Sebagai orang Islam, kita tahu sejarah melalui kitab suci Al-Quran yang dibawa oleh Rasulullah saw. berkaitan bangsa dan sejarah agama yahudi. Malah, kebanyakan nabi dan rasul yang diutus oleh Allah swt tergolong dari dari keturunan bangsa yahudi seperti nabi Daud as, Nabi Ishak as, Nabi Yaakop as dan Nabi Sulaiman as.
Sebagai muslim kita juga wajib meyakini kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud as iaitu Kitab Zabur dan Nabi Musa as dikurniakan Kitab Taurat yang pada dasarkan menjadi panduan dan amalan kaum Yahudi zaman dahulu . Tapi dengan kemunculan nabi Muhammad saw yang membawa Islam dan Kitab al-Quran sebagai panduan umat manusia pada masa itu sehingga ke hari ini dan seterusnya sehingga akhir zaman. Islam adalah agama yang menyempurnakan segala agama agama terdahulu yang di bawa oleh para nabi dan rasul utusan Allah.
Oleh yang demikian, Kita tidak memusuhi agama Yahudi bahkan perlu diingat, musuh kita ialah zionis dan rejimnya. Musuh kita adalah kafir harbi yang memerangi kita, yang sekarang sedang bertindak zalim keatas orang islam di Palestin.
Bermulanya bangsa yahudi
Sebagai muslim kita juga wajib meyakini kitab yang diturunkan kepada Nabi Daud as iaitu Kitab Zabur dan Nabi Musa as dikurniakan Kitab Taurat yang pada dasarkan menjadi panduan dan amalan kaum Yahudi zaman dahulu . Tapi dengan kemunculan nabi Muhammad saw yang membawa Islam dan Kitab al-Quran sebagai panduan umat manusia pada masa itu sehingga ke hari ini dan seterusnya sehingga akhir zaman. Islam adalah agama yang menyempurnakan segala agama agama terdahulu yang di bawa oleh para nabi dan rasul utusan Allah.
Oleh yang demikian, Kita tidak memusuhi agama Yahudi bahkan perlu diingat, musuh kita ialah zionis dan rejimnya. Musuh kita adalah kafir harbi yang memerangi kita, yang sekarang sedang bertindak zalim keatas orang islam di Palestin.
Bermulanya bangsa yahudi
Melihat kepada bangsa Yahudi sekarang, kita dapati ia amat jauh menyimpang dan terpesong dari ajaran Nabi dan rasul utusan Allah. Bangsa Yahudi yang ada sekarang terbahagi kepada iaitu Semitik dan non-semitik. Ada dua teori berkaitan bangsa Yahudi Israel sekarang
Teori pertama
Asal yahudi Semitik itu dipercayai dari keturunan Nabi Ibrahim. Baginda berhijrah dari Kota Aur di selatan Mesopotamia, ke Khurran di Syria. Kemudian Nabi Ibrahim as berpindah lagi ke Kananiah ) sekarang dikenali sebagai Palestin . Dari keturunan baginda lahir Nabi Ya’kub as yang juga dikenal dengan Israel hingga akhirnya terbit sebuah bangsa yang dikenal dengan nama Bani Israel. Di antara keturunan Bani Israel adalah Nabi Yusuf as.
Teori kedua
Pada teori yang lain pula ada menyebut mereka adalah bangsa campuran dari pelbagai ras. Mereka hidup mengembara seperti kaum Gypsy pada masa jahiliyyah atau seperti kaum Syatharien dan Iyarien (Vaga bonds) pada dinasti Abbasiah. Dalam proses hidup mereka yang nomad mereka pernah menyerbu bumi Kananiah (Palestin) dan merompak penduduknya.
Teori pertama
Asal yahudi Semitik itu dipercayai dari keturunan Nabi Ibrahim. Baginda berhijrah dari Kota Aur di selatan Mesopotamia, ke Khurran di Syria. Kemudian Nabi Ibrahim as berpindah lagi ke Kananiah ) sekarang dikenali sebagai Palestin . Dari keturunan baginda lahir Nabi Ya’kub as yang juga dikenal dengan Israel hingga akhirnya terbit sebuah bangsa yang dikenal dengan nama Bani Israel. Di antara keturunan Bani Israel adalah Nabi Yusuf as.
Teori kedua
Pada teori yang lain pula ada menyebut mereka adalah bangsa campuran dari pelbagai ras. Mereka hidup mengembara seperti kaum Gypsy pada masa jahiliyyah atau seperti kaum Syatharien dan Iyarien (Vaga bonds) pada dinasti Abbasiah. Dalam proses hidup mereka yang nomad mereka pernah menyerbu bumi Kananiah (Palestin) dan merompak penduduknya.
Nabi dan Rasul yang berbangsa Yahudi
Palestina, khususnya Yerusalem, adalah negara yang banyak menyimpan sejarah kenabian dengan wujudnya agama samawi ( agama dari Allah swt ) . Ini adalah kerana sebahagian besar nabi-nabi Allah yang diutus untuk memperingatkan manusia menghabiskan sebahagian atau seluruh kehidupannya di tanah ini. Menurut sejarah yang didasarkan atas kajian sejarah dan panduan dari lembaran-lembaran kitab suci, Nabi Ibrahim a.s bersama putera puteranya, serta pengikut pengikutnya berpindah ke Kanaan sekarang yang dikenali sebagai Palestina, pada abad kesembilan belas sebelum Masehi.
Tafsir Al-Qur'an menunjukkan bahwa Nabi Ibrahim as(Abraham) , tinggal di daerah Kanaan (Palestina) yang bersama Nabi Luth a.s . Sebelum kemunculan Nabi Ibrahim a.s, penduduk Kanaan (Palestina) adalah penyembah berhala. Nabi Ibrahim meyakinkan mereka untuk meninggalkan kekafirannya dan mengakui satu Tuhan. Menurut sumber-sumber sejarah, beliau mendirikan rumah untuk isterinya Hajar dan putranya Isma’il (Ishmael) a.s di Makkah dan sekitarnya, sementara isterinya yang bernama Siti Sarah, dan putera keduanya Ishaq (Isaac) a.s tetap di Kanaan(Palestin)
Nabi Ishak as dan Nabi Ya’kub (Jacob) a.s berpindah ke Mesir selama puteranya Nabi Yusuf (Joseph) a.s diberi tugas kenegaraan . Putera-putera Ya’kub juga dikenang sebagai “Bani Israil” . Setelah dibebaskannya dari penjara, Nabi Yusuf menjadi orang kepercayaan Raja Mesir ketika itu dan dilantik sebagai bendahara Mesir. Selepas itu Bani Israel hidup dengan damai dan aman di Mesir.
Pada zaman Firaun, kehidupan mereka berubah. Firaun memperlakukan bangsa yahudi bani Israel dengan kekejaman yang dahsyat. Firaun dan bala tenteranya menyiksa mereka dengan berbagai bagai siksaan hingga hampir mati, membunuh anak-anak lelaki dan menghalau kaum yahudi keluar dari Mesir. Kemudian Allah mengutuskan Nabi Musa a.s untuk melawan kezaliman Firaun. Nabi Musa as berdakwah dan menyeru Firaun agar meninggalkan keyakinan kafirnya dan menyerahkan diri kepada Allah, dan membebaskan Bani Israil yang disebut juga orang-orang Israel. Namun Firaun seorang raja yang kejam dan bengis. Ia meneruskan kekejamannya, ia memberi tanggapan penuh kebencian kepada Nabi Musa.
Kemudian Nabi Musa as dan kaumnya meninggalkan Mesir, dengan pertolongan mukjizat Allah, sekitar tahun 1250 SM. Mereka tinggal di Semenanjung Sinai dan timur Kanaan. Dalam Al-Qur'an, Nabi Musa memerintahkan Bani Israil untuk memasuki Kanaan ( Palestin) Hai kaumku, masuklah ke tanah suci (Palestina) yang telah ditentukan Allah bagimu, dan janganlah kamu lari kebelakang (karena takut kepada musuh), maka kamu menjadi orang-orang yang merugi. (Qur'an, 5:21)
Menurut ahli sejarah, Nabi Daud (David) a.s menjadi raja Israel di Palestin dan membangun sebuah kerajaan yang berpengaruh. Selama pemerintahan puteranya Nabi Sulaiman as (Solomon) , kerajaan Israel diperluas dari Sungai Nil di selatan hingga sungai Eufrat di negara Siria sekarang di utara. Ini lah masa kegemilangan kerajaan Israel dalam banyak bidang, terutama arsitektur. Di Yerusalem, Nabi Sulaiman membangun sebuah istana dan biara yang luar biasa ( Temple of Solomon (Haykal Sulaiman) atau lebih dikenali The First Temple.
Setelah wafatnya Nabi Sulaiman as, Rehoboam menjadi raja. Bagaimanapun pemimpin puak di utara telah memilih raja mereka sendiri, Jeroboam. Kerajaan terpisah dua, Israel di utara dan Judah di selatan. Mengikut catatan dari Bible mereka seringkali menyimpang dari ajaran Torah (Taurat). Hingga pada suatu tahap mereka menyembah berhala Baal dan Ashtoreh. Dari itu sekelian banyak nabi yang dihantar Allah s.w.t. untuk membetulkan akidah mereka. 722 SM, pihak Assyria menawan Israel dan pada 586 SM, kerajaan Babylon menawan pula Judah. Mereka memusnahkan The First Temple dan membakar skrip-skrip agama.
Bangsa Israel ditawan dan dibawa ke Babylon untuk dijadikan sebagai hamba. Ketika inilah para pendeta Yahudi telah memesongkan kitab taurat dan mencetuskan fahaman ke atas kaum yahudi bahawa kononnya Janji Tuhan dan Pelstin adalah Bumi nenek Moyang mereka hingga akhirnya mereka berkobar-kobar untuk kembali ke Kanaan (Palestina).
Bermulanya keangkuhan bani Israel
Selepas kewafatan Nabi Ibrahim, bangsa yahudi terpesong jauh. Ketika itulah orang-orang kafir mengambil kesempatan dengan menanamkan dalam hati mereka kesombongan, keangkuhan dan penderhakaan kepada Allah swt. Perkara ini banyak disebut berulang ulang kali didalam kitab Al-Quran.
Oleh kerana rosaknya akhlak, bani Israel kemudiannya menjadi tidak disenangi, tidak dipercayai dan keimanan mereka semakin pudar dan amalan mereka diganti dengan penyembahan berhala. Ketika Palestina dikuasai oleh Kerajaaan Romawi, Nabi ‘Isa (Jesus) a.s datang dan sekali lagi mengajak Bani Israel untuk meninggalkan kesombongannya dan hidup menurut agama Allah. Sangat sedikit orang Yahudi yang meyakininya. Sebahagian besar Bani Israel mengingkarinya. Dan, seperti disebutkan Al-Qur'an, mereka itu yang telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dan mereka termasuk dalam golongan durhaka dan selalu melampaui batas.
Orang yahudi memesongkan kitab taurat
Diceritakan bahawa pendeta pendeta yahudi memesongkan kitab taurat dan menulis sendiri kitab-kitab mereka. Mereka menulis hukum hukum agama, sejarah nabi-nabi, dan lagu-lagu agama. Pada 400 SM mereka menerbitkan salinan pertama Torah ( kitab taurat ) yang mereka tulis dalam masa penahanan di Babylon yang merangkumi lima buku utama, Genesis, Exodus, Leviticus, Numbers, Deutronomy dan dikenali Hebrew Canon.
Pada 200 SM mereka menambah lagi buku-buku yang memerikan nabi-nabi mereka, Joshua, Judges, Samuel, Kings, Isaiah, Jeremiah, Ezekiel dan skrol yang mengandungi 12 nabi lain. Bangsa Yahudi percaya yang ras lain, Gentiles adalah diciptakan tuhan untuk kepentingan mereka. Pada masa inilah kaum Yahudi membina The Second Temple mengikut citarasanya pada masa itu yang tersimpang jauh dengan ajaran nabi Sulaiman yang asal.
Islam tidak memusuhi bangsa Yahudi
Sebagai orang Islam, kita tahu sejarah melalui kitab suci kita Al-quran yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kita tidak memusuhi agama Yahudi dan bangsanya bahkan perlu diingat kebanyakan nabi dari keturunan Israel. Musuh kita ialah zionis dan rejimnya. Musuh kita adalah kafir harbi yang memerangi kita.
Apapun, “Ya Allah bebaskanlah al quds kami, ringankanlah beban saudara kami di Palestin, selamatkanlah baitul maqdis, jadikanlah kami muslimin/muslimat yang membebaskannya!”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan