8.1.09

cite my eldest...

my eldest ni baru 23 tahun. dah boleh diharap dah....

Selepas habis sekolah rendah kami masukkan die ni ke tingkatan 1 sekolah tahfiz swasta, matlamatnya hanya satu, masa tu saya suami isteri mahukan anak yang tahfiz, tak kiralah walaupun kami terpaksa membayar hampir RM500 sebulan hanya untuk die.
Rupanya kita cuma merancang, tuhan yang menentukan..... masuk tingkatan empat die kata tak boleh bawa dua bidang sekali gus akademik dan tahfiz, rasa terkilan gak sebab masa tu dah lebih 10 juzuk die hafaz...
die beralih ke sekolah menengah agama paya jaras... jadilah budak nakal kat sana dua tahun.. pas tu sambung blaja kat KUIS



ini masa die blajar, kira aktif jugaklah,
orang
kuat
menentang kezaliman zionists, ini tahun 2006. sekarang masih membara... boikot barang israel!! boikot jangan tak boikot.... secangkir kopi starbuck samajuga dengan secawan darah orang islam di palestin...


Lepas habis diploma die ditawarkan sambung blaja ambil degree, tapi die ni anak yang baik, sbb nak bantu keluarga die ambil keputusan keje dulu dan sambung blaja masa keje..

Nasibnya kira baik lah mudah rezekinya, mungkin rezeki anak yatim, habis je blajar ditawarkan bekerja sebagai wartawan di utusan. Keje seronok masyuk pun boleh tahan.. katanya la... tapi saya tak berapa rela keje sebagai wartawan hiburan dia asyik mengejar artis2.... saya takut dia tersasar jauh... saya berdoa agar dia dapat keje yang lagi bagus.








Alhamdulillah, doa termakbul... Tak lama pas tu dapat tawaran pula keje kat Majlis Agama Islam Selangor ( MAIS ) sebagai Pen. Pegawai Perhubungan Awam, lagi seronok keje gomen ni.. katanya la

sebagai "pro" tugasnya sentiasa berhubungan dengan ramai orang dari peringkat atasan sehinggalah kepada rakyat jelata. seperti hal ehwal majlis Sultan Selangor ...sebab tu die dapat bergambar kat istana kayangan ni...



tapi itu belum berakhir ... kena sambung blaja lagi kerana bak kata Tun, perjuangan belum selesai.... saya cabar dia boleh tak dia setanding dengan kehebatan arwah abahnya dulu





di bawah ni gambar die dengan arwah abahnya. mana lebih hensome...abahnya kot.

saya masih ingat lagi die meraung menangis dihadapan jenazah abahnya ...lokasi di dalam van jenazah, perkarangan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Kelang. saya masih ingat janji die... dia janji dengan saya akan blaja betul betul dan akan menjaga saya dan adik adiknya. Masa tu die masih blaja, baru masuk sem 2.... cite sedih





dan ini pula gambar die dengan saya, uminya.



Bagi saya apapun anak anak saya akan jadi saya tidaklah berkira sangat,
walaupun sememangnya semua ibubapa hendak yang terbaik, tapi bagi saya cukup asal jadi anak yang soleh dan solehah dan berjaya dalam kerjaya walau apapun kejenya.

for U my eldest, tanggung jawab sebagai idola bagi adik adik u.... remember that

ada lagi yang nak saya cite tentang die ni, tapi nantilah dulu, letih sangat, baru balik surau ni


Tiada ulasan: