
solat fardhu, solat solat sunat
dll


* * Kenali Palestin dan Impian Rejim Zionist



Sejarah bumi Palestin dan

Impian rEJIM iSRAEL






MASJID AL AQSHA DALAM BAHAYA


Masjidil Aqsha adalah kiblat pertama umat Islam sebelum akhirnya dipindahkan ke
Baitullah sekarang. DI tempat suci inilah Rasulullah SAW melakukan
Isra’ dan dari sana pula ia berangkat Mi’raj. Dalam hadits shahih
disebutkan sebagai salah satu daria tiga masjid yang dianjurkan untuk
diziarahi, yakni Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Masjid Al Aqsha.


MASJID AL AQSHA KITA INI DALAM BAHAYA, REJIM ISRAEL MELAKUKAN BERBAGAI CARA UNTUK MEMUSNAHKANNYA




RAHSIA MASJIDIL AQSA


18.1.09

## my baby nenG



...... neng, neng masih kekalkan gaya lembik dan penakutnya, rupa je nampak ganas tapi hampeehh.... tapi kat badannya masih ada belang membentuk alif lam lam ha...



oRANG yAHUDI aKAN DIMUSNAHkAN


1. UMAT ISLAM MEMUSNAHKAN ORANG YAHUDI

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah saw. bersabda,

"Tidaklah akan berlaku qiamat, sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi sehingga kaum Yahudi itu bersembunyi di sebalik batu dan pohon kayu, lalu batu dan pohon kayu itu berkata, (Hai orang Islam, inilah orang Yahudi ada dibelakang saya. Kemarilah!l Dan bunuhlah ia!", kecuali pohon gharqad (semacam pohon yang berduri - kaktus), kerana sesungguhnya pohon itu adalah dari pohon Yahudi (oleh sebab itulah ia melindunginya)".

- Hadis riwayat Bukhari Muslim


Keterangan

Hadis ini memberikan harapan yang sangat besar kepada kaum Muslimin dan menjanjikan kemenangan mereka dalam memerangi orang-orang Yahudi.

Walaupun orang-­orang Yahudi merancang dan berusaha sedaya upaya untuk membunuh dan rnenyesatkan umat Islam, namun akhirnya kaum Yahudi akan binasa juga di dalam kepungan umat Islam.

Umat Islam akan membunuh dan menghapuskan semua kaum Yahudi yang ada di permukaan bumi ini dan umat Islam akan ditolong oleh makhluk-makhluk Allah yang lain, sehinggakan batu dan pohon kayu pun akan memberi penolongan kepada mereka.


2. DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PEMUSNAHAN

Daripada Ummul Mu'minin , Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) ,beliau berkata,

" (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cernas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan Baginda menemukan ujung jari dan ujung jari yang sebe!ahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyararkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: "Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan dikalangan kami masih ada orang­orang yang shaleh?" Lalu Nabi saw. bersabda "Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak".

- Hadis Riwayat Bukhari Muslimi

Keterangan

Hadis di atas rnenerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlarnpau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan/bala akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.

Bala yang diturunkan bukan hanya kepada orang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan, walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dibasmikan dan segala kemaksiatan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikut-pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat.

Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akan hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa ini dari kediaman mereka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.


17.1.09

Jenis kafir


Orang kafir terbahagi kepada dua


1. Kafir harbi iaitu orang kafir yang memerangi orang Islam ( macam rEJIM iSRAEL laknatullah!! )

2. Kafir zimmi iaitu orang kafir yang mendiami dalam negara Islam dan tidak memusuhi dan memerangi orang Islam serta membayar cukai kepada negara tersebut ( macam non muslim yang ada kat Malaysia ni ).
.

>> berita sedih kat surau APIUM, Universiti Malaya

16 /1/09.. para mahasiswa UM gempar apabila kepala babi yang dibelah dua, ditemui diletakkan di atas bendera parti PAS di dalam surau Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (APIUM) .

Kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.
universiti malaya um pig head carcass found in surau mosque pc 160109 02
-- sedihnya,
siapalah punya angkara,
teringat kenangan lama, di surau inilah saya selalu solat berjemaah dan duduk berehat dan kadang kadang terlelap . itu semasa saya belajar di sini

pig head carcass in universiti malaya um mosque surau 160109 03


Saya tak faham mengapa perkara ini berlaku dan siapalah yang sanggup melakukannya dan kenapa...

Macam macam yang saya fikir, apa kena dengan adik adik kat sana tu, adakah ketegangan kaum dan agama sudah mula digerakkan oleh pihak tertentu?

Atau apakan ini sebagai satu provokasi yang melampau yang cuba mencetuskan perselisihan antara kaum.

Perkara ini pada hakikatnya mencabar sensitiviti seluruh umat Islam kerana ia melibatkan penghinaan terhadap agama kita.

Budaya seperti ini, sekiranya tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib seperti polis, pentadbiran APIUM dan UM sendiri, akan menyebabkan pelakuan sebegini akan lebih berleluasa pada masa depan.

dan ingatlah
wahai umat manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ini

Semoga kamu dilaknat dan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat


Hukum boikot barangan Israel


Boikot barang rEJIM iSRAEL - satu perbahasan yang hebat diperkatakan sekarang


Saya juga sering didatangi oleh pelajar pelajar saya, dihubungi ex-students saya dan ada juga parents dan sahabat yang bertanyakan persoalan ini. Ada juga diantara orang yang saya temui begitu kuat fahamannya sehingga melebelkan haram berurusan dengan barangan tertentu dan ada diantara mereka ini yang mengharamkan barangan tersebut secara membuta tuli tanpa membuat kajian terlebih dahulu.


Saya membuat kajian untuk menjawab persoalan ini, dan akhirnya artikel ini, yang saya ambil dan edit dari pelbagai sumber ini mungkin boleh membantu :-



Selagi tiada arahan rasmi dari kepimpinan sesebuah negara umat Islam, tindakan melakukan boikot tersebut adalah tergolong dari tindakan yang 'digalakkan' sahaja .

Kewujudan syarikat-syarikat ini di negara Israel dan MoU perniagaannya di negara Israel tidak boleh dianggap sebagai membantu kerja keganasan rEJIM iSRAEL. Sebarang pembuktian seperti ini tidak kuat untuk mensabitkan bantuan 'direct' kepada kerja jahat rEJIM iSRAEL

Tetapi tindakan tersebut adalah satu ibadah dan mendapat pahala sekiranya disertai dengan niat yang betul. Iaitu niat mengutamakan barangan buatan umat Islam dan peniaga Islam disamping 'mendenda' syarikat milik Israel.

Dan sekiranya sesaorang itu melakukan boikot terhadap mana-mana barangan yang didasari oleh keyakinannya terhadap hasil kajiannya sendiri dan die mendapati memang wujud penglibatan yang tidak sihat pada mana-mana pengeluar barangan itu MAKA boikot adalah wajib ke atas dirinya dan digalakkan bagi sesiapa yang yakin dengan info yang dikeluarkannya. Ini adalah jihad baginya.


Dalil keutamaan ini antaranya adalah

جَاهِدُوا الْمُشْرِكِينَ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ وَأَلْسِنَتِكُم

Ertinya : "Berjihadlah kamu menentang orang musryikin itu dengan harta kamu, dan diri kamu serta lidah kamu"

(Riwayat Abu Daud, no 2504, 3/10 ; Albani : Sohih )


Apa hukum nya berjual beli dengan barangan yahudi


Hukum asal urusniaga dengan Non-Muslim termasuk Yahudi dan semua syarikatnya adalah halal ataupun harus selagi transaksi yang dibuat menurut syarat jual beli Islam dengan syarat:-

1) Produk dan urusniaga mereka bertepatan dengan islam dan disahkan bersih dan halal oleh mereka yang berwajib dalam sesebuah negara

2) Tiada sebarang perintah oleh kerajaan atau mereka yang berwajib untuk memboikot barangan

3) Tiada sebarang bukti secara bertulis dan penghebahan rasmi syarikat bahawa mereka membantu dan menyumbang khas kepada serangan ke atas Islam, yang mana ia dibuat atas nama syarikat dan bukan salah seorang individu dalam syarikat sahaja.

4) Hukum harus ini hanya bertukar kepada haram jikaberurusniaga atau wajib memboikot mereka jika Pemerintah Islam tertinggi mengarahkan boikot demi mencapai maslahat tertentu untuk Islam.



Asas Hukum berjual beli dengan orang Yahudi


1) Allah SWT menghalalkan umat Islam memakan sembelihan ahli kitab yang di antara mereka adalah Yahudi. Ini bermakna berurusan dengan Yahudi dan barangan yang dihasilkannya selagi menepati kehendak Allah adalah diharuskan.

2) Allah SWT juga menghalalkan lelaki Islam untuk berkahwin dengan wanita Ahli Kitab yang suci dan baik dengan syarat ia bertujuan kebaikan kepada wanita tersebut. Perihal halal berkahwin dan makan sembelihan ahli Kitab termasuk Yahudi ini disebut dengan jelas dalam ayat berikut : -

الْيَوْمَ أُحِلَّ لَكُمُ الطَّيِّبَاتُ وَطَعَامُ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ حِلٌّ لَّكُمْ وَطَعَامُكُمْ حِلُّ لَّهُمْ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الْمُؤْمِنَاتِ وَالْمُحْصَنَاتُ مِنَ الَّذِينَ أُوتُواْ الْكِتَابَ مِن قَبْلِكُمْ إِذَا آتَيْتُمُوهُنَّ أُجُورَهُنَّ مُحْصِنِينَ غَيْرَ مُسَافِحِينَ وَلاَ مُتَّخِذِي أَخْدَانٍ

Ertinya : "Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal pula bagi mereka. (Dan dihalalkan mengawini) wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar maskawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik.."

(Al-Maidah : 5 )

INGAT ARTIKEL SAYA SEBELUM INI KITA TIDAK MEMUSUHI BANGSA YAHUDI, KITA MEMUSUHI REJIM ISRAEL ATAUPUN YAHUDI MURTAD YANG MENZALIMI UMAT ISLAM SEKARANG




Tapi boikot tetap boikot

Tidak dinafikan sama sekali bahawa umat Islam perlu melakukan sesuatu jika rEJIM iSRAEL melakukan suatu jenayah dan kebiadapan terhadap Islam.

Umat Islam perlu bersatu padu dan bergabung kekuatan bagi memberikan pengajaran kepada mana-mana pihak yang memulakan kejahatan terhadap Islam.

Ia juga dijangka dapat memberikan kesan ekonomi yang buruk kepada negara mereka sekaligus membantutkan hasrat mereka untuk meneruskan kejahatan dan serangan terhadap Islam.

Boikot seperti ini adalah untuk memberikan tekanan kepada pengusaha dan peniaga yang seangkatan dengan para penyerang agar mereka sendiri mendesak kerajaan mereka kepada keamanan selain mereka akan membenci tindakan kerajaan dan rakan seagama mereka yang melakukan kejahatan terhadap Islam.

Tapi kita perlu tahu antara hukum dan keutamaan. Jangan nanti jika ada di antara kita yang melihat rakan terlibat dengan mana-mana syarikat tadi menuduhnya kafir, munafiq dan lain-lain.

Selagi tiada edaran khusus, specifik dan rasmi oleh syarikat terbabit yang menyatakan mereka menyokong dan membantu serangan atas nama syarikat, selagi itu hukum asal iaitu harus berurusniaga dengan syarikat itu akan tetap terpakai.

Sekadar salah seorang pemegang saham bertindak sendirian membantu pembinaan kuil, atau membantu serangan oleh rEJIM iSRAEL juga belum cukup kuat untuk mengubah hukum harus tadi kepada haram. Ini kerana ia adalah tindakan peribadi salah seorang pemegang saham sahaja dan bukannya polisi sebuah syarikat itu.


Siapa dan apa yang perlu kita boikot

Insyaallah di lain artikel saya akan membuat kajian berkenaan syarikat yang perlu kita boikot dengan bukti bahawa mereka terlibat secara rasmi ataupun mereka mendedahkan secara terus terang dengan hebahan rasmi bahawa mereka memperuntukkan keuntungan mereka bagi menyokong serangan rEJIM iSRAEL ke atas negara umat Islam seperti yang dilakukan oleh Starbuck dan lain-lain.

Dan jika pendedahan dan bukti itu jelas dan bukannya khabar angin maka tatkala itu ia sudah termasuk dalam hukum sebagai wajib melakukan pemboikotan.

Semoga allah memberikan petunjuk dan hidayahNya. Wallahualam



15.1.09

Rumah lama. rumah atas bukit tepi kubur. tempat aku dilahirkan


Rumah bukit. dulu rumah ni atas bukit... sekarang ni dah tak nampak bukitnya lagi... sebab tanah merah nya dah dijual berdikit dikit sehinggalah tak nampak bukitnya lagi...

Rumah lama ni banyak menyimpan sejarah. Tempat kelahiran ku.. tempat aku dan abang sulong ku membesar.. seronok maklum masa tu kami ada dua mak...

Asmaul Husna

Asmaul Husna

ALLAH memiliki nama-nama yang baik yang disebut dengan Asmaul Husna.
Rasulullah SAW menjelaskan bahwa al-Asma al-Husna ini jumlahnya ada 99,

karena ALLAH menyukai bilangan yang ganjil.

Sesungguhnya ALLAH mempunyai sembilan puluh sembilan nama, yaitu seratus kurang satu. Barangsiapa menghitungnya, niscaya ia masuk surga. (H.R. Bukhari dan Muslim)

Sebutlah nama-nama ALLAH, dalam setiap zikir dan doa kita.
Jika kita memohon diberi petunjuk, sebutlah nama
Al-Hâdi (Maha Pemberi Petunjuk).
Jika kita mohon diberi sifat kasih sayang, sebutlah nama
Ar-Rahmân (Maha Pengasih).



No

Nama

Erti

1

ar-Rahmaan

Yang Maha Pemurah

2

ar-Rahiim

Yang Maha Pengasih

3

al-Malik

Yang Maha Raja/ penakluk

4

al-Qudduus

Maha Suci

5

as-Salaam

Maha Sejahtera

6

al-Mu’min

Yang Maha Terpercaya

7

al-Muhaimin

Yang Maha Memelihara

8

al-’Aziiz

Yang Maha gagah

9

al-Jabbaar

Yang Maha Perkasa

10

al-Mutakabbir

Yang Memiliki Kebesaran

11

al-Khaaliq

Yang Maha Pencipta

12

al-Baari’

Yang Mengadakan dari Tiada

13

al-Mushawwir

Yang Membuat Bentuk

14

al-Ghaffaar

Yang Maha Pengampun

15

al-Qahhaar

Yang Maha Perkasa

16

al-Wahhaab

Yang Maha Pemberi

17

ar-Razzaq

Yang Maha Pemberi Rezki

18

al-Fattaah

Yang Maha Membuka (Hati)

19

al-’Aliim

Yang Maha Mengetahui

20

al-Qaabidh

Yang Maha Pengendali

21

al-Baasith

Yang Maha Melapangkan

22

al-Khaafidh

Yang Merendahkan

23

ar-Raafi’

Yang Meninggikan

24

al-Mu’izz

Yang Maha Terhormat

25

al-Mudzdzill

Yang Maha Menghinakan

26

as-Samii’

Yang Maha Mendengar

27

al-Bashiir

Yang Maha Melihat

28

al-Hakam

Yang Memutuskan Hukum

29

al-’Adl

Yang Maha Adil

30

al-Lathiif

Yang Maha Lembut

31

al-Khabiir

Yang Maha Mengetahui

32

al-Haliim

Yang Maha Penyantun

33

al-’Azhiim

Yang Maha Agung

34

al-Ghafuur

Yang Maha Pengampun

35

asy-Syakuur

Yang Menerima Syukur

36

al-’Aliyy

Yang Maha Tinggi

37

al-Kabiir

Yang Maha Besar

38

al-Hafiizh

Yang Maha Penjaga

39

al-Muqiit

Yang Maha Pemelihara

40

al-Hasiib

Yang Maha Pembuat Perhitungan

41

al-Jaliil

Yang Maha Luhur

42

al-Kariim

Yang Maha Mulia

43

ar-Raqiib

Yang Maha Mengawasi

44

al-Mujiib

Yang Maha Mengabulkan

45

al-Waasi’

Yang Maha Luas

46

al-Hakiim

Yang Maha Bijaksana

47

al-Waduud

Yang Maha Mengasihi

48

al-Majiid

Yang Maha Mulia

49

al-Baa’its

Yang Membangkitkan

50

asy-Syahiid

Yang Maha Menyaksikan

51

al-Haqq

Yang Maha Benar

52

al-Wakiil

Yang Maha Pemelihara

53

al-Qawiyy

Yang Maha Kuat

54

al-Matiin

Yang Maha Kokoh

55

al-Waliyy

Yang Maha Melindungi

56

al-Hamiid

Yang Maha Terpuji

57

al-Muhshi

Yang Maha Menghitung

58

al-Mubdi’

Yang Maha Memulai

59

al-Mu’id

Yang Maha Mengembalikan

60

al-Muhyi

Yang Maha Menghidupkan

61

al-Mumiit

Yang Maha Mematikan

62

al-Hayy

Yang Maha Hidup

63

al-Qayyuum

Yang Maha Mandiri

64

al-Waajid

Yang Maha Menemukan

65

al-Maajid

Yang Maha Mulia

66

al-Waahid

Yang Maha Tunggal

67

al-Ahad

Yang Maha Esa

68

ash-Shamad

Yang Maha Dibutuhkan

69

al-Qaadir

Yang Maha Kuat

70

al-Muqtadir

Yang Maha Berkuasa

71

al-Muqqadim

Yang Maha Mendahulukan

72

al-Mu’akhkhir

Yang Maha Mengakhirkan

73

al-Awwal

Yang Maha Permulaan

74

al-Aakhir

Yang Maha Akhir

75

azh-Zhaahir

Yang Maha Nyata

76

al-Baathin

Yang Maha Gaib

77

al-Waalii

Yang Maha Memerintah

78

al-Muta’aalii

Yang Maha Tinggi

79

al-Barr

Yang Maha Dermawan

80

at-Tawwaab

Yang Maha Penerima Taubat

81

al-Muntaqim

Yang Maha Penyiksa

82

al-’Afuww

Yang Maha Pemaaf

83

ar-Ra’uuf

Yang Maha Pengasih

84

Maalik al-Mulk

Yang Mempunyai Kerajaan

85

Zuljalaal wa al-’Ikraam

Yang Maha Memiliki Kebesaran serta Kemuliaan

86

al-Muqsith

Yang Maha Adil

87

al-Jaami’

Yang Maha Pengumpul

88

al-Ghaniyy

Yang Maha Kaya

89

al-Mughnii

Yang Maha Mencukupi

90

al-Maani’

Yang Maha Mencegah

91

adh-Dhaarr

Yang Maha Pemberi Derita

92

an-Naafi’

Yang Maha Pemberi Manfaat

93

an-Nuur

Yang Maha Bercahaya

94

al-Haadii

Yang Maha Pemberi Petunjuk

95

al-Badii’

Yang Maha Pencipta

96

al-Baaqii

Yang Maha Kekal

97

al-Waarits

Yang Maha Mewarisi

98

ar-Rasyiid

Yang Maha Pandai

99

ash-Shabuur

Yang Maha Sabar