Kepala babi itu ditemui oleh salah seorang pelajar yang pergi ke surau tersebut, untuk menunaikan solat Subuh.

-- sedihnya,
siapalah punya angkara,
teringat kenangan lama, di surau inilah saya selalu solat berjemaah dan duduk berehat dan kadang kadang terlelap . itu semasa saya belajar di sini

Saya tak faham mengapa perkara ini berlaku dan siapalah yang sanggup melakukannya dan kenapa... Macam macam yang saya fikir, apa kena dengan adik adik kat sana tu, adakah ketegangan kaum dan agama sudah mula digerakkan oleh pihak tertentu? Atau apakan ini sebagai satu provokasi yang melampau yang cuba mencetuskan perselisihan antara kaum. Perkara ini pada hakikatnya mencabar sensitiviti seluruh umat Islam kerana ia melibatkan penghinaan terhadap agama kita. Budaya seperti ini, sekiranya tidak diambil tindakan oleh pihak berwajib seperti polis, pentadbiran APIUM dan UM sendiri, akan menyebabkan pelakuan sebegini akan lebih berleluasa pada masa depan. dan ingatlah wahai umat manusia yang melakukan perbuatan terkutuk ini Semoga kamu dilaknat dan mendapat balasan yang setimpal di dunia dan di akhirat |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan