4.12.08

Rahsia Kesihatan dan Rahsia Solat

Rahsia Kesihatan dan Rahsia Solat

Kalau nak cantik, agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdoa.


Kalau nak hilangkan strees, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.


Kalau nak awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan doa melihat cermin

"Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" ertinya :Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahklak ku


Kalau nak bibir cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Kalau nak tubuh langsing, mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

Rahsia 13 rukun solat


Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu......

1 - Niat Sembahyang

Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul

Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 - Takbir-ratul Ihram

Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 - surah al-Fatihah

Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 - Ruku'

Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 - I'tidal

Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud :

Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir)

Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1
0 - Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi

Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam

Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib

Akan mempertemukan kita dengan Allah S. W. T.

1 ulasan:

orkedpurple berkata...

hmm nice coretan..